You are on page 1of 2

LAMPIRAN 2 : SOROTAN LITARATUR

Menurut (Obinaju, 1996) profession perguruan menyediakan guru dengan beberapa faktor
yang mewujudkan kepuasan kerja, bayaran gaji yang tetap dan suasana tempat kerja yang
selesa. Secara umumnya, pelajar perguruan memilih untuk menjadi guru jatuh kepada tiga
kategori iaitu altruistik, intrinsik dan ekstrinsik (Azman, 2013). Menurut Kamus Dewan,
altruistik ialah satu sikap seseorang yang lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan
orang lain daripada kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri manakala intrinsik ialah
sebahagian daripada sifat atau ciri seseorang (bersifat dalaman) sementara ekstrinsik ialah
suatu perkara yang berkaitan dengan tindakan luaran (Dewan, 2008). Kajian yang dibuat oleh
(Azman, 2013) terhadap faktor yang mempengaruhi pelajar pra siswazah tahun pertama
memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mendapati bahawa faktor ekstrinsik seperti gaji,
cuti yang panjang dan keselamatan pekerjaan merupakan faktor utama pemilihan. Faktor
altruistik seperti sumbangan kepada masyarakat dan faktor intrinsik seperti ‘pekerjaan yang
saya sukai’ masing-masing menjadi faktor kedua dan ketiga. Mahasiswa di institut pengajian
tinggi juga sebenarnya mengalami dilema di dalam menentukan kerjaya mereka pada masa
depan. Menurut (Hayes, 1990) siswazah pengajian tinggi berdepan dengan tugasan yang
sukar apabila mereka dikehendaki untuk memilih kerjaya mereka pada masa depan apatah
lagi ia dipengaruhi oleh keluarga, guru dan rakan-rakan. (Bell, 2003) menyatakan
kebanyakan pekerja di Amerika Syarikat mendapat kerja bukannya berdasarkan keperluan
organisasi akan tetapi berdasarkan peluang yang ada ketika itu. Beliau menjelaskan lagi
bahawa terdapat beberapa kesilapan yang biasa yang dilakukan oleh seseorang di dalam
pemilihan kerjaya seperti mengikuti jejak orang dewasa, bukan kerana minat sebaliknya
hanya sekadar mencuba untuk beberapa ketika dan mengikuti trend semasa di dalam kerjaya.

Memilih untuk menjadi seorang guru merupakan suatu keputusan yang berani
kerana telah diketahui bahawa profesion perguruan merupakan profesion yang dianggap
sebagai tekanan, memerlukan responsibiliti, komitmen dan akauntibiliti. Guru melakukan
pelbagai tugasan dan dalam pada masa yang sama memainkan peranan yang sangat banyak
(Al-Yassen, 2011). Disebabkan kerjaya guru mempunyai tugas yang pelbagai, maka seorang
guru perlu ada semangat yang tinggi di dalam diri mereka sendiri untuk melaksanakan tugas
yang profesional sebagai seorang guru sekaligus melahirkan kepuasan diri di dalam kerja
yang dilakukan. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa pemilihan profesion
perguruan sebagai kerjaya berkait rapat dengan motivasi individu itu sendiri untuk menjadi
guru (Azman, 2013). Secara umumnya, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, ada tiga
kategori yang besar yang menjadi faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan
sebagai kerjaya iaitu altruistik, intrinsik, ekstrinsik sama ada di negara-negara Barat mahupun
di negara-negara Asia seperti Taiwan, Brunei Darussalam dan yang lainnya (Azman, 2013).
Kajian-kajian lepas di negara-negara Barat (Richardson & Watt 2006; Al-Yassen 2011;
Dundar 2014) mendapati bahawa faktor altruistik merupakan faktor yang utama pemilihan
profesion perguruan sebagai kerjaya. Hal ini kontradik dengan situasi di Malaysia, di mana
(Yaakub, 1988) mendapati bahawa faktor ekstrinsik merupakan penyumbang utama guru
pelatih memilih profesion perguruan. Antara alasan mereka ialah jaminan kerjaya dan cuti
yang panjang. Begitu juga (Abdullah, 2002) di dalam kajiannya terhadap guru pelatih di
Sabah mendapati bahawa faktor ekstrinsik merupakan faktor yang dominan menyumbang
terhadap pemilihan profesion perguruan sebagai kerjaya. Kajian yang dilakukan oleh
(Azman, 2013) terhadap 425 orang pelajar tahun pertama di universiti tempatan yang
mengikuti kursus pra perkhidmatan latihan perguruan juga mendapati hal yang sama. Dalam
pada itu, kajian yang dilakukan di Singapura oleh Chong & Ling Low (2009) terhadap guru
pra perkhidmatan; Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Pendidikan (DP)
dan Sarjana Muda Pendidikan (B.A/B.Sc.) juga mendapati faktor intrinsik merupakan faktor
utama yang menyebabkan mereka ingin menjadi guru. Apakah keadaan yang sama juga
berlaku kepada siswazah Pengajian Islam yang memilih untuk mengikuti program J-QAF
yang akhirnya melayakkan mereka menjadi guru? Satu perkara lagi yang menarik untuk
dibincangkan ialah kenyataan (Yaakub, 1988) yang mendapati bahawa mereka yang memilih
kerjaya guru ini adalah terdiri daripada mereka yang kurang berkelayakan dan kurang
mencintai profesion berkenaan. Apakah kenyataan ini masih terpakai setelah dua dekad
berlalu? Kajian ini akan cuba merungkai persoalan berkenaan.

You might also like