You are on page 1of 2

1.

PPSR (Pelaporan Pencapaian Sekolah Rendah)


 PPSR sebenarnya secara ringkas boleh dikatakan sebagai laporan terkahir untuk
memberi maklumat tentang kemenjadian murid di akhir persekolahan rendah
mereka.
 PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baru hasil daripada pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan digunakan mulai Tahun 2018.
 PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid secara holistik
(menyeluruh) pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) bagi
menggantikan istilah pentaksiran Tahun 6 yang sedia ada iaitu Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).

 PPSR mempunyai 4 komponen utama iaitu:


1) Pentaksiran Bilik Darjah
 satu pentaksiran yang berterus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan
kebolehan dan pencapaian murid.
 bersifat formatif dan mengutamakan kemajuan setiap murid selain
dapat membantu para guru untuk membuat diagnostik secara individu
dan menyeluruh.
 pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan
merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP)
untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.
 Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan
pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.
2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikukum (PAJSK)
 satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum, ekstra kurikulum dan
kecergasan fizikal untuk diguna pakai oleh semua sekolah dan
dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan setiap tahun.
 menilai tentang beberapa perkara iaitu penglibatan, penyertaan dan
prestasi murid di dalam kelab atau persatuan, pasukan badan
beruniform serta sukan permainan.
 mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan
Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi
merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan
3) Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
 satu kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, atribut atau tret
psikologi seseorang sama ada dalam domain kognitif atau afektif.
 dilakukan melalui Ujian Aptitud Khusus Tahun 6 yang mana digunakan
untuk melihat kecenderungan sebenar murid dalam perkara berikut iaitu
Bidang pembelajaran, Aliran persekolahan dan Bidang pekerjaan

4) UPSR
 berperanan sebagai 1 checkpoint untuk mengukur kemahiran murid di
dalam 4 aspek besar iaitu :
a) Menulis
b) Membaca
c) Mengira
d) Menaakul

*Pelaksanaan PPSR dilihat bukan suatu bebanan kepada guru dan bukan menggantikan
UPSR sebalik menambahbaik UPSR kepada satu sistem pentaksiran yang lebih holistik.

You might also like