You are on page 1of 2

Teks Ucapan Perasmian: Sambutan Hari Wilayah Persekutuan

Peringkat SK Seri Bintang Utara 2018.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Wilayahku Ceria.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya, dapat kita


berkumpul untuk bersama-sama menyambut sambutan hari Wilayah
Persekutuan Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara bagi
Tahun 2018.

Terdapat 3 buah Wilayah Persekutuan di negara kita iaitu Kuala


Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Ketiga-tiga wilayah ini diwartakan sebagai
Wilayah Persekutuan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, WP Kuala
Lumpur yang dahulunya menjadi sebahagian daripada Negeri Selangor,
dijadikan Wilayah Persekutuan pada tahun 1974 atas faktor untuk
menjadikan kawasan ini sebagai ibu negara Malaysia.

Wilayah Persekutuan Labuan pula dijadikan Wilayah Persekutuan


kerana mahu menaik taraf kedudukan ekonomi kawasan tersebut daripada
kawasan perkampungan nelayan yang mundur, ke arah sebuah pulau yang
menjalankan aktiviti perbankan luar pesisir seperti Caymen Island. Wilayah
Persekutuan Putrajaya pula dijadikan Wilayah Persekutuan kerana mahu
menjadikan kawasan tersebut sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan bagi menggantikan WP KL yang semakin padat dan sesak
dengan jutaan penduduk dan kenderaan.

Hasil daripada perancangan rapi yang dilaksanakan oleh kerajaan,


ketiga-tiga wilayah ini membangun dengan begitu pesat sekali.
Pembangunan tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. WP
Kuala Lumpur misalnya, telah diiktiraf sebagai 10 buah bandar paling ramai
dilawati oleh para pelancong. Ibu kota Malaysia ini juga menawarkan
ribuan peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia.

Ketiga-tiga wilayah ini disatukan di bawah panji bendera yang sama.


Untuk makluman semua, bendera Wilayah Persekutuan yang baharu ini
telah mula digunakan secara rasmi pada 20 Ogos 2006 sebagai tanda
penyatuan tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
membentuk Wilayah Persekutuan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa
bendera Wilayah Persekutuan ini telah dicipta oleh pakar perunding dari
Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tema yang diberikan pada sambutan kali ini masih mengekalkan


tema ‘Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera’. Tema ini dilihat sangat memberi
impak yang positif kepada semua warga Wilayah Persekutuan juga kepada
pihak Kementerian dan agensi dalam bersama-sama menjaga dan
memelihara Wilayah Persekutuan agar sentiasa ceria sekali gus dapat
meningkatkan kesejahteraan kehidupan warganya.

Selaku warga wilayah, kita sewajarnya menanamkan prinsip sayang


dan cinta akan wilayah ini. Mentaliti kelas ketiga perlu dihindarkan oleh
warga wilayah, terutamanya di Kuala Lumpur. Memegang status ibu
negara Malaysia, sikap-sikap negatif seperti vandalisme, buli, membuang
sampah merata-rata. Sebaliknya, kita perlu sentiasa membudayakan
sahsiah unggul dalam kehidupan seharian.

Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh warga SKSBU, marilah


kita sama-sama menyemai rasa bangga menjadi warga Wilayah
Persekutuan. Dengan lafaz Bismillah.. saya merasmikan sambutan Hari
Wilayah Persekutuan Peringkat SKSBU Tahun 2018.

You might also like