You are on page 1of 14

PUSAT PENGAJIAN & PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN

TUGASAN 2 : TUGASAN TAJWID AL-QURAN

NAMA : MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR


NO MATRIK : M214014746
KOD SUBJEK : GQK 6121
NAMA SUBJEK : PENGAJIAN AL-QURAN
KUMPULAN :A
NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD AFFIF BIN OTHMAN
ISI KANDUNGAN

BAB 1 ANALISIS TAJWID 3 – 12


- Izhar Halqi
- Idgham Maal Ghunnah
- Idgham Bila Ghunnah
- Iqlab
- Ikhfa’ Haqiqi
- Izhar Syafawi
- Ikhfa’ Syafawi
- Idgham Mislain
- Qalqalah Kubra
- Qalqalah Sughra

KESIMPULAN 13
RUJUKAN 14

2
BAB 1
ANALISIS TAJWID

1) IZHAR HALQI

 Dari sudut Bahasa, Izhar bermaksud menyatakan atau menerangkan sesuatu.


Manakala, dari sudut istilah pula, Izhar bermaksud mengeluarkan sebutan setiap huruf
dari tempat keluarnya (makhraj) tanpa didengungkan serta jelas sebutannya.

 Huruf Izhar Halqi terdapat 6 iaitu Hamzah ( ‫) ء‬, Ha ( ‫) هـ‬, ‘Ain ( ‫) ع‬, Ha’ ( ‫) ح‬, Ghain
( ‫ ) غ‬dan Kha’ ( ‫) خ‬.

 Ia dinamakan Halqi kerana tempat keluarnya (makhraj) tersebut adalah dari


kerongkong. Hukum Izhar Halqi berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu
dengan salah satu huruf Halqi, makan dikehendaki membacanya dengan jelas sebutan
nun mati atau tanwin.

 Contoh ayat :

‫ق ِإ َذا‬
ٍ ‫غَا ِس‬
‫َسلَٰ ٌم هـ ِ َى‬
‫َم ْن ُأوتِ َى‬

3
2) IDGHAM MAAL GHUNNAH

 Idgham dari sudut Bahasa bermaksud memasukkan atau mencampurkan sesuatu ke


dalam sesuatu yang lain. Manakala dari sudut ilmu tajwid, ia bermaksud memasukkan
bacaan nun mati atau tanwin ke dalam huruf idgham dengan menjadikan kedua-kedua
huruf (huruf nun mati dan huruf idgham) seolah-olah satu huruf yang bersabdu.
Idgham Maal Ghunnah dimaksudkan dengan memasukkan dengan dengung.

 Terdapat 4 huruf Idgham Maal Ghunnah iaitu: Ya ( ‫) ي‬, Wau ( ‫) و‬, Mim ( ‫) م‬, Nun ( ‫ن‬
).

 Idgham berlaku di antara dua kalimah.

 Contoh ayat :

‫ِم َّمن َّمنَ َع‬


ٌ‫اصبَة‬
ِ َّ‫عَا ِملَةٌ ن‬
‫ِمن َولِ ٍّي‬

4
3) IDGHAM BILA GHUNNAH

 Idgham dari sudut Bahasa bermaksud memasukkan atau mencampurkan sesuatu ke


dalam sesuatu yang lain. Manakala, dari sudut istilah apabila nun mati dan tanwin
bertemu dengan huruf idgham bila ghunnah, maka perlulah dimasukkan nun mati atau
tanwin itu kedalam huruf idgham dan dibaca tanpa dengung.

 Huruf idgham bila ghunnah ada 2 sahaja iaitu: Lam ( ‫) ل‬, dan Ra’ ( ‫) ر‬.

 Hukum bacaan idgham ini berlaku dalam dua perkataan, iaitu nun mati atau tanwin
berada dalam satu perkataan atau salah satu huruf idgham pula berada dalam
perkataan lain.

 Contoh ayat :

َ‫ِمن َّربِّك‬
‫َمتَا عًا لَ ُك ْم‬
ِ ‫ِّمن َّربٍّ ر‬
‫َّحي ًم‬

5
4) IQLAB

 Dari sudut Bahasa, iqlab bermaksud menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.
Manakala, dari sudut istilah, iqlab terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu
dengan huruf iqlab. Maka ia ditukarkan bunyi nun mati ini kepada bunyi mim ( ‫ ) م‬dan
didengungkan dengan panjang bacaannya dua (2) harakat.

 Huruf Iqlab hanya mempunyai 1 huruf iaitu Ba’ ( ‫) ب‬.

 Ia dikatakan hukum bacaan Iqlab kerana sukar mendatangkan dengung serta


mengizharkan nun mati atau tanwin, kemudian menutup dua bibir mulut kerana huruf
ba’ ( ‫) ب‬.

 Dan juga susah mengidghamkannya, kerana ia berlainan makhraj dengan ba’, dan
kurang munasabah, maka ditentukan dengan sifat bacaan Ikhfa’, di mana
menukarkannya menjadi mim, kerana mim berkongsi makhraj dengan ba’, dan
berkongsi sifat dengung dengan nun.

 Iqlab terjadi dalam satu perkataan mahupun dua perkataan sama ada pada nun mati
atau tanwin.

 Contoh ayat :

ِ َّ‫لَنَ ْسفَ ًع ۢا بِالن‬


‫اصيَ ۙ ِة‬

‫ص ۢ ٌّم بُ ْك ٌم‬
ُ

6
5) IKHFA’ HAQIQI

 Dari sudut Bahasa, ikhfa’ adalah sembunyi. Manakala, dari sudut istilah ilmu tajwid,
menyebut satu huruf dengan satu sifat antara izhar dan idgham, tidak ditasydidkan, di
samping mengekalkan dengung pada huruf pertama.

 Yang dimaksudkan dengan antara izhar dan idgham adalah Izhar mempunyai 2 kali
bilangan sebutan kedua-dua huruf. Manakala ikhfa’ dan idgham mempunyai 1 kali
bilangan sebutan kedua-dua huruf. Huruf pertama izhar dan ikhfa’ dibunyikan dengan
jelas tetapi idgham bunyi bunyi huruf pertamanya berubah kepada bunyi huruf kedua.

 Ikhfa’ Haqiqi mempunyai 15 huruf iaitu :

‫ستجزصدكفثقضطظشذ‬

 Contoh ayat :

ٌ‫اريَة‬
ِ ‫َع ْي ٌن َج‬
ٍ ‫ِمن تَ ٰفَ ُو‬
‫ت‬
‫اإْل ن ٰ َس ُن‬

7
6) IZHAR SYAFAWI

 Dari sudut Bahasa, Izhar bermaksud menyatakan atau menerangkan sesuatu.


Manakala, dari sudut istilah pula, Izhar syafawi adalah ketika mim sukun bertemu
semua huruf hijaiyah kecuali mim ( ‫ ) م‬dan ba ( ‫) ب‬. Ia dimaksudkan dengan syafawi
adalah bibir mulut.

 Kesemua huruf hijaiyah adalah huruf izhar syafawi kecuali mim ( ‫ ) م‬dan ba’ ( ‫) ب‬.

 Cara bacannya adalah dengan menyebut mim mati ( ‫ ) ْم‬dengan jelas di bibir serta
mulut tertutup.

 Contoh ayat :

‫فَا ْم َسحُوا‬
ٌ ْ‫َعلَيْهـِي ْم َخو‬
‫ف‬
َ‫ُم ْمتَ ِرين‬

8
7) IKHFA’ SYAFAWI

 Dari sudut Bahasa, ikhfa’ bermaksud sembunyi. Manakala, dari sudut istilah pula,
ikhfa’ syafawi bermaksud menyebut huruf di antara sebutan izhar dan idgham tanpa
sabdu dan mengekalkan dengung pada huruf yang pertama.

 Ia dikenali dengan melihat huruf mim yang tidak berbaris ‫ م‬diikuti dengan huruf ‫ب‬
yang berbaris. Sebutan hendaklah didengungkan dengan merapatkan dua bibir.

 Huruf ikhfa’ syafawi hanya ada 1 iaitu: Ba’ ( ‫) ب‬.

 Contoh ayat :

‫ار ٍة ِّم ْن ِس ِّج ْي ۙ ٍل‬


َ ‫تَرْ ِم ْي ِه ْم بِ ِح َج‬

‫فَلَ َّمآ اَ ۢ ْنبَا َهُ ْم بِا َ ْس َم ۤا ِٕى ِه ۙ ْم‬

‫َّما لَهُ ْم بِ ٖه ِم ْن ِع ْل ٍم َّواَل اِل ٰ بَ ۤا ِٕى ِه ۗ ْم‬

8) IDGHAM MITSLAIN

9
 Dari sudut Bahasa, idgham bermaksud memasukkan atau mencampurkan sesuatu ke
dalam sesuatu yang lain. Manakala dari sudut istilah pula, memasukkan huruf pertama
yang bertanda Sukun (mati) ke dalam huruf berikutnya yang berbaris hidup dan
menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu.

 Apabila Mim mati bertemu dengan huruf Mim Berbaris maka hukum bacaannya
hendaklah didengungkan. Ia dinamakan Mislain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia
terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat.

 Idgham Mitslain mempunyai hanya 1 huruf iaitu : Mim ( ‫) م‬

 Contoh ayat :

‫ُه ْم َمااِ ْنفَقُ ْوا‬

ْ ‫ُك ْنتُ ْم ُم‬


َ‫سلِ ِميْن‬

َ‫لَ ُه ْم َمايَتَقُ ْون‬

9) QALQALAH KUBRA

10
 Dari sudut Bahasa, qalqalah bermaksud bacaan yang dibunyikan secara melantun
balik apabila huruf Qalqalah dimatikan (bertanda sukun) secara asli atau mendatang.
Manakala dari sudut istilah, Qalqalah Kubra bermaksud lantunan yang sederhana iaitu
dipertengahan.Ia terletak dipenghujung ayat.

 Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah
dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini
adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya

 Bacaannya terdapat dentuman besar sedikit pada huruf qalqalah yang diwaqafkan.

 Huruf Qalqalah Kubra ada 5 iaitu : To ( ‫) ط‬, Qaf ( ‫) ق‬, Dal ( ‫) د‬, Jim ( ‫) ج‬, Ba’ ( ‫) ب‬.

 Contoh ayat :

‫قُلْ هُ َو ٱهَّلل ُ َأ َح ٌد‬

ِ ۙ َ‫قُلْ اَ ُعوْ ُذ بِ َربِّ ْالفَل‬


‫ق‬

‫اس ٍد اِ َذا َح َس َد‬


ِ ‫َح‬

10) QALQALAH SUGHRA

11
 Dari sudut Bahasa, qalqalah bermaksud bacaan yang dibunyikan secara melantun
balik apabila huruf Qalqalah dimatikan (bertanda sukun) secara asli atau mendatang.
Manakala dari sudut istilah, Qalqalah Sughra bermaksud lantunan yang paling kecil
atau rendah. Ia terletak di pertengahan ayat.

 Bacaannya terdapat dentuman kecil atau rendah pada huruf qalqalah yang bertanda
sukun.

 Huruf Qalqalah Sughra juga sama seperti Qalqalah Kubra iaitu: To ( ‫) ط‬, Qaf ( ‫) ق‬,
Dal ( ‫) د‬, Jim ( ‫) ج‬, Ba’ ( ‫) ب‬.

 Contoh ayat :

ۡ‫ِمن قَ ۡبلِ ُكم‬

‫هُ َو ْالا َ ْبتَ ُر‬

ْ‫اَلَ ْم يَجْ َعل‬

KESIMPULAN

12
Pendidikan Al-quran secara bertalaqqi hendaklah dipelajari dan tidak boleh dipandang
ringan. Jika ianya diambil enteng, keberkatan Al-quran yang merupakan mukjizat bagi
Rasulullah S.A.W. dan panduan untuk umat manusia tidak akan mengalir.Hal ini kerana, Ia
juga adalah sunnah Sayyidina Rasulullah SAW.Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan
Malaikat Jibril A.S dan mengkhatamkannya sekali setiap bulan Ramadhan dan dua kali pada
tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW.

‫ وإنك لتلقى القرءان من لدن حكيم عليم‬:‫قال هللا‬

Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan Al Quran hanya boleh dikuasai dengan
bertalaqqi.Contohnya dalam menentukan qadar mad,sebutan huruf, bacaan
Isymam,raum,imalah,tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya
membaca atau mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau
praktikal oleh guru.

Akhir sekali, pentingnya mempelajari Al-quran secara bertalaqqi dapat memastikan hak
kalamullah sentiasa terpelihara dan masyarakat umat islam tidak akan buta Al-quran dan
meninggalkan Al-quran.

RUJUKAN

1. Pengawas madrasah(2016).Hukum Idgham Mitslain.Diambil semula dari


http://ilmutajwid.id/idgham-mitslain-atau-idgham-mimi.html

13
2. A.Rusop(2018).Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran.Fatehah Learning Centre.(Pg
12)

3. Tajwid Asas Blogspot(2013).Hukum Ikhfa’ Syafawi. Diambil semula dari


http://tajwid-asas.blogspot.com/2013/03/ikhfa-syafawi.html

4. M.Kastolani(November 2021).Qalqalah Sughra dan Qalqalah Kubra. Diambil semula


dari https://www.inews.id/lifestyle/muslim/contoh-hukum-bacaan-qalqalah-sugra-
dalam-al-quran, https://www.inews.id/lifestyle/muslim/contoh-hukum-bacaan-
qalqalah-kubra

5. R.I.Harbani(Jun 2021).Izhar Syafawi.Diambil semula dari


https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-5606376/izhar-syafawi-pengertian-huruf-
cara-baca-dan-contohnya

6. Akademi Nnajah (January 2017). Diambil semula dari


https://akademiannajah.wordpress.com/2017/01/05/kepentingan-bertalaqqi/

14

You might also like