You are on page 1of 8

Setiap kali peralihan kuasa berlaku, akan muncul suatu tema yang baru, yang

mengambarkan ideologi yang dibawa oleh pemimpin baru tersebut dan ideologi itu
akan dikongsi bersama oleh rakyatnya. Pada zaman Tun Adbullah Badawi, beliau
terkenal dengan ideologi “Islam Hadhari”. Sekarang tampuk pemerintahan telah di
turunkan kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang membawa ideologi baru iaitu
“ 1Malaysia”. Tanpa mengira apa jenis ideologi yang dibawa oleh mana-mana
pemimpin, niat mereka itu adalah memberi kesejahteraan kepada bangsa dan
negara.

Konsep “1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”,


diperkenalkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak setelah beliau secara sah
dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam pada 3 April 2009. Konsep
1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat yang
pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai
ancaman dan cabaran, yang menggugat kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia.
Jika konsep ini berjaya diamalkan, semua pihak mampu merealisasikan Negara
Bangsa yang aman, stabil dan maju dalam apa-apa bidang serta akan di kagum oleh
seluruh dunia.

Pelbagai persepsi timbul daripada pengenalan konsep ini yang dikatakan


menyamai konsep “Malaysian Malaysia” yang diperkenalkan oleh parti politik DAP
pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada ideologi politik yang
diperjuangkan oleh individu tertentu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik
tempatan. Sesuatu yang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda
ialah kaedah dan perlaksanaan yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan
ideologi kepimpinan beliau dan sejauh manakah pelaksanaannya mempengaruhi
penerimaan masyarakat terhadap konsep baru ini. Oleh itu, definisi konsep yang
seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan untuk
membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat
di Malaysia.

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam


satu naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat
perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu
dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara
yang tercinta. Konsep 1Malaysia yang dibawa oleh beliau disandarkan kepada tiga
teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu prinsip penerimaan, prinsip
kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Beliau juga menerapkan lapan nilai iaitu
budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,
pendidikan, dan integriti.

Jika dilihat dari segi teras dan nilai yang terdapat dalam konsep 1Malaysia, ia
dapat membantu mewujudkan sebuah negara bangsa, tetapi realitinya ia sukar untuk
Perdana Menteri melaksanakan gagasan tersebut. Terdapat beberapa halangan
yang mungkin Perdana Menteri serta pendokongnya akan tempuhi dalam
menjayakan 1Malaysia.

Cabaran pertama yang akan dihadapi bagi menjayakan konsep 1Malaysia ialah
kepelbagaian agama. Kaum Melayu sebahagian besarnya adalah beragama Islam.
Kaum Cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficuis manakal kaum India
beragama Hindu. Disamping itu ada yang beragama Kristian. Kepelbagaian agama
di Malaysia bertepatan dengan perlembagaan Malaysia yang membenarkan
rakyatnya bebas dalam beragama dan dalam masa yang sama mengetahui agama
rasmi bagi negara Malaysia ialah Islam. Disini bukanya masalah agama yang
menjadi penghalang dalam melaksanakan gagasan 1Malaysia, tetapi yang
sebenarnya adalah sikap rakyat di Malaysia yang rata-rata amat jahil terhadap
agama-agama lain terutama Islam, hingga banyak perkara yang dilakukan secara
tidak sengaja telah meyinggung emosi penganut agama yang lain.

Kadang-kadang perbezaan agama ini menjadi senjata untuk memporak peranda


kebahagian, kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan diantara rakyat. Apabila
keluarnya satu isu yang menghuru-harakan negara, tidak lain tidak bukan isu
tersebut melibatkan hal-hal agama. Sebagai contoh penggunaan nama Allah di
dalam akhbar Harald mencetetuskan tunjuk perasaan oleh penganut agama Islam.
Selepas itu tampilah ahli-ahli ulama samada ulama pihak kerajaan mahupun
pembangkang memberi penjelasan kepada masyarakat Islam. Berbulan-bulan isu ini
menjadi buah mulut masyarakat Islam sehinggakan khutbah jumaat memberi
penjelasan tentang perkara tersebut. Satu lagi contoh ialah isu mengheret kepala
lembu untuk membantah pembinaan sebuah kuil baru di Shah Alam. Jika melihat kes
tersebut, punca berlakunya adalah kejahilan masyarakat Malaysia untuk memahami
agama-agama lain.

Kadang-kadang pendokong gagassan 1Malaysia telah memesongkan konsep


1Malaysia dan menyamakan dengan konsep Malaysian Malaysia. Mereka sanggup
menyamakan agama Islam dengan agama lain. Adakala mereka menyelitkan unsur-
unsur agama lain kedalam agama Islam. Sebagai contoh iklan hari raya baru-baru
ini, stesen television swasta TV3 telah menyiarkan iklan hari raya yang memaparkan
unsur-unsur agama Kristian dan Budhha, dimana pelakon iklan itu menaiki kereta
Santa Claus dan suasana hari raya dalam iklan tersebut dihiasi dengan bunga pokok
Teratai yang sinonim dengan agama Buddha. Banyak kritikan yang dilakukan
terdapat iklan tersebut terutama di dalam “Facebook” sehinggakan pihak TV3
memberhentikan iklan tersebut serta merta. Satu lagi contoh ialah konsep rumah
terbuka nasional yang diamalkan oleh kerajaan. Kadang-kadang rakyat keliru
tentang sambutan hari-hari kebesaran agama lain. Masalah yang jelas dihadapi oleh
masyarakat Islam.

Masyarakat Islam tidak harus merayakan hari-hari kebesaran agama lain apatah
lagi menghadiri majlis kerana ianya dapat menggugat akidah umat Islam, kerana
perayaan hari kebesaran mereka mengandungi unsur-unsur emungkaran.Tetapi, jika
merayakan hariperayaan agama lain atas tujuan merapatkan perhubungan sesama
manusia maka ia adalah diluar daripada konteks meraikan akidah mereka atau
merelakan agama mereka. Jadi masyarakat malaysia khususnya beragama Islam
hendaklah memahami agama mereka sendiri kemudian memahami agama-agama
lain. Kebanyakan masyarakat Malaysia hanya memahami sedikit sahaja, dan apabila
berlaku konflik barulah kita memahami antara satu sama lain. Jangan biarkan konflik
agama membawa kepada kehancuran tamadun Malaysia, kerana ini merupakan
senjata yang berkesan bagi ansir-anasir dalam atau luar menghancurkan negara
Malaysia. Penerangan dan penjelasan hendaklah dilakukan di peringkat awal yang
boleh. Kerajaan mesti menggunakan media arus perdana bagi memberi penjelasan
yang tepat dan menyeluruh terhadap isu-isu ataupun agenda-agenda kerajaan yang
hendak dilaksanakan.
Cabaran kedua melaksanakan gagasan 1Malaysia ialah wujudnya jurang
ekonomi antara kaum. Walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicetuskan oleh
Allahyarham Tun Abduk Razak diterima oleh rakyat namun keberkesanannya tidak
dapat merapatkan jurang ekonomi yang wujud tersebut. Jika dilihat dari segi kaum,
kaum Melayu masih lagi ketinggalan dalam peganggan ekuiti dalam kek ekonomi. Di
pusat-pusat bandar, kelihatan hanya satu kaum sahaja yang memonopoli kedai-
kedai yang terdapat dibandar tersebut dan sedikit sahaja kaum Melayu dan India
menceburi bidang perniagaan di bandar-bandar tersebut. Kegiatan ekonomi yang
berbeza ini mengakibatkan jurang perbezaan pendapatan dan kekayaan antara
kaum dan seterusnya menerbitkan bibit-bibit tidak puas hati dan persaingan kek
ekonomi secara tidak sihat. Rasa cemburu antara satu sama membuak-buak.

Orang melayu mencemburui kemewahan dan kekayaan orang cina yang


kebanyakkan memiliki kereta mewah dan rumah yang besar. Manakala orang cina
dan india iri hati kelebihan orang melayu yang mendapat peluang yang luas dan
banyak untuk berkhidmat dalam sektor pentadbiran dan juga institusi keselamatan
negara. Perbezaan ekonomi yang berlaku sekarang juga bukan sahaja berlaku
diantara kaum-kaum, malah berlaku juga didalam kaum itu sendiri. Ada golongan
yang ‘mempunyai banyak ‘ dan ada yang ‘mempunyai sedikit’, dan ditambah lagi
dengan sikap sesetengah masyarakat yang sombong dengan kemewahan dan
pendapatan yang diperolehi. Hidup selaku satu masyarakat di Malaysia, kita
hendaklah membantu diantara satu sama lain kerana kemakmuran sesebuah negara
tanggungjawab bersama. Kadang-kadang , mereka yang berpendapatan tinggi ini
berlagak diatas jalan raya, disebabkan mereka paling banyak membayar cukai, dan
menganggap jadi jalan raya tersebut merupakan milik persendirian.

Perbezaan ekonomi yang besar juga ada kaitan dengan kronisme yang
berlaku di mana-mana. Hasil kekayaan negara hanya beredar di tangan-tangan
orang yang rapat dengan kepimpinan negara sahaja. Situasi ini amat menyakitkan
hati sesetengah masyarakat Malaysia, sehinggakan boleh mencetuskan tunjuk
perasaan disebabkan amalan tersebut dilakukan secara berluasa. Jurang ekonomi
terbentuk kesan daripada sikap kaum bumiputera khususnya orang melayu,mereka
terlalu berharap bantuan kerajaan dan malas untuk berusaha. Banyak platform yang
disediakan oleh pemerintah untuk menjayakan DEB, namun peluang itu tidak diguna
sebaiknya, sehinggakan dasar itu dikritik oleh kaum-kaum lain. Sekali lagi kelemahan
orang melayu patut disalahkan bukanya dasar tersebut. Kesedaran kendiri di
kalangan orang melayu ataupun bumiputera hendaklah di gerakan dan
diperhebatkan. Berikan contoh-contoh kaum bumiputera yang berjaya dalam
pegangan ekuiti ekonomi dan golongan-gologan usahawan bumiputera hendaklah
membantu golongan bumiputera untuk berkecimpung sama dalam bidang
usahawan. Para usahawan bumiputera pula jangan mengamalkan prinsip cantas-
mencantas golongan sendiri, bahkan dengan rela hati membantu mereka berdiri
sama tinggi.

Cabaran ketiga ialah iklim politik yang begitu dinamik dan tidak dapat
dijangkakan pola perubahannya. Struktur masyarakat yang pelbagai kaum di
Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang
memperjuangkan hak kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang
lain. Parti politik yang tidak sealiran dengan kerajaan yang memerintah sering kali
memainkan isu-isu yang sensitif dan kadang-kadang mereka, ahli politik
mengekspoitasikan perbezaan-perbezaan yang sememangnya wujud, sehinggakan
timbul rasa todak puas hati yang ketara antara kaum. Sesetengah parti politik, dicipta
bagi memperjuangkan hak individu, kemudiannya berubah wajah menjadi suatu parti
politik baru yang membelah masyarakat kepada dua aliran pemikiran.

Perpecahan sokongan terhadap sesuatu parti politik boleh melemahkan


perpaduan di dalam kaum itu sendiri. Sedangkan kaum-kaum yang lain mereka
sebenarnya bersatu walaupun realitinya mereka bertelagah. Kebanyakkan
masyarakat di Malaysia akan mencari suatu cita rasayang baru khususnya dalam
bab politik. Ini kerana masyarakat telah muak dengan pentdbiran sesuatu parti
politik, maka mereka akan mencari suatu platform baru yang boleh menegur dan
mengetuk parti yang memerintah. Oleh itu kita lihat anak-anak muda zaman
sekarang, pemikiran mereka lebih cenderung untuk menghentam ataupun tidak
mahu mengambil kesah terhadap amalan berpolitik. Apabila sesuatu parti politik
ataupun persatuan sesuatu kaum wujud, mereka kadang-kadang tidak mempunyai
toleransi antara parti-parti politik yang lain. Mereka akan melakukan sesuatu
mengikut kehendak mereka sendiri. Seperti contoh, Hindraf mengadakan siri
bantahan serta rusuhan terhadap tahanan ISA. Keadan tersebut memberi kesan
yang buruk terhadap masyrakat, seperti kerosakan harta benda awam, orang awam
takut untuk keluar rumah dan pelbagai perkara yang mungkin akan berlaku sekiranya
berlanjutan. Jika berlanjuta tidak mustahil perbalahan antara parti politik seperti
negara Thailand akan berlaku di Malaysia. Untuk mengatasi ancaman tersebut
usaha yang kuat perlu dilakukan dengan menyusun kembali persatuan ataupun parti
politik. Usaha pernyatuan fahaman politik melalui kerajaan campuran dicadangkan
bagi mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan perlembagaan. Namun
usaha ini secara realitinya akan gagal sekiranya perkara pokok iaitu sikap tolenrasi
diantara parti politik tidak dititik berat. Kita tidak boleh menyama ratakan hak-hak
tertentu tetapi kita hanya boleh berlaku adil terhadap hak-hak tersebut, barulah
wujud perpaduan dan seterusya dapat melaksanakan gagasan 1Malaysia.

Cabaran keempat ialah sistem pendidikan yang berasingan walaupun


dibawah satu kementerian. Kita kembali kepada zaman penjajahan British di
Malaysia, sebelum Malaysia mempunyai sistem pemdidikannya yang tersendiri iaitu
sistem pendidikan Nasional. Telah wujud beberapa mazhab ataupun aliran
pendidikan di Malaysia, iaitu aliran inggeris, agama(arab), melayu, cina, dan india.
Mazhab tersebut mengguna pakai silibus pembelajran yang berbeza dan memberi
kesan kepada ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Perbezan ini
memberikan impak yang buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Selepas
Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia memperkenalkan
dasar-dasar pendidikan yang baru bertujuan menyelaraskan ketidakseragaman
tersebut. Namun hakikatnya proses perpaduan dalam konteks pendidkan tidak
menjanjikan hasil yang hajati. Pada masa sekarang kita boleh lihat, sekolah-sekolah
dibina beasaskan kaum. Tidak dinafikan ada segelintir kaum di Malaysia dapat
mengamalkan perpaduan dalan pendidikan dengan cara menghanta anak-anak
mereka belajar di sekolah tersebut. Sekurang-kurangnya merekadapat memperlajari
budaya dan bahasa kaum-kaum yang lain.

Hasil yang sedemikian lebih baik jika dibanding dengan anak-anak yang
dihantar kesekolah sejenis sahaja. Diperingkat pengajian tinggi pula sistem kouta
menjadi cabaran dalam sistem pendidikan kita. Penglibatan orang cina dan india
dalam institusi pengajian timggi tempatan amatlah sedikit jika dibandingkan denga
orang melayu. Kebanyakkan orang cina dan india lebih berminat kepada institusi
pengajian tinggi swasta. Situasi ini berlaku kerana sistem kouta yang menghadkan
kemasukan mereka ke institusi pengajian tinggi tempata. Sistem ini membuatkan
orang cina dan india berasa sakit hati, padahal yang ramai berjaya dan memperoleh
keputusan yang hebat-hebat datang dari kaum-kaum mereka. Anak-anak orang
melayu juga banyak yang berjaya tetapi mereka tidak ada masalh dalam
penempatan ke universiti tempatan kerana mereka dijaga oleh sistem kouta. Untuk
mengatasi masalah ini kerajaan telah memperkenalkan mekanisma baru iaitu sistem
meritokrasi. Namun sistem ini kadang-kadang berfungsi dan tidak, akhirnya kembali
juga kepada sistem kouta. Sebab itu, Naib Censelor Uitm membidas Menteri Besar
Selangor diatas cadangan beliau untuk membenarkan kaum-kaum lain masuk belajar
di Uitm. Ini kerana universiti inilah yang menolong orang-orang melayu dan koutanya
hanyalah untuk orang melayu. Sekiranya tuntutan dibuat bagi membuka sebuah
universiti untuk kaum mereka sudah tentu tidak dilayan. Bagi mengatasi masalah ini,
kita hendaklah menyemaikan asas-asas perpaduan semenjak di usia kanak-kanak
dengan menubuhkan tabika perpaduan. Maknanya perpatah melay mengatakan
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Diperingkat universiti pula, perbanyakkan
kursus-kursus ataupun seminar-seminar mengenai perpaduan seperti kursus
1Malaysia dan sebagainya.

Cabaran kelima ialah kewujudan satu jurang generasi yang muncul bagi
membezakan mereka berumur diantara lingkungan 50-an daripada mereka yang
berusia 20-an atau 30-an apabila wujud keperluan untuk berkompromi membabitkan
pelbagai komuniti dan kepentingan kestabilan dan perubahan dalam politik Malaysia.
Apabila wujud dua golongan generasi iaitu golongan tua dan golongan muda.
Golongan tua, kadang-kadang pemikiran mereka adalah sempit dan dapat
membawa kepada perpecahan diantara kaum-kaum ataupun di dalam kaum itu
sendiri. Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada masyarakat yang hidup
sebelum, semasa dan selepas kemerdekaan. Mereka tidak boleh bertolak ansur
apabila timbul suatu isu disebabkan mereka pernah mengalami kesusahan hidup
suatu ketika dahulu. Mereka mempunyai persepsi terhadap kaum-kaum yang lain.
Kadang kala mereka akan menganggap orang india ini jahat disebabkan oleh warna
kulit mereka sedemikian. Bagi golongan muda mereka mudah menerima sesuatu
dan berfikiran terbuka bagi sesuatu isu. Sekiranya diajak berbincang mereka mudah
melibatkan diri secara aktif dam dapat memberi idea-idea yang selari dengan arus
semasa. Perbezaan generasi sedemikian kadang kadang membantutkan perpaduan,
dimana idea yang hendak dibawa oleh golongan muda akan ditentang oleh golongan
tua. Mengatasi masalah ini, sikap menghormati dan menyayangi antara satu sama
lain hendaklah dipupuk melalui perbincangan ataupun mengadakan forum-forum
yang melibatkan perdebatan yang membina diantara golongan tua dan golongan
muda.

Kesimpulannya kita selaku rakyat yang tinggal di Malaysia mestilah


memainkan peranan untuk membantu kerajaan untuk mengatasi cabaran tersebut.
Walaupun ideologi 1Malaysia mendapat sambutan yang hebat, tetapi penjelasan
tentang konsep 1Malaysia masih lagi tidak mencapai sasaranya. Saya yakin
sesetengah cabaran yang diulas diatas, sekiranya kita dapat atasi, dengan izin Allah
kita mampu mencapai sebuah negara bangsa dan satu tamadun yang hebat iaitu
tamadun Malaysia. Untuk menbina sebuah tamadun, pengembeligan tenaga semua
rakyat yang berbilang kaum amat di titik bearatkan, kerana suatu tamadun tdak boleh
dibangunkan melalui satu kaum sahaja disebabkan kita berkongsi satu negara dan
satu matlamat. Adakah kita semua sudah bersedia untuk cabarab tersebut?

You might also like