You are on page 1of 5

Belum jelas tambah atau kurang royalti

HARAKAHDAILY / 22 JULY 2018


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
berkata kerajaan negeri masih belum mendapat gambaran jelas
berhubung pembayaran royalti hasil pengeluaran petroleum.

Ujarnya, perkara yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir


Mohamad dalam satu sidang media pada 20 Julai lalu kurang jelas
perinciannya.

"Apa yang disebut oleh perdana menteri, 20 peratus daripada keuntungan


Petronas di negeri-negeri pengeluar minyak.

"Keuntungan Petronas (gross avenew) sepanjang tahun 2017 misalnya


adalah sebanyak 233 bilion. Keuntungan selepas penolakan cukai pula
sebanyak (net profit) 45 bilion berbanding tahun 2016 sebanyak 23.5
bilion," katanya kepada media dalam satu majlis di Maahad Darul Quran,
Rusila, semalam.

Jelasnya, pihaknya masih belum jelas sama ada pendirian kerajaan pusat
itu akan menambah atau mengurangkan hasil pemberian royalti minyak.

"Berdasarkan kepada net profit, maka tentulah nilainya tidak sama


macam kita duk baca sekarang ini.

"Yang kita duk baca sekarang ini ialah 5 peratus, daripada jumlah 1.2
bilion pada harga 50 dolar setong. Kalau 70 dolar setong perolehan
kerajaan negeri adalah 1.6 bilion.

"Yang dimaksudkan oleh perdana menteri 20 peratus daripada net profit


yang diperoleh kerajaan negeri," katanya.

Tambahnya, nilai untung itu mungkin boleh jadi lebih atau kurang
daripada 1.2 bilion.

Bagi menyatakan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan


pendirian kerajaan itu, kerajaan negeri katanya akan meneliti secara
terperinci mengenai perkara tersebut terutama akan menyemak semula
jumlah pengeluaran minyak dan hasil keuntungan bersih selepas ditolak
dari cukai negeri itu.
Jelasnya, di peringkat awal kerajaan negeri komited dengan komitmen
kerajaan pusat untuk memberikan royalti terus kepada kerajaan negeri
malah kerajaan negeri turut komited akan membelanjakan perolehan
royalti itu untuk kepentingan rakyat negeri itu.

"Kerajaan negeri hanya guna untuk kepentingan rakyat bukan untuk


kepentingan parti. Kami komited bahawa kita akan guna untuk
kepentingan rakyat," tegasnya. – HARAKAHDAILY 22/7/2018

Like 2

You might also like