You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR
(PKP) 2018

TEMPAT:

DEWAN AL-SYATIBI (MITIB)

TARIKH:

20hb JANUARI 2018

ANJURAN:

MA’AHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR ISTANA BANDAR,


JALAN ISTANA LAMA, KAMPUNG BANDAR,
42700 BANTING, SELANGOR
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

PENDAHULUAN

M Ajlis Pelancaran Program Kecemelangan Pelajar (PKP) adalah acara


tahunan yang diadakan oleh pihak Maahad Integrasi Tahfiz Selangor
Istana Bandar sebagai satu titik tolak permulaan kerjasama ibu
bapa, guru dan pelajar dalam usaha mengorak kecemerlangan akademik serta
sahsiah pelajar sepanjang tahun.

Saban tahun, pihak sekolah seluruhnya menghadapi beberapa peperiksaan di


peringkat sekolah dan peringkat kebangsaan seperti Peperiksaan Akhir Tahun,
Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3), Peperiksaan Sijil Menegah Agama (SMA),
Peperiksaan Sijil Menengah Agama Tinggi al-Quran (SMATQ) dan juga Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Pelbagai program telah direncanakan dan disusun oleh para guru
yang diterajui oleh barisan pentadbiran. Namun ia tidak akan bermakna dan tidak
akan tercapai tanpa penglibatan ibu bapa dan pelajar.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah yang diterajui oleh Puan Pengetua, Pn.
Hajjah Siti Noridah Binti Tohiron berbesar hati untuk meneruskan kesinambungan
majlis ini pada tahun 2018 yang diharapkan dapat memberi makluman, pendedahan
dan pencerahan berkenaan program-program kecemerlangan sekaligus dapat
memancing kerjasama, sokongan, semangat dan bantuan dari semua pihak dan dari
pelbagai segi. Moga-moga program-program kecemerlangan yang diatur dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan diperkenankan Allah untuk menjadi sebab bagi
kejayaan-kejayaan akademik dan sahsiah pelajar sepanjang tahun 2018.

Majlis seperti ini diharap menjadi satu cetusan semangat dan iktibar bagi
seluruh warga MITIB yang seterusnya diharapkan dapat memangkin kejayaan demi
kejayaan di masa-masa akan datang. Semoga Allah Rabb al-Jalil memberkati dan
memperkenankan. Aamiin.

1|Page
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

VISI:

1. Memberi makluman kepada ibu bapa, guru dan pelajar berkenaan visi, misi
dan rancangan kecemerlangan telah diatur oleh pihak pentadbiran bersama
guru-guru sepanjang tahun 2018.
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para guru, pelajar, kakitangan,
ibu bapa dan masyarakat.
3. Meningkatkan kesedaran ibu bapa, guru dan pelajar tentang kecemerlangan
dan proses-proses kecemerlangan.
4. Membentuk ruang interaksi dan kerjasama khusus ibu bapa dan guru melalui
satu platform.

MISI:

1. Menyediakan satu sesi jana ilmu dan kesedaran berkenaan kecemerlangan


melalui ceramah motivasi daripada pakar-pakar motivasi.
2. Memberikan taklimat dan penerangan dari pihak sekolah kepada ibu bapa
dan pelajar berkenaan program-program kecemerlangan sepanjang tahun
2018.
3. Membentuk kumpulan sokongan dari kalangan ibu bapa melalui Parents
Support Group (PSG).

TARIKH:

20hb Januari 2018

TEMPAT:

- Dewan al-Syatibi, Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar.

- Perpustakaan

-Bilik Tayang

-Bilik Mesyuarat

2|Page
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

TENTATIF PROGRAM

08.00 pagi - Ketibaan pelajar & pendaftaran guru-guru

08.30 pagi - Ketibaan & pendaftaran ibu bapa serta penjaga

09.00 pagi - Ucapan pendahuluan Pengerusi Ceramah Motivasi

- Ceramah Motivasi

10.00 pagi - Sesi minum pagi

10.30 pagi - Ketibaan YDP MPIBG

10.45 pagi - Ketibaan V.I.P (Perasmi)

11.00 pagi - Majlis Perasmian Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) 2018 bermula

- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

- Alunan bacaan al-Quran dan doa

- Pembentangan Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) 2018

- Ucapan Pengetua MITIB

- Ucapan Perasmi

12.30 tengahari - Ucapan penutup

- Pembentukan & sesi suai kenal Parents Support Group (PSG) 2018

- Bersurai

3|Page
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

JAWATANKUASA INDUK:
Penasihat : Ustz. Siti Noridah Binti Tohiron
Timbalan Pengerusi : Ismail Sabri Bin Norihan
Naib Pengerusi 1 : Ust. Redzuan Bin Nahar
Naib Pengerusi 2 : Noryani Binti Mohd Yusof
Naib Pengerusi 3 : Ust Affandy Bin Mohd Baharan
Setiausaha : Mohd Farhan Bin Ahmad Mansor

JAWATANKUASA PELAKSANA:
1. Hidayah Binti Amir (Unit Persiapan Dewan)
AJK:
Nor Izzati Binti Abu Said
Siti Norhayati Binti Rohmat
Zaliha bt Tohid
Rusidah Binti Mairi

2. Nor Izzatu Raihan Binti Kamal Maarof (Unit Jamuan)


AJK:
Roslizah Binti Manan
Nor Diana Binti Imam Sufa'at
Norlizah Binti Abd. Kadir
Nurwani Binti Sajah
Noor Nihlah Binti Ahmad Jamhari

3. Nurul Hazimah Binti Muhamed Kurnain (Unit Dokumentasi)


AJK:
Ahmad Hafizul Bin Kamaluzaman
Nafilah Binti Mohmad Shawaluddin
Nurul Shahrizati Binti Saliman
Siti Hafizah Binti Haziz

4. Norasilah Binti Abdul Bari (Unit Perhubungan)


AJK:
Nor Hidayah Binti Maarop
Norlizah bt Giman (Score For Excellence)
Nor Faezah Binti Hahton (Mumtaz Bina)
Lily Roswita Binti Mohamad Noh (Menara Gading)

5. Mohd Jumari Bin Ismail (Unit Keselamatan & Parkir)


AJK:
Faiz Daiman Bin Mat Noor

4|Page
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

Adeal Zarin Bin Abu Zaki


Pengawal Sekolah.

6. Nur Izzah Binti Mokhlas (Unit Protokol & Sambutan)


AJK:
Mohd Taufik Bin A. Malek
Norhaya Binti Misnan
Azizah Binti Ahmad

7. Mohd Nor Hafiz Bin Jalil (Unit Teknikal & Seranta)


AJK:
Muhamad Faiz Bin Azaini
Kamarul Hafiz Bin Kusaidi
Luqmanul Hakim Bin Aziz

8. Siti Ramziah Binti Mohd Nasir (Unit Pengacaraan & Gimik)


AJK:
Adib Syarah Binti Solihen
Hari Gusfani Bin Sukarman
Rakif Bin Selamat

9. Nurul Husna Binti Mohd Hamdan (Unit Pendaftaran)


AJK:
Normazura Binti Norhalim
Normayasari Binti Md Zaini
Rahanom Binti Ramly

10. Umi Khairiah Binti Ali (Unit Jemputan)


AJK:
Buang Bin Sarpon
Mohd Ridzwan Bin Sainu
Mohd Faqih Bin Yusof

11. Mohd Hafizul Bin Sarabani (Unit Buku Program)


AJK:
Noramiratul Wahidah
Zuraidah Binti Mawardi

12. Ahmad Ajazi Bin Mat Ihsan (Unit Kebersihan & Keceriaan)
AJK:
Mohd Saufe Bin Mohd Johari
Norlia Binti Md. Yusof
Pembersih Kawasan

5|Page
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

SKOP TUGASAN UNIT-UNIT MAJLIS PERASMIAN


PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

BIL NAMA UNIT BIDANG TUGAS

1 Unit Persiapan Dewan -Menentukan tema & dekorasi.


-Kerjasama dengan pelajar menyiapkan dewan utama &
premis berkaitan.
2 Unit Jamuan -Memastikan bilangan VIP, Ibubapa & pelajar yang terlibat
dengan jamuan sebelum, semasa mahupun selepas
berlangsungnya majlis.
-Menentukan menu & premis jamuan.
3 Unit Dokumentasi -Menyiapkan video-video & audio yang akan ditayangkan
pada hari kejadian. (daripada PKP)
-Runner rakaman & gambar-gambar aktiviti sepanjang
majlis.
4 Unit Perhubungan -Mengendalikan pertemuan bersama ibu bapa.
-Memberi taklimat kepada ibu bapa berkenaan proses
penubuhan Parents Support Group (PSG) bagi setiap kelas
peperiksaan awam.
-Menyediakan dokumen yang diperlukan bagi penubuhan
PSG.
-Menentukan & menyiapkan premis-premis perkumpulan
ibu bapa mengikut kelas peperiksaan awam.
5 Unit Keselamatan & Parkir -Menentukan parkir VIP, ibu bapa dan guru-guru dengan
teratur.
-Kerjasama dengan pelajar untuk kelancaran hari kejadian.
6 Unit Protokol & Sambutan -Bekerjasama dengan Unit Pengacaraan bagi memastikan
kelancaran dan protokol majlis terjaga.
-Menentukan para penyambut tetamu dan bersama-sama
mereka mengiringi tetamu sepanjang majlis.
-Sebagai "flow manager" majlis.
7 Unit Teknikal & Seranta -Memastikan segala keperluan berkaitan pengacaraan dan
tayangan audio visual berfungsi dengan baik sebelum dan
semasa majlis.
-Meyediakan petugas-petugas yang berkemahiran dengan
teknikal dikalangan pelajar semasa majlis.
-“Setting” tayangan secara langsung di Pusat Sumber.
-Menyediakan “banner” dan “bunting”.
8 Unit Pengacaraan & Gimik -Menentukan pengacara majlis pelancaran PKP 2018.
-Menyediakan teks atau apa-apa yang diperlukan bagi
kelancaran pengacaraan majlis.
-Melantik & menyediakan pembaca al-Quran dan doa.
-Mengadakan gimik pelancaran Majlis Perasmian (PKP)

6|Page
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

2018
9 Unit Pendaftaran -Mengesahkan kehadiran ibubapa.
-Mendokumentasikan kehadiran ibu bapa dalam fail atau
buku pendaftaran.
10 Unit Jemputan -Mewar-warkan kepada ibu bapa berkenaan majlis melalui
media social dan sistem pesanan ringkas (sms).
-Menghubungi penceramah motivasi dan tetamu kehormat
(jika ada) melalui talian, surat mahupun sms.
11 Unit Buku Program -Menyenaraikan kandungan buku program.
-Menyiapkan buku program
12 Unit Kebersihan & Keceriaan -Memastikan kebersihan segala premis-premis berkaitan
dengan majlis pelancaran PKP 2018 sebelum, semasa dan
selepas program.

7|Page
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

ANGGARAN PERBELANJAAN:

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN KOS (RM)

1 1. Buku program ibu bapa RM1 x 200 200.00


2. Buku program guru
(Unit Buku Program)
2 1. Sarapan guru RM4 x 60 240.00
2. Minum pagi VIP & penceramah RM4 x 6 24.00
3. Makan tengahari VIP RM8 x 10 80.00
4. Pinggan dan cawan kertas RM 50 50.00
(Unit Jamuan)
3 1. Plastik sampah RM6 x 5 30.00
2. Sabuh pembersih tangan RM5 x 4 20.00
3. Saguhati pembersih kawasan RM 30 x 2 60.00
(Unit Kebersihan & Keceriaan)
4 1. Banner RM 120 x 2 240.00
2. Bunting RM 40 x 8 320.00
5 1. Saguhati penceramah RM 300.00 300.00

JUMLAH RM1,564.00

ANGGARAN PENDAPATAN:

BIL SUMBER NILAI

1 Peruntukan Sekolah RM1064.00

2 Sumbangan MPIBG RM500.00

JUMLAH RM1,564.00

8|Page
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR (PKP) 2018

PENUTUP

Dikesempatan ini, kami barisan ahli jawatankuasa Majlis Pelancaran Program


Kecemelangan Pelajar (PKP) 2018, ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada
barisan pihak pentadbiran Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Istana Bandar yang
diterajui oleh Puan Pengetua, Puan Hajjah Siti Noridah Binti Tohiron serta guru-guru
dan para pelajar yang sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan majlis
ini. Semoga segala jasa dan pengorbanan semua pihak dibalas Allah dengan ganjaran
kebaikan dan pahala yang berlipat kali ganda di dunia dan di akhirat. Aamiin.

Kami berdoa dan berharap agar Allah S.W.T memperkenankan segala usaha
dan harapan kami dalam merealisasikan majlis ini. Akhir sekali, kami memanjatkan
doa kepada Allah S.W.T agar program yang dirancang kali ini berjalan dengan lancar
dan selamat serta segala objektif dan tujuan majlis ini dapat dicapai dengan jayanya.

9|Page

You might also like