You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MOUNT AUSTIN

JALAN MUTIARA EMAS 4/19, TAMAN MOUNT AUSTIN


JOHOR BAHRU, JOHOR.
TEL NO. : 07-3582972

Ruj. Kami : JEA 1068/100 – 19/7/4


Tarikh : 31 Julai 2012
Kepada,
Pengarah,
Jabatan Imigresen Malaysia,
Negeri Johor Darul Takzim,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri,
Jalan Setia Tropika,
Taman Setia Tropika,
Kempas,
81200 Johor Bahru.

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT PEGAWAI UNTUK URUSAN PASPOT SECARA BERKELOMPOK

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan Kelab Bilik Guru SMK Taman Mount Austin akan mengadakan lawatan ke
Universal Studio pada 31 Ogos 2012.

3. Dengan itu kami ingin memohonh khidmat pegawai tuan untuk membuat urusan paspot secara
berkelompok untuk guru-guru kami yang tidak mempunyai paspot antarabangsa. Kami bercadang untuk
membuat urusan paspot berkumpulan di sekolah seperti ketetapan berikut.
Tarikh : 7 Ogos 2012
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi

4. Kami berharap kerjasama dari pihak tuan agar dapat menghantar pegawai yang berkenaan
untuk menjalankan urusan yang tersebut seperti butiran di atas.

5. Segala kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang
pertanyaan, boleh berhubung dengan Cik Roshayati binti Ibrahim di talian 07-3582972 / 0197137300.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(ROSHAYATI BINTI IBRAHIM)


Pengerusi Kelab Bilik Guru,
SMK Taman Mount Austin

You might also like