Professional Documents
Culture Documents
Tajuk 7 Motivasi
Tajuk 7 Motivasi
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam unit ini merangkumi konsep tingkah laku bermasalah, Jenis-jenis tingkah
laku bermasalah, cara-cara mengenalpasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, serta
pengurusan tingkah laku bermasalah, teknik-teknik modifikasi tingkah laku bermasalah, dan
juga implikasi pengurusan tingkah laku bermasalah terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
TINGKAH LAKU
BERMASALAH
100
7.1 Tingkah laku bermasalah
Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh
guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada
sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru itu, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menghalang guru dan murid-murid
lain daripada mencapai pembelajaran optima.
101
Jenis-jenis tingkahlaku destruktif termasuk permusuhan nyata, vandalisme
iaitu merosakkan kerusi, meja, peralatan, telefon awam dan sebagainya,
aktiviti kumpulan liar, amalan tumbuk menumbuk, mengugut, mencalar kereta
atau motosikal guru, menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding
bangunan sekolah.
Mengikut ahli psikologi sosial, terdapat tiga pandangan yang utama tentang
permusuhan nyata iaitu:
i) Dalam setiap individu terdapat desakan yang agresif yang cenderung
untuk menimbulkan permusuhan nyata.
ii) Permusuhan nyata disebabkan pengalaman yang mengecewakan.
iii) Tingkah laku agresif atau permusuhan nyata boleh dipelajari.
102
tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Ini menyebabkan timbulnya rasa kecewa
kerana kehilangan wang dan keperluannya untuk mendapatkan minuman
tidak dipenuhi. Akibatnya, dia mungkin menunjukkan permusuhan nyata
terhadap mesin itu atau terhadap kawan yang ditemui.
103
(4) Tingkah Laku Bergantung
Tingkah laku bergantung merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu
bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk
menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan. Individu-
individu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang
menunjukkan sifat pergantungan berlebihan, kebimbangan dan pengunduran
diri.
(5) Hiperaktif
Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau aktif
berbanding keadaan yang biasa. Kenak-kanak seperti ini tidak boleh duduk
diam, sentiasa bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan dan sukar
dikawal. Antara ciri kanak-kanak yang mengalami hiperaktiviti adalah seperti
berikut:
i) Melibatkan diri dalam aktiviti secara berlebihan.
ii) Perbuatan dilakukan secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya.
iii) Gemar merengut.
iv) Tidak boleh duduk diam.
v) Tindak balas berlebihan terhadap sesuatu rangsangan.
vi) Tingkah laku sukar diramal.
104
i) Motif yang bercanggahan. Contohnya, terdapat individu yang ingin
menderma untuk membantu orang-orang miskin tetapi pada masa yang
sama dia juga terpaksa menyara hidup isteri dan anak-anaknya.
ii) Individu yang mengalami konflik antara tingkah lakunya dengan nilai
sebenarnya. Contohnya, seseorang itu mengetahui bahawa mencuri
adalah salah tetapi masih melakukannya kerana ia telah lama
menganggur dan amat memerlukan wang.
105
dalam bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar
tidak berupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar-pelajar yang tidak
mempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan
mengundur diri apabila guru memilih pemain-pemain bagi satu satu
permainan.
Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu, cepat
belajar, pintar cerdas dan proaktif (Ee Ah Meng, 2002).
106
(3) Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas
Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek
seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan mempunyai
daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah tinggi.
Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik,
sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia.
Oleh kerana pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan intelek yang tinggi,
mereka cepat mencapai pemahaman terhadap konsep-konsep yang
disampaikan. Ini menyebabkan mereka akan berasa cepat bosan sekiranya
kaedah pengajaran guru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini
akan menyebabkan mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam
kelas. Ini bermakna proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas
sekiranya keperluan pelajar pintar cerdas tidak dipenuhi.
107
7.3 Cara-Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkah Laku
Ujian piawai seperti ini perlu ditadbirkan dan ditafsirkan oleh seseorang yang
berkelayakan seperti kaunselor sekolah, pakar psikologi sekolah, ataupun pakar
psikologi kanak-kanak. Seterusnya rawatan, teknik-teknik kaunseling atau program
modifikasi tingkah laku akan digunakan untuk membantu kanak-kanak tersebut.
Modifikasi tingkah laku ialah aplikasi teori pembelajaran yang sistematik yang akan
membawa perubahan yang diingini ke atas corak tingkah laku. Ada kalanya istilah
"aplikasi analisa tingkah laku" turut digunakan.
Dua faktor individu turut terlibat dalam modifikasi tingkah laku - faktor dalaman dan
faktor luaran.
108
Faktor dalaman turut dikenali sebagai faktor penyesuaian kendiri. Individu akan
melihat ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kekuatan yang diperlukan. Kekuatan itu
mungkin merupakan kepercayaan kerohanian atau nilai-nilai moral yang telah disemai
sejak lahir. Sebagai contoh, seorang murid anda yang berumur sepuluh tahun tahu
bahawa dia perlu duduk diam semasa anda mengajar. Dia telah diberitahu dan
sedar bahawa dia perlu mematuhi disiplin dalam bilik darjah supaya tidak
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Dia tahu bahawa berjalan
semasa guru sedang mengajar adalah satu kesalahan. Oleh itu, walaupun ia suka
bangununtuk bercakap dengan rakannya di belakang, ia tidak berbuat begitu. Dia
perlu membuat penyesuaian kendiri, iaitu pergi ke tempat rakannya semasa
pertukaran guru ke bilik darjahnya.
Faktor kedua ialah faktor penyesuaian luaran, yang kadang kala dikaitkan dengan
penggunaan modelling.
Ambil murid-murid sepuluh tahun di atas sebagai contoh. Sekiranya dia menahan diri
daripada berjalan tanpa sebab semasa anda mengajar, maka dia perlu melihat dan
mencontohi tingkah laku murid-murid lain sebagai model. Dia seharusnya mengikut
rakan-rakan lain mendengar pengajaran guru dengan tekun. Adakah anda bersetuju?
Peneguhan
Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan
adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.
Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang
sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini
dinamakan oleh Skinner sebagai ’peneguhan’ (reinforcement). Mengikut beliau,
peneguhan boleh berupa positif atau negatif.
109
Peneguhan Positif
Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu
peneguhan positif, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan
bertambah. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan
kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian,
penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang
sesuai itu berlaku.
Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan
tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya,
menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat
menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran
mereka tanpa gangguan.
Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau
menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai
seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai.
Denda
Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu
tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya budak yang tidak membantu ibu tidak
diberi peluang bermain bola (iaitu, menghentikan keseronokan). Skinner
berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang
singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.
Murid yang didenda kerana tidak boleh menguasai setengah-setengah kemahiran
matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran
matematik.
Reverse Psychology
Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan
tingkah laku negatif kepada positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru
memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenal pasti sikap, pandangan
dan pemikiran dalamannya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah
menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif
demi membentuk tingkah laku yang diingini.
110
Pembentukan (shaping)
Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui
beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tidak balas
yang diharapkan. Teknik shaping ini adalah perlu digunakan apabila murid yang
berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini.
Token Economy
Token economy ini ialah satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh
simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan.
Contohnya, pelajar diberi beberapa markah untuk perlakuan yang ditunjukkannya.
Markah yang dikumpulkan ini boleh ditukar kepada hadiah, sijil atau surat
penghargaan. Teknik ini banyak diaplikasikan dalam penjualan barangan secara
terus di mana menggunakan sistem ini untuk menarik pembeli untuk terus membeli.
Pengurusan Diri
Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-langkah berikut:
• Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri.
• Murid berusaha mengubah tingkah lakunya.
• Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan
menggunakan senarai semak atau carta.
Pengubahsuaian Kognitif
Ia merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan kendiri untuk
mengubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan kendiri. Antara langkah-
langkah dalam melaksanakan teknik ini ialah:
• Modelling kognitif: Seorang guru melakukan sesuatu tugasan sambil
memberi arahan secara lisan.
• Bimbingan luaran: Murid melakukan tugasan yang sama di bawah
bimbingan guru.
• Bimbingan kendiri (nyata): Murid melakukan tugasan yang sama
melalui arahan kendiri secara lisan.
• Bimbingan kendiri (tidak nyata): Murid membisik arahan sendiri sambil
menghabiskan tugasan.
111
• Arahan Diri Terselindung: Murid melakukan tugasan secara
membimbing kendiri melalui percakapan kendiri.
112
7.5 Implikasi Pengurusan Tingkah Laku Ke Atas Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran
Implikasi utama dalam melaksanakan satu program modifikasi tingkah laku ialah ia
dapat membawa peningkatan dalam pencapaian akademik, kompetensi sosial dan
iklim sekolah yang lebih kondusif.
Juga, ia adalah komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana modifkasi tingkah laku merupakan satu cara untuk mendapatkan pencapaian
akademik yang lebih tinggi daripada murid-murid yang bermasalah.
Satu lagi implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah ia dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dalam
perbincangan kelas.
Melalui program modifikasi tingkah laku, motivasi intrinsik murid-murid juga dapat di
pertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi ganjaran kebendaan untuk
menunjukkan tingkah laku yang positif.
Justeru itu, program modifikasi tingkah laku dapat menolong menukar persekitaran
sekolah, dengan menggantikan tingkah laku-tingkah laku negatif kepada positif.
Pada masa yang sama, ia juga menolong meningkatkan kepuasan intrinsik murid-
murid.
TUGASAN TERARAH
Kenal pasti empat masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah anda.
Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk
menangi masalah tingkah laku murid tersebut.
RUJUKAN
Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (1993). Behaviour Management. New York :
Macmillan.
Alberto & Troutman (1986). Applied behaviour analysis for teachers. Toronto.
113