You are on page 1of 10

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T RONA SUKAN

Iklan
Flexible VPS resources with 39% more clustering
throughput and 3x shorter data transfers
IBM Cloud
LEARN MORE

RENCANA › UTAMA BISIK-BISIK FORUM BLOG AGAMA

RENCANA MUKA 6

PERTIMBANGAN ANTARA SST - GST


Rohami Shafie

Pihak penguat kuasa perlu mengetahui adakah peniaga menaikkan harga barang
berbanding harga sepatutnya
22 Julai 2018 12:00 PM

13

Sejurus tamatnya perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018 antara Perancis dan Croatia,
ahli Dewan Rakyat yang dipilih semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu
mula bersidang. Selepas sebulan rakyat membicarakan tentang Piala Dunia FIFA 2018,
isu yang paling hangat dibincangkan dalam kalangan rakyat dan pemimpin, kini tidak
lain tidak bukan isu sistem percukaian Malaysia.
Secara khususnya mengenai penukaran sistem percukaian ba- rangan dan
perkhidmatan (GST) kepada sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).

Pada masa ini, GST berkadar sifar bermula pada 1 Jun yang lalu. Kadar GST sebanyak
enam peratus hanya sempat bertahan selama tiga tahun dua bulan sejak GST
diperkenalkan pada tahun 2015.

Selepas sistem GST dilaksanakan, rata-rata rakyat mula membicarakannya. Secara


umumnya, tiada siapa pun mahu cukai dikenakan kepadanya.

Kalau boleh menjalani kehidupan seharian tanpa cukai. Namun, perlu diketahui antara
perkara yang kita tidak boleh elak dalam kehidupan seharian kita ialah perlunya
membayar cukai.
Cukai dibayar kepada kerajaan untuk kegunaan masyarakat dan negara secara
keseluruhannya. GST telah dikatakan oleh pakar-pakar percukaian sebagai satu sistem
percukaian yang cukup telus.

Perkara ini bukan setakat diakui oleh kebanyakan pihak malah tidak dinafikan oleh
pemimpin-pemimpin politik.
Telus bermaksud pihak kerajaan melalui penguat kuasa mudah mengetahui cukai yang
perlu dibayar peniaga kepadanya. Telus juga bermaksud pihak yang dikenakan cukai
mengetahui jumlah sebenar yang dikenakan kepada mereka.
Hal ini jelas kelihatan melalui resit yang dikeluarkan peniaga. Dalam sistem GST,
peniaga perlu mengeluarkan resit yang dinyatakan jelas akan cukai GST terhadap
pembeli atau pengguna.
GST juga lebih meluas berbanding sistem SST. Hal ini berlaku kerana lebih banyak
produk dikenakan GST berbanding SST. Sebab itulah jumlah cukai yang dikutip oleh
kerajaan lebih banyak berbanding SST. Cuma kadar SST dijangka berbeza-beza
terutamanya melibatkan cukai jualan.
Perkara ini dijangka akan diumumkan oleh pihak kerajaan kelak. Bagi GST pula, hanya
satu kadar dilaksanakan. Perbezaan kadar ini akan membezakan jumlah cukai yang
perlu dibayar oleh pembeli mahupun pengguna.
Dalam hal percukaian ini, terdapat dua isu yang benar-benar dekat di hati rakyat.
Pertama isu jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pembeli. Kedua, kenaikan harga
disebabkan cukai. Isu pertama melibatkan jumlah cukai yang perlu dibayar pembeli
akan berbeza antara GST dan SST.

Soalnya di sini, apakah barangan dikenakan GST sebelum berkadar sifar, dan apakah
pula barangan yang akan dikenakan SST yang dijangka dilaksanakan pada 1
September kelak. Dikatakan bahawa GST adalah lebih telus berbanding SST.
GST juga dikatakan lebih cekap berbanding SST kerana boleh mengurangkan kadar
mereka yang mengelak membayar cukai.
Namun, sebaliknya, SST juga memiliki kebaikan kerana dikatakan lebih mudah buat
peniaga serta tidak membebankan pengguna berbanding GST kerana SST melibatkan
produk-produk tertentu sahaja.

Dalam hal ini, isu kedua pula melibatkan persoalan sama ada berlakunya kenaikan
harga sesuatu produk selepas GST mahupun SST dilaksanakan?
Misalnya, produk yang berharga RM10, adakah harga produk tersebut dengan tidak
mengambil kira jumlah cukai dikenakan kekal berharga RM10 meskipun GST pada
kadar sifar pada masa kini atau enam peratus sebelum 1 Jun lalu?
Begitu juga, adakah harga produk tersebut kekal berharga RM10 dengan tidak
mengambil kira jumlah cukai sebelum dan selepas pelaksanaan SST.
Dengan kata lain, harga produk tersebut sememangnya RM10 dengan tidak
memasukkan pengiraan GST dan SST sama ada sebelum dan selepas pelaksanaannya.
Jika selepas mengambil kira GST dan SST, pastinya adanya perbezaan harga.

Menyeluruh
Perbezaan harga itulah sepatut​
nya jumlah cukai dikenakan. Dalam hal inilah, pihak
penguat kuasa perlu mengetahui sejauh manakah peniaga menaik​ kan harga barangan
tersebut berbanding harga sepatutnya.
Malah, jika harga produk tersebut dinaikkan melebihi RM10, mungkin sahaja bukan
kerana faktor cukai tetapi disebabkan oleh faktor-faktor lain misalnya, kadar mata
wang Ringgit Malaysia (RM) lemah berbanding mata wang negara lain.
Dengan kata lain, kenaikan harga produk tersebut disebabkan oleh peniaga terpaksa
membayar lebih untuk mendapatkan produk tersebut yang perlu diimport dari luar
negara tatkala mata wang Malaysia lemah berbanding mata wang asing terutamanya
dolar Amerika Syarikat (AS).
Maka, peniaga terpaksa menjual pada harga tinggi berbanding RM10.Malah, faktor-
faktor lain seperti kos pengangkutan dan gaji pekerja yang saban tahun meningkat juga
perlu diambil kira dalam menentukan harga jualan sesuatu produk. Perbezaan harga
jualan dengan harga kos akan menentukan keuntungan peniaga.
Adakah faktor-faktor ini diambil kira terlebih dahulu sebelum melihat jumlah cukai yang
dikenakan menjadi punca kenaikan harga barangan dan perkhidmatan?

Sebab itulah ada yang berpen​


dapat bahawa bukan cukai yang telah menyebabkan
kenaikan har​ga barangan dan perkhidmatan. Banyak lagi faktor lain yang perlu diambil
kira dalam konteks lebih menyeluruh lagi.
Cuma apa yang lebih menarik di sini, bagi produk yang tidak dikenakan SST berbanding
dikenakan GST sebanyak enam peratus, berkemungkinan produk tersebut berharga
lebih murah.
Contoh yang jelas kelihatan ialah harga kereta yang lebih murah pada masa kini. Ada
juga yang ber​
pen​
​ dapat bahawa harga rumah dikatakan akan lebih murah selepas SST

dilaksanakan. Masa akan me​
nen​
tukannya sama ada harga rumah akan lebih murah
atau di sebaliknya.
Sememangnya GST adalah cukai berperingkat, namun perlu diketahui cukai tersebut
akan dipulangkan semula pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDRM).

Ada yang berpendapat bahawa faktor masa untuk mengembalikan semula wang GST
yang dikutip (tuntutan kredit) oleh peniaga menyebabkan peniaga menaikkan harga
barangan kerana memberikan kesan terhadap operasi perniagaan.
Untuk salahkan Jabatan Kastam pun tidak adil sama sekali kerana mereka
memerlukan masa untuk mengesahkan jumlah wang perlu dikembalikan melalui
proses pengauditan. Sebab itulah untuk menyalahkan mana-mana pihak dalam isu
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bukanlah jalan penyelesaian sebenar.
Isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan perlu dilihat secara menyeluruh
terutamanya dalam meningkatkan kuasa beli rakyat melalui pelbagai mekanisme
ekonomi dan kewangan yang boleh dilaksanakan.
Apa yang penting, rakyat perlu diberikan pemahaman secara jelas, tuntas dan
menyeluruh mengenai perubahan sistem GST kepada SST. Pada masa sama, isu
kenaikan harga barang dan perkhidmatan perlu ditangani secara cekap, berkesan dan
menyeluruh.
Kerajaan perlu memastikan tidak berlakunya permasalahan dan kelemahan dalam
pelaksanaan SST kelak agar tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan sehingga
menyebabkan kerugian kepada kerajaan. Amalan mesra peniaga juga perlu diteruskan
agar peniaga dapat menjalankan perniagaan mereka dengan baik.
Menjaga dan membela nasib semua pihak agar tidak membebankan mereka akan
merealisasikan situasi menang-menang dalam melaksanakan apa jua sistem
percukaian negara.
* PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian
Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
(UUM).

Tag Berkaitan

Rencana Muka 6 Bajet dan Cukai Ekonomi dan Polisi Pendapat

ARTIKEL BERKAITAN
Rencana Muka 6 /
Elak mempolitikkan ekonomi
Hasan Mad

Rencana Muka 6 /
Gugatan persepsi ekonomi
Khairuddin Mohd Zain

Rencana Muka 6 /
PTE : PERKUKUH KEUSAHAWANAN BUMIPUTERA
Hasan Mad
Rencana Muka 6 /
IMPAK BAJET 2018 BUAT RAKYAT

Rencana Muka 6 /
TKB: Jauhi pemikiran lama

Rencana Muka 6 /
MALAYSIA PILIHAN PELABUR

DARI SELURUH LAMAN WEB Sponsored Links  by Taboola    

People in Kuala Lumpur are selected to test the new German Hearing Aid
Hear.com

18 Hilarious Construction Worker Fails That The Internet Can’t Get Enough Of
Golf Trendster

10 Countries That Don’t Want You To Visit
Bored Articles

People from Malaysia cannot believe these flight prices
Trips Shop

These 21 Abandoned Military Bases Will Leave You Speechless
History Nut

This Woman Reads 100 Books In A Month
Blinkist

Know the safest, most dangerous countries to visit
WoJournals

Rise and Shine: 10 Stretches You Should Do Each Morning
ManGoWild

VIDEO TERKINI
Jom Chat dengan Omera

Wayangan - Omera

Bilik kaunseling dibaling 'bom'

Pasukan khas PDRM dirombak

Sembang online Apa istimewanya UEC?

Malaysia-Singapura bincang HSR

VIDEO PILIHAN

Pelajar TVET perlu baiki Wanita Korea bersajak di


komunikasi, kefahaman Bachok
kehendak industri

      

ARTIKEL LAIN
Chelsea cari tempat merokok untuk Sarri

Undang-undang Malaysia larang gaya hidup songsang LGBT

Malaysia pertimbang mohon pinjaman dari Jepun - Dr. M

Pesawat dinaiki Pengarah Urusan IMF buat pendaratan cemas

Pukul hingga mati, empat lelaki ditahan

Suami maut, isteri parah dalam kemalangan

Terima kasih Marquez - Barcelona

Mourinho ‘berang’ dengan Martial

Iklan

Iklan

All kind of roofs - Shadesails & Tensile


Membrane

suncoolmalaysia.com.my VISIT SITE


Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan
Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum
Berita Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah
Utama Cuit Kelantan Muzik Lumba Usahawan Kampus
Utusan Selak KL & Filem & Kereta Automotif Sastra
Live Kolumnis Putrajaya Drama Lumba Hartanah Agama
Nasional Forum Melaka Rancangan Motorsikal Teknologi  
Politik Agama Negeri TV Basikal Saham & Sains &
Parlimen Blog Sembilan Seni & Golf Wang Teknologi
Jenayah Sukan Pahang Budaya Hoki Sains
Mahkamah Perak   lain-Lain Teknologi
  Perlis Gaya Rencana Inovasi
Luar Pulau Hidup Sukan Gedjet
Negara Pinang Rekreasi Pertanian
Asean Sabah Permotoran Alam
  Sarawak Pelancongan Sekitar
Selangor Keluarga
Terengganu Kesihatan Video
Fesyen Terkini
Isu
Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya
Hidup
Hiburan
Agama
Politik

Kumpulan Utusan
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | Saji Online | disini.my |  MyBooks |  Job House |
 Utusan Karya
Jom Iklan | Mengenai Kami | Terma & Syarat Policy
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD
No. 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

You might also like