You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM

SJKT THIRUVALLUVAR, 36000 TELUK INTAN


BILANGAN 2/ 2018

Tarikh : 17 Mei 2018 (Khamis)


Masa : 02.00 petang – 05.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Penasihat : Pn. Saraswathy a/p Vellaiyan
Guru Besar SJKT Thiruvalluvar
Pengerusi : Pn. Jayalachmy a/p Ramasamy
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Kehadiran :

1. Pn. Saraswathy a/p Vellaiyan Guru Besar


2. Pn. Jayalachmy a/p Ramasamy Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3. Cik. Satiavani a/p Muthan Guru Penolong Kanan HEM
4. Cik. Jayanthimala a/p Ramasamy Guru Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Nageswari a/p Valauthan SU Kurikulum / SU Peperiksaan

6. En. Yuvakumar a/l Radhakrishnan Penyelaras UPSR / Guru Disiplin


7. En. Gunasekaran a/l Krishnan Pen. Penyelaras UPSR
8. Pn. Mageswary a/p Athmalingam Penyelaras PSS / Guru Media
9. Pn. Anitha a/p Batumalai Guru Data / Penyelaras FROG VLE
10. Pn. Anbarasi a/p Ramachandran Guru Tahun 1 / Ketua Panitia MT
11. Pn. Prema a/p Gorndasamy Guru Pemulihan
12. Pn. Kothai Nayagi a/p Arumugam Guru Tahun 2 / Ketua Panitia BT
13. Pn. Josephine a/p Mariasusai Guru Tahun 4 / Penyelaras PBS
14. En. Mohd.Johari Bin Sulaiman Penyelaras LADAP / KP PS
15. Pn.Vijayakumari a/p Appalasamy Penyelaras LINUS

Tidak hadir :

Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pn. Jayalachmy a/p Ramasamy , Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Alu-aluan : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Bilangan 2 Tahun 2018.

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


kepada semua yang hadir ke mesyuarat pada petang ini.
Tindakan : Makluman

2.0 PERUTUSAN PEN

1
2.1 Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKKS)
perlu diadakan sekurang-kurang 4 kali setahun. Mesyuarat JKKS hendaklah
dijalankan dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat ini dan minit mesyuarat
tersebut perlu dihantar ke PPD seminggu selepas mesyuarat dilaksanakan di
sekolah.
Tindakan : Guru Kanan Pentadbiran

2.2 Semua Guru Besar dikehendaki mempengerusikan Mesyuarat Kurikulum,


Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Jawatankuasa
Kewangan Sekolah.
Tindakan : Guru Besar

2.3 Kurikulum perlu diurus dengan cekap dan berkesan. Mata pelajaran diurus untuk
meningkatkan kualiti PdP. Program peningkatan akademik diurus untuk
peningkatan prestasi murid.
Tindakan : Makluman

2.4 Jadual waktu disediakan bagi membolehkan PdP dilaksanakan dengan teratur.
Peperiksaan awam, pentaksiran dan penilaian sekolah diurus untuk mengesan
pencapaian dan masalah pembelajaran murid. Kelab dan persatuan diurus untuk
memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan
terhadap PdP di bilik darjah.
Tindakan : Makluman
2.5 Fungsi JKKS
i. Menyelaraskan dasar kurikulum sekolah.
ii. Menyediakan mesyuarat JKKS.
iii. Menetapkan kaedah penyediaan RPT dan RPH.
iv. Merancang program pemantauan, pencerapan PdP dan pengurusan panitia
mata pelajaran.
v. Menetapkan jadual waktu persekolahan.
vi. Menetapkan sistem pengurusan peperiksaan dan penilaian sekolah.
vii. Memastikan panitia mata pelajaran berfungsi dengan berkesan.
viii. Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program peningkatan akademik.
ix. Menetapkan sasaran (target) pencapaian akademik/ peperiksaan awam
sekolah.
x. Membentang data analisis peperiksaan dan post mortem.
xi. Melaksanakan headcount sekolah.
xii. Memastikan pelaporan status potensi murid dibuat.
xiii. Merancang, melaksana dan menilai program perkembangan staf.
xiv. Memastikan PSS diurus dengan sempurna dan dapat membantu program
peningkatan akademik.
xv. Berusaha memperbanyak dan mempelbagaikan BBB dan BBM.

Tindakan : Guru Kanan Pentadbiran

2
2.6 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
i. Pengajaran
- Pengajaran berkualiti di bilik darjah merupakan sine qua non atau nadi dan
nyawa kepada sekolah.
- Pengajaran berkesan mestilah berbentuk kreatif, menarik, tersusun dan
mempunyai perancangan yang baik.

ii. Pengajaran Berkesan


- Merancang pengajaran
- Melaksanakan pengajaran
- Pengurusan bilik darjah
- Memberi bantuan klinikal
- Memantau kemajuan
- Menyayangi pelajar
(Duke, D.L, : Educational Leadership, 1993)

iii. Pembelajaran
- Pembelajaran berhubung kait dengan bagaimana pelajar menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan kaedah tertentu untuk melakukan aktiviti
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
- Pembelajaran telah berlaku jika terdapat perubahan dan penambahan
yang berterusan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku
pelajar.

iv. Pengajaran dan Pembelajaran


- Guru memupuk iklim dan budaya bilik darjah yang kondusif untuk
pembelajaran.
- Guru membuat keputusan, memilih strategi, kaedah dan teknik demi
mendapatkan pengajaran yang berkesan.
- Guru merancang dan melaksanakan proses PdP yang berkualiti tinggi dan
bersungguh-sungguh untuk memperkembang potensi dan pencapaian murid
pada tahap optimum secara berterusan.
Tindakan : Makluman

2.7 Pengurusan Bilik Darjah


Pengerusi menyatakan pengurusan bilik darjah ialah satu set aktiviti yang
diwujudkan untuk mengawal tingkah laku pelajar bagi memungkinkan pengajaran
yang cekap dan berkesan. Guru mesti menyediakan set aktiviti yang lengkap
untuk PdP yang berkesan.
Tindakan : Makluman

2.8 Semua guru diminta melekat visi, misi dan slogan dalam Buku Rekod Pengajaran
masing-masing.
Tindakan : Makluman

2.9 Peranan Guru Kelas


i) Menyediakan peraturan bilik darjah.
ii) Waktu pertama persekolahan pagi murid dibenarkan masuk setelah guru
matapelajaran berada dalam bilik darjah.

3
iii) Susunan kerusi, meja, papan putih, bakul sampah dengan teratur dan
kemas.
iv) Waktu terakhir persekolahan kuncikan bilik darjah bagi mengelakkan
anjing dan ayam masuk ke dalamnya.
Tindakan : Semua Guru Kelas

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Jayanthimala a/p Ramasamy, Guru Kanan Pentadbiran, membentangkan Minit


Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Bilangan 4 / 2016. Pn. Vimala Devi a/p
Kuppusamy (Guru Kanan Kokurikulum) mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh Pn. Gomathy a/p Veloo.

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA-PERKARA DIBINCANG

4.1 Dasar-Dasar KPM


4.1.1 Pelan Strategik Interim KPM 2011 - 2020.
4.1.2 Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI).
4.1.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
4.1.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
4.1.5 1 Murid 1 Sukan (1M1S).
4.1.6 LINUS 2.0.
4.1.7 Program 3M (PROTIM).
4.1.8 Higher Order Thinking Skill (HOTs).
4.1.9 i-THINK.
4.1.10 Virtual Learning Environment (FROG/VLE).
4.1.11 Sistem SET.
4.1.12 Professional Up-Skilling English Language Teachers (Pro-ELT).

Semua dasar telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum


Sekolah.
Tindakan : Makluman

4.2 Dasar-Dasar Sekolah


4.2.1 Pembelajaran, pengajaran dan pentaksiran berkualiti.
4.2.2 Target minimum untuk lulus semua.
4.2.3 Setiap guru melaporkan pencapaian setiap murid bagi setiap subjek
untuk setiap kelas yang diajar (1G1M1S1K).
4.2.4 Penyediaan Jadual Spefikasi Ujian (JSU) untuk semua peperiksaan
dalaman sekolah mengikut aras mudah, sederhana dan sukar (5-3-2).

4
4.2.5 Memastikan penyediaan headcount secara terperinci untuk semua murid
bagi semua mata pelajaran yang diambil.
4.2.6 Mengamalkan post mortem melalui analisis mata pelajaran.
4.2.7 Semua guru membina soalan sendiri dan pembinaan item/ soalan
berasaskan sekolah.
4.2.8 Setiap hari Jumaat menghantar Buku Rekod Pengajaran masing-masing
ke pejabat dan tandatangan Buku Laporan Penyerahan Buku Rekod.
4.2.9 Setiap hari menjalankan Program Sinar Pagi mulai 7.20 pagi hingga 7.40
pagi.
4.2.10 Semua guru wajib berada dalam sekolah sebelum pukul 7.20 pagi.
4.2.11 Semua guru wajib membawa Buku Rekod Pengajaran masing-masing
ketika PdP berlangsung.
Tindakan : Semua Guru

4.3 Isu Program Pengurusan Peningkatan Akademik Sekolah


4.3.1 Pelaksanaan Audit Akademik Sekolah dan Panitia
4.3.2 Memperkasa `Headcount’ di bilik darjah
- Guru dengan murid
- Murid secara kendiri
4.3.3 Memperkasa `Perkongsian dan Sense of Belonging’ di sekolah
4.3.4 Meningkatkan pencapaian kuantiti peperiksaan
Tindakan : Semua Guru

4.4 Tindakan Sekolah


4.4.1 Pemantauan/ Penyeliaan guru,
4.4.2 Pemantauan Berjadual (Isnin hingga Jumaat)
4.4.3 Pemantauan Berkesan Buku Latihan Murid
4.4.4 Memperkasa Pelaksanaan `Guru Mengajar Murid Belajar’
- Bengkel dan Kursus Pendek PdP Berkesan kepada Guru Lama, Guru
Baharu dan Guru Bukan Opsyen Mata Pelajaran Kritikal

Tindakan : Unit Akademik

4.6 MSA
4.6.1 Pencapaian Peperiksaan Awam ( UPSR 2016 )

BIL MP ANALISIS SEMUA MATAPELAJARAN


UPSR 2016
BIL MURID BIL HADIR KUALITI % KUANTITI % GPMP
1 BM ( PEM ) 22 20 0 0.00 16 80.00 3.80
2 BM ( PEN ) 22 20 1 5.00 11 55.00 3.85
3 BT ( PEM ) 22 20 3 15.00 14 70.00 3.35
4 BT ( PEN ) 22 20 5 25.00 14 70.00 3.20
5 BI ( PEM ) 22 20 1 5.00 12 60.00 3.80
6 BI ( PEN ) 22 20 0 0.00 13 65.00 3.85
7 MT 22 20 5 2 10.00 15 75.00 3.75
8 SN 22 20 0 0.00 20 100.00 3.00

GPS 3.58
ANALISIS KUALITI DAN KUANTITI

ANALISIS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN

6
4.6.2 Isu LINUS
4.6.2.1 Pentadbiran:
i. Melantik Penyelaras LINUS dalam kalangan guru yang
berkenaan dengan kelas LINUS.
ii. Perlu tahu dan bertanggungjawab terhadap sebarang data dan
fakta laporan yang dikehendaki ke JPN/PPD.

4.6.2.2 Guru LINUS :


i. Guru LINUS memastikan maklumat di dalam fail dikemaskini
dengan maklumat yang terkini.
ii. Guru-guru LINUS yang berpengalaman hendaklah membimbing
guru-guru baharu yang dilantik menjadi Guru LINUS.

4.6.2.3 Murid LINUS :


i. Murid tercicir dan tidak hadir dalam tempoh yang lama.
ii. Murid hilang tidak dapat dikesan di tempat tinggalnya.

4.6.2.4 Ibu Bapa :


i. Masalah kekeluargaan/ penceraian – anak terabai.

Tindakan : Penyelaras LINUS


4.6.3 Bidang Bahasa
i. Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia
- Memartabatkan Bahasa Kebangsaan
* Bahasa Jiwa Bangsa : bulan Oktober
* Kertas cadangan aktiviti sekolah : bulan Ogos

Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Melayu

ii. Bahasa Inggeris


- Memperkasakan Bahasa Inggeris
* Bahasa Kedua Bangsa : bulan Julai
* Kertas cadangan aktiviti sekolah : bulan Julai

7
Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Inggeris

4.7 Guru Ganti


Guru Kanan Pentadbiran diminta menyediakan senarai nama Guru Ganti
sebelum sehari waktu persekolahan bermula. Guru yang menghadiri kursus
diminta menyediakan Rancangan Pengajaran dan menyerahkan kepada Guru
Kanan Pentadbiran.
Tindakan : Guru Kanan Pentadbiran

4.8 LADAP
Pengerusi meminta SU LADAP menyediakan Jadual Waktu Kursus dan edarkan
borang berikut mengikut Panitia Teras untuk mengisi tajuk kursus yang
dikehendaki. CD / Bahan Kursus diminta hantar ke pejabat.

Tindakan : SU LADAP

4.9 Pengerusi meminta mengamalkan membuat Kajian Tindakan dalam tugasan


harian guru.
Tindakan : Semua Guru

4.10 Bilik-bilik Khas


Pengerusi meminta guru bertanggungjawab Bilik Sains, PSS dan Bilik ICT
mengaturkan jadual penggunaan bilik tersebut.

Tindakan : Pn. Veliamah, Pn. Badmani dan Cik. Thaeva

4.11 BBM
Pengerusi meminta menggunakan peralatan ICT untuk PdP sebab stok dan
peralatan BBM kurang dan tidak mencukupi.
Tindakan : Semua Guru

4.12 Penilaian dan Peperiksaan


i) KSSR - 4 kali
ii) UPSR - 10 kali
iii) Penilaian Sumatif dan Formatif dijalankan selepas pengajaran sesuatu topik.
iv) Bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, sejarah dan Pendidikan
Moral sediakan Kerja Kursus dan dijadikan sebagai penilaian.
v) Sediakan TOV, Target, Pencapaian Sebenar PKSR 2016
vi) Pelan Strategik, TOV, Target dan Headcount
Tindakan : SU Peperiksaan

4.13 Anggaran Perbelanjaan Panitia


i) Panitia Sains - RM 490.42
ii) Panitia Matematik - RM 367.81
iii) Panitia Bahasa Inggeris - RM 367.81
iv) Panitia Bahasa Melayu - RM 245.21
v) Panitia Pendidikan Moral- RM 163.47
vii) Panitia TMK - RM 163.47
viii) Panitia Bahasa Tamil - RM 245.21

8
ix) Panitia Sejarah - RM 680.00
x) Panitia RBT - RM 744.60
xi) Panitia PJ - RM 1340.28
xii) Panitia PK - RM 297.84
xiii) Panitia MZ - RM 148.92
xiv) Panitia PS - RM 446.76
xv) PSS - RM 2 286.50

Tindakan : Makluman

5.0 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)


5.1 Panduan Pelaksanaan MMI
i. Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)
ii. Panduan Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional
iii. Pelan Tindakan Melindungi Masa Instruksional
iv.Instrumen Pemantauan Melindungi Masa Instruksional ( MMI )

5.2 Latar belakang


i. Meningkatkan kesedaran KPM, JPN, PPD dan sekolah
ii. Memberi perhatian terhadap MMI
iii.Memastikan keberadaan guru di sekolah dan di bilk darjah
iv.Komponen fungsi pemimpin instruksional
v. Meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid
vi.Mengoptimumkan PdP

5.3 Rasional MMI


i. PdP dijalankan tanpa halangan
ii. Pembelajaran berkesan dan membangunkan modal insan yang kritis,
kreatif dan inovatif
iii.Pastikan masa pembelajaran untuk murid berkesan
iv.Memastikan pendidikan berkualiti
5.4 Objektif Pelaksanaan MMI
i. Memastikan semua peringkat pengurusan memahami MMI
ii. Meningkatkan usaha bagi MMI
iii.Memastikan peningkatan masa pembelajaran akademik
(academic learning time)
iv.Pastikan guru berada dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya PdP
dilaksanakan
v. Merealisasikan visi dan misi KPM :
- Sekolah unggul Penjana Generasi Terbilang
- Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
* Memastikan masa instruksional murid dilindungi

5.5 Peranan Sekolah


i. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang tidak menjejaskan PdP
murid.
ii. Kenal pasti keperluan guru keluar (rasmi/ tak rasmi)
iii.Guru ganti memaksimumkan PdP.
iv.PdP dilaksanakan secaraa optimum (Lampiran E -Laporan
Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah)
v. Pastikan program dan aktiviti sekolah tidak jejaskan PdP.

9
Tindakan : Guru Kanan Pentadbiran

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Guru Besar meminta semua guru menetapkan sasaran (KPI) untuk semua
subjek – KSSR, LINUS, KBSR

Tindakan : Semua Guru

7.2 Memastikan 6 komponen PdP


i) Set Induksi
ii) Kandungan Pelajaran
iii) Aktiviti
iv) Penilaian
v) Refleksi
vi) Pengayaan / Pemulihan
Tindakan : Makluman

7.3 Pusat Sumber Sekolah


i) Jalankan Program NILAM
ii) Tambahkan Bahan Bacaan
iii) Menjalankan Program Bacaan Mingguan / Bulanan
iv) Kempen Membaca
v) Memberi Anugerah Cemerlang Peringkat Sekolah
Tindakan : Guru PSS

7.4 PBS
i) Pastikan ada integriti.
ii) Adakan penilaian selepas sesuatu topik.
iii) Simpan bukti dalam fail.
Tindakan : Semua Guru KSSR

7.5 Pengerusi meminta semua guru:


i) Menyediakan Program Peningkatan untuk semua panitia.
ii) Pengurusan kelas dijalankan dengan baik.
iii) Semua guru menjalankan tanggungjawab dengan berkesan terutama dalam
aktiviti akademik.
Tindakan : Semua Guru

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Mengucapkan terima kasih atas keperihatinan semua guru dalam mesyuarat
pada kali ini.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

10
Dicatat oleh, Disahkan oleh,

……………………….. …………………………….
( JAYANTHIMALA A/P RAMASAMY ) ( EN. GOPAL A/L GOVINDARAJU )
Setiausaha Mesyuarat Kurikulum Guru Besar
SJKT Ladang Batak Rabit SJKT Ladang Batak Rabit

11

You might also like