You are on page 1of 7

KETUA SETIAUSAHA

Kementerian Kesihatan Malaysia


Aras 12, Blok E7, Kompleks E,
,ffi,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Tel.: 03-8883 2533
62590 PUTRAJAYA Faks: 03-8889 5245

Rujukan : Bil.( 26 )dlm KK(S)-280(20I836) Jld. 4


Tarikh : l1-November 2015

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
Pengarah-Pengarah Kanan
Setiausaha-Setiausaha Bahagian
Pengarah-Pengarah Bahag ian
Pengarah-Pengarah Kesihatan Negeri
Pengarah-Pengarah Hospital Negeri
Pengarah-Pengarah I nstitusi

SURAT PEKELILING KETUA SETIAUSAHA


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BIL. 9 TAHUN 2015

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN MELAKUKAN PEKERJAAN


LUAR / KERJA SAMBILAN BAG! PENJAWAT AWAM DI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TUJUAN

1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan


permohonan mendapatkan kelulusan melakukan pekerjaan luar I kerja sambilan
bagi pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaras
dengan Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 tP U.(A) 3951.
LATAR BELAKANG

2. Peraturan 5, Peraturan-Peraturan PegawaiAwam (Kelakuan dan Tatatertib)


1993 menyatakan bahawa seseorang pegawai awam tidak dibenarkan untuk
melakukan sebarang pekerjaan luar tanpa terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

3. Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai kawalan dalaman bagi memastikan


aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5 [P.U.(A) 395].

SYARAT.SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR / KERJA SAMBILAN DI


KKM

4. Berikut ialah syarat-syarat meluluskan pekerjaan luar / kerja sambilan:-

4.1 Pemohon hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan


masing-masing tertakluk kepada prestasi kerja dan keperluan
perkhidmatan. Dalam menimbangkan untuk menyokong atau tidak
sesuatu permohonan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil
perhatian tentang tata kelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan
5 (3) [P.U.(A) 395] seperti berikut:

4.1.1 tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa


pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya;

2
4.1,2 tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk
menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai seorang
pengkhidmat awam; dan

4.1.3 tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk


bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi
tidak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai
seorang pengkhidmat awam.

4.2 Pemohon tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan


rasmi penjawat awam (Contoh. kenderaan, telefon dan lain-lain)
untuk sebarang tujuan berkaitan pekerjaan luar lkerja sambilan;

4.3 Tempoh kelulusan melaksanakan pekerjaan luar / kerja sambilan


adalah dua (21 tahun. Sebarang pelanjutan memerlukan
permohonan baharu;
\-

4.4 Kebenaran melakukan pekerjaan luar I kerja sambilan adalah


terbatal secara automatik apabila pegawai/kakitangan berpindah
tempat kerja. Pegawai/kakitangan tersebut perlu mendapatkan
kebenaran dari Ketua Jabatan yang baharu sekiranya masih ingin
melakukan pekerjaan luar lkerja sambilan.

PIHAK BERKUASA MELULUSKAN

5. Kuasa untuk meluluskan permohonan adalah tertakluk kepada


pertimbangan Ketua Jabatan masing-masing.

3
6. Ketua Jabatan berhak menarik balik kelulusan yang telah diberikan jika
pemohon didapati melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan.

PERANAN KETUA JABATAN

7. Peraturan 3
[P.U.(A) 395] menjelaskan definisi Ketua Jabatan adalah
seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu kementerian, jabatan,
institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi
kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab.

8. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memberi penerangan serta


nasihat yang sewajarnya mengenai syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada
pegawai dan kakitangan yang terlibat.

9. Semasa Ketua Jabatan meluluskan sesuatu=permohonan pekerjaan luar t


kerja sambilan, penglibatan pemohon dengan aktiviti lain selain dari tugas rasmi
serta kekerapan dan tempoh masa yang digunakan hendaklah diambil kira bagi
memastikan bahawa pekerjaan luar I kerja sambilan yang dipohon tidak akan
menambah beban kerja hakiki di pejabat. Pihak berkuasa meluluskan hendaklah
memastikan perkara yang dinyatakan ini diperiksa balas seperti mana yang
diperuntukkan di dalam setiap ruangan format borang permohonan yang
disertakan.

4
TINDAKAN TATATERTIB

10. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengawasi pegawai dan


kakitangan dari semasa ke semasa yang didapati melakukan pekerjaan luar lkerja
sambilan tanpa kebenaran ataupun pegawai dan kakitangan yang telah diberi
kelulusan tetapi tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

11. Tindakan tatatertib hendaklah diambil terhadap pegawai yang melakukan


pekerjaan luar lkerja sambilan tanpa kebenaran atau telah melanggar mana-mana
syarat seperti mana di bawah [P.U.(A) 395].

12. Tindakan tatatertib juga boleh dikenakan kepada mana-mana Ketua


Jabatan yang didapati cuai menyelia aktiviti pekerjaan luar I kerja sambilan
pegawai dan kakitangannya atau tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN

13. Pegawai dan kakitangan yang bercadang melakukan pekerjaan luar t kerja
sambilan hendaklah memohon kebenaran dengan mengemukakan dokumen
berikut:-

13.1 satu salinan Borang Permohonan Melakukan Pekerjaan Luar KKM


seperti di Lampiran A (sila sertakan bersama senarai tugas
pegawai untuk pekerjaan luar lkerja sambilan yang berkenaan);

13.2 Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Ketua Jabatan (jika perlu).

5
14. Pihak yang menguruskan sumber manusia disarankan untuk menjadi urus
setia bagi menyelaras permohonan pekerjaan luar I kerja sambilan di jabatan,
institusi, agensi atau unit masing-masing.

15. Contoh surat pemakluman kelulusan permohonan menjalankan kerja luar


adalah seperti di Lampiran 81 dan Lampiran 82.

LAPORAN BERKALA MENGENAI STATUS PERMOHONAN MELAKUKAN


PEKERJAAN LUAR / KERJA SAMBILAN

16. Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan kepada Kementerian / Jabatan


Kesihatan Negeri (JKN) laporan status pekerjaan luar I kerja sambilan yang
diluluskan di bawah organisasi masing-masing bagi tempoh dua (2) tahun sekali
atau mengikut keperluan dari masa ke semasa yang difikirkan perlu oleh Unit
lntegriti dengan menggunakan borang seperti di Lampiran C untuk tujuan rekod.
Laporan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantai ke alamat berikut:

Unit Integriti
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 5, Blok E3, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan


62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p: Seksyen Pematuhan)

17. Bagi memudahkan urusan pemantauan dan kawalan di peringkat pusat,


setiap JKN adalah dipohon untuk mengumpul dan menyelaras maklumat
berkenaan status pekerjaan luar I kerja sambilan daripada semua Pejabat
Kesihatan / Klinik Kesihatan / Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat.
TARIKH KUATKUASA

18. Surat Pekeliling ini tidak terpakai untuk permohonan melaksanakan


pekerjaan luar I kerja sambilan (lokum) bagi Pegawai Perubatan, Pegawai
Pergigian dan Pegawai Farmasi. Walaubagaimanapun, pegawai-pegawai
berkenaan masih perlu mematuhi Garis Panduan ini sekiranya hendak melakukan
pekerjaan luar lkerja sambilan selain daripada lokum.

19. Surat Pekeliling ini adalah berkuat kuasa mulai daripada tarikh ia
dikeluarkan.

..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

CHEN CHAW MIN)

s.k.

Ketua Pengarah Kesihatan

Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Kesihatan

Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Kesihatan

You might also like