You are on page 1of 1

CINTA AKAN NEGARA

Amir : Assalamualaikum cikgu.

Cikgu :, Waalaikumsalam Amir. Silakan duduk. Apa yang kamu mahu?

Amir : Saya ingin menemu ramah cikgu tentang sambutan hari


kemerdekaan peringkat sekolah. Bilakah sambutan itu akan diadakan?

Cikgu : Ohh! Sambutan hari kemerdekaan akan diadakan pada minggu


hadapan. Banyak aktiviti yang akan diadakan.

Amir : Boleh saya tahu apakah aktiviti yang biasanya diadakan dalam
program sambutan hari kemerdekaan di sekolah?

Cikgu : Antara aktiviti yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaan ialah


pidato, pertandingan lagu patriotik, melukis poster, kuiz kemerdekaan, sajak
dan pameran hari kemerdekaan. Saya harap awak dapat turut serta
menyertai pertandingan yang diadakan.

Amir : Wahh! Banyak sungguh aktiviti. Baiklah cikgu.

Cikgu : Amir, apakah yang kamu dapat simpulkan faedah yang boleh
diambil dalam program sambutan hari kemerdekaan di sekolah??

Amir : Melalui program ini dapat mewujudkan kesedaran cinta akan Negara
dan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid.

Cikgu : Betul itu! Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada
pejuang kemerdekaan Negara.

Amir : Baiklah. Terima kasih cikgu kerana sudi melapangkan masa.

Cikgu : Sama-sama

You might also like