You are on page 1of 2

Ruj.Kami:Jps(w)/SMKG(mur)/153/02/08/01/Jld.

2( )
Tarikh: 17 Mac 2015

Kepada,
Professor Madya Dr Othman Bojo,
Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber,
Universiti Malaysia Sarawak,
94300 Kota Samarahan

u.p Ketua Jabatan Sains Tumbuhan dan Ekologi


Dr. Mohd Effendi Wasli

Tuan,
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER
(FSTS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacitanya dimaklumkan pelajar tingkatan lima SMK Gedong ingin meminta
kerjasama pihak tuan bagi membenarkan kami membuat lawatan sambil belajar ke Fakulti
Sains dan Teknologi Sumber bagi memenuhi tuntutan mata pelajaran Sains Pertanian. Selain
itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan program yang ada di fakulti
ini yang sesuai dipohon selepas mereka tamat SPM kelak.

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi
kerjasama bagi menjayakan program lawatan sambil belajar ini. Berikut adalah butiran yang
telah dirancang:

Tarikh : 4 Mei 2015


Hari : Isnin
Masa : 1.00 ptg -3.00 petang
Tempat : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Penyertaan : 17 Orang Murid
Guru Pengiring : Pn. Juraidah Bt. Salimun
3. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan kelulusan daripada pihak tuan.
Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan, kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Pn Juraidah Binti Salimun (013-5491422).
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

....................................
(Pn. Juraidah Bt Salimun )
Guru Sains Pertanian
SMK Gedong

s.k 1. Fail Sekolah


2. Fail Panitia

You might also like