You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh : 5 Ogos 2018

Information Dissemination Division


National Institute of Occupational Safety and Health
Lot 1, Jalan 15/1, Section 15,
43650 Bandar Baru Bangi,
SELANGOR

Y.Bhg Dato’, Tuan Puan, Encik Cik

Tuan,

JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN DI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Rekabentuk Teknologi IPG Kampus


Pendidikan Teknik akan mengadakan program ceramah Bengkel NIOSH 2018 oleh Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) seperti ketetapan berikut:

Tempat : Bangunan TVET, IPG Kampus Pendidikan Teknik


Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Tarikh : 5 September 2018 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari

3. Sehubungan dengan itu kami ingin menjemput wakil daripada pihak National Institute
Occupational of Safety and Health (NIOSH) sebagai penceramah bagi program tersebut.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan bersetuju untuk membantu kami dalam
menjayakan bengkel ini. Sokongan dan kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(Dr. Yazid Bin Abdul Manap)


Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Teknik,
Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

You might also like