You are on page 1of 90

NOTA KHB KT TINGKATAN 1

Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

Organisasi Bengkel
o satu sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara guru dan pelajar.
o penting bagi memastikan bengkel berada dalam keadaan selamat dan terkawal semasa
digunakan.

Struktur Organisasi Bengkel


o setiap individu di dalam struktur organisasi bengkel menjalankan tugasnya.
o carta organisasi bengkel diketuai oleh guru dengan dibantu oleh fomen dan penolong fomen.
o fomen dengan dibantu oleh seorang penolong fomen akan memastikan setiap pelajar
menjalankan tugas berdasarkan jadual tugasan pada setiap sesi praktikal yang dijalankan.
o tugas-tugas fomen ialah
 membantu guru mengendalikan aktiviti bengkel
 memastikan setiap pelajar mematuhi peraturan bengkel
 memastikan bengkel berkeadaan bersih dan selamat
 melaporkan dengan segera kepada guru sekiranya berlaku kemalangan
o pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang ketua kumpulan.
o setiap kumpulan perlu menjalankan tugas mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
o setiap kumpulan melaksanakankan tugas secara bergilir-gilir.

Jadual Tugasan Bengkel Kemahiran Hidup


Minggu
Tugas
1 2 3 4
Membersihkan lantai dan
A D C B
membuang sampah
Memeriksa dan menyimpan
B A D C
alatan tangan
Membuka atau menutup pintu
C B A D
dan tingkap
Membersih papan tulis dan
D C B A
menutup suis

Tujuan struktur organisasi dan pengurusan bengkel disediakan dan dipraktikkan ialah
o memastikan alatan dan kelengkapan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur
o memastikan murid peka kepada peraturan keselamatan bengkel
o memupuk sikap bekerjasama, bertanggungjawab dan menghargai harta benda sekolah
o memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik

Langkah Keselamatan
o perlu diberi penekanan utama semasa membuat kerja amali sesuatu projek.
o mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan jika dipatuhi pelajar.
o peraturan keselamatan bengkel
 pelajar dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
 pelajar dilarang keluar dan masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.
 pelajar perlu bekerja dengan teratur dan bersistematik di dalam bengkel.
 pelajar dilarang bermain dan bergurau ketika berada di dalam bengkel.
 memastikan suis elektrik dan alat kawalan ditutup sebelum meninggalkan bengkel.
 membersihkan meja kerja dan menyimpan semua alatan di tempat yang telah
dikhaskan.
 bengkel mesti dilengkapi dengan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api.
 bengkel mesti mempunyai pencahayaan dan peredaran udara yang baik.
 tempat kerja perlu sentiasa bersih dan selamat.
 pintu dan tingkap hendaklah sentiasa dibuka semasa kerja amali dijalankan.

o peraturan keselamatan diri


 memakai pakaian yang kemas dan sesuai di bengkel.
 memakai apron dan berkasut getah semasa kerja amali.

1
 pakai alat pelindung diri seperti gogal, mask, dan sarung tangan semasa
menggunakan mesin.
 pelajar dilarang bergurau, bermain atau mengganggu rakan yang lain semasa berada
di bengkel.
 pelajar perempuan yang berambut panjang dan yang memakai tudung haruslah
mengikat rambut dan tudung dengan kemas.
 pelajar lelaki yang memakai tali leher hendaklah menanggalkannya dan lengan baju
yang panjang harus digulung.
 pelajar harus mendapatkan kebenaran guru sebelum menggunakan sebarang
peralatan atau mesin.
 kasut yang bertutup dan bertapak getah sahaja sesuai dipakai semasa berada di
bengkel.
 laporkan kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada guru dengan segera dan
direkodkan dalam buku rekod kemalangan.

o peraturan keselamatan alatan


 mematuhi arahan yang dinyatakan pada label alatan yang digunakan.
 alatan yang akan digunakan hendaklah diletakkan di dalam bekas yang sesuai atau di
tempat yang selamat, kemudian disusun di tempat asalnya setelah digunakan.
 berada dalam jarak yang selamat semasa menggunakan alatan yang berbahaya.
 berhati-hati semasa mengendalikan alatan yang panas, berat dan tajam.
 gunakan alatan dengan cara yang betul dan mengikut jenis dan kegunaannya.
 alatan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.
 laporkan kepada guru jika terdapat sebarang kehilangan atau kerosakan alatan.
 penggunaan alatan elektrik hendaklah mendapat kebenaran guru dan mengikut
manual yang dikeluarkan oleh pengeluar dan peraturan keselamatan.
 laporkan kehilangan atau kerosakan alatan, kemalangan atau kecederaan kepada
guru dengan segera.
 semua alatan dan bahan hendaklah sentiasa tersusun dan diselenggara dengan baik
serta direkodkan dalam buku stok.
 peralatan yang berkenaan sahaja perlu di letakkan di meja kerja atau rak khas.
 alatan yang berat dan tajam hendaklah diletakkan pada paras yang rendah dan
selamat.
 tempat yang digunakan untuk menyimpan alatan dan bahan mudah terbakar, mudah
pecah, dan berbahaya hendaklah sesuai dan selamat.

o amalan 4M
 setiap pelajar mesti mengamalkan amalan 4M dalam setiap aktiviti di bengkel
Kemahiran Hidup.
 amalan 4M ialah membersih, menyusun atur, menilai, dan mendisiplin.

(a) Membersih
(i) semasa di bengkel, pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan diri daripada aspek
fizikal dan mental.
(ii) berfikiran positif dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas di bengkel.
(iii) bekerjasama menjaga kebersihan bengkel supaya bengkel kelihatan bersih,
kemas dan selamat digunakan.
(iv) pembersihan bengkel dilakukan mengikut jadual tugasan yang telah disediakan.

(b) Menyusun atur


(i) sistem penyimpanan dan penyusunan alatan tangan dan bahan di tempat yang
betul perlu dilaksanakan untuk memastikan alatan dan bahan disimpan dengan
teratur, kemas dan selamat serta mudah dikawal dan dikesan.
(ii) alatan dan bahan perlu disusun mengikut jenis seperti bahan mudah terbakar,
bahan kimia, alatan dan bahan mudah pecah, bahan mudah rosak dan bahan
basah untuk tujuan penyimpanan.
(iii) bahan beracun hendaklah dilabel dan disimpan di tempat yang berkunci. Bahan
kimia dan bahan mudah berkarat perlu disimpan dalam bekas yang sesuai.
(c) Menilai
(i) merujuk kepada penilaian terhadap diri sendiri dan tempat kerja.
(il) amalan menilai diri sendiri dan tempat kerja boleh dilaksanakan dengan
mewujudkan satu standard agar bengkel Kemahiran Hidup sentiasa berada dalam
keadaan bersih, kemas, teratur, dan selamat digunakan.
(ii) cara-cara membuat penilaian terhadap diri dan tempat kerja adalah sentiasa
memeriksa langkah-langkah keselamatan diri, keselamatan alatan dan
keselamatan tempat kerja.

(d) Mendisiplin
(i) bermaksud mengamalkan peraturan dan keselamatan mengikut
arahan guru.
(ii) memastikan amalan disiplin yang tinggi serta nilai-nilai murni sentiasa dipraktikkan
di dalam bengkel.
(iii) amalan mendisiplin dapat melatih pelajar agar sentiasa mengamalkan prinsip
pengurusan organisasi bengkel yang baik.
(iv) sikap berdisiplin semasa menggunakan alatan dan bahan dapat mengurangkan
kemalangan dan pembaziran bahan.

o Panduan Keselamatan Semasa di Bengkel


 kemalangan berpunca dari penggunaan bengkel, alatan, bahan, mesin, elektrik,dan
bahan beracun yang tidak sesuai dan tidak selamat.
 Yang berikut adalah panduan keselamatan yang boleh diamalkan semasa
mengendalikan kerja amali dan aktiviti di bengkel Kemahiran Hidup.

(a) Penggunaan Mesin


i. pelajar tidak dibenarkan menggunakan mesin tanpa kebenaran dan kehadiran
guru.
ii. kawasan mesin di bengkel perlu ditanda dengan garisan merah bagi menandakan
kawasan bahaya.
iii. semasa mesin sedang digunakan hanya dua orang pelajar sahaja dibenarkan
berada dalam kawasan garisan merah.
iv. gogal mesti dipakai semasa menggunakan mesin gerudi dan mesin canai.

(b) Penggunaan Alatan Elektrik


i. pelajar dilarang menggunakan alatan atau kelengkapan elektrik yang rosak.
ii. elakkan daripada membuat penyambungan beban yang banyak pada satu punca
elektrik.
iii. jangan sentuh wayar elektrik yang terputus.
iv. pastikan tangan sentiasa kering semasa menggunakan alatan elektrik.
v. tutup suis selepas menggunakan alatan elektrik dan sebelum mencabut plag.
vi. kasut bertutup dan bertapak getah mesti dipakai semasa melakukan kerja yang
berkaitan dengan elektrik.
vii. segera matikan suis bekalan utama sekiranya bertaku kejutan elektrik.
viii. laporkan kepada guru dengan segera sekiranya berlaku kerosakan pada peralatan
elektrik.

(c) Pencegahan Kebakaran


i. kebakaran di bengkel boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian, kurang
pengetahuan, tidak bertanggungjawab dan amalan pengurusan bengkel yang
tidak sistematik.
ii. di bengkel terdapat bahan yang mudah terbakar seperti kertas, kayu, petrol, cat,
varnis, thinner, turpentin, dan sebagainya.

(d) Bahan Mudah Terbakar


i. alat pemadam api mesti berada dalam keadaan baik, selamat digunakan dan
diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan sedia untuk digunakan.
ii. pemadam api yang berlainan digunakan untuk api yang berpunca daripada bahan
yang berlainan.

3
iii. pelajar mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang alat pemadam
api dan mahir menggunakannya.
iv. pelan laluan kecemasan mestilah dipamerkan dalam bengkel atau ruang kerja.
v. pelajar perlu diberi latihan kebakaran supaya dapat mengenalpasti pelan laluan
kecemasan.

o Cara menggunakan alat pemadam api

Tanggalkan pin Halakan Sembur ke


keselamatan muncung alat Tekan tuas alat punca api
daripada alat pemadam api pemadam api sehingga api
pemadam api ke punca api padam
Semasa pin Tekan tuas
keselamatan sehingga Lakukan
Pastikan anda
ditanggalkan, rapat dengan semburan secara
berada pada jarak
pastikan alat pemegang sekata ke punca
antara 1 meter
pemadam supaya bahan api sehingga
hingga 1.5 meter
api berada pemadam dapat api dapat
daripada api
dalam keadaan disembur dipadamkan
menegak dengan lancar

Alat pemadam api jenis debu kering dan


bahagian-bahagiannya

o Etika dan Budaya Kerja


 etika kerja bermaksud disiplin dan sikap individu terhadap sesuatu kerja seperti
menepati waktu, amanah, bertanggungjawab, dan mematuhi peraturan semasa
menjalankan sesuatu kerja.
 etika kerja juga melibatkan sikap seseorang individu terhadap kerja seperti berfikiran
positif, bersemangat,dan optimistik.
 amalan etika kerja akan dapat mewujudkan suasana kerja yang baik di dalam bengkel
Kemahiran Hidup.
 budaya kerja bermaksud cara peradapan yang menjadi amalan kepada seluruh
individu dalam sesebuah organisasi seperti memasuki bengkel dengan senyap,
beratur di luar bengkel, mengikut arahan guru setiap masa, dan menjalankan tugas
mengikut jadual.
 pelajar yang beretika dan sentiasa mengamalkan budaya kerja yang baik akan dapat
menghasilkan mutu kerja yang baik dan produktif.
 budaya kerja yang baik juga akan dapat membina sikap berkerjasama dan
bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
Reka Bentuk dan Teknologi

ASAS MEREKA BENTUK


1. Proses Mereka Bentuk
A. Mengenal pasti Masalah
 Tiada produk di pasaran
 Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
 Produk sedia ada susah dikendalikan
 Produk di pasaran besar dan berat
 Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
 Produk sedia ada mahal
 Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad
penggunaannya

B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea


 Data dan maklumat yang diperolehi dengan
a. menyiasat
b. membaca
c. membuat lawatan
d. melayari internet
e. temuramah
 Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku
idea.
 Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai
bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan
C. Menilai dan memilih idea yang terbaik
 Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
 Analisa dan pilih satu idea yang terbaik
D. Pembinaan (perlaksanaan idea)
 Rancang carta aliran kerja
 Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan
 Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan
 Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh
 Pilih kemasan yang sesuai
 Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik

5
E. Pengubahsuaian
 Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
a. Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
b. Keseluruhan produk tidak berfungsi
c. Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya
kepada pengguna
 Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
 Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat
F. Pendokumentasian
Satu laporan lengkap secara bertulis
 Butiran Laporan mestilah mengandungi
i.Tajuk
ii.Latar belakang
iii.Objektif
iv.Deskripsi projek
v.Rujukan
vi.Lampiran
2. Faktor Reka bentuk
A. Fungsi
» Berfungsi
B. Rupa bentuk
» Menarik
C. Kesesuaian bahan
» Mudah didapati
D. Kaedah Pembinaan
» Tidak merumitkan
» Tidak membazirkan masa
E. Ketahanan
» Tahan ketika digunakan
» Tahan ketika disimpan
» Tidak mudah rosak, patah atau pecah
F. Kos produk
» berpatutan
G. Kemasan
» bersesuaian dengan penggunaan
H. Faktor Keselamatan
» mesra pengguna dan mesra alam
Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna
I. Faktor Kormersial
» Boleh dipasarkan
» Mampu manarik pembeli
3. Pencetusan Idea
A. Mengenal pasti Masalah
B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
a. melalui pembacaan
b. melayari internet
c. membuat lawatan dan kajian
C. Menilai dan memilih idea yang terbaik

4. Melakar
A. Tujuan Melakar
membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara
3D atau 2D
B. Ciri-ciri Lukisan Lakaran
1. Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil
2. Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi
i. maklumat bahan
ii. ukuran panjang dan lebar
iii. ukuran tinggi dan tebal
iv. jenis penyambung yang digunakan
v. tarikh lakaran
vi. Skala
vii. Dimensi
viii. Nama individu/kumpulan
ix. Nama projek

7
C. Jenis lukisan lakaran
a. Lukisan Oblik
i.Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong
bersudut 45º darjah sebagai paksi
b. Lukisan Isometrik
1. Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak
30º darjah sebagai paksi
c. Lukisan perspektif
1. Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau
garis ufuk
JENIS BAHAN
1. Kayu

A. Jenis Kayu
I. Kayu Keras
i. Cengal
ii. Sepetir
iii. Kapur
II. Kayu Lembut
i. Kayu Getah
ii. Jelutung
iii. Meranti
B.Saiz Kayu
III. Papan Tebal
»Tebal 38 mm - 100 mm
» Lebar 150 mm ke atas
» Panjang 3 m - 6 m
II. Papan Nipis
» Tebal 10 mm - 38 mm
» Lebar 76 mm ke atas
» Panjang 3 m - 6 m
III. Kayu Beroti
Tebal 38 mm - 100 mm
» Lebar 75 mm - 150 mm
» Panjang 3 m - 4 m
IV. Kayu Jerjak
» Tebal 20 mm - 38 mm
» Lebar 25 mm - 76 mm
» Panjang 3 m - 6 m

9
C.Kecacatan Kayu
I. Meleding

II. Berspring

III. Berpiuh

IV. Berpintal

V. Berpusar
VI. Merekah

D. Ciri-ciri kayu
i. Boleh di dapati dalam pelbagai saiz
ii. Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik
iii. Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam
iv. Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul
v. Mudah diserang serangga perosak

2. Papan Lapis

Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara
berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses
kilang
Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan
berdasarkan ketebalan

11
A. Saiz :
» panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm
Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm
B. Jenis :
» Kalis air
» Tidak kalis air
C. Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak
D. Kelebihan :
» Mudah dipotong
» Tidak retak dan meleding
» Kukuh dan tahan
E. Keburukan :
» Mudah lekang apabila terkena air
» Hanya boleh digunakan di dalam rumah

3. MDF

Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan


serat kayu lembut dan kayu terbuang. Ia terhasil daripada proses
pemampatan dan glu
A. Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan
perumahan moden
B. Saiz : 2 440 mm x 1 220 mm
C. Kelebihan :
. Tahan haba
i. Tidak retak
ii. Tidak mudah bengkok dan meleding
iii. Permukaannya lebar dan rata
4. Mounting Board

Ia adalah sejenis kertas keras


A. Kegunaan
B. Saiz : Ketebalan 2 mm. Dijual dalam saiz 610 mm x 1 220 mm atau 610
mm x 910 mm
C. Kelebihannya :
» Diwarnakan dengan warna-warna yang menarik
» Mudah dilengkungkan
» Mudah dipotong dan dibentuk

ALATAN TANGAN
1. Pembaris Keluli

A. Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak


B. Saiz : 30 cm dan 15 cm
C. Binaan : Dibuat daripada keluli
2. Pita Pengukur

A. Kegunaan : Mengukur jarak


B. Saiz : 3 M dan 6 M

13
3. Sesiku L

A. Kegunaan :
i. Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat
ii. Untuk menguji kerataan
iii. Untuk menguji ketepatan
iv. Untuk menguji kepersegian
B. Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya
C. Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu
atau logam.
4. NT Cutter

A. Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting


board
B. Saiz :
5. Gergaji Tangan

A. Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF


B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap
25mm
6. Gergaji Puting

A. Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil


B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya
7. Gergaji Lengkung Halus

A. Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan


papan lapis
B. Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai
8. Gergaji Besi

A. Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC


B. Saiz : Ditentukan oleh panjang
9. Gerudi Tangan
A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan
papan yang nipis
B. Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan
10. Mata Gerudi Pintal

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang


B. Saiz : ditentukan oleh diameter
11. Gerudi Engkol

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan


papan lapis
B. Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit

15
12. Gerimit

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru


pada kayu (kayu nipis dan lembut)
B. Saiz : ditentukan oleh diameter
13. Penebuk Pusat

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam


sebelum kerja menggerudi
B. Saiz :
14. Pembenam Paku

A. Kegunaan : Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan


kayu
B. Saiz :
15. Tukul Kuku Kambing

A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku


B. Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya
16. Tukul Warington

A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar


17. Ragum Kakak Tua

A. Kegunaan : Untuk mencabut paku


18. Gandin Kayu
A. Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman
papan projek
19. Pahat rata / Pahat tepi serong

A. Kegunaan : Untuk membuat parit dan lurah serta meratakan dasarnya.


B. Saiz : Ditentukan oleh lebar matanya
20. Kikir Parut

. Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu


21. Apit G

. Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan
menggerudi
A. Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6"

17
MESIN GERUDI
A. MESIN GERUDI LANTAI
i. Kegunaan
Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan
kayu dan logam

ii. Bahagian dan fungsinya


1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
2. Suis = Menghidup dan mematikan motor
3. Bindu = Memutar mata gerudi
4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
8. Motor = Memutar bindu
9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
iii. Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
1. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan
pengawasan guru
2. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
3. Pakai pakaian yang sesuai
4. Pakai gogal untuk melindungi mata
B. MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK
1. Kegunaan:
a. Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam
2. Bahagian dan fungsinya
i. Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi
ii. Suis = menghidup dan mematikan motor
iii. Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin
iv. Kabel = menghantar arus elektrik
3. Cara Menggunakannya
.Mengerudi secara menegak
I.Menggerudi secara mendatar

Menggerudi mendatar

Menggerudi menegak

19
BAHAN PEMASANGAN

Keterangan Gambar
I Mata Gerudi Benam
II.Pemutar Skru Biasa/Rata
III Pemutar Skru Philips
IV Gunakan saiz mata pemutar yang tepat dan sesuai
V Menggerudi Engsel
VI Skru Alur Rata, Kepala Benam dan Kepala Bulat
VII Skru Philips

i. Paku Panel
ii. Paku Kepala rata
1. Paku
A. Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain
kepada kayu
B. Saiz : ditentukan panjang batangnya
C. Jenis
I. Paku Kepala Rata
i. Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau
kayu
ii. Saiz ditentukan oleh : Panjang
iii. Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya
II. Paku Panel
i. Digunakan : untuk pembinaan perabot
ii. Mempunyai kepala benam
III. Paku Payung
i. digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink
D. Kelebihan :
Senang digunakan. Murah
E. Keburukan
Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak
2. Skru
A. Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan
engsel
B. Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis
kepala
I. Skru Alur Rata/Biasa
II. Skru Alur Philips
III. Skru Kepala Bulat
IV. Skru Kepala Benam
C. Kebaikan skru :
I. Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu
yang keras
II. Memberi cengkaman lebih kuat

3. Glu PVA
i.Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal
ii.kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh MDF
dengan Papan Lapis

21
PEMBINAAN PROJEK
1. Proses Mengukur

Ukur panjang bahan

Ukur lebar bahan


2. Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek
3. Proses Menanda

Menanda panjang
Menanda lebar
4. Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal
5. Proses Memotong

Mengerat

6. Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong


kayu dan bahan kepada beberapa bahagian
7. Proses Membina dan Mencantum

23
Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman

i. Tanggam Lekap Palang


ii. Tanggam Lekap T
iii.Tanggam Temu
iv. Tanggam Temu
A. Membuat tanggam
 Pilih tanggam yang sesuai
 Ikuti langkah-langkah yang betul
 Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam
B. Mengglu
 Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan
 Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang
 Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu
hari semalam
C. Memaku

 Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan
pendek
D. Menskru

 Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan


gerudi terlebih dahulu
 Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan
menggunakan senggerek , gerimit atau alat lain yang sesuai

KEMASAN PROJEK

I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit
1. Bahan kemasan
A. Tepung Penyumbat
I. Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu
II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
III. Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan
air dan turpentine
B. Cat Alas
I. Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan
menjadi alas sebelum menggunakan cat licau
II. Kelebihan : Menjadikan cat licau lebih menarik warnanya dan
lebih rata sapuannya
III. Cara menggunakannya : disapu atas permukaan kayu sebelum
menyapukan dengan cat licau

25
C. Cat Licau
I. Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu
disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih
II. Kelebihan :
 Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang
menarik
 Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu
III. Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di
sapu dengan berus
D. Cat semburan
I. Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam
II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
III. Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan
dengan cara menggerakkan semburan secara berulang-ulang
E. Syelek
I. Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan
kayu
II. Kelebihan : kos murah dan cepat kering
III. Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya
(spirit methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut
arah urat kayu
F. Tona kayu
I. Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna
ke atas produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu
II. Kelebihan :
 Mudah digunakan
 Cepat kering
 Masih kelihatan urat kayu
 Setiap bahagian mempunyai warna yang sama
G. Lekar
I. Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi
permukaan kayu
II. Kelebihan : tahan haba dan tahan calar
III. Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu
terus atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek
H. Pelekat (Fomika dan stiker)
I. Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang
cantik dan menarik
II. Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup
kecacatan permukaan kayu
III. Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya
2. Bahan Pelarut

A. Spirit Methil
I.Kegunaan : untuk melarutkan syelek dan membersihkan berus syelek
B. Turpentine
.Kegunaan : untuk mencairkan cat licau dan membersihkan berus cat
C. Thinner
.Kegunaan : untuk mencairkan lekar dan membersihkan berus lekar
3. Alatan kemasan

A. Kerta Las
.Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu
I.Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan mengikut
urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred
kekasaran yang halus (0, 00)
B. Pengikis
.Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat.
I.Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah urat kayu
C. Berus Syelek
.Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar
I.Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan sapu syelek
ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh
spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan keringkan.

D. Berus Cat

27
.Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas
I.Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke satu arah
mengikut arah urat kayu
Penjagaan berus
 Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus
yang sesuai
 berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan
turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.
 Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti
untuk menggantung berus
 Jangan mencampur-adukkan penggunaan berus.

ELEKTRIK
Sumber dan Kegunaan Elektrik

Kemagnetan
1 Kemagnetan boleh menghasilkan tenaga elektrik ketika magnet digerakkan ke dalam gegelung
wayar.
2 Medan magnet yang bergerak akan memotong konduktor yang tidak bergerak untuk menghasilkan
tenaga elektrik.
3 Voltan yang dihasilkan bergantung kepada lilitan gegelung wayar, kekuatan magnet, dan kelajuan
gerakan. Prinsip ini diguna pakai pada dinamo dan turbin.
(a) Dinamo
(i) Dinamo yang terdapat pada basikalmempunyai sebuah roda putaran.
(ii) Apabila pemutar dinamo dipusingkansemasa basikal dikayuh, magnet kekal turut berpusing.
(iii) Medan magnet yang berada di sekeliling magnet kekal dipotong oleh gegelung wayar.
(iv) Lampu basikal menyala akibat daripada aruhan kemagnetan.
(v) Voltan yang dijanakan bergantung kepada kelajuan pusingan tayar basikal.
(vi) Arus yang dihasilkan oleh dinamo basikal adalah arus ulang-alik (AC).
(b) Turbin
(i) Turbin merupakan sejenis alat yang mempunyai rotor yang diputarkan melalui aliran air, stim
atau angin.
(ii) Turbin akan menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal untuk menggerakkan seperti
pam air dan penjana kuasa elektrik.
(iii) Ro tor di dalam turbin terdiri daripada bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar.
(iv) Air yang mengalir, stim atau angin akan memutarkan bilah-bilah kipas bersama gandar.
(v) Gandar yang dihubungkan ke penjana kuasa akan berputar untuk menghasilkan tenaga
elektrik.

(b) Tindak Baias Kimia


1 Tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui tindak balas bahan kimia.
2 Tindak balas kimia berlaku dalam sel kering dan set basah. Kedua-dua sel ini menghasilkan arus
terus (DC).
Jenis-jenis sel kering
1 Sel alkali • Digunakan dalam peralatan bervoltan rendah seperti lampu picit,
dan jam dinding
• Terdapat dalam pelbagai saiz
• Tidak boleh dicas semula
2 Sel merkuri • Bersaiz kecil dan mahal
• Digunakan untuk peralatan yang menggunakan arus yang kecil
3 Sel lithium • Boleh didapati dalam pelbagai saiz
• Digunakan dalam kalkulator, kamera, telefon bimbit, dan komputer
• Sel ini boleh dicas semula
4 Sel nikel • Digunakan untuk peralatan tanpa wayar (cordless)
cadmium (Ni/Cd) • Boleh dicas semula
• Boleh didapati dalam pelbagai saiz

29
(a) Sel Kering
(i) Sel kering digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh,
permainan kanak-kanak, jam dinding, dan sebagainya.
(ii) Voltan yang dihasilkan oleh satu sel kering ialah 1.5 Volt.
(iii) Bahagian utama sel kering terdiri daripada:
• Elektrod positif-batang karbon
• Elektrod negatif - bekas zink
• Elektrolit - campuran ammonium klorida dan mangan dioksida

Tindak Balas Kimia dalam Sel Kering


1 Tindak balas kimia berlaku apabila satu sambungan litar lengkap merentasi punca positif dan punca
negatif.
2 Tenaga elektrik akan terhasil akibat daripada tindak balas yang berlaku antara elektrolit dan bekas
zink.
3 Aliran tenaga elektrik ialah dari punca positif ke punca negatif.
4 Apabila tenaga sel ini habis, sel ini tidak boleh digunakan lagi.

(b) Sel basah


(i) Sel basah (juga dikenai sebagai (akumulator) digunakan dalam kenderaan seperti motosikal,
kereta dan bas.
(ii) Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi jika dibandingkan dengan sel kering.
(iii) Satu sel ini menghasilkan voltan sebanyak 2 volt.
(iv) Bagi kegunaan biasa, voltan sel dibuat dalam 6 volt atau 12 volt.
(v) Bahagian-bahagian utama sel basah adalah seperti berikut:
• Elektrod negatif - plat plumbum
• Elektrod positif - plat plumbum peroksida
• Penyelang - gentian kaca atau ebonit
• Elektrolit - larutan asid sulfurik cair

Perbandingan antara Sel Kering dengan Sel Sel basah


BasahSel kering
Menghasilkan arus rendah (kecil) Menghasilkan arus tinggi
Kecil, ringan, dan mudah dibawa Besar, berat, dan sukar dibawa
Tidak boleh dicas semula (kecuali jenis Boleh dicas semula
yang boleh dicas semula)
Tidak tahan lama Tahan lebih lama
Voltan asas 1.5 V Voltan asas 2.0 V

Sambungan Sel
1 Sel-sel boleh disambung secara siri atau selari.
2 Sel yang disambung secara siri akan menghasilkan voltan yang lebih tinggi.
3 Untuk sel-sel yang disambung secara selari, jumlah voltannya sama.

Dua sel yang bersambung secara siri = 1.5V + 1.5V = 3V

Dua sel yang bersambung secara selari = 1.5V


Tindak Balas Kimia dalam Sel Basah
1 Tindak balas kimia berlaku apabila satu sambungan litar lengkap melintasi punca positif dan punca
negatif.
2 Tindak balas berlaku antara plat positif dan plat negatif serta elektrolit untuk menghasilkan tenaga
elektrik.
3 Sel ini tidak akan mengeluarkan tenaga lagi apabila plat-plat yang disalut dengan plumbum sulfat
dan elektrolit mencair.
4 Sel boleh dicas semula dengan pengecas bateri apabila tenaga elektrik menjadi lemah iaitu
mengembalikan semula sifat plat-plat dan elektrolit ke bentuk asalnya.

Cahaya sebagai Sumber Elektrik


1 Bahan kimia seperti natrium,selenium,dan kalium akan menghasilkan tenaga elektrik jika menerima
cahaya.
2 Prinsip ini digunakan dalam sel solar seperti pada kalkulator dan kamera.
3 Sel foto yang mendapat cahaya matahari akan menghasilkan tenaga elektrik.
4 Jika keamatan cahaya matahari tinggi, arus elektrik yang dihasilkan juga tinggi.
5 Satu sel solar mempunyai nilai voltan sebanyak 0.4 V.
6 Selain sumber yang diperoleh daripada kemagnetan, tindak balas kimia dan cahaya, terdapat
juga sumber lain seperti haba v
dan tekanan.

Kegunaan Elektrik
1 Menghasilkan haba
(a) Peralatan yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas.
(b) Peralatan tersebut akan dipasang dengan thermostat supaya suhu kepanasan dapat dikawal.
(c) Elemen pemanas yang biasa digunakan ialah nikrom.
(d) Contoh peralatan: cerek elektrik, seterika, periuk nasi elektrik dan sebagainya.
2 Menghasilkan tenaga kinetik (gerakan)
(a) Peralatan yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetikbiasanya menggunakan motor
elektrik.
(b) Contoh peralatan: kipas angin, mesin gerudi elektrik, mesin pengisar,dan sebagainya.
3 Menghasilkan cahaya
(a) Peralatan yang biasanya menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya ialah lampu.
(b) Terdapat dua jenis lampu iaitu lampu pijar dan lampu pendarfluor.
(c) Lampu pijar menggunakan filamen (tungsten) untuk menghasilkan cahaya.
(d) Gas argon diisi dalam mentol pijar untuk mengelakkan filamen terbakar.
(e) Cahaya yang dihasilkan berwarna kekuningan.
(f) Tiub lampu pendarfluor berisi gas argon dan merkuri.
(g) Campuran gas argon dan merkuri akan menghasilkan sinaran ultra ungu yang akan
4 Menghasilkan bunyi
(a) Tenaga elektrik juga boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi.
(b) Contoh peralatan: radio, televisyen, telefon dan sebagainya.

31
Alatan tangan dan Kegunaan
Alatan Tangan Kegunaan
1 Pena ujian  untuk mengesan kebocoran arus elektrik
 sebagai pemutar skru bagi mengetat dan menanggal-kan skru
kecil
2 Pemotong  memotong wayar
sisi  memotong lebihan wayar pada tamatan

3 Playar  memegang benda kecil


muncung tirus  memotong dawai/wayar kecil
 membentuk kaki komponen
 mencapai sesuatu di ruang yang sukar
4 Playar  memegang dan mencengkam benda bulat
gabung  membengkok dan membentuk
 memotong dawai kecil
5 Penjalur  menjalur wayar
wayar  memotong wayar

Wayar
Terdapat pelbagai jenis wayar yang digunakan semasa kerja pendawaian litar atau penyambungan
pada peralatan elektrik. Pemilihan yang teliti harus dibuat terhadap jenis wayar yang digunakan. Berikut
adalah jenis dan bentuk wayar serta kegunaannya.

Jenis wayar Kegunaan


1 Wayar lembar  Membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan
tunggal wayar pelompat.
2 Wayar kuprum  Membuat gelung pada motor elektrik dan transformer.
berenamel
3 Wayar teras
tunggal  Lebih lentur digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti
(a) Teras tunggal radio dan pembesar suara.
halus  Untuk pendawaian elektrik di rumah.

(b) Teras tunggal kasar


4 Wayar teras  Digunakan untuk pendawaian lampu, soket dan penyuai.
kembar
5 Kabel tiga teras
a) Kabel tiga teras  Untuk perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti
bertebat PVC kipas, peti sejuk dan penyaman udara.
(b) Kabel tiga teras  Untuk perkakas elektrik yang menghasilkan kesan haba seperti
bertebat PVC dan ketuhar, pembakar roti, dan cerek elektrik.
beranyam benang

Plag
1 Biasanya peralatan elektrik akan dipasang dengan plag.
2 Plag diperbuat daripada bakelit dan mempunyai pin loyang.
3 Digunakan sebagai penyambung peralatan elektrik dengan punca elektrik.

Jenis Plag
Plag 2 pin 2 ampere
 Terdapat tamatan hidup dan neutral.
 Digunakan untuk peralatan berkuasa rendah seperti radio, televisyen, jam dan sebagainya.

Plag 3 pin 13 ampere


 Mempunyai tiga tamatan untuk wayar hidup (L), neutral (N) dan bumi (E).
 Mempunyai fius katrij 13 Ampere.
 Digunakan untuk perkakas elektrik seperti peti sejuk, cerek, periuk nasi dan mesin basuh.
3 Plag 3 pin 15 ampere
 Mempunyai tiga tamatan untuk wayar hidup (L), neutral (N) dan bumi (E).
 Tidak mempunyai fius.
 Digunakan untuk perkakas elektrik berkuasa tinggi seperti penyaman udara dan pemanas air.

Fius
1 Fiusdipasangdalamlitarelektrikuntukmelindungi litar atau perkakas elektrik atau mencegah
kemalangan semasa litar pintas.
2 Fius dipasang secara siri dalam litar dan kepada wayar hidup.
3 Apabila arus terlalu tinggi, fius akan melebur dan memutuskan pengaliran arus elektrik.
4 Fius ditentukan dengan kadaran seperti 2A, 5A, 10A dan 13A.
5 Terdapat dua jenis fius iaitu fius dawai dan fius katrij.

Lampu Pendarfluor
1 Lampu pendarfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya.
2 Lampu ini biasanya digunakan di rumah kediaman dan bangunan.
3 Cahayanya berwarna putih, terang dan sekata.
4 Lampu ini biasanya didapati dalam kuasa 12W, 20W dan 40W dan pelbagai bentuk dan saiz.

Kebaikan lampu pendarfluor:


(a) Menghasilkan cahaya warna putih, terang dan sekata,
(b) Menghasilkan haba yang sedikit,
(c) Menjimatkan kos tenaga elektrik.

Bahagian lampu pendarfluor dan keterangannya.

1 Tiub pendarfluor
 Diperbuat daripada kaca yang berisi gas argon dan merkuri.
 Bahagian dinding dalamnya disaluti dengan lapisan fosfur.
 Di setiap hujung tiub terdapat pin elektrod.
 Apabila arus mengalir melalui pin elektrod tiub akan mengeluarkan sinaran ultra ungu dan
seterusnya menghasilkan cahaya.

2 Perumah
 Terdapat pemegang tiub, cok dan suis penghidup.
 Biasanya diperbuat daripada logam.

3 Cok
 Membekalkan voltan tinggi pada awal nyalaan dan selepas lampu menyala, cok akan bertindak
menstabilkan voltan.

4 Pemegang tiub
 Terletak di kedua-dua hujung perumah.
 Berfungsi untuk menyangg. dan memegang tiub pendarfluor.

5 Suis penghidup
 Menghidupkan lampu pada permulaan lampu dihidupkan.
 Lampu akan terus menyala sekiranya suis penghidup ditanggalkan selepas itu.

6 Pemegang suis penghidup


 Untuk menempatkan suis penghidup.
 Biasanya diperbuat daripada plastik.

Kerosakan umum pada lampu pendarflour

33
Masalah Punca Kerosakan Kaedah membaiki
fius putus apabila lampu  Berlaku litar pintas  Periksa semula litar
dihidupkan. dalam pendawaian pendawaian
Lampu tidak menyala apabila  Tiada bekalan elektrik  Periksa bekalan
suis dihidupkan  Cok rosak elektrik
 Tiub rosak  Tukar cok
 Suis penghidup rosak  Tukar tiub
 Tukar suis penghidup
Lampu berkelip-kelip tetapi  Tiub rosak  Tukar tiub dan suis
tidak menyala.  Suis penghidup rosak penghidup

Kedua-dua hujung tiub merah  Tiub rosak  Tukar tiub dan suis
dan lampu tidak menyala.  Suis penghidup rosak penghidup
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
Kerja Paip Asas

ALATAN TANGAN KERJA PAIP


1. Perengkuh paip

o Kengunaan - untuk memegang batang paip BG ketika memasang atau membuka


penyambung paip
2. Sepana boleh laras

o Kegunaan - untuk membuka kepala pili


3. Sepana hujung terbuka

o Kegunaan - untuk membuka kepala pili


4. Playar gabung

o kegunaan - untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan memutar nat kecil
5. Playar muncung tirus (halus)

o Kegunaan - untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit


6. Kikir bulat (kikir ekor tikus)

o kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG


7. Kikir rata

o kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG

35
8. Pelocok

o kegunaan - untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki


9. Pita pengukur

o Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip


10. Gergaji besi

o Untuk mememotong batang paip BG dan PVC


11. Pemotong paip beroda

o Kegunaan - untuk memotong batang paip BG


12. Pengulir luar

o Kegunaan - untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang paip BG
13. Ragum paip yoke

o Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika kerja membuat bebenang dan
memotong batang paip
14. Pemotong paip PVC

o Kegunaan - untuk memotong batang paip pvc dan paip poli


15. Pelayar cengkam ragum

o Kegunaan - untuk mencengkam batang paip dengan kukuh

37
JENIS PAIP
1. Paip Besi Galvani
o Dibuat daripada besi galvani
o Ciri-cirinya
i. Tahan lasak
ii. Tidak mudah patah
iii. Berat
iv. Tahan haba tinggi
v. Boleh berkarat
vi. Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan

2. Paip PVC
o Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
o Ciri-ciri
i. Murah
ii. Ringan
iii. Tidak tahan panas
iv. Mudah patah dan pecah
v. Dijual dalam dua gred ketebalan

3. Paip Poli
o Paip getah tiruan hitam (HDPE)
o Ciri-ciri
i. Tahan karat
ii. Tidak mudah patah
iii. Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
iv. Liat dan elastik
v. boleh dilentur

Pip BG
Pipi Poli
Paip PVC

JENIS PENYAMBUNG PAIP

Jenis penyambung
Paip BG
Paip PVC
Paip Poli
1
Soket sana
ada
ada
ada
2
Soket pengecil
ada
ada
ada
3
Siku 90º
ada
ada
ada
4
T sama
ada
ada
ada
5
T pengecil
ada
ada
ada
6
Penyuai soket injap
ada
ada
ada
7
Penyuai soket PT
ada
ada
ada
8
Puting heksagon
ada
tiada
ada
9
Palam
ada
ada
tiada
10
Soket Penjodoh
ada
tiada
ada

39
1. Soket
Soket sama

Soket pengecil

o Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter


o Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
2. Siku 90º
Siku 90º sama
Siku 90º pengecil

o Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º


o Digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut
90
3. T
T sama
T pengecil

o Digunakan untuk menambah sambungan paip


o Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
4. Puting Heksagon

o Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
o Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan
paip PVC

41
5. Soket
Penyuai Soket PT
Penyuai soket injap

o Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili


o Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paipPVC
dengan paip BG
6. Palam

o Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan


7. Soket penjodoh

o Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan


penyambung yang lain
Contoh penyambungan paip
A = Pili, B = soket sama, C = puting heksagon, D = siku 90, E = paip BG 20,
F = T pengecil, G = paip BG 13 , H = paip BG 20 , I = soket penjodoh, dan J = palam

BAHAN PENYAMBUNG
1. Pita PTFE
- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis.
- digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan
sambungan paip BG

2. Glu PVC
- adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering
- glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan

o Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC

43
PILI

I. Pili berbibir II. Pili bertiang


1. Kegunaan
- mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip
2. Jenis
a. Pili bertiang
- mempunyai alur masuk menegak
b. Pili berbibir
- mempunyai alur masuk melintang
3. Bahagian
A = Pemulas
B = gandar
C = Nat Penyendal
D = Nat Pili
E = Pelompat
F = Alur keluar
G = Sesendal
H = alur masuk
4. Penyelenggaraan
i.Menggantikan pelompat
 Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik berterusan
walaupun pili telah ditutup

ii.Menukar kepala pili


 Kepala pili perlu digantikan apabila
 pili tidak dapat dikunci dengan ketat
 air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir

SINKI DAN PERANGKAP SAMPAH


1. Kegunaan
o Singki digunakan untuk menadah air semasa tangan dan peralatan
o Perangkap sampah digunakan untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah
2. Jenis Sinki dan Perangkap
i.Perangkap 'P'
ii.Perangkap 'S'
iii.Perangkap botol
iv.Membersihkan perangkap
v.Menggunakan pelocok
- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
vi.Membuka dan mencuci bahagian kedap
- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik
keluar dengan dawai keras

45
Sinki

Mengeluarkan kotoran daripada kedap perangkap sinki

3.
I. Perangkap 'S' II. Perangkap 'P' III. Perangkap botol
SISTEM BEKALAN AIR
1. Sistem bekalan di rumah terbahagi kepada dua
a. Sitem bekalan terus
b. Sistem bekalan tidak terus
2. Sistem bekalan tidak terus menggunakan tangki simpanan air untuk membekalkan air untuk
kegunaan bilik air dan tandas

Sistem bekalan air tidak terus


A = paip bekalan , B = meter air , C = paip perkhidmatan, D = paip perkhidmatan,
E = kunci paip , F = tangki simpanan air , G = tab mandian dan tandas,
H = tab sinki cuci tangan , I = sinki dapur , J = paip agihan

TANGKI SIMPANAN AIR


1. Kegunaan
- untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan tandas dan bilik mandi serta di
waktu kecemasan
2. Bahagian dan fungsi

47
Bahagian
Fungsi
A Kunci paip
mengawal kemasukan air ke dalam tangki melalui paip perkhidmatan
B Paip perkhidmatan
Membekalkan air ke dalam tangki simpanan
C Injap masuk
Mengawal kemasukan air ke dalam tangki
D Pelambong
Mengawal paras air dalam tangki
E Paip cuci
Mengeluarkan air semasa kerja mencuci
F Kunci paip
Membuka dan menutup paip cuci
G Paip Agihan
Membawa air ke bahagian-bahagian dalam rumah
H Paip limpah
Mengeluarkan air sekiranya injap rosak
I Penutup tangki
Melindungi air dalam tangki daripada pencemaran

TANGKI SIMBAH
1. Kegunaan
Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul

2. Bahagian dan fungsi

Bahagian
Fungsi
A Paip Limpah
Mengeluarkan air yang berlebihan
B Pelampung
Mengawal paras air dalam tangki
C Lengan Pelampung
memegang pelempung dan menghubungkannya dengan injap bebeola
D Tuib sifon
Menolak air dengan kuat ke dalam mangkuk tandas
E Paip alur keluar
Membawa air ke dalam mangkuk tandas
F Injap gegendang
Memulakan gerakan menolak air ke dalam mangkuk tandas
G Injap bebeola
Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah
H Paip alur masuk
memasukkan air ke dalam tangki simbah
3. Jenis tangki simbah
a. Tangki simbah aras rendah
Dipasang satu meter dari lantai
b. Tangki simbah aras tinggi
Dipasang dua meter dari lantai

i. Tangki simbah aras rendah ii. Tangki simbah aras tinggi

49
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
Jahitan Asas

A. ALATAN JAHITAN

1. Gunting

 Kegunaan
untuk memotong kain dan benang

2. Jarum peniti

 Kegunaan
untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel

3. Penetas

 Kegunaan
untuk membuka semula jahitan yang silap

4. Kapur penanda

 Kegunaan
untuk menanda garisan potongan dan jahitan

5. Pita Pengukur

 Kegunaan
untuk mengukur di atas kain dan kertas
B. MESIN JAHIT

Sebuah mesin jahit model lama


1. Jenis dan fungsi mesin jahit

i. Mesin jahit tangan

1. Mesin jahit lama. menggunakan tangan untuk memusingkan roda


imbang

ii. Mesin jahit kaki

1. Mesin jahit yang murah dan popular, menggunakan kaki untuk


memusingkan roda imbang

iii. Mesin jahit elektrik

1. Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda


imbang

iv. Mesin jahit elektronik

1. Mesin jahit dikawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan


elektronik dengan menggunakan kuasa elektrik

51
Mesin jahit kaki Mesin elektrik

Mesin tangan Mesin elektronik


b. Bahagian mesin jahit

1. Roda Imbang 2. Tiang Benang 3. Tuas penekan 4. Spring Pemegang


5. Jarum Benang 6. Gigi Penolak 7. Tiang penggulung benang 8. Pelaras mata jahitan
i. Roda Imbang

1. Kegunaan : Mengawal pergerakan mesin

ii. Tiang Benang

1. Kegunaan : Memegang benang

iii. Tuas benang

1. Kegunaan : Menarik dan mengawal pergerakan benang

iv. Spring pemegang benang

1. Kegunaan : Megawal benang

v. Gigi penolak

1. Kegunaan : Menolak fabrik semasa menjahit

vi. Tuas pelaras

1. Kegunaan : Melaraskan jarak mata jahitan

vii. jarum

1. Kegunaan : Memasiukkan benang jahitan ke dalam kain

53
c. Persediaan sebelum menjahit mesin

a.Menyediakan benang atas

i.Letakkan buku benang pada tiang benang

ii.Sediakan jarum mesin

iii.Masukkan benang ke bahagian ceper penegang benang

iv.Masukkan benang ke dalam lubang tuas penegang benang

v.Masukkan hujung benang ke dalam lubang jarum

Langkah-langkah memasang benang ats


b.Menyediakan benang bawah
Menggulug benang dalam gelendung

.Gulung benang dalam gelendung

i.Masukkan gelendung dalam sekoci

Memasukkan sekoci

ii.Keluarkan benang bawah

c.Melaraskan jahitan

.Laraskan tuas pelaras mengikut jenis kain yang digunakan

Melaras jarak jahitan

55
Melaras jenis fabrik
d.

4. Semasa menjahit

.Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan

a.Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik

b.Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit

c.Turunkan tuas angkat

d.Tolak roda imbang ke hadapan dan mula menjahit

5. Selepas menjahit

.Hentikan putaran roda imbang

a.Naikkan jarum mesin

b.Naikkan tuas angkat

c.Tarik fabrik ke belakang

d.Gunting lebihan benang 4 atau 5 cm untuk mematikan jahitan

C. PENYELEGARAAN MESIN JAHIT

1. Meminyakkan mesin
Antara bahagian yang perlu diminyakkan
Tujuan meminyakkan mesin jahit ialah:
i. Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat
ii. Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseraan
2. Menggantikan jarum

Jarum perlu digantikan sekiranya


a. tumpul
b. patah

Mengeluarkan jarum yang patah


i. Longgarkan skru memengan jarum

ii. keluarkan jarum yang tidak diperlukan lagi

iii. Gantikan dan masukkan jarum yang baru

iv. Ketatkan semula pemegang jarum

3. Jahitan bermasalah

i. Mata jahitan longgar

 Jarum tidak dipasang dengan betul - Betulkan pemasangan jarum

57
 Gelengdung tidak dipasangkan dengan betul dalam sekoci - Betulkan
pemasangan gelendung

 Benang atas longgar - tegangkan benang diceper penegang benang

ii.Kelim berkedut

iii.Benang bawah berkedut/berserabut

iv.Mata jahitan melangkau

ARTIKAL JAHITAN
Artikal jahitan mudah yang boleh dihasilkan adalah seperti berikut:
1. Sarung tangan

2. Alas dulang/meja

3. Tuala tangan

4. Penutup TV

Contoh Artikel jahitan : Sarung tangan

JENIS JAHITAN HIASAN


Jenis jahitan hiasan yang boleh digunakan adalah jahitan tangan seperti berikut:
1. Jahitan Kia

2. Jahit Silang Pangkah

3. Insang Pari

PENGIRAAN KOS
1. Kos bahan
o Kos bahan ialah kos yang dikenakan ke atas bahan-bahan yang digunakan semasa
mengeluarkan produk
2. Kos upah
o Kos Upah ialah kos yang dikenakan untuk membayar upah tenaga kerja x dengan
masa kerja
3. Kos sampingan
o Kos sampingan ialah lain-lain kos yang dikenakan semasa proses pengeluaran
seperti air, elektrik dan sebagainya
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
Tanaman Hiasan

59
ALATAN KERJA

I. Sudip tangan II. Serampang tangan


1. Serampang
- digunakan untuk menggembur tanah

2. Sudip tangan
- digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/tanah

3. Penapis
- untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dan menghaluskan medium

4. Penyiram
- digunakan untuk menyiram tanaman

5. Sketuar
- digunakan untuk mecantan ranting dan dahan kecil

Sketuar
Penapis

Penyiram
BAHAN-BAHAN

I. Pasu II. Beg poli hitam


1. Tapak semaian

2. Beg poli hitam

3. Pasu

4. Hormor pengakaran

5. Baja

6. Racun

61
Jenis baja yang digunakan I. Baja kimia II. Baja organik ( najis haiwan )

PEMBIAKAN TANAMAN
1. Tanaman dibiakkan dengan tujuan seperti :

a. membanyakkan anak benih dan baka tanaman

b. memelihara spesis tanaman

c. memelihara alam sekitar

d. mendapat keuntungan hasil jualan

2. Jenis-jenis pembiakan tanaman adalah

a. Pembiakan seks
Membiakkan tanaman dengan menggunakan biji benih

b. Pembiakan aseks
Membiakan tanaman tanpa menggunakan biji benih

 membiakkan dengan menggunakan keratan daun

 membiakkan dengan menggunakan keratan batang

 membiakkan dengan menggunakan akar

 membiakkan dengan menggunakan rumpun


PROSES PEMBIAKAN

anak benih daripada beg poli perlu dipindahkan ke dalam pasu apabila besar

PENYEDIAN MEDIUM
1. Nisbah Campuran

o Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John


Innes

o bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai

o Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing

o Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat

 mengekalkan kelembapan medium

 membaiki struktur tanah dan saliran

 mengurangkan kepadatan tanah

 lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia

o Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau
kompos dan 1 pasir sungai

o Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik
atau kompos dan 1 pasir sungai

o Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata

63
2. Kompos
Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput

Bahan campuran medium adalah terdiri daripada I. Tanah loam II. Bahan organik III. Pasir sungai

KERATAN BATANG

Keratan batang boleh dibahagikan kepada 3 bahagian


I. Bahagian batang keras II. Bahagian batang sederhana keras III. Bahagian batang lembut
1. Jenis keratan

o Bahagian keras

 Hendaklan dibuang semua daun

o Bahagian sederhana keras

 Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas sekali

o Bahagian lembut

 Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja


2. Langkah-langkah penyediaan keratan batang

o Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik

o Kerat dengan menggunakan sketuar

o Buang daun-daun yang tidak diperlukan

o Kerat batang kepada beberapa bahagian

o Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran

o Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam

o Siram dan letakkan ditempat yang teduh

3. Jenis tanaman keratan batang

o Batang keras - Alamanda kuning, Bunga raya, bunga ros dan bunga kertas

I. Bunga ra II. Bunga Alamanda kuning III. Bunga kertas IV. Bunga ros

Semaian keratan batang boleh dibuat di dalam i. tapak semaian dan ii. Beg poli hitam

65
PENJAGAAN TANAMAN
1. Merumput

o Merumput dilakukan dengan tujuan membuang pesaing tanaman

o Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklan dibuang dengan
tangan atau dengan menggunakan alatan yang sesuai seperti serampang tangan

Rumput hendaklan dibuang untuk mengelakkan ia bersaing dengan tanaman

2. Menyiram

Tanaman berbatang lembut memelukan air yang lebih

o Penyiraman dilakukan 2 kali sehari. Pagi dan petang


3. Menggembur

o Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran

Mengembur akan membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera

4. Membaja

o Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan


membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman

o Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu

o Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan

Membaja hendahkah dijauhkan sedikit daripada pangkal pokok


5. Pengawalan

o Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat

o Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau


menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul

67
Musuh tanaman

I. Belalang II. Siput III. Kumbang


Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu
Elektrik : Elektif KT
A. Litar Elektrik

1. Maksud Litar

 Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol)
dengan menggunakan pengalir (wayar)

i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis)


iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)

Lukisan skimatik litar mudah


2. Jenis-jenis Litar

1. Litar mudah

 Litar yang mengandungi satu sumber satu beban dan satu pengalir

2. Litar pintas

 Litar tanpa beban

 Litar yang mengandungi wayar pintasan

3. Litar siri

 Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri

69
4. Litar selari

 Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari

5. Litar siri selari

 Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri


dan juga selari

Litar asas
A = Beban , B = Pengalir , C = Sumber elektrik

Litar siri
Litar selari

Litar siri selari


3. Perbezaan litar siri dan litar selari

Litar Siri
Litar Selari
Voltan
Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah
Vj=V1+V2+V3.....
Voltan
Voltannya sama disemua tempat
Vj=V1=V2=V3.....
Arus
Arusnya sama disemua tempat
Arus
Arusnya semakin kurang apabila semakin banyak beban
Rintangan
Semakin ditambah beban semakin banyak jumlah rintangan
Rintangan
Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil
Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala

71
Apabila satu mentol terbakar , mentol yang lain akan terus menyala
Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana bebanan bertambah
Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah
A. Voltan, Arus dan Rintangan

IV.Definisi

. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik

a. Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V)

b. Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik

c. Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I)

d. Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus

e. Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm

V.Hukum Ohm

0. Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan Rintangan

1. Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm

VI.Contoh pengiraan
Diberi voltan=12 volt, rintangan = 4 ohm, cari arus = (?) dalam litar di bawah.
B. Meter elektrik

.Meter Volt

 Meter yang digunakan untuk menyukat voltan atau daya gerak elektrik(DGE)

 Terdapat dua jenis meter volt

a. Meter volt arus terus

b. Meter volt arus ulang alik

 Meter disediakan dalam beberapa julat tertentu

 Meter volt dipasang selari dengan sumber (sel) dan beban (mentol) didalam
litar

i. Meter volt arus terus ii. Meter volt arus ulang-alik


I.Meter Ampere

 Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar

 Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol)
di dalam litar

73
C. Meter Pelbagai

o Kegunaan

 Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan

 Untuk menguji keterusan litar

o Bahagian meter pelbagai

A = Skala B = Skru pelaras sifar


C = Julat bacaan D = Tombol pemilih julat
E = Punca positif F = Punca Negatif
G = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk
. Skala

 Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan


arus ulang-alik

i. Jarum Penunjuk

 berfungsi menunjukkan bacaan pada skala

ii. Skru Pelaras Sifar

 berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)

iii. Pelaras Sifar Ohm

 berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan


iv. Prob Negatif dan prob Positif

 berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronik


prob hitam untuk negatif
dan prob merah untuk positif

v. Tombol Pemilih Julat

 berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki

vi. Julat

 berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur

o Membaca meter Ohm pada meter pelbagai

 Langkah-langkah membaca meter Ohm

0. Laraskan tombol ke julat bacaan ohm

1. Temukan kedua-dua prob negatif dan positif

2. Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar


(0)

D. Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

i. Suis Utama ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi iii. Peti Agihan Berfius iv. Soket dan suis

. Fius Perkhidmatan

 Fungsi - untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk
memutuskan bekalan kepada pelanggan yang gagal membayar bil
penggunaan

a. Penyambung Neutral

75
 Fungsi - menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral

b. Meter KWJ

 Fungsi - untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik

 jenis - terdapat dua jenis meter

. Meter analog

a. Meter digital

Meter kWJ jenis diigital


c. Suis Utama

 Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah

 Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah

 Di dalamnya terpasang fius katrij

d. Pemutus Litar bocor ke bumi

 berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku


kebocoran arus atau litar pintas

e. Kotak agihan berfius

 berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar

f. Suis dan Soket

 Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik

 Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan


elektrik rumah
i. Fius Perkhidmatan ii. Penyambung Neutral iii. Meter Kwj
iv. Suis utama v. PLCB vi. Kotak Agihan Berfius

E. Kuasa Elektrik

0. Maksud Kuasa Elektrik


 Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik
 Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)
1. Formula Mencari Kuasa Elektrik
 Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )
2. Kuasa elektrik alatan elektrik
 Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan
dalam plat perincian
 Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik
berbanding yang mengeluarkan cahaya
 Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor
berkuasa 40W

Contoh plat perincian sebuah kipas elektrik

77
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
Elektromekanikal

A. Definisi Pergerakan
 Pergerakan ialah jarak yang dihasilkan oleh suatu titik pada kedudukan yang
baru
B. Jenis Pergerakan
I. Pergerakan mekanikal
o Pergerakan mekanikal ialah pergerakan yang dikawal secara terus oleh
manusia
o Pergerakan ini dilakukan secara
i. Manual ii. menggunakan enjin iii. menggunakan elektrik

Pergerakan manual
II. Pergerakan elektromekanikal
C. Pergerakan Mekanikal
1. Pergerakan terbahagi kepada dua
o Gerakan lurus
- gerakan ke atas dan ke bawah atau gerakan ke hadapan dan ke
belakang
o Gerakan Putaran
- gerakan arak ikut jam atau gerakan arah lawan jam

Jam - contoh gerakan putaran


2. Pergerakan dapat dikawal dengan
o mengawal tenaga atau daya yang dikenakan ke atas objek
o menambahkan gear atau takal untuk menjadikan gerakan lebih teratur
dan sempurna
Pengangkat kereta - contoh pergerakan lurus (atas bawah)
A. Takal dan tali sawat

I. Definisi
II. Ciri-ciri
 Digerakkan oleh motor
 gerakan dihasilkan adalah gerakan putaran
 kelajuan sukar diubah
III. Contoh pergerakan menggunakan takal dan tali sawat
 Mesin gerudi lantai
 mesin jahit
 Mesin penguli doh
 Mesin pengisar tebu

Sistem takal mesin gerudi meja/lantai

79
B. Gear

I. Definisi
 Gear adalah piring silinder yang dikelilingi oleh gigi-gigi gear
 Gear diperbuat daripada logam dan PVC atau plastik
II. Fungsi Gear
 Fungsi gear bergantung kepada jenis gear
 Umumnya gear digunakan untuk
i. Menghantar kuasa dan pergerakan
ii. memperlahankan pergerakan dan melajukan pergerakan
iii. menukar gerakan getaran putaran kepada gerakan lurus
atau gerakan turun naik
Contoh Fungsi gear
Gear dalam kotak gear kereta
Gear dalam pemain CD/VCD/DVD
berfungsi memperlahankan dan melakukan pergerakan kereta
berfungsi memutarkan CD dan membuka dan mengeluarkan/memasukan CD

III. Jenis Gear


 Gear taji
 Gear serong
 Gear belitan
 Gear rak dan pinan
 Gear heliks
Gear taji

Gear belitan

Gear rak dan pinan

Gear serong

D. Pergerakan Elektromekanikal
I. Definisi
o Pergerakan elektromekanikal ialah pergerakan yang dimulakan dan
dikawal oleh litar elektronik
II. Ciri-ciri
o Terdapat litar elektronik
o Menggunakan elektrik untuk mengawal sistem
o Diprogramkan
III. Psoses
o Suis bekalan kuasa dihidupkan (on)
o Litar elektronik menggerakkankan motor dan mengawal tindak balas
lain-lain bahagian atau suis

81
IV. Contoh-contoh pergerakan elektromekanikal
o Kamera digital
o Kereta mainan kawalan jauh
o Pemain CD,VCD dan DVD

Kamera digital
Robot
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
ASAS PERNIAGAAN

A. Maksud Perniagaan
o Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan dengan tujuan
untuk mendapatkan keuntungan
o Peniaga ialah orang yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual
barangan atau perkhidmatan
o Peniaga bukan usahawan
o Usahawan mestilah juga seorang peniaga
 Usahawan ialah seseorang yang mencipta sesuatu produk baru
barangan atau perkhidmatan dan dijual untuk mendapatkan
keuntungan
 Usahawan mestilah seorang yang kreatif, inovatif,bijak
mengambil peluang dan sanggup menanggung risiko
B. Konsep dan kepentingan perniagaan
o Perniagaan muncul kerana kehendak manusia tidak terbatas dan
berbeza sedangkan kemampuan setiap individu atau komuniti terhad
o Manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup
o Kerperluan asas manusia ialah
 makanan
 pakaian
 tempat tinggal
Keperluan lain ialah perubatan, pendidikan dan kewangan
Kehendak ialah keinginan manusia untuk hidup lebih selesa dan bermegah-megah
Perniagaan menjadi penting kepada manusia kerana
 manusia dapat memenuhi keperluan dan kehendak
 manusia dapat membaiki taraf hidup dan memeliki hidup yang lebih selesa
 terdapat banyak peluang perkerjaan sewaktu berlaku urusniaga
 mengeratkan hubingan antara kaum, bangsa dan negara
Jenis Perniagaan
1. Perniagaan Tempatan
 Perniagaan Runcit
Perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada
pengguna dalam kuantiti yang sedikit

Runcit kecil-kecilan

83
Penjaja
Peniaga yang bergerak dari rumah ke satu rumah atau dari satu tempat ke suatu
tempat
contoh : Penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur
Pegerai
Contoh : Penjual buah-buahan, Penjual kuih-muih
Pekedai runcit
Contoh : Mini Market Kamunting,
Runcit besar-besaran
Pasar raya
Contoh : The Store, Fajar,
Pasar raya besar
Contoh : Carrefour, Giant, Tasco
Kedai sejaras
Contoh : KFC,Mc Donald
Gedung serbanika
Contoh : D-Lima, 7-Eleven
 Perniagaan Borong
Perniagaan borong ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada
peruncit dan pengguna dalam kuantiti yang banyak
Borong Am
-Membeli secara borong pelbagai jenis barang runcit
Borong Pertanian
-Membeli secara borong hasil-hasil pertanian
Borong Agen
-Membeli secara borong keluaran syarikat tertentu seperti Nestle
Borong Kilang
-Membeli secara borong barang keluaran kilang seperti perabot, alatan elektrik dan
pakaian

2. Perniagaan Antarabangsa
 Import
Urusniaga yang membeli barangan luar negara dan dijual pula dalam negara
Contoh : Malaysia mengimport buah-buahan, bijirin dan daging lembu
 Eksport
Urusniaga yang membeli barangan dalam negara dan dijual pula ke luar negara
Contoh : Malaysia mengeksport barangan elektronik, minyak kelapa dan kayu balak
 Entreport
Urusniaga yang menjalankan perniagaan import dan eksport
Contoh : Malaysia mengeksport minyak mentah dan mengimport minyak yang telah
diproses (ditapis)
Perkembangan Perniagaan
1. Perniagaan Dahulu
 Kehdupan berasaskan sara diri dan perniagaan tukar barang
 Perniagaan tukar barang dikenali sebagai sistem barter
 Kelemahan sistem barter
Sukar menentukan nilai
Sukar membahagikan barang
Sukar membawa barangan pada satu-satu masa
Sukar menemui kemahauan yang seretak
 Sistem wang mula diperkenalkan dengan menggunakan barang-
barang berikut sebagai wang
Contoh : Anak panah ,Kulit siput, Kulit binatang ,Gading gajah dan garam
 Fungsi wang adalah
menyimpan nilai
alat pertukaran nilai
 Sifat-sifat wang mestilah
Diterima umum
tahan lama
Mudah dikenal
Mudah dibawa
Mudah disimpan
Nilai tetap dan stabil
jumlah penawarannya terhad

Wang Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia (RM)


2. Perniagaan Masa Kini
 Jenis urusniaga masa kini ialah

85
 Jual beli tunai
 Jual beli kredit
 Sewa beli
 Prabayar
 Sistem barter moden
 Jual beli melalui mesin runcitan
 Jual beli melalui internet - e dagang
 Ciri-ciri perniagaan masa kini ialah
 Penggunaan sistem wang yang lebih sistematik
 Perbandingan nilai mata wang dengan mata wang utama
dunia
 Penggunaan cek
 Penggunaan kad kredit
 Penggunaan kad prabayar
 Penggunaan mesin runcitan
 Penggunaan kod bar

Penggunaan kod bar yang semakin meluas


3. Perniagaan Akan Datang
 Penggunaan kad pintar secara meluas
 Penggunaan e-dagang dipelbagai sektor dan jenis urusniaga
 Ciri-ciri perniagaan akan datang
 lebih memudahkan pengguna
 penggunaan internet lebih meluas
 urusniaga tanpa menggunakan wang
Jenis Milikan
o Jenis perniagaan bermaksud perniagaan yang dibahagikan kepada
beberapa jenis mengikut siapa dan cara perniagaan tersebut dimiliki
1. Milikan Tunggal
- Seorang Pemilik
 Pemilik - tunggal
 Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
 Pengurusan - diurus sendiri atau diupah orang lain mengurus
 Kuntungan - diperolehi sepenuhnya
 liabiliti - tidak terhad
 Contoh : Perniagaan Kamunting Enterprise, Kedai Kopi Abd.
Rashid
2. Perkongsian
- Dua atau lebih dariada seorang pemilik
 Pemilik - dua hingga 20 orang pemilik
 Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
 Pengurusan - diurus oleh orang yang dilantik
 Keuntungan - dibahagikan mengikut perjanjian perkongsian
 Liabiti - tidak terhad
 Contoh : Poliklinik Dr. Azhar dan rakan-rakan
3. Sendirian Berhad - Sdn. Bhd.
- Dimiliki oleh sekumpulan orang
 Pemilik - dimiliki oleh sekumpulan orang yang memegang
saham
 Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Syarikat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
 Pengurusan - diurus oleh Lembaga pengarah
 Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
 Liabiti - terhad
 Contoh : Syarikat Master Piano snd. bhd.

4. Syarikat Berhad - Bhd.


- dimiliki oleh orang awam atau kerajaan melalui pembelian terbitan
saham
 Pemilik - dimiliki oleh orang awam yang memiliki saham
 Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Syarikat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
 Pengurusan - diurus oleh lembaga pengarah
 Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
 Liabiliti - terhad
87
 Contoh : Syarikat Telekom Berhad, Syarikat Tenaga Nasional
Berhad, Syarikat Taiping Sekuriti berhad, Syarikat Genting
Berhad
5. Koperasi
- Dimiliki secara bersama oleh ahli-ahli yang membayar yuran
 Pemilik - dimiliki bersama oleh ahli-ahli yang membayar yuran
dan membeli saham
 Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Koperasi, Jabatan
Pembangunan Koperasi
 Pengurusan - diurus oleh lembaga pengarah yang dilantik
 Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
 Liabiliti - terhad
 contoh : Koperasi SMK Bukit Jana Berhad, Koperasi Kakitangan
Kerajaan Taiping Berhad
Milikan Perniagaan secara Islam
6. Mudharabah
- perniagaan tunggal
7. Murabahah
- perniagaan perkongsian
8. Musyarakah
- perniagaan syarikat

Bank Islam adalah satu contoh perniagaan secara Islam. Antaranya Bank Islam
menawarkan perkhidmatan Murabahan kepada pelanggannya.
Faktor mempengaruhi perniagaan
1. Keadaan ekonomi
 Pertumbuhan ekonomi berkembang dengan baik dan pesat
akan akan memeberikan kemampuan kepada kerajan dan swasta
membina prasarana yang baik sesuai dengan iklim pelaburan
dan perniagaan. Disokong pula oleh pengguna yang mempunyai
kuasa beli akan mendorongkan lagi pelbagai jenis perniagaan
akan muncul dan perkembang
2. Peraturan dan undang-undang
 Terdapat beberapa negara mengadakan undang-undang yang
menyekat perniagaan tertentu. Malaysia contohnya melarang
perniagaan menjual mercun dan perkhidmatan pelacuran.
3. Pesaing
 Pesaing mungkin akan timbul dalam bentuk barangan dan
perkhidmatan yang hampir serupa atau barangan tiruan.

Pengeluar kereta akan bersaing dipasaran


4. Pembekal
 Terdapat beberapa jenis perniagaan yang diimport dikuasai
(dimonopoli) oleh hanya satu syarikat sahaja seperti perniagaan
menjual kereta import dan perniagaan jualan langsung
5. Pengusaha
 Perniagaan akan menjadi semakin berkembang dan maju jika
pengusa memiliki modal yang besar dan memiliki ilmu
pengetahuan serta kemahiran yang berkiatan.

6. Pelanggan
 Semakin ramai pengguna barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan semakin lebar kawasan perniagaan dan semakin
besar nilai keuntungan.
 Permintaan yang tinggi juga akan menggalakan pengusaha-
pengusaha lain untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang
serupa
7. Pekerja
 Pekerja yang mahir dan berpengalaman akan memberikan
faedah yang pengusaha

89
 Kadar upah yang rendah akan memberikan faedah dan galakan
untuk pengusaha dan pelabur untuk menceburi sesuatu jenis
perniagaan

Pekerja juga dianggap aset bagi perniagaan


8. Teknologi
 Teknologi komputer dan robot telah banyak menggurangkan
bilangan dalam pelbagai sektor pembuatan dan perniagaan
 Komputer dan internet telah banyak mengendalikan pelbagai
urusan bank.

You might also like