You are on page 1of 5

Laporan Aktiviti Unit Hal Ehwal-Murid

2018

1. Nama aktiviti : Latihan Kebakaran

2. Kumpulan sasaran : Semua pelajar daripada Tingkatan 1 – Tingkatan 5

3. Tarikh Pelaksanaan : 10 April 2018 (9.40 petang – 10.20 petang)

4. Tempat Pelaksanaan : Padang Sekolah SMK. (P) Methodist

5. Jumlah penyertaan : 645 orang pelajar (semua pelajar)

6. Laporan pelaksanaan aktiviti :

Latihan ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Encik Haizul Anuar Bin Izadin iaitu guru

3K pada jam 7.20 pagi di dewan MGSS. Taklimat ini disasarkan untuk semua warga SMK.

(P) Methodist mengenai perjalanan laluan pelajar mengikut blok-blok supaya perjalanan

murid menjadi lancar dan loceng kebakaran akan dibunyikan pada bila-bila masa dan

mengingatkan murid supaya berada dalam keadaan bersedia. Tepat jam 9.20 pagi, loceng

kebakaran dibunyikan oleh Pn. Azizah Binti Ibrahim iaitu Staf Sokongan SMK. (P) Methodist

dan murid-murid mula keluar dalam kelas sambil dikawal oleh guru mata pelajaran. Keadaan

perjalanan murid lancar dan mematuhi mengikut arahan yang ditetapkan. Barisan pengawas

yang diketuai oleh Pn. Nor Haslina Binti Hashim telah memantau perjalanan murid ke padang

mengikut laluan pagar A dan pagar B. Murid telah berada di padang mengikut kelas masing-

masing berdasarkan papan tanda yang dipacakkan di padang oleh En. Abdul Aziz Bin Wahid

iaitu pembantu makmal SMK. (P) Methodist. Guru tingkatan masing-masing telah mengambil

buku kedatangan dan merekodkan murid supaya memastikan keselamatan murid dan tiada

yang tertinggal. Murid yang tertinggal telah dicari oleh guru berkenaan dan didapati murid

yang disorokkan berjaya dijumpai dan membawa semula ke padang. Secara keseluruhan,

semua murid selamat berada di padang. Latihan kebakaran dimulakan dengan ucapan ringkas

oleh Pengetua SMK. (P) Methodist iaitu En. Tay Kim Chye. Dalam ucapan tersebut, beliau

mengucapkan rasa syukur kerana semua murid selamat dan memberikan ucapan tahniah

kepada semua guru dan staf yang telah memberikan kerjasama bagi memastikan keselamatan

murid terjamin. Seterusnya, ucapan diteruskan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal iaitu
Puan Hajah Rohana Binti Abdul Aziz. Dalam ucapan beliau, murid-murid perlu mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan supaya keadaan menjadi terkawal dan tidak perlu rasa kelam-

kabut sekiranya berlaku kebakaran. Latihan kebakaran diakhiri dengan taklimat daripada

Ketua Guru Disiplin iaitu Puan Nor Haslina Binti Hashim dan mengatur murid supaya

bergerak ke kantin untuk waktu rehat mengikut kelas masing-masing bagi memastikan

perjalanan murid terkawal.

7. Masalah :

Segelintir pelajar yang masih tidak mengikut peraturan khususnya murid menengah atas yang

bergerak dengan tidak mengikut barisan dan apabila beratur mengikut kelas berlaku masalah

apabila mereka beratur bukan mengikut kelas tetapi mengikut kawan daripada kelas lain.

8. Cara mengatasi :

Murid yang masih tidak berdisiplin ketika latihan kebakaran dilakukan, barisan pengawas

perlu ditambah agar pemantauan dapat dilakukan setiap blok-blok bangunan bagi memastikan

perjalanan murid dan barisan mengikut kelas terkawal dan lancar.

9. Penghargaan :

Jutaan terima kasih diucapkan terutamanya kepada Barisan Pentadbir iaitu Tuan Pengetua

SMK. (P) Methodist iaitu Encik Tay Kim Chye, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid

iaitu Puan Rohana Binti Abdul Aziz, Guru-guru, Staf Sokongan dan murid-murid yang

memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan Latihan Kebakaran pada tahun 2018.

Gambar :

(Mengikut Lampiran)

Disediakan oleh : ...................................................

(Haizul Anuar Bin Izadin)

Guru Kebakaran
Lampiran :

Perjalanan murid sambil dipantau oleh En. Seah Kene Teng iaitu GKMP Matematik

dan Sains serta barisan guru.

Murid-murid berjalan mengikut laluan yang ditetapkan


Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing berdasarkan tanda yang dipasang

Guru-guru mula mengambil kedatangan mengikut kelas masing-masing


Ucapan daripada Tuan Pengetua iaitu Encik Tay Kim Chye

You might also like