You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.

Bagi Praktikum Fasa III ini, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang
Kadir Gedong, Simunjan sebagai tempat ber praktikum. Memandangkan praktikum kali ini
adalah Praktikum Fasa III, subjek yang akan kami ajar di sekolah kelak adalah subjek major
dan subjek elektif iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran.

Oleh itu, banyak persediaan yang perlu saya lakukan seperti memahami pedagogi
Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran dari segi strategi, kaedah serta teknik
pengajaran mengikut setiap bidang yang ada. Sebelum memulakan praktikum, kami telah
melalui beberapa perkara berikut :

1) Taklimat Praktikum :
Sebelum menjalankan Praktikum Fasa III, taklimat praktikum telah diadakan
oleh Ketua Unit Praktikum iaitu Encik Sawal. Beliau telah memberi penjelasan yang
sangat teliti mengenai aktiviti dan perkara yang perlu dilaksanakan ketika
berpraktikum kelak. Selain menekankan aspek sekolah, beliau juga turut memberi
penekanan kepada kami mengenai penyediaan fail praktikum seperti penulisan
jurnal, laporan aktiviti dan sebagainya. Segala perkara penting yang disampaikan
telah dicatat agar tidak terlepas pandang kelak.

2) Perbincangan Bersama Rakan Praktikum :


Kami telah berbincang mengenai pelaksanaan bagi pengajaran dan
pembelajaran subjek major dan minor iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-
Quran. Topik perbincangan adalah lebih kepada cadangan penambahbaikan
strategi, kaedah , pendekatan yang akan digunakan memandangkan praktikum kali
ini merupakan praktikum fasa yang ketiga. Oleh yang demikian, kami mula
merancang beberapa perkara yang perlu dilakukan di sekolah kelak. Antaranya ialah
:
 Mendapatkan jadual waktu persendirian.
 Mendapatkan rancangan pengajaran semester.
 Melihat kelas yang akan diajar dan maklumat lain yang berkaitan.
Kami telah berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing mengenai
jadual waktu dan penglibatan murid terhadap subjek Pendidikan Islam di dalam bilik
darjah bagi mendapat sedikit gambaran mengenai murid di sekolah ini.

3) Pemahaman :
Sebelum memulakan praktikum, kami cuba mendapatkan beberapa
maklumat yang penting berkenaan perkara yang perlu dilakukan semasa praktikum
kelak. Hal ini bertujuan untuk membantu kami dalam melaksanakan Praktikum Fasa
III ini dengan lebih baik dan teratur. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah
melapor diri kepada Guru Besar sekolah, mendapatkan jadual waktu persendirian
dan takwim sekolah untuk diserahkan kepada pensyarah pembimbing pada minggu
pertama praktikum. Selain itu, kami juga hendaklah berjumpa dengan guru
pembimbing bagi mendapatkan maklumat berkenaan kelas yang akan diajar serta
mendapatkan rancangan pengajaran semester.
Kami juga perlu menyediakan fail Praktikum Fasa III sebelum bermulanya
praktikum kelak. Fail ini perlu dikemaskini setiap minggu untuk diselia oleh guru dan
pensyarah pembimbing.

You might also like