You are on page 1of 7

PERSIAPAN MINDA PELAJAR SEMESTER AKHIR

Pelajar Semester Akhir bermaksud pelajar yang sedang


mengambil baki kursus yang diwajibkan bertujuan melengkapkan
jumlah kredit minimum yang disyaratkan bagi menamatkan sesuatu
program. Selain daripada melengkapkan syarat untuk menamatkan
program yang diceburi pelajar juga perlu melengkapkan ilmu untuk
menghadapi alam pekerjaan kelak. Kepekaan pelajar terhadap
persediaan ke alam pekerjaan adalah penting dalam memastikan
beliau mudah memperolehi pekerjaan setelah tamat pengajian di
IPT kelak. Untuk itu, elemen-elemen yang dapat menambah nilai
dalam diri pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan adalah
menjadi tumpuan yang tinggi dalam dunia pendidikan masa kini.
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing perlu
bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang dimiliki. Tahun 2016 ini
merupakan tahun yang semakin mencabar buat pelajar kerana persaingan mendapatkan pekerjaan semakin
sengit. Ditambahkan lagi dengan kejatuhan ekonomi negara dan kemajuan teknologi masa kini telah
menyebabkan kebanyakan syarikat menghadkan pengambilan pekerja baharu.
Pelajar merupakan aset penting dan bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.
Bagi memastikan matlamat menjadi kenyataan pelajar perlu sedar dan mengamalkan tindakkan yang akan
membawa ke arah kecemerlangan. Terdapat beberapa tips untuk menjadi pelajar CEMERLANG yang
boleh diketengahkan:
Bersikap Optimis
Pelajar yang CEMERLANG sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk
boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi
suntikan semangat dalaman pada diri sendiri. Katakan 'Aku Pasti BOLEH!'

Tidak Bersikap Pesimistik


Pelajar CEMERLANG tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan
dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat sendiri.
Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau tidak
mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba
belum tahu.

Kesedaran Memikul Tanggungjawab


Pelajar yang CEMERLANG mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai
seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan
datang. Pelajar yang CEMERLANG ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Mereka yang menyedari hakikat
ini sudah pasti akan berusaha sehabis baik dan lebih gigih agar matlamat tersebut akan tercapai.

Tumpuan Sepenuh Hati


Pelajar yang CEMERLANG perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti
pengajaran pensyarah semasa kuliah. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang
berjaya. Pelajar yang suka ponteng kuliah adalah mereka yang bakal menjadi orang yang dipermainkan
oleh golongan 'berjaya' pada suatu masa kelak.

Mulakan dari Awal


Pelajar yang CEMERLANG membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira
samada tugasan & peperiksaan akhir semester. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang BERJAYA
dengan yang bakal gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan
rakan-rakan, meminta nasihat pensyarah, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan
jadi 'bidan terjun’ ke dewan peperiksaan kelak.

Sentiasa Bersedia
Pelajar yang CEMERLANG sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk tugasan, ujian
ataupun peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak institusi. Pelajar yang BERJAYA ialah pelajar yang
sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa sahaja. Persiapan awal seseorang pelajar
dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara
konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat
memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka
mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi
memudahkannya mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan atau ‘stress’.

Belajar Dalam Persekitaran Yang Kondusif


Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi
pelajar CEMERLANG. Tempat yang selesa menjadikan
proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri
persekitaran belajar yang kondusif ialah tenang atau damai,
sumber tenaga atau lampu yang mencukupi dan elakkan
daripada gangguan bunyi bising. Contohnya mengulang kaji
dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar
mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan
perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran
seperti radio, television, ‘gadget’ dan sebagainya. Para pelajar
juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana ianya
akan menyebabkan cepat mengantuk.

Menentukan Matlamat
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kearah mencapai
kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan
kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin dikecapi oleh pelajar.

Sentiasa Melakukan Amalan Kerohanian


Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang
paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi pelajar
CEMERLANG, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan
melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar
menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan
berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.

Membuat Nota Ringkas


Untuk menjadi pelajar CEMERLANG, para pelajar perlu
membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang
kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota
ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan
dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.
Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas
kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warni.

Mengulangkaji Dengan Menggunakan Kaedah ‘Output Learning’.


Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan
melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah
ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata
kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri. Pencapaian tidak tiba dengan mudah selagi pelajar tidak
mencuba dan mengunakan tenaga yang ada untuk menjadi pelajar CEMERLANG dan mengamalkan cara
belajar yang berkesan.

CARA TANGGANI ‘STRESS’ DAN TINGKATKAN MOTIVASI DIRI PELAJAR SEMESTER


AKHIR.

Suasana apabila bergelar Pelajar Semester Akhir atau senior


adalah berbeza dengan suasana pelajar junior. Gangguan
dalaman diri pelajar sebagai contoh ‘stress’ dan juga kurangnya
motivasi diri akan timbul dengan sendirinya. Pergolakkan hati
seorang pelajar tidak boleh dijangka dan sentiasa akan berlaku.
Oleh itu pelajar harus sentiasa berusaha menghindari dan
bersedia untuk menghadapinya. Oleh demikian para pelajar
bolehlah cuba untuk mempraktikkan beberapa tip untuk
menghindari ‘stress’ dan juga kurangnya motivasi diri seperti
berikut:

Membangunkan Personaliti Diri


Pelajar haruslah membangunkan personaliti iaitu dengan mengenal pasti kebolehan dan pencapaian diri.
Elakkan rasa malu dan gementar untuk bercakap dikhalayak ramai. Kelemahan yang ada boleh diatasi oleh
pelajar dengan memupuk sikap keyakinan pada diri sendiri.

Tanamkan Semangat Kepimpinan Yang Tinggi Dalam Diri.


Dengan semangat dan azam yang tinggi segala halangan dan cabaran akan dapat dihadapi oleh pelajar
dengan cemerlang. Kegagalan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi kegagalan mengajar pelajar untuk
lebih berusaha dan lebih berani untuk menghadapi cabaran yang akan datang. Berbekalkan semangat
‘spiritual’ yang kuat, ianya akan dapat menguasai emosi dan pengurusan terhadap sesuatu pekerjaan yang
akan dilakukan oleh pelajar. Semangat kepimpinan yang tinggi akan membuatkan pelajar akan sentiasa
kehadapan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai idea yang bernas serta bermotivasi tinggi.
Kegagalan yang dihadapi akan dijadikan pembangkit semangat untuk terus maju kehadapan.
Beriadah
Beriadah juga merupakan salah satu cara dalam
menangani tekanan ‘stress’. Dengan menjalankan aktiviti riadah
pelajar dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh mereka.
Tekanan dalam menjalankan tugasan juga sedikit sebanyak akan
menganggu emosi pelajar yang sentiasa berada di dalam bilik
tanpa menjalankan sebarang aktiviti yang berfaedah. Masalah
akan wujud apabila tekanan yang dialami tidak di uruskan
dengan betul.

Menjaga Pemakanan
Pemakanan juga dapat membantu pelajar mengatasi masalah dalaman, sebagai contoh masalah kesihatan
yang dialami oleh pelajar. Makanan sahaja tidak menjamin kesihatan pelajar terjamin jika pelajar itu sendiri
tidak mengambil berat pemakanan seharian mereka. Pelajar tidak menyedari gaya pemakanan juga amat
memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar seperti tidak bersarapan
dan sebagainya. Kebanyakkan pelajar mengamalkan makanan segera sebagai contoh ‘maggie’. Makanan
segera tidak mempunyai khasiat yang seimbang dalam diet harian. Amalan pemakanan yang tidak betul
akan menyukarkan pelajar memberi tumpuan kepada kuliah disebabkan ketidakselesaan yang dialami oleh
perut.

Buangkan Sifat Hasad Dengki


Perkara lain yang harus dijaga bagi mengelakkan gangguan pada diri pelajar ialah buangkan sifat hasad
dengki. Hasad dengki merupakan penyakit hati yang tidak dapat diubati. Cemburu dan dengki atas
kejayaan rakan sekuliah adalah perkara biasa yang dialami oleh pelajar. Tetapi cemburu dan dengki yang
melampau akan menyebabkan pelajar menyimpan hasad dengki kepada rakan sekuliah. Hal ini merupakan
perkara yang tidak seharusnya dilakukan pelajar. Seharusnya pelajar mengamalkan persaingan yang sihat
dengan rakan sekuliah mereka, sebagai contoh bekerjasama dengan rakan yang lebih arif dalam subjek
tersebut dan bersama-sama menjadi pelajar yang cemerlang.

Tidak Bersifat Kedekut


Bagi pelajar muslim, Islam mengajar penganutnya supaya tidak bersifat kedekut. Tanamkan sifat pemurah
dalam diri setiap pelajar seperti berkongsi ilmu yang ada dengan pelajar lain. Pelajar yang cemerlang tidak
akan kekok untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan mereka yang lemah. Takut untuk gagal bukanlah
penyebab untuk tidak berkongsi ilmu yang ada. Persaingan yang sihat akan berlaku apabila pelajar sering
berlumba-lumba untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Jangan Sombong
Perasaan sombong yang ada pada diri pelajar ialah malu untuk bertanya. Perasaan sombong ini tidak
sepatutnya berada dalam diri pelajar. Jangan takut untuk dilabel oleh rakan-rakan sebagai orang yang
lembab kerana diri sendiri mengetahui kemampuan dan kebolehan diri. Oleh itu buanglah perasaan
sombong yang ada dalam diri.

Fikir Untuk Membuat


Sentiasalah berfikir bahawa anda boleh. Berfikirlah adalah
perlu untuk memulakan sesuatu dan bertindak dahulu barulah
sesuatu pekerjaan akan jadi dengan sempurna. Fikirlah untuk
membuat dan jangan berfikir setelah melihat orang lain
membuat dahulu baru kita akan membuatnya.

Yakin Kepada Kebolehan


Keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang mencukupi dan yakin kepada janji
Allah; orang yang berusaha akan mendapat apa yang diusahakannya. Sekiranya pelajar tidak yakin dengan
kebolehan sendiri, janganlah mengharapkan orang lain untuk yakin kepada diri kita.
RUJUKAN:

1) Siti Nor Bahyah Mahmood, Zahazan Mohamed, Mahfuzah Omar; 101 Adab & Petua
Kecemrlangan Pelajar, 2006; Telaga Biru Sdn Bhd.
2) Panel Bahagian Pengurusan Politeknik; Ke Arah Memperkasakan Personaliti Unggul : Buku
Panduan Membina Kecemrlangan; 2005; Bahagian Pengurusan Politeknik, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
3) Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah, Rohidzir Rais; Rahsia Cemerlang di IPT; 2009; Telaga
Biru Sdn Bhd.
4) Editor Nur; Majalah Nur Edisi Khas : A-Z Panduan Lengkap Membina Kerjaya; Kumpulan
Karangkraf Sdn Bhd.

You might also like