You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ)


SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT ZON KUKUP
PPD PONTIAN
TAHUN 2018M / 1439H

TEMA

“ AL-QURAN ASAS KESATUAN UMMAH DAN KESEJAHTERAAN NEGARA ”

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Islam
SK Sungai Durian
Bandar Permas
82300 Kukup
Pontian
Johor
KERTAS KERJA
MAJLIS TADARUS AL-QURAN ( MTQ ) DAN FESTIVAL NASYID
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT ZON KUKUP, DAERAH PONTIAN, JOHOR

1. PENDAHULUAN

Majlis Tadarus Al-Quran atau ringkasnya MTQ merupakan satu program yang berterusan dari
peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan kebangsaan. MTQ mengabungkan acara Majlis Tadarus
Al-Quran iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Bercerita dari kisah Al-Quran dengan
Festival Nasyid. Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ) telah menjadikan program-program ini sebagai
aktiviti tahunan dan bertaraf kebangsaan. Manakala di peringkat negeri, program ini dianjurkan
oleh Sektor Pendidikan Islam dan di peringkat daerah dipertanggungjawabkan kepada Unit
Pendidikan Islam Daerah dengan kerjasama pengerusi-Pengerusi zon yang telah dilantik sebagai
pelaksana peringkat zon. Pengabungan program dan aktiviti-aktiviti tersebut adalah berdasarkan
rasional berikut :

1. Memberi kesan yang lebih baik dan lebih meriah.


2. Menjimatkan masa penganjuran dan tenaga kerja.
3. Memberi keselesaan kepada peserta yang mengambil bahagian.

2. OBJEKTIF UMUM

2.1. Memartabatkan al-Quran dalam kehidupan.


2.2. Mendekatkan pelajar dengan al-Quran.
2.3. Melahirkan pelajar yang dapat menghayati dan membudayakan al-Quran dalam
kehidupan.
2.4. Meninggikan syiar Islam.
2.5. Merapatkan ukhuwwah di kalangan pelajar dan guru.

3. OBJEKTIF KHAS

3.1. Mencungkil bakat dan kebolehan pelajar.


3.2. Menanamkan sikap suka membaca, menghayati dan mengamalkan penghayatan
al-Quran.
3.3. Memantapkan sebutan dan bacaan al-Quran.
3.4. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berani tampil di khalayak ramai.
3.5. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menambah maklumat.

4. TEMA

“AL-QURAN ASAS KESATUAN UMMAH DAN KESEJAHTERAAN NEGARA ”


5. PENGISIAN PROGRAM

5.1 Sekolah Rendah

5.1.1 Tilawah al-Quran ( Lelaki )


5.1.2 Tilawah al-Quran ( Perempuan )
5.1.3 Hafazan al-Quran ( Lelaki )
5.1.4 Hafazan al-Quran ( Perempuan )
5.1.5 Bercerita Kisah Dari al-Quran ( Lelaki )
5.1.6 Bercerita Kisah Dari al-Quran ( Perempuan )
5.1.7 Tulisan Jawi (Lelaki)
5.1.8 Tulisan Jawi ( Perempuan)
5.1.9 Kompang Selawat ( Berkumpulan )
5.1.10 Nasyid ( Berkumpulan )

6. KUMPULAN SASARAN

6.1 Murid/pelajar Islam sekolah rendah zon Kukup daerah Pontian.


6.2 Guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF.
6.3 Ibu Bapa / Waris murid / pelajar.

7. KUMPULAN KEPAKARAN

7.1 Guru-Guru Pendidikan Islam & j-QAF


7.2 Hakim-Hakim Jemputan.

8 TARIKH DAN TEMPAT

MTQ dirancang seperti berikut :

8.1 Peringkat Zon ( Sekolah Rendah )

Bil Nama Program Tuan Rumah Pelaksana Tarikh Dilaksana


1 MTQ SK Sungai Durian 13 Mac 2018 ( Selasa )
25 JamadilAkhir 1439H
9. Perkaedahan

9.1 Penghakiman Pertandingan


9.2 Persembahan

10. Peralatan / Bahan

10.1 Mushaf
10.2 Alat Perakam
10.3 Laptop dan LCD
10.4 P.A. Sistem
10.5 Borang-Borang

11. Anggaran Perbelanjaan

11.1 Pendapatan

11.1.1 Peruntukkan dari PPD


11.1.2 Sumbangan Khas Pertandingan
11.1.3 Sumbangan Umum PIBG

11.2 Perbelanjaan

11.2.1 Hadiah Peserta / Pemenang


11.2.2 Sijil Penghargaan & Penyertaan
11.2.3 Jamuan
11.2.4 Buku Program & Banner
11.2.5 Rencam

12. Penilaian

12.1 Kebaikan & Kekuatan


12.2 Kelemahan & Kekurangan

13. Tindakan Susulan

14. Penutup

Semoga program ini dapat dijalankan dengan baik dan mencapai objektif serta dapat
diteruskan pada masa-masa akan datang. Insya-Allah.

LAMPIRAN ( A )
AHLI JAWATANKUASA INDUK PERINGKAT ZON
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ZON KUKUP, PONTIAN ,JOHOR
TAHUN 2018M/1439H

Penasihat : Tuan Haji Zainal bin Buang


Pegawai Pelajaran Daerah Pontian
Pengerusi ( 1 ) : Ustazah Khamisiyah bt Pathiroon
( Ketua Unit Pendidikan Islam / Penolong Pegawai PPD Pendidikan Islam )
Pengerusi ( 2 ) : Encik Muhaimin bin Tabrani
( SK Sungai Durian )
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Kurikulum / Pentadbiran
( Sekolah Pelaksana )
Penyelaras MTQ : Unit Pendidikan Islam
( Sekolah Pelaksana )
Setiausaha : Ketua Panitia Pendidikan Islam
( Sekolah Pelaksana )
Bendahari : Guru Pendidikan Islam
( Sekolah Pelaksana )
Ketua Jemaah Hakim: Ustaz Nabhan bin Md Noor ( Ketua Jemaah Hakim Zon )

AJK PELAKSANA MTQ ZON KUKUP :


Pengerusi : Encik Muhaimin bin TAbrani Guru Besar
Naib Pengerusi : Puan Fauziah bt Md Noor Penolong Kanan
Setiausaha : Puan Bazliah bt Ramli KP Pendidikan Islam
Bendahari : Cik Rosenany bt Samsudin
Ketua Jemaah Hakim: Ustaz Nabhan bin Md Noor SK Permas Kelapa

Ahli Jawatankuasa kecil :


1. Jawatankuasa Jemputan
2. Jawatankuasa Pendaftaran
- Peserta
- Hakim
3. Jawatankuasa Buku Program
4. Jawatankuasa Teks Ucapan
5. Pembaca Doa
6. Jawatankuasa Juruacara
7. Jawatankuasa Dokumentasi dan Fotografi
8. Jawatankuasa Siaraya dan PA Sistem
9. Jawatankuasa Backdrop dan Banner
10. Jawatankuasa Persiapan Pentas
11. Jawatankuasa Persiapan Tempat
12. Jawatankuasa Hadiah
13. Jawatankuasa Cenderamata dan Sijil
14. Jawatankuasa Jamuan
- VIP dan tetamu/hakim
- Peserta dan guru pengiring
15. Jawatankuasa Sumbangan
16. Jawatankuasa Disiplin dan Keselamatan
17. Jawatankuasa Kebersihan
18. Jawatankuasa Juri Kehakiman

LAMPIRAN ( B )

Tentatif Program :
7.30 pagi - 8.00 pagi - Pendaftaran peserta
- Sarapan
8.00 pagi - 8.30 pagi - Taklimat hakim
8.30 pagi - Acara bermula
12.30 pagi - Perasmian penutup
- Ketibaan tetamu VIP
- Peserta berkumpul
- Ucapan aluan pengerusi majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan PPD
- Ucapan dan ulasan Pengerusi Jemaah Hakim
- Penyampaian hadiah
- Jamuan VIP, Guru Besar , para hakim dan guru pengiring
- Bersurai

LAMPIRAN (C)

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA MTQ


Bi Jawatankusa SenaraiTugas
l
1 Jemputan dan  Mengalu-alukan ketibaan tetamu
sambutan  Membawa tetamu ke tempat perasmian
2 Pendaftaran  Menguruskan pendaftaran peserta dan hakim
 Menentukan tempat duduk peserta / tetamu
3 BukuProgram  Mengumpul maklumat program
 Menguruskan percetakan dan mengedarkannya
4 TeksUcapan  Menyediakan teks ucapan
5 PembacaDoa  Menyediakan teks doa dan membacanya pada hari
tersebut
6 Juruacara  Menyediakan teks pengerusi majlis
 Menentukan protokol dalam majlis
 Mengendalikan majlis dengan teratur
7 Dokumentasi dan  Mengumpul bahan dan membuat laporan program
Fotografi  Menyediakan kamera, filem dan video cam
8 Siaraya dan PA Sistem  Menyediakan peralatan siaraya danmemastikan ianya
berfungsi
 Mengawal selia peralatan sepanjang majlis
9 Backdrop dan Banner  Mengenal pasti tema
 Menyediakan backdrop dan banner
10 Persiapan Pentas  Menghias pentas dan mengemaskannya selepas majlis
 Menyediakan meja tilawah al-Quran dan meja hadiah
11 Persiapan Tempat  Mengenalpasti tempat yang sesuai
 Menguruskan tempat dengan pihak yang terbabit
 Memastikan peralatan teratur dan mencukupi
 Menyediakan pelan dan tunjuk arah tempat-tempat
pertandingan
12 Hadiah  Mengenalpasti bentuk dan harga hadiah
 Menyusun hadiah yang disediakan
 Memastikan perjalanan penyampaian hadiah berjalan
dengan lancar
13 Cenderamata dan Sijil  Mengenalpasti bentuk dan harga cenderamata
 Menyediakan sijil para peserta
 Memastikan perjalanan penyampaian sijil berjalan dengan
lancar
14 Jamuan  Mengenal pasti caterer yang berkualiti
 Menyediakan menu dan jadual makan
 Menyediakan minuman kepada petugas dan hakim
15 Sumbangan  Menyediakan surat memohon sumbangan
 Mendapatkan sumbangan dari VIP dan orang
perseorangan
16 Disiplin dan  Memastikan disiplin terkawal sepanjang majlis
Keselamatan  Menastikan lalulintas berjalan dengan lancar
 Menyediakan tunjuk arah tempat letak kereta
17 Kebersihan  Memastikan kebersihan kawasan sekolah sebelum dan
selepas majlis
18 Urusetia  Menyediakan kertas cadangan
 Menguruskan surat-menyurat
 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan pengurusan
tugas
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa kecil
19 Persembahan  Menentukan bentuk persembahan dan had masa
20 Juri Kehakiman  Menguruskan bantahan keputusan ( jika ada )
 Bantahan hendaklah dibuat secara rasmi

You might also like