You are on page 1of 3

SJK T APPAR, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT HEM KALI KE-3/2017

TARIKH : 1 OGOS 2017


MASA : 2.00 ptg
TEMPAT : PUSAT SUMBER

KEHADIRAN : PN.K.RAJESWARI ( GURU BESAR)


PN.P.AIYANA DEVI ( GPK TADBIR & KURIKULUM)
PN.A.VIMALA ( GPK HAL EHWAL MURID)
PN.S.CHITTRA ( GPK KOKURIKULUM)
PN.SITI MAISARAH ( GURU TAHUN 6)
PN.S.PUNITHA ( GURU TAHUN 5)
PN.P.NAGAVALLIAMMAL ( GURU TAHUN 4)
PN.M.SHEILA ( GURU TAHUN 3 )
EN.R.NARESH ( GURU TAHUN 2 )
CIK.V.REVATHI ( GURU TAHUN 1 )
PN.EIASWARI ( GURU PRA SEKOLAH )
CIK.S.SELVASIAMALA ( GURU PEMULIHAN )
EN.MOHD ZAIDEE ( GURU AGAMA )

AGENDA :

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan dan doa.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat HEM kali ketiga bagi
tahun 2017.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat Bil 2/2017 disahkan oleh Pn. Sheila dan disokong sebulat suara oleh
semua guru yang hadir.

3.0 PerkaraBerbangkit
Tiada

4.0 Laporan / Perkara Perbincangan


4.1 Makluman berkenaan program bagi murid Tahun 6
4.1.1 Pn.. Siti Maisarah memaklumkan bahawa program sembahyang hajat dan
Solat Hajat dijalankan pada 7 September 2017 (Rabu) di bilik sembahyang
sekolah dan solat hajat di bilik agama,pada jam 9.00pagi.
4.1.2 Guru besar meminta agar para ibu bapa dimaklumkan mengenai program ini
melalui whatsapp terlebih dahulu. Surat makluman aka ndiberi kemudian.
4.1.3 Guru Besar juga meminta agar AJK PIBG (ibu bapa) dimasukkan dalam
senarai nama AJK yang akan bertugas pada hari kejadian nanti.
4.1.4 Guru Besar turut mengingatkan guru kelas Tahun 6 untuk mengedarkan
borang kemasukan ke Tingkatan 1 kepada semua murid dengan segera untuk
diuruskan.
Tindakan :Makluman
4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah
4.2.1 Pn.Sheila memaklumkan bahawa pihak sekolah baru mendapat stok susu dari
pembekal.
4.2.2 Seramai 34 orang murid akan menerima susu berkenaan.
Tindakan :Makluman

4.3 Keceriaan dan Kebersihan Kelas


4.3.1 Guru - guru kelas diminta memastikan laci meja kelas dikosongkan. Murid-murid tidak
dibenarkan meninggalkan buku atau sampah di dalam laci meja.
4.3.2 Laci meja kelas perlu dibersihkan seminggu sekali dengan pantauan guru.

4.4 Buku Laporan Bertugas


4.4.1 Pn.Vimala meminta guru bertugas agar mencatat apa sahaja maklumat yang
disampaikan dalam perhimpunan ke dalam buku laporan bertugas mingguan.
4.4.2 Menurut Pn.Vimala, ini adalah bukti sekiranya pemantau dating dan bertanya tentang
cara maklumat disampaikan di sekolah.
Tindakan :Makluman

4.5 Bimbingan dan Kaunseling


4.5.1 Pn.A.Vimala meminta guru Bimbingan & kaunseling supaya menjalankan program-
program di bawah unit bimbingan dan kaunseling berjalan dengan lancar.
Tindakan : Makluman

4.6 APDM :
4.6.1 Guru kelas diminta untuk mengisi sendiri maklumat dalam sistem APDM.
4.6.2 Guru waktu pertama diminta untuk memaklumkan kehadiran murid dalam whatsapp
agar mudah guru kelas isi maklumat kehadiran dalam sistem APDM.
Tindakan : Makluman

4 PPDa :
4.7.1 Memaklumkan bahawa tiada aktiviti PPDa di peringkat zon, namun meminta agar
aktiviti berkaitan PPDa dijalankan di peringkat dalaman.
Tindakan : Makluman

4.8 Kesihatan :
4.8.1 Meminta agar AJK Kesihatan merancang suatu program bagi menghapuskan
pembiakan kutu di kepala murid.
Tindakan : Makluman

4.9 COMBI :
4.9.1 memaklumkan bahawa dari cawamgan kesihatan DBKL berhasrat mahu mengadakan
program COMBI untuk murid tahun 3, 4 dan 5 di sekolah kita.
4.9.2 Program tersebut melibatkan 20 orang murid dan 2 orang guru.
4.9.3 Pegawai berkenaan akan memberi taklimat dan melatih murid-murid ini bagaimana
mahu mengenalpasti kawasan berisiko denggi.
4.9.4 Guru Besar berharap program seumpama ini dapat dijalankan pada masa akan
datang.
Tindakan : Makluman
5.0 Buku Rekod Kedatangan
5.1 Dalam buku rekod kedatangan, guru-guru diminta agar tidak menggunakan cecair
pemadam sekiranya ada kesalahan, sebaliknya hanya potong / garis sahaja, kemudian
tandatangan ringkas dan tulis maklumat yang betul.
5.2 Turut diingatkan agar peratus kehadiran di muka hadapan dan belakang buku rekod
kehadiran diisi dengan lengkap.
5.3 Bagi murid buka nwarganegara, nama mereka perlu di’ highlight’ dengan warna merah
Jambu pada nombor.
5.4 Juga memohon agar guru-guru kelas sentiasa cakna dengan murid yan gtidak hadir.
Murid yang terlalu kerap tidak hadir ke sekolah perlu diberi surat amaran.
Tindakan : Makluman

6.0 Fail Peribadi Murid


6.1 Guru kelas diminta untuk mengemaskini maklumat terkini murid bagi tahun 2017.
6.2 Setelah mengemaskini fail-fail murid, guru perlu mengembalikan fail - fail berkenaan ke
pejabat semula.
Tindakan :Makluman

7.0 Disiplin
7.1 Guru besar minta agar semua guru main peranan dalam usaha mengawal disiplin
murid.
7.2 Guru - guru perlu tegur kesilapan murid seperti rambut, pakaian da ntingkah laku agar
murid tidak melakukan kesalahan tersebut dengan berterusan.
7.3 Sekiranya guru sukar mengurus satu – satu situasi atau kes, guru boleh serahkan
pada En.Naresh selaku guru disiplin untuk kendalikan kes berkenaan.
Tindakan : Makluman

8.0 Hal-hal lain


8.1 Guru Besar memaklumkan bahawa perlu mengisi skpmg2 ketiga bagi tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh:

……………………………..
( PN.A.VIMALA)

You might also like