You are on page 1of 7

KETETAPAN DAN GARIS PANDUAN PENYEDIAAN

PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI , PEJABAT


PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR 2014 - 2016

Disediakan oleh : ‘Task Force’ Perancangan Strategik JPN


Dibawah seliaan Sektor Jaminan Kualit
Jabatan Pendidikan Selangor
Nov 2013

Panduan Perancangan Strategik 2014 - 2016 : JPN/PPD dan Sekolah Negeri Selangor m.s 1
KETETAPAN DAN GARIS PANDUAN
PENYEDIAAN PERANCANGAN STRATEGIK 2014 – 2016 UNTUK JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR, PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR.

1.0 KETETAPAN

1.1 Semua sekolah rendah dan menengah di Negeri Selangor hendaklah menggunakan format perancangan strategik
(PS) yang sama seperti digunakan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

1.2 Tempoh pelaksanaan PS di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah adalah dari tahun
2014 hingga 2016 (3 tahun).

1.3 Rujukan utama dalam menyediakan fokus PS ialah Bidang Keberhasilan Utama Negara – National Key Result Areas
(NKRA), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM), Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengarah
dan Sasaran Kerja Tahunan Pengarah.

1.4 Laporan prestasi pencapaian sasaran perlu dibentang dalam mesyuarat pengurusan organisasi masing-masing
sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun.

2.0 ARAHAN PENYESUAIAN SEMULA PERANCANGAN STRATEGIK (PS)


YANG SEDIA ADA.

2.1 Mana-mana organisasi/bahagian di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabatan Pendidikan Daerah dan Sekolah
hendaklah melakukan penyesuaian semula semua kandungan PS yang sedia ada supaya setara seperti dalam
ketetapan.

Panduan Perancangan Strategik 2014 - 2016 : JPN/PPD dan Sekolah Negeri Selangor m.s 2
2.2 Mana-mana organisasi / bahagian di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabatan Pendidikan Daerah perlu membuat
penyesuaian semula sekiranya terdapat keperluan penyelarasan KPI dan laporan pencapaian prestasi sasaran yang
memerlukan penghantaran / pengumpulan maklumat tersebut :

Dari SEKOLAH PPD JPS KPM


atau
Dari SEKOLAH PPD sahaja
atau
Dari PPD JPS sahaja
atau
Dari UNIT SEKTOR sahaja

3.0 PANDUAN MENYEDIAKAN PERANCANGAN STRATEGIK

3.1 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri :

3.1.1 Menyediakan PS mengikut skop di Jabatan Pendidikan Negeri.

3.1.2 Menyelaras mana-mana Teras Strategik/ Isu-Isu Strategik/ Strategi/ Pelan Tindakan/ KPI /Sasaran yang mana
laporannya perlu dihantar ke bahagian-bahagian di KPM.

3.1.3 Menyelaras mana-mana Teras Strategik/Isu-Isu Strategik/ Strategi/ Pelan Tindakan/ KPI /Sasaran yang perlu
pengumpulan laporan dari Sektor dan Unit di jabatan.

Panduan Perancangan Strategik 2014 - 2016 : JPN/PPD dan Sekolah Negeri Selangor m.s 3
3.1.4 Menyelaras mana-mana Teras Strategik/Isu-Isu Strategik/ Strategi/ Pelan Tindakan/ KPI /Sasaran yang perlu
pengumpulan laporan dari PPD dan Sekolah.

3.2 Peranan Pejabat Pendidikan Daerah :

3.2.1 Menyediakan PS mengikut skop di Pejabat Pendidikan Daerah.

3.2.2 Menyelaras mana-mana Teras Strategik/ Isu-Isu Strategik/ Strategi/ Pelan Tindakan/ KPI /Sasaran yang mana
laporannya perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri.

3.2.3 Menyelaras mana-mana Teras Strategik/Isu-Isu Strategik/ Strategi/ Pelan Tindakan/ KPI /Sasaran yang perlu
pengumpulan laporan dari Sektor dan Unit di Pejabat Pendidikan Daerah.

3.2.4 Menyelaras mana-mana Teras Strategik/Isu-Isu Strategik/ Strategi/ Pelan Tindakan/ KPI /Sasaran yang perlu
pengumpulan laporan dari Sekolah.

3.3 Peranan Sekolah :

3.2.1 Menyediakan PS mengikut skop di Sekolah.

3.2.2 Menyelaras mana-mana Teras Strategik/ Isu-Isu Strategik/ Strategi/ Pelan Tindakan/ KPI /Sasaran yang mana
laporannya perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

3.2.3 Menyelaras mana-mana Teras Strategik/Isu-Isu Strategik/ Strategi/ Pelan Tindakan/ KPI /Sasaran yang perlu
pengumpulan laporan dari unit dan panitia di sekolah.

Panduan Perancangan Strategik 2014 - 2016 : JPN/PPD dan Sekolah Negeri Selangor m.s 4
3.4 Perancangan Strategik yang baru menggunakan 5 jenis JADUAL seperti beriktu iaitu:

Jadual Tajuk
Pelan Strategik JPN/PPD/Sekolah
1
Tahun 2014-2016
Pelan Taktikal JPN/PPD/Sekolah
2
Tahun 20......
3 Pelan Operasi JPN/PPD/Sekolah Tahun 20....
Rekod Pelaksanaan Dan Penilaian Program JPN/PPD/Sekolah
4
Tahun 20....
Penilaian & Maklum Balas Prestasi Pelaksanaan Strategi Tahun
5
2014-2016

3.4.1 Bagi pengisian Jadual 1, JPN/PPD/Sekolah perlu merujuk dokumen yang disertakan bersama panduan ini.

Lampiran 1 : Mengandungi maklumat berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Lampiran 2 : Maklumat berkaitan KPI Pengarah Selangor.

Lampiran 3 : Maklumat berkaitan SKT Pengarah Selangor

Panduan Perancangan Strategik 2014 - 2016 : JPN/PPD dan Sekolah Negeri Selangor m.s 5
Sebelum penyediaan Jadual 1, adalah digalakkan menyediakan Jadual sPeCt (school programme check tool)
dan analisis persekitaran, SWOC seperti pada Lampiran 4.

3.4.2 Jadual 2 mengandungi senarai program atau aktiviti tahunan dengan maklumat yang merujuk Jadual 1,
perlu disediakan setiap tahun. Pernyataan KPI, TOV dan Sasaran perlu selari dengan KPI, TOV dan sasaran
dari Jadual 1 untuk tahun berkenaan. Semua maklumat penting program dalam Jadual 2 yang diikuti dengan
pelan operasi (Jadual 3) boleh diringkaskan pada OPPM (one page project manager) yang disediakan pada
Lampiran 5. Kaedah pengisian OPPM seperti persembahan Power Point di Lampiran 6.

3.4.3 Setiap program atau aktiviti dalam Jadual 2, perlu diikuti dengan Pelan Operasi (Jadual 3). Penerangan
lanjut mengenai penyediaan Jadual 2 dan Jadual 3 terdapat diperenggan akhir setiap jadual. Perkembangan
program perlu dicatatkan oleh pemantau yang terdiri dari Ketua Sektor, Ketua Unit, Pengetua/Guru Besar,
Ketua Bidang, Guru Kanan Mata Pelajaran atau sekurang-kurangnya Ketua Jawatankuasa berkenaan. Catatan
dengan tulisan tangan perlu dibuat pada ruangan Kekangan, Pemantauan, Penilaian dan Penambahbaikan
dalam Jadual 3. Ruangan pemantauan, kekangan dan penambahbaikan perlu dicatat semasa pemantauan
manakala ruangan penilaian perlu dicatat setelah tamat program atau setelah keputusan diperoleh.

3.1.4 Pada pertengahan dan akhir tahun perlu dilengkapkan status pelaksanaan program pada Jadual 4. Bukti
bergambar atau cetakan lain perlu disertakan selain catatan pada Jadual 3.

3.1.5 Pada akhir tahun, perlu dilengkapkan Penilaian & Maklum Balas Prestasi Pelaksanaan Strategi Tahunan pada
Jadual 5.

Panduan Perancangan Strategik 2014 - 2016 : JPN/PPD dan Sekolah Negeri Selangor m.s 6
3.5 Perancangan Strategik diperingkat sekolah (tidak tertakluk untuk JPN dan PPD) perlu mengandungi pengenalan dan
maklumat latar belakang sekolah. Kesemua Jadual 1 hingga Jadual 5 dan maklumat berkaitan perlu disusun dengan
teratur mengikut bidang atau unit dan dijilid secara berasingan serta disimpan dalam fail kulit keras dengan
susunan atau kandungan berikut:

3.5.1 Rekod Pelaksanaan (Jadual 4) dan Prestasi (Jadual 5) tahun terdahulu (2013)

3.5.2 Perancangan Strategik (Jadual 1)

3.5.3 Pelan Taktikal (Jadual 2) Tahun Semasa (2014) bersama Pelan Operasi (Jadual 3)

3.5.4 Rekod Pelaksanaan dan Penilaian Program (Jadual 4) bersama Penilaian & Maklum Balas Prestasi
Pelaksanaan Strategi (Jadual 5)

3.5.5 Kesemua unit seperti panitia, kelab/persatuan atau jawatankuasa HEM dan seumpamanya perlu
menyerahkan salinan Jadual 1, 2, 4, 5 dan OPPM kepada Ketua Penyelaras di JPN/PPD (jika diperlukan) atau
Pengetua/Guru Besar untuk tujuan simpanan dan pemantauan.

4.0 PENUTUP

Menjadi harapan Jabatan Pendidikan Selangor dan warga pendidik seluruhnya untuk memastikan dokumen Perancangan
Strategik akan sentiasa dijadikan rujukan utama bagi mengukur prestasi pencapaian organisasi demi mencapai Misi dan Visi
Kementerian Pendidikan Malaysia

- TAMAT -

Panduan Perancangan Strategik 2014 - 2016 : JPN/PPD dan Sekolah Negeri Selangor m.s 7

You might also like