You are on page 1of 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROJEK KECERIAAN BILIK FROG VLE

(BERKUMPULAN)

NAMA PELAJAR : WAN NOR EZZI AZRIN BINTI WAN ZAHARI

: NUR SYAFIQAH BINTI TUMIRAN

: NURUL FATINI BINTI AHMAD AFPANDI

: NURUL HAMIZAH BINTI SAHARUDDIN

NAMA SEKOLAH : SK SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS

NAMA PROJEK : KECERIAAN BILIK FROG VLE

TEMPOH PELAKSANAAN : 4 MINGGU (20 FEBRUARI 2018 – 14 MAC 2018)

OBJEKTIF :

i. Mewujudkan suasana yang lestari untuk pembelajaran abad ke-21.


ii. Melahirkan murid yang cinta akan penerokaan ilmu pengetahuan bagi
melahirkan modal insan yang bermaklumat.
iii. Mempraktikkan pembelajaran abad ke-21 dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM 2013-
2025).
iv. Mewujudkan rasa minat dan kesernokan pembelajaran dan pemudahcara
pada murid-murid melalui pembelajaran alam maya.

STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi merealisasikan pelaksanaan projek yang perlu dilaksanakan, saya dan


tiga orang lagi rakan praktikum telah bertindak untuk berjumpa dengan mentor-mentor
kami iaitu Puan Norariza binti Muhammad dan Puan Noraziah binti Kassim. Tujuan
perjumpaan ini adalah bagi mengadakan perbincangan dan bertanyakan pendapat
tentang cadangan projek yang dilaksanakan. Seterusnya, selepas cadangan kami
dipersetujui bersama, kami telah berjumpa dengan Guru Besar sekolah iaitu Tn. Hj.
Kamal bin Abdullah bagi membentangkan secara lisan tentang pemilihan projek yang
dilaksanakan. Hasil perbincangan ini, beliau telah memberi sokongan yang penuh
tentang cadangan projek yang akan dilaksanakan iaitu menceriakan bilik Frog VLE
(Virtual Learning Environment). Hal ini kerana, dengan terlaksananya projek tersebut
ia dapat mewujudkan satu suasana yang baharu bagi pengguna bilik tersebut iaitu
guru dan murid di masa akan datang bagi tujuan pembelajaran abad ke-21. Beliau
juga menyatakan bahawa semua kos-kos yang diperlukan akan ditanggung oleh pihak
sekolah dan guru-guru pelatih boleh sentiasa merujuk kepada beliau, guru mentor atau
kakitangan pejabat untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Beliau juga
meminta kami untuk membuat lakaran awal untuk lukisan mural yang akan
dilaksanakan di luar bilik Frog VLE untuk dirujuk kepada Ustaz Anirul dan Cikgu Anuar
bagi mendapatkan warna-warna yang diperlukan.

Justeru, setelah cadangan telah dipersetujui oleh pentadbir sekolah, kami telah
berjumpa dengan guru penyelaras bilik Frog VLE iaitu Ustaz Anirul Anwar bagi
menyampaikan hasrat dan menyatakan bahawa kami akan membuat perubahan dan
menambah keceriaan di bahagian dalam dan luaran bilik Frog VLE. Kami juga telah
meminta pandangan beliau tentang pengubahsuaian yang bakal dilakukan dan saling
bertukar pendapat bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Beliau juga merupakan
rujukan utama kami dalam menceriakan bilik Frog VLE. Hasil perbincangan, kami
sepakat untuk mengecat bahagian luar iaitu dinding dan tiang bilik dengan
menggunakan kombinasi biru gelap dan biru cerah serta akan melukis mural di
bahagian bawah dinding. Di bahagian dalaman bilik pula, Ustaz Anirul memberitahu
bahawa terdapat beberapa poster dan kain rentang yang telah ditempah dan hanya
perlu digantung. Kami juga akan mencetak logo dan imej laman sesawang Frog untuk
ditampal di dinding-dinding bilik.

Selepas itu, kami telah membuat beberapa rekaan mural dan


membentangkannya kepada Ustaz Anirul untuk pemilihan rekaan akhir. Setelah
membuat pemilihan rekaan dan warna, kami telah berjumpa dengan Guru Besar
sekolah untuk menunjukkan rekaan akhir yang dipilih. Setelah mendapatkan
persetujuan beliau, kami bertindak dengan berjumpa Cikgu Anuar bagi menunjukkan
rekaan mural. Kemudian, beliau telah membekalkan kami dengan cat warna latar bagi
lapisan pertama dinding. Sejurus itu, kami terus mengecat dinding dengan lapisan
pertama dan diikuti dengan lapisan kedua iaitu biru cerah di bahagian dinding
manakala biru gelap di tiang-tiang bilik. Walaubagaimanapun, semasa mengecat,
kami telah kehabisan warna biru dan Cikgu Anuar juga tidak mempunyai simpanan
lebihan warna biru nilam yang kami perlukan. Jadi, sementara menunggu untuk
mendapatkan warna biru, kami terus bergerak dengan membuat lakaran di dinding
dan mengecat imej-imej mural menggunakan warna yang ada.
Gambar 1 : Gambar di bahagian luar bilik Frog VLE sebelum projek keceriaan.

Gambar 2 : Mengecat lapisan pertama di dinding luar bilik.

Akibat kekangan masa, cat biru hanya diperoleh pada minggu keempat
pelaksanaan projek. Walaubagaimanapun, sejurus memperoleh bekalan tambahan
warna biru, kami berempat terus menyambung usaha mengindahkan lagi luaran bilik
Frog VLE sehingga selesai. Sepanjang tempoh pelaksanaan mural juga, kami
sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa berkenaan rekaan
mural tersebut bagi memastikan hasil akhirnya memuaskan.
Gambar 3 & 4: Proses menyiapkan mural bilik Frog VLE.
Gambar 5, 6 & 7 : Hiasan dinding mural yang telah siap.

Gambar 8 : Bilik Frog VLE dari sudut pandangan atas.


Di samping menyiapkan hiasan dinding di bahagian luar, kami turut mengambil
peluang untuk menghias dan mencantikkan ruangan dalaman bilik Frog VLE. Ustaz
Anirul juga sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi membimbing
kami untuk membuat susun atur di dalam bilik. Selain itu, beliau turut mencadangkan
kami untuk membalut meja-meja komputer riba dengan menggunakan tikar getah.
Beliau turut meminta bantuan kerani sekolah untuk membuat tempahan segulung tikar
getah untuk kegunaan bilik tersebut. Dalam masa sama, beliau juga memberikan kami
kain rentang serta beberapa keping poster bercetak untuk digantung dan ditampal di
dalam bilik Frog VLE. Di samping itu, kami telah mencetak, menggunting dan
menampal logo-logo yang berkaitan Frog VLE untuk ditampal di dinding-dinding bilik.
Jadi, perkara pertama yang kami lakukan adalah dengan membalut meja-meja dengan
menggunakan tikar getah. Kemudian kami terus menghias dinding seperti yang telah
dirancang. Selain itu, kami juga telah menyusun semula rak-rak yang terdapat di
dalam bilik tersebut di satu sudut bilik dan memasang langsir.

Gambar 9 : Bahagian dalaman bilik sebelum menghias.


Gambar 10, 11 & 12 : Selepas membuat perubahan di dalam bilik Frog VLE

Selepas bertungkus lumus menyiapkan projek berkumpulan ini, kami telah


membuat kemasan terakhir dengan menyapu keseluruhan bilik tersebut untuk
kegunaan murid-murid. Semoga projek yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat
kepada semua warga pendidik Sekolah Kebangsaan Seberang Takir dalam
melahirkan modal insan yang harmonis dan holistik selaras kehendak Falsafah
Pendidikan Negara.

DISEDIAKAN OLEH,

_____________________________

(NURUL FATINI BINTI AHMAD AFPANDI)

Pelaksana Projek Internship


DISEMAK OLEH,

_____________________________

(PUAN NORARIZA BINTI MUHAMMAD)

Mentor,

Program Internship SK Seberang Takir,

21300, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman


REFLEKSI PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROJEK KECERIAAN BILIK FROG VLE

(BERKUMPULAN)

NAMA PELAJAR : WAN NOR EZZI AZRIN BINTI WAN ZAHARI

: NUR SYAFIQAH BINTI TUMIRAN

: NURUL FATINI BINTI AHMAD AFPANDI

: NURUL HAMIZAH BINTI SAHARUDDIN

NAMA SEKOLAH : SK SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS

NAMA PROJEK : KECERIAAN BILIK FROG VLE

TEMPOH PELAKSANAAN : 4 MINGGU (20 FEBRUARI 2018 – 14 MAC 2018)

REFLEKSI

1. Kekuatan Projek

Sepanjang proses menyiapkan projek ini, terdapat beberapa kekuatan


yang menyumbang kepada kejayaan projek ini. Antaranya bantuan, sokongan
dan idea dari rakan internship dan juga pentadbir, guru-guru SK Seberang Takir
yang menjadi rujukan utama dalam usaha menyempurnakan projek ini. Selain
itu, sokongan dari staf pejabat dan staf sokongan juga banyak membantu dalam
melicinkan perjalanan projek ini. Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa
binaan hubungan yang baik dalam persekitaran kerja banyak membantu dalam
menjayakan projek yang telah dirancang dengan sangat baik dan memuaskan.
Tambahan pula, kerjasama dan komitmen daripada rakan-rakan internship,
Nurul Fatini binti Ahmad Afpandi, Wan Nor Ezzi Azrin binti Wan Zahari dan Nur
Syafiqah binti Tumiran telah menjadi faktor utama dalam menjayakan usaha
mengindahkan bilik Frog VLE di sekolah tersebut.

2. Kelemahan Projek

Terdapat beberapa kelamahan yang menjadi kekangan sepanjang


melaksanakan projek berkumpulan menceriakan bilik Frog VLE ini. Antaranya
ialah dari segi bekalan cat yang habis lebih awal dari yang dijangka. Hal ini
menyebabkan proses mengecat tergendala selama beberapa hari kerana faktor
kekangan untuk mendapatkan bekalan cat biru yang baharu. Disebabkan faktor
ini, jadual penghasilan mural lari dari perancangan asal. Walaubagaimanapun,
kami bersyukur kerana hal ini dapat diatasi dan hiasan dinding juga berjaya
disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan. Selain itu, faktor kesuntukan masa
juga menjadi kelemahan yang perlu diatasi oleh kami. Kami perlu berhadapan
dengan banyak cuti-cuti umum dan cuti peristiwa serta pelbagai program
sekolah yang turut diadakan. Jadi, masa untuk menghias bilik hanya boleh
dilakukan pada waktu petang atau semasa cuti. Namun, atas usaha keras kami
dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kami berjaya untuk
menyempurnakan projek mengikut jangkaan masa yang ditetapkan.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai usaha menambahbaik lagi pelaksanaan projek di masa akan


datang, kami sewajarnya membuat semakan awal tentang stok bekalan warna-
warna cat terutamanya warna-warna asas mencukupi untuk mengecat. Hal ini
bagi mengelakkan proses menyiapkan mural dan mengecat dinding tergendala
sekaligus mengganggu kelancaran menyiapkan projek. Selain itu, perancangan
gerak kerja yang sistematik juga adalah signifikan bagi memastikan bahawa
aliran kerja adalah lancar dan tidak menjadi kelam kabut untuk disiapkan dalam
masa yang suntuk. Perbincangan dan rujukan dengan pihak pentadbir, guru
penyelaras dan guru yang terlibat juga perlu diadakan dari semasa ke semasa
bagi meminta pandangan dan pendapat dari pihak sekolah.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik


tepat pada masanya mengikut jadual perancangan yang telah disertakan dalam Kertas
Kerja Projek. Semoga projek ini dapat memberikan manfaat untuk kegunaan semua
warga sekolah dalam menyiapkan diri menghadapi pembelajaran abad ke-21.

You might also like