You are on page 1of 9

1.

Terangkan bagaimana guru biasa boleh memainkan peranan sebagai


guru pembimbing di sekolah.

Menurut Shertzer dan Stone (1974) bahawa menerangkan bimbingan sebagai


suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka.
Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari
segala kekuatan dan kelemahan diri mereka. Dengan itu, mereka akan menentukan
aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara
ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum
tanpa menjejaskan kesejahteraan hidup yang mungkin mendatangkan stress yang
melampau. Bimbingan juga bukan proses memberikan arahan kerana pembimbing
tidak membuat keputusan untuk murid atau klien tanpa mengambil kira langkah-
langkah yang diambil ketika membimbing, matlamat atau hasil yang dicapai
merupakan usaha individu itu sendiri.

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan


kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya
dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa murid-muridnya membina
kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya.
Sekiranya murid tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah
peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak
dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada
murid, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam
menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Oleh itu, walaupun
bimbingan ialah satu cara untuk membantu murid, namun ini tidak bermaksud
bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah murid. Sebaliknya, ini
bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar
supaya murid dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik,
lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya.

Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem


bertanggungjawab bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah,
ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan
semua sekolah mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan.
Justeru itu, kadang-kadang guru biasa juga perlu menjalankan fungsi-fungsi seorang
guru bimbingan dan kaunseling. Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting
kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan dapat
membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah semua
murid-murid mereka.

Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah seperti


meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi murid-murid. Guru-guru juga
perlu memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah yang berkaitan
dengan konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru bimbingan, mereka perlu
dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling
supaya mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah
vandalisme atau mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam
bilik darjah.

Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya


sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-
murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik
darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih
berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut
rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan
suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah
yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

Organisasi bilik darjah KSSR mengandungi satu keistimewaan iaitu di


samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran
yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan.
Sehubungan itu, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang
pembelajaran seperti sudut Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan dan
sebagaiya.
Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah
aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan,
perbincangan, kuiz-kuiz yang dapat memudahkan murid-murid memahami
pembelajaran harian dan sebagainya. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran
juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau
murid-murid dalam kelas.

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru haruslah


membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam
keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan
pelajaranyang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti
pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua
daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing
rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara
yang betul.

Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan.


Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu
pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti
pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-
murid secara aktif dalam pembelajaran. Bagi murid yang lemah dalam matematik,
guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik
yang lebih banyak kepada mereka. Di samping itu, guru haruslah memberi peluang
kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan akan melibatkan diri secara aktif
semasa pengajaran dijalankan. Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik
atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi dorongan kepada para
murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah
dikembang dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan sosial).

Guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan


murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang
bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya
mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan
kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri.
Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan
dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Ini disebabkan nilai-
nilai adalah penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.

Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, guru mengambil


pelbagai peranan yang penting di bilik darjah. Beliau bertanggungjawab
menyediakan suatu persekitaran yang kondusif. Sebagai pembimbing murid-murid,
guru bertindak sebagai pengurus bilik darjah, sebagai perancang, membantu dan
membimbing murid mengatasi masalah, mengembangkan kebolehan murid, dan
membimbing murid membuat keputusan. Guru membimbing anak menjadi manusia
dewasa susila yang cekap .
2. Analisis dan jelaskan kombinasi tret personaliti S-E-A serta bincangkan
sejauh manakah kewujudan keselarasan tret personaliti ini dengan
persekitaran kerjaya sebagai seorang guru di sekolah.

Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap


personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan
Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu
daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu
juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal
pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti
rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai
ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002)

Selain itu, Holland (1973) percaya bahawa pemilihan kerjaya yang seringkali
berlaku adalah akibat kekurangan maklumat mengenai pekerjaan. Oleh itu,
pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu pekerjaan yang diceburi adalah sama
penting dengan pengetahuan seseorang tentang kendirinya. Identifikasi persekitaran
pekerjaan adalah sama penting dengan pengetahuan dan persekitaran dalam
membuat pemilihan kerjaya yang sesuai. Bretz & Judge (1994) menyatakan bahawa
keserasian personaliti-persekitaran akan mempengaruhi sesuatu kerjaya. Oleh itu,
kerjaya keagamaan juga perlu dilihat dari sudut keserasian personaliti-persekitaran
mereka bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para penjawat kerjaya
keagamaan.

Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada


enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap
budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap
jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan
kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga,
kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu
dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak
kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat
ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker,1994,
Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti
individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:

Ciri-ciri personaliti Realistik ialah bersifat praktikal, kelakian, jujur, berterus


terang, tekun, materialistik dan natural. Kecekapan mereka melibatkan kegiatan
yang melibatkan manipulasi objek, alat-alat, mesin-mesin dan haiwan secara
bersistem serta kurang berinteraksi. Persekitaran pekerjaan yang sesuai ialah
stesen minyak, ladang-ladang, projek-projek pembinaan, dan bengkel-bengkel.
Contoh pekerjaan adalah seperti mekanik kenderaan, kapal, kapal terbang, jurutera,
juruelektrik, juruteknik dan tukang kayu.

Ciri-ciri personaliti individu yang mempunyai persekitaran Investigatif ialah


bersifat analitikal, kritikal, ingin tahu, teliti, rasional, bebas, introvert dan berhatihati.
Individu ini cekap dalam menjalankan kajian-kajian secara pemerhatian, bersistem
dan kreatif dengan menggunakan kebolehan intelek bagi memahami sesuatu
fenomena. Persekitaran pekerjaan yang sesuai seperti makmal-makmal,
perpustakaan dan pusat-pusat penyelidikan. Sementara itu, jenis –jenis pekerjaan
yang sesuai ialah ahli falak, ahli kaji hayat, ahli kimia, ahli sains, ahli fizik, ahli
geologi, penyunting, penyelidik dan ahli astronomi.

Individu yang mempunyai persekitaran artistik merupakan seorang yang


berimaginatif, intuitif, emosional, tulen, bebas, keperempuanan dan introspektif.
Kecekapan dan kelebihan mereka ialah melakukan kegiatan-kegiatan yang bebas,
tidak bersistem, yang memanipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa atau kemanusiaan
untuk mencipta karya seni. Antara bentuk persekitaran pekerjaan mereka ialah di
studio, teater, galeri seni, pentas dan pementasan. Contoh kerjaya yang sesuai ialah
penyanyi, dramatis, pelakon, penyanyi, arkitek, pengarang, kartunis dan
pelukispelukis iklan.

Ciri-ciri personaliti individu yang mempunyai persekitaran sosial ialah suka


bersosial, bertanggungjawab, suka membantu berkawan, idealistik, memberi
kerjasama dan murah hati. Kecekapan individu sosial adalah memanipulasi orang
lain dengan tujuan untuk memberitahu, melatih, menyembuh atau memberi ilham.
Mereka gemar persekitaran kerja yang mempunyai ramai orang, berinteraksi dan
membantu orang yang memerlukan bantuan. Contoh pekerjaan yang sesuai ialah
guru sekolah, kaunselor, ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan pekerja-pekerja
sukarela.

Ciri-ciri personaliti bagi individu yang mempunyai persekitaran Enterprising


ialah bersungguh-sungguh, cergas, suka menonjol diri, suka bercakap dan bersosial,
bebas serta bercita-cita tinggi. Mereka mempunyai kecekapan dalam memanipulasi
orang lain untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi. Bentuk
persekitaran pekerjaan Enterprising seperti syarikat perniagaan, syarikat insuran dan
tempat menjual kereta. Contoh pekerjaan ialah pegawai penilai, pengurus, pegawai
pemasaran, jurujual dan penerbit.

Ciri-ciri personaliti individu yang mempunyai persekitaran Konvensional ialah


praktikal, tekun, cekap, patuh, bersungguh dan teliti, tidak berkhayal. Bersifat
sistematik dan tersusun. Individu ini cekap dalam melakukan pekerjaan
pengkeranian, pengiraan dan perniagaan. Persekitaran pekerjaan yang sesuai ialah
bank, firma kauntan bilik menyimpan fail dan syarikat kredit. Contoh pekerjaan yang
sesuai ialah pemeriksaan akuantan juruaudit, pegawai perangkaan, jurutrengkas
mahkamah dan perancang belanjawan.

Kewujudan keselarasan tret personaliti S-E-A ini dengan persekitaran kerjaya


sebagai seorang guru di sekolah adalah penting supaya dapat menjalankan tugas
dengan berwibawa dan efektif. Sebagai seorang guru harus mempunyai sikap
personality seperti Sosial, Enterprising dan Artistik. Ketiga-tiga trait ini plaing utama
dalam pekerjaan dalam bidang pendidikan iaitu guru. Sosial merupakan peranan
atau personaliti yang paling utama dalam bidang keguruan. Ciri sosial dalam diri
guru adalah amat penting kerana gemar persekitaran kerja yang mempunyai ramai
orang, berinteraksi dan membantu orang yang memerlukan bantuan. Individu yang
mempunyai persekitaran sosial ialah suka bersosial, bertanggungjawab, suka
membantu berkawan, idealistik, memberi kerjasama dan murah hati. Ciri-ciri ini
terdpat dalam diri seorang guru kerana seorang guru sangat bersosial, suka
membantu orang dan juga mereka berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu, pada
pendapat saya, personaliti sosial ini sangat sepadan dalam diri seorang guru yang
berwibawa.

Selain itu, personaliti enterprising adalah paling utama dalam diri sorang guru.
Sikap ini, mempunyai kecekapan dalam memanipulasi orang lain untuk mencapai
matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi. Oleh itu, sebagai seorang guru
mempunyai sikap kecekapan dalam memanipulasi orang lain untuk mencapai
matlamat dalam sesebuah organisasi. Seorang guru harus mempunyai sikap
bersungguh-sungguh, cergas, suka menonjol diri, suka bercakap dan bersosial,
bebas serta bercita-cita tinggi. Sifat-sifat tersebut amat penting kerana guru akan
membawa sikap ini dalam kalangan murid supaya dapat mengikut ciri yang baik
dalam diri seorang guru.

Seterusnya, artistik. Ciri ini amat penting dalam kalangan guru supaya sifat ini
wujud secara semula jadi. Kelebihannya ialah sifat dalam diri seorang guru boleh
melakukan kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem, yang memanipulasi
bahan-bahan fizikal, bahasa atau kemanusiaan untuk mencipta karya seni. Guru
boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovasi
supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Dengan cara ini,
guru boleh menarik minat murid melalui personaliti artistik. Oleh itu, guru mempunyai
ciri-ciri yang terunggul seperti seorang yang berimaginatif, intuitif, emosional, tulen,
bebas, keperempuanan dan introspektif. Sifat – sifat seperti ini dapat menjana idea
yang tulen dan kreatif untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik minat murid.

Oleh itu, tingkahlaku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi


antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya. Menurut Holland (1973),
sekiranya kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitarannya secara tidak
lansung kita akan dapat meramalkan beberapa perkara berkaitan pemilihan keraya,
pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkahlaku pendidikan dan sosial serta
pertukaran pekerjaan. Semua ini dilakukan dengan menggunkan model persekitaran
dan pengetahuan tentang jenis personaliti. Jelasnya, konsep utama disebalik model
persekitaran Holland adalah seseorang individu itu lebih tertarik kepada peranan
yang diperlukan dalam persekitaran pekerjaan. Seterusnya mereka akan mengisi
pekerjaan yang dapat memenuhi keperluan mereka sendiri. Contohnya, seseorang
individu yang berorientasikan sosial akan cenderung bekerja dalam persekitaran
pekerjaan yang membolehkannya berinteraksi dengan orang lain, membantu orang
yang memerlukan bantuan dan sebagainya. Contoh kerjaya yang mempunyai tahap
sosial yang tinggi ialah guru.

You might also like