You are on page 1of 4

Sifat huruf yang berlawanan dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu boleh dilihat di

dalam jadual berikut :

Al-Jahru ‫ الجَهر‬- Ialah suara yang terang atau tebal atau kuat sebutannya. Huruf-
hurufnya adalah seperti berikut :

‫ع ظ م وزن ق ارءذيغ ض ج دطل ب‬

Al-Hams ‫ ال َه ْمس‬- Membunyikan huruf dengan berdesis dan nafas terlepas, sehingga
bunyi huruf terdengar agak samar. Hurufnya ada 10 iaitu :

‫ف ح ث هـ ش خ ص س ك ت‬
As-Syiddah ‫الشدَّة‬
ِّ - Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan suara tertahan dan
lebih kuat tertahannya ketika mati atau waqaf. Hurufnya ada 8 iaitu :

‫أ ج دقطب كت‬

Ar-Rokhawah ‫الر َخاوة‬


َّ - Iaitu terlepas atau keluarnya suara ketika membaca huruf-
hurufnya. Hurufnya ada lima belas iaitu selain huruf As-Syiddah :

‫خ ذ غ ث ح ظ ف ضش و ص زي س ه‬

Al-Isti'lak ‫اإلس ِّت ْع ََلء‬


ِّ - Adalah terangkatnya lidah ke rongga atas ketika mengucapkan
huruf-hurufnya sehingga sehingga bunyi huruf menjadi lebih tinggi, tebal dan
berat.hurufnya ada 7 iaitu :

‫خ صضغط ق ظ‬
Al-Istifal ‫ستفَال‬
ْ ‫ – اإل‬Al-Istifal bermaksud turun. Maksudnya ialah membunyikan huruf
dengan menurunkan pangkal lidah ke dasar lidah, sehingga bunyi huruf menjadi
rendah, tipis dan ringan. Hurufnya ada 22 iaitu :

‫ث ب ت ع ز م ن ي ج و د ح ر ف هـ إ ذ س ل ش ك‬

Al-Itbaq ‫ اإل ْطبَاق‬- Tertutup. Maksudnya ialah membnyikan huruf dengan


melengkungkan keliling lidah ke langit-langit mulut, sehingga bunyinya lebih besar
dan berat. Hurufnya ada 4 iaitu :

‫ص ضطظ‬

Al-Infitah ‫ اإلن ِّفتاح‬- Terbuka. Maksudnya ialah membunyikan huruf dengan


pertengahan lidah terbuka (tidak melengkungkan keliling lidah ke langit-langit),
sehingga bunyi huruf lebih kecil dan ringan. Hurufnya ada 25 iaitu :

‫م ناءخ ذ و ج دس ع ة فز كحقل ه شر ب غ ي ث‬

Al-Izlaq ‫ اإل ْذالق‬- Adalah mengucapkan huruf dengan mudah, kerana kedudukan
makhrajnya berada di hujung lidah atau bibir. Semua huruf yang mempunyai sifat Al
Idzlaq ada enam iaitu :
‫ف رمنلب‬

You might also like