You are on page 1of 13

SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 1 -)

SWITCHBOARD INSTALLATION (JEK2127)

TOPIK 1

PENGENALAN.

I. Papan Suis Utama

 Papan Suis Utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik
yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagihkan kebahagian
lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan
pemasangan.

Rajah 1: Menunjukan Papan Suis Utama jenis kubikal

 Didalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan.
Bekalan masuk utama yang boleh dikawal dan alat perlindungan utama untuk melindungi
keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.

 Peranan dan saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus bagi menentukan kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak
dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja
contohnya motor-motor elektrik.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 2 -)

II. Sub Papan Suis Utama ( Sub Switchboard)

 Sub papan suis utama adalah papan suis yang menerima bekalan dari PSU. Perkataan
kecil adalah relative sebab ada papan suis kecil tetapi kadarannya besar melebihi dari
papan suis utama ditempat lain. Kecil di sini bermakna lebih kecil dari PSU.

Rajah 2: Papan Suis Kecil

 Papan suis kecil ini digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan
terasing dari PSU. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja
kawalan dan senggaraan.

III. KELAS

Terdapat 3 kelas binaan yang boleh dikategaorikan sebagai:

i. Tiada Pemisah (Non Compartment)


 Tiada dinding pemisah diantara bahagian bahagian dalam PSU.

ii. Sebahagian Pemisah (Semi Compartment)


 Sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lain.

iii. Sepenuhnya Pemisah( Compartment)


 Semua bahagian diasingkan dari yang lain.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 3 -)

IV. PERKARA AM PAPAN SUIS UTAMA


A. BINAAN

1) Papan Suis Utama terdiri dari binaan rangka utama yang menyokong berat segala
peralatan dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minimum 10G berbentuk U-section
Channel. Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai
dan dengan jarak 25mm supaya tidak mengganggu kekuatan mekanikalnya. Jenis ini
dipanggil jenis modular dimana ianya boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah
iaitu dengan menyambung sahaja rangka tambahan.

Rajah 3: Contoh PSU yang sedang dibina

2) Di bahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam tebal tertentu (tebal
minima 10G) dibahagian belakang dan tepi PSU.

Rajah 4: Kepingan-kepingan besi yang digunakan bagi PSU

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 4 -)

3) Palang bas pembumian dengan keratan rentas mencukupi hendaklah dipasang


dibahagian bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut

Rajah 4: Susunan palang bus untuk ke litar akhir PSU.

Rajah 5: Menunjukan PSU yang sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lain

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 5 -)

B. PERBEZAAN PAPAN SUIS UTAMA DAN SUB PAPAN SUIS UTAMA

PAPAN SUIS UTAMA SUB PAPAN SUIS UTAMA

 Peralatan atau perkakas elektrik yang  Peralatan atau perkakas elektrik yang
pertama menerima bekalan dari pihak pertama menerima bekalan dari Papan
pembekal. Suis Utama.

 Diletakan berhampiran dengan punca


bekalan masukan pihak pembekal.  Diletakan berhampiran dengan beban
bagi mengurangkan kos submain dan
memudahkan kerja penyelengaraan.
 Tidak boleh dimatikan kecuali untuk
senggaraan kerana jika ianya  Boleh dimatikan tanpa mengganggu
dimatikan semua punca keluarannya punca bekalan utama.
akan terputus bekalan.

 Rekabentuk adalah lebih besar  Rekabentuk adalah lebih kecil dan ada
daripada papan suis kecil dalam kes tertentu ianya lebih besar
dari PSU

 Tatahan geganti adalah tinggi untuk  Tatahan genganti adalah lebih sensitive
memastikan diskriminasi terhadap supaya ianya tidak mengganggu PSU
arus lebih dan arus rosak ke bumi ketika berlakunya arus lebih dan arus
dengan berkesan. rosak ke bumi.

C. JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA.

Terdapat 3 jenis papan suis utama yang biasa digunakan:

I. Jenis lekat di dinding


II. Jenis Pedastal
III. Jenis Kubikal

I. Jenis Lekat Di Dinding

 Jenis lekat ke dinding biasanya untuk pemasangan kecil sehingga 100A.

a) Kerangka:

 Logam untuk panel hendaklah dari jenis kepingan keluli dengan ketebalan tidak kurang
dari 2mm.
 Kimpalan hendaklah dikurangkan dengan menggunakan bengkokan pada lapisan logam.

b) Penutup:

 Plat dan pintu hadapan hendaklah bebrbentuk kekotak dan mempunyai bebibir untuk
membolehkannya diikat kepada penutupnya.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 6 -)

 Jika diminta oleh pihak pembekal tenaga, bahagian penutup hadapan yang
menempatkan meter, unit pemutus dan geganti arus rosak hendaklah dari jenis gentian
fiber dengan tebal tidak kurang dari 5mm

 Bahagian penutup hadapan hendaklah dirawat dengan antikarat, kalis debu dan
kekotoran.

 Ram dan jejaring hendaklah dipasang dikedua-dua bahagian untuk memberi ruang
pengudaraan.

c) Lain-lain:
 Semua sudut hendaklah dibulatkan.

 Sesendal bintang bergerigi hendaklah dipasang untuk memastikan keberkesanan


pembumian dipenutup hadapan.
 Peti suis hendaklah mempunyai rawatan anti karat dan diwarnakan enamel dibahagian
luar.

 PSU hendaklah dilekapkan dengan sempurna kepada dinding dengan menggunakan bolt
dan nat.

II. Jenis Pedastal

d) Kerangka:

 Ketebalan logam hendaklah tidak kurang dari 2.5mm

 Apabila dipasang, PSU hendaklah berkeupayaan menampung beratnya sendiri.

 Tidak melendut, tidak berubah bentuk atau melending dengan beban yang ditanggung
semasa operasi biasa, penyenggaraan dan keadaan rosak maksimum.

 Logam untuk panel hendaklah dari jenis kepingan keluli dengan ketebalan tidak kurang
dari 2.0mm.

e) Penutup

 Penutup yang boleh dibuka hendaklah dipasang dibahgian hadapan untuk membolehkan
penyenggaraan dan pembaikan dibuat kepada semua bahagian dalaman PSU.

 Ruang pemeriksaan dengan ukuran yang bersesuaian hendaklah ditempatkan diantara


Ruang busbar dengan peralatan suis utama masukan. Ini adalah untuk:

 Memudahkan pemeriksaan, pengujian,


 Penempatan pengubah arus bagi peralatan pembaikan dan peralatan penunjuk
 Pengasing-pengasing yang mungkin dipasang kemudian.

f) Lain-Lain

 PSU hendaklah mempunyai rawatan anti karat dan diwarnakan kelabu enamel
dibahagian luar.
 PSU hendaklah dilekapkan dengan sempurna pada lantai dan secara tidak lansung
dengan dinding.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 7 -)

III. Jenis Kubikal

a) Kerangka:

 Berupaya berdiri sendiri apabila dipasang

 Ketinggian dan lebar yang seragam dari hadapan ke belakang

 Tidak melendut, tidak berubah bentuk atau melending dengan beban yang
ditanggungnya semasa operasi biasa, penyenggaraan dan keadaan rosak yang
maksimum.

 Logam panel hendaklah dari jenis kepingan keluli dengan ketebalan tidak kurang dari
2.0mm

b) Pintu:

 Bahagian hadapan hendaklah mempunyai penutup/pintu berbentuk kekotak.

 Bahagian belakang hendaklah mempunyai pintu berengsel yang boleh ditanggalkan dan
berbentuk kekotak.

 Pintu belakang mempunyai dua dedaun, lebar tiap-tiap satu tidak lebih dari 450mm
dengan 2 pasang engsel.

 Pintu hendaklah dipasang dengan bolt yang diluluskan l/d peranti boleh kunci yang
dikendalikan dengan tuil ditempatkan ditengah.

 Bahagian atas dan tepi mestilah boleh ditanggalkan

 Topang berkimpal tidak boleh digunakan

 Skru jenis krom hendaklah digunakan.

c) Kemasan luar

 Hendaklah kalis debu dan hinggapan binatang

 Ram hendaklah dipasang dibahagian tepi dan belakang PSU untuk memberi ruang
pengudaraan yang sempurna.

 Perhatian hendaklah diberi, untuk mengelakan kepanasan yang disebabkan oleh


histerisis dan arus pusar.

 Semua sudut hendaklah dibulatkan

 Sesendal bintang bergerigi hendaklah dipasang untuk memastikan keberkesanan


pembumian di penutup hadapan.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 8 -)

d) Bahagian dalaman

 Ruang yang mencukupi hendaklah diberi untuk menempatkan pangkalan dan tamatan
kabel serta busbar.

 Peralatan suis hendaklah dilekapkan diatas bahan berpenebat apabila disambung


kepada busbar dan keluli dimana sambungan kabel dibuat.

 Bahan berpenebat hendaklah berukuran tidak kurang dari 10mm

 Peralatan suis yang boleh ditarik keluar hendaklah dilekapkan di atas pemasangan kerja
logam termasuk rel dan dipasang berhampiran penyentuh pemencil. Semua ini mestilah
dijadikan sebahagian dari pemasangan peralatan suis tersebut.

 Semua peralatan suis yang boleh ditarik keluar hendaklah ditempatkan pada ruang
khasnya tersendiri.

 Jika tiada peralatan untuk membetulkan factor kuasa dipasang bersama, ruang
simpanan hendaklah disediakan untuk menempatkan peralatan tersebut kemudian nanti.

e) Lain-lain:

 Satu ruang yang boleh dikunci hendaklah disediakan untuk menempatkan perkakas kerja
di bahagian bawah PSU.

 PSU hendaklah mempunyai rawatan anti karat dan diwarnakan kelabu enamel dibahgian
luar dan putih dibahagian dalamnya.

 PSU hendaklah dilekapkan dengan menggunakan bolt kepada tapak sesalur keluli
lembut atau di atas tapak konkrit. Sesalur keluli hendaklah telah disapu dengan anti karat
dan dicat.

 Jika ruang di dalam bilk suis tidak mencukupi untuk pemasangan PSU berpintu
belakang, jenis hanya mempunyai pintu hadapan boleh digunakan.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 9 -)

D. CONTOH BINAAN PAPAN SUIS UTAMA

Rajah 6

 Pengasingan palang bas dari unit berrfungsi (Pemutus Litar dan Terminal Keluaran)
ditunjukan dalam Rajah 6.

Rajah 7

 Pengasingan palang bas dari unit berfungsi dan pengasingan semua unit berfungsi tetapi
terminal keluaran tidak diasingkan diantara satu sama lain seperti ditunjukan dalam
Rajah 7.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 10 -)

Rajah 7

 Pengasingan palang bas dari unit berfungsi dan pengasingan semua unit berfungsi
termasuk pengasingan diantara terminal keluaran masing-masing.

Rajah 8

 Contoh binaan sebuah MSB yang menerima bekalan dari TNB dan Standby Generator

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 11 -)

Rajah 9

Contoh binaan sebuah papan suis utama yang mempunyai keupayaan 1600A lengkap dengan 4
Pole Change Over Contactor dan Busbar Coupler

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 12 -)

E. BILIK SUIS

1) LOKASI

 PSU hendaklah ditempatkan ditempat yang mempunyai cirri-ciri seperti berikut:

i. Berhampiran dengan beban bagi mengurangkan perbelanjaan submain dan kabel.

ii. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca –punca air.

iii. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan
senggaraan mudah dijalankan.

iv. Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

2) REKABENTUK BILIK SUIS

i. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.

ii. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan ‘anti vermin proff netting’ supaya
serangga tidak dapat masuk.

iii. Ruang kosong berukuran minimum 2.5 kaki dibahagian belakang dan 4.5 kaki
hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan.

iv. Mempunyai saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.

v. Rekabentuk bilik suis adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 10 dan 11 di bawah.

Rajah 10: Typical 11KV Main Intake Substation

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(1)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 13 -)

Rajah 11: Typical Distribution Substation

3) KEPERLUAN DIDALAM BILIK SUIS

i. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis CO2

ii. Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang
mencukupi hendaklah disediakan didalam bilik suis.

iii. Rajah skema bagi pemasangan

iv. Tikar getah dengan saiz yang sesuai di hadapan PSU

v. Rajah pertolongan cemas.

vi. Papan tanda BAHAYA dan DILARANG MASUK yang dipasang dipintu.

vii. Buku log.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik

You might also like