You are on page 1of 10

1.

0 Pengenalan

Kemasan shanghai merupakan salah satu kemasan lantai. Kemasan Shanghai dibuat
dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland
biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau
1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada
permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa,
permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata
untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir
kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk
menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus
dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu
tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah
permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut
dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.

2.0 Tujuan:

Bertujuan bagi memahami dan mempelajari kaedah pemasangan kemasan batu shanghai. Dan
lain-lain kerja yang berkaitan menurut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan
perkakas, peralatan serta bahan yang betul supaya hasil kerja menepati piawaian dan standard
yang ditetapkan.

1
3.0 Alatan dan bahan

Alatan Fungsi
Baldi Digunakan untuk meletakkan mortar.

Sudip bata Digunakan untuk menyebarkan mortar

Tukul kuku kambing Digunakan untuk mengetuk paku pada papan


dan kayu

Sesiku L Untuk mengukur sudut kotak bentuk.

2
Pita pengukur Untuk mengukur panjang papan dan kayu.

Bahan Fungsi
Papan lapis Digunakan untuk kotak bentuk

Kayu 2x1 Digunakan untuk kotak bentuk

3
Paku Digunakan untuk mencantumkan kayu dan
papan.

Simen Digunakan sebagai bahan pengikat batu


shanghai.

Batu shanghai Untuk kemasan terakhir

Pasir Digunakan sebagai bahan pengikat batu


shanghai.

4
4.0 Langkah kerja

1. Kotak bentuk dibuat dengan ukuran 1 kaki x 1 kaki dengan menggunakan kayu 2x1 dan
papan lapis.

2. Kayu diukur dan dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki.

5
3. Kayu yang telah dipotong dipaku untuk membentuk kotak bentuk.

4. Bancuh konkrit dengan nisbah 1:1 (1 simen , 1 pasir)

6
5. Masukkan sebatian konkrit kedalam kotak bentuk dan biarkan semalam 1 jam.

6. Susun batu shanghai mengikut corak yang dikehendaki dan biarkan konkrit mengering.

7
5.0 Langkah keselamatan

Untuk mengelakan kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa peraturan


hendaklah dipatuhi. Biasanya, di setiap bengkel terdapat peraturan am yang telah di tetapkan dan
peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua, iaitu Keselamatan diri dan Keselamatan di bengkel.

 Keselamatan diri

1. Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di bengkel.


2. Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan
mengendalikan peralatan dan mesin semasa berada di tempat kerja.
3. Pengguna tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan rakan-rakan
sama ada dengan peralatan dalam bengkel.

8
 Keselamatan di bengkel

1. Bengkel mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja
dijalankan dengan baik dan lancar.
2. Bengkel mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan
yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah.
3. Bengkel hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan
besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.

 Pakaian keselamatan

Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika
melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu pakaian am,
pakaian perlindungan dan alatan perlindungan.

9
6.0 Kesimpulan:

Dalam kerja binaan bata pada kali ini pelajar dapat mempelajari kaedah membuat
kemasan lantai dengan menggunakan batu shanghai. Pembuatan kemasan ini memerlukan
langkah yang betul untuk memastikan kemasan menjadi dengan cantik. Kemasan ini digunakan
sebagai satu cara untuk mencantikkan sesuatu kawasan seperti taman, halaman rumah atau
sebagainya.

Batu shanghai mempunyai rupa bentuk yang cantik serta boleh membentuk pelbagai
corak yang dimahukan. Batu shanghai juga mudah didapati dan amat sesuai sebagai perhiasan.
Kaedah kemasan ini juga memerlukan kepakaran untuk memastikan kemasan menjadi lebih
cantik dan kemas.

10

You might also like