You are on page 1of 95

Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 1

ISI KANDUNGAN MODUL

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 Pengenalan 3
2.0 Jawatankuasa Penyediaan Modul 4
3.0 Modul Kursus Kepimpinan Sehari
3.1 Kertas Kerja 5 – 11
3.2 Jadual Tentatif Program 10
3.3 Ice Breaking :
3.3.1 Aktiviti 1 14
3.3.2 Aktiviti 2 15
3.4 LDK 1 / Bengkel 16
3.5 Eksplorasi Minda
3.5.1 Rantaian Nama 17
3.5.2 Matlamat Kumpulan 18
3.5.3 Rantai Jarak 19
3.5.4 Suara Patriotik 20
3.5.5 Botol Harapan 21
3.5.6 Lompat Pemimpin 22 – 23
3.5.7 Si Buta Sayang 24
3.5.8 Paip Ajaib 25
3.6 Borang Penilaian 26
3.7 Surat Menyurat 27 - 29
4.0 Modul Kursus Kepimpinan 3 Hari 2 Malam
4.1 Kertas Kerja 30 – 37
4.2 Jadual Tentatif Program 38
4.3 Ice Breaking 39 – 45
4.4 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) :
4.4.1 LDK 1 46 – 48
4.4.2 LDK 2 49 – 53
4.4.3 LDK 3 54
4.5 Ceramah Kepimpinan 55 – 56

4.6 Tazkirah :
4.6.1 Tazkirah 1 57 – 58

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 2

4.6.2 Tazkirah 2 59 – 60
4.7 Pend. Moral :
4.7.1 Pend. Moral 1 61
4.7.2 Pend. Moral 2 62
4.8 Explore Race 63 – 70
4.9 Star Walking 71
4.10 Surat Menyurat 72 – 86
4.11 Borang Penilaian 87
5.0 Borang Senarai Semak 88
6.0 Protokol Majlis Penutup 89
7.0 Aturcara Majlis Penutup 90
8.0 Format Laporan 91 – 92
9.0 Penghargaan 93

PENGENALAN

Modul Kursus Kepimpinan merupakan projek kerjasama di antara Pejabat Pelajaran Daerah
Kluang dan Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kluang.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 3

Pelaksanaan modul ini dibahagikan kepada dua bentuk modul iaitu program sehari dan 3 hari 2
malam. Kedua-dua modul disampaikan dalam bentuk ceramah dan juga kumpulan-kumpulan
kecil (LDK).

Modul ini menerapkan aspek seperti kemahiran komunikasi, semangat berpasukan, simulasi,
kepimpinan dan keyakinan diri. Tujuan utama modul ini adalah untuk membantu guru
bimbingan dan kaunseling menjalankan kursus ini di peringkat sekolah mahupun daerah.
Selain daripada itu, modul ini juga boleh digunakan oleh guru-guru lain yang akan
mengendalikan program kursus kepimpinan.

Harapan kami, panduan dan pengajaran daripada modul ini dapat digunakan sebagai satu garis
panduan bagi menghasilkan program yang berkesan dan memberikan impak kepada pelajar.

JAWATANKUASA PENYEDIAAN MODUL


KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR
DAERAH KLUANG

Penasihat

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 4

Tn. Hj. Shaharudin B. Sharif


Pegawai Pelajaran Daerah Kluang

Pengerusi
En. Shahat Bin Md Shah
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kluang

Naib Pengerusi
En. Mohd. Rafiz B. Mohd. Salleh
Pegawai Kaunseling & Kerjaya PPD Kluang

Penyelaras
Tn. Hj. Tulos B. Sitor
YDP MGKK Daerah Kluang

Setiausaha
Tn. Hj. Ezuddin B. Hj. Adnan

AJK
Program Kursus Kepimpinan Sehari
Pn. Hjh. Tuan Zaitun Bt. Tuan Mat
Pn. Hjh. Balkis Bt. Hj. Salam
Cik Siti Khadijah Bt. Mohd. Dewa
Pn. Noor Halimaton Duriah Bt. Ibrahim
En. Zulfikri B. Bunaim

Program Kursus Kepimpinan 3 Hari 2 Malam


Pn. Hjh. Nitta Bt. Mahmud
Pn. Ainiza Bt. Somin
Pn. Norazizah Bt. Abdulah
Pn. Noraini Bt. Md. Amin
Cik Nor Aziah Bt. Mohamad
Cik Azrin Bt. Rahman
Pn. Nor Aini Bt. Gaman
Pn. Tay Siok Beng
Pn. Hjh. Haszajura Bt. Hassan
Pn. Noorezliayana Bt. Zarian
En. Muhd. Hafidz B. Nasiri
En. Saha B. Deris
Pn. Azmah bt Md. Lasim
Tn. Hj. Abd. Rahim b Badron
Pn. Juliyana bt Abdul Jamal
Pn. Norlia bt Harun

MODUL KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SEHARI

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 5

1. Pengenalan

Merupakan program rutin yang bertujuan mendidik kepimpinan baru menyesuaikan diri
dengan jawatan yang disandang.Kepimpinan ini setiap tahun silih berganti. Mereka perlu
diberikan input atau maklumat supaya lebih bermotivasi dalam menjalankan
tanggunjawab memimpin organisasi masing-masing.

2. Matlamat Program

2.1 Memberi maklumat dan pendedahan tentang komunikasi berkesan dalam


kepimpinan.

3. Objektif

3.1 Mendedahkan peranan peserta dan tanggungjawab yang diamanahkan


3.2 Meningkatkan semangat untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
3.3 Melahirkan pemimpin yang mempunyai komunikasi berkesan

4. Sasaran

100 orang pemimpin pelajar

5. Jangka masa / Tempat

1 hari / Dewan dan Persekitaran Sekolah

6. Strategi Pelaksanaan

6.1 Mengemukakan kepada Pengetua untuk kelulusan


6.2 Mesyuarat Jawatankuasa
6.3 Menjalankan program
6.4 Post-mortem
6.5 Dokumentasi
7. Pengisian

7.1 Ice-Breaking
7.2 Ceramah (Komunikasi Berkesan)
7.3 LDK
7.4 Explorasi Minda

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 6

7.5 Refleksi

8. Kos :

Sumber kewangan ( RM1,655.00 )

1.SUWA RM1,000.00

2.Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 300.00

3.Peruntukan Kokurikulum RM 355.00

JUMLAH RM 1,655.00

Perbelanjaan

Makan/minum peserta - Minum pagi RM 3.00 x 100 orang = RM 300.00

- Makan tengahari RM 5.00 x 100 orang = RM 500.00

- Minum petang RM 2.00 x 100 orang = RM 200.00

Makan/minum Penceramah - RM 5.00 X 1 orang = RM 5.00

Makan/minum fasilitator - RM 10.00 x 20 orang = RM 200.00

Cenderahati penceramah = RM 200.00

Hadiah Eksplorasi Kepimpinan Tempat Pertama = RM 50.00

Hadiah Eksplorasi Kepimpinan Tempat Kedua = RM 30.00

Hadiah Eksplorasi Kepimpinan Tempat Ketiga = RM 20.00

= RM 100.00

Sijil = RM 50.00

Bahan = RM 100.00

Jumlah = RM 1655.00

9. Jawatankuasa Program

Pengerusi : (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : (PK 1)

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 7

Naib Pengerusi 1 : (PK HEM )

Naib Pengerusi 11 : (PK Petang)

Penyelaras : Guru Bimbingan dan Kaunseling

Pen penyelaras : Guru Bimbingan dan Kaunseling

Setiausaha : Guru Disiplin / Guru Pengawas

AJK Pendaftaran /Urusetia :

AJK Jemputan :

AJK Buku Program :

AJK Sijil :

AJK Cenderahati :

AJK PA Sistem :

AJK Backdrop :

AJK Pengacara Majlis :

AJK Dokumentasi / Perakam Peristiwa :

AJK Bacaan Doa :

AJK Jamuan :

AJK Persiapan Tempat :

Fasilitator :

AJK Disiplin dan Kawalan Peserta :

Bidang Tugas

JAWATANKUASA DESKRIPSI TUGAS

1. Pendaftaran / Urusetia - Meyediakan tempat dan borang pendaftaran.


- Mengambil kedatangan peserta yang hadir.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 8

- Memastikan perjalanan program berjalan dengan


lancar.
-Menyediakan fail dan bahan cetakan.

2. Jemputan - Menyediakan dan mengedarkan surat


pemberitahuan kepada Ibu bapa pelajar.
- Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan
kepada penceramah.

3. Buku Program - Menyediakan buku program dan diedarkankan


kepada semua AJK dan penceramah.

4. Sijil - Menyediakan sijil penghargaan kepada penceramah.


- Menyediakan sijil penyertaan kepada peserta.
- Bersedia untuk sesi penyampaian siji.l

5. Cenderahati - Menyediakan cenderahati kepada penceramah.


- Menyediakan hadiah bagi pemenang slot Eksplorasi
Kepimpinan.
- Bersedia untuk sesi penyampaian cenderahati.

6. PA Sistem - Menyediakan PA Sistem.


- Memastikan kelancaran PA Sistem sepanjang majlis
berlangsung.
- Membuat persediaan awal bagi menghadapi
sebarang masalah yang berkaitan PA Sistem.
7. Back Drop - Menyediakan back drop.

8. Pengacara Majlis - Mengacarakan majlis dari awal sehingga selesai


majlis.

9. Dokumentasi/Perakam Peristiwa -Mengambil gambar peristiwa sepanjang majlis


berlangsung.
- Menyediakan laporan lengkap selepas program
Selesai

10. Bacaan Doa - Memimpin bacaan doa.

10. Jamuan -Menguruskan dan menyediakan jamuan bagi


penceramah dan peserta program.
-Memastikan makanan dan minuman mencukupi

11. Persiapan Tempat dan Mengemas -Menyediakan dan mengemas tempat dan peralatan
Tempat untuk setiap slot yang dijalankan

12.Fasilitator -Menyediakan slot ice breaking dan LDK


-Merancang aktiviti

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 9

-Menyediakan modul
-Melaksanakan program dengan berkesan.
13.Disiplin dan Kawalan Peserta -Memantau dan mengawasi disiplin peserta.
-Memastikan peserta sentiasa memberikan kerjasama
dengan baik.
-Memantau perjalanan kursus.
-Memastikan keselamatan peserta.

10. Tentatif Program

Masa Aktiviti Tindakan

7.30 pagi Pendaftaran Urusetia dan AJK


Pendaftaran

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 10

8.00 pagi - Bacaan doa -AJK Bacaan doa

-Taklimat program -Penyelaras

8.30 pagi - Ice Breaking -Fasilitator

- Pembahagian kumpulan -Fasilitator

9.30 pagi Minum pagi AJK Jamuan

10.00 pagi Slot Ceramah Penceramah

”Komunikasi Berkesan” -AJK Disiplin dan


Kawalan Peserta

11.30 pagi LDK / BENGKEL Fasilitator

1.00 t/hr Makan tengahari / Solat AJK Jamuan

2.00 petang Eksplorasi Minda -Fasilitator

-AJK Disiplin dan


Kawalan Peserta

4.30 petang Refleksi Fasilitator

5.00 petang - Penyampaian hadiah peserta -AJK Sijil dan


Cenderahati
- Ucapan penutup
-AJK Jamuan
- Minum petang

- Bersurai

11. Penilaian

Kehadiran 100 orang pemimpin pelajar semasa program dijalankan.

12. Penutup

Pada keseluruhannya program ini dapat memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam
kalangan peserta. Ianya dapat memberikan motivasi dan pengalaman baru. Diharapkan
pemimpin yang terlibat dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran agar menjadi pemimpin
berinisiatif dan cemerlang.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 11

Disediakan oleh Disahkan oleh

.......................................... .............................................

Setiausaha Pengetua

Ahli Jawatankuasa Kerja Kursus Kepimpinan:

JAWATANKUASA DESKRIPSI TUGAS

1. Pendaftaran / Urusetia - Meyediakan tempat dan borang pendaftaran.


- Mengambil kedatangan peserta yang hadir.
- Memastikan perjalanan program berjalan dengan
lancar.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 12

-Menyediakan fail dan bahan cetakan.

2. Jemputan - Menyediakan dan mengedarkan surat


pemberitahuan kepada Ibu bapa pelajar.
- Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan
kepada penceramah.

3. Buku Program - Menyediakan buku program dan diedarkankan


kepada semua AJK dan penceramah.

4. Sijil - Menyediakan sijil penghargaan kepada penceramah.


- Menyediakan sijil penyertaan kepada peserta.
- Bersedia untuk sesi penyampaian siji.l

5. Cenderahati - Menyediakan cenderahati kepada penceramah.


- Menyediakan hadiah bagi pemenang slot Eksplorasi
Kepimpinan.
- Bersedia untuk sesi penyampaian cenderahati.

6. PA Sistem - Menyediakan PA Sistem.


- Memastikan kelancaran PA Sistem sepanjang majlis
berlangsung.
- Membuat persediaan awal bagi menghadapi
sebarang masalah yang berkaitan PA Sistem.
7. Back Drop - Menyediakan back drop.

8. Pengacara Majlis - Mengacarakan majlis dari awal sehingga selesai


majlis.

9. Dokumentasi/Perakam Peristiwa -Mengambil gambar peristiwa sepanjang majlis


berlangsung.
- Menyediakan laporan lengkap selepas program
Selesai

10. Bacaan Doa - Memimpin bacaan doa.

10. Jamuan -Menguruskan dan menyediakan jamuan bagi


penceramah dan peserta program.
-Memastikan makanan dan minuman mencukupi

11. Persiapan Tempat dan Mengemas -Menyediakan dan mengemas tempat dan peralatan
Tempat untuk setiap slot yang dijalankan

12.Fasilitator -Menyediakan slot ice breaking dan LDK


-Merancang aktiviti
-Menyediakan modul
-Melaksanakan program dengan berkesan.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 13

13.Disiplin dan Kawalan Peserta -Memantau dan mengawasi disiplin peserta.


-Memastikan peserta sentiasa memberikan kerjasama
dengan baik.
-Memantau perjalanan kursus.
-Memastikan keselamatan peserta.

ICE BREAKING

Aktiviti 1

Tajuk : Potret Wajah

Personalia: Fasilitator

Objektif:

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 14

1. Peserta mengenal diri sendiri .

2. Peserta peka terhadap diri sendiri dan rakan sekellingnya.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4 dan pensil.

Langkah-langkah

1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.

2. Peserta diminta melukis gambar wajah sendiri dalam masa 5 minit.

3. Fasilitator memungut semua gambar yang telah dilukis dan diedarkan semula gambar
tersebut kepada peserta yang berlainan.

4. Setiap peserta menerima sekeping gambar wajah kawannya.

5. Dalam masa 10 minit setiap peserta mencari gambarnya yang telah dilukis tadi sehingga
dapat.

6. Peserta yang paling lambat akan dikenakan denda.

Proses

1. Peserta berusaha untuk mendapatkan gambar mereka masing-masing untuk


mengelakkan daripada didenda.

2. Peserta juga perlu memastikan gambar yang diterima gambar yang telah dilukis
sebelumnya. Berkemungkinan ada peserta yang terlupa gambar yang telah dilukis
kerana tidak mengambil berat dan tidak fokus semasa melukis.

Penilaian

1. Kepuasan diri peserta tergambar apabila berjaya mendapatkan semula gambarnya.

Rumusan

Menyayangi dan menghargai anugerah yang telah dikurniakan.

Aktiviti 2

Tajuk : Bom

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 15

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Kesepakatan di kalangan ahli dalam kumpulan.

2. Mengiktiraf dan mengikut arahan ketua.

3. Kecekapan dan ketajaman fikiran.

Masa : 30 minit

Bahan : Tiada.

Langkah-langkah

1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 8 kumpulan dengan bilangan ahlinya seramai


12 @ 13 orang.

2. Ahli kumpulan berada dalam bulatan dan melantik seorang ketua.

3. Peserta juga diminta mencipta satu nama kumpulan berdasarkan nama negara yang
mempunyai dua suku kata. Fasilitator memperkenalkan setiap kumpulan dengan nama
yang telah dipilih dan meminta setiap kumpulan menghafaz nama kumpulan yang lain.

4. Fasilitator memulakan permainan dengan memilih satu kumpulan untuk memulakan


teriakan nama kumpulannya dan diakhiri dengan perkataan “BOM”

5. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan nama
kumpulannya sebanyak tiga kali dan diikuti dengan satu nama kumpulan lain sebanyak
sekali. Contoh ; “ China Bom 3 kali.... Cuba bom 1 kali “

6. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan ke arah
kumpulan lain dan seterusnya.

7. Kumpulan yang lambat menyahut dikira kalah dan terkeluar dari permainan.

Proses

1. Peserta berinteraksi di dalam kumpulan dan di antara kumpulan secara aktif. Berlaku
proses membina semangat kerja berkumpulan dan menghormati ketua.

Penilaian

1. Kumpulan yang terkeluar di anggap tidak mempunyai semangat berjuang, tiada


kepekaan dan tidak bersatu.

Rumusan

Cinta dan kasih kepada negara

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 16

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Tajuk : Pemimpin Idola

Personalia: Fasilitator

Objektif: 1) Kesepakatan dalam kalangan ahli kumpulan.

2) Mencungkil pemahaman peserta tentang identiti pemimpin yang dicontohi.

3)Peserta dapat menerapkan ciri-ciri pemimpin idola dalam diri setiap peserta

Masa: 2 jam 30 minit

Bahan: Kertas sebak dan pen marker

Langkah-langkah: 1) Setiap kumpulan diarahkan untuk memilih seorang pemimpin idola.

2) Seterusnya setiap kumpulan diminta untuk membincangkan 10 ciri dan


identiti pemimpin idola yang dipilih .

3) Setiap ciri yang dipilih perlui disertakan dengan huraian dan contoh

4) Setiap kumpulan akan menyenaraikannya secara terperinci di atas kertas


sebak yang disediakan. Setiap kumpulan diberi masa 1 jam.

5) Setiap kumpulan diminta untuk membuat pembentangan.

6) Fasilitator akan membuat rumusan di akhir slot.

Penilaian : Peserta dapat mengemukakan pemimpin idola masing-masing dan berjaya


mengenalpasti serta menyenaraikan ciri-ciri pemimpin idola yang dipilih
dengan penyampaian yang sangat berkesan.

Rumusan : Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 17

EKSPLORASI MINDA

Tajuk : Rantaian Nama

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Peserta dapat mengenali nama rakan dalam kumpulan.

2. Meningkatkan daya hafalan dan ketajaman fikiran.

3. Membina satu jalinan hubungan di kalangan ahli kumpulan.

Masa: 20 minit

Bahan : Tiada

Langkah-langkah

1. Fasilitator meminta peserta pertama menyebut namanya.

2. Peserta kedua akan menyebut namanya dan nama peserta pertama.

3. Peserta ketiga akan menyebut namanya dan nama peserta pertama dan kedua. Ulang
proses ini sehingga peserta yang terakhir.

Penilaian

1. Peserta dapat mnyelesaikan aktiviti dengan sangat cepat dengan kerjasama dan
kreativiti setiap peserta.

Rumusan:

Setiap manusia akan lebih selesa apabila dihargai dan disayangi

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 18

Tajuk : Matlamat Kumpulan

Objektif

1. Peserta dapat menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mencipta logo, motto serta
matlamat kumpulan.

2. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta untuk mencapai sesuatu


matlamat.

Personalia : Fasilitator

Masa : 20 minit

Bahan : Kertas mahjong, maker pen biru,merah dan hitam

Langkah-langkah

1. Fasilitator mengedarkan kertas mahjong dan maker pen kepada kumpulan.

2. Setiap ahli kumpulan berbincang untuk mencipta logo, motto dan matlamat kumpulan.

3. Kumpulan yang kreatif dapat menyiapkan aktiviti dalam masa sangat cepat.

4. Fasilatator perlu menilai kreativiti pelajar dalam menyelesaikan aktiviti yang diberi.

Penilaian

1. Peserta dapat menyiapkan logo kumpulan dan menetapkan motto serta matlamat
kumpulan .

Rumusan

Peserta mempunyai matlamat yang jelas dan mengetahui arah tuju .

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 19

Tajuk : Rantai Jarak

Objektif:

3. Peserta dapat menggunakan kreativiti untuk membuat satu rangkaian jarak yang
ditetapkan.

4. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta untuk mencapai sesuatu


matlamat.

Personalia : Fasilitator

Masa : 20 minit

Bahan : 2 buah kon

Langkah-langkah

1. Arahan : dengan menggunakan kreativiti pelajar tanpa menggunakan bahan lain, buat
satu rangkaian jarak mengikut jarak objek yang ditetapkan

2. Pelajar menyelesaikan aktiviti yang diberi mengikut kreativiti masing-masing

3. Kumpulan yang kreatif dapat menyiapkan aktiviti dalam masa sangat cepat.

4. Fasilatator perlu menilai kreativiti pelajar dalam menyelesaikan aktiviti yang diberi.

Penilaian

1. Peserta dapat menyelesaikan aktiviti dengan sangat cepat dengan kerjasama dan
kreativiti setiap peserta.

Rumusan

Usaha tangga kejayaan

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 20

Tajuk : Suara Patriotik

Objektif:

1. Peserta sedar kepentingan semangat patriotik

2. Peserta dapat menyanyikan lagu dengan penuh semangat dan penuh penghayatan.

Personalia : Fasilitator

Masa : 20 minit

Bahan : Tiada

Langkah-langkah

1. Peserta diminta berdiri tegak dalam barisan dan tangan disisi serta pandang ke
hadapan

2. Fasilitator meminta peserta menyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor dan lagu
sekolah.

3. Peserta akan mengulangi nyanyian sehingga fasilitator berpuas hati.

Penilaian

1. Peserta menyanyi dengan penuh semangat, serta menepati dan menjiwai semangat
patriotik.

Rumusan

Cintai tanah airku

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 21

Tajuk : Botol Harapan

Objektif:

1. Menyemai sikap teliti dalam menyelesaikan masalah.

2. Memupuk semangat setiakawan dan berganding bahu dalam setiap aktiviti yang
diusahakan.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu matlamat.

Personalia : Fasilitator

Bahan : Botol kosong dan baldi berisi air

Masa : 20 minit

Langkah-langkah

1. Peserta akan berbaris dalam satu barisan.

2. Peserta akan bergilir-gilir memasukkan air ke dalam botol menggunakan tangan dalam
jarak yang telah ditetapkan oleh fasilatator.

3. Kumpulan diminta berusaha untuk mengisi air sebanyak mungkin kerana pemarkahan
dinilai berdasarkan jumlah paras air yang diisi dalam botol dalam masa 20 minit.

Penilaian

1. Peserta dinilai kecekapan dan ketelian mereka berdasarkan kesungguhan


menyelesaikan aktiviti dalam waktu yang telah ditetapkan dan mencuba tanpa berputus
asa.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 22

Rumusan

Ketekunan dan fokus adalah penting dalam melakukan sesuatu perkara.

Tajuk : Lompat Pemimpin

Personalia : Fasilatator

Objektif:

1. Menyemai sikap ingin tahu peserta terhadap permainan tradisional.

2. Menguji semangat setiakawan dalam kalangan ahlu kumpulan

3. Membina ketahanan fizikal di kalangan pemimpin pelajar.

Masa : 20 minit

Bahan : Tepung dan duit syiling 50 sen

Langkah-langkah

1. Setiap kumpulan diminta memilih 3 orang wakil untuk menjalankan aktiviti ini.

2. Peserta pertama diminta membaling syiling ke petak pertama dengan membelakangkan


garisan dan melompat menggunakan satu kaki ke petak kedua. Lompatan diteruskan
mengikut urutan nombor di dalam rajah yang dilampirkan.

3. Sekiranya syiling terkena garisan atau terkeluar, peserta dikira batal dan digantikan
dengan peserta kedua.

4. Jika peserta terpijak garisan atau terkeluar garisan yang ditetapkan, maka peserta
tersebut terkeluar daripada permainan ini dan digantikan dengan peserta kedua.

Proses

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 23

Aktiviti ini memerlukan kefahaman dan ketelitian serta fokus setiap peserta yang terlibat.
Ianya member satu pengalaman baru kepada peserta.I

Penilaian

1. Pemarkahan dikira berdasarkan kedudukan syiling dalam petak yang tertinggi. Jika
syiling berada pada :

Petak 1 = 5 markah

Petak 2 = 10 markah

Petak 3 =15 markah

Petak 4 = 20 markah

Petak 5 = 25 markah

Petak 6 = 30 markah

(rujuk lampiran)

Rumusan

Menjaga warisan Negara.

LAMPIRAN A

Petak 6

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 24

Petak 5 Petak 4

Petak 3

Petak 2

Petak 1

Tajuk : Si Buta Sayang

Personalia: Fasilitator

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 25

Objektif:

1. Peserta peka dengan arahan yang diberikan.

2. Sensitivity setiap peserta sangat dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin yang
hebat.

Masa : 20 minit

Bahan : Kain yang dipotong mengikut bilangan peserta dalam satu kumpulan.

Langkah-langkah

1. Setiap peserta dibekalkan dengan sehelai kain yang telah dipotong.

2. Peserta diminta menutup mata masing-masing menggunakan kain yang dibekalkan.

3. Fasilitator hendaklah memastikan peserta dengan sempurna.

4. Peserta diminta berbaris dalam satu barisan dan memegang rakan di hadapannya.

5. Fasilitator memandu kumpulan tersebut berjalan di tempat-tempat yang telah ditentukan.

6. Semasa dalam perjalanan fasilitator hendaklah sentiasa memberikan arahan kepada


peserta.

Contoh:

“ jalan perlahan-lahan jalan tidak rata”

“ berhati-hati dawai tajam di kiri kanan kamu”

“ lompat… ada longkang di hadapan” … dan lain-lain.

7. Selepas selesai, peserta diminta membuka ikatan dan menanyakan perasaan peserta
semasa aktiviti dijalankan

Proses

Semasa aktiviti dijalankan peserta akan fokus kepada arahan fasilitator. Kita akan dapati
ada peserta yang tidak mendengar arahan dan tidak mengindahkan arahan. Deria
pendengaran sangat penting dalam aktiviti ini. Begitu juga dengan deria bau dan rasa.
Peserta akan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Penilaian

Sikap yang sentiasa peka kepada sekeliling dan mengikut arahan adalah sangat penting
bagi seorang pemimpin.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 26

Rumusan

Kepekaan pemimpin menuju kecemerlangan.

Tajuk : Paip Ajaib

Personalia: Fasilitator

Objektif:

1. Memupuk semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.

2. Mengasah kepekaan dan ketelitian peserta dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Masa : 20 minit

Bahan : Batang Paip PVC ( 6 / 7 kaki panjang)

Langkah-langkah

1. Batang paip diletakkan di atas tanah atau lantai.

2. Peserta duduk di tepi kiri-kanan batang paip dan memasukkan jari telunjuk ke bawah
batang paip tanpa memegang dan menganggatnya.

3. Apabila sudah bersedia, ahli kumpulan secara serentak mengangkat batang paip
tersebut menggunakan jari masing-masing.

4. Fasilitator hendaklah mempastikan jari setiap ahli sentiasa bersentuhan dengan batang
paip. Jika ada ahli yang tidak menyentuh batang paip, permainan dihentikan dan
dimulakan semula dari atas lantai.

5. Proses ini diteruskan sehinggalah batang paip boleh diangkat sehingga ke paras
pinggang.

Proses

Berlaku proses kesukaran semasa mengangkat batang paip. Kerjasama setiap ahli
sangat penting untuk memastikan kumpulan berjaya mengangkat batang paip. Proses
mencuba hingga berjaya secara langsungnya dapat memberikan rasa kepuasan yang
tinggi di kalangan ahli.

Penilaian

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 27

Berapa lama masa yang diambil untuk mengangkat batang paip memberi gambaran
kepada ketekunan, semangat juang dan semangat bersatu dalam kumpulan di samping
mengikut arahan.

Rumusan

Bersatu ke arah kecemerlangan kumpulan.

BORANG PENILAIAN

Kursus Kepimpinan Ketua / Penolong /


Pengawas / PRS /
dan AJK Tertinggi Kelab Persatuan Tahun...

TARIKH : APRIL
TEMPAT : DEWAN DAN PERSEKITARAN SEKOLAH

Sila jawab soalan di bawah dengan jujur.


Tandakan ( / ) pada item di bawah berdasarkan skala tersebut :
Sangat memuaskan 4
Memuaskan 3
Tidak pasti 2
Tidak memuaskan 1

BIL ITEM 4 3 2 1

1 Pendaftaran

2 Taklimat Program

3 Ice Breaking

4 Ceramah

5 LDK

6 Eksplorasi Kepimpinan

7 Refleksi

8 Makanan Dan Minuman

9 Majlis penutup

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 28

Komen mengenai kursus ini ?

____________________________________________________________________________

Cadangan untuk memperbaiki kursus ini ?

CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH

SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang  07-7743468


KM 4, JALAN KOTA TINGGI Fax : 07-7743468
86000 KLUANG JOHOR Kod Sekolah : JEA 2040

No. Rujukan : JEA2040/100-19/1


Tarikh : 6 MEI 2011

Kepada

CONTOH
……………………………..

……………………………..

…………………………….

Tuan,

Jemputan Ceramah Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun…

Perkara di atas adalah di rujuk, sukacita dimaklumkan tuan di jemput untuk memberikan
ceramah kepada peserta kursus kepimpinan pengawas sekolah kami seperti butiran berikut :-

Tarikh :
Masa :
Tempat :
Sasaran :
Tajuk :
2. Jika sekiranya tuan mempunyai bahan-bahan edaran untuk diperbanyakkan kepada
peserta kursus atau sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Penyelaras
Kursus……di talian……

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 29

3. Kerjasama dan tindakan dari tuan amat di hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………..

Pengetua

CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA

SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang  07-7743468


Fax : 07-7743468
KM 4, JALAN KOTA TINGGI Kod Sekolah : JEA 2040
86000 KLUANG JOHOR

No. Rujukan : JEA2040/100-19/1


Tarikh : 6 MEI 2011
Kepada:

CONTOH
Ibubapa / Penjaga

Pemimpin Pelajar

…………………………..

Tuan,

Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun…

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar pada
ketetapan berikut:

Tarikh :

Tempat :

Masa Pendaftaran :

Masa Balik :

2. Tahniah anak tuan terpilih mengikuti kursus ini. Diharapkan pihak tuan/puan dapat
membenarkan anak di bawah jagaan tuan/puan untuk menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan
untuk meningkatkan dan mendedahkan para peserta kearah kepimpinan yang berkesan agar
dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih mantap dan cemerlang.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 30

3. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat di hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………

Pengetua

Saya……………………………………………………………
Ibubapa/penjaga…………………………………………………………………
Tingkatan………………………….membenarkan/tidak membenarkan anak dibawah jagaan saya
untuk menyertai program Kursus Kepimpinan Pelajar pada ..........

T/tangan..............................................

Tarikh..................................................

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 31

MODUL KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 3 HARI 2 MALAM

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR
TELUK GOREK RESORT, MERSING
27 – 29 MEI 2011

1. PENGENALAN

Pemimpin pelajar adalah pelajar terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah,terutamanya dalam menjadi model kepada pelajar lain.Pemimpin pelajar
memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi danberketrampilan.
Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan bimbingan dan panduan daripada pihak
yang berpengalaman.Pemimpin pelajar juga perlu mengetahui dengan jelas bidang
tugas mereka mengikut keperluan sekolah. Percambahan fikiran dan minda adalah
salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Maka atas
dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

2.0 MATLAMAT

2.1 Melahirkan ciri-ciri pemimpin pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan serta
menjadi model yang disegani dan dihormati.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberikan pendedahan mengenai cara-cara berorganisasi


3.2 Menanamkan sikap yakin diri, asertif, tegas dan berani membuat sesuatu
keputusan
3.3 Membentuk satu budaya kepimpinan supaya sentiasa berketrampilan positif dari
segi sahsiah dan peribadi.

4.0 SASARAN

4.1 80 orang pemimpin pelajar

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 32

5.0 JANGKA MASA/TEMPAT

5.1 JANGKA MASA : 27, 28, 29 Mei 2011 ( 3H 2M)


5.2 TEMPAT : Teluk Gorek Resort, Mersing

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Mengemukakan kepada Tuan Pengetua untuk kelulusan


6.2 Mesyuarat Jawatankuasa
6.3 Menjalankan program
6.4 Post-mortem
6.5 Dokumentasi

7.0 PENGISIAN

7.1 Ice Breaking


7.2 Ceramah Kepimpinan
7.3 LDK
7.4 Star Walks
7.5 Explorace
7.6 Riadah / Senaman pagi
7.7 Kerohanian / kuliah maghrib

8.0 KOS
8.1 SUMBER KEWANGAN
8.1.1.Peserta 80 orang X RM 30.00 : RM 2400.00
8.1.2 Sumbangan PIBG : RM 2000.00
8.1.3 Kokurikulum (Motivasi) : RM 1500.00
8.1.4 Unit Bimbingan & Kaunseling : RM 500.00
8.1.5 Wang SUWA : RM 840.00
JUMLAH : RM 7240.00

8.2 PERBELANJAAN
8.2.1 Sewa tempat : RM 300.00
8.2.2 Sewa dewan & PA Sistem : RM 200.00
8.2.3 Makanan Peserta ( 80 x RM50 ) : RM 4000.00
8.2.4 Pengangkutan ( 2 x RM1000) : RM 2000.00
8.2.5 Penceramah ( 1 x RM200) : RM 200.00
8.2.6 Alat Tulis ( 80 x RM2 ) : RM 160.00
8.2.7 Hadiah ( 8 x RM20 ) : RM 160.00
8.2.8 Sijil : RM 100.00
8.2.9 Perbelanjaan runcit : RM 100.00
8.2.10 Ubat : RM 20.00
JUMLAH : RM7240.00

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penasihat : Pengetua
Pengerusi : PK HEM

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 33

Naib Pengerusi : PK Kurikulum


PK Kokurikulum
PK Petang
Penyelaras : Guru Penasihat
Setiausaha : Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Bendahari : Guru Penasihat
AJK :
a. Kem Komanden :
b. Pen. Kem Komanden :
c. Pendaftaran & Urusetia :
d. Makanan & Kebersihan :
e. Penginapan & Kecemasan :
f. Kawalan & Keselamatan :
g. Peralatan & PA Sistem :
h. Buku Program :
i. Sijil :
k. Hadiah :
l. Sukaneka & Riadah :
m. LDK :
n. Explorace :
o. Pengacara Majlis :
p. Penceramah :
q. Fotografi :
r. Dokumentasi :
s. Kerohanian & Pendidikan Moral :
t. Penilaian :

BIDANG TUGAS
AJK TUGAS-TUGAS CATATAN
Penyelaras 1. Memastikan kelancaran seluruh perjalanan
kem kepemimpinan
2. Tempat rujukan jika timbul sebarang masalah
yang berkaitan dengan kem kepemimpinan
Setiausaha 1. Merangka kertas cadangan program
2. Membuat surat perlantikan AJK
3. Menjadi urusetia perlaksanaan
4. Menyerahkan salinan surat yang berkaitan
kepada AJK Dokumentasi.
Bendahari 1. Membuat pungutan yuran
2. Mengurus perbelanjaan wang keluar dan
wang masuk
3. Mengumpulkan bil dan resit untuk urusan
tuntutan jika ada.
Kem 1. Mengawal disiplin peserta setiap masa
Komanden 2. Memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan
dan Pen. Kem dengan baik
Komanden 3. Memastikan semua peserta menepati masa
4. Menjadi jurulatih dalam semua aktiviti
Pendaftaran & 1. Membuat pendaftaran pelajar
Urusetia 2. Membuat pembahagian kumpulan

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 34

2. Menyerahkan salinan senarai kehadiran


pelajar kepada AJK Dokumentasi.
Makanan & 1. Memastikan makanan yang ditempah
Kebersihan mencukupi untuk peserta dan fasilitator
2. Memastikan dewan makan sentiasa berada
dalam keadaan kemas dan bersih
3. Mengenal pasti pelajar yang mengalami
alahan dan vegeterian untuk penyediaan
makanan yang bersesuaian.
4. Memastikan kawasan makan dalam bersih.
Penginapan & 1. Menyedia / mendaftar penginapan peserta
Kecemasan 2. Membuat pengagihan bilik
3. Menguruskan perkara kecemasan pelajar –
sakit dll
3. Sentiasa memastikan peti kecemasan dibawa
sepanjang aktiviti dijalankan
Kawalan & 1. Memastikan keselamatan dan disiplin pelajar
Keselamatan berada dalam keadaan terkawal
Peralatan & 4. Memastikan segala peralatan yang diperlukan
PA Sistem mencukupi
2. Menyediakan tempat ceramah dan tapak
aktiviti
Buku Program 1. Menyiapkan buku program
Hadiah 5. Menyediakan hadiah kepada 8 kumpulan
Mengikut kedudukan.
2.
Sijil 6. Menyediakan sijil untuk peserta,AJK dan
penceramah
Senaman & 1. Mengadakan aktiviti senaman dan riadah
Riadah
LDK 7. Bertugas sebagai fasilitator untuk setiap
aktiviti LDK
Explorace 1. Menyediakan dan menyelaras aktiviti
explorace.
2. Memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.
Pengacara 1. Mempengerusikan majlis
Majlis 2. Memastikan protokol majlis diikuti.
Penceramah 8. Menghubungi penceramah dan tetapkan
tarikh tajuk serta masa yang sesuai.
9. Menyediakan bahan-bahan keperluan
penceramah.
Fotografi 1. Mengambil gambar sepanjang kem
kepimpinan
2. Menyerahkan salinan gambar (soft dan hard
copy) kepada AJK Dokumentasi.
Dokumentasi 1. Mengumpulkan segala dokumen daripada
semua AJK terlibat untuk tujuan dokumentasi.
(salinan ikut keperluan sekolah).
2. Membentangkan laporan program kepada
pengetua.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 35

Kerohanian & 10. Memastikan pelajar sembahyang berjemaah


Pendidikan bagi yang beragama Islam.
Moral 11. Adakan slot Pendidikan Moral kepada pelajar
bukan Islam.
12. Menyerahkan salinan input kepada AJK
Dokumentasi.
Penilaian 1. Menyediakan soalan untuk borang soal selidik
2. Analisis borang soal selidik
3. Menyerahkan borang soal selidik dan analisis
kepada AJK Dokumentasi.

10.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH / MASA PENGISIAN / AKTIVITI TINDAKAN


HARI
27 MEI 2011 2.00 – 4.00 Pendaftaran & Taklimat AJK Pendaftaran &
JUMAAT petang Penginapan Penginapan, AJK
Fotografi
4.00 – 4.30 Minum Petang AJK Makanan &
petang Kebersihan, AJK
Fotografi
4.30 – 5.00 Solat Asar dan Persiapan diri AJK Kerohanian, AJK
petang Fotografi
5.00 – 6.00 Ice-breaking AJK LDK, AJK Fotografi
petang
6.00 – 7.00 Makan Malam AJK Makanan &
petang Kebersihan, AJK
Fotografi
7.00 – 9.00 Persiapan diri AJK Kerohanian dan
malam Solat maghrib Pendidikan Moral, AJK
Kuliah Maghrib & Pendidikan Fotografi
Moral
Solat Isyak

9.00 - 11.00 Ceramah Kepimpinan AJK Jemputan


malam Pengacara Majlis
AJK Fotografi
11.00 – 11.30 Kudapan AJK Makanan &
malam Kebersihan, AJK
Fotografi
11.30 – 1.00 Star Walk AJK Keselamatan
pagi AJK LDK, AJK Fotografi
1.00 – 5.30 pagi Golden Dream AJK Kawalan &
Keselamatan

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 36

28 MEI 2011 5.30 – 7.00 Urus Diri / Solat Subuh / AJK Kerohanian &
SABTU pagi Kuliah Moral Pendidikan Moral
AJK Fotografi
7.00 – 7.30 Senaman AJK Senaman
pagi AJK Fotografi
7.30 – 8.00 Sarapan pagi AJK Makanan &
pagi Kebersihan
AJK Fotografi
8.00 – 10.00 LDK 1 – Imej Diri AJK LDK, AJK Fotografi
pagi
10.00 – 10.30 Minum Pagi AJK Makanan &
pagi Kebersihan, AJK
Fotografi
10.30 – 12.30 LDK 2 – Komunikasi AJK LDK, AJK Fotografi
pagi
12.30 – 2.00 Makan tengah hari AJK Makanan &
petang Solat Zohor Kebersihan, AJK
Kerohanian,
AJK Fotografi
2.00 – 4.30 Explorace – Penyelesaian AJK Explorace, AJK
petang masalah Makanan & Kebersihan,
Minum petang AJK Fotografi
4.30 – 5.00 Solat Asar AJK Kerohanian, AJK
petang Fotografi
5.00 – 6.00 Persiapan diri
petang
6.00 – 7.00 Makan Malam AJK Makanan &
malam Kebersihan, AJK
Fotografi
7.00 – 9.00 Persiapan diri AJK Kerohanian dan
malam Solat maghrib Pendidikan Moral, AJK
Kuliah Maghrib & Pendidikan Fotografi
Moral
Solat Isyak

9.00 – 11.00 LDK 3 – Simulasi di sekolah AJK LDK, AJK Fotografi


malam & pembentangan
11.00 – 11.30 Kudapan AJK Makanan &
malam Kebersihan,
AJK Fotografi
11.30 – 5.30 pagi Beradu AJK Keselamatan

29 MEI 2011 5.30 – 7.00 Urus Diri / Solat Subuh / AJK Kerohanian &
AHAD pagi Kuliah Moral Pendidikan Moral
AJK Fotografi
7.00 – 7.30 Senaman AJK Senaman
pagi AJK Fotografi

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 37

7.30 – 8.00 Sarapan pagi AJK Makanan &


pagi Kebersihan
AJK Fotografi
8.00 – 10.00 Rumusan / Penilaian program AJK Penilaian, AJK LDK,
pagi AJK Fotografi
10.00 – 10.30 Minum pagi AJK Makanan &
pagi Kebersihan
AJK Fotografi
10.30 – 12.30 Majlis Perasmian Penutup Pengacara Majlis,
pagi Semua AJK
12.30 – 2.00 Makan tengah hari AJK Makanan &
petang Solat Zohor Kebersihan, AJK
Kerohanian,
AJK Fotografi
2.00 – 4.00 Bersurai Semua AJK
petang

11.0 PENILAIAN

Kehadiran 80 orang pemimpin pelajar semasa program dijalankan.

12.0 PENUTUP

Melalui kursus ini juga, pihak sekolah dapat mencungkil bakat dan daya kepimpinan
sekaligus menggilap potensi diri mereka. Aktitviti kepimpinan yang akan dijalankan
mampu menjana dan menghasilkan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan
proaktif. Ia sekaligus membantu KPM dalam merealisasikan PIPP teras kedua iaitu
membangunkan Modal Insan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………... ………………………………
( ) ( )
Setiausaha, Pengetua,
Kem Kepimpinan Pelajar SMK........................

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 38

KEM KEPEMIMPINAN PELAJAR


SMK _____________________________
TEMPAT : TELUK GOREK RESORT, MERSING
TARIKH : 27 – 29 MEI 2011

PERATURAN KEM

1. Peserta mesti menghadirkan diri untuk semua sesi kursus kecuali mendapat kebenaran
bertulis daripada urusetia kem.
2. Peserta mesti mematuhi segala peraturan sekolah dan perjalanan kem seperti yang
diberikan dari masa ke semasa.
3. Peserta diminta menyediakan pakaian yang secukupnya untuk kem selama 2 hari 1
malam.
4. Peserta tidak dibenarkan menggunakan handphone ( Jika bawa handphone, sila serah
kepada urusetia kem )
5. Peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan kem sepanjang kem ini tanpa kebenaran
urusetia.
6. Peserta tidak dibenarkan membawa atau memakai barang-barang kemas.
7. Peserta bertanggungjawab ke atas semua barang milik masing-masing.
8. Peserta hanya tidur di dalam bilik yang telah ditetapkan sahaja.
9. Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan orang luar kecuali dengan kebenaran
urusetia.
10. Ibubapa / penjaga diminta mendapatkan kebenaran urusetia terlebih dahulu untuk
berjumpa anak / jagaan mereka semasa berkursus.
11. Peserta mesti berkelakuan baik sepanjang kem. Peserta yang melanggar peraturan
sekolah dan peraturan kem akan dikenakan tindakan yang tegas.
12. Peserta yang merosakkan harta benda tempat berkursus perlu membayar gantirugi bagi
kerosakan tersebut.

SENARAI KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA

1. Baju sukan ( T-shirt )


2. Seluar sukan ( track bottom )
3. Tuala mandi

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 39

4. Selipar
5. Kasut sukan
6. Pakaian sembahyang ( pelajar yang beragama Islam )
7. Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dll
8. Alat tulis
9. Buku nota
10. Ubat ( jika ada penyakit tertentu )
11. Lampu picit
12. Air masak
13. Stoking
14. Plastik untuk pakaian kotor
15. Tilam
16. Tikar
17. Bantal
 Pihak sekolah akan menyediakan peti pertolongan cemas

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 40
JADUAL KEM KEPIMPINAN PELAJAR (3HARI 2MALAM)

Hari/ 5.30 7.00 7.30 8.00 10.00 10.30 12.30 2.00 4.00 4.30 5.00 6.00 7.00 9.00 11.00 11.30 1.00
masa - - - - - - - - - - - - - - - - -
7.00 7.30 8.00 10.00 10.30 12.30 2.00 4.00 4.30 5.00 6.00 7.00 9.00 11.00 11.30 1.00 5.30
pg pg pg pg pg tgh ptg ptg ptg ptg ptg mlm mlm mlm mlm pg pg

Jumaat Pendaftaran/ Ceramah

Petang
Minum

asar/moral
Solat

breaking
Ice

Makan malam

tazkirah isyak/moral
maghrib/
Persiapan diri/

Kudapan

walking
Star
27/5/2011 taklimat Kepimpinan Tidur
/penginapan

Sabtu LDK1 LDK2 Makan Explore race Solat LDK 3 (simulasi Tidur

Minum Pagi
diri/solat subuh

Senaman Pagi

28/5/2011 (Imej Diri) (Komu- tgh/solat (Team Building)/Penyelesaian Asar/moral di sekolah dan
pagi
Sarapan
Persiapan

nikasi) zohor masalah /persiapan pembentagan)


/moral diri
Ahad Rumusan/
29/5/2011 penilaian Majlis perasmian Makan Tengahari dan Bersurai Bertolak ke balik
penutup
Penerangan

Bil Aktiviti Kekerapan Personalia


1 Pendaftaran / taklimat / penginapan 1 kali
2 Ice breaking 1 kali
3 Persiapan diri / solat / moral / tazkirah isyak 7 kali
4 Ceramah Kepimpinan 1 kali
5 Star walk 1 kali
6 LDK1 (Imej Diri) 1 kali
7 LDK2 (Komunikasi) 1 kali
8 Explore race (Team Building)/Penyelesaian masalah 1 kali
9 LDK 3 (simulasi di sekolah dan pembentagan 1 kali
10 Rumusan / Penilaian 1 kali
11 Majlis perasmian penutup 1 kali
12 Makan dan minum 11 kali
13 Riadah 2 kali

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 41
ICE BREAKING

TAJUK : ICE BREAKING

PERSONALIA : GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

OBJEKTIF : 1. Menyediakan satu suasana yang dapat mengurangkan batas-


batas pemisah sosial di kalangan peserta kursus.

2. Memberikan beberapa wawasan peringkat awal melalui


aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan secara tidak langsung.

MASA : 1 JAM

BAHAN : Keratan lagu-lagu : konji konji, rumput hijau, can mali can

LANGKAH-LANGKAH : (ikut kreativiti fasilitator)

1 Peserta berkumpul dalam kumpulan besar.


2 Arahkan pelajar berkumpul mengikut
- warna baju yang sama
- jenis kasut yang sama jenis
- bulan kelahiran yang sama
- tingkatan yang sama
- kaum yang sama dsb
3 . Minta peserta berbaris ikut jantina yang sama.

4. Minta peserta memicit bahu rakan di hadapan mereka.

5. Minta peserta pusing ke belakang dan memicit bahu rakan mereka.

6. Minta setiap peserta menyebut angka 1 hingga 10 secara turutan bermula dari
hadapan hingga ke belakang. (bilangan angka bergantung kepada kumpulan yang
ingin dibentuk.)

7. Arahkan peserta berbaris ikut angka yang telah mereka sebut. Kumpulan yang telah
siap diminta duduk dalam barisan masing-masing.

8. Edarkan keratan lagu. Fasilitator menyanyikan lagu tersebut.

9. Peserta nyanyikan lagu tersebut secara kumpulan besar dan akhirnya dalam
kumpulan masing-masing .

PROSES : 1. Setiap kumpulan akan menyanyi dengan baik.

2. Kerjasama kumpulan sangat penting.

PENILAIAN : Peserta perlu kurangkan atau hilangkan rasa tidak selesa

seperti takut, malu , rendah diri dsb.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 42
RUMUSAN : Hubungan yang telah dibina akan mewujudkan rasa selesa
dan yakin untuk bekerjasama dalam aktiviti kumpulan yang
seterusnya.

1. LAGU : KONJI-KONJI

Konji konji ca ca

Jem jem ca ca

Tore tore ca ca

Konji ca

Jem ca

Tore ca

Konji jem tore

Ca ca ca

Cing kala ka piau

Cing kala ka piau

Sua...

2. LAGU : RUMPUT HIJAU

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 43

*Hei rumput yang hijau

Hei hei rumput yang hijau (2x)

Atas bukit ada rumput

Rumput hijau tak pernah lihat

Rumput atas bukit

Hei rumput yang hijau

(ulang rangkap *)

Atas rumput ada akar

Akar bengkok tak pernah lihat

Akar atas rumput

Rumput atas bukit

Hei rumput yang hijau.

(ulang rangkap *)

Atas akar ada batang

Batang besar tak pernah lihat

Batang atas akar

Akar atas rumput

Rumput atas bukit

Hei rumput yang hijau

(ulang rangkap *)

Atas batang ada dahan

Dahan rapuh tak pernah lihat


Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 44
Dahan atas batang

Batang atas akar

Akar atas rumput

Rumput atas bukit

Hei rumput yang hijau.

(ulang rangkap *)

Atas dahan ada ranting

Ranting patah tak pernah lihat

Ranting atas dahan

Dahan atas batang

Batang atas akar

Akar atas rumput

Rumput atas bukit

Hei rumput yang hijau.

(ulang rangkap *)

Atas ranting ada daun

Daun hijau tak pernah lihat

Daun atas ranting

Ranting atas dahan

Dahan atas batang

Batang atas akar

Akar atas rumput

Rumput atas bukit

Hei rumput yang hijau.

(ulang rangkap *)
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 45

Atas daun ada bunga

Bunga biru tak pernah lihat

Bunga atas daun

Daun atas ranting

Ranting atas dahan

Dahan atas batang

Batang atas akar

Akar atas rumput

Rumput atas bukit

Hei rumput yang hijau.

(ulang rangkap *)

Atas bunga da buah

Buah ranum tak pernah lihat

Buah atas bunga

Bunga atas daun

Daun atas ranting

Ranting atas dahan

Dahan atas batang

Batang atas akar

Akar atas rumput

Rumput atas bukit

Hei rumput yang hijau.

(ulang rangkap *)

3. LAGU ; CAN MALI CAN

* Can Mali Can (3x)

Ketipung payung
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 46
(ulang 2x)

Dimana dia anak kambing saya

Anak kambing saya pergi ke Johor Bahru

Dimana dia cinta hati saya

Cinta hati saya yang pakai baju biru

(ulang rangkap *)

Dimana dia aak kambing saya

Anak kambing saya makan tepi perigi

Dimana dia cinta hati saya

Cinta hati saya tak pernah mandi pagi

(ulang rangkap *)

4. LAGU : BERJAYA

Malaysia kita sudah berjaya

Aman makmur bahagia

Malaysia abadi selamanya


Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 47
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar

Menjunjung cita-cita

Satu bangsa satu bahasa

Malaysia berjaya

(korus)

Dari Perlis sampailah ke Sabah

Kita sudah merdeka

Negara makmur rakyat mewah

Kita sudah berjaya

Dengar semboyan kita berjaya

Gemuruh di angkasa

Satu bangsa satu negara

Malaysia berjaya

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

LDK 1

Aktiviti 1

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 48
Tajuk : Maskulin Dan Feminin

Personalia : Guru Pengawas

Objektif : Di akhir modul ini peserta akan dapat :

1. Menanamkan sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri.

2. Mengamal ciri-ciri kekemasan dari segi fizikal –


tubuhbadan,pakaian, amalan. Persekitaran- kerja
bertulis, buku, meja, bilik darjah dan persekitan sekolah.

3. Melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti.

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas sebak 10 helai

Pita pelekat 10 gulung

Marker pen 10 batang

Langkah-langkah : 1. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan

2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas sebak, pita


pelekat dan pen marker.

3. Peserta diminta membincangkan ciri-ciri pemimpin


pelajar yang berimej kemas dan selekeh

4. Peserta diminta mencatat hasil perbincangan mereka di


atas kertas sebak.

Proses : 1 Wakil setiap kumpulan akan membentangkan dapatan


kumpulan mereka.

2. Kumpulan perlu membawa Model A ( Berpakaian kemas)


Model B ( Berpakaian Selekeh ) sebagai perbandingan.

Penilaian : Pelajar perlu sedar kepentingan menjaga imej diri sebagai


pemimpin pelajar.

Rumusan : Fasilitator membuat rumusan (. (Contoh : Rujuk lampiran A )


Kekemasan diri dapat membentuk jiwa bersih dan sihat.
Lampiran A

Panduan Fasilitator

Imej Selekeh Imej Bersih dan Kemas

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 49
Rambut - Tidak bersikat/panjang/tidak Bersikat
terurus/berkutu

Mata - Bertahi Mata Bersih

Telinga - Berdaki/bertahi telinga Bersih

Hidung - Berhingus Tidak berhingus

Mulut/ Gigi - Tidakdigosok/ air lur basi Gigi putih dan bersih

Leher - Berdaki Tiada daki

Kuku - Panjang/ kotor/ hitam Pendek dan bersih

Ketiak - Kesan kuning pada baju Wangi

Baju - Butang tak dikancing Berkancing


- Tidak digosok/berkedut Lengan baju berbutang

Lencana - Tanda nama tidak dipakai Berlencana

Tali pinggang berkepala besar Tali pinggang biasa

Seluar - Terlalu ketat/ lebar Saku bertebuk


- Lipatan kaki tidak berjahit Longgar/biasa
- Saku di bahagian hadapan

Kaki - Berkudis Bersih

Kasut - Tali tidak berikat/ Kotor Putih

Stokin - Kotor Putih

LDK 1

Aktiviti 2

Tajuk : Produk Terhebat!!!

Personalia : Guru Pengawas

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 50
Objektif : Di akhir modul ini peserta akan dapat :

1. Menanamkan sikap keyakinan diri semasa


berkomunikasi

2. Mengendalikan perbincangan dalam kumpulan mengikut


agihan tugas.

3. Melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti.

Masa : 1 jam

Bahan : Buku Catatan

Alatulis

Langkah-langkah : 1. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan

2. Setiap kumpulan perlu menyediakan buku catatan dan


alatulis.

3. Peserta diminta membuat persembahan iklan selama 3


minit tentang barang yang hendak dipromosikan (Contoh
: Air mineral, Roti, Telur, Biskut dll )

4. Peserta lain diminta mengangkat tangan sekiranya


mereka berminat untuk membeli barangan tersebut.
Kumpulan yang memperoleh belian terbanyak akan
dikira sebagai pemenang.

Proses : 1. Wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil


kreativiti masing-masing.

2. Kerjasama kumpulan sangat penting untuk


menghasilkan persembahan yang menarik.

Penilaian : Peserta perlu sedar kepentingan kerjasama dalam kumpulan ,


keyakinan diri dan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu tugasan.

Rumusan : Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama.

LDK 2

Aktiviti 1

TAJUK : Telefon Rosak

PERSONALIA : Guru Bimbingan dan Kaunseling

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 51
OBJEKTIF : Di akhir program, para pelajar dapat:-

1. mengetahui bahawa setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam


organisasi

2. menyedari bahawa tingkah laku kita kadangkala memberikan kesan kepada orang lain
seperti organisasi, keluarga dan masyarakat

MASA : 45 minit

BAHAN : Skrip

LANGKAH-LANGKAH :

1. Edarkan skrip kepada ketua kumpulan


2. Berikan masa untuk ketua kumpulan membaca cerita tersebut
3. Mengarahkan ketua kumpulan tampil ke hadapan kumpulan masing-masing
4. Mengarahkan setiap kumpulan berada dalam satu barisan dengan jarak yang
ditetapkan
5. Meminta ketua kumpulan menyampaikan cerita kepada ahli kumpulan yang
pertama
6. Seterusnya ahli pertama tadi menyampaikan cerita kepada ahli yang berikutnya.
Proses diteruskan hingga sampai kepada ahli yang terakhir
7. Ahli yang terakhir diminta untuk menceritakan cerita tersebut kepada fasilitator
yang akan mencatat di atas sekeping kertas
8. Fasilitator menyemak cerita tersebut dan dibandingkan dengan cerita asal
9. Fasilitator membuat penilaian dan rumusan aktiviti

PENILAIAN :

Berdasarkan kepada ketepatan maksud, cerita dan tanggungjawab sebagai pemimpin

RUMUSAN :

Setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang betul
di dalam organisasi

SKRIP CERITA

HOW MANY WOOD CAN A WOOD CHUCK CHUCK IF A WOOD CHUCK COULD CHUCK
WOOD

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 52
PAK ALANG KE KEDAI SIEW LANG LALU DI TEPI PADANG YANG PENUH LALANG LALU
TERJUMPA GELANG EMAS

LDK 2

Aktiviti 2

TAJUK : Pidato Spontan ( Kereta )

PERSONALIA : Guru Bimbingan dan Kaunseling

OBJEKTIF : Di akhir program, para pelajar dapat:-

1. Memberi peluang kepada ahi mengeluarkan idea dan


menyelesaikan masalah
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 53

2. Menyedarkan ahli tentang kepentingan


mengeluarkan pendapat

3. Menyedarkan ahli bahawa setiap orang mempunyai


peranan masing-masing dalam kumpulan

MASA : 45 minit

BAHAN : Kertas A4, pen marker

LANGKAH-LANGKAH :

1. Fasilitator meminta setiap ahli memilih bahagian-bahagian kereta yang mereka sukai
dan senaraikan kepentingan bahagian masing-masing
2. Berikan masa untuk ahli kumpulan berbincang mengenai kepentingan bahagian yang
dipilih
3. Selepas tiga minit, fasilitator memberikan setiap ahli kumpulan nombor peribadi
berdasarkan bilangan ahli kumpulan
4. Nombor ahli yang disebut oleh fasilitator perlu menyatakan kepentingan bahagian
yang dipilih berbanding dengan bahagian kereta yang lain
5. Proses diteruskan sehingga semua ahli kumpulan mengeluarkan pendapat masing-
masing
PENILAIAN :

Berdasarkan kepada keberanian, keyakinan dan kecekapan pelajar mengeluarkan pendapat


dan berdebat.

RUMUSAN :

1. Setiap sesuatu yang wujud ada kepentingannya


2. Setiap individu adalah unik dan berbeza dan tidak boleh bertindak bersendirian
3. Setiap pemimpin perlu menguasai kemahiran berkomunikasi dalam memainkan
peranan di dalam organisasi.

LDK 2

Aktiviti 3

TAJUK : Lukisanku

PERSONALIA : Guru Bimbingan dan Kaunseling

OBJEKTIF : Di akhir program, para pelajar dapat:-

1. Memahami konsep komunikasi sehala dan dua hala


2. Menyedari kepentingan komunikasi dalam satu
organisasi kepimpinan
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 54
3. Menyedari kepentingan kemahiran mendengar

MASA : 45 minit

BAHAN : kertas mahjung, pen marker, kertas bergambar

LANGKAH-LANGKAH :

1. Fasilitator dibekalkan dengan kertas gambar


2. Ahli kumpulan dikehendaki duduk membelakangkan fasilitator (beri arahan pusing ke
belakang)
3. Fasilitator menunjukkan kertas bergambar kepada ahli pertama dan diberi masa 2
minit untuk memerhati dan meneliti lukisan itu. Kemudian gambar itu disimpan oleh
fasilitator
4. Ahli yang pertama tadi diminta memberi arahan mengenai gambar lukisan tadi kepada
peserta ke dua (secara berbisik). Peserta ke dua melukis gambar seperti mana yang
diarahkan oleh peserta pertama tadi. Kemudian ahli ke dua memberi arahan secara
berbisik juga kepada ahli ke tiga dan aktiviti ini sehingga ahli terakhir. (Gambar yang
telah dilukiskan oleh peserta ke dua, ke tiga dan seterusnya perlulah diterbalikkan)
5. Setelah semuanya siap, pamerkan semula semua gambar yang telah dilukis beserta
dengan lukisan asal
PENILAIAN :Berdasarkan kepada ketepatan ahli melukis gambar bersamaan
dengan gambar asal

RUMUSAN :

1. Aspek penting dalam komunikasi ialah memberi arahan yang tepat dan mendengar
dengan teliti
2. Komunikasi secara langsung lebih berkesan dan sangat penting untuk
mengesahkan sesuatu berita/mesej/cerita
3. khabar angin biasanya tidak tepat, perlu mendengar dari penghantar asal untuk
mengesahkan berita
LUKISANKU

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 55

LDK 3

Aktiviti 1

Tajuk : Simulasi (Sambutan Hari Guru/Majlis Anugerah

Cemerlang)

Personalia : Guru Pengawas

Objektif : Di akhir modul ini peserta akan dapat :

1. Menanamkan sikap tanggungjawab terhadap tugas


yang diamanahkan.

2. Memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan


untuk menghasilkan kerja yang terbaik.

3. Meningkatkan keyakinan diri sebagai pemimpin


Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 56
Masa : 2 jam

Bahan : Kertas A4

Alatulis

Langkah-langkah : 1. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan

2. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk mengendalikan


sesuatu majlis.

3. Ahli kumpulan membincangkan bagaimana untuk


menjalankan simulasi majlis tersebut.

3. Setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil


perbincangan menggunakan kaedah simulasi.

Proses : 1. Wakil setiap kumpulan akan menjalankan simulasi tugasan


mereka

4. Selesai perbincangan fasilitator memberi ulasan dan membuat penambahbaikan jika


perlu

Penilaian : Kerjasama kumpulan sangat penting untuk menjayakan sesuatu


program

Rumusan : Boleh menerima kekuatan dan kelemahan diri dan orang lain.

CERAMAH KEPIMPINAN

HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 – 11.00 mlm (2 jam)

PENCERAMAH JEMPUTAN :
Hajjah Zanariah Bt Buang (Guru Cemerlang Pendidikan Islam, SMK Tun Hussein Onn,
Kluang)

PENGISIAN CERAMAH :

Definisi pemimpin :
Pemimpin adalah seorang atau orang-orang yang mengetuai atau memimpin sesuatu badan,
organisasi dan pergerakan. Pemimpin mudah dikenali dan dilihat secara jelas sekalipun
kedapatan ramai pemimpin yang tidak punyai daya kepimpinan.

Kategori pemimpin :

1. Pemimpin rasmi – punyai status hasil dari jawatan yang disandang atau dilantik oleh
pihak berkuasa

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 57
2. Pemimpin tidak rasmi – seseorang yang boleh mempengaruhi anggota-anggota
kelompok dibawahnya hasil kebolehan semulajadi dan tersendiri tanpa paksaan dan
ikatan jawatan yang disandang. Kepimpinan lahir dari kerelaan dan penghargaan yang
diberi oleh anggota kelompok tersebut.

Sifat-sifat pemimpin :

Sebagai pemimpin seseorang itu perlu ada sifat-sifat berikut ;

a) Hebat personaliti

b) Pemikiran dan penghayatan yang jelas dan cerdik

c) Hati yang mulia

d) Benar

e) Amanah

f) Sabar dan tenang

g) Berani dan gigih

h) Diplomasi dan fleksibel

i) Memandang kehadapan

Pemimpin berkualiti :

Pemimpin berkualiti bermaksud pemimpin yang dapat memenuhi keperluan ahli dan
mendapat kesetiaan dan kepercayaan mereka. Ianya dapat dilihat dari aspek-aspek :

a) Sesuai dengan masa dan keperluan

b) Sesuai dengan tujuan

c) Strategi kearah kemenangan

d) Kesinambungan

e) Kepuasan pengikut dan pelanggan

Gaya kepimpinan :

Terdapat beberapa gaya dalam kepimpinan :

a) Kepimpinan melalui musyawarah

Pemimpin menjadi ketua perbincangan dan keputusan diambil setelah mendengar


pendapat ahli. Keputusan dibuat di atas kewajaran dan kemungkinan kecil tidak
majoriti

b) Kepimpinan melalui demokrasi

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 58
Ketua mendengar pandangan majoriti dan mengambil keputusan di atas pendapat
majoriti. Pemimpin lebih bersifat penyelaras.

c) Kepimpinan melalui otokrasi

Pemimpin memberi arahan berdasarkan pandangan dan penilaiannya tanpa


pandangan ahli. Gaya ini sesuai di masa kritikal yang memerlukan tindak balas
segera.

d) Kepimpinan melalui tauladan

Pemimpin berupaya mempengaruhi ahli melalui tindakan dan tingkahlakunya. Ahli-ahli


mengikut ketua tanpa disedarinya.

TAZKIRAH

TAZKIRAH 1

MALAM PERTAMA : 30 MINIT

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 59

TAJUK : KEPIMPINAN DALAM ISLAM

PENGENALAN
Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini.
Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah
terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.
Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka
kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan
sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah :
Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas
muka bumi.(al Baqarah : 30)

DEFINISI
Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta
penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin
kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.
Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabi’in telah
ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah.
Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak
membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda
belum lagi disemadikan. Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu
TASHRIF (mulia) tetapi juga lebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF
(tanggungjawab) yang amat besar kepada insan
yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi
prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal
kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan :

Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik
salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (al Hadith)

Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi
yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau
organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap
pemimpin adalah terserlah.

KEPENTINGAN DAN MATLAMAT


Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang
sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam
telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan
satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas.

1. MEMAKMURKAN BUMI DENGAN PERLAKSANAAN SYARIAT


Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 60
Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa” yang
tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu
tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana
dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi. Pemimpin mestilah yakin
untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah
sebagaimana firmannya :

Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam (al Imran :19)

2. MENYAMBUNG TUGAS RASUL


Ketetapan bahawa Rasulullah merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi
pemimpin umat bertaraf rasul yang akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula
Nabi Isa, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang
zaman. Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk
mengambil peranan baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang
benar-benar berkelayakan dan bertaraf ulamak. Diiktiraf dan dia sendiri menerima
wala’(kesetiaan) daripada orang di bawah pimpinannya.

3. BUKTI KEPATUHAN KEPADA ALLAH


Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak
lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah, yang dipelopori oleh
pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar.
Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah dalam amalan seharian
mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa berlumba-
lumba mencari keredhaan Allah.

TAZKIRAH 2

MALAM KEDUA : 30 MINIT

TAJUK : CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN MUSLIM SEJATI

1. BERIMAN DAN ADIL

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 61
Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan
sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-
orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan
menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk
untuk memastikan kesejahteraan bersama.

2. MENGENALI DAKWAH
Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie (pendakwah) yang
bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar
dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie
dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya
untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih
mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu
diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.

3. MENGENALI JIWA
Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan
yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak
akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya
pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu
seorang pemimpin mestilah :
a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.
b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan
memajukannya lagi.
c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak
mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial,
ekonomi dan lain- lain.
d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta
mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan
mereka.

4. PERHATIAN KEPADA ORANG BAWAHAN


Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka
sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama
merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah
mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina
thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada
suasana tersebut.
Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan antara
kedua-dua belah pihak tidak begitu intim. Anak buah yang berasa dipinggirkan mungkin akan
mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 62
yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak.
Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya untuk
mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa
dikongkong dan tidak bebas.

5. TELADAN YANG BAIK


Para pengikut sentiasa memerhatikan dan memandang kepada pemimpin sebagai
model yang baik untuk diikuti dan dicontohi. Telatah pimpinan, budi pekerti, kata-kata
dan segala perbuatannya mempunyai pengaruh yang sangat berkesan kepada setiap
pengikutnya. Rasulullah adalah merupakan satu teladan yang amat baik bagi seluruh
umat manusia. Firman Allah yang bermaksud :
“ Sesungguhnya pada diri Rasulullah satu contoh ikutan yang baik” Sedang Para
sahabat pula merupakan para pemimpin yang soleh dan penganjur-penganjur yang
mendapat petunjuk Ilahi yang disifatkan sendiri oleh baginda : “ Sahabat-sahabatku
umpama bintang di langit, siapa sahaja antara mereka yang kamu ikuti, maka pasti
kamu akan beroleh petunjuk” ( al Hadith)

6. OPTIMISME
Optimisme adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang
memimpin. Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berharapan penuh
dan berlapang dada. Tetapi ini janganlah pula memalingkan daripada membuat
perhitungan di atas sebab yang boleh menggagalkan usahanya pada masa-masa yang
akan datang.
Sikap berputus asa adalah merupakan satu faktor terpenting yang boleh menyebabkan
keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan orang perseorangan dan kumpulan-
kumpulan tertentu. Tidak harus dikatakan berputus asa itu satu hikmah atau satu
kebijaksanaan sepertimana tidak harus juga harapan itu dinamakan terburu nafsu

PENDIDIKAN MORAL

Tajuk : Kuliah Moral 1

Aktiviti : Penerokaan Diri

Tarikh : 27 MEI 2011

Masa : 8.00 – 9.00 malam

Tempat : Dewan Teluk Gorek Resort, Mersing

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 63
Alatan : Kertas

Perlaksanaan :

1. Fasilitator mengucapkan tahniah kepada ahli kelompok kerana dipilih untuk


menghadiri kem kepemimpinan.
2. Fasilitator meminta peserta menyuarakan perasaan dan pendapat mereka tentang
kem kepemimpinan dan merasionalkan mereka.Fasilitator memantau dan membuat
penilaian dari segi keterlibatan / komitmen ahli kumpulan.
3. Fasilitator menegur tentang disiplin peserta :
• mematuhi peraturan
• menepati masa
• bekerja sama
• membantu rakan peserta
• menghormati rakan peserta, pengawas senior, guru-guru dan penceramah
• menurut arahan pengawas senior dan guru-guru
• bertolak ansur
• senyap semasa mendengar ceramah dan arahan dari pengawas senior dan
guru-guru
• menjaga kebersihan dewan makan, tandas dan kebersihan diri.
4. Fasilitator membahagikan kertas kepada peserta dan meminta peserta melipat dua
kertas tersebut..
5. Fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat positif yang ada pada dirinya
di ruang sebelah kiri kertas.
6. Fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat negatif yang ada pada dirinya
di ruang sebelah kanan kertas.
7. Peserta menomborkan sifat-sifat positif diri mengikut keutamaannya
8. Fasilitator membimbing perbincangan kelompok mengenai hanya satu sifat positif
paling utama pada tiap-tiap peserta. Perbincangan meliputi reaksi peserta terhadap
sifat kekuatan yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi
boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.
9. Fasilitator merumuskan bahawa :
• Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri
• Memberi keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.

Tajuk : Kuliah Moral 2

Aktiviti : Cermin Muka.

Tarikh : 28 MEI 2011

Masa : 8.00 – 9.00 malam

Tempat : Dewan Teluk Gorek Resort, Mersing

Alatan : Cermin

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 64
Pelaksanaan : Setiap peserta diminta membuat penjelasan kepada soalan di bawah.
Siapakah orang di dunia ini yang paling disayangi ? Mengapa?

1. Selepas setiap orang membuat penjelasan, edarkan sebuah cermin.


2. Arahkan peserta supaya melihat cermin tersebut dan 64elo apa yang mereka 64elo n.
3. Renungi apa yang telah dilakukan oleh orang dalam cermin tersebut selama ini.
4. Fasilitator merumuskan
• Dalam lakukan sesuatu kita jangan lupa bahawa kita perlu menyayangi diri
sendiri.
• Apa yang terjadi pada kita hari inkal terjadi adalah hasil daripada perbuatan
kita yang lalu. Apa yang bakal terjadi pada diri kita di masa akan datang adalah
hasil daripada perbuatan kita hari ini.

EXPLORE RACE

ARAHAN:
1. Peserta diberikan barang amanah yang perlu dibawa semula hingga ke penamat.
Sebarang masalah pada barang amanah peserta akan dikenakan penalti.
2. Barang amanah boleh diberikan seperti biskut, telur ayam, belon berisi air dan
sebagainya.
3. Program explorace ini fokus kepada ”team building” kepimpinan.
4. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang jenis kenderaan.
5. Semua check point berada di sekitar kawasan kem sahaja.
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 65
6. Check point 1 berada di tangan guru/ staf/ pekerja. Untuk mengenali mereka, terdapat
sesuatu yang ganjil pada diri beliau.
7. peserta mesti mengikut arahan seperti dalam kertas arahan di check point yang
diterima. Setiap sampul surat mempunyai NAMA KUMPULAN, pastikan peserta tidak
mengambil sampul surat ahli kumpulan lain. Penalti akan dikenakan.
8. Peserta yang tidak dapat menyempurnakan tugasan di setiap check point akan
dikenakan penalti.
9. Setiap check point diperuntukan 15 minit untuk menyelasaikan tugasan yang
diberikan. Jika tidak dapat menyempurnakan tugasan, penalti akan dikenakan.

PENALTI:

1. Tolak 5 minit daripada waktu tiba di garisan penamat.

2. Kesalahan berulang akan ditolak lagi 2 minit.

PERSONALIA: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, FASILITATOR, KEM KOMANDEN

DAN AJK GURU

MATLAMAT:

Melahirkan pemimpin pelajar yang berketrampilan, berkebolehan dan matang dalam semua
situasi.

OBJEKTIF:

1. Mewujudkan kerjasama di antara ahli kumpulan

2. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi aspek kognitif,


psikomotor, emosi, ikhtiar hidup, kepimpinan dan kreativiti.

3. Melahirkan pemimpin yang mempunyai IQ dan EQ stabil

MASA: 3 JAM

BAHAN-BAHAN:
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 66
1. Kain pelikat/batik

2. Telur ayam/ Biskut/ 66elo nisi air (Barang amanah)

3. Air Minuman

4. Sudu

5. Roti

6. Kaya

7. Kertas A4 (origami)

8. Pen

9. Kertas Mahjong

10. Marker pen

LANGKAH-LANGKAH:

1. Fasilitator memberi arahan/ taklimat dan bahan-bahan yang perlu dibawa oleh peserta

2. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.

3. Fasilitator perlu memastikan setiap check point mempunyai seorang fasilitator untuk
memegang check point.

4. Pastikan tempat untuk check point mestilah sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan.

DI AKHIR EXPLORE RACE: (MASA- 40 MINIT)

1. Setiap kumpulan di minta menyenaraikan di kertas mahjong:

a. Pengajaran/ moral

b. Pengalaman dari segi kognitif, emosi dan psikomotor.

2. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan dan fasilitator memberi respon


setiap pendapat yang diberikan. Fasilitator perlu menekankan kerjasama dan
kepimpinan pada setiap kumpulan.

Kumpulan 1-10
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 67

Soalan ke Check Point 1 (Fasilitator membacakan arahan berikut):

Anda dikehendaki mencari guru/ pekerja/ Tuan punya kem untuk mendapatkan check point.
Checkpoint anda berada di tangan beliau. INGAT, pastikan anda mengambil check point
mengikut nama kumpulan anda.

KUMPULAN 1-5

Check point 1 (air minuman)

Guru / Pekerja / Tuan Punya Kem

Masa: 15 minit

Anda diminta membina 3 pantun 4 kerat yang bertemakan:

1. Kepimpinan

2. Dadah

3. 1 Malaysia

4. Rukun Negara
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 68
5. Guru-guru

Setiap kumpulan perlu mempersembahkan pantun-pantun tersebut mengikut gaya dan


kreativiti kumpulan. Kerjasama dalam kumpulan amat dititikberatkan.

Tahniah. Anda telah Berjaya dan jadikan Air Minuman Ini sebagai bekalan di Check Point
seterusnya. Jika dimunum air ini anda akan tercekik di check point 5.

Sila dapatkan sudu di checkpoint seterusnya….

Check point 2 (Sudu)

Masa: 15 minit

Apa yang anda rasa boleh anda korbankan untuk kumpulan anda? Jam, kasut, tali kasut, topi, tali
pinggan atau baju dan sebagainya.... jadikan itu semua sebagai logo/ arca yang melambangkan
kumpulan anda. Logo tersebut mestilah relevan dan mempunyai makna tersurat atau tersirat.

Sudu ini sangat berguna anda di Check point 5. Jaga sudu tersebut seperti anda menjaga barang
amanah.

Check point seterusnya ada menyediakan roti

Check point 3 (Roti)

Masa: 15 minit

Tiba-tiba seorang rakan anda pengsan. Anda diminta membuat usungan menggunakan kain
batik/pelikat yang dibawa untuk membawa rakan anda hingga ke check point 5. Rakan anda yang
pengsan mestilah jangan membuka mata atau bergerak. Jika tidak penalti akan dikenakan. Setelah
selesai tugasan sila minta roti daripada fasilitator yang memegang check point seterusnya.

Anda diminta
Check membuat
point satu
4 (Kaya/ “trade mark” kumpulan anda. Apabila fasilitator telah setuju dengan
Sardin)
persembahan anda, anda akan mendapat kaya/ sardine.
Masa: 15 minit
Tahniah! Anda Berjaya. Tapi sebelum itu pastikan seorang rakan anda masih tidak sedar dari
pengsan.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Kaya/ sardine akan menjadi pelengkap di check point 5 nanti.
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 69

Check point 5

(Dewan)

Masa: 15 minit

Tahniah!

SELAMAT MAKAN....

Sila tunggu rakan-rakan anda dari kumpulan lain tiba.....

Jangan lupa rakan anda yang pengsan pun nak makan juga.....

KUMPULAN 6-10

Check point 1 (Kaya/ Sardin)

Masa: 15 minit

Anda diminta membuat satu “trade mark” kumpulan anda. Apabila fasilitator telah setuju dengan
persembahan anda, anda akan mendapat kaya/ sardine.

Tahniah! Anda Berjaya.

Kaya/ sardine akan menjadi pelengkap di check point 5 nanti.

Check point 2 (Roti)

Masa: 15 minit

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 70

Tiba-tiba seorang rakan anda pengsan. Anda diminta membuat usungan menggunakan kain
batik/pelikat yang dibawa untuk membawa rakan anda hingga ke check point 5. Rakan anda yang
pengsan mestilah jangan membuka mata atau bergerak. Jika tidak penalti akan dikenakan. Setelah
selesai tugasan sila minta roti daripada fasilitator yang memegang check point seterusnya.

Check point 3 (Sudu)

Masa: 15 minit

Apa yang anda rasa boleh anda korbankan untuk kumpulan anda? Jam, kasut, tali kasut, topi, tali
pinggan atau baju dan sebagainya.... jadikan itu semua sebagai logo/ arca yang melambangkan
kumpulan anda. Logo tersebut mestilah relevan dan mempunyai makna tersurat atau tersirat.

Sudu ini sangat berguna anda di Check point 5. Jaga sudu tersebut seperti anda menjaga barang
amanah.

Check point seterusnya ada menyediakan Air Minuman

Check point 4 (air minuman)

Guru/ Pekerja/ Tuan Punya Kem

Masa: 15 minit

Anda diminta membina 3 pantun 4 kerat yang bertemakan:

1. Kepimpinan

2. Dadah

3. 1 Malaysia

4. Rukun Negara

5. Guru-guru

Setiap kumpulan perlu mempersembahkan pantun-pantun tersebut mengikut gaya dan


kreativiti kumpulan. Kerjasama dalam kumpulan amat dititikberatkan.

Tahniah. Anda telah Berjaya dan jadikan Air Minuman Ini sebagai bekalan di Check Point
seterusnya. Jika diminum air ini anda akan tercekik di check point 5.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 71
Pastikan rakan anda masih pengsan dan tidak bergerak….

Check point 5 (Dewan)

Masa: 15 minit

Tahniah!

SELAMAT MAKAN....

Sila tunggu rakan-rakan anda dari kumpulan lain tiba.....

Jangan lupa rakan anda yang pengsan pun nak makan juga.....

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 72

LAKARAN UNTUK MELETAKKAN CHECK POINT EXPLORE RACE

Check point 1 Check point 2

(Air minuman) (Sudu)

Dewan
Check point 3
(check point 5)
(Roti)

Check point 4
(Kaya/
sardine)

PETUNJUK:

= LALUAN
KUMPULAN 1- 5

= LALUAN
KUMPULAN 6- 10STAR WALKING

TAJUK : STAR WALKING


Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 73
PERSONALIA : Fasilitator

OBJEKTIF : Pada akhir program ini pelajar dapat:-

- Bertindak tepat mengikut arahan bergantung kepada deria

- Bekerjasama dalam membuat keputusan

- Saling bantu-membantu dalam menyelesaikan tugasan yang


diberikan

MASA : 1 jam 30 minit

BAHAN : tali raffia, kain penutup mata, kayu, pistol air, bahan-bahan
halangan seperti pelepah kelapa, daun-daun kering, ranting
kayu dan sebagainya.
LANGKAH-LANGKAH

1. Peserta diberikan taklimat oleh fasilitator tentang perjalanan aktiviti

2. Setiap peserta akan ditutup mata dengan kain yang disediakan.

3. Setiap peserta akan dibawa oleh fasilitator ke permulaan aktiviti.

4. Peserta diminta berjalan secara berkumpulan dalam satu barisan


dengan mengikut panduan tali raffia yang disediakan sehingga ke
penamat.

5. Beberapa orang fasilitator membuat gangguan semasa aktiviti


dijalankan seperti memutuskan kumpulan, member arahan laluan
dan sebagainya.

6. Sekiranya kumpulan itu mengikut laluan yang salah, kumpulan itu


akan diberikan amaran melalui percikan air.

7. Setelah selesai aktiviti dalam tempoh 60 minit, semua kumpulan


dikumpulkan untuk proses rumusan. Wakil setiap kumpulan diminta
menceritakan pengalaman ( dari segi emosi, sikap, dan sebagainya
sepanjang aktiviti tadi)

8. Fasilitator membuat rumusan besar.

PENILAIAN :

1. Pelajar mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

2. Pelajar sedar akan kepentingan kerjasama dalam kumpulan

3. Pelajar lebih peka dalam mengenalpasti halangan dalam menyelesaikan


masalah

4. Pelajar perlu faham akan sikap asertif untuk memilih laluan yang betul

5. Pelajar bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan rakan di dalam


kumpulan.

RUMUSAN :

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 74
Pelajar yang bijak dan berani dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

CONTOH SURAT MENYURAT

CONTOH SURAT KEBENARAN PPD

SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang  07-7743468


Fax : 07-7743468
KM 4, JALAN KOTA TINGGI Kod Sekolah : JEA 2040
86000 KLUANG JOHOR

No. Rujukan : JEA2040/100-19/1


Tarikh : 6 MEI 2011

Kepada :

CONTOH
Pegawai Pelajaran Daerah Kluang,

Pejabat Pendidikan Daerah Kluang,

86000 Kluang, Johor

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH


1957
Adalah saya, dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar di Teluk Gorek Resort, Mersing.

2. Bersama-sama ini, disertakan butir-butir untuk tujuan diatas.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 75

……………………………………….

Pengetua

1. Tujuan melancong : Kem Kepemimpinan Pelajar

2. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan :

2.1 Ketua program :


2.1.1 Nama penuh :
2.1.2 No KP :
2.1.3 Alamat :

2.1.4 Guru-guru yang membantu :


2.1.5 Nama penuh :
No KP :
Alamat :

3. Butiran Kewangan :
3.1 Jumlah Wang :
3.2 Punca Wang :

3.3 Butiran Perbelanjaan :

4. Maklumat orang-orang yang dibenarkan memungut dan membelanjakan wang

Bil Nama penuh No KP Umur Jawatan Alamat

PENGAKUAN PENGETUA

a. Persetujuan bertulis ibubapa/ penjaga pelajar telah diperolehi.


b. Pelajar dan guru-guru yang terlibat telah diberi taklimat berhubungan dengan
peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
(Guru yang bertanggungjawab ditugaskan menjalankan semua langkah-langkah
keselamatan)
c. Alat-alat pertolongan cemas disediakan.

Saya dengan ini memperakukan bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan
yang diberi dalam borang ini adalah benar dan betul.

……………………………………..
Tandatangan Pengetua
Nama :

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 76

Cop Rasmi

CONTOH LAMPIRAN A

LAMPIRAN A

ANALISIS MAKLUMAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. Nama Sekolah:

2. Telifon/ Fax:

3. Takaful dibayar pada: No. Resit Rasmi:

4. Lokasi sekolah:

5. Tarikh lawatan: 5.1. Bil. Kumpulan:

6. Nama Guru/Ketua Lawatan:

7. No. Tel. Bimbit:

8. Kategori Destinasi Lawatan: Tandakan _/ kepada yang berkaitan:

8.1 Sains Teknologi : __________

8.2 Mercu Tanda : __________

8.3 Galeri : __________

8.4 Sejarah : ______/____

8.5 Kesenian/Kebudayaan : __________

8.6 Lain-lain : _Institusi Pendidikan

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 77

9. Masa Lawatan: Tandakan _/ kepada yang berkaitan

9.1 Waktu sekolah: Kali ke:

9.2 Waktu Cuti Sekolah: _________

10. Panganjuran Kelab / Persatuan:

11. Taburan Intergrasi:

PENGLIBATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

GURU M C I M C I M C I

MURID M C I M C 1 M C I

JUMLAH SEMUA M C I M C 1 M C I

Disahkan oleh,

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 78

CONTOH BORANG SENARAI NAMA PELAJAR

SENARAI NAMA PESERTA YANG MENGIKUTI KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR KE TELUK GOREK, MERSING

BAS A :________________

BIL. NAMA PENUH JAN UMUR NO. K/P ALAMAT RUMAH NO.
/ TELEFON

TING

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 79

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 80

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

40.

DISEDIAKAN OLEH: ______________________________ DISEMAK OLEH: ________________________

SENARAI NAMA PESERTA YANG MENGIKUTI KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR KE TELUK GOREK, MERSING

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 81

BAS B : _________________

BIL. NAMA PENUH JAN UMUR NO. K/P ALAMAT RUMAH NO.
/ TELEFON

TING

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 82

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 83

35.

36.

37.

38.

39.

40.

DISEDIAKAN OLEH: ______________________________ DISEMAK OLEH: ______________________

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 84

CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH

SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang  07-7743468


KM 4, JALAN KOTA TINGGI Fax : 07-7743468
Kod Sekolah : JEA 2040
86000 KLUANG JOHOR

No. Rujukan : JEA2040/100-19/1


Tarikh : 6 MEI 2011

Kepada

……………………………..

……………………………..

…………………………….
CONTOH
Tuan,

Jemputan Ceramah Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun…

Perkara di atas adalah di rujuk, sukacita dimaklumkan tuan di jemput untuk memberikan
ceramah kepada peserta kursus kepimpinan pengawas sekolah kami seperti butiran berikut;

Tarikh :
Masa :
Tempat :
Sasaran :
Tajuk :
2. Jika sekiranya tuan mempunyai bahan-bahan edaran untuk diperbanyakkan kepada
peserta kursus atau sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Penyelaras
Kursus……di talian……
3. Kerjasama dan tindakan dari tuan amat di hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………..

Pengetua

CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN DAN KEBENARAN


IBU BAPA  07-7743468
SMK Guru
JalanKaunseling
Kota Tinggi, Kluang Caw. Kluang Fax : 07-7743468
Majlis Kebangsaan Kod Sekolah : JEA 2040
KM 4, JALAN KOTA TINGGI
86000 KLUANG JOHOR
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 85

No. Rujukan : JEA2040/100-19/1


Tarikh : 6 MEI 2011

Kepada:

CONTOH
Ibubapa / Penjaga

Pemimpin Pelajar

…………………………..

………………………….

Tuan,

Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun…

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar pada
ketetapan berikut:

Tarikh :
Tempat :
Masa Pendaftaran :
Masa Balik :
2. Tahniah anak tuan terpilih mengikuti kursus ini. Diharapkan pihak tuan/puan dapat
membenarkan anak di bawah jagaan tuan/puan untuk menyertai kursus ini. Kursus ini
bertujuan untuk meningkatkan dan mendedahkan para peserta kearah kepimpinan yang
berkesan agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih mantap dan cemerlang.
3. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat di hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………

Pengetua

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 86
Saya……………………………………………………………
Ibubapa/penjaga…………………………………………………………………

Tingkatan………………………….

Membenarkan/tidak membenarkan anak dibawah jagaan saya untuk menyertai program


Kursus Kepimpinan Pelajar pada ..........

T/tangan..............................................

Tarikh..................................................

CONTOH SURAT MOHON SUMBANGAN

SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang  07-7743468


KM 4, JALAN KOTA TINGGI Fax : 07-7743468
86000 KLUANG
Majlis Guru JOHOR
Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang Kod Sekolah : JEA 2040
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 87

No. Rujukan : JEA2040/100-19/1


Tarikh : 6 MEI 2011

Kepada:

..........................................

.........................................
CONTOH
Tuan,

SUMBANGAN SEMPENA KURSUS KEPIMPINAN ______________________ 2011

Dengan segala hormatnya, SMK ____________ akan mengadakan Kursus Kepimpinan pada
27 hingga 29 Mei 2011.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
memberikan sedikit sumbangan kepada pihak sekolah dalam melicinkan perjalanan program
ini.

3. Semoga mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan. Sebarang


pertanyaan bolehlah menghubungi ______________________ di talian __________.

Segala kerjasama daripada pihak tuan adalah amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

................................................

Pengetua

CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN KEPADA BALAI POLIS,


BALAI BOMBA DAN PEJABAT KESIHATAN (BERDEKATAN
DENGAN TEMPAT PROGRAM DIJALANKAN)

SMK Jalan
Majlis Kota Tinggi,
Guru Kaunseling Kluang Caw. Kluang
Kebangsaan  07-7743468
KM 4, JALAN KOTA TINGGI Fax : 07-7743468
Kod Sekolah : JEA 2040
86000 KLUANG JOHOR
Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 88

No. Rujukan : JEA2040/100-19/1


Tarikh : 6 MEI 2011
Kepada:

CONTOH
………………………….

…………………………..

………………………….

Tuan,

Kursus Kepimpinan Pelajar Tahun…

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar pada
ketetapan berikut:

Tarikh :
Tempat :
Jumlah peserta :
Jumlah guru :
2. Bersama-sama ini disertakan senarai nama peserta dan guru yang akan menghadiri
program ini.
3. Semoga mendapat perhatian dan tindakan daripada pihak tuan. Kerjasama dan
tindakan dari pihak tuan amat di hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………

Pengetua

BORANG PENILAIAN

BORANG PENILAIAN PROGRAM

NAMA PROGRAM : ______________________________________________________


TARIKH PROGRAM : ______________________________________________________
TEMPAT : ______________________________________________________
MASA : ______________________________________________________
JANTINA & KAUM : ______________________________________________________
PETUNJUK PENILAIAN

4: SANGAT BAIK 3: BAIK 2: SEDERHANA 1: LEMAH

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 89
Sila tandakan di petak pilihan bagi setiap item penilaian berikut:

Bil Slot program 4 3 2 1

1 Pendaftaran

2 Taklimat program

3 Penginapan

4 Ice breaking

5 Ceramah kepimpinan

6 Star walks

7 LDK 1: Imej Diri

8 LDK 2: Komunikasi

9 Explore Race

10 LDK 3 : Simulasi

11 Rumusan

12 Jamuan

13 Tempoh masa

14 Tempat program

Komen
__________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Cadangan penambahbaikan

__________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

PROTOKOL MAJLIS PENUTUP

1. Lantikan juruacara.

2. Lantikan wakil pelajar untuk berucap.

3. Lantikan pelajar untuk mengetuai akur janji.

4. Lantik 3 orang pelajar untuk majlis penyampaian hadiah / sijil.

5. Lantik pembaca doa.

6. Menyediakan 3 kerusi untuk VIP.

7. Menyediakan tempat untuk majlis penutup (rostrum, PA system, LCD, layar, dll)

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 90
8. Menyediakan lagu tema program.

9. Menyediakan penyambut tetamu.

10. Menyediakan penyampai buku program.

11. Menyediakan air minumanuntuk VIP.

12. Menyediakan AJK Perakam Peristiwa.

ATURCARA MAJLIS PENUTUP

1. Ucapan alu-aluan juru acara kehadiran perasmi.

2. Bacaan doa

3. Tayangan multimedia, aktiviti sepanjang kem

4. Ucapan : a. Penyelaras program

b. Wakil pelajar

c. Perasmian penutup

5. Akur janji

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 91
6. Nyanyian lagu tema; Negaraku & Lagu sekolah

7. Majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta

8. Majlis penyampaian cenderamata kepada perasmi penutup.

9. Sesi bergambar.

10. Bersalaman

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 92

SENARAI SEMAK PROGRAM KEPIMPINAN

TARIKH: _____________________

BIL PERKARA TANDAKAN TARIKH

(/)
1. Perbincangan dengan pentadbir
2. Membina kertas kerja
3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
4. Mendapatkan sumber kewangan
5. Surat menyurat
- Makluman dan kebenaran daripada PPD
- Perasmi
- Penceramah dan Fasilitator
- Surat lantikan Ahli Jawatankuasa
- Pemberitahuan kepada polis, bomba,
Pejabat Kesihatan, RELA
- Ibu bapa / penjaga
- Penaja

- Tempat dan alatan


6. Mesyuarat penyelarasan 1
7 Penyediaan sijil dan cenderamata
8 Penyediaan Jamuan
9 Melaksanakan program
10. Pemantauan dan penilaian
11. Menyiapkan dan menghantar laporan
12. Mesyuarat post-mortem
13. Bahan edaran
14. Senarai Keperluan Peserta
15. Peti Kecemasan
16. Borang Ikrar Aku Janji
17. Borang Penilaian

FORMAT LAPORAN

PK13/10(BK31)

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI


PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 93

LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM

1. Nama Program : ...............................................................................................

2. Tarikh : ...............................................................................................

3. Masa / Hari : ...............................................................................................

4. Tempat : ...............................................................................................

5. Objektif : ...............................................................................................

...............................................................................................

6. Bilangan Penyertaan :

Peserta Lelaki Perempuan Jumlah


Ting. / M C I LL M C I LL
Tahun

7. Butiran Aktiviti :

Bil Aktiviti Personalia Pengisian

8. Penilaian Program

8.1. Kekuatan Program : ..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 94
8.2. Kelemahan Program : ..........................................................................................................

..........................................................................................................

.........................................................................................................

8.3. Langkah-Langkah Penambahbaikan : ...................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

..........................................................................................................

Disediakan oleh: .....………………………

Disemak oleh: ...…………………………..

Disahkan oleh: ...…………………………

PENGHARGAAN

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang


Modul Kursus Kepimpinan Pelajar 95

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada

a. Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

b. Majlis Guru-guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang

c. Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah daerah Kluang

d. Semua pihak dan individu yang terlibat

atas usaha dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan pembinaan Modul Kursus
Kepimpinan Pelajar.

Sekian, terima kasih.

JASAMU DIKENANG.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Caw. Kluang

You might also like