You are on page 1of 7

PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

TAJUK 2 MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan berbagai punca masalah yang telah menghalang murid
daripada menguasai kemahiran matematik. Selain daripada masalah yang
berpunca daripada diri murid, pelbagai masalah lain yang boleh mengganggu
penguasaan dalam kemahiran matematik mereka.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian


murid dalam matematik
2. Dapat membuat pentaksiran berasaskan faktor-faktor ini bagi
menempatkan murid mengikut keupayaan mereka dalam
matematik
3. Dapat menggunakan faktor-faktor ini bagi membantu murid untuk
meningkatkan pencapaian mereka dalam matematik

26
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengmatan
Visual
Psikomotor Pengamatan
Auditori

Sosial dan MASALAH Ingatan


Emosi DALAM
MATEMATIK

Metakognitif Bahasa
Kognitif

2.0 PENGENALAN

2.1 Pengamatan Visual

Kecelaruan pemprosesan visual atau perseptual merujuk kepada


ketidakupayaan untuk menjana maklumat yang diperoleh dari mata. Ia
melibatkan penglihatan atau ketepatan penglihatan. Kesukaran dengan
pemprosesan visual mempengaruhi bagaimana maklumat visual
diintepretasi atau diproses oleh otak. Beberapa kesukaran yang dialami:

1. hubungan ruang
2. diskriminasi visual

27
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

3. visual closure
4. pengenal pastian objek (visual agnosia)

2.2 Pengamatan Auditori

Kecelaruan pemprosesan auditori menghalang keupayaan individu untuk


menganalisis maklumat yang diperoleh dari telinga. Kesukaran dengan
pemprosesan auditori tidak mempengaruhi apa yang didengar oleh telinga
tetapi ia mempengaruhi bagaimana maklumat diintepretasi atau diproses
oelh otak. Defisit pemprosesan auditori boleh mengganggu pertuturan dan
bahasa secara langsung bahkan boleh mempengaruhi kesemua bidang
pembelajaran terutama bacaan dan ejaan. Apabila pengajaran di sekolah
bergantung sepenuhnya menggunakan bahasa lisan, individu yang
mengalami kecelaruan pemprosesan auditori mungkin mempunyai
kesukaran yang serius untuk memahami pelajaran dan arahan. Beberapa
kesukaran yang dialami:

1. kesediaan fonologikal
2. diskriminasi auditori
3. auditori memori
4. auditori sequencing
5. auditori blending

2.3 Ingatan (memory)

Defisit ingatan memainkan peranan yang signifikan bagi murid yang


mengalami masalah dalam matematik. Masalah ingatan adalah bukti utma
apabila murid memamerkan kesukaran untuk mengingat asas operasi
tambah, tolak. darab dan bahagi. Defisit ingatan juga memain peranan

28
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

yang signifikan apabila murid berusaha melaksanakan kemahiran


penyelesaian masalah matematik. Murid-murid mengalamai masalah
ingatan dari aspek penyimpanan maklumat. Ada murid yang boleh
membuat latihan matematik dengan pada hari ini tapi esok dia lupa.
Murid sebegini perlu dilatih kemahiran mengurus maklumat, memberi
tumpuan dan kaedah mengingat (Swanson & Sáez, 2003). Terdapat dua
prinsip bagi membantu murid untuk mengingat maklumat (McGrath,
2010):

1. Imaginasi
2. assosiasi

MENGUMPUL MAKLUMAT
http://repository.nie.edu.sg/jspui/bitstream/10497/42/1/ME-1-1-
25.pdf
Baca artikel dalam laman web di atas. Catat maklumat tentang
faktor-faktor mempengaruhi pembelajaran matematik

2.4 Bahasa

Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam


bahasa. Menurut American Speech-Language-Hearing Association,
masalah bahasa adalah “impaired comprehension and/or use of a
spoken, written, and/or other symbol systems” (ASHA, 1993). Kecelaruan
mungkin melibatkan bentuk, kandungan atau kefungsian bahasa. Dalam
kelas, masalah bahasa merupakan bukti apabila murid bermasalah
menggunakan simbol matematik, menzahirkan konsep matematik kepada
orang lain dan mendengar penjelasan tentang matematik. Masalah juga

29
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

berlaku semasa membaca atau menulis ayat penyelesaian masalah


matematik. Bahasa boleh menjadi penghubung di antara perwakilan
konkrit dengan bentuk simbolik yang lebih abstrak.

2.5 Kognitif

Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai halangan dalam


pembelajaran disebabkan oleh faktor kognitif. Ianya mungkin
pengamatan, ingatan atau faktor penaakulan. Pengamatan terlibat dalam
pengumpulan maklumat dari persekitaran dan memprosesnya untuk
simpanan serta digunakan. ia bukan sekadar melihat simbol nombor tetapi
memegang, menyebut dan menulis nombor tersebut. Ia juga bukan
sekadar melihat dan mendengar sahaja malah berusaha mendiskriminasi
dan mengintepretasi hasil daripada visual dan auditori.

2.6 Metakognitif

Metakognitif adalah berkaitan dengan keupayaan murid untuk memantau


pembelajaran mereka:

1. menilai sama ada mereka belajar


2. menggunakan strategi apabila diperlukan
3. mengetahui sama ada strategi itu berjaya
4. membuat pertukaran apabila diperlukan.

Semua kemahiran tersebut diperlukan bagi sebarang penyelesaian


masalah.

30
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

2.7 Sosial dan Emosi

Kadang kala dalam situasi akademik kita terlepas pandang bahawa faktor
sosial dan emosi boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran.
Tahap berlakunya masalah ini berbeza antara individu. Sesetengah murid
mempunyai masalah untuk bergaul dengan individu lain. Manakala
sesetengah murid lain mempunyai konsep kendiri dan harga diri yang
rendah. Murid-murid sebegini sangat mudah untuk melakukan kesilapan.
Murid yang berasa sangat takut dengan matematik akan menyebabkan
mereka ketinggalan dalam kelas dalam mata pelajaran matematik.

2.8 Motor

Masalah motor terutama dalam tugasan menulis merupakan bukti yang


jelas bahawa murid menghadapi masalah dengan pembentukan nombor
dan simbol.Kemahiran motor melibatkan lebih daripada satu proses
seperti ingatan berkaitan dengan simbol berasaskan ingatan visual dan
motor. Kemahiran motor juga melibatkan pengamatan visual dan
pemindahan. Di samping itu, indikator bagi masalah motor ini mudah
dikenal pasti melalui pembentukan simbol, pengawalan tulisan dari segi
ruang dan mengelak diri dari membuat kerja bertulis.

LATIHAN 1
Dengan membuat rujukan, huraikan faktor-faktor yang
menghalang penguasaan murid dalam kemahiran matematik.
(Jawapan dalam bentuk peta minda)

LAYARI INTERNET
http://www.mce.su/archive/doc21876/doc.pdf
Buat rumusan setelah anda membaca artikel ini.

31
PKB3083 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

LATIHAN 2
Dalam usaha membina pemahaman murid bagi asas operasi
tambah, Apakah perkaitan yang murid mungkin lakukan di
antara simbol : 5 + 3 = 8 dengan
(a) bahasa matematik formal,
(b) pengalaman praktikal menggunakan jari dan bahasa
matematik tidak formal,
(c) membilang nombor berpandukan gambar seperti ini:
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Jawapan anda hendaklah dibuat dalam bentuk persembahan
menggunakan powerpoint).

RUJUKAN

McGrath, C. (2010). Supporting early mathematical development: practical


approaches to play-based learning. London: Routledge Taylor & Francis
Group.

Tucker, K. (2006). Mathematics through play in early years: Activities and ideas.
London: Paul Chapman Pubilshing.

Wright, R.J., Martland, J. and Stafford A.N. (2006). Early Numeracy: Assessment
for teaching & intervention. 2nd Edition. London: Paul Chapman Publishing.

TAMAT
SELAMAT MAJU JAYA

32

You might also like