You are on page 1of 1

TUJUAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PERUBAHAN TINGKAH LAKU


Perubahan tingkah laku adalah salah satu kepentingan Program Kesihatan Sekolah
diadakan di sekolah. Tambahan pula, Program yang berkaitan dengan tujuan ini adalah Program
Sifar Ponteng. Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius gejala ponteng sekolah.
Laporan salah laku murid dari data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Malaysia
menunjukkan bahawa ponteng sekolah merupakan salah laku utama di kalangan murid sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Sehubungan itu, Program Sifar Ponteng memastikan
kesedaran dan tanggungjawab murid terhadap kepentingan hadir ke sekolah untuk meruskan
sesi pembelajaran yang akan memberikan manfaat kepada mereka.

Tambahan pula, aktiviti seperti ceramah tentang kesan-kesan sekiranya pelajar tidak
hadir ke sekolah akan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengubah tingkah laku
mereka kearah yang lebih positif dan mampu menumpukan perhatian mereka dalam
pembelajaran. Menyediakan pelbagai alternatif yang berfaedah supaya menyekat murid daripada
terlibat dengan ponteng sifar seperti penerangan tentang kesan sekiranya terlibat dalam gejalah
ponteng seperti akan menjurus kepada gejalah sosial, mengambil barang larangan akan memberi
kesedaran kepada mereka untuk mengelakkan masalah tersebut. Hal ini akan membantu mereka
untuk mengubah tingkah laku mereka kepada positif. Tambahan pula, memantau pergerakan
pelajar juga akan melahirkan pelajar yang berdisiplin. Secara keseluruhannya, Program Sifar
Ponteng ini mampu melairkan insan yang holistik yang seimbang dari segi JERIS.

You might also like