You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum daripada
pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi antara
kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.

Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut
meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status
ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan
jantina (Asmah Hj Ahmad, 1989). Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya.

Pengurusan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah corak
dan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah yang kondusif untuk murid yang pelbagai
latar bangsa dan budaya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya juga adalah turut
mengembangkan nilai-nilai murni yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang
harmonis dan aman diperingkat nasional dan global (Kamarudin Hj Kachar, 1989). Iklim dan
budaya bilik darjah merupakan elemen penting dalam pembinaan perhubungan yang mesra
antara pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai etnik, ragam, sosiobudaya dan latar
belakang.. Ia menjadi penanda awal dalam proses pembentukan para pelajar bagi mencapai
kualiti pendidikan secara menyeluruh seterusnya dapat melahirkan modal insan sebagai
produk negara yang produktif.

2.0 PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Bilik darjah adalah satu tempat di mana murid-murid dan guru berinteraksi secara formal
dan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dalam interaksi tersebut. Proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan dengan berbantukan peralatan dan
persekitaran fizikal tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran tersebut
(Noriati A. Rashid, 2011).

Mesra pula boleh didefinisikan sebagai satu perasaan yang menggambarkan


kegembiraan, keceriaan dan keselesaan yang wujud dalam interaksi sesama individu dalam
sesebuah masyarakat. Budaya pula boleh didefinisikan sebagai satu amalan yang
diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Jadi persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
boleh difahamkan sebagai suatu persekitaran bilik darjah yang selesa, gembira dan ceria

1
yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah diterapkan dalam
pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi skop pendidikan masa kini, budaya di sekolah adalah cermin kepada budaya
masyarakat. Pendidikan di sekolah adalah mengikut acuan budaya masyarakat. Ini
menunjukkan budaya masyarakat memberi pengaruh yang agak besar kepada suasana dan
cara didikan murid-murid di sekolah. Sudah menjadi tanggungjawab guru di negara ini untuk
mendidik murid-murid mengikut acuan budaya Malaysia ke arah melahirkan masyarakat
yang berbudaya Malaysia. Ini adalah penting untuk interaksi dan penyesuaian diri murid-
murid itu dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan pelbagai latar
belakang budaya. Seterusnya melalui pendidikan sebegini, hasrat melahirkan masyarakat 1
Malaysia akan tercapai.

Masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai sosio budaya yang boleh diklasifikan


berdasarkan perbezaan bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan,
bahasa, adat resam dan jantina. Murid-murid di sekolah wajar didedahkan dengan
kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat bagi mewujudkan pembelajaran yang
kondusif dalam persekitaran yang mengandungi pelbagai sosio budaya. (Kamarul Kabilan.
2005).

Oleh yang demikian, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya menjadi faktor
keberkesanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu seseorang guru
haruslah bijak dalam mewujudkan sebuah persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.
Salah satu perkara yang harus diberi perhatian adalah pengurusan persekitaran fizikal. Guru
harus jelas bahawa bilik darjah adalah satu ekologi yang mempunyai sistemnya yang
tersendiri (Santrock J.W, 2006). Ia mempunyai perkaitan dan pertautan antara persekitaran
fizikalnya dengan benda-benda bernyawa yakni guru dan murid-murid.

3.0 PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN SOSIOBUDAYA

Pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang mesra budaya akan menggalakkan
interaksi dan integrasi di kalangan murid dalam situasi yang kondusif. Marzano (2003)
berpendapat tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam
pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian
kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Disebabkan itu, guru memainkan
peranan besar dalam menyediakan persekitaran efektif yang mampu merangsang
perkembangan murid dalam pembelajaran.

2
Woolfolk (2004) menyatakan bahawa motivasi atau kuasa dalaman akan
membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid
seharusnya diurus dengan berkesan supaya sentisa stabil untuk meneruskan aktiviti
pembelajaran seharian. Dua aspek penting yang perlu diambill kira semasa membina
persekitaran ini ialah aspek fizikal dan sosio-emosi termasuklah susun atur persekitaran
kelas, kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan.

3.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid dari pelbagai
latar belakang etnik. Persekitaran fizikal adalah suasana di bilik darjah yang terdiri daripada
kriteria-kriteria fizikal seperti susun atur dan sebagainya. Dalam pengurusan persekitaran
fizikal guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kekekapan mengurus,
kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan
komunikasi.

Selain itu, Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan
kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan
bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan. Kriteria-
kriteria fizikal umum untuk mewujudkan persekitaran Bilik Darjah yang mesra budaya
adalah terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut
keperluan aktiviti supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai
kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.

Seterusnya sudut-sudut pembelajaran dan bacaan adalah penting dalam


mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut
pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut
boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat
sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia
seperti komputer, televisyen dan multimedia. Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru
juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik.
Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam,
kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini

3
3.2 Pengurusan Sosio-Emosi

Aspek sosio-emosi amat penting untuk mewujudkan suatu keadaan yang


harmonis dan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya.
Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar
mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik
darjah. Kepentingan pengurusan ini dapat diaplikasikan oleh guru dengan menggunakan
strategi belajar melalui bermain semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu kreatif dalam mengajar dan mengaitkan isi pelajaran dengan permainan
yang menarik dan menyeronokkan.Hal ini kerana, kanak-kanak yang sedang membesar
berfikiran bahawa bermain itu adalah satu keperluan dan juga membenarkan mereka
melakukan aktiviti yang kreatif. Mereka sangat menyukainya sehingga ia dapat
menggalakkan interaksi sosial dan dapat mengawal emosi murid itu secara semula jadi dan
ini adalah kerana bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman,
pembelajaran dan kemahiran.

Selain daripada itu, murid perlu didedahkan dengan pengetahuan mengenai


kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Ini
boleh diterapkan melalui teknik pengajaran yang lebih berorientasikan murid bagi
mewujudkan lebih interaksi dan kerjasama antara murid-murid daripada pelbagai latar
belakang budaya.

Disamping itu, pemilihan tajuk pembelajaran dan contoh yang berkaitan


kepelbagaian budaya perlu digunakan. Guru juga seharusnya tidak bersikap pilih kasih dan
lebih sensitif dengan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif bagi mana-mana murid. Nilai-
nilai murni seperti kerjasama, kasih sayang, setiakawan juga perlu disuburkan dalam diri
murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama. Elemen-elemen ini sekiranya diaplikasikan
dalam bilik darjah dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya dan dapat merangsang
pembelajaran murid-murid.

3.3 Kebersihan, Pencahayaan dan Pengudaraan

Aspek kebersihan, pencahayaan dan pengudaraan juga memainkan peranan yang penting
dalam menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah. Ruang dan persekitaran yang bersih
menimbulkan kedamaian dan keselesaan di samping mendorong murid untuk menjalani
proses pembelajaran dengan ceria. Guru juga perlu memastikan sistem pencahayaan dan
pengudaraan sesuai bagi menyediakan suasana yang selesa kepada murid untuk menjalani

4
proses pengajaran dan pembelajaran.Persekitaran bilik darjah seharusya dalam keadaan
tidak terlalu terang atau suram serta mendapat bekalan udara yang bersih dan segar.

Selain itu juga, aspek yang harus ditumpukan adalah susunan kerusi dan meja
serta susunan perabot dan peralatan. Guru perlu memastikan bahawa kerusi dan meja
disusun dalam susunan yang memudahkan guru memantau pergerakan murid. Susunan
perabot dan peralatan pengajaran dan pembelajaran pula perlu disesuaikan dengan
suasanan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru juga boleh
memberi murid kebebasan untuk menghias bilik darjah dengan pandangan dan nasihat dari
guru. Bilik darjah juga sepatutnya menjadi tempat di mana berlakunya galakan budaya
membaca dalam kalangan murid. Oleh itu tindakan seperti menampal nota dan tugasan,
mewujudkan perpustakaan mini, menggantung kad-kad bacaan dan sebagainya dapat
menggalakan budaya membaca di kalangan murid.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan suatu


persekitaran atau iklim pembelajaran yang mesra budaya kerana salah satu factor
keberhasilan suatu pengajaran adalah berpunca daripada guru itu sendiri. Sesuai dengan
pernyataan yang dikemukakan oleh Robiah Sidin, (1993) iaitu guru memcerminkan akhlak
murid di sekolah.

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan


pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan
diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi
perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Pengajaran
relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya
kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat
dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

Guru juga boleh menggunakan bahan bacaan yang sesuai dengan budaya setiap
murid dan menggalakkan murid membaca dan merentasi bahan rentas budaya. Bukan itu
sahaja, pembelajaran berasaskan komputer juga boleh digunakan oleh guru tetapi ia
mestilah memanfaatkan guru dan murid, iaitu dengan mengubah corak PdP. Bahan
berasaskan komputer juga perlu sesuai dengan budaya dan semua murid perlu diberi
peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan
perbezaan individu dan budaya secara positif.

You might also like