You are on page 1of 2

SHOT COMEL

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan atas dasar beberapa objektif. Salah satu daripadanya ialah kajian
ini bertujuan untuk mencungkil perkembangan semasa parti politik yang semakin berleluasa
penubuhannya di Malaysia. Hal ini kerana pengetahuan dan penglibatan masyarakat dalam arena
politik amat signifikan bagi memilih dan menentukan pemerintah seterusnya daripada parti politik
yang berjaya memenangi hati rakyat dengan undian majoriti keseluruhan. Andai kata rakyat
bersikap endah tak endah, sudah pasti perjalanan politik negara menjadi sukar tanpa sokongan
padu dan mungkin membawa kepada huru-hara dalam kalangan masyarakat. Dengan adanya
kajian ini, kita dapat melihat jatuh bangunnya sesebuah parti politik dan mengambil iktibar
daripada peristiwa-peristiwa tersebut agar tidak berulang lagi di masa hadapan kelak.

Selain daripada itu, melalui kajian ini, usaha yang bakal diambil bagi tujuan pengukuhan
kesepaduan sosial melalui politik turut dibincangkan. Secara amnya, kesepaduan sosial
difahamkan sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, perkongsian aktiviti
budaya dan pemupukan sikap pinjam-meminjam unsur budaya masing-masing. Jalinan hubungan
mampu terjelma dalam putaran ekonomi dan pasaran yang menyebabkan saling kebergantungan
melalui kegiatan ekonomi seharian. Namun, dalam kajian ini kita akan melihat bagaimana
kesepaduan sosial itu terbentuk dalam arena politik. Contoh terdekat dalam aspek politik ialah
seperti penubuhan parti politik yang berbilang kaum ahlinya secara tidak langsung dapat
mengukuhkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, kajian ini juga mempunyai matlamat untuk mengenalpasti cabaran yang
dihadapi dalam memupuk integrasi etnik di negara ini dalam konteks politik. Cabaran ini
termasuklah konflik antara bangsa dan politik yang mampu menyebabkan tercetusnya perang
politik. Hal ini hendaklah diatasi supaya negara kita bukan sahaja aman dan sentosa serta maju
dalam pelbagai bidang, malah turut mempunyai hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu
serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan Malaysia yang kita impikan selama
ini iaitu membangun sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, budaya dan agama di
samping dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai tanpa apa-apa bentuk peperangan.
SHOT COMEL

Akhir sekali, kajian ini juga akan memaparkan kejayaan yang boleh dicapai jika
wujudnya permuafakatan dalam politik. Hal ini demikian kerana kepelbagaian etnik dalam
parti politik berupaya untuk membentuk kesepakatan, baik di pihak kerajaan mahupun
pembangkang. Menerusi permuafakatan inilah wakil pelbagai etnik akan saling berkompromi
antara satu sama lain dan cuba untuk menyalurkan tuntutan, masalah dan juga aspirasi. Dengan
ini, tidak mungkin sesebuah etnik itu boleh memonopoli atau mendominasi kuasa dan juga
pemerintah di negara ini. Walau bagaimanapun, persoalan yang akan dibawa, sejauh manakah
konflik antara bangsa dan politik berlarutan? Adakah permuafakatan itu benar-benar relevan dalam
mengatasi konflik sedemikian?

You might also like