You are on page 1of 8

TEMUDUGA

Temuduga kerja ialah sejenis perbualan, pertemuan


bersemuka antara dua orang atau lebih di antara pihak
majikan dan bakal pekerja atau dialog yang terkawal
khusus untuk mencari calon terbaik bagi mengisi
sesuatu kekosongan kerja.

Temuduga merupakan langkah awal graduan untuk


memasuki alam pekerjaan. Ia juga langkah pertama yang
akan menentukan kerjaya yang graduan minati menjadi
milik beliau atau sebaliknya. Walaupun graduan memiliki
kelulusan dan kelayakan yang dikehendaki, tetapi tidak
semestinya beliau akan berjaya di dalam temuduga yang
dihadiri. Untuk berjaya dalam sesi temuduga, graduan
harus memahami emosi dan keadaan semulajadi.
Keterampilan diri, wajah, keperibadian, gaya dan
pertuturan di samping kelayakan, kebolehan serta latihan menjadi faktor-faktor penting yang menentukan
kejayaan atau kegagalan suatu temuduga. Beberapa perkara asas mengenai temuduga ini wajar graduan
ketahui dan yakini:

 Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Graduan menghantar borang permohonan, dipanggil
untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada graduan untuk memberikan keyakinan kepada
bakal majikan beliau.
 Jika graduan berjaya melepasi temuduga pertama, bermakna beliau akan mengikuti temuduga kedua
pula dan seterusnya sehingga berjaya diterima bekerja [jika ada beberapa siri temuduga].
 Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti graduan berada di pertengahan jalan dalam usaha
mendapatkan kerjaya idaman.
 Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan graduan kerana mereka benar-benar berharap
beliau akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.
 Temuduga bukan suatu proses penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti
orang dewasa, bukan mangsa.
 Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika graduan melakukan kesilapan, lupakan
hal itu dan teruskan langkah yang seterusnya.
BENTUK TEMUDUGA

Bentuk temuduga terbahagi kepada dua iaitu :

Temuduga Temuduga
Berseorangan Berkumpulan

Temuduga di antara Temuduga diantara


seorang calon dan beberapa orang calon dan
penemuduga. penemuduga.

PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMUDUGA

1. Sebelum Temuduga

a. Mengumpul maklumat syarikat. Graduan perlu tahu:-

 Serba sedikit tentang latar belakang syarikat seperti perkhidmatan yang disediakan,
keluaran atau produk yang dihasilkan, cawangan-cawangan, bilangan pekerja serta
individu penting di dalam syarikat.
 Sebarang maklumat lain tentang syarikat misalnya masa kerja.
 Tugasan jawatan yang dipohon, gaji, syarat dan peraturan kerja.
 Sebarang berita terkini tentang syarikat.
b. Membuat persediaan

 Cuba pergi ke tempat temuduga itu sebelum hari temuduga untuk meninjau tempoh
masa dan jalan yang bersesuaian.
 Setkan masa yang diperlukan untuk sampai ke sana.
 Rancang perjalanan supaya sampai sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal.
Ini memastikan graduan tidak terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang tidak
dijangka. Tiba lebih awal ke tempat temuduga memberi ruang waktu untuk
menenangkan fikiran dan perasaan serta lebih bersedia.
 Surat permohonan dan ‘resume’ ditaip dengan kemas dan pastikan tidak
mengandungi sebarang kesilapan. Pastikan graduan membawa semua dokumen
sokongan semasa temuduga dan disusun kemas dalam fail.

c. Pakaian dan rupa paras

 Pakailah pakaian yang bergosok licin, bersih, kemas dan sopan. Pakaian graduan
mestilah bersesuaian dengan ciri-ciri pekerjaan yang dipohon. Elakkan memakai
pakaian yang terlalu garang warnanya untuk menghadiri temuduga kerja.
 Elakkan daripada memakai seluar jeans, selipar atau capal.
 Tampilkan diri sebagai seorang yang berperwatakan baik.
 Sentiasa memakai kasut yang bersih dan warna kasut berpadanan dengan warna sut
yang dipakai.
 Rambut perlu disikat dengan kemas, rapi dan berkuku pendek.
 Graduan lelaki - berpakaian kemas dan ringkas yang berwarna lembut seperti seluar
berwarna biru, hitam, kelabu atau putih dan baju berwarna biru muda atau biru.
 Graduan wanita – elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat, singkat ataupun
mencolok mata. Jika berpakaian sut, perlulah yang berwarna biru tua, kelabu atau
hitam dengan blaus berwarna putih atau lain-lain warna lembut.
 Graduan wanita yang memakai barang kemas perlulah tidak keterlaluan serta
memakai sepasang kasut bertutup dan bertumit.
 Graduan perlu membawa masuk barang yang minima sahaja bersama ke dalam bilik
temuduga.
2. Semasa Temuduga

Temuduga bermula sebaik sahaja graduan masuk ke dalam


bilik temuduga. Dari mula sampai segala gerak geri beliau
diperhatikan seperti cara berpakaian, memberi salam dan
menghulurkan jabat salam dan cara menyapa. Oleh itu
graduan perlu:

 Beri salam atau ucap selamat pagi/petang kepada panel temuduga dan hendaklah bersopan
santun.
 Berdirilah dihadapan penemuduga selagi tidak disuruh duduk. Apabila graduan disuruh
duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan selesa dan tegak serta kekalkan hubungan
mata yang baik sepanjang temuduga. Ini menunjukkan keyakinan dan kekuatan.
 Apabila bercakap, pandang ke muka penemuduga itu. Jika ahli panel yang menemuduga itu
lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan kepada ketua panel.
 Gunakan perkataan seperti ‘tuan’ atau’puan’ pada orang yang tertentu dari masa kesemasa
tetapi janganlah selalu menggunakannya.
 Elakkan sikap menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap dan jangan sekali-kali
berbalah dengannya.
 Hindarkan merasa gementar. Jika graduan gemuruh, tarik nafas panjang dan cuba bertenang.
 Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
 Bersikap positif dan tunjukkan graduan bersungguh-sungguh hendak bekerja dan tumpukan
 minat terhadap pekerjaan itu.
 Elakkan sikap menguasai temuduga atau membesar-besarkan diri serta bercakap panjang
atau bercakap banyak.
 Jika graduan tidak tahu jawapan yang disoal, janganlah cuba hendak berbohong ataupun
mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang beliau. Eloklah bercakap terus
terang yang graduan tidak tahu jawapannya.
 Hindarkan situasi bertengkar atau menyatakan tidak bersetuju dengan penerangan yang
diberikan oleh penemuduga.
 Elakkan perbuatan mengunyah gula getah atau gula-gula semasa proses temuduga.
 Bersedia dengan soalan. Tanyalah mengenai tugas-tugas, latihan-latihan yang disediakan dan
prospek pekerjaan dan kerjaya. Graduan juga boleh bertanya mengenai tarikh bila beliau
boleh mendapat jawapan hasil daripada temuduga tersebut.
 Berilah persetujuan dengan senang hati jika diminta mengisi borang, mengambil ujian khas
syarikat/jabatan/institusi, memberi nama orang tertentu sebagai rujukan atau menjalani
pemeriksaan perubatan.
 Elak daripada menyentuh bidang politik atau menyatakan parti politik yang disokong oleh
graduan.
 Elakkan meletak barang-barang, tangan ataupun siku graduan di atas meja penemuduga.
 Elakkan mengalih kedudukan kerusi yang telah disediakan.
 Dengar soalan dengan teliti dan jawab dengan tepat.
 Graduan hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan
pekerjaan itu, masa yang dijangka untuk mula bekerja dan gaji yang akan dibayar pada
permulaannya.
 Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang graduan inginkan. Walau bagaimanapun
biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
 Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
 Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada graduan
menyertai temuduga itu.

3. Selepas Temuduga
Graduan perlulah membuat tindakan susulan ‘follow up’:

 Graduan perlu melakukan penilaian semula secepat yang mungkin. Ini termasuk menilai
tentang persiapan menghadapi temuduga, cara bertutur, kesempatan menyoal, jawapan dan
penjelasan serta usaha meningkatkan prestasi temuduga [sebagai ‘post-mortem’ untuk
persiapan jika menghadiri sesi temuduga yang akan datang]
 Jika selepas dua minggu tiada jawapan graduan boleh menghubungi pihak bakal majikan
untuk mengetahui keputusan temuduga tersebut.

Kurang Pengalaman Ketika Temuduga?

Kurang pengalaman, keputusan peperiksaan yang tidak meyakinkan atau ‘miskin’ aktiviti ko-kurikulum yang
menjadi asas ketika memohon sesuatu pekerjaan ada kalanya menjadi faktor kegagalan graduan di dalam sesi
temuduga yang dihadiri seterusnya menipiskan peluang beliau untuk memiliki pekerjaan yang dipohon.
Jangan takut atau bimbang kerana graduan masih ada cara untuk mengatasi kebimbangan tersebut.

1. Pengalaman Kerja
Apa saja pengalaman kerja akan memberikan graduan ‘kemahiran boleh ubah’- hanya perlu
memberikan tanggapan positif terhadapnya. Tumpukan kepada pengalaman yang graduan ada dan
apa yang diperolehi daripada pengalaman tersebut.
Umpamanya, jika graduan pernah bekerja sebagai ‘part-time’ di sebuah syarikat kecil, beri tumpuan
kepada pengalaman yang diraih dalam berurusan dengan majikan, kemahiran interpersonal
berurusan dengan pelbagai karenah pelanggan serta bekerja lebih masa sebagai pengalaman yang
beliau perolehi. Pastinya si penemuduga akan kagum dan tertarik dengan pengalaman yang graduan
miliki.

2. Pencapaian Akademik
Rangka jawapan yang munasabah sekiranya graduan menjangka akan ditanyakan persoalan mengenai
tahap akademik. Jika memang ada alasan yang benar seperti faktor kesihatan atau krisis keluarga
sehingga menyebabkan pencapaian beliau terjejas, akuilah hakikat itu. Jika tidak, jangan nafikan
mengenai kegagalan yang tidak dapat dikutip semula itu, tetapi pada masa sama; nyatakan
pencapaian atau pengalaman terkini. Majikan biasanya tidak begitu mementingkan pencapaian
akademik jika graduan dapat membuktikan kemampuan dalam cara yang lain.

3. Aktiviti Ko-kurikulum
Bagaimana graduan menghabiskan masa di kampus? Jika graduan aktif berpersatuan untuk
menghabiskan masa lapang di universiti, hal ini boleh dipertimbangkan dalam kategori pengalaman.
Majikan biasanya akan melihat keseimbangan pendedahan sosial dan kemahiran berkomunikasi
graduan. Jadi berikan tumpuan dalam hal ini. Kursus jangka pendek bagi memperbaiki kemahiran
tertentu seperti komputer atau bahasa juga akan memberikan gambaran positif pada karakter
graduan.

Tip Berpakaian Ketika Menghadiri Temuduga

Cara berpakaian adalah suatu faktor amat penting ketika menghadiri


temuduga. Ia bukan bermaksud berapa banyak pakaian yang dimiliki
dan harganya tetapi ia berkait rapat dengan bagaimana graduan
menampilkan gaya sesuai dengan kerjaya dan personaliti beliau.
Menghadiri temuduga juga memerlukan graduan tampil kemas dan
berkeyakinan. Pastikan pilihan pakaian menggambarkan imej sebagai
bakal pekerja yang berjaya.

1. Dilihat menarik dan selesa


Secara psikologi, apabila graduan tahu akan kelihatan menarik,
secara automatik beliau akan berasa selesa dan gembira. Jika
graduan datang bekerja dalam keadaan comot, tidak ada
seorang pengurus pun akan yakin dengan kemampuan beliau
bekerja di bawah organisasi mereka. Keadaan ini berlaku
kerana mereka membuat kesimpulan bahawa jika graduan
gagal menguruskan diri sendiri tentu beliau juga akan gagal
melaksanakan tugas yang akan diberi.
2. Gaya bersesuaian dengan kerjaya
Pemilihan pakaian untuk ke sesi temuduga mestilah bersesuaian dengan jenis kerjaya yang dipohon.
Bagi mereka yang terlibat dalam kerjaya yang berkaitan seni, imej paling selamat ialah mengenakan
pakaian bergaya klasik. Graduan kelihatan lebih ceria dengan gaya ini. Pakaian yang dikenakan
membantu beliau kelihatan lebih berkredibiliti dan berkuasa.

3. Warna
Untuk bakal-bakal eksekutif korporat, warna-warna asli dan gelap adalah digalakkan. Elakkan
memakai pakaian berwarna garang dan terang yang boleh dilihat dari jauh. Apa yang perlu diingat
ialah graduan tidak berlebih-lebihan atau keterlaluan dalam menampilkan imej sehingga kelihatan
agresif.

4. Kemas dipakai
Pastikan pakaian graduan kelihatan kemas di badan. Jangan memalukan diri dengan memakai
pakaian yang terlalu ketat dan sendat atau terlalu longgar dan menggelebeh. Jika tidak, graduan akan
menjadi topik perbincangan mereka yang memandang. Atasi masalah ini dengan menyediakan
sebuah cermin tinggi di rumah. Sebelum melangkah keluar ke tempat temuduga, lihat imej
keseluruhan tubuh graduan pada cermin sama ada ia kemas atau tidak.

5. Pemilihan tudung bagi calon temuduga wanita Islam


Graduan perlu berhati-hati apabila memikirkan tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan
pakaian. Pilih jenis tudung yang berwarna lembut dengan motif yang tidak keterlaluan. Pilihan
tudung bertekstur juga jangan berlebihan. Motif kulit binatang kurang sesuai untuk menghadiri
temuduga.

6. Aksesori penambah seri


Aksesori membantu menambahkan variasi kepada gaya dan kelihatan berbeza. Namun pilih
aksesori yang mempunyai reka bentuk ringkas dan jangan terlalu sarat atau besar.

7. Kasut
Pemilihan kasut bertutup warna hitam atau coklat gelap amat sesuai untuk gaya korporat ketika
mengadiri temuduga. Gaya ini lebih ringkas dan formal selain secara tidak langsung melindungi
sebarang kecatatan yang memalukan seperti parut dan sebagainya di kaki.
8. Solekan bagi graduan perempuan
Walaupun jika graduan kurang gemar bersolek, namun jangan abaikannya kerana ia penting untuk
menampilkan keyakinan dan kesegaran wajah. Solekan ringkas dan semula jadi adalah yang terbaik
kerana ia membantu beliau kelihatan menarik, bergaya dan profesional.

Maklumat Tambahan
Ianya sebagai untuk mendapatkan markah tambahan di dalam suatu ses temuduga:

 Lakukan sedikit kajian mengenai syarikat berkenaan sebelum menghadiri temuduga. Usaha
graduan mampu memberi gambaran bahawa beliau benar-benar berminat mengenai kerja atau
syarikat tersebut.
 Graduan perlu mengetahui potensi syarikat yang bakal beliau duduki itu supaya ia mempengaruhi
dirinya apabila berada di sana kelak.
 Graduan perlu mengambil tahu jumlah pekerja dan sejarah terdahulu syarikat tersebut supaya
beliau tidak kelam-kabut mempelajari banyak perkara baru apabila berada di dalamnya.
 Pengetahuan graduan mengenai syarikat tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan
keprihatinan dan kesediaan beliau.
 Selain mengetahui profil syarikat melalui berita semasa, graduan boleh juga merisik melalui laman
web syarikat terbabit. Daripada laman web tersebut, beliau boleh mendapat banyak maklumat
berkaitan dengan syarikat dan kerjaya yang dipohon.
 Graduan juga boleh mendapat gambaran umum mengenai gaya dan penekanan syarikat, cara
pemasaran mereka, cara mereka melatih pekerja, visi dan juga misi syarikat tersebut.

You might also like