You are on page 1of 180

ADST2103

Sirah Tarbawiyyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ADST2103
SIRAH TARBAWIYYAH
Dr Zulkefli Aini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Dr Widad Othman
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Zulkefli Aini


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Penyederhana: Mohd Jamaluddin Muhammad


Open University Malaysia

Penambah baik: Norafifah Ab. Hamid

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2013


Edisi Kedua, Ogos 2018
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2018, ADST2103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xiii

Topik 1 Peringkat Sebelum Kenabian I 1


1.1 Rasulullah SAW dan Keluarga Bani Hasyim 2
1.2 Penyusuan dan Pembinaan Jati Diri 7
1.3 Pembentukan Nilai Kepimpinan di Bawah Jagaan 8
Abdul Muttalib dan Abu Talib
1.4 Sejarah Kelahiran Rasulullah SAW dan Hubungannya 9
dengan Pendidikan Masa Kini
Rumusan 11
Kata Kunci 11
Rujukan 12

Topik 2 Peringkat Sebelum Kenabian II 13


2.1 Pembinaan Kembali Kaabah 14
2.2 Rasulullah SAW dan Gelaran al-Amin 16
2.3 Perkahwinan Nabi Muhammad SAW 17
dengan Khadijah binti Khuwailid
2.4 Ambang Kerasulan 19
2.4.1 Pra-penurunan Wahyu Pertama 19
2.4.2 Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu 20
2.5 Kenabian Nabi Muhammad SAW dan Hubungannya 23
dalam Konteks Pendidikan Kini
Rumusan 25
Kata Kunci 25
Rujukan 26

Topik 3 Peringkat Dakwah di Mekah 27


3.1 Dakwah Secara Sembunyi (Sirr) 28
3.2 Dakwah Secara Terang (Jahr) 31
3.3 Pemulauan Masyarakat Mekah Nabi Muhammad SAW 36
3.4 Pengusiran di TaÊif 37
3.5 Dakwah Nabi Muhammad SAW di Mekah dan 40
Hubungannya dalam Konteks Pendidikan Masa Kini
Rumusan 41
Kata Kunci 41
Rujukan 42

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 4 Peringkat Dakwah di Mekah: Tentangan Semakin Hebat 43


4.1 Hijrah ke Habsyah 44
4.1.1 Hijrah Pertama 44
4.1.2 Hijrah Kedua 46
4.2 Keadaan Sahabat Nabi Muhammad SAW 48
Menghadapi Tentangan
4.2.1 Keluarga Yasir 49
4.2.2 Bilal bin Rabbah 49
4.2.3 Khabbab bin al-Arat 49
4.3 Perjanjian Aqabah I dan II 94
4.3.1 Perjanjian Aqabah I 50
4.3.2 Perjanjian Aqabah II 52
4.4 Persiapan Hijrah 55
4.5 Tentangan Dakwah di Mekah dan Hubungannya 57
dengan Pendidikan Semasa
Rumusan 58
Kata Kunci 58
Rujukan 58

Topik 5 Hijrah Rasullullah SAW ke Madinah al-Munawwarah 60


5.1 Pembinaan Masjid Quba 61
5.2 Pembinaan Struktur Baharu Masyarakat Madinah 62
Mengetuai Operasi Peperangan
5.3 Masjid Nabawi Sebagai Pusat Pendidikan 69
5.4 Yahudi dan Ancaman Kerajaan Madinah 72
5.5 Penghijrahan Nabi Muhammad SAW Ke Madinah
dan Hubungannya dalam Konteks Pendidikan Masa Kini 76
Rumusan 77
Kata Kunci 77
Rujukan 78

Topik 6 Madinah Ibu Negara Islam 79


6.1 Pembinaan Negara Melalui Sistem Pendidikan 80
6.2 Pensyariatan Peperangan dalam Islam 82
Prinsip Asas Perundangan Islam
6.3 Perang Badar 87
6.4 Perang Uhud 93
6.5 Perang Khandaq 97
6.6 Pembinaan Negara Islam Madinah dan Hubungannya 101
dalam Konteks Pendidikan Semasa
Rumusan 102
Kata Kunci 102
Rujukan 103

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 7 Islam dan Yahudi di Madinah 104


7.1 Permusuhan Yahudi kepada Islam 104
7.2 Pengusiran Yahudi dari Madinah 105
7.2.1 Pengusiran Bani QainuqaÊ 105
7.2.2 Pengusiran Bani al-Nadhir 107
7.3 Peperangan dengan Yahudi 110
7.3.1 Peranga Bani Quraizah 110
7.3.2 Perang Khaibar 111
7.4 Islam dan Yahudi dalam Konteks Pendidikan Semasa 113
Rumusan 114
Kata Kunci 114
Rujukan 115

Topik 8 Islam Berkembang di Semenanjung Tanah Arab 116


8.1 BaiÊ tul Hudaybiyyah 117
8.2 Penghantaran Utusan dan Surat ke Luar Madinah 121
8.3 Pembukaan Kota Mekah 124
8.4 Islam Berkembang di Semenanjung Arab dari 128
Perspektif Pendidikan Masa Kini
Rumusan 129
Kata Kunci 130
Rujukan 130

Topik 9 Usaha Memperkukuhkan Negara Islam 131


9.1 Perang Hunain 132
9.2 Perang Tabuk 135
9.3 Masjid Dhirar 137
9.4 Usaha Memperkukuhkan Negara Islam dan Hubungannya 140
dengan Pendidikan Masa Kini
Rumusan 141
Kata Kunci 141
Rujukan 142

Topik 10 Peringkat Akhir Dakwah di Madinah 143


10.1 Haji WidaÊ 144
10.2 Utusan Luar Negara 152
10.3 Kewafatan Rasulullah SAW 153
10.4 Sahabat dan Sistem Khalifah 158
10.5 Peringkat Akhir Dakwah Madinah dan Hubungannya 161
dengan Pendidikan Masa Kini
Rumusan 162
Kata Kunci 162
Rujukan 163

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
ADST2103 Sirah Tarbawiyyah adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus
dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 14 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma
Pengajian Islam dengan Pendidikan. Modul ini bertujuan untuk memberikan
pendedahan aspek pendidikan dalam sirah nabawi.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 7
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 sesi tutorial 6
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan elemen pendidikan dalam sirah nabawi;

2. Menghuraikan isu dan halangan yang berlaku kepada perjuangan Rasulullah


SAW;

3. Menganalisis penyelesaian yang dilakukan dalam sirah; dan

4. Menilai fenomena yang berlaku dalam penghidupan moden dengan


menggunakan pendekatan pendidikan dalam sirah nabawi.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan dengan mengemukakan latar belakang keluarga


Nabi Muhammad SAW, kelahirannya dan perkembangan kehidupannya di awal
kanak-kanak.

Topik 2 membincangkan perkembangan kehidupan Nabi Muhammad SAW pada


usia remaja. Ini termasuklah aktiviti kemasyarakatan dan perniagaan,
perkahwinannya dengan Khadijah binti Khuwailid serta detik-detik pelantikannya
sebagai utusan Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

Topik 3 menjelaskan tugas dan tanggungjawab utama Nabi Muhammad SAW


sebagai seorang utusan dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah dalam
pelbagai peringkat dan situasi.

Topik 4 menerangkan usaha dakwah Nabi Muhammad SAW dalam pelbagai


bentuk dan pendekatan.

Topik 5 membincangkan peristiwa penting dalam sirah nabawi, iaitu peristiwa


hijrah dan yang berkaitan dengan pembentukan masyarakat baharu di Madinah.

Topik 6 menerangkan tahap jihad yang disyariatkan pada zaman Nabi


Muhammad SAW di Madinah seperti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Topik 7 menjelaskan sikap Nabi Muhammad SAW terhadap bangsa Yahudi yang
berada di Madinah.

Topik 8 membincangkan era yang menuju tahap kecemerlangan dakwah di


Madinah dengan Perjanjian Hudaibiah dan kesan-kesan perjanjian tersebut yang
memberi makna yang besar kepada perkembangan dakwah.

Topik 9 membincangkan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh Nabi


Muhammad SAW untuk memperkukuhkan kedaulatan negara Islam Madinah
melalui peperangan seperti Hunain dan Tabuk terutama selepas kejayaan
membebaskan kota Mekah daripada cengkaman Quraisy.

Topik 10 berkaitan dengan peringkat akhir dakwah di Madinah dan detik-detik


terakhir penghidupan Nabi Muhammad SAW serta kesetiaan dan kecintaan para
sahabat kepada Baginda SAW.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda
telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-
perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan semak kendiri
ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan
sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan
peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya
terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir
setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2009). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal, (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi A. Al-
Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan Al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 3. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri. (2010). Al-Rahiq al-Makhtum. Ed. ke 21. Kaherah,


Mesir: Dar al-WafaÊ.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian
untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Peringkat
Sebelum
1 Kenabian I
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan latar belakang keluarga Nabi Muhammad SAW;
2. Menerangkan pengaruh persekitaran yang melatari kehidupan Nabi
Muhammad SAW pada zaman awal kanak-kanaknya;
3. Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan yang dititipkan kepada Nabi
Muhammad SAW pada zaman awal kanak-kanaknya; dan
4. Menjelaskan hubungan antara latar belakang kelahiran Nabi
Muhammad SAW dengan pendidikan pada masa kini.

 PENGENALAN
Michael H. Hart dalam bukunya, The 100: A Ranking of the Most Influential
Persons in History, telah memberikan penghargaan yang tinggi kepada Nabi
Muhammad SAW dengan menempatkannya di tempat pertama dalam 100 senarai
individu yang sangat berpengaruh dalam sejarah manusia. Walaupun terdapat
kenyataan Hart yang menyimpang daripada kebenaran tentang Nabi Muhammad
SAW, sekurang-kurangnya beliau berani mengemukakan sejarah dan sirah
seorang nabi yang berjaya dalam pembangunan agama dan dunia.

Nabi Muhammad SAW merupakan insan istimewa yang dilahirkan dalam


keadaan yatim dan dipilih sebagai utusan Allah SWT untuk menyampaikan
wahyu kepada umat manusia. Justeru dalam topik ini, kita akan membincangkan
kehidupan awal Baginda SAW seperti latar belakang keluarga, proses pembesaran
dan persekitarannya pada usia kanak-kanak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I

1.1 RASULULLAH SAW DAN KELUARGA BANI


HASYIM
Mengenali Nabi Muhammad SAW ialah suatu yang penting bagi semua orang Islam.
Malah, salah satu rukun iman ialah mempercayai para nabi dan rasul. Oleh itu,
perbincangan kita bukan sekadar memperlihatkan Nabi Muhammad SAW sebagai
individu biasa, tetapi juga sebagai utusan Allah SWT yang berperanan
menyampaikan risalah Islam. Baginda SAW merupakan nabi dan rasul terakhir yang
diutus oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia.

Cuba kita baca dan renungkan firman Allah SWT yang berikut:

3 z⎯↵ÍhŠÎ;¨Ψ9$# zΟs?$yzuρ «!$# tΑθß™§‘ ⎯Å3≈s9uρ öΝä3Ï9%y`Íh‘ ⎯ÏiΒ 7‰tnr& !$t/r& ϑptèΧ tβ%x. $¨Β

∩⊆⊃∪ $VϑŠÎ=tã >™ó©x« Èe≅ä3Î/ ª!$# tβ%x.uρ

Maksudnya:
„Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang lelaki dalam
kalangan kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup para nabi. Dan Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu.‰
(Surah al-Ahzab, 33:40)

Hadis yang berikut menjelaskan kepada kita tentang hakikat bahawa Nabi
Muhammad SAW ialah utusan Allah SWT yang terakhir. Sabda Rasulullah SAW:

‫ﺿ َﻊ‬
ِ ‫ﺴَﻨﻪُ َﻭﹶﺃﺟْ َﻤﹶﻠﻪُ ﹺﺇﻻﱠ َﻣ ْﻮ‬ َ ْ‫" َﻣﹶﺜﻠِﻲ َﻭ َﻣﹶﺜﻞﹸ ﺍ َﻷْﻧﹺﺒﻴَﺎ ِﺀ ﹶﻛ َﻤﹶﺜ ﹺﻞ َﺭﺟُ ﹴﻞ َﺑﻨَﻰ ُﺑْﻨﻴَﺎﻧًﺎ ﹶﻓﹶﺄﺣ‬
:‫ﺠﺒُﻮْ ﹶﻥ ﹶﻟﻪُ ﻭﻳﻘﻮﻟﻮﻥ‬ َ ْ‫ﺱ َﻳ ﹸﻄ ْﻮﹸﻓ ْﻮ ﹶﻥ ﹺﺑ ِﻪ َﻭَﻳﻌ‬
ُ ‫ﺠ َﻌ ﹶﻞ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬
َ ‫ ﹶﻓ‬.ُ‫ﹶﻟﹺﺒَﻨ ٍﺔ ِﻣ ْﻦ ﺯَﺍﻭﹺﻳ ٍﺔ ِﻣ ْﻦ ﺯَﻭَﺍﻳَﺎﻩ‬
"‫ ﹶﻓﹶﺄﻧَﺎ ﺍﻟﹶﻠﹺﺒَﻨﺔﹸ ﻭَﺃﹶﻧَﺎ ﺧَﺎَﺗﻢُ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒﱢﻴْﻴ َﻦ‬:‫ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬. ‫ﺖ َﻫ ِﺬ ِﻩ ﺍﻟﹶﻠﹺﺒَﻨﺔﹸ‬
ْ ‫ﺿ َﻌ‬ِ ُ‫ ﻭ‬.‫َﻫﻼﱠ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I  3

Maksudnya:
„Perumpamaan aku dengan para nabi yang lain adalah seperti seorang lelaki yang
membina sebuah binaan. Maka dia mengelokkannya dan mencantikkannya
melainkan satu tempat terletaknya batu-bata di salah satu bucu bangunan
tersebut. Orang ramai pun mengelilingi bangunan tersebut dan merasa hairan
dengannya sambil berkata: Letaklah batu-bata ini. Nabi bersabda: Akulah
batu-bata tersebut dan akulah penyudah para nabi.‰

(Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW mempunyai lebih kurang 52 nama seperti


al-Mahi, al-Hashir, al-`Aqib, Nabi al-Rahmah, Nabi al-Tawbah dan Nabi
al-Mulhimah. Salah satu nama Baginda SAW ialah Ahmad seperti yang
dinyatakan Allah SWT dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

$]%Ïd‰|Á•Β /ä3ø‹s9Î) «!$# ãΑθß™u‘ ’ÎoΤÎ) Ÿ≅ƒÏ™ℜuó Î) û©Í_t6≈tƒ zΝtƒótΒ ß⎦ø⌠$# ©|¤ŠÏã tΑ$s% øŒÎ)uρ

( ߉uΗ÷qr& ÿ…çμèÿôœ$# “ω÷è/t .⎯ÏΒ ’ÎAù'tƒ 5Αθß™tÎ/ #MÅe³t6ãΒuρ Ïπ1u‘öθ−G9$# z⎯ÏΒ £“y‰tƒ t⎦÷⎫t/ $yϑÏj9

∩∉∪ ×⎦⎫Î7•Β ÖósÅ™ #x‹≈yδ (#θä9$s% ÏM≈oΨÉit6ø9$$Î/ Νèδu™!%y` $¬Ηs>sù

Maksudnya:
„Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: Wahai Bani Israil,
sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu yang membenarkan kitab
(yang turun) sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan
(kedatangan) seorang rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.
Maka apabila rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang
nyata, mereka berkata: Ini adalah sihir yang nyata.‰

(Surah as-Saff, 61:6)

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang menyatakan tentang nama-
nama Baginda SAW. Hadis yang berikut boleh menjelaskan kepada kita tentang
perkara tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I

‫ﷲ ﺑﹺﻲ‬
ُ ‫ﺤ ﱠﻤ ٌﺪ ﻭَﺃﹶﻧَﺎ ﹶﺃ ْﺣ َﻤ ٌﺪ َﻭﹶﺃﻧَﺎ ﺍﳌﹶﺎﺣِﻰ ﺍﻟﺬﱢﻱ َﻳﻤْﺤُﻮ ﺍ‬
َ ‫ ﹶﺃﻧَﺎ ُﻣ‬: ‫"ﹺﺇﻥﱠ ﻟِﻲ ﹶﺃ ْﺳﻤَﺎ ًﺀ‬
"ُ‫ﺱ ﻋَﻠﻰ ﻗﹶﺪَﻣِﻲ ﻭَﺃﹶﻧَﺎ ﺍﻟﻌَﺎِﻗﺐ‬
ُ ‫ﺸﺮُ ﺍﻟﻨﱠﺎ‬ ِ‫ﺤ‬ ْ ‫ﺍﻟ ﹸﻜ ﹾﻔ ُﺮ ﻭَﺃﹶﻧَﺎ ﺍﳊﹶﺎ ِﺷﺮُ ﺍﻟﺬﱢﻱ َﻳ‬
Maksudnya:
„(Sesungguhnya) aku mempunyai pelbagai nama: Aku Muhammad, aku Ahmad,
aku al-Mahi yang diberi perlindungan oleh Allah daripada kekufuran, aku
al-Hashir yang dihimpunkan manusia di atas kakiku dan aku al-`Aqib (iaitu nabi
penyudahan, tiada nabi lagi selepas Baginda SAW).‰

(Hadis riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 hari bulan Rabiulawal, tahun gajah,
berasal dari salasilah keturunan yang baik dan mulia, iaitu Muhammad bin `Abd
Allah bin `Abd al-Muttalib bin Hashim bin `Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin
Murrah bin Ka`ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah
bin Khuzaymah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudra bin Nizar bin Ma`add bin
`Adnan dan salasilah itu bersambung kepada Nabi Ismail bin Ibrahim a.s. (rujuk
Rajah 1.1). Ibunya pula bernama Aminah binti Wahb dari Bani Zuhrah. Baginda
SAW adalah berbangsa Quraisy dalam kalangan Bani Hashim.

Rajah 1.1: Salasilah Nabi Muhammad SAW

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I  5

Yang berikut merupakan hadis yang menjelaskan tentang kedudukan salasilah


Baginda SAW sebagaimana sabdanya:

‫ﺻ ﹶﻄﻔﹶﻰ ِﻛﻨَﺎَﻧ ﹶﺔ ِﻣ ْﻦ َﻭﹶﻟ ِﺪ ﹺﺇ ْﺳﻤَﺎ ِﻋْﻴ ﹺﻞ ﻭَﺍﺻْﻄﹶﻔﹶﻰ ﻗﹸﺮَﻳْﺸًﺎ ِﻣ ْﻦ ِﻛﻨَﺎَﻧ ِﺔ‬ ْ ‫ﷲﺍ‬ َ ‫ﹺﺇ ﱠﻥ ﺍ‬
‫ﺻ ﹶﻄﻔﹶﺎﻧﹺﻲ ِﻣ ْﻦ َﺑﻨﹺﻲ ﻫَﺎ ِﺷ ﹺﻢ‬
ْ ‫ﺶ َﺑﻨﹺﻲ ﻫَﺎ ِﺷ ﹺﻢ ﻭَﺍ‬ٌ ‫ﺻ ﹶﻄﻔﹶﻰ ِﻣ ْﻦ ﹸﻗ َﺮْﻳ‬
ْ ‫ﻭَﺍ‬
Maksudnya:
„Sesungguhnya Allah SWT telah memilih Kinanah daripada kalangan anak Nabi
Ismail, dan Dia telah memilih Quraisy daripada kalangan Kinanah, dan Dia telah
memilih Bani Hashim daripada kalangan Quraisy, dan Dia telah memilih aku
daripada kalangan Bani Hashim.‰

(Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ini, dapat difahami bahawa Allah SWT menghendaki atau
mentakdirkan Rasulullah SAW lahir dalam kalangan keturunan yang mulia dan
terhormat. Ketentuan ini mempunyai hikmah yang tersendiri yang diperlihatkan
dalam siri perjalanan hidup sepanjang hayat Baginda SAW, sama ada sebagai
manusia biasa dalam pelbagai tahap kehidupan iaitu sebagai kanak-kanak, remaja,
pemuda, suami, bapa, ketua turus angkatan tentera dan sebagai pesuruh Allah
SWT yang menyampaikan risalah Ilahiyyah kepada manusia.

Hadis yang berikut juga menjelaskan kepada kita tentang kedudukan Nabi
Muhammad SAW. Sabda Rasulullah SAW:

‫ ﺇﻥ ﺍﷲ ﺧﻠﻖ ﺍﳋﻠﻖ ﰒ ﺟﻌﻠﻬﻢ‬، ‫ﺃﻧﺎ ﳏﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﷲ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﳌﻄﻠﺐ‬


‫ ﰒ ﺟﻌﻠﻬﻢ ﻗﺒﺎﺋﻞ ﻓﺠﻌﻠﲏ ﰲ ﺧﲑﻫﻢ‬،‫ ﻓﺠﻌﻠﲏ ﰲ ﺧﲑﻫﻢ ﻓﺮﻗﺔ‬، ‫ﻓﺮﻗﺘﲔ‬
‫ ﰒ ﺟﻌﻠﻬﻢ ﺑﻴﻮﺗﺎ ﻓﺠﻌﻠﲏ ﰲ ﺧﲑﻫﻢ ﺑﻴﺘﺎ ﻭﻧﻔﺴﺎ‬، ‫ﻗﺒﻴﻠﺔ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I

Maksudnya:
„Aku ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib. Sesungguhnya Allah
telah menjadikan makhluk ini, kemudian ia menjadikannya dua golongan. Maka
ia telah menjadikan aku daripada golongan yang paling baik. Kemudian ia
menjadikan mereka bermacam-macam kabilah, lalu ia menjadikan aku daripada
kabilah yang paling baik. Kemudian ia menjadikan mereka dalam kalangan rumah
yang banyak, lalu ia menjadikan aku daripada rumah yang paling baik dan
menjadikan orang yang paling baik.‰

(Hadis riwayat Ahmad)

Mari kita lihat pula hadis yang berikut yang menjelaskan bagaimana Nabi
Muhammad SAW menyatakan bahawa:

‫ﺧﻴﺎﺭﻫﻢ ﰲ ﺍﳉﺎﻫﻠﻴﺔ ﺧﻴﺎﺭﻫﻢ ﰲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺇﺫﺍ ﻓﻘﻬﻮﺍ‬


Maksudnya:
„Orang-orang yang terpilih pada masa jahiliah adalah orang yang terpilih juga
dalam kalangan Islam, kalau mengerti.‰

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan keterangan ini, kita dapat fahami bahawa:

Kelahiran Nabi Muhammad SAW dalam kalangan keluarga pilihan merupakan


satu isyarat dan asas lahiriah yang mantap. Tambahan pula, Baginda SAW
dibangkitkan menjadi utusan Allah SWT dalam kalangan masyarakat yang begitu
tebal dengan fahaman kekeluargaan. Justeru, menurut Mahdi Rizqullah Ahmad
(2009), masyarakat Arab pada ketika itu hanya mahu mendengar dan menerima
pendapat daripada individu yang mempunyai salasilah keturunan yang terhormat
dalam masyarakat.

SEMAK KENDIRI 1.1

Senaraikan beberapa nama Nabi Muhammad SAW yang disebut di


dalam al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I  7

AKTIVITI 1.1
1. Mengapakah aspek latar belakang keluarga seseorang penting
dalam konteks pendidikan kanak-kanak?

2. Antara kaedah dakwah dan pendidikan ialah berbicara dengan


seseorang mengikut tahap pemikiran. Bincangkan dengan rakan
anda bagaimana kaedah tersebut boleh dikaitkan dengan
perbincangan kita.

1.2 PENYUSUAN DAN PEMBINAAN JATI DIRI


Mengikut tradisi masyarakat Arab, anak-anak yang dilahirkan akan disusukan
oleh ibunya, kemudian akan diserahkan kepada ibu susuan. Begitulah keadaan
Nabi Muhammad SAW yang telah disusukan oleh ibunya, Aminah dan ibu-ibu
susuannya seperti Thuwaybah al-Aslamiyah, Ummu Aiman, Khaulah binti
al-Munzir dan Halimah al-SaÊdiyah.

Sejarah juga merakamkan bahawa Nabi Muhammad SAW tinggal bersama ibu
susuannya, Halimah al-SaÊdiyah, di perkampungan Bani Sa`ad selama empat
tahun sebelum Baginda SAW kembali ke pangkuan ibunya. Pada ketika itu,
perkampungan yang jauh dari kota Mekah ini mengalami kemarau yang teruk.
Namun, dengan izin Allah SWT, sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW sampai ke
rumah Halimah dan disusukan oleh beliau, keadaan perkampungan Bani Sa`ad
berubah kepada lebih subur dan menghijau. Ternakan juga mula mengeluarkan
susu yang banyak untuk dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

AKTIVITI 1.2
1. Ibu sering kali berinteraksi secara lisan dan bukan lisan dengan anak
ketika menyusukannya. Bincangkan kelebihan interaksi ini terhadap
perkembangan anak.

2. Bincangkan „Nature vs Nurture‰ (persekitaran lawan tabii dalaman)


dalam proses psikologi pembelajaran. Berikan contoh yang sesuai
untuk setiap aspek.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I

1.3 PEMBENTUKAN NILAI KEPIMPINAN


DI BAWAH JAGAAN ABDUL MUTTALIB
DAN ABU TALIB
Firman Allah SWT:

∩∉∪ 3“uρ$t↔ùs $VϑŠÏKtƒ x8ô‰Égs† öΝs9r&


Maksudnya:
‰Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan
perlindungan?‰

(Surah ad-Dhuha, 93:6)

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW
merupakan anak yatim ketika meniti kehidupan sebagai seorang kanak-kanak.
Malah dalam usia yang sangat muda, Baginda SAW juga kehilangan ibu tercinta.
Nabi Muhammad SAW selepas itu dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib dan
kemudiannya oleh bapa saudaranya Abu Talib. Ini bermakna Baginda SAW hilang
tempat bergantung kasih sayang daripada kedua ibu bapanya semenjak usia
kanak-kanak lagi.

Oleh sebab Nabi Muhammad SAW ialah seorang anak yatim, Abdul Muttalib
menumpahkan seluruh kasih sayangnya kepada Baginda SAW. Beliau selalu
membawa Nabi Muhammad SAW hadir dalam pertemuan umum bangsa Quraisy.
Begitu juga jika ada pertemuan dengan ketua-ketua masyarakat Arab Mekah. Abdul
Muttalib selalu mengajak Nabi Muhammad SAW hadir bersama terutama ketika
pertemuan itu dianjurkan di kawasan Kaabah.

Begitu juga ketika Nabi Muhammad SAW berada di bawah jagaan bapa
saudaranya Abu Talib setelah Abdul Muttalib meninggal dunia. Beliau mendidik
dan mengasuh Nabi Muhammad SAW dengan penuh kasih sayang seperti beliau
mendidik anak-anaknya, malah beliau lebih mengutamakan anak saudaranya itu
berbanding anak-anaknya sendiri. Beliau lebih menghormati dan menghargai
Baginda SAW serta memberikan perlindungan terutama ketika Baginda SAW
menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat Arab. Di bawah penjagaan bapa
saudaranya itu, didapati Nabi Muhammad SAW diajar mengembala kambing dan
berniaga hingga ke luar kota Mekah seperti di Syam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I  9

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zin (2012), antara sebab Rasulullah SAW menjadi
pengembala kambing ialah sebagai latihan kepada Baginda SAW untuk belajar:

(a) Erti kesabaran;


(b) Supaya sentiasa tawaduk;
(c) Supaya sentiasa berani dan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang
keadaan;
(d) Supaya sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap makhluk yang
lemah;
(e) Memikul amanah yang dipertanggungjawabkan; dan
(f) Menjadi pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan yang mantap.

AKTIVITI 1.3
1. Berdasarkan pengajaran sirah nabawiyyah, bincangkan latihan
kepimpinan dan kemahiran insaniah yang perlu diterapkan bagi
meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa masa kini.

2. Bagaimanakah kita boleh menerapkan nilai kesabaran dalam


kurikulum pendidikan masa kini yang diambil iktibar daripada sirah
nabawiyyah?

1.4 SEJARAH KELAHIRAN RASULULLAH SAW


DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENDIDIKAN MASA KINI
Dalam konteks pendidikan, golongan pendidik perlu memahami latar belakang
kelahiran dan keluarga golongan yang dididik agar proses pendidikan dapat
berjalan dengan baik. Pendidik yang berlatar belakang keluarga yang baik dan
terpuji akan mewarisi sifat keperibadian yang elok dan akan menjadi model
kepada para pelajar. Ini kerana, perwatakan pendidik sentiasa diperhatikan oleh
para pelajar. Jika kita perhatikan keadaan pendidik itu, kita boleh mengatakan
bahawa mereka itu adalah ibarat „buku yang dibaca oleh para pelajar‰. Dengan
kata lain, segala tindak tanduk guru dipantau, diteliti dan ditafsirkan oleh para
pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I

Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW ditampilkan oleh Allah SWT daripada
keturunan yang baik-baik, yang mewarisi tingkah laku yang baik supaya Baginda
SAW menjadi teladan dan ikutan terbaik kepada seluruh umat manusia. Menurut
Mustafa al-Siba`ie (1998), pada kebiasaannya, masyarakat akan mendengar
kata-kata pendakwah yang berjiwa pendidik dan mempunyai kedudukan mulia
dalam kalangan mereka. Ini disebabkan latar belakang keluarga pendakwah
merupakan antara faktor penting yang menjadi rujukan dan contoh kepada
masyarakat.

Tumpuan terhadap keturunan ini tidak bererti kita tidak mementingkan aspek
amalan. Namun, menurut Mustafa al-Siba`ie (1998), tidak menjadi halangan
apabila kita menggabungkan keturunan yang baik dengan kehebatan amalan,
yang akhirnya melahirkan pendakwah dan pendidik yang mempunyai
kedudukan yang hebat.

Selain itu, Mustafa al-Siba`i (1998) menyatakan bahawa dalam konteks dakwah
dan pendidikan, pendakwah dan pendidik yang pernah melalui zaman kesusahan
seperti dibesarkan dalam keadaan yatim piatu, lebih menghargai nikmat
kemanusiaan berbanding orang lain yang belum pernah merasainya. Di samping
itu, jiwanya sentiasa diselubungi dengan emosi kasih sayang terhadap insan yang
senasib dengannya seperti anak yatim, golongan fakir miskin dan orang yang
teraniaya. Pendidik dan pendakwah bukan sahaja mampu menerapkan sifat
simpati dalam dirinya ketika berhadapan dengan musibah yang menimpa orang
lain, tetapi dia juga mampu menumpah dan menzahirkan sifat empati terhadap
permasalahan orang lain.

Menurut Ab. Aziz Mohd Zin (2012), pengalaman yang dilalui oleh Nabi
Muhammad SAW sepanjang kehidupannya pada zaman kanak-kanak merupakan
petunjuk bahawa itulah pengajaran dan latihan yang diperoleh oleh Baginda SAW
sebelum memikul tugas yang lebih berat lagi, iaitu menyampaikan risalah Allah
SWT ke seluruh alam. Ia diperoleh melalui latihan menghadapi kesukaran,
kesusahan, ketahanan diri, berdikari, kesabaran dan kecekalan. Justeru dalam
konteks pendidikan, sejarah awal kelahiran dan kehidupan Nabi Muhammad
SAW sangat relevan untuk difahami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I  11

 Kefahaman tentang sirah Nabi Muhammad SAW amat penting dalam aspek
pembinaan insan pendidik dan pelajar.

 Pendidik dan pendakwah perlu meneliti latar belakang pelajar dan sasaran
dakwah terutama dari aspek kekeluargaannya supaya ia dapat membantu
perjalanan proses pendidikan.

 Pembentukan insan dari sudut fizikal, rohani, minda dan emosi dipengaruhi
daripada faktor penyusuan ibunya.

 Persekitaran mempunyai pengaruh tersendiri dalam membentuk insan


pendidik dan pelajar ke arah yang lebih baik.

 Kesukaran dan kesusahan akan diikuti dengan kesenangan serta kemudahan


jika seseorang mengambil iktibar daripada kesukaran tersebut.

Jati diri Sirah


Kepimpinan Salasilah
Penyusuan ibu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN I

Ab. Aziz Mohd Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2009). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi
A. al-Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan al-buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Peringkat
Sebelum
2 Kenabian II
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW menangani
konflik dalam peristiwa pembinaan semula Kaabah;
2. Menerangkan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW;
3. Menjelaskan peranan Khadijah binti Khuwailid dalam perjalanan
hidup Nabi Muhammad SAW;
4. Menerangkan kepentingan peristiwa penurunan wahyu dalam
konteks pendidikan; dan
5. Menjelaskan sejarah kenabian Nabi Muhammad SAW dan
hubungannya dengan pendidikan semasa.

 PENGENALAN
Dalam Topik 1, kita telah membincangkan latar belakang kehidupan awal Nabi
Muhammad SAW dari segi salasilah keluarga, proses kehidupan pada zaman
awal kanak-kanak dan peranan keluarga terutama datuk Baginda SAW, Abdul
Muttalib, dan bapa saudara Baginda SAW, Abu Talib, yang membesarkan dan
memelihara Baginda SAW ketika dalam keadaan yatim piatu.

Dalam Topik 2 ini, kita akan melihat pula kehidupan Baginda SAW dalam fasa
dewasa yang meliputi aspek dakwah, peristiwa pembinaan semula Kaabah,
pemberian gelaran al-Amin dan perkahwinan Baginda SAW dengan Khadijah
binti Khuwailid. Di samping itu, topik ini juga akan membincangkan pelantikan
Baginda SAW sebagai utusan Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II

2.1 PEMBINAAN KEMBALI KAABAH


Jika kita meneliti sejarah pembinaan Kaabah, kita dapati bahawa Kaabah
merupakan bangunan pertama yang didirikan di atas muka bumi kerana Allah
SWT. Ini berdasarkan Firman Allah SWT:

∩®∉∪ t⎦⎫Ïϑn=≈yèù=Ïj9 “Y‰èδuρ %Z.u‘$t7ãΒ sπ©3t6Î/ “Ï%©#s9 Ĩ$¨Ψ=Ï9 yìÅÊãρ ;MøŠ/t tΑ¨ρr& ¨βÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat
kepada Tuhan-Nya) ialah Baitullah di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk
hidayah bagi umat manusia.‰

(Surah Ali ÂImran, 3:96)

Cuba kita lihat pula sabda Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abi Dhar r.a. yang berkata:

„Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang masjid yang awal dibina di atas
muka bumi. Baginda menjawab: Masjidil Haram. Aku bertanya lagi: Kemudian
masjid apa pula? Baginda menjawab: Masjid Al-Aqsa⁄‰

Tambahan pula, Kaabah merupakan syiar ibadat insan kepada Allah SWT dan
lambang tauhid. Kaabah bukan binaan batu yang dibina untuk disembah, malah
ia dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s atas titah perintah
Allah SWT. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

y7¨ΡÎ) ( !$¨ΨÏΒ ö≅¬7s)s? $uΖ−/u‘ ã≅ŠÏè≈yϑó™Î)uρ ÏMøt7ø9$# z⎯ÏΒ y‰Ïã#uθs)ø9$# ÞΟ↵Ïδ≡tö/Î) ßìsùötƒ ŒÎ)uρ

∩⊇⊄∠∪ ÞΟŠÎ=yèø9$# ßìŠÏϑ¡¡9$# |MΡr&

Maksudnya:
„Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa : ÂWahai
Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.‰

(Surah al-Baqarah, 2:127)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II  15

Kaabah pernah mengalami kerosakan akibat dilanda banjir beberapa tahun


sebelum Nabi Muhammad SAW dibangkitkan menjadi Rasulullah. Justeru, orang-
orang Quraisy perlu membinanya semula kerana mereka amat menghormati
Kaabah dan memelihara warisan syariat Nabi Ibrahim a.s. yang masih lagi menjadi
pegangan mereka.

Nabi Muhammad SAW menyertai mereka membina semula Kaabah ketika


Baginda berusia 35 tahun. Setelah sempurna pembinaan semula Kaabah, timbullah
konflik siapakah orang yang paling layak meletakkan Hajar al-Aswad di tempat
asalnya. Setiap kabilah mengaku bahawa merekalah kumpulan yang paling layak
meletakkan Hajar al-Aswad tersebut.

Akhirnya, mereka bersetuju bahawa konflik itu patut diselesaikan dengan baik
dengan melantik seorang hakim bagi menyelesaikan masalah tersebut. Mereka
bersetuju bahawa orang pertama yang masuk ke dalam masjid adalah orang yang
paling layak menjadi hakim. Dengan takdir dan hikmah Allah SWT, orang yang
dimaksudkan ialah Nabi Muhammad SAW dan mereka memang mengenali susuk
tubuh dan peribadi orang yang ditunggu-tunggu itu.

Dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Baginda secara mudah


menyelesaikan konflik tersebut dengan meminta mereka yang bertelingkah
membawa sehelai kain. Kain itu dihamparkan dan Nabi Muhammad SAW
meletakkan Hajar al-Aswad itu di atas kain tersebut. Baginda kemudian
menyuruh tiap-tiap kabilah memegang penjuru kain. Setelah sampai di tempat
asal Hajar al-Aswad, Nabi Muhammad SAW meletakkan Hajar al-Aswad di
tempatnya. Kemudian, mereka pun menyempurnakan pembinaan Kaabah
tersebut.

Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2004), kebijaksanaan dan keupayaan


Nabi Muhammad SAW menyelesaikan konflik antara kabilah Quraisy dalam
peristiwa tersebut merupakan satu anugerah Ilahi kepada Baginda SAW sebagai
seorang nabi. Keupayaan itu tentunya berpunca daripada faktor kenabian atau
nubuwwah yang ditakdirkan kepada Baginda SAW. Dari sini, jika kita kaitkan
dengan perbincangan kita dalam topik sebelum ini, kita boleh memahami bahawa
faktor utama dalam pembentukan diri Nabi Muhammad SAW ialah adanya faktor
kerasulan dan kenabian dalam dirinya.

SEMAK KENDIRI 2.1


Terangkan cara Nabi Muhammad SAW menyelesaikan masalah dalam
peletakan kembali Hajar al-Aswad di Kaabah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II

AKTIVITI 2.1

1. Mengapakah aspek kebijaksanaan amat penting kepada pemimpin


dan daya kepimpinannya?

2. Bincangkan peranan guru dalam menangani permasalahan moral dan


akhlak di sekolah. Kaitkan jawapan anda dengan peristiwa
pembinaan semula Kaabah.

2.2 RASULULLAH SAW DAN GELARAN


AL-AMIN
Nabi Muhammad SAW terkenal dalam kalangan masyarakat Arab sebagai
seorang yang jujur dan amanah. Baginda SAW juga seorang yang berakhlak tinggi
dan tidak pernah menyertai kegiatan yang tidak bermoral seperti yang biasa
dilakukan oleh orang Arab pada zaman itu. Sebagai contoh, seperti yang
dinyatakan oleh Mustafa al-Siba`ie (1998), ketika usia remaja, Nabi Muhammad
SAW mendapat berita bahawa dalam satu majlis perkahwinan, tetamu disajikan
alunan muzik. Baginda SAW berkeinginan menyertai majlis tersebut. Namun,
Allah SWT melindungi Baginda SAW dengan membuatkannya tertidur. Apabila
Baginda SAW terjaga daripada tidur, majlis tersebut telah pun selesai.

Selain itu Baginda SAW juga tidak pernah menyertai orang Arab Quraisy
menyembah berhala, memakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala,
meminum arak, bermain judi, bercakap perkara-perkara yang tidak baik dan
seumpamanya. Justeru, Baginda SAW dikenali dalam kalangan orang Arab
sebagai al-sadiq al-amin yang bermaksud orang yang jujur, benar lagi amanah.
Pengiktirafan tersebut berlaku di hadapan mereka apabila mereka menyaksikan
kebaikan muamalat Baginda SAW dengan masyarakat Arab pada ketika itu. Di
samping itu, Baginda SAW tidak pernah mungkir janji apabila berjanji. Dengan
kata lain, seluruh perjalanan hidupnya sangat disukai oleh masyarakat Arab
Quraisy.

Mari kita imbas kembali peristiwa bagaimana Nabi Muhammad SAW dilantik
oleh bangsa Quraisy untuk menangani konflik yang berlaku dalam kalangan
mereka. Mereka tidak meragui keupayaan Baginda SAW untuk merungkai konflik
yang berlaku dan mereka menerima penyelesaian yang Baginda SAW kemukakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II  17

Oleh sebab itu, tidak hairan apabila kita melihat bagaimana Khadijah begitu
senang dengan Nabi Muhammad SAW dari sudut akhlak dan tingkah lakunya
yang menyebabkan beliau sudi menerima Baginda SAW sebagai suami. Sifat-sifat
terpuji yang sudah menjadi darah daging Baginda SAW juga mendapat
pengiktirafan orang Arab Quraisy. Inilah yang diungkapkan oleh Khadijah apabila
Nabi Muhammad SAW gelisah ketika didatangi oleh malaikat Jibrail a.s. yang
membawa wahyu pertama kepada Baginda SAW.

2.3 PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD SAW


DENGAN KHADIJAH BINTI KHUWAILID
Sebelum ini, kita telah mengikuti perbincangan bagaimana Nabi Muhammad SAW
terkenal dengan sifat jujur, amanah dan bertanggungjawab. Sifat-sifat tersebut
menjadikan seorang wanita hartawan bernama Khadijah binti Khuwailid tertarik
dengan peribadi Baginda SAW sehingga menyerahkan kepercayaannya kepada
Baginda SAW untuk membawa barang-barang dagangan miliknya untuk
diniagakan di Syam.

Pemergian Nabi Muhammad SAW ke Syam ditemani oleh pembantu Khadijah yang
bernama Maisarah. Di samping membawa keuntungan yang berlipat kali ganda
dalam perniagaan yang diusahakan secara amanah oleh Nabi Muhammad SAW,
Maisarah turut menyaksikan keindahan tingkah laku dan akhlak Baginda SAW
sepanjang perjalanan dan penginapan mereka di bumi Syam.

Maisarah melaporkan kepada Khadijah tentang segala perkara yang disaksikan


berkenaan Nabi Muhammad SAW. Hal ini menjadi penyebab Khadijah ingin
bersuamikan Nabi Muhammad SAW. Walaupun usianya melewati 40 tahun dan
pernah dilamar oleh para pembesar Quraisy, beliau menawarkan dirinya untuk
menjadi isteri kepada Nabi Muhammad SAW.

Baginda SAW menerima permintaan Khadijah dengan meminta bapa-bapa


saudaranya meminang Khadijah. Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan
Khadijah ini adalah yang pertama bagi dirinya dan ia berkekalan sehingga
Khadijah meninggal dunia. Kejelitaan watak dan peribadi Khadijah diabadikan
oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya:

.‫ﺧﲑ ﻧﺴﺎﺋﻬﺎ ﻣﺮﱘ ﺑﻨﺖ ﻋﻤﺮﺍﻥ ﻭﺧﲑ ﻧﺴﺎﺋﻬﺎ ﺧﺪﳚﺔ ﺑﻨﺖ ﺧﻮﻳﻠﺪ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II

Maksudnya:
„Sebaik-baik perempuan ialah Maryam binti `Imran dan sebaik-baik perempuan
(juga) ialah Khadijah binti Khuwailid.‰

(Hadis riwayat daripada Bukhari dan Muslim)

Malah dalam hadis lain, kita boleh memahami bahawa Nabi Muhammad SAW
pernah mengungkapkan penghargaannya kepada Khadijah apabila Sayidatina
Aisyah r.a. meluahkan perasaan cemburunya terhadap Khadijah, sedangkan
beliau tidak pernah bersua muka dengan Khadijah.

Sayidatina Aisyah r.a. menyatakan bahawa, „Aku tidak pernah merasa cemburu
dengan isteri-isteri Rasulullah SAW kecuali kepada Khadijah, padahal aku tidak
pernah sempat bersamanya‰. Beliau juga menyatakan kehairanannya dan tanda
tanyanya kepada Rasulullah SAW apabila Baginda SAW menyembelih seekor
kambing, Baginda SAW menyuruh agar daging kambing tersebut diagihkan
kepada sahabat dan rakan taulan Khadijah. Dengan penuh keyakinan, Baginda
SAW memberi jawapan bahawa Baginda SAW dikurniakan kasih dan sayang
terhadap Khadijah.

Dalam riwayat lain juga ada menyatakan bagaimana kasih dan sayang Rasulullah
SAW terhadap Siti Khadijah. Pernah sekali Sayidatina Aisyah r.a. dalam keadaan
cemburu berkata, "Terlalu sering engkau menyebut-nyebutnya. Dia seorang
wanita yang sudah tua. Allah telah menggantikannya buatmu dengan wanita yang
lebih baik darinya". Sabda Rasulullah SAW:

‫ ﺁﻣﻨﺖ ﺇﺫ ﻛﻔﺮ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﺻﺪﻗﺘﲏ ﺇﺫ ﻛﺬﺑﲏ‬، ‫ﻻ ﻭﺍﷲ ﻣﺎ ﺃﺑﺪﻟﲏ ﺍﷲ ﺧﲑﺍ ﻣﻨﻬﺎ‬


‫ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﻭﺍﺳﺘﲏ ﲟﺎﳍﺎ ﺇﺫ ﺣﺮﻣﲏ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﺭﺯﻗﲏ ﺍﷲ ﻣﻨﻬﺎ ﺍﻟﻮﻟﺪ ﺩﻭﻥ ﻏﲑﻫﺎ ﻣﻦ‬
‫ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ‬
Maksudnya:
„Tidak, demi Allah! Tidak terganti dengan yang lebih baik darinya. Dia beriman
ketika manusia lain dalam keadaan kafir. Dia membenarkan aku ketika manusia
mendustakan aku. Dia membantu aku dengan hartanya ketika tiada manusia
membantuku. Daripada Allah mengurniakan aku zuriat, tidak daripada isteri
yang lain.‰

(Hadis riwayat Ahmad)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II  19

AKTIVITI 2.2

1. Adakah profesion pendidikan hanya sesuai untuk kaum wanita


sahaja? Kemukakan pandangan anda.

2. Bincangkan pandangan yang mengatakan „di sebalik kejayaan


seorang lelaki adanya seorang wanita‰. Kaitkan jawapan anda dengan
peranan Khadijah binti Khuwailid dalam kehidupan Rasulullah SAW.

2.4 AMBANG KERASULAN


Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana Nabi Muhammad SAW diangkat
menjadi rasul terakhir bagi umat manusia. Terdapat dua peringkat yang akan
dibincangkan iaitu peringkat pra-penurunan wahyu pertama dan peringkat
Baginda SAW menerima wahyu yang seterusnya.

2.4.1 Pra-penurunan Wahyu Pertama


Sekarang mari kita ikuti kehidupan Nabi Muhammad SAW pada usia 40 tahun.
Pada usia itu, Baginda SAW gemar mengasingkan diri untuk melakukan ibadat
secara beruzlah di Gua HiraÊ yang terletak di atas Jabal Nur (Bukit Nur) yang
jauhnya lebih kurang dua batu dari kota Mekah. Dengan beruzlah, Rasulullah
SAW mula memikirkan beberapa persoalan tertentu yang memerlukan penelitian
yang serius.

Persoalan tersebut berkisar tentang hakikat kehidupan seperti kejadian alam,


Pencipta alam ini, hakikat kewujudan dan sebagainya. Di samping itu, ia
merupakan suatu manifestasi kepada kegelisahan dan rasa tidak senangnya
terhadap aktiviti jahiliah dan kekufuran yang melingkari kehidupan orang Arab
Quraisy.

Menurut Muhammad SaÊid Ramadan al-Buti (2004), amalan beruzlah itu selalunya
memakan masa beberapa hari dan malam. Kadang-kadang, Nabi Muhammad
SAW beruzlah lebih dari satu bulan. Baginda SAW berulang alik dari rumahnya
ke Gua HiraÊ dengan berbekalkan makanan yang disediakan oleh isteri tercinta
Khadijah sehinggalah turunnya wahyu pertama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II

Beruzlah merupakan suatu tarbiah atau pendidikan yang penting kepada Nabi
Muhammad SAW bagi menempuh ujian yang akan dihadapi dalam
perjuangannya. Ia juga merupakan suatu penyucian jiwa atau tazkiyyah al-nafs
dan kekuatan hati Baginda bahawa pergantungan hanyalah kepada Allah SWT.

Menurut Muhammad SaÊid Ramadan al-Buti (2004), motif beruzlah adalah untuk
menilai dan mencari ketenangan jiwa yang membolehkan pelakunya mencapai
hakikat keagungan Allah SWT. Di samping itu, amalan tersebut boleh
menyempurnakan keperibadian seseorang itu dalam beribadat kepada Allah SWT.

2.4.2 Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu


Malaikat Jibrail a.s. mendatangi Nabi Muhammad SAW untuk kali yang pertama
pada 21 Ramadan ketika Baginda SAW berusia 40 tahun. Ketika itu, Baginda SAW
sedang beruzlah dan beribadat di dalam Gua Hira. Malaikat Jibrail a.s. serta-merta
memerintahkan Baginda SAW supaya membaca (iqraÊ). Rasulullah SAW
menanyakan apa yang hendak dibaca (madha aqraÊ?). Kemudian Malaikat Jibrail
a.s. memeluknya sehingga sukar untuknya bernafas. Setelah Jibrail
melepaskannya, dimintanya lagi supaya membaca (iqraÊ). Rasulullah SAW
bertanya lagi apa yang hendak dibaca (ma aqraÊ?). Begitulah dilakukan oleh Jibrail
a.s. berkali-kali sehingga ketiga kalinya, barulah Jibrail mengucapkan apa yang
diperintahkan itu supaya Rasulullah SAW mengikutinya, iaitu sebagaimana
firman Allah SWT:

ãΠtø.F{$# y7š/u‘uρ ù&tø%$# ∩⊄∪ @,n=tã ô⎯ÏΒ z⎯≈|¡ΣM}$# t,n=y{ ∩⊇∪ t,n=y{ “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ ù&tø%$#

∩∈∪ ÷Λs>÷ètƒ óΟs9 $tΒ z⎯≈|¡ΣM}$# zΟ¯=tæ ∩⊆∪ ÉΟn=s)ø9$$Î/ zΟ¯=tæ “Ï%©!$# ∩⊂∪
Maksudnya:
„Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah,
dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan
tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.‰
(Surah al-ÂAlaq: 96, 1−5)

Dengan perasaan cemas dan takut, Nabi Muhammad SAW terus pulang ke
rumahnya. Di pertengahan perjalanan ketika menuruni bukit, Baginda SAW
mendengar suara dari langit menyerunya:

„Wahai Muhammad! Engkau Rasulullah dan aku Jibrail‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II  21

Apabila Nabi Muhammad SAW mendongak ke langit dilihatnya Jibrail berbentuk


seorang lelaki yang tapak kakinya seluas ufuk di langit. Apabila Baginda SAW
sampai di rumah, Baginda dalam keadaan cemas dan ketakutan lalu meminta
Khadijah menyelimutkannya. Setelah rasa takut dan gementar hilang, Baginda
SAW menceritakan apa yang telah terjadi kepada Khadijah. Dengan penuh
hikmah dan yakin, Khadijah mengatakan seperti yang berikut:

„Jangan sekali-kali berperasaan sedemikian. Demi Allah! Dia tidak akan


menganiayai engkau sama sekali. Engkau menyambung silaturrahim, engkau
menolong orang yang lemah dan anak yatim, engkau memiliki akhlak yang mulia
sehingga orang lain mendapat faedah daripadanya, engkau menyenangkan tetamu
dan engkau menolong orang yang mengalami kesusahan yang memerlukan
pertolongan.‰

Lalu Nabi Muhammad SAW dan Khadijah pun pergi ke rumah Waraqah bin
Naufal, sepupu kepada Khadijah untuk menanyakan kepadanya tentang peristiwa
yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW. Waraqah ialah seorang tua yang buta
beragama Nasrani dan mengetahui isi kandungan kitab Injil. Apabila beliau
mendengar cerita Nabi Muhammad SAW, beliau menegaskan bahawa:

„Demi Tuhan yang diriku berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya kamu


adalah nabi umat ini. Kamu telah didatangi oleh malaikat Jibrail a.s. yang pernah
datang menemui Nabi Musa a.s. Demi sesungguhnya kamu akan dibohongi,
disakiti, dihalau dan akan diperangi. Jika aku berkesempatan dengan hari itu,
nescaya aku akan menolong kamu untuk menegakkan agama Allah dengan
pertolongan yang diketahuinya.‰

Nabi Muhammad SAW agak kehairanan mendengar penjelasan Waraqah tentang


dirinya terutama mengenai sikap orang Arab Quraisy. Dengan yakin, Waraqah
menjawab:

„Ya! Kerana sudah menjadi suatu kebiasaan bahawa orang yang membawa tugas
seperti ini dibenci, dimusuhi dan diperangi. Jika aku masih ada pada ketika itu aku
akan menolong engkau dengan sepenuh jiwa dan ragaku.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II

Justeru, dalam hadis yang lain daripada Sayidatina Aisyah r.a. daripada al-Hakim,
kita dapati bahawa Nabi Muhammad SAW sangat menyanjungi Waraqah dengan
sabdanya:

‫ﻻ ﺗﺴﺒﻮﺍ ﻭﺭﻗﺔ ﻓﺈﱐ ﺭﺃﻳﺖ ﻟﻪ ﺟﻨﺔ ﺃﻭ ﺟﻨﺘﲔ‬


Maksudnya:
„Janganlah kamu memaki Waraqah bin Naufal. Sesungguhnya aku telah
bermimpi dia mempunyai satu atau dua syurga.‰

(Hadis riwayat daripada al-Hakim)

Selepas peristiwa itu, Nabi Muhammad SAW masih berulang alik ke Gua Hira
untuk beruzlah dan beribadat kepada Allah SWT. Pada suatu hari, ketika
menuruni bukit untuk pulang ke rumah, tiba-tiba Baginda SAW terdengar suara
yang datang dari arah langit. Apabila Baginda SAW mengangkat kepalanya ke
langit, Baginda SAW mendapati malaikat Jibrail a.s. menampakkan dirinya dalam
bentuk asalnya.

Kejadian ini menjadikan Rasulullah SAW merasa takut dan terus pulang ke
rumah. Baginda SAW meminta Khadijah menyelimutkannya. Khadijah
menyelimutkannya, lalu turunlah ayat-ayat yang berikut:

∩⊆∪ öÎdγsÜsù y7t/$u‹ÏOuρ ∩⊂∪ ÷Éi9s3sù y7−/‘u uρ ∩⊄∪ ö‘É‹Ρr'sù óΟè% ∩⊇∪ ãÏoO£‰ßϑø9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩∈∪ öàf÷δ$$sù t“ô_”9$#uρ

Maksudnya:
„Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran
(kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-
Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan,
maka hendaklah engkau jauhi.‰
(Surah al-Muddathir, 74:1−5)

Dengan penurunan wahyu tersebut, maka bermulalah penurunan wahyu-wahyu


lain secara berturut-turut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II  23

SEMAK KENDIRI 2.2

Jelaskan proses penerimaan wahyu Rasulullah SAW yang pertama di


Gua Hira.

AKTIVITI 2.3
1. Bersetujukah anda bahawa terdapat dalam kalangan guru yang hanya
menyampaikan kurikulum mengikut sukatan pelajaran sahaja tanpa
memberi pendidikan dalam erti kata yang sebenar? Kemukakan hujah
anda.

2. Bagaimanakah kita boleh menerapkan nilai-nilai murni yang


terkandung dalam peristiwa penurunan wahyu pertama dalam
kurikulum pendidikan masa kini?

2.5 KENABIAN NABI MUHAMMAD SAW


DAN HUBUNGANNYA DALAM KONTEKS
PENDIDIKAN KINI
Nabi Muhammad SAW sangat bijak dalam menguruskan sesuatu konflik yang
berlaku. Dalam konteks pendidikan, faktor kebijaksanaan dalam menyelesaikan
sesuatu konflik amat diperlukan sama ada di peringkat pendidik yang secara
khusus berhadapan dengan tingkah laku pelajar mahupun pentadbir atau
pengurus di sesebuah institusi pendidikan.

Menurut Mustafa al-Siba`ie (1998), kebijaksanaan amat diperlukan dalam proses


dakwah dan tarbiah, terutama bagi mereka yang memimpin sesuatu kelompok
atau masyarakat. Dalam erti kata lain, kejahilan tidak mendapat tempat dalam
masyarakat yang inginkan pembaharuan dan daya kepimpinan sama ada dari
sudut pemikiran mahupun kerohanian.

Peranan Khadijah dalam peristiwa kenabian Rasulullah SAW pula


menggambarkan bahawa kaum wanita memainkan peranan yang begitu penting
dalam konteks pendidikan. Kaum wanita perlu berperanan dalam memastikan
proses pendidikan berjalan dengan baik. Pepatah ada mengatakan bahawa
„tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia‰. Ini kerana,
pendidikan pertama bermula dari rumah bersama para ibu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II

Selain itu menurut Mustafa al-Siba`ie (1998), pendidik perlu memperuntukkan


waktu tertentu bersendirian untuk berhubung terus dengan Allah SWT dan
menyucikan dirinya daripada sifat-sifat mazmumah. Dengan erti kata lain,
pendidik perlu melakukan muhasabah dan penyucian diri. Antara mekanisme
penyucian diri serta muhasabah yang berkesan seperti yang disarankan ialah
dengan melakukan tahajud di waktu malam yang menjadi amalan seharian Nabi
Muhammad SAW.

Seterusnya, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW jelas
berkaitan dengan aspek pendidikan, iaitu keilmuan dan budaya ilmu. Ayat
pertama yang dimulai dengan iqraÊ menunjukkan bahawa membaca adalah aspek
terpenting dalam proses pendidikan bagi memperoleh ilmu pengetahuan.

Aktiviti membaca bukan sekadar perlu dilakukan oleh pelajar untuk menimba
ilmu pengetahuan, tetapi juga pendidik yang perlu banyak membaca untuk
menambah pengetahuannya dan menyampaikannya kepada pelajar. Apatah lagi
apabila kita berbicara tentang pembinaan, perkembangan dan kemajuan sesuatu
tamadun; ia perlu dimulakan dengan aspek keilmuan.

Jika kita perhatikan kalimah iqraÊ dengan teliti, kita dapati bahawa ia
digandingkan dengan kalimah Rabb yang bermaksud Tuhan yang bersifat
al-Akram (iaitu Yang Maha Pemurah). Ini menunjukkan bahawa aktiviti keilmuan
perlu disandarkan kepada Allah SWT.

Ilmu sifatnya kebenaran atau al-haqq dan memberi makna yang benar kepada diri
seseorang. Tiada kebenaran yang hakiki melainkan datangnya dari zat yang Maha
Benar lagi Maha Mengetahui. Antara sifat dan nama Allah SWT yang Maha Mulia
ialah al-`Alim, iaitu Yang Maha Mengetahui. Di samping itu, sumber ilmu yang
paling utama ialah Allah SWT melalui al-Quran dan sunah.

Dalam surah al-ÂAlaq juga, kita dapati bahawa terdapat elemen instrumen
pengajaran dan pembelajaran, iaitu pena atau al-qalam. Ini menunjukkan adanya
subjek yang dibaca, iaitu buku yang selalunya ditulis dengan mata pena sebagai
asas kepada bidang penulisan.

Di samping itu, ia mengisyaratkan bahawa aktiviti keilmuan akan berkembang


melalui penyelidikan dan penulisan. Ini adalah salah satu anugerah Ilahi yang
diberikan kepada insan supaya menggunakan al-`aql dan minda yang sihat supaya
memanfaatkan potensi yang ada untuk faedah ummah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II  25

Dalam konteks pedagogi pula, peristiwa penurunan wahyu mempunyai


kepentingan tertentu, iaitu malaikat Jibrail a.s. mengajar Nabi Muhammad SAW
tentang kalimah iqraÊ beberapa kali melalui arahan. Ini menunjukkan bahawa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, aspek pengulangan amat perlu bagi
membina keyakinan pelajar terutama tentang sesuatu yang belum diketahui oleh
mereka.

Tindakan malaikat Jibrail a.s memeluk Nabi Muhammad SAW pula merupakan
suatu manifestasi kepada aspek sentuhan yang boleh digunakan oleh pendidik
kepada pelajar. Sentuhan bukan hanya dilihat dari sudut sentuhan secara fizikal
tetapi yang lebih penting ialah sentuhan secara rohani yang melibatkan al-qalb,
al-nafs dan al-`aql. Ini kerana, ilmu yang bersifat al-haqq dan memberi makna
kepada diri seseorang yang disampaikan oleh pendidik kepada pelajar perlu
menyentuh ketiga-tiga aspek dalaman berkenaan.

AKTIVITI 2.4
1. Bincangkan kaedah yang boleh diaplikasi bagi menerapkan akhlak
dan nilai-nilai baik dalam kalangan guru agar mereka menjadi
contoh ikutan terbaik kepada para pelajar.

2. Bincangkan beberapa langkah yang sesuai bagi menangani masalah


keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam pada masa
kini.

 Kebijaksanaan dalam kepimpinan merupakan gabungan antara elemen fitrah,


bakat semula jadi, pengalaman dan pengetahuan.

 Pendidik dan pendakwah perlu mempunyai tingkah laku yang baik secara
tekal dan istiqamah bagi memastikan proses pendidikan dan pendakwahan
berjalan dengan baik serta mendapat respons yang baik daripada sasaran.

 Pembentukan insan dari sudut fizikal, rohani, minda dan emosinya terhasil
daripada faktor pendidikan dalam erti kata yang sebenar.

 Wanita mempunyai peranan yang tersendiri dalam pelbagai aspek seperti


pendidikan dan dakwah.

 Faktor ilmu dan budaya ilmu amat penting dalam pembinaan, perkembangan
dan kemajuan insan bagi membina suatu peradaban.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 PERINGKAT SEBELUM KENABIAN II

Al-Amin Kebijaksanaan
Beruzlah Khadijah binti Khuwailid
Budaya ilmu Pendidikan

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2009). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi
A. Al-Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2004). Islam Hadhari dalam pembangunan


insan: Asas kepada pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia. Terj.
Muhammad Ramzi Omar. Selangor, Malaysia: Yayasan Islam Hadhari.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Peringkat
Dakwah di
3 Mekah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW pada
awal pelantikannya sebagai pesuruh Allah SWT;
2. Menerangkan kesan perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW
secara sembunyi dan terang;
3. Menjelaskan perancangan Nabi Muhammad SAW bagi memastikan
dakwah terus berlangsung di bumi Mekah; dan
4. Menjelaskan dua peringkat dakwah di Mekah dan hubungannya
dengan pendidikan masa kini.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelum ini, kita telah mengikuti bagaimana Nabi Muhammad SAW
menerima wahyu dan dilantik sebagai pesuruh Allah SWT. Rentetan daripada itu,
dalam Topik 3 ini kita akan menelusuri sirah Baginda SAW sebagai rasul dan juga
perjuangan dakwah Baginda SAW kepada masyarakat Arab Quraisy di Mekah.

Secara umum, modus operandi Rasulullah SAW menyampaikan dakwah


terbahagi kepada dua bahagian, iaitu secara sembunyi (sirr) dan secara terang-
terangan (jahr). Selain itu, kita juga akan membincangkan cabaran dan kesan yang
dihadapi Rasulullah SAW dalam usaha Baginda SAW menyampaikan dakwah.
Kemudian, kita akan membicarakan usaha Baginda SAW menyampaikan dakwah
di luar kota Mekah, iaitu di TaÊif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH

3.1 DAKWAH SECARA SEMBUNYI (SIRR)


Dalam Topik 2, kita telah membicarakan bagaimana Nabi Muhammad SAW
menerima wahyu daripada Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.
yang mengisyaratkan kepada Baginda SAW supaya menunaikan amanat
kerasulan. Ia dimulakan dengan berdakwah, iaitu mengajak manusia kepada
agama Islam berdasarkan prinsip yang dibawa oleh semua rasul Allah.

Ini dapat kita perhatikan berdasarkan firman Allah SWT yang berikut:

( |Nθäó≈©Ü9$# (#θç7Ï⊥tGô_$#uρ ©!$# (#ρ߉ç6ôã$# Âχr& »ωθß™§‘ 7π¨Βé& Èe≅à2 ’Îû $uΖ÷Wyèt/ ô‰s)s9uρ

’Îû (#ρçÅ¡sù 4 ä's#≈n=Ò9$# Ïμø‹n=tã ôM¤)ym ï∅¨Β Νßγ÷ΨÏΒuρ ª!$# “y‰yδ ô⎯¨Β Νßγ÷ΨÏϑsù

∩⊂∉∪ š⎥⎫Î/Éj‹s3ßϑø9$# èπt7É)≈tã šχ%x. y#ø‹x. (#ρãÝàΡ$$sù ÇÚö‘F{$#

Maksudnya:
„Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang
rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): `Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah TaghutÊ Maka di antara mereka (yang menerima
seruan rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang
berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian
lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan
rasul-rasulnya.‰
(Surah an-Nahl, 16:36)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH  29

Secara umumnya, mesej dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ketika
berada di Mekah adalah berkaitan perkara-perkara yang berikut (rujuk Rajah 3.1):

Rajah 3.1: Mesej dakwah Nabi Muhammad SAW di Mekah

Langkah pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah menyampaikan


dakwah secara tertutup atau sembunyi dengan menyeru manusia supaya
beribadat kepada Allah SWT dan meninggalkan kegiatan syirik. Tumpuan utama
dakwah Nabi Muhammad SAW adalah terhadap aspek akidah. Baginda SAW
menyeru masyarakat Arab supaya menyembah Allah Yang Maha Esa dan
meninggalkan penyembahan berhala.

Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2004), dakwah dalam fasa pertama
ini dilakukan secara sembunyi agar orang kafir Quraisy tidak terperanjat dengan
ajakan Baginda SAW kerana mereka adalah penyembah berhala yang tegar.
Justeru, Nabi Muhammad SAW mengambil pendekatan berdakwah kepada
orang-orang yang paling akrab dahulu dalam kalangan keluarga dan
sahabat-sahabat lama Baginda SAW.

Menurut Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury (2010) pula, dakwah yang


dilakukan secara sembunyi ini berterusan selama tiga tahun. Pada masa itu, Nabi
Muhammad SAW hanya menumpukan kepada dakwah secara individu atau
dakwah fardiyyah menggunakan pendekatan komunikasi interpersonal.

Antara mereka yang mula-mula memeluk Islam hasil usaha dakwah secara
sembunyi ialah seperti yang tersenarai dalam Rajah 3.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH

Rajah 3.2: Orang yang memeluk Islam hasil usaha dakwah secara sembunyi

Golongan pertama yang memeluk Islam ini terdiri daripada beberapa kelompok
dan suku kaum, iaitu kumpulan bangsawan, orang-orang miskin dan golongan
hamba. Dianggarkan mereka itu berjumlah antara 30 hingga 40 orang. Mereka
berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sembunyi. Begitu juga apabila
mereka mahu melakukan ibadat, mereka melakukannya secara berselindung.
Baginda SAW mengajar mereka tentang Islam juga secara sembunyi di rumah
al-Arqam bin Abi al-Arqam yang kedudukannya terpencil daripada masyarakat
Arab.

Orang-orang Quraisy sememangnya mengetahui gerakan dakwah yang dilakukan


oleh Nabi Muhammad SAW. Walau bagaimanapun, mereka tidak memberi
perhatian serius kepada gerakan tersebut dan tidak mempedulikannya kerana
pada anggapan mereka, pemeluk agama Islam tidak mengganggu kepentingan
berhala dan kepimpinan mereka. Kenyataan ini dapat difahami melalui
pertemuan antara seorang pedagang Arab yang datang dari luar kota Mekah
dengan bapa saudara Rasulullah SAW iaitu `Abbas bin `Abd al-Muttalib.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH  31

Pada ketika itu, pedagang berkenaan sedang menyaksikan seorang lelaki, seorang
perempuan dan seorang kanak-kanak sedang bersembahyang dengan cara yang
berbeza dengan ibadat yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy. Lalu dia bertanya
kepada `Abbas tentang perlakuan mereka bertiga itu. `Abbas menjawab bahawa
kanak-kanak itu adalah anak saudaranya (iaitu `Ali bin Abi Talib r.a.), lelaki
dewasa itu juga adalah anak saudaranya juga (iaitu Nabi Muhammad SAW) dan
perempuan itu adalah isteri kepada lelaki dewasa (iaitu Khadijah binti Khuwailid
r.a.). Kemudian `Abbas menjelaskan bahawa anak saudaranya itu telah menerima
perintah Tuhan daripada langit.

SEMAK KENDIRI 3.1

Senaraikan nama-nama orang yang memeluk Islam hasil usaha dakwah


secara sembunyi.

AKTIVITI 3.1

1. Bincangkan perancangan strategik Nabi Muhammad SAW ketika


berdakwah secara sembunyi.

2. Dengan membaca senario permasalahan umat Islam sekarang


(contohnya, aspek masalah sosial), kaitkan isu tersebut dengan
usaha Nabi Muhammad SAW membentuk jati diri Muslim pada
peringkat awal penerimaan Islam.

3.2 DAKWAH SECARA TERANG (JAHR )


Setelah kita mengikuti perbincangan tentang dakwah secara sembunyi, kita beralih
pula kepada perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW secara terang dan terbuka.
Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2004), semenjak Baginda SAW
menyampaikan dakwah secara sembunyi yang dijalankan secara perseorangan,
Islam mendapat sambutan yang tidak putus-putus daripada orang ramai sehingga
menjadi sebutan di Kota Mekah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH

Selepas itu, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW menyampaikan


dakwah secara terang-terangan kepada orang Arab Quraisy. Ini berikutan turunnya
ayat al-Quran yang berikut:

∩®⊆∪ t⎦⎫Ï.Îô³ßϑø9$# Ç⎯tã óÚÌôãr&uρ ãtΒ÷σè? $yϑÎ/ ÷íy‰ô¹$$sù

Maksudnya:
„Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu
(Wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan
kaum kafir musyrik itu.‰
(Surah al-Hijr, 15:94)

Lantas Nabi Muhammad SAW mengumpulkan Bani Fihr dan Bani `Adi di atas
Bukit Safa dan berkata kepada mereka: „Adakah kamu percaya jika aku ceritakan
bahawa di sebalik bukit ini ada sekumpulan musuh akan menyerang kamu.‰
Mereka yang telah lama mengenali Baginda SAW menyatakan bahawa mereka
belum pernah mendengar yang Nabi Muhammad SAW bercakap dusta. Lalu
Baginda SAW berkata: „Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan,
iaitu di hadapanku ada suatu azab yang paling hebat.‰ Apabila mendengar
kata-kata Nabi Muhammad SAW itu, Abu Lahab bingkas bangun dan menjawab:
„Binasalah engkau wahai Muhammad! Apakah kerana ini kamu mahu
mengumpulkan kami?‰

Celaan Abu Lahab itu menyebabkan turunnya ayat yang berikut:

∩⊇∪ ¡=s?uρ 5=yγs9 ’Î1r& !#y‰tƒ ôM¬7s?

Maksudnya:
‰Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!‰
(Surah al-Masad, 111:1)

Dalam masa yang sama, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang berikut:

∩⊄⊇⊆∪ š⎥⎫Î/tø%F{$# y7s?uϱtã ö‘É‹Ρr&uρ


Maksudnya:
‰Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.‰
(Surah al-Syu`ara, 26:214)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH  33

Baginda SAW menyampaikan dakwah kepada beberapa kabilah Arab seperti Bani
Ka`b bin Luai, Bani Murrah bin Ka`b, Bani Hasyim dan Bani `Abd al-Muttalib.
Mereka, bagaimanapun, memberikan reaksi yang negatif dengan mencemuh
dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka tidak sanggup
meninggalkan agama warisan nenek moyang mereka yang telah menjadi darah
daging mereka.

Hasil dakwah secara terang-terangan ini, beberapa individu telah memeluk Islam,
antaranya ialah (rujuk Rajah 3.3):

Rajah 3.3: Orang yang memeluk Islam hasil usaha dakwah secara terang

Namun begitu, Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam telah menerima
reaksi negatif daripada orang Arab Quraisy yang menyakiti Nabi Muhammad
SAW dan menyeksa orang Muslim. Antara orang yang suka menyakiti Baginda
SAW ialah Abu Lahab, al-Hakam Abi al-`As, `Uqbah bin Ma`ayt, `Adi bin HamraÊ
dan Ibn al-AsdaÊ.

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zin (2012), terdapat beberapa tindakan yang dilakukan
oleh orang Arab Quraisy untuk menentang dakwah yang dijalankan oleh Nabi
Muhammad SAW. Secara umumnya, tindakan mereka adalah seperti yang
berikut:

(a) Memperkecil, menghina, membohongi dan mentertawakan agama Islam dan


orang-orang Islam, melemahkan kekuatan psikologi orang Islam dengan
menuduh mereka sebagai orang bodoh, ahli sihir dan orang gila;

(b) Melontarkan perkara-perkara yang mendatangkan keraguan dan


ketidakpercayaan masyarakat kepada ajaran Islam dengan tuduhan-
tuduhan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama palsu dan Nabi
Muhammad SAW mempunyai keperibadian yang meragukan; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH

(c) Menyekat orang ramai daripada mendengar al-Quran dengan melemparkan


pelbagai tuduhan bahawa ia adalah cerita rekaan dan dongengan orang
dahulu serta menyibukkan orang ramai dengan perkara-perkara lain supaya
mereka tidak memikirkan tentang al-Quran dan isi kandungannya.

Selain itu, mereka berusaha meyakinkan Abu Talib, bapa saudara Nabi
Muhammad SAW, tentang kesalahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Walau bagaimanapun, usaha ini tidak mendatangkan hasil. Mereka juga berusaha
meyakinkan jemaah haji yang datang ke Mekah tentang keburukan keperibadian
dan usaha dakwah Nabi Muhammad SAW supaya berlaku pertembungan
maklumat antara Baginda SAW dengan mereka. Namun, usaha ini juga kurang
berkesan.

Mereka turut menyeksa sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW supaya mereka


kembali kepada anutan asal mereka. Di sini, kita menyaksikan ramai golongan
lemah menerima azab daripada pembesar kaum Quraisy seperti Bilal bin
al-Rabbah, `Ammar bin Yasir dan keluarganya.

Walaupun pelbagai tindakan kekejaman yang dilakukan oleh orang Quraisy


terhadap orang Islam, mereka diminta untuk terus bersabar dan menerimanya
sebagai suatu ujian yang akan diberi ganjaran syurga dari Allah SWT. Cuba kita
renungkan hadis yang berikut:

‫ﻋﻦ ﺧﺒﺎﺏ ﺑﻦ ﺍﻷﺭﺕ ﻗﺎﻝ ﺷﻜﻮﻧﺎ ﺇﱃ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬


‫ ﺃﻻ ﺗﺴﺘﻨﺼﺮ ﻟﻨﺎ ﺃﻻ ﺗﺪﻋﻮ‬: ‫ ﻗﻠﻨﺎ ﻟﻪ‬. ‫ﻭﻫﻮ ﻣﺘﻮﺳﺪ ﺑﺮﺩﺓ ﻟﻪ ﰲ ﻇﻞ ﺍﻟﻜﻌﺒﺔ‬
‫ ﻛﺎﻥ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻓﻴﻤﻦ ﻗﺒﻠﻜﻢ ﳛﻔﺮ ﻟﻪ ﰲ ﺍﻷﺭﺽ ﻓﻴﺠﻌﻞ ﻓﻴﻪ‬:‫ ﻗﺎﻝ‬.‫ﺍﷲ ﻟﻨﺎ‬
‫ﻓﻴﺠﺎﺀ ﺑﺎﳌﻨﺸﺎﺭ ﻓﻴﻮﺿﻊ ﻋﻠﻰ ﺭﺃﺳﻪ ﻓﻴﺸﻖ ﺑﺎﺛﻨﺘﲔ ﻭﻣﺎ ﻳﺼﺪﻩ ﺫﻟﻚ ﻋﻦ ﺩﻳﻨﻪ‬
‫ﻭﳝﺸﻂ ﺑﺄﻣﺸﺎﻁ ﺍﳊﺪﻳﺪ ﻣﺎ ﺩﻭﻥ ﳊﻤﻪ ﻣﻦ ﻋﻈﻢ ﺃﻭ ﻋﺼﺐ ﻭﻣﺎ ﻳﺼﺪﻩ‬
‫ﺫﻟﻚ ﻋﻦ ﺩﻳﻨﻪ ﻭﺍﷲ ﻟﻴﺘﻤﻦ ﻫﺬﺍ ﺍﻷﻣﺮ ﺣﱴ ﻳﺴﲑ ﺍﻟﺮﺍﻛﺐ ﻣﻦ ﺻﻨﻌﺎﺀ ﺇﱃ‬
‫ﺣﻀﺮﻣﻮﺕ ﻻ ﳜﺎﻑ ﺇﻻ ﺍﷲ ﺃﻭ ﺍﻟﺬﺋﺐ ﻋﻠﻰ ﻏﻨﻤﻪ ﻭﻟﻜﻨﻜﻢ ﺗﺴﺘﻌﺠﻠﻮﻥ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH  35

Maksudnya:
‰Daripada Khabbab bin al-Arat yang memberitahu, bahawa kami telah mengadu
kepada Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan Baginda, ketika Baginda
berbaring di atas selendang dengan bertongkatkan siku di bawah bayangan
Kaabah. Kami berkata kepada Baginda: Tidakkah boleh engkau meminta
pertolongan bagi kami? Tidakkah boleh engkau berdoa kepada Allah untuk kami?
Nabi Muhammad SAW menjawab: ‰Terdapat seorang lelaki sebelum kamu digali
satu lubang lalu diletakkannya di dalamnya. Maka diambil gergaji lalu diletakkan
di atas kepalanya dan digergaji sehingga terbelah dua. Namun ia tidak boleh
menghalangnya dari agamanya. Dia dicakar dengan cakaran besi lalu terburai dan
berpisahlah daging dari tulang dan urat sarafnya, namun ia tidak boleh
menghalang dari agamanya. Demi Allah! Dia akan menyempurnakan urusan-
Nya, sehingga orang yang berjalan dari SanaÊa ke Hadramaut tidak merasai takut
kepada apa pun melainkan kepada Allah dan kepada serigala terhadap
kambingnya sahaja. Namun kamu terlalu gopoh, ingin cepat.‰

Daripada hadis ini, kita dapati bahawa Nabi Muhammad SAW mengajar para
sahabat dan orang Islam pada ketika itu supaya bersabar dan tidak membalas
kembali kekerasan yang dilakukan oleh orang Quraisy. Menurut Ab. Aziz Mohd.
Zin (2012), terdapat beberapa sebab mengapa tindakan sedemikian diambil oleh
Baginda SAW, antaranya ialah:

(a) Nabi Muhammad SAW mahu mendidik para sahabat supaya bersabar
terhadap segala kezaliman yang dilakukan kepada mereka;

(b) Ia sebagai salah satu strategi dakwah dengan tidak membalas kembali
kezaliman dengan kezaliman; dan

(c) Orang Islam masih belum mempunyai kekuatan untuk membalas kembali.
Jika ia dilakukan, ia akan menyebabkan keadaan yang lebih parah berlaku
dan ia amat merugikan orang Islam dalam perjuangan mereka menegakkan
agama Islam.

Berdasarkan hadis tersebut juga, menurut Muhammad al-Ghazali (1997), Nabi


Muhammad SAW tidak menghimpunkan para sahabatnya untuk mendapatkan
kemenangan segera. Ini kerana matlamat Baginda SAW ialah untuk membuka
mata masyarakat dan menghapuskan kepercayaan jahiliah yang menyesatkan.
Baginda SAW juga mahu melepaskan diri mereka dari belenggu kepercayaan
nenek moyang mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH

AKTIVITI 3.2
1. Dengan melihat suasana umat Islam di Palestin sekarang,
bagaimanakah dakwah fasa terang-terangan boleh dikaitkan dengan
perjuangan mereka sekarang bagi membebaskan bumi Palestin?

2. Bincangkan langkah-langkah yang berkesan bagi menjalankan


dakwah secara interpersonal kepada golongan liberalisme dan
pluralisme.

3.3 PEMULAUAN MASYARAKAT MEKAH


Dakwah yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat
Baginda semakin berkembang dan diterima oleh penduduk Mekah. Ini ditambah
pula dengan pengislaman dua orang yang agak berpengaruh di sana, iaitu Umar
al-Khattab dan Hamzah bin `Abd al-Muttalib.

Di samping itu, misi hijrah ke Habsyah mendatangkan kejayaan, iaitu orang Islam
yang berhijrah ke Habsyah telah mendapat perlindungan dan keamanan daripada
Raja Najasyi. Orang Quraisy juga gagal mempengaruhi bapa saudara Nabi
Muhammad SAW iaitu Abu Talib untuk menyekat perjuangan Baginda SAW
menyebarkan mesej Islam kepada penduduk Mekah.

Justeru, pembesar Quraisy memikirkan satu langkah yang lebih efektif dan
berkesan bagaimana mahu memastikan dakwah tidak tersebar dan diterima dalam
kalangan penduduk Mekah. Mereka mengambil keputusan untuk mengadakan
perjanjian bertulis dengan Bani Hasyim dan Bani `Abd al-Muttalib. Isi
kandungannya adalah seperti yang berikut:

(a) Tidak boleh berkahwin dan dikahwinkan dengan mereka;

(b) Tidak boleh mengadakan transaksi jual-beli dengan mereka;

(c) Menyekat sebarang sumber rezeki yang datang kepada mereka; dan

(d) Tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak berbelas kasihan kepada
mereka melainkan setelah Bani `Abd al-Muttalib menyerahkan Nabi
Muhammad SAW kepada mereka untuk dibunuh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH  37

Perjanjian yang dipersetujui itu termaktub dalam bentuk kertas perjanjian


(sahifah) yang kemudiannya digantung di tengah-tengah Kaabah agar semua
pihak yang memeterai perjanjian tersebut mematuhinya. Seterusnya, perhatikan
pula kesan-kesan perjanjian terhadap orang Islam yang datang dari Bani Hasyim
dan Bani al-Muttalib. Antaranya ialah:

(a) Bekalan makanan terputus sehingga orang Islam terpaksa memakan


daun-daun kayu dan kulit binatang;

(b) Mereka tidak dapat keluar dari kawasan sekatan kecuali pada bulan-bulan
haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab; dan

(c) Harga barangan terlalu mahal sehingga tidak mampu untuk dibeli.

Walaupun dipulau dan menerima tekanan dari segi ekonomi serta sosial daripada
masyarakat Quraisy, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat terus
mengembangkan agama Islam terutama kepada rombongan haji. Ini
menyebabkan orang Quraisy mula mempersoalkan kesan di sebalik pemulauan
tersebut. Malah, ia kadang-kadang mengundang rasa simpati dalam kalangan
mereka. Akhirnya, setelah tiga tahun, perjanjian tersebut terbatal apabila didapati
sahifah yang digantung di tengah-tengah Kaabah tersebut telah dimakan oleh
anai-anai.

AKTIVITI 3.3

1. Kemukakan pandangan anda terhadap sikap sesetengah ahli


masyarakat yang tidak memberi kerjasama dengan kumpulan
pendakwah dan aktiviti dakwah pada masa sekarang.

2. Dengan merujuk soalan sebelum ini, bincangkan langkah yang


relevan bagi menangani persoalan ini.

3.4 PENGUSIRAN DI TA’IF


Setelah kita melihat tekanan demi tekanan yang dikenakan kepada Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat, kita perhatikan pula bagaimana Baginda
SAW membuat perancangan melebarkan misi dakwah di luar kota Mekah. Ini
dilakukan apabila gerakan dakwah tidak mendapat respons yang baik dalam
kalangan penduduk Mekah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH

Destinasi yang dipilih oleh Nabi Muhammad SAW ialah TaÊif, iaitu sebuah bandar
yang terletak tidak jauh dari kota Mekah. Ia juga menunjukkan bahawa dalam
memastikan kelangsungan dakwah dan pendidikan, usaha tersebut tidak hanya
berlegar di satu-satu tempat sahaja. Ia perlu diperluaskan ke tempat lain agar
dakwah dan pendidikan itu boleh berkembang ke serata tempat. Menurut Ab.
Aziz Mohd. Zin (2012), TaÊif dipilih kerana lokasinya yang strategik, iaitu (rujuk
Rajah 3.3):

Rajah 3.3: Faktor pemilihan TaÊif dalam misi dakwah Rasulullah SAW

Nabi Muhammad SAW pergi ke TaÊif pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian
dengan ditemani Zaid bin Harithah. Apabila sampai di sana, Baginda SAW pun
menjalankan amanah berdakwah kepada penduduk TaÊif. Malangnya, Baginda
SAW menerima layanan yang buruk daripada mereka. Selain menghalau
Rasulullah SAW, mereka menyuruh sekumpulan kanak-kanak membaling batu
kepada Baginda SAW sehingga kakinya berdarah. Nabi Muhammad SAW dan
Zaid berundur dan tiba di kebun kepunyaan `Utbah dan Syaibah anak kepada
Rabi`ah. Sambil berehat Baginda SAW mengadu kepada Allah SWT dengan
rintihan yang berikut:

„Ya Allah! Hanya kepada Engkau aku mengadu tentang kelemahanku, kekurang
daya upayaku dan kerdilnya aku di hadapan manusia. Engkaulah yang paling
mengasihi dan Engkaulah Tuhan kepada golongan yang lemah. Engkaulah sahaja
Tuhanku. Kepada siapakah lagi aku boleh aku mengadu, selain Kamu? Apakah
kepada mereka yang dari jauh lagi sudah menentang aku atau kepada musuh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH  39

untuk menghancurkan segala urusanku? Jika aku tidak menjadi kemurkaan


Engkau, aku tidak peduli untuk melakukan dan menghadapi apa sahaja, selain
daripada kesejahteraan dari Engkau yang paling utama bagiku. Aku berlindung
dengan cahaya Engkau yang memancar seluruh kegelapan dan kebaikan padanya
urusan dunia dan akhirat, daripada diturunkan ke atasku kemurkaan Engkau.
Kepada engkau sahajalah dituntut keredaan, sehingga Engkau reda. Tiada daya
dan tiada kekuatan, kecuali dari Engkau.‰
(Hadis riwayat Muhammad ibn Ka`ab)

Dalam pada itu, Allah SWT mengutuskan malaikat yang menjaga bukit dengan
menawarkan kepada Nabi Muhammad SAW balasan terhadap penduduk TaÊif
yang menolak dakwah dengan tindakan negatif dan kasar. Ini dapat difahami
daripada hadis yang berikut:

‫ﻓﺮﻋﺖ ﺭﺃﺳﻲ ﻓﺈﺫﺍ ﺃﻧﺎ ﺑﺴﺤﺎﺑﺔ ﻗﺪ ﺃﻇﻠﺘﲏ ﻓﻨﻈﺮﺕ ﻓﺈﺫﺍ ﻓﻴﻬﺎ ﺣﱪﻳﻞ ﻓﻨﺎﺩﺍﱐ‬
‫ ﺇﻥ ﺍﷲ ﲰﻊ ﻗﻮﻝ ﻗﻮﻣﻚ ﻟﻚ ﻭﻣﺎ ﺭﺩﻭﺍ ﻋﻠﻴﻚ ﻭﻗﺪ ﺑﻌﺚ ﺇﻟﻴﻚ ﻣﻠﻚ‬:‫ﻓﻘﺎﻝ‬
‫ ﻳﺎ‬:‫ ﻓﻨﺎﺩﺍﱐ ﻣﻠﻚ ﺍﳉﺒﺎﻝ ﻓﺴﻠﻢ ﻋﻠﻲ ﰒ ﻗﺎﻝ‬.‫ﺍﳉﺒﻞ ﻟﺘﺄﻣﺮﻩ ﲟﺎ ﺷﺌﺖ ﻓﻴﻬﻢ‬
‫ ﻓﻘﺎﻝ‬.‫ﳏﻤﺪ ﻓﻘﺎﻝ ﺫﻟﻚ ﻓﻴﻤﺎ ﺷﺌﺖ ﺇﻥ ﺷﺌﺖ ﺃﻥ ﺃﻃﺒﻖ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺍﻷﺧﺸﺒﲔ‬
‫ ﺑﻞ ﺃﺭﺟﻮ ﺃﻥ ﳜﺮﺝ ﺍﷲ ﻣﻦ ﺃﺻﻼﻬﺑﻢ ﻣﻦ ﻳﻌﺒﺪ‬:‫ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬
.‫ﺍﷲ ﻭﺣﺪﻩ ﻻ ﻳﺸﺮﻙ ﺑﻪ ﺷﻴﺌﺎ‬
Maksudnya:
„Maka aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba awan membayangiku. Aku melihat
padanya, maka tiba-tiba Jibrail dari arahku menyeruku dengan katanya:
`Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata kaum kamu kepada kamu dan
layanan mereka terhadap kamu. Sekarang Allah menghantar malaikat yang
menjaga bukit-bukau untuk kamu perintahkannya menurut apa yang kamu
kehendaki. Maka, malaikat bukit-bukau pun menyeru kepada aku dan memberi
salam kepada aku, lalu berkata: Wahai Muhammad! Perintahkanlah aku dengan
apa sahaja yang kamu kehendaki. Jika kamu ingin aku menghempapkan dua bukit
dari Mekah ke atas mereka, aku akan lakukannya.Ê Maka Rasulullah SAW.
menjawab: Aku mengharapkan Allah akan mengeluarkan daripada zuriat mereka
orang yang akan menyembah Allah semata-mata, dengan tidak syirik terhadap-
Nya sedikit pun.Ê ‰
(Hadis riwayat Bukhari)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH

SEMAK KENDIRI 3.2

Apakah faktor-faktor pemilihan TaÊif dalam misi dakwah Rasulullah


SAW?

AKTIVITI 3.4

1. Apakah pendekatan yang boleh digunakan bagi melahirkan


pemimpin yang berjiwa pemaaf seperti yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW?

2. Bincangkan satu perancangan strategik yang boleh diaplikasi


sewaktu berhadapan dengan krisis dan risiko.

3.5 DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW


DI MEKAH DAN HUBUNGANNYA DALAM
KONTEKS PENDIDIKAN MASA KINI
Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2004), Rasulullah SAW menjalankan
tugas menyampaikan dakwah secara sembunyi adalah semata-mata menurut
perintah Allah SWT. Di samping itu, antara hikmah diperintahkan sedemikian
adalah untuk memastikan bahawa ajaran Islam yang dibawa itu benar-benar sampai
kepada kumpulan sasaran yang tepat dan kumpulan yang benar-benar bersedia
serta berminat kepada apa yang disampaikan oleh Baginda SAW.

Aspek ini adalah antara aspek yang paling penting dalam konteks pendidikan. Ini
kerana, pendidik perlu mengkaji dengan teliti sasaran mereka supaya ia bertepatan
dengan matlamat dan tujuan pendidikan yang dijalankan. Di samping itu, menurut
Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2004) lagi, pendidik tidak seharusnya
menyerahkan urusannya secara bulat-bulat kepada Allah SWT semata-mata tanpa
menggandingkannya dengan perancangan yang tepat dan berkesan.

Para pendidik juga perlu menggunakan pendekatan yang sesuai mengikut


suasana yang dihadapi ketika berinteraksi dengan kumpulan sasar. Ini kerana,
menurut Mahdi Rizqullah Ahmad (2009), pendidik perlu menggunakan
kebijaksanaan ketika menyampaikan mesej pendidikan dengan meneliti realiti di
sekitarnya. Di samping itu, pendidik perlu menentukan pendekatan pendidikan
yang sesuai untuk mencapai matlamat pendidikannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH  41

Jika kita meneliti kedua-dua fasa dakwah yang dilaksanakan oleh Nabi
Muhammad SAW, kita boleh mengambil pengajaran bahawa perancangan
strategik dengan mengambil kira suasana dan realiti semasa amat penting bagi
memastikan proses pendidikan berjalan dengan baik. Nabi Muhammad SAW juga
sentiasa mengintai-intai peluang yang ada untuk dimanfaatkan demi
kelangsungan dakwah.

Di samping itu, Nabi Muhammad SAW juga tetap sedar dengan ancaman
daripada kaum Quraisy yang sentiasa mencemburui kejayaan awal dakwah
Baginda SAW. Dalam konteks pendidikan masa kini, para pendidik harus bijak
mencari peluang bagi memastikan kelangsungan pendidikan di samping bersedia
untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran pendidikan di era globalisasi kini.

 Pendakwah dan pendidik perlu bijaksana dalam mengurus manusia yang


menjadi sasaran dakwahnya.

 Pendidik dan pendakwah perlu merancang secara strategik untuk


menyampaikan mesej kepada kumpulan sasaran.

 Pembentukan insan dari sudut fizikal, rohani, minda dan emosi terhasil
daripada faktor pendidikan dalam erti kata yang sebenar.

 Kesabaran adalah salah satu sifat terpuji yang terdapat dalam diri para
pendakwah dan pendidik.

 Kekentalan jiwa seorang pendakwah dan pendidik banyak bergantung pada


kekuatan jiwa kepada Allah SWT dan kekuatan akalnya dalam merancang.

Dakwah secara sembunyi Pemboikotan


Dakwah secara terang Perancangan strategik
Doa Sabar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2009). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi
A. al-Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2004). Islam Hadhari dalam pembangunan


insan: Asas kepada pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia. Terj.
Muhammad Ramzi Omar. Selangor, Malaysia: Yayasan Islam Hadhari.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury. (2010). Al-Rahit al-makhtum,


bahtsun fi al sirah al-nabawiyah Âala shahibiha afdhal al-shalati wa
al-salam. Terj. Kathur Suhardi. Jakarta, Indonesia: Pustaka al-Kautsar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Peringkat
Dakwah di
4 Mekah:
Tentangan
Semakin Hebat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti perancangan Nabi Muhammad SAW dalam
memastikan kelangsungan dakwah berjalan lancar;
2. Menerangkan kesan perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW
dalam menyampaikan risalah Ilahi;
3. Menjelaskan penerimaan penduduk di luar kota Mekah terhadap
dakwah Islamiah; dan
4. Menjelaskan tentangan dakwah di Mekah dan hubungannya dalam
konteks pendidikan semasa.

 PENGENALAN
Dalam topik sebelum ini, kita telah membincangkan usaha dakwah Nabi
Muhammad SAW setelah dilantik menjadi utusan dan pesuruh Allah SWT. Dalam
topik ini, kita lanjutkan perbincangan tentang kesan yang dihadapi oleh orang
Islam dan perancangan Nabi Muhammad SAW dalam menangani dan
menguruskan krisis yang dihadapi seperti hijrah pertama ke Habsyah, perjanjian
Aqabah dan persiapan untuk berhijrah ke Yathrib (Madinah). Di samping itu, kita
juga akan membicarakan keadaan para sahabat yang menerima dugaan daripada
kaum Quraisy akibat memeluk agama Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT

4.1 HIJRAH KE HABSYAH


Dalam subtopik ini, kita akan melihat hijrah Nabi Muhammad SAW ke Habsyah
dalam dua fasa iaitu hijrah pertama dan hijrah kedua.

4.1.1 Hijrah Pertama


Tekanan demi tekanan yang dihadapi oleh para sahabat berterusan sehingga ke
pertengahan tahun ke-5 kenabian Nabi Muhammad SAW. Keadaan ini
memerlukan suatu penyelesaian dengan berpandukan wahyu Ilahi yang berikut:

َ‫ِين أَ ۡح َس ُنوا ْ ف َهٰ ِذه ِ ٱ ُّل ۡنيا‬


َ ‫ك ۡم ل َِّل‬
ُ َّ َ ْ ُ َّ ْ ُ َ َ َ‫قُ ۡل َيٰعِ َبا ِد ٱ َّلِين‬
ِ ۚ ‫ءامنوا ٱتقوا رب‬
َ ۡ َ ُ َ ۡ َ َ ُ ٰ َّ َّ َ ُ َ َّ ٌ َ ٰ َ َّ ُ َ َ ۗ ٞ َ َ َ
‫اب‬ ٖ ‫حس‬ ِ ‫ي‬ ِ ‫ِ و ِسعة ۗإِنما يوف ٱلص ِبون أجرهم بِغ‬ ‫حسنة وأۡرض ٱ‬
Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang
berakal sempurna itu): `Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwalah
kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan
beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas
(untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang
bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak
terkira.Ê ‰
(Surah al-Zumar, 39:10)

Keadaan orang Islam yang sangat tertekan dengan tindakan kasar daripada pihak
Quraisy dan Nabi Muhammad SAW tidak berdaya untuk menghalangnya.
Justeru, Baginda SAW mengambil langkah supaya orang Islam berhijrah ke
Habsyah. Antara alasan yang diberi untuk membenarkan orang Islam berhijrah ke
Habsyah ialah (rujuk Rajah 4.1):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT  45

Rajah 4.1: Alasan yang membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

Ekspedisi hijrah pertama ke Habsyah berlangsung pada bulan Rejab tahun ke-5
kenabian. Mereka yang pergi ke Habsyah dianggarkan seramai 10 orang lelaki dan
empat orang perempuan. Antara mereka yang tergolong dalam misi hijrah ke
Habsyah ini ialah:

(a) Uthman bin Affan;

(b) Ruqaiyyah binti Rasulullah;

(c) Abu Huzaifah;

(d) Suhailah binti Suhail;

(e) Al-Zubair bin al-Awwam;

(f) Mus`ab bin `Umair;

(g) `Abd al-Rahman bin `Auf; dan

(h) `Uthman bin MaÊzun.

Ketika berada di Habsyah, orang Islam mendengar berita bahawa orang Quraisy
telah memeluk Islam. Lantas ada dalam kalangan orang Islam yang pulang ke
Mekah kerana mereka menyangka suasana di Mekah sudah berubah. Namun
apabila mereka tiba berdekatan dengan Mekah, mereka mendapati bahawa berita
tersebut tidak benar dan mereka berpatah kembali ke Habsyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT

Kejadian sebenar ialah apabila Nabi Muhammad SAW membaca ayat-ayat


daripada surah al-Najm, ada dalam kalangan orang Quraisy tertarik dan tersentuh
dengan bacaan Baginda SAW. Justeru, apabila sampai kepada ayat terakhir
daripada surah tersebut, Nabi Muhammad SAW pun sujud. Orang Quraisy yang
telah mengikuti dari awal bacaan Nabi Muhammad SAW pun turut sujud. Itu yang
menyebabkan berita tersebut tersebar dan sampai ke Habsyah.

Orang Islam yang berada di Habsyah terus mendapat layanan yang sangat
istimewa daripada Raja Habsyah. Keadaan ini menyebabkan pihak Quraisy terus
meningkatkan tekanan dan seksaan terhadap orang Islam di Mekah. Ini
menyebabkan Nabi Muhammad SAW mengarahkan rombongan kedua berhijrah
ke Habsyah.

4.1.2 Hijrah Kedua


Pergerakan kumpulan kedua ini telah dapat dikesan dan dihidu oleh orang
Quraisy tetapi mereka gagal menyekatnya. Kumpulan kedua ini lebih besar
daripada kumpulan pertama, iaitu terdiri daripada 83 orang lelaki dan 18 orang
perempuan. Pada masa ini, pihak Quraisy telah membuat perancangan untuk
mendapatkan kembali orang Islam yang telah berhijrah ke Habsyah. Caranya ialah
dengan mengutuskan dua orang wakil mereka ke Habsyah dan membuat
rundingan terus dengan Raja Habsyah. Utusan tersebut ialah `Abdullah bin Abi
Rabi`ah dan `Amru bin al-`As bin Wa`il. Di samping itu, mereka turut membawa
beberapa hadiah untuk dipersembahkan kepada pemerintah dan pembesar
Habsyah.

Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2004), tujuan mereka membawa


hadiah yang banyak itu adalah untuk menawan hati Raja Najasyi supaya baginda
menyerahkan kepada mereka orang-orang Islam yang telah berhijrah ke sana. Raja
Najasyi, bagaimanapun, enggan menyerahkan orang Islam kepada mereka begitu
sahaja kecuali sudah diadakan dialog tentang agama baharu yang dianuti oleh
orang Islam. Ketika diterima mengadap Raja Habsyah, mereka menyatakan
dakwaan tertentu kepada orang Islam, antaranya ialah:

(a) Orang Islam yang meminta perlindungan daripada Raja Najasyi adalah
mereka yang rendah mutu pemikirannya dan kualiti kehidupan; dan

(b) Orang Islam sangat memusuhi dan membenci Nabi Isa a.s. dan ibunya
Maryam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT  47

Bagi menjawab segala dakwaan tersebut, JaÊfar bin Abi Talib r.a. tampil menjadi
jurubicara orang Islam dan menerangkan tentang agama Islam. Menurut JaÊfar bin
Abi Talib r.a.:

„Kami ini di masa-masa dahulu, iaitu di zaman jahiliah menyembah berhala,


memakan bangkai, melakukan kejahatan, suka berperang, berkelahi, kuat
menganiaya yang lemah sehinggalah Allah mengutus seorang rasul dalam
kalangan kami juga. Beliau memang terkenal dengan kejujuran, amanah, suci
pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami supaya bercakap benar, bersifat
dengan sifat yang terpuji, jujur, ikhlas dan beramanah, menyeru kami menyembah
Tuhan Yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan berhala, berbaik-baik
dengan jiran tetangga, meninggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan
serta segala sesuatu yang terkeji, seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala
yang dibawanya, kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk dua
utusan ini menyeksa dan menekan kami supaya kami kembali semula kepada
agama yang lama, iaitu menyembah berhala. Setelah kami berasa sesak dan
benar-benar dalam penyeksaan yang tidak dapat kami menanggungnya maka
kami keluar dan ke negara tuanlah yang kami pilih. Semoga kami dapat
berlindung di sini dan jauh daripada penyeksaan dan kezaliman.‰

Kemudian, Raja Najasyi meminta JaÊfar bin Abi Talib r.a. membentang perkara
yang dibawa oleh utusan Allah (Nabi Muhammad SAW) dari Tuhan-Nya. Lantas
JaÊfar bin Abi Talib r.a. membacakan ayat-ayat awal daripada surah Maryam.
Setelah mendengar bacaan JaÊfar bin Talib r.a., Raja Najasyi menangis sehingga air
matanya mengalir membasahi pipi dan janggutnya. Kemudian, beliau berkata
bahawa ayat yang dibaca oleh JaÊfar bin Abi Talib r.a. dan ajaran Nabi Isa a.s.
adalah berdasarkan sumber yang sama. Selepas itu, beliau menghalau kedua-dua
utusan Quraisy tersebut.

Sebagai percubaan terakhir, mereka berdua cuba meyakinkan Raja Najasyi


bahawa orang Islam yang datang ke Habsyah sebenarnya amat membenci Nabi
Isa a.s. dan ibunya Maryam. Lantas, Raja Najasyi meminta pandangan JaÊfar bin
Abi Talib r.a. berkenaan pendirian Islam terhadap Nabi Isa a.s. dan Maryam.
Dengan penuh keyakinan beliau menjawab bahawa Nabi Isa a.s. ialah seorang
hamba Allah setelah dimasukkan roh dan kalimah-Nya ke dalam jiwa Maryam,
dara yang suci. Apabila mendengarkan jawapan daripada JaÊfar bin Abi Talib r.a,
Raja Najasy mengiyakan tanda bersetuju. Lantas baginda memulangkan hadiah
yang dipersembahkan oleh utusan Quraisy kepadanya. Mereka berdua pulang ke
Mekah dengan hampa dan kecewa. Di samping itu, Raja Najasyi menyatakan
keazamannya untuk melindungi orang Islam yang datang ke Habsyah dan
hasilnya hubungan antara mereka bertambah mesra.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT

SEMAK KENDIRI 4.1

Apakah alasan yang membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah?

AKTIVITI 4.1

1. Kaitkan ketegasan Raja Najasyi menolak hadiah yang dibawa oleh


utusan Quraisy dengan usaha menyekat amalan rasuah pada masa
sekarang. Bincangkan juga aspek integriti penjawat awam dalam
persoalan tersebut.

2. Berdasarkan peristiwa ini, bincangkan pendekatan dan strategi


yang boleh digunakan bagi memastikan hubungan antara penganut
agama di Malaysia berada dalam keadaan harmoni.

4.2 KEADAAN SAHABAT NABI MUHAMMAD


SAW MENGHADAPI TENTANGAN
Topik sebelum ini telah membincangkan kesan daripada penerimaan sebilangan
penduduk Mekah terutamanya sahabat Nabi Muhammad SAW terhadap agama
yang disampaikan oleh Baginda SAW. Mereka telah menerima tentangan yang
hebat daripada pihak Quraisy dengan pelbagai tindakan yang kasar dan kejam.
Seterusnya akan dibincangkan keadaan beberapa orang sahabat Nabi Muhammad
SAW setelah mereka memeluk agama Islam.

4.2.1 Keluarga Yasir


Menurut Mahdi Rizqullah Ahmad (2005), keluarga Yasir merupakan salah satu
contoh keluarga Islam yang pernah diseksa oleh kaum musyrikin kerana mereka
mempertahankan keimanan dan keislaman mereka. Mereka diheret ke
tengah-tengah gurun yang panas di Mekah oleh Bani Makhzum. Di bawah mentari
yang membakar, mereka diseksa. Kesan seksaan yang berpanjangan itu gugurlah
sebagai syahid isteri Yasir, yang juga ibu kepada `Ammar, iaitu Sumayyah binti
Khabbath. Kematiannya adalah disebabkan tindakan Abu Jahal yang telah
melemparkan sebatang tombak ke arah kemaluannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT  49

Kematian Sumayyah dituruti pula suaminya, Yasir, dan anaknya, Abdullah.


Dalam pada itu, mereka menyeksa `Ammar dengan pelbagai seksaan dan
memaksanya kembali kepada agama asal. Kisah kemantapan iman `Ammar telah
dirakamkan dalam al-Quran seperti yang berikut:

َ ۡ ۢ ُّ َ ۡ ُ ُ ُ ۡ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ َّ ٓ َ ۡ َ َّ ََ
‫َمن كف َر ب ِٱ ِ ِم ۢن بع ِد إِيمٰنِهِۦ إ ِ من أك ِره وقلبهۥ مطمئِن ب ِٱ ِليم ٰ ِن‬
ۡ‫ب ّم َِن ٱ َّ ِ َول َ ُهم‬ ُ ۡ َ َ َ َّ
ٞ ‫ك ۡفر َص ۡد ٗرا َف َعلَ ۡيه ۡم َغ َض‬ ٰ ََ
ِ ِ ‫كن من شح ب ِٱل‬ ِ ‫ول‬
ٞ‫اب َع ِظيم‬ٌ ‫َع َذ‬
Maksudnya:
„Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan
dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang
hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya
menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka
pula beroleh azab yang besar.‰
(Surah an-Nahl, 16:106)

4.2.2 Bilal bin Rabbah


Sekarang kita lihat pula penyeksaan yang dilakukan oleh kaum musyrikin ke atas
Bilal. Bilal yang berasal dari Habsyah adalah hamba kepada Umayyah bin Khalaf.
Apabila Umayyah mengetahui Bilal telah memeluk agama Islam, beliau diseret ke
tengah padang pasir di Mekah di bawah terik mentari. Bukan itu sahaja, Umayyah
meletakkan sebongkah batu besar di atas dada Bilal sambil mengugutnya untuk
meninggalkan agama Islam dan kembali kepada penyembahan berhala.

Namun kemantapan dan kekentalan dan imannya, diteruskan dengan ucapan


„Ahad! Ahad! Ahad!‰ yang bermaksud Allah Maha Esa. Ungkapan itulah yang
diucapkannya apabila kaum musyrikin meletakkan tali di lehernya dan ditarik
secara kuat. Walau bagaimanapun penderitaan Bilal berakhir apabila Sayidina
Abu Bakar as-Siddiq r.a. berjaya membebaskan Bilal dengan membelinya daripada
Umayyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT

4.2.3 Khabbab bin al-Arat


Dalam topik sebelum ini, kita telah meneliti sepotong hadis tentang aduan
Khabbab bin al-Arat kepada Nabi Muhammad SAW mengenai seksaan yang telah
menimpa orang Islam di Mekah kerana keislaman dan keimanan mereka.
Sekarang kita lihat pula bagaimana Khabbab menerima seksaan tersebut daripada
kaum musyrikin. Antara seksaan yang pernah beliau hadapi ialah ditarik
rambutnya dengan kuat, dicekik lehernya, dibaringkan di atas pasir gurun yang
panas, diletakkan sebongkah batu di atas dadanya dan dinyalakan api yang turut
membakar tubuhnya.

AKTIVITI 4.2

1. Apakah kaedah yang diperlukan bagi memastikan keunggulan


akidah remaja Muslim dalam mendepani pelbagai cabaran
globalisasi yang menggugat jati diri Muslim kini?

2. Bincangkan langkah-langkah yang berkesan bagi membudayakan


semangat cintakan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam
kalangan remaja terutama dalam konteks mencari model ikutan (role
model).

4.3 PERJANJIAN AQABAH I DAN II


Seterusnya dalam subtopik ini, kita akan membincangkan Perjanjian Aqabah I dan
II.

4.3.1 Perjanjian Aqabah I


Perjanjian Aqabah merupakan salah satu strategi Nabi Muhammad SAW untuk
melakukan hijrah. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempersiapkan orang
yang berada di Mekah untuk berhijrah, tetapi Baginda SAW turut mempersiapkan
destinasi hijrah dari Mekah ke Yathrib. Sebelum Perjanjian Aqabah dilakarkan
dalam sirah, Nabi Muhammad SAW telah membuat perhubungan dengan orang
Yathrib (dari puak al-Khazraj) yang datang ke Mina pada tahun ke-11 kenabian.
Mereka ialah:

(a) Abu Umamah As`ad bin Zurarah;

(b) `Auf bin al-Harith;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT  51

(c) RafiÊ bin Malik;

(d) Qutbah bin `Amir;

(e) `Uqbah bin `Amir; dan

(f) Jabir bin Abdullah bin Ri`ab.

Mereka inilah yang berperanan memperkenalkan dan menyampaikan mesej Islam


kepada penduduk Yathrib. Kesannya, Islam tersebar ke Yathrib hasil usaha
dakwah mereka.

Pada tahun ke-12 kenabian pula, Nabi Muhammad SAW berpeluang berjumpa
dengan 12 orang Yathrib di al-`Aqabah di Mina, iaitu pada musim haji. Pada ketika
itu, mereka mengikat janji setia dengan Nabi Muhammad SAW yang dikenali juga
sebagai Bay`ah al-`Aqabah al-Ula (Perjanjian Aqabah Pertama). Kandungan
Perjanjian Aqabah Pertama ini ialah (rujuk Rajah 4.2):

Rajah 4.2: Perjanjian Aqabah I

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT

Apabila mereka mahu pulang ke Yathrib, Nabi Muhammad SAW mengutus


bersama mereka Mus`ab bin Umair. Tugas Mus`ab di Yathrib ialah:

(a) Membacakan al-Quran kepada mereka;

(b) Mengajar mereka tentang Islam; dan

(c) Memahamkan mereka tentang agama Islam.

Menurut Ahmad Farid (2010), peristiwa Perjanjian Aqabah I ini menjelaskan


kepada kita betapa berkesannya usaha pentarbiah yang betul yang dilakukan oleh
Nabi Muhammad SAW, yang kemudiannya diteruskan oleh para sahabat. Ini
kerana antara matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan dan membina
pendokong-pendokong dakwah yang sanggup menyebarkan agama ini ke seluruh
pelosok alam.

Justeru itulah apabila kita mengikuti perjalanan dakwah ini, kita dapati Mus`ab
bin `Umair telah dilantik oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah,
pembimbing dan pendidik kepada penduduk Yathrib dengan tugas serta
tanggungjawab yang telah disenaraikan sebelum ini. Inilah hasil didikan Nabi
Muhammad SAW kepada para sahabat yang bersumberkan wahyu dan tarbiah
ilahiah.

Oleh itu, kita percaya bahawa pemilihan Mus`ab itu bukanlah pemilihan yang
tergesa-gesa dan tanpa perancangan. Kita percaya pemilihannya adalah
berdasarkan potensi, bakat, kualiti dan keilmuan yang ada pada diri Mus`ab.

4.3.2 Perjanjian Aqabah II


Sementara itu, pada tahun ke-13 kenabian, lebih 70 orang dari Yathrib yang telah
memeluk agama Islam telah datang ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji.
Apabila mereka berpeluang berjumpa Nabi Muhammad SAW di al-`Aqabah di
Mina, mereka melakukan baiah yang dikenali sebagai Ba`yah al-`Aqabah
al-Thaniyah atau Perjanjian Aqabah Kedua. Isi kandungan perjanjian itu adalah
seperti yang berikut (rujuk Rajah 4.3):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT  53

Rajah 4.3: Perjanjian Aqabah II

Jelas kepada kita bahawa Perjanjian Aqabah Kedua ini memperlihatkan


kesungguhan dan komitmen orang Islam dalam beberapa perkara, antaranya
ialah:

(a) Mempertahankan akidah Islamiah;

(b) Mempertahankan Nabi Muhammad SAW;

(c) Menyebarkan mesej Islam ke seluruh pelosok alam; dan

(d) Memperkuatkan ikatan persaudaraan sesama Muslim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT

Jika menelusuri kisah perkembangan dakwah sebagaimana yang kita bincangkan


dalam topik-topik sebelum ini, mesej Islam agak sukar diterima oleh penduduk
Mekah dan kawasan di sekitarnya seperti TaÊif. Namun dalam topik ini, kita
melihat bagaimana penduduk Yathrib agak mudah menerima Islam sebagai
anutan dan pegangan mereka. Menurut penelitian Abu al-Hasan `Ali al-Husayni
al-Nadawi (1982), terdapat beberapa faktor yang mendorong orang Yathrib, yang
kemudiannya menjadi golongan Ansar, mudah menerima Islam. Antaranya ialah:

(a) Asal keturunan yang berbeza antara orang Quraisy dan penduduk Mekah
dengan orang Arab di Yathrib. Orang Arab Yathrib adalah berasal dari
Yaman yang mempunyai tingkah laku yang berbeza dengan Arab Mekah.
Mereka terkenal dengan sifat lemah lembut dan halus budi perkerti, tidak
melampau dalam kebanggaan diri dan tidak menentang kebenaran;

(b) Orang Arab di Yathrib sangat letih dan menderita dalam pertelingkahan
dalaman sesama mereka. Sebab itulah apabila tercetusnya peperangan antara
puak al-Aws dan al-Khazraj yang dikenali sebagai Perang Yawm Bu`ath
yang berlangsung selama lima tahun, mereka merasakan peperangan itu
tidak mendatangkan faedah. Lalu timbul dalam hati mereka keinginan untuk
berdamai, bersatu dan mengelakkan sebarang permusuhan. Dengan kata
lain, mereka mahu hidup dalam aman damai dan sejahtera; dan

(c) Orang Arab di Yathrib sering mendengar erti kenabian dan kerasulan kerana
orang Yahudi memberitahu mereka sebagaimana yang tercatat dalam kitab
mereka dan mereka pun menyangkakan bahawa nabi akhir zaman yang
akan diutuskan adalah berbangsa Yahudi. Namun, apabila mereka
mendengar bahawa nabi yang dikatakan itu ada di Mekah dari bangsa Arab
Quraisy, mereka cepat-cepat tertarik dengannya dan menerima Baginda
SAW dengan mudah. Orang Quraisy pula sudah lama terputus dengan
kebangkitan pesuruh dan utusan Allah SWT dalam kalangan mereka. Sebab
itulah mereka hanyut dalam penyembahan dan pemujaan berhala. Dengan
itulah Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW memperingatkan
mereka tentang apa yang telah luput dalam ingatan mereka sebagaimana
firman-Nya:

َ ُ ٰ َ ۡ ُ َ ۡ ُ ُ ٓ َ َ َ ُ ٓ َّ ٗ ۡ َ َ ُ
‫لِ ن ِذر قوما ما أن ِذر ءاباؤهم فهم غ ِفلون‬
Maksudnya:
‰Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk
neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka
lalai.‰
(Surah Yasin, 36:6)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT  55

SEMAK KENDIRI 4.2

Apakah isi kandungan Perjanjian Aqabah I dan II?

AKTIVITI 4.3
1. Pada pandangan anda, adakah kurikulum pendidikan sekarang
mampu melahirkan kader dakwah? Berikan hujah dan pandangan
anda.

2. Bincangkan kekuatan ikatan perpaduan ummah yang tercerna


dalam Perjanjian Aqabah I dan II.

4.4 PERSIAPAN HIJRAH


Sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini, perkembangan Islam amat pesat
di Yathrib. Ramai penduduk Arab Yathrib memeluk agama Islam berbanding di
Mekah. Sementara itu, pihak Quraisy terus mengenakan tekanan demi tekanan
kepada orang Islam di Mekah. Oleh kerana penerimaan Islam di Yathrib begitu
positif berbanding dengan Mekah, tambahan pula dengan nasib orang Islam di
Mekah yang tidak menentu, maka Nabi Muhammad SAW membenarkan umat
Islam Mekah berhijrah ke Yathrib. Baginda SAW mengizinkan sahabat-sahabatnya
berhijrah selepas berlakunya Perjanjian Aqabah Pertama, iaitu kira-kira setahun
sebelum Perjanjian Aqabah Kedua berlangsung.

Antara ahli kumpulan awal yang berhijrah ke Yathrib ialah:

(a) Abu Salamah bin `Abd al-Asad;

(b) `Amir bin Rabi`ah;

(c) Laila binti Abi Hathmah; dan

(d) `Abdullah bin Jahsy.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT

Tindakan orang Islam berhijrah telah mengundang kemarahan pihak Quraisy.


Oleh itu, mereka telah mengenakan beberapa tindakan untuk menghalang
penghijrahan orang Islam ke Yathrib, antaranya ialah:

(a) Memisahkan orang Islam daripada pasangan dan keluarga mereka. Ini
menyebabkan ada yang berhijrah secara berseorangan tanpa ditemani
keluarga;

(b) Menculik orang Islam yang sedang dalam perjalanan ke Yathrib dan dipaksa
kembali ke Mekah;

(c) Menyekat penghijrahan orang Islam dan mengurung mereka dengan


kawalan ketat; dan

(d) Memaksa orang Islam berhijrah tanpa membawa sebarang harta kekayaan.
Dengan kata lain, orang Islam berhijrah dengan sehelai sepinggang
semata-mata.

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zin (2012), penghijrahan orang Islam bersama ahli
keluarga dan bekalan harta kekayaan menimbulkan kegusaran orang Quraisy di
Mekah. Ini ditambah dengan perkembangan pesat Islam di luar Mekah yang boleh
menggugat struktur kepercayaan pemujaan dan penyembahan berhala dan
struktur ekonomi mereka. Di samping itu, mereka melihat kepesatan ini
disumbang oleh keperibadian Nabi Muhammad SAW sendiri.

Justeru, mereka mengadakan perbincangan di Dar Nadwah bagi memutuskan


tindakan yang boleh diambil dengan mengambil kira perkembangan yang
berlaku. Keputusan yang mereka ambil ialah menghapuskan Nabi Muhammad
SAW dengan membunuhnya. Cadangan tersebut dikemukakan oleh Abu Jahal
dengan modus operandinya bahawa ia dilakukan oleh pemuda setiap kabilah
dengan pedang yang terhunus secara serentak.

Menurut Siddiq Fadil (1992), jika kita melihat dalam konteks kekuasaan dan
kehendak Allah SWT, boleh sahaja penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan
sahabatnya, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. ke Yathrib itu dipermudahkan
dengan adanya mukjizat. Allah SWT boleh memerintahkan buraq agar membawa
Nabi Muhammad SAW dan Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. segera sampai ke
destinasi hijrah mereka tanpa melalui susah payah dan segala macam pahit getir.
Walau bagaimanapun, takdir Ilahi tidak berlaku sebegitu. Peristiwa hijrah berlaku
dalam bentuk peristiwa yang menggabungkan faktor perlindungan Allah SWT
dengan faktor ikhtiar manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT  57

AKTIVITI 4.4

1. Bincangkan perancangan hijrah yang boleh diaplikasikan dalam


konteks sistem pendidikan masa kini.

2. Bagaimanakah kita boleh menggembleng potensi insan dalam


bidang dakwah dan pendidikan pada masa kini?

4.5 TENTANGAN DAKWAH DI MEKAH DAN


HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN
SEMASA
Peristiwa penentangan dakwah di Mekah sehingga membuatkan umat Islam
terpaksa berhijrah ke Habsyah telah memperlihatkan kepada kita satu dialog
peradaban yang sihat antara orang Islam dan bukan Islam. Dalam konteks
pendidikan, begitulah sepatutnya yang diamalkan iaitu kaedah al-Mujadalah bi
allati hiya Ahsan (perdebatan dengan cara yang lebih baik) ketika mengemukakan
hujah dan pandangan, dan bukannya mencari kesalahan pihak lain. Kesungguhan
dan keyakinan para sahabat dalam mempertahankan akidah Islam juga perlu
dijadikan contoh dalam konteks pendidikan masa kini, khususnya dalam
mendidik golongan remaja agar mempertahankan jati diri pada era globalisasi
sekarang.

Dalam konteks pendidikan, kita perlu merancang bagaimana mahu melahirkan


generasi yang berkualiti. Ini bergantung pada beberapa faktor, antaranya
kurikulum pendidikan, persediaan fizikal, mental dan kerohanian para pendidik
dan infrastruktur yang menyokong perkembangan pendidikan. Perjalanan
dakwah selama 11 tahun kenabian yang penuh dengan ranjau dan ujian adalah
untuk mendidik umat manusia tentang konsep usaha.

Kita boleh membayangkan bahawa Allah SWT memang berkuasa menjadikan


semua orang menjadi Muslim dengan sekelip mata tanpa penat lelah perjuangan
Rasulullah SAW dan para sahabat; namun inilah sunah atau peraturan alam yang
disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT

Dalam konteks kecemerlangan pelajar masa kini, kita boleh membayangkan


bahawa guru-guru boleh sahaja memberikan soalan-soalan yang mudah dan tidak
membebankan pelajar untuk berjaya. Tetapi, itu bukan tugas seorang guru yang
mahu memastikan pelajar-pelajarnya berjaya tanpa melalui pelbagai tugasan,
ujian dan kemahiran yang lain. Ini kerana, kejayaan tidak boleh diperoleh tanpa
ikhtiar, susah payah dan bimbingan daripada guru.

Peristiwa hijrah bukan sekadar peristiwa yang berlaku secara kebetulan semata-
mata. Perjalanan hijrah penuh dengan liku dan jelas menunjukkan kepada kita
hikmah budaya kerja berencana. Ini mengisyaratkan kepada kita bahawa seorang
pendidik tidak boleh bercita-cita tinggi sahaja tanpa perancangan yang strategik.

 Pendakwah dan pendidik perlu memiliki pemikiran strategik dalam gerak


kerja mereka.

 Pendidik dan pendakwah perlu menggembleng potensi insan tertentu yang


boleh membantu perjuangan mereka dalam medan dakwah dan pendidikan.

 Pendakwah dan pendidik perlu bijak membaca persekitaran dan realiti semasa
yang melatari kehidupan mereka.

 Kesabaran adalah salah satu sifat terpuji bagi seorang pendakwah dan
pendidik.

 Sistem pengkaderan yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan


kelangsungan dan kesinambungan perjuangan dapat direalisasikan.

Hijrah pertama Perjanjian Aqabah I


Hijrah kedua Perjanjian Aqabah II

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERINGKAT DAKWAH DI MEKAH: TENTANGAN SEMAKIN HEBAT  59

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti.

Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi. (1982). Al-Sirah al-nabawiyyah. Ed. ke 4.


Jeddah, Arab Saudi: Dar al-Syuruq.

Ahmad Farid. (2010). Wafaqat tarbawiyyah ma`a al-sirah al-nabawiyyah.


Al-Mansurah, Mesir: Maktabah al-Sahabah.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2005). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi
A. Al-Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publications.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali (Terj). Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Siddiq Fadil. (1992). Minda Melayu baru. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Kajian
Dasar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hijrah
Rasulullah
5 SAW ke
Madinah
al-Munawwarah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti bentuk perancangan Nabi Muhammad SAW dalam
usaha pembinaan dan pembangunan masyarakat Madinah;
2. Menerangkan peranan masjid dalam pembangunan masyarakat
Madinah;
3. Menjelaskan usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW
dalam menstrukturkan masyarakat Madinah; dan

4. Membincangkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah


dan hubungannya dengan pendidikan semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  61

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan gerakan dakwah yang dilakukan oleh
Nabi Muhammad SAW melalui pembinaan dan pembangunan masyarakat
Madinah. Ia berlangsung selepas Baginda SAW dan orang Islam Mekah berjaya
melakukan misi hijrah ke Madinah. Pembangunan yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW meliputi pembangunan spiritual dan fizikal seperti pembinaan
Masjid Quba dan Masjid Nabawi di Madinah, mempersaudarakan orang Islam
Mekah (Muhajirin) dengan orang Islam Madinah (Ansar) dan mengikat persatuan
penduduk Madinah yang terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam
(bangsa Yahudi).

5.1 PEMBINAAN MASJID QUBA


Dalam topik sebelum ini, kita telah mengikuti perbincangan tentang persiapan
Nabi Muhammad SAW untuk berhijrah ke Madinah. Pelbagai rintangan dan ujian
yang telah ditempuh sepanjang pemergian ke Madinah bersama Sayidina Abu
Bakar as-Siddiq r.a. Mereka berdua bermalam di Gua Thur selama tiga malam
sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah dan mengikuti jalan yang tidak biasa
dilalui oleh para musafir. Nabi Muhammad SAW memanfaatkan kepakaran
Abdullah bin Uraiqit bagi memandu perjalanan menuju ke Madinah.

Di samping itu, mereka turut bertembung dengan seorang pemuda, iaitu Suraqah
bin Malik, yang begitu ghairah mendapatkan habuan daripada kaum Quraisy
untuk membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke pangkuan kaum Quraisy
sama ada hidup atau mati. Walau bagaimanapun, usaha itu ternyata sia-sia dengan
izin Allah SWT. Begitu juga dalam perjalanan ke Madinah, Baginda SAW sempat
singgah di beberapa tempat, antaranya ialah di perkhemahan Umm MaÊbad.

Tempat penting lain yang turut disinggahi oleh Nabi Muhammad SAW dan
Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. ialah Quba. Sejarah telah merakamkan bahawa
di tempat tersebutlah Nabi Muhammad SAW mendirikan sebuah masjid yang
mula didirikan berdasarkan asas ketakwaan. Ini dapat kita ketahui melalui firman
Allah SWT yang berikut:

َ‫ى م ِۡن أَ َّول يَ ۡوا أَ َح ُّق أَن َت ُقوم‬ ٰ


ُ َ
َ‫َ َت ُق ۡم فِيهِ أبَ ٗداۚ ل َّ َم ۡسج ٌد أ ّ ِس َس َ َ ٱ َّل ۡقو‬
ٍ ِ ِ
َ‫ب ٱل ۡ ُم َّط ّهرين‬ ُّ ِ‫ون أَن َي َت َط َّه ُر ۚوا ْ َوٱ َّ ُ ُي‬
َ ُّ ُ ٞ َ
‫فِي ۚهِ فِيهِ رِجال يِب‬
ِ ِ
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
62  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

Maksudnya:
„Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya
masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas
dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang
padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat)
membersihkan (menyucikan) diri mereka; dan Allah mengasihi orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir dan batin).‰
(Surah al-Taubah, 9:108)

Nabi Muhammad SAW dan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. tiba di Quba pada
hari Isnin 8 Rabiulawal tahun ke-14 kenabian. Mereka berdua berada di Quba
selama empat hari mengikut satu riwayat, atau 14 malam mengikut riwayat lain.
Pada hari Jumaat, mereka berdua berangkat menuju ke Madinah dengan disertai
oleh Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. yang telah sampai ke Quba selepas dua hari
ketibaan Nabi Muhammad SAW.

AKTIVITI 5.1

1. Dengan merujuk kitab sirah, jelaskan bagaimana penduduk Quba


mengenali Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.
apabila kedua-duanya tiba di Quba.

2. Bincangkan bagaimana kita boleh memupuk perasaan cintakan


masjid dalam kalangan generasi muda kini.

5.2 PEMBINAAN STRUKTUR BAHARU


MASYARAKAT MADINAH
Nabi Muhammad SAW telah tiba di Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal di
kawasan yang dikenali sebagai Bani al-Najjar. Ketibaannya disambut kira-kira 500
penduduk Madinah. Mereka mengelilingi Baginda SAW dan Sayidina Abu Bakar
as-Siddiq r.a. yang sedang menunggang kenderaan. Mereka amat gembira dan
melaungkan kata-kata „Telah datang Nabi Allah! Telah datang Nabi Allah!

Para pemuda-pemudi naik ke atas rumah bagi menyaksikan kedatangan insan


agung yang mereka nanti-nantikan. Kanak-kanak turut meraikan kedatangan
Nabi Muhammad SAW dan tidak putus-putus bersahut-sahutan „Ya Muhammad!
Ya Rasulullah! Ya Muhammad! Ya Rasulullah‰. Begitu juga diberitakan
bagaimana penduduk Madinah yang terdiri daripada golongan pemudi dan anak-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  63

anak perempuan, yang begitu ceria dan gembira menyambut kedatangan Baginda
SAW mendendangkan bait-bait berikut:

‫ﻣﻦ ﺛﻨﻴﺎﺕ ﺍﻟﻮﺩﻉ‬ ‫ﻃﻠﻊ ﺍﻟﺒﺪﺭ ﻋﻠﻴﻨﺎ‬


‫ﻣﺎ ﺩﻋﺎ ﷲ ﺩﺍﻉ‬ ‫ﻭﺟﺐ ﺍﻟﺸﻜﺮ ﻋﻠﻴﻨﺎ‬
‫ﺟﺌﺖ ﺑﺎﻷﻣﺮ ﺍﳌﻄﺎﻉ‬ ‫ﺃﻳﻬﺎ ﺍﳌﺒﻌﻮﺙ ﻓﻴﻨﺎ‬
Maksudnya:
„Telah muncullah bulan purnama ke atas kami
Dari arah Thaniyyat al-WadaÊ
Wajib ke atas kami bersyukur
Atas permintaan seseorang dari Allah
Wahai orang yang diutus kepada kami
Engkau datang dengan perintah yang ditaati‰

Suasana dan keadaan di Madinah agak berbeza dengan Mekah terutama dari segi
sosiobudaya masyarakat. Di Mekah, majoriti penduduknya berbangsa Arab
dengan pelbagai kabilah dan ia menjadi pusat kepada agama penyembahan
berhala. Manakala penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum
dengan pelbagai agama dan kabilah. Walau bagaimanapun, mereka menerima
kedatangan Nabi Muhammad SAW dan kepimpinannya bagi mentadbir,
mengurus dan membentuk serta membangunkan Madinah yang baru dibina.

Dalam pada itu, menurut Mahdi Rizqullah Ahmad (2009), Nabi Muhammad SAW
menjenamakan semula (rebranding) nama Yathrib kepada beberapa nama yang
lebih bermakna seperti Taibah, Tabah dan Madinah. Ini kerana, nama Yathrib
memberi konotasi negatif, iaitu bermaksud celaan, cacian dan kehancuran. Justeru,
Nabi Muhammad SAW lebih suka menyebut nama-nama yang disebut ini.

Menurut Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi (1982), Madinah terbahagi


kepada dua bahagian. Pertama adalah kawasan pertanian dan yang kedua adalah
kawasan tempat tinggal yang dibina daripada batu-bata, yang juga dijadikan
tempat perlindungan daripada sebarang serangan. Kedua-dua kawasan ini pula
terbahagi kepada beberapa daerah yang didiami oleh orang Arab dan orang
Yahudi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

Walau bagaimanapun, pada asasnya Madinah adalah bumi pertanian.


Kebanyakan penduduknya menjadikan pertanian sebagai mata pencarían hidup
dengan bergantung pada hasil tamar dan anggur. Di samping itu, terdapat juga
tanaman lain yang ditanam di Madinah seperti gandum, barli, bawang dan
sayur-sayuran. Sektor lain yang menjadi punca pendapatan penduduk Madinah
ialah penternakan. Namun demikian, sektor perniagaan di Madinah tidaklah
sehebat di Mekah. Sementara itu, sektor pembuatan dan perusahaan dimonopoli
oleh orang Yahudi.

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zain (2012), dalam konteks komposisi penduduk
berasaskan agama, Madinah dihuni oleh tiga kumpulan besar, iaitu:

(a) Golongan yang telah memeluk agama Islam yang terdiri daripada dua pihak,
iaitu penduduk tempatan (Ansar) dan pendatang dari Mekah (Muhajirin);

(b) Golongan musyrikin yang tidak beriman. Mereka ini datang daripada
pelbagai kabilah di Madinah; dan

(c) Orang Yahudi yang menetap di Madinah sejak dahulu lagi.

Sementara dari sudut bangsa dan kabilah, menurut Abu al-Hasan `Ali al-Husayni
al-Nadawi (1982), penduduk Madinah terdiri daripada dua bangsa besar, iaitu
(rujuk Rajah 5.1):

Rajah 5.1: Penduduk Madinah


Sumber: Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi (1982)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  65

Selain itu terdapat satu lagi golongan di Madinah iaitu golongan munafik. Mereka
ini adalah orang Madinah yang menonjolkan diri mereka sebagai orang Islam,
tetapi hati mereka tidak percaya kepada Islam. Pemimpin mereka ialah seorang
Arab kabilah Khazraj yang bernama Abdullah bin Ubai bin Salul. Mereka
terpengaruh dengan hasutan orang Yahudi yang mensifatkan Rasulullah SAW
sebagai penjajah yang mengongkong kebebasan penduduk Madinah.

Secara umumnya, penstrukturan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW di


Madinah mengambil kira beberapa aspek, iaitu komposisi penduduk berasaskan:

(a) Bangsa dan kabilah;

(b) Agama dan kepercayaan;

(c) Sosiobudaya; dan

(d) Sosioekonomi.

Strategi yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW untuk menstrukturkan


masyarakat di Madinah adalah seperti yang berikut:

(a) Membina masjid sebagai al-Qalb masyarakat Madinah;

(b) Mengikat tali persaudaraan antara orang Islam tanpa mengira keturunan dan
warna kulit;

(c) Mengikat perpaduan penduduk berbilang bangsa, kabilah, agama dan


kepercayaan;

(d) Meningkatkan daya saing ekonomi penduduk Madinah terutamanya orang


Islam; dan

(e) Meningkatkan taraf kehidupan penduduk Madinah dengan beberapa


pengisian.

Strategi-strategi yang dirancang oleh Rasulullah SAW dalam menyusun semula


kehidupan sosio masyarakat Madinah boleh dilihat dalam pelaksanaan yang
berikut:

(a) Ikatan Persaudaraan


Mempersaudarakan dua kumpulan, iaitu orang Islam yang sudah ada di
Madinah dan orang Islam yang datang dari Mekah ke Madinah. Kumpulan
pertama dikenali sebagai orang Ansar dan kumpulan kedua dikenali sebagai
orang Muhajirin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000), persaudaraan yang


dibina oleh Rasulullah SAW itu adalah berdasarkan prinsip kebenaran dan
pertolongan sehingga mereka saling mewarisi harta masing-masing apabila
salah seorang meninggal dunia. Walau bagaimanapun, sistem perwarisan
seumpama itu dimansuhkan kerana persaudaraan adalah lebih kukuh
ikatannya daripada hubungan kerabat kekeluargaan.

Ini kerana, menurut Dr Akram DhiyaÊ al-`Umari (1998), Islam membina


masyarakat madani Madinah atas dasar kasih sayang dan cinta (al-Hubb)
serta asas al-Takaful dengan tali pengikatnya ialah akidah Islamiah. Contoh
persaudaraan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah seperti
yang berikut:

(i) JaÊfar bin Abi Talib dipersaudarakan dengan Mu`adh bin Jabal;

(ii) Hamzah bin `Abd al-Muttalib dengan Zaid bin Harithah;

(iii) Abu Bakar as-Siddiq dengan Kharrijah bin Zubair;

(iv) `Umar bin al-Khattab dengan `Utbah bin Malik;

(v) `Abd al-Rahman bin `Auf dengan Sa`ad bin al-RabiÊ; dan

(vi) Abu DardaÊ dengan Salman al-Farisi.

Menurut Dr Akram DhiyaÊ al-`Umari (1998), orang Muhajirin yang datang


dari Mekah ke Madinah berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti
ekonomi, kemasyarakatan dan kesihatan. Ada dalam kalangan mereka yang
meninggalkan ahli keluarga dan harta benda mereka di Mekah dan masuk
ke Madinah dengan sehelai sepinggang. Mereka juga mahir dalam bidang
perniagaan, sedangkan di Madinah dua sektor yang utama di sana ialah
bidang pertanian dan pembuatan.

Oleh sebab sektor perniagaan memerlukan modal, maka tidak mudah bagi
orang Muhajirin memulakan perniagaan di tempat baharu. Mereka juga
perlu menyesuaikan diri dengan iklim dan cuaca di Madinah. Walaupun
begitu, orang Ansar tidak kedekut untuk membantu orang Muhajirin. Antara
lain, mereka membahagikan hasil tuaian kurma secara bersama. Begitu juga
orang Ansar yang sentiasa menerima orang Muhajirin dengan tangan
terbuka dengan menawarkan rumah, tanah dan isteri untuk orang Muhajirin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  67

Inilah yang berlaku kepada `Abd al-Rahman bin `Auf yang ditawarkan oleh
Sa`ad bin al-RabiÊ al-Ansari harta dan salah seorang isterinya untuk
dikahwini oleh `Abd al-Rahman. Dengan rasa rendah diri beliau
mengucapkan terima kasih dan memohon keberkatan kepada Allah SWT
terhadap kemurahan hati budi Sa`ad.

(b) Ikatan Perpaduan Penduduk Madinah Melalui Sahifah (Perlembagaan)


Jalinan ikatan antara penduduk Madinah dikukuhkan lagi melalui
penggubalan Sahifah Madinah. Ia bertujuan menyatupadukan seluruh
penduduk Madinah antara orang Islam dan Yahudi di samping
memperkukuhkan keselamatan penduduk Madinah daripada ancaman luar.
Oleh itu, semua pihak perlu mematuhi sahifah yang dipersetujui supaya
matlamat yang digariskan tercapai.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri (2010) menyenaraikan 12 perkara penting


yang terkandung dalam sahifah tersebut, iaitu:

(i) Bani `Auf yang berbangsa Yahudi menjadi satu kumpulan bersama
dengan orang Islam. Namun, setiap kumpulan sama ada orang Islam
mahupun orang Yahudi kekal dalam agama masing-masing;

(ii) Nafkah perbelanjaan setiap kumpulan disalurkan kepada ahli


masyarakat masing-masing;

(iii) Kedua-dua kumpulan mesti saling membantu apabila berhadapan


dengan mana-mana pihak yang memerangi ikatan sahifah;

(iv) Mereka perlu saling menasihati dan berbuat baik tanpa melakukan
keburukan dan dosa;

(v) Seseorang boleh berhubung dengan mana-mana pihak yang berada


di bawah perjanjian perlindungannya tanpa sebarang halangan;

(vi) Sikap dan semangat tolong-menolong perlu bagi orang yang


dizalimi;

(vii) Orang bukan Islam, iaitu Yahudi bersama dalam permuafakatan


dengan orang Islam apabila diperangi;

(viii) Peperangan tidak akan berlaku dalam kalangan penduduk Madinah


dengan adanya ikatan sahifah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

(ix) Mana-mana perkara atau perselisihan yang boleh mengundang


masalah dalam kalangan ahli sahifah, tempat rujukannya ialah Allah
SWT dan Rasul-Nya ;

(x) Tidak dibenarkan untuk menerima orang Quraisy Mekah yang


memusuhi Nabi Muhammad SAW dan orang yang memihak mereka
untuk datang berjiran;

(xi) Ahli sahifah mestilah tolong-menolong untuk menghadapi mana-mana


kumpulan yang datang menceroboh Madinah; dan

(xii) Ikatan dalam sahifah merangkumi semua ahli masyarakat,


termasuklah mereka yang zalim atau yang berdosa.

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zin (2012), perkara yang sangat ditekankan dalam
sahifah ini ialah perkara yang berkaitan dengan keamanan dan ketenteraman
hidup. Oleh itu, sifat bekerjasama dalam memelihara hak-hak asasi diberi
perhatian khusus dalam sahifah ini. Justeru, kesatuan, keamanan dan
keharmonian penduduk Madinah terjamin dan kekuatan dapat dizahirkan.

Sementara itu, Mustafa al-Siba`ie (1998) melihat prinsip-prinsip sahifah


tersebut mempunyai dua kekuatan, iaitu:

(i) Kekuatan maÊnawiyyah yang terjelma melalui keimanan dengan Allah


SWT dan pengawasan-Nya; dan

(ii) Kekuatan fizikal yang diterjemahkan melalui kepimpinan negara


di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW.

SEMAK KENDIRI 5.1

Apakah strategi-strategi yang dirancang oleh Rasulullah SAW dalam


menyusun semula kehidupan sosio masyarakat Madinah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  69

AKTIVITI 5.2

1. Dengan berpandukan semangat sahifah yang diikat oleh Nabi


Muhammad SWT, kaitkan semangat 1Malaysia dalam konteks
kepelbagaian kaum di Malaysia.

2. Bincangkan tahap perpaduan dan persaudaraan antara orang Islam


di Malaysia pada masa kini.

5.3 MASJID NABAWI SEBAGAI PUSAT


PENDIDIKAN
Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000) mencatatkan bahawa masjid pertama
di Madinah yang dibina oleh Rasulullah SAW adalah di atas sebidang tanah yang
dibeli daripada dua orang anak yatim Bani al-Najjar, berhadapan dengan rumah
Abu Ayyub al-Ansari, pada harga sepuluh dinar. Kawasan tersebut dibersihkan
dengan menebang pohon-pohon kayu dan pohon tamar serta perkuburan lama
orang Musyrikin.

Bahan pembinaannya terdiri daripada batu-bata, tiangnya daripada batang tamar,


atap-atapnya adalah pelepah-pelepah tamar dan lantainya pula ditabur dengan
pasir dan batu-batu kecil. Masjid Nabawi telah mengalami perkembangan selepas
kewafatan Baginda SAW, ketika pemerintahan para khalifah ar-Rasyidin dan
seterusnya sehingga hari ini.

Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000), masjid merupakan batu asas
kepada pembentukan masyarakat Islam yang kukuh di Madinah. Ini kerana
dengan adanya masjid, masyarakat Islam dapat membina kekuatan dan menjadi
asas kepada pematuhan segala sistem Islam, akidah dan peradaban.

Antara perkara penting dalam peradaban Islam ialah roh persaudaraan dan ikatan
mahabbah antara sesama Islam. Ini dapat dizahirkan melalui masjid apabila umat
Islam dapat bersua muka dan mengukuhkan silaturahim sesama sendiri dengan
menepikan pangkat dan kedudukan, keturunan serta kekayaan. Di masjid jugalah
semangat persamaan dan keadilan sosial (`adalah ijtima`iyyah) dapat dicernakan
dan dipancarkan dalam masyarakat. Di samping itu, di masjid jugalah masyarakat
Islam dapat mempelajari hukum hakam dan syariat Islam yang dengannya umat
Islam dapat membentuk jati diri yang tulen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

Menurut Mahdi Rizqullah Ahmad (2012), sejak awal pembinaan Masjid Nabawi,
ia berfungsi sebagai tempat ibadat. Namun, jika kita teliti dari aspek yang lebih
luas, ia dibangunkan dan diimarahkan untuk kepentingan orang Islam
sebagaimana yang berikut:

(a) Untuk kegunaan orang Muhajirin yang lemah, miskin dan belum mampu
memiliki tempat tinggal yang khusus. Mereka ini dikenali sebagai
ahl al-suffah;

(b) Untuk menampung keperluan kaum wanita yang datang dari pelbagai
pelosok Arab yang baru memeluk agama Islam dan belum mendapat tempat
persinggahan di Madinah selain masjid;

(c) Sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran bagi ilmu-ilmu agama kepada
orang Islam;

(d) Sebagai tempat mempersembahkan bakat kesenian seperti syair yang


bertemakan dakwah Islamiah, cinta rasul dan sahabat;

(e) Sebagai tempat untuk menahan tawanan perang dalam kalangan kaum
musyrikin. Mereka mengharapkan para tawanan ini tertarik dengan Islam
apabila mendengar pengajaran yang diajarkan di masjid, meneliti bacaan
al-Quran yang diperdengarkan dan memerhatikan sendiri bagaimana
ketertiban serta kesatuan orang Islam dalam mengerjakan ibadat solat;

(f) Sebagai pusat kesihatan bagi merawat perajurit Islam yang cedera dalam
peperangan;

(g) Sebagai tempat menerima delegasi dari negara lain yang mahu berjumpa
dengan Rasulullah SAW;

(h) Sebagai tempat pelepasan pemergian para tentera yang mahu berjuang pada
jalan Allah SWT di medan peperangan; dan

(i) Sebagai tempat pertemuan orang Islam dengan pemimpin mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  71

Sementara itu, Sheikh Muhammad al-Ghazali (1997) dalam penelitiannya


mendapati bahawa fungsi dan peranan masjid adalah seperti yang berikut (rujuk
Rajah 5.2):

Rajah 5.2: Fungsi dan peranan masjid


Sumber: Muhammad al-Ghazali (1997)

SEMAK KENDIRI 5.2


Apakah fungsi dan peranan masjid mengikut Muhammad al-Ghazali
(1997)?

AKTIVITI 5.3

1. Analisis kedudukan masjid atau pusat Islam yang terdapat


di institusi pengajian tinggi di Malaysia dari sudut fungsi, peranan
dan kewujudannya.

2. Cadangkan langkah dan program yang berkesan bagi


mengimarahkan masjid atau pusat Islam di IPT sebagai pusat
kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

5.4 YAHUDI DAN ANCAMAN KERAJAAN


MADINAH
Sebelum ini, kita telah membincangkan beberapa kumpulan yang mendiami
Madinah seperti Arab, Yahudi dan munafik. Sebagaimana yang dimaklumkan,
terdapat kaum Yahudi yang telah menduduki Madinah pada abad pertama lagi
antaranya, QainuqaÊ, al-Nadhir dan Quraizah. Namun selepas itu, terdapat lebih
ramai kaum Yahudi mendiami Madinah.

Mengikut Munir Muhammad al-Ghadban (1992), ketika Nabi Muhammad SAW


menggubal Piagam Madinah (Sahifah Madinah), Baginda SAW telah melakukan
perjanjian dengan kaum yahudi, antara kaum yahudi yang menandatangani
perjajian tersebut ialah:

(a) Bani `Auf;

(b) Bani al-Najjar;

(c) Bani al-Harith;

(d) Bani ThaÊlabah;

(e) Bani Saidah;

(f) Bani Jasyam; dan

(g) Bani al-Syatibah

Walau bagaimanapun masih terdapat kabilah bangsa Yahudi lain yang banyak
menimbulkan permasalahan di bumi Madinah sehingga Nabi Muhammad SAW
terpaksa memerangi mereka dan akhirnya mereka tersingkir dari bumi Madinah.
Contohnya, Bani al-Nadhir diusir keluar dari Madinah kerana mereka berkomplot
untuk membunuh Nabi Muhammad (Adibah Sulaiman, Siti Nor Baya Mat Yaacob,
Noor Sham Abd Hamid & Mohd Fauzi Naim, 2006).

Kita juga boleh membayangkan sekiranya bangsa Yahudi tidak mengingkari dan
merungkaikan sendiri ikatan mereka sebagaimana yang termaktub dalam sahifah
itu, kita boleh melihat suatu masyarakat madani yang cukup ideal di Madinah.
Namun takdir telah menentukan bangsa Yahudi merupakan ancaman terhadap
keharmonian masyarakat Madinah. Perkara ini akan kita kupas dengan mendalam
dalam topik yang akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  73

Persoalannya, bagaimana orang Yahudi di Madinah boleh menerima ikatan


melalui sahifah tersebut, sedangkan mereka sememangnya tidak suka dengan
agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan usaha untuk
mengembangkan agama Islam? Menurut Ab. Aziz Mohd Zain (2012), penerimaan
ini disebabkan oleh beberapa perkara, iaitu:

(a) Orang Islam mempunyai kekuatan tersendiri di Madinah yang sukar


digugat;

(b) Orang Yahudi beranggapan bahawa melalui ikatan ini, kepentingan mereka
tidak tergugat atau terjejas. Sebagai contoh, dari sudut kepimpinan kabilah,
pengamalan beragama, sektor perniagaan dan ekonomi;

(c) Ikatan sahifah menjamin pertolongan dan hormat-menghormati hak dan


wilayah masing-masing serta menentang pencerobohan; dan

(d) Mereka mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang
dijanjikan sebagaimana yang termaktub dalam kitab mereka. Mereka faham
dan yakin bahawa keadilan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah
sesuatu yang boleh dipercayai, walaupun mereka banyak menolak
kenyataan tersebut.

Menurut Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri (2010), orang Yahudi suka menabur


fitnah, mengadu domba dan melaga-lagakan orang lain dengan tujuan mengaut
keuntungan. Oleh sebab itulah, apabila mereka menjalankan perniagaan dan
perusahaan, mereka suka menindas orang lain melalui amalan riba.

Sebagaimana yang telah kita sentuh secara sepintas lalu sebelum ini, orang Yahudi
memang mengetahui kedatangan nabi akhir zaman sebagaimana yang termaktub
dalam kitab mereka dan mereka menunggu kedatangannya. Walau
bagaimanapun apabila mereka mendapati bahawa nabi tersebut bukan dari
bangsa Yahudi, tetapi dari bangsa Arab, mereka terus menolak kedatangan dan
kerasulan nabi yang dijanjikan itu.

Mari kita renung firman Allah SWT yang berikut yang menggambarkan sikap
mereka itu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

َ ُ َۡ َۡ َُۡ ْ ُ َ َ َ ّ ٞ ّ َ َّ ّ ٞ َ ُ َٓ َ
‫حون‬ ِ ‫َول َّما جا َءه ۡم كِتٰب م ِۡن عِن ِد ٱ ِ ُمصدِق ل َِما مع ُه ۡم َوكنوا مِن قبل يستفت‬
َ َ َّ ُ َ ۡ َ َ ْ ََ ْ ُ َ ُ ٓ َ َ ْ َ َ َ َّ َ َ
ِ ‫ِين كف ُروا فل َّما َجا َءهم َّما ع َرفوا كف ُروا بِهِۚۦ فلعنة ٱ‬ ‫ٱل‬
َ ‫كٰفِر‬َ ۡ
‫ين‬ ِ ‫ٱل‬
Maksudnya:
„Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (al-Quran), yang
mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum
itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik
(dengan kedatangan seorang nabi pembawa kitab itu). Setelah datang kepada
mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan
al-Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah
menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.‰
(Surah al-Baqarah, 2:89)

Sementara itu, Ab. Aziz Mohd. Zain (2012) menyenaraikan usaha-usaha yang
dilakukan oleh orang Yahudi untuk menghalang gerakan dakwah Nabi
Muhammad SAW di Madinah, antaranya ialah:

(a) Memecahkan kesatuan dan perpaduan orang Islam dengan pelbagai usaha
seperti menaburkan fitnah, membangkitkan semangat daerah dan
perkauman;

(b) Mengikis kepercayaan dan akidah orang Islam melalui usaha


memburuk-burukkan zat Allah SWT dan sifat-Nya;

(c) Mengamalkan adab dan tingkah laku yang buruk terhadap Nabi
Muhammad SAW dan nabi-nabi yang lain. Contohnya, dengan
menyampaikan salam dengan menggunakan kalimah negatif;

(d) Menyokong, membantu, bersekongkol dan membuat pakatan jahat dengan


orang munafik; dan

(e) Memburuk-burukkan pendeta Yahudi yang memeluk agama Islam dengan


pelbagai tuduhan yang negatif.

Justeru, apabila kita meneliti langkah dan usaha mereka ini, kita dapati bahawa
itulah sikap dan sifat mereka yang sebenarnya. Inilah yang digambarkan dan
disifatkan oleh al-Quran tentang siapakah mereka itu sebenarnya. Oleh itu, jika
kita menyemak ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan orang Yahudi, kita
boleh mendapat kesimpulan bahawa antara sifat mereka ialah (rujuk Rajah 5.3):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  75

Rajah 5.3: Beberapa sifat orang Yahudi yang dinyatakan dalam al-Quran

SEMAK KENDIRI 5.3

Nyatakan beberapa sifat orang yahudi.

AKTIVITI 5.4

1. Analisis situasi di Palestin sekarang dari sudut kedudukan orang


Yahudi yang mendokong fahaman Zionisme.

2. Bagaimanakah kita boleh menggembleng potensi dan kekuatan


umat Islam di seluruh dunia bagi menghadapi kekejaman serta
keganasan rejim zionis Yahudi terhadap orang Islam di Palestin?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD SAW


5.5
KE MADINAH DAN HUBUNGANNYA
DALAM KONTEKS PENDIDIKAN MASA
KINI
Menurut Mahdi Rizqullah Ahmad (2005), dasar kekuatan kaum Muslimin Ansar
dan Muhajirin pada ketika itu adalah atas dasar persamaan akidah dan agama. Ia
seharusnya menjadi ikutan dan acuan bagi umat Islam pada masa sekarang. Ini
dapat dilakukan dengan cara saling mengasihi dan saling nasihat-menasihati
antara satu sama lain dalam lingkungan umat Islam.

Di samping itu, masyarakat Islam yang menghayati semangat persaudaraan sejati


yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW itu, menurut Akram DhiyaÊ
al-`Umari (1998), tidak memperlihatkan pertembungan antara darjat dalam
masyarakat, tidak mengenal erti yang kaya mengatasi yang papa, pemerintah di
satu sudut dan rakyat di satu sudut yang lain, tidak mengiktiraf kepelbagaian
manusia berasaskan warna kulit dan darjat darah mereka. Orang Islam adalah
sama semuanya di sisi Allah SWT yang membezakan antara mereka hanyalah
ketakwaan kepada Allah SWT. Dalam konteks pendidikan masa kini, Dasar
Pendidikan Kebangsaan dilihat sangat penting dan berperanan dalam
menyatukan kaum-kaum di Malaysia bermula dari peringkat sekolah lagi.

Selain itu dalam konteks pengimarahan masjid, pihak pendidik perlu melakukan
anjakan paradigma untuk menjadikan masjid sebagai tempat penting dalam
proses pendidikan. Para pelajar dan golongan remaja perlu diberikan ruang
bersama jawatankuasa masjid untuk menggerakkan beberapa program
pengimarahan masjid. Bentuk dan jenis program di masjid perlu dipelbagaikan
dengan mengambil kira keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Masjid
yang mesra jemaah perlu meraikan kehadiran pelbagai peringkat masyarakat yang
datang ke masjid termasuklah kanak-kanak dan remaja yang baru berjinak-jinak
dengan masjid.

Selain itu, Mustafa al-Siba`ie (1998) mengaitkan pembinaan masjid dengan


pendidikan yang bersifat dalaman. Bagi beliau, kepentingan masjid dan ibadat
dalam Islam semuanya menjurus kepada membersihkan atau menyucikan jiwa
(tathir al-nafs wa tazkiyatuha), membentuk akhlak mulia dan mengukuhkan
semangat tolong-menolong sesama orang Islam. Aspek dakwah dan
al-amr bi al-ma`ruf wa nahy `an al-munkar (menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah daripada melakukan perkara mungkar) juga terserlah di masjid.
Perkara asas tentang aspek tersebut dapat kita ketahui melalui khutbah Jumaat
yang disampaikan seminggu sekali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH  77

 Pendakwah dan pendidik perlu memiliki pemikiran jauh bagi membina dan
membangunkan masyarakat.

 Pendidik dan pendakwah perlu menggembeleng potensi dan kekuatan insan


dalam usaha pembangunan masyarakat.

 Masjid merupakan al-Qalb bagi kecemerlangan orang Islam dalam pelbagai


bidang.

 Persaudaraan orang Islam yang hakiki adalah bertunjangkan akidah Islamiah


untuk mewujudkan keadilan sosial.

 Sikap dan sifat orang Yahudi yang buruk secara jelas dinyatakan dalam
al-Quran.

 Orang Islam perlu mempunyai kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan


sesama Islam dan orang bukan Islam bagi mencapai kestabilan masyarakat.

Bangsa Yahudi Masjid Quba


Komposisi kaum Madinah Persaudaraan Islam
Masjid Nabawi Sahifah Madinah

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti

Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi. (1982). Al-Sirah al-nabawiyyah. Ed. ke 4.


Jeddah, Arab Saudi: Dar al-Syuruq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 HIJRAH RASULULLAH SWT KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

Adibah Sulaiman, Siti Nor Baya Mat Yaacob, Noor Sham Abd Hamid, & Mohd
Fauzi Naim. (2006). Sejarah Kertas 1: Teks & Rujukan Lengkap. Shah Alam,
Malaysia: Arah Pendidikan.

Ahmad Farid. (2010). Wafaqat tarbawiyyah ma`a al-sirah al-nabawiyyah.


Al-Mansurah, Mesir: Maktabah al-Sahabah.

Akram DhiyaÊ al-`Umari. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah al-sahihah. Ed. ke 3.


Riyadh, Arab Saudi: Maktabah al-`Abikan.

Dusuki Ahmad. (1983). Ikhtisar perkembangan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2009). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2012). Sirah nabawiyyah. Jakarta, Indonesia: Perisai


al-QurÊan.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi
A. Al-Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Munir Muhammad al-Ghadban. (1992). Fiqh al-sirah al-nabawiyyah. Makkah:


Jamiah Um al-Qura.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. (2010). Al-Rahiq al-makhtum. Ed. ke 21.


Kaherah, Mesir: Dar al-WafaÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Madinah Ibu
Negara Islam
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan perancangan Rasulullah SAW dari sudut pendidikan
untuk membangunkan Madinah;
2. Menjelaskan tahap-tahap pensyariatan peperangan dalam Islam;
3. Mengenal pasti beberapa peperangan yang berlaku dalam sejarah
awal Islam di Madinah; dan
4. Membincangkan pembinaan negara Islam Madinah dan
hubungannya dalam konteks pendidikan semasa.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan berkaitan usaha dan gerakan
perubahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah.
Kita akan memulakan perbincangan dengan pembinaan negara Madinah melalui
sistem pendidikan. Seterusnya, kita akan membincangkan jihad dalam konteks
peperangan Badar, peperangan Uhud dan peperangan Khandaq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

6.1 PEMBINAAN NEGARA MELALUI SISTEM


PENDIDIKAN
Dalam subtopik ini, kita akan meneliti dan membincangkan bagaimana Nabi
Muhammad SAW membina masyarakat Madinah dengan ilmu dan pendidikan.
Perkara ini amat penting kerana wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW adalah berkenaan dengan ilmu melalui aktiviti pembacaan dan
penulisan. Firman Allah SWT:

y7š/‘u uρ ù&tø%$# ∩⊄∪ @,n=tã ô⎯ÏΒ z⎯≈|¡ΣM}$# t,n=y{ ∩⊇∪ t,n=y{ “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ ù&tø%$#

∩∈∪ ÷Λs>÷èƒt óΟs9 $tΒ z⎯≈|¡ΣM}$# zΟ¯=tæ ∩⊆∪ ÉΟn=s)ø9$$Î/ zΟ¯=tæ “Ï%©!$# ∩⊂∪ ãΠtø.F{$#

Maksudnya:
„Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah,
dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, ă (Dia) yang mengajar manusia melalui pena
dan tulisan, ă Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.‰

(Surah al-`Alaq, 96:1−5)

Proses pendidikan dan keilmuan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW
adalah proses berterusan sehingga Baginda SAW wafat. Masjid yang dibina
berfungsi sebagai pusat keilmuan dan telah memudahkan orang Islam untuk
menuntut ilmu.

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zain (2012), metode yang digunakan oleh Nabi
Muhammad SAW dalam proses penyampaian ilmu di Madinah adalah seperti
yang berikut:

(a) Baginda SAW mengulangi butir dan kandungan percakapannya serta


penerangannya supaya mudah difahami dan diingati;

(b) Baginda SAW tenang ketika bercakap dan memberikan penerangan, tidak
gopoh dan cepat supaya apa yang diperkatakan tidak disalah ertikan;

(c) Baginda SAW bijak menyesuaikan percakapan dan penerangannya dengan


keperluan, keadaan, masa serta tempat supaya orang yang mendengar tidak
merasa jemu dan bosan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  81

(d) Baginda SAW mengaplikasikan pendekatan perbandingan dan memberikan


contoh kepada setiap perkara yang dijelaskan untuk memudahkan
pendengar memahami mesej yang disampaikan;

(e) Baginda SAW mengajukan beberapa persoalan tertentu terhadap isu penting
untuk menarik perhatian pendengar;

(f) Baginda SAW mengemukakan pengertian asing dan unik untuk menarik
perhatian pendengar supaya mereka sentiasa bertanya;

(g) Baginda SAW menggunakan alat-alat bantu tertentu untuk memudahkan


pendengar memahami mesej yang disampaikan;

(h) Baginda SAW menggunakan teknik perbandingan dan bahasa yang halus
dan lembut;

(i) Baginda SAW sentiasa memberikan pujian dan galakan kepada orang Islam
yang melakukan amalan yang betul dan baik;

(j) Baginda SAW berlembut kepada orang yang lemah, jahil dan orang yang
melakukan kesilapan untuk mengajar dan membetulkannya tanpa
kekasaran;

(k) Baginda SAW menjelaskan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh
seseorang tanpa mendedahkan identitinya;

(l) Baginda SAW tegas dengan menunjukkan rasa marah dan keras atas
kesalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain
sebagai peringatan kepada yang lain; dan

(m) Baginda SAW bijak mengambil peluang terhadap sesuatu peristiwa yang
berlaku untuk menerangkan isu tertentu supaya ia mudah difahami dan
diberikan peneguhan.

SEMAK KENDIRI 6.1

Apakah metode-metode yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW


dalam proses penyampaian ilmu di Madinah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

AKTIVITI 6.1

1. Bincangkan pendekatan yang boleh diambil dari sistem


pendidikan masa kini dalam usaha mengangkat martabat
Rasulullah SAW sebagai ikon pendidikan yang unggul.

2. Apakah yang anda faham dengan pendekatan talaqqi dalam


sistem pendidikan? Bagaimanakah pendekatan tersebut boleh
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

6.2 PENSYARIATAN PEPERANGAN DALAM


ISLAM
Sebelum kita membincangkan peperangan yang berlaku pada zaman Nabi
Muhammad SAW, terlebih dahulu kita akan membincangkan berkaitan
pensyariatan peperangan dalam Islam. Mustafa al-Siba`ie (1998) mencatatkan
bahawa peperangan disyariatkan pada tahun kedua selepas hijrah dengan
turunnya ayat-ayat yang berikut:

∩⊂®∪ íƒÏ‰s)s9 óΟÏδÎóÇΡt 4’n?tã ©!$# ¨βÎ)uρ 4 (#θßϑÎ=àß öΝßγ¯Ρr'Î/ šχθè=tG≈s)ムt⎦⎪Ï%©#Ï9 tβÏŒé&

Ÿωöθs9uρ 3 ª!$# $oΨš/u‘ (#θä9θà)tƒ χr& HωÎ) @d,ym ÎötóÎ/ ΝÏδÌ≈tƒÏŠ ⎯ÏΒ (#θã_Ì÷zé& t⎦⎪Ï%©!$#

߉Éf≈|¡tΒuρ ÔN≡uθn=|¹ρu Óìu‹Î/uρ ßìÏΒ≡uθ|¹ ôMΒt Ïd‰çλ°; <Ù÷èt7Î/ Νåκ|Õ÷èt/ }¨$¨Ζ9$# «!$# ßìøùyŠ

©!$# χÎ) 3 ÿ…çνçÝÇΨtƒ ⎯tΒ ª!$# χuÝÇΖuŠs9uρ 3 #ZÏVŸ2 «!$# ãΝó™$# $pκÏù ãŸ2õ‹ãƒ

∩⊆⊃∪ ̓tã :”Èθs)s9

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  83

Maksudnya:
„Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan
penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya
Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu
mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan
sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata:
„Tuhan Kami ialah Allah‰. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah
manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah
tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat
sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa
disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan
menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam); sesungguhnya Allah
Maha Perkasa, lagi Maha Berkuasa.‰
(Surah al-Hajj, 22:39−40)

Peperangan hanya dibenarkan setelah Nabi Muhammad SAW melalui pelbagai


perkara seperti dakwah dan tarbiah serta ujian dan kesukaran dalam perjuangan
menegakkan agama Islam. Pensyariatan tersebut berlaku setelah orang Islam
melalui beberapa tahap sebagaimana yang disimpulkan oleh Mahdi Rizqullah
Ahmad (2009) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Beberapa tahap pensyariatan peperangan


Sumber: Mahdi Rizqullah Ahmad (2009)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

Jadual 6.1 memberi penjelasan yang terperinci berkaitan beberapa tahap


pensyariatan peperangan.

Jadual 6.1: Tahap Pensyariatan Peperangan Mengikut al-Quran

Tahap Bukti daripada al-Quran

Sabar tanpa
mengangkat nο4θn=¢Á9$# (#θßϑŠÏ%r&uρ öΝä3tƒÏ‰÷ƒr& (#þθ’ä. öΝçλm; Ÿ≅ŠÏ% t⎦⎪Ï%©!$# ’n<Î) ts? óΟs9r&
senjata di
Mekah
öΝåκ÷]ÏiΒ ×,ƒÌsù #sŒÎ) ãΑ$tFÉ)ø9$# ãΝÍκön=tã |=ÏGä. $¬Ηs>sù nο4θx.¢•9$# (#θè?#u™uρ

$oΨ−/u‘ (#θä9$s%uρ 4 Zπu‹ô±yz £‰x©r& ÷ρr& «!$# Ïπu‹ô±y‚x. }¨$¨Ζ9$# tβöθt±øƒs†

ö≅è% 3 5=ƒÌs% 9≅y_r& #’n<Î) !$oΨs?ö¨zr& Iωöθs9 tΑ$tFÉ)ø9$# $uΖøŠn=tã |Mö6tGx. zΟÏ9

tβθßϑn=ôàè? Ÿωuρ 4’s+¨?$# Ç⎯yϑÏj9 ×öyz äοtÅzFψ$#uρ ×≅‹Î=s% $u‹÷Ρ‘‰9$# ßì≈tFtΒ

∩∠∠∪ ¸ξ‹ÏGsù
Maksudnya:
„Tidakkah engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad), akan orang-
orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: ÂTahanlah tangan
kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum
diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat.Ê
(Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka
diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak antara mereka merasa
gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada
(azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah
dengan) berkata: ÂWahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan
kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami
hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?Ê Katakanlah
(Wahai Muhammad): `Harta benda yang menjadi kesenangan di
dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan
(balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang
bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan
kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.ʉ
(Surah an-NisaÊ, 4:77)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  85

Diizinkan
berperang 4’n?tã ©!$# ¨βÎ)uρ 4 (#θßϑÎ=àß öΝßγ¯Ρr'Î/ šχθè=tG≈s)ムt⎦⎪Ï%©#Ï9 tβÏŒé&
setelah
berhijrah ke
Madinah
∩⊂®∪ íƒÏ‰s)s9 óΟÏδÎóÇtΡ

Maksudnya:
„Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh
golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya;
dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka
(mencapai kemenangan).‰
(Surah al-Hajj, 22:39)

Berperang
melawan χÎ) 4 (#ÿρ߉tG÷ès? Ÿωuρ óΟä3tΡθè=ÏG≈s)ムt⎦⎪Ï%©!$# «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû (#θè=ÏG≈s%uρ
pihak yang
memerangi
orang Islam ∩⊇®⊃∪ š⎥⎪ωtG÷èßϑø9$# =ÅsムŸω ©!$#
terlebih
dahulu
Maksudnya:
„Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama
Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.‰
(Surah al-Baqarah, 2:190)

Berperang
untuk ….. ( öΝä3©9 ×νöä. uθèδuρ ãΑ$tFÉ)ø9$# ãΝà6ø‹n=tæ |=ÏGä.
memerangi
seluruh Maksudnya:
Musyrikin „Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan)
sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci⁄‰
(Surah al-Baqarah, 2:216)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

Mari kita ikuti kupasan oleh Mustafa al-Siba`ie (1998) tentang surah al-Hajj, ayat
39 dan 40 yang menjadi dalil pensyariatan peperangan:

(a) Keizinan berperang kepada orang Islam kerana mereka telah dizalimi oleh
pihak Quraisy ketika mereka berada di Mekah. Pada ketika itu mereka hanya
diperintahkan agar: mempertahankan akidah mereka; meneruskan usaha
dakwah dengan membersihkan diri daripada syirik, khurafat dan tingkah
laku yang buruk; serta mempraktikkan sifat sabar dan mempertingkatkan
kesabaran.

(b) Kezaliman yang pernah dilalui oleh orang Islam ialah apabila mereka diusir
dari bumi Mekah. Ini kerana berlaku pertembungan antara kebenaran dan
kebatilan terutama dari sudut akidah.

(c) Keizinan tersebut adalah berkait rapat dengan usaha dan tindakan orang
Islam dalam mempertahankan akidah dan menikmati kebebasan berakidah
dan beragama.

(d) Keizinan tersebut juga bukan sahaja untuk manfaat penganut agama Islam,
tetapi turut dirasai oleh penganut agama-agama lain seperti Nasrani dan
Yahudi.

(e) Kesan daripada keizinan berperang bukanlah untuk menakluki dan


menjajah mana-mana bangsa yang diperangi, bukan untuk mengaut hasil
negara yang diperangi, dan bukannya untuk melanggar kehormatan dan
kemuliaan penduduk sesebuah negara. Sebaliknya, ia bertujuan untuk
mengangkat taraf kemanusiaan dan kemasyarakatan dengan pendekatan
dakwah dan tarbiah sebagaimana yang berikut:

(i) Melalui Ibadat Solat


Demi menyebarkan ketinggian rohani di seluruh dunia.

(ii) Melalui Ibadat Zakat


Demi menyebarkan keadilan sosial dalam kalangan masyarakat.

(iii) Melalui Aktiviti Amar Makruf Nahi Munkar


Demi merealisasikan sifat tolong-menolong demi kebaikan masyarakat
dan kemuliaannya, mengelakkan kejahatan dan kerosakan dalam
masyarakat.

Apabila kita mengikuti perbincangan tentang beberapa peperangan yang berlaku


dalam sirah Nabi Muhammad SAW, kita akan dapati bahawa peperangan tersebut
berlaku kerana beberapa sebab. Ab. Aziz Mohd. Zain (2012) menyenaraikan
beberapa alasan untuk berperang (rujuk rajah 6.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  87

Rajah 6.2: Alasan untuk berperang


Sumber: Ab. Aziz Mohd Zain (2012)

SEMAK KENDIRI 6.2

Nyatakan alasan-alasan untuk berperang mengikut Ab. Aziz Mohd. Zain


(2012).

6.3 PERANG BADAR


Sekarang, mari kita ikuti beberapa peperangan yang mempunyai pengaruh yang
penting dalam perkembangan Islam. Kita mulakan dengan peperangan Badar
(rujuk Jadual 6.2). Kita akan membincangkannya dari beberapa sudut, iaitu tarikh
atau tahun berlakunya peperangan tersebut, pihak-pihak yang terlibat, tempat
berlaku pertempuran, punca atau sebab berlaku peperangan, peristiwa penting
ketika peperangan, pasca-peperangan dan pengajaran yang boleh kita peroleh
daripada peperangan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

Jadual 6.1: Perang Badar

Maklumat Penerangan

Tarikh/Tahun  Bulan Ramadan tahun ke-2 Hijrah.


kejadian

Pihak yang  Tentera Muslimin diketuai oleh Rasulullah SAW seramai 313
terlibat dan orang mujahid (82 orang Muhajirin, 231 orang Ansar).
jumlah
tentera  Tentera Quraisy seramai 1,000 orang.

Tempat  Bertempat di Badar yang letaknya lebih kurang 160 kilometer dari
pertempuran Madinah.

Punca  Peperangan ini pada mulanya bermotif menyekat dan menawan


peperangan kafilah perniagaan Quraisy yang tiba dari Syam di bawah kelolaan
Abu Sufyan. Persediaan awal Baginda SAW dengan seramai 313
orang Islam adalah untuk mengambil semula hak mereka yang
telah dirampas oleh Quraisy sebelum berhijrah ke Madinah.
Apabila dagangan Abu Sufyan mengetahui persediaan orang
Islam, orang Quraisy menghantar 1,000 orang yang dilengkapi
dengan tentera berkuda dan pahlawan-pahlawan.

Strategi  Tinjauan di kawasan Badar untuk mengetahui maklumat tentang


peperangan tentera Mekah. Antara sahabat yang terlibat ialah Sayidina Ali bin
Abi Talib r.a. dan Al-Zubair bin al-`Awwam r.a. Mereka
mendapatkan dua orang kanak-kanak yang membawa air untuk
tentera Mekah. Mereka ditanya tentang anggaran bilangan tentera
Mekah, bilangan sembelihan mereka setiap hari dan ketua-ketua
Quraisy yang mengiringi mereka.

 Pemilihan markas tentera Madinah di kawasan Badar. Nabi


Muhammad SAW bersetuju dengan pandangan Khubbab bin
al-Mundhir tentang tempat yang lebih strategik untuk dijadikan
markas tentera Madinah, iaitu di kawasan yang lebih dekat
dengan markas tentera Mekah, di samping merosakkan semua
telaga yang berhampiran dengan musuh dan membina takungan
air untuk kemudahan tentera Madinah.

 Pembinaan rumah sementara untuk Nabi Muhammad SAW


sebagai tempat gerakan perang sebagaimana yang dicadangkan
oleh Sa`d bin Mu`adh r.a.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  89

Peristiwa  Nabi Muhammad SAW tidak putus-putus berdoa kepada Allah


penting SWT agar kemenangan berpihak kepada tentera Madinah
terutama pada waktu malam menjelang peperangan berlaku.
Baginda SAW berdoa:

"‫"ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻚ ﺇﻥ ﻬﺗﻠﻚ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻔﺌﺔ ﻻ ﺗﻌﺒﺪ‬


Maksudnya:
„Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya jika Engkau biarkan
kumpulan ini kalah, Engkau tidak akan lagi disembah.‰

 Pertolongan Allah SWT dalam peperangan ini dengan mengutus


para malaikat membantu tentera Madinah. Mari kita lihat ayat-ayat
al-Quran yang berikut:

öΝä3ª=yès9 ©!$# (#θà)¨?$$sù ( ×'©!ÏŒr& öΝçFΡr&uρ 9‘ô‰t7Î/ ª!$# ãΝä.u|ÇΡt ô‰s)s9uρ

βr& öΝä3uŠÏõ3tƒ ⎯s9r& š⎥⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ï9 ãΑθà)s? øŒÎ) ∩⊇⊄⊂∪ tβρãä3ô±n@

∩⊇⊄⊆∪ t⎦⎫Ï9u”∴ãΒ Ïπs3Íׯ≈n=yϑø9$# z⎯ÏiΒ 7#≈s9#u™ ÏπsW≈n=sWÎ/ Νä3š/u‘ öΝä.£‰Ïϑãƒ

#x‹≈yδ öΝÏδÍ‘öθsù ⎯ÏiΒ Νä.θè?ù'tƒuρ (#θà)−Gs?uρ (#ρçÉ9óÁs? βÎ) 4 #’n?t/

t⎦⎫ÏΒÈhθ|¡ãΒ Ïπs3Íׯ≈n=yϑø9$# z⎯ÏiΒ 7#≈s9#u™ Ïπ|¡ôϑsƒ¿2 Νä3š/u‘ öΝä.÷ŠÏ‰ôϑãƒ

Νä3ç/θè=è% ¨⎦È⌡ϑ
y ôÜtGÏ9uρ öΝä3s9 3“uô³ç0 ωÎ) ª!$# ã&s#yè_
y $tΒuρ ∩⊇⊄∈∪

∩⊇⊄∉∪ ÉΟ‹Å3ptø:$# Í“ƒÍ•yèø9$# «!$# ωΨÏã ô⎯ÏΒ ωÎ) çóǨΖ9$# $tΒuρ 3 ⎯ÏμÎ/

Maksudnya:
(123) „Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai
kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan
lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat
perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu
bersyukur (akan kemenangan itu).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

(124). „(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata


kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat
mereka): `Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu
kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan? Ê ‰

(125). „Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar


dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu
dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima
ribu malaikat yang bertanda masing-masing.‰

(126). „Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu


melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan
supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah
bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari
Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.‰
(Surah Ali `Imran, 3:123-126)

Hasil  Tentera Muslim berjaya mengalahkan tentera Quraisy. Namun


peperangan 14 orang tentera Muslim syahid. Manakala 70 orang tentera
Quraisy terkorban dan 70 orang menjadi tawanan kepada tentera
Muslim.

 Antara pembesar Quraisy yang terbunuh ialah `Utaibah bin


Rabi`ah, Syaibah bin Rabi`ah, al-Walid bin `Utaibah, Abu Jahal
bin Hisyam dan Umaiyah bin Khalaf.

Selepas  Tentera Madinah memperoleh banyak harta rampasan perang


peperangan (ghanimah). Pembahagian harta tersebut adalah berdasarkan
ayat al-Quran yang berikut:

( ÉΑθß™§9$#uρ ¬! ãΑ$xΡF{$# È≅è% ( ÉΑ$xΡF{$# Ç⎯tã y7tΡθè=t↔ó¡o„

©!$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ( öΝà6ÏΖ÷t/ |N#sŒ (#θßsÎ=ô¹r&uρ ©!$# (#θà)¨?$$sù

∩⊇∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σ•Β ΟçFΖä. βÎ) ÿ…ã&s!θß™u‘uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  91

Maksudnya:
„Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang harta
rampasan perang. Katakanlah: ÂHarta rampasan perang itu
(terserah) bagi Allah dan bagi Rasul-Nya (untuk menentukan
pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan
perbaikilah keadaan perhubungan antara kamu, serta taatlah
kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang
beriman.Ê ‰
(Surah al-Anfal, 8:1)

 Nabi Muhammad SAW meminta pandangan para sahabat tentang


nasib tawanan perang yang terdiri daripada tentera Mekah. Pada
asasnya, ada dua pandangan, iaitu:

- Memberi rahmat dan keampunan; pandangan Sayidina Abu


Bakar r.a. (mereka perlu menebusnya dengan bayaran fidyah).
Jika tidak mampu membayar fidyah, mereka yang mempunyai
kemahiran membaca dan menulis perlu mengajarkannya
kepada anak-anak Madinah; dan

- Melakukan ketegasan dan hukuman; pandangan Sayidina


`Umar bin al-Khattab r.a. (mereka perlu dibunuh) dan
pandangan Abdullah bin Rawahah r.a. (mereka perlu dibakar
dengan kayu). Nabi Muhammad SAW memilih pendapat
Sayidina Abu Bakar r.a. dengan alasan „Rahmatku mendahului
kemarahanku‰. Walau bagaimanapun, Allah SWT
menurunkan wahyu-Nya yang menyokong pandangan
Sayidina `Umar bin al-Khattab. Mari kita lihat ayat al-Quran
yang berikut:

š∅Ï‚÷Wム4©®Lym 3“uó r& ÿ…ã&s! tβθä3tƒ βr& @c©É<oΨÏ9 šχ%x. $tΒ

3 nοt ÅzFψ$# ߉ƒÌムª!$#uρ $u‹÷Ρ‘‰9$# uÚttã šχρ߉ƒÌè? 4 ÇÚö‘F{$# ’Îû

öΝä3¡¡yϑs9 t,t7y™ «!$# z⎯ÏiΒ Ò=≈tGÏ. Ÿωöθ©9 ∩∉∠∪ ÒΟŠÅ3m


y ͕tã ª!$#uρ

∩∉∇∪ ×Λ⎧Ïàtã ë>#x‹tã öΝè?õ‹s{r& !$yϑ‹Ïù

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

Maksudnya:
„Tidaklah patut bagi seseorang nabi mempunyai orang-orang
tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di
muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak
kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat.
Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah
tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah Yang telah terdahulu,
tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan
(penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu‰.
(Surah al-Anfal, 8:67-68)

 Tentera Madinah yang terlibat dalam peperangan Badar digelar


dengan perkataan „al-Badri‰.

 Kedudukan orang Islam di Madinah bertambah kukuh


berbanding dengan orang Yahudi. Ini menyebabkan orang
Yahudi bertambah benci dan marah kepada orang Islam.

 Bilangan orang Islam semakin bertambah.

 Orang Quraisy terkejut dengan kekalahan mereka. Ada dalam


kalangan mereka yang marah dan sakit hati seperti Abu Lahab
bin Abd al-Muttalib sehingga membawa kepada kematian.

AKTIVITI 6.3

1. Adakah anda setuju bahawa sistem syura boleh disamakan dengan


sistem demokrasi berparlimen? Bincangkan.

2. Mengapakah perang Badar amat penting kepada orang Islam?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  93

6.4 PERANG UHUD


Sekarang, mari kita teliti dan bincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
peperangan Uhud. Jika kita membaca maksud hadis yang berikut, kita boleh
bayangkan bagaimana Nabi Muhammad SAW pernah menggambarkan
peperangan tersebut melalui mimpi yang dialaminya sebagaimana maksudnya:

„Aku bermimpi menggerakkan pedangku, tetapi tiba-tiba bahagian


hadapannya patah. Maka itulah yang akan terjadi pada kaum Muslimin
pada perang Uhud (nanti). Kemudian, aku menggerakkannya kembali lalu
pedang itu kembali sempurna semula. Maka itulah yang akan dikurniakan
oleh Allah kepada kaum Muslimin pada saat penaklukan (kota Mekah) kelak
dan pada hari berhimpunnya orang-orang beriman. Aku juga melihat seekor
lembu. Demi Allah! Lembu itu dalam keadaan sangat elok. Maka lembu itu
adalah kaum Muslimin pada waktu perang Uhud.‰

Perang Uhud akan kita teliti dari pelbagai sudut seperti yang berikut (rujuk
Jadual 6.2):

Jadual 6.2: Perang Uhud

Maklumat Penerangan

Tarikh/Tahun  Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 15 hari bulan Syawal
kejadian tahun ke-3 Hijrah.

Tempat  Ia berlaku di Bukit Uhud yang terletak kira-kira tiga kilometer


pertempuran di luar kota Madinah.

Pihak yang  Tentera Madinah adalah seramai 1,000 orang termasuklah dua
terlibat/Persiapan pasukan tentera berkuda dan 100 orang tentera berbaju perisai
besi. Tiga orang diberi amanah untuk memimpin panji-panji
peperangan, iaitu Mus`ab bin `Umair (bagi pihak Muhajirin),
Usaid bin Hudair (bagi pihak Aus) dan Hubab bin Munzir
(bagi pihak Khazraj). Walau bagaimanapun seramai 300 orang
menarik diri, yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul,
kerana mereka tidak bersetuju dengan keputusan Rasulullah
SAW berperang melawan tentera Mekah di luar kota Madinah.
 Tentera Mekah adalah seramai 3,000 orang termasuklah 100
orang pasukan tentera berkuda, 700 tentera berbaju perisai
besi dan sejumlah kaum wanita. Tentera Mekah disertai juga
Khalid bin al-Walid yang memimpin pasukan di sebelah sayap
kanan dan `Ikrimah bin Abi Jahil di sebelah sayap bawah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

Punca  Terdapat empat sebab berlakunya perang Uhud, iaitu:


peperangan
- Agama
Orang Arab Quraisy Mekah berusaha sedaya upaya
menghalang gerakan dakwah, menegah orang daripada
memeluk agama Islam dan memastikan Islam tidak
tumbuh subur di atas muka bumi.
- Kemasyarakatan
Orang Arab Quraisy Mekah merasa terhina dan malu atas
kekalahan mereka di tangan tentera Madinah pada perang
Badar.

- Ekonomi
Apabila tentera Madinah melancarkan ekspedisi dan
gerakan ketenteraan, ia telah memberi kesan yang besar
kepada ekonomi orang Mekah yang bergantung pada
kafilah perdagangan ke Yaman dan ke Syam.
- Politik
Orang Arab Quraisy Mekah merasa ketuanan mereka mula
menurun dengan kekalahan dalam perang Badar.

 Justeru, berdasarkan faktor dan sebab ini, orang Quraisy


bermesyuarat untuk menuntut bela dan dendam atas
kematian pejuang-pejuang mereka dan mahu menebus
kembali kekalahan mereka dalam perang Badar.

Strategi  Nabi Muhammad SAW melakukan syura dengan para


peperangan sahabat tentang kesediaan tentera Madinah untuk
mempertahankan Islam di dalam kota Madinah atau di luar
kota Madinah. Baginda SAW membuat keputusan agar
tentera Madinah mempertahankan Islam di luar kota
Madinah.
 Nabi Muhammad SAW tidak merestui permintaan orang
Yahudi Bani QainuqaÊ untuk menyertai tentera orang Islam
melawan orang Arab Quraisy.
 Nabi Muhammad SAW mengatur pasukannya dengan
membelakangi Gunung Uhud dengan menghadap ke arah
Madinah.
 Nabi Muhammad SAW menempatkan seramai 50 orang
pemanah di bawah pimpinan `Abdullah bin Jubair di atas
Bukit Rummah yang terletak bertentangan dengan Gunung
Uhud sebagai pengawas kepada tentera Madinah supaya
tentera Mekah tidak sewenang-wenang menyerang mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  95

 Baginda SAW juga berpesan kepada mereka agar tidak


meninggalkan Bukit Rummah walau apa pun terjadi sama ada
sudah menang atau kalah.

Peristiwa penting  Pada pusingan pertama, tentera Madinah menempa kejayaan


mengatasi tentera Mekah.
 Kealpaan dan kelalaian tentera pemanah terhadap pesanan
Nabi Muhammad SAW menyebabkan tentera Mekah
mengambil peluang dan ruang menyerang tentera Madinah.
 Pada pusingan kedua pula, menyaksikan tentera Madinah
kucar-kacir apabila tentera Mekah menyerang mereka yang
menyebabkan tentera Madinah ditimpa kekalahan.
 Ramai sahabat yang terkorban, termasuklah Hamzah bin `Abd
al-Muttalib, Mus`ab bin `Umair, Sa`ad bin al-RabiÊ, `Abdullah
bin Jahsy dan Hanzalah bin Abi `Amir al-Ghasil r.a.
 Rasulullah SAW sendiri mengalami kecederaan, malah
diberitakan terkorban syahid dalam peperangan tersebut,
walaupun berita itu sengaja disebarkan oleh pihak musuh
untuk melemahkan semangat juang tentera Madinah.
 Keberanian para sahabat seperti Talhah bin `Ubaidillah, Sa`ad
bin Abi Waqqas, Abu Dujanah dan Abu Talhah al-Ansari r.a.
mempertahankan dan melindungi Rasulullah SAW daripada
dicederakan dengan kejam oleh pihak musuh.
 Penglibatan kali pertama kaum wanita Muslimah dalam
peperangan dengan berkhidmat memberi minum kepada
tentera, merawat tentera yang tercedera. Antara mereka yang
terlibat ialah `Aisyah binti Abu Bakar r.a., Ummu `Imarah,
Hamnah binti Jahsy al-Asadiyah dan Ummu Sulaim r.a.

Selepas  Tentera Madinah yang terkorban syahid adalah seramai 70


peperangan orang dan tentera Mekah adalah seramai 22 orang sahaja.
 Jenazah Hamzah diperlakukan secara kejam dan memilukan.
 Rasulullah SAW mengebumikan jenazah tentera yang syahid
di tempat pertempuran tanpa perlu dibawa pulang ke
Madinah.
 Kaedah pengebumian jenazah yang syahid itu adalah setiap satu
liang lahad dua orang jenazah tanpa dimandikan dan
disembahyangkan terlebih dahulu.
 Kelebihan diberikan kepada mereka yang banyak hafalan
al-Quran iaitu penghormatan untuk dikebumikan terlebih
dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

 Sikap orang munafik terhadap Rasulullah SAW dan orang


Islam semakin terserlah.

Pengajaran  Peperangan Uhud mengisyaratkan kepada umat Islam tentang


bahaya dan akibat sikap bangkangan, pesimis dan perpecahan
yang akhirnya merugikan perpaduan dan kesatuan umat
Islam. Justeru, pendakwah dan pendidik perlu menyemai sifat
positif kepada sasaran dakwah dan pelajar supaya berusaha
menyelamatkan umat Islam daripada dilanda bencana
perpecahan.
 Peperangan Uhud juga memberikan pengajaran yang
berharga kepada umat Islam tentang sejauh mana kualiti
ibadat pemimpin dan rakyat yang dipimpin ketika berada
dalam sesuatu krisis, sama ada di waktu senang mahupun
susah. Begitulah juga kepada pendakwah dan pendidik dalam
usaha berdakwah dan mendidik anak bangsa. Mereka perlu
menjaga kualiti ibadat dan sasaran dakwah mereka serta
pelajar supaya mereka boleh mengatasi dan mengurus sesuatu
krisis.
 Peperangan Uhud juga memperlihatkan bagaimana Nabi
Muhammad SAW ditimpa musibah kecederaan. Ini menjadi
pengajaran kepada pendidik dan pendakwah bahawa dalam
meniti ranjau berdakwah dan mendidik sudah tentu akan
berhadapan dengan cubaan dan dugaan yang boleh menggugat
kesempurnaan fizikal, ketahanan minda dan kemurnian al-
Qalb.
 Peperangan Uhud juga menyaksikan bagaimana Nabi
Muhammad SAW sentiasa mengamalkan syura terutama
untuk mengambil keputusan yang amat penting dalam
sesuatu peristiwa.
 Peperangan Uhud juga memberikan pengajaran kepada umat
Islam khususnya kepada pendakwah dan pendidik tentang
bagaimana mahu menangani kesalahan atau kesilapan yang
dilakukan oleh masyarakat.

AKTIVITI 6.4

1. Bincangkan kesan dan implikasi negatif apabila pemimpin dan


tampuk kepimpinannya tidak dihormati.

2. Dengan membayangkan anda berada di medan Uhud, gambarkan


atau lakarkan strategi Rasulullah SAW dalam peperangan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  97

6.5 PERANG KHANDAQ


Setelah kita meneliti dan membincangkan peperangan Uhud yang penuh dengan
adegan dramatik dan memilukan, sekarang kita beralih pula kepada peperangan
Khandaq atau juga dikenali sebagai peperangan Ahzab. Sebelum kita
memperincikan peperangan Khandaq, kita perlu mengetahui bahawa terdapat
beberapa peperangan yang penting yang berlaku antara tentera Muslimin
pimpinan Rasulullah SAW dengan orang Yahudi, yang akan kita perincikan dalam
topik yang akan datang, iaitu (rujuk Rajah 6.3):

(a) Perang Bani QainuqaÊ


Berlaku antara Perang Badar dengan Perang Uhud.

(b) Perang Bani Nadhir


Berlaku antara Perang Uhud dengan Perang Khandaq.

(c) Perang Bani Mustaliq


Berlaku antara Perang Uhud dengan Perang Khandaq, selepas peperangan
Bani Nadhir.

Rajah 6.3: Peperangan yang berlaku antara tentera Muslimin dengan kaum Yahudi

Sebagaimana perbincangan kita dalam peperangan Badar dan Uhud, dalam


membicarakan peperangan Khandaq, kita akan memfokuskannya dari sudut
tarikh/tahun ia berlaku, lokasi pertempuran, pihak-pihak yang terlibat dalam
peperangan, sebab dan punca ia berlaku, strategi peperangan, peristiwa-peristiwa
penting ketika peperangan berlaku, pasca-peperangan dan pengajaran di sebalik
peristiwa tersebut. Namun, sebelum kita memperincikannya, mari kita lihat
mengapa peperangan ini dikenali sebagai peperangan Khandaq atau peperangan
Ahzab (rujuk Jadual 6.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

Yang berikut adalah dua sebab mengapa peperangan ini dipanggil peperangan
Khandaq atau Ahzab:

(a) Peperangan Khandaq


Khandaq bermaksud parit. Dalam peperangan tersebut, orang Islam
menggali parit sebagai kubu atau benteng kepada pertahanan kota Madinah
daripada diserang tentera bersekutu yang diketuai oleh orang Arab Quraisy
Mekah. Penggalian parit itu adalah mengikut cadangan Salman al-Farisi r.a.
sebagai teknik dan strategi peperangan.

(b) Peperangan Ahzab


Ahzab bermaksud pasukan-pasukan. Ia merujuk kepada gabungan
kumpulan-kumpulan tertentu yang diketuai oleh puak Musyrikin Arab
Quraisy secara bersekutu untuk menentang tentera Madinah pimpinan Nabi
Muhammad SAW. Antara kumpulan yang bergabung itu ialah Bani Sulaim,
Bani Murrah, Bani AsyjaÊ dan Bani Kinanah.

Jadual 6.3: Perang Khandaq

Maklumat Penerangan
Tarikh/Tahun  Ia terjadi pada bulan Syawal tahun ke-5 Hijrah.
kejadian
Lokasi  Di Madinah.
peperangan
Pihak-pihak  Tentera Madinah pimpinan Rasulullah SAW melawan tentera
terlibat bersekutu (Ahzab) pimpinan Arab Quraisy Mekah dan gabungan
kumpulan-kumpulan atau kabilah-kabilah yang menyimpan hasad
dengki dan dendam kesumat terhadap Islam dan Rasulullah SAW.
Barisan tentera bersekutu Ahzab adalah seramai 10,000 orang,
manakala tentera Madinah hanya berjumlah 3,000 orang.

Sebab dan  Pada setiap detik, tentera Mekah Quraisy memikirkan cara
punca bagaimana mahu melenyapkan perkembangan agama Islam yang
peperangan dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ia dilakukan dengan
memerangi tentera Madinah pimpinan Nabi Muhammad SAW.
Antara lain, orang Islam, pada pandangan mereka, merupakan
pesaing utama yang menggugat aktiviti ekonomi dan perniagaan
mereka.
 Justeru, mereka bergabung tenaga dengan kumpulan atau kabilah
yang mempunyai matlamat dan hasrat yang sama dengan mereka.
Antaranya ialah apabila sebilangan pemimpin orang Yahudi Bani
al-Nadhir telah tiba di Mekah setelah berada di Khaibar, lantas
mengajak orang Arab Quraisy memerangi Nabi Muhammad SAW.
Akhirnya, persepakatan dan persefahaman dilakukan untuk
menyerang orang Islam di Madinah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  99

 Kemudian, mereka bertemu dan mengajak kabilah-kabilah lain


seperti:
- Kabilah Gatfan;

- Bani Fuzarah; dan

- Bani Murrah.

Strategi  Penggalian parit secara gotong-royong hasil cadangan Salman


peperangan al-Farisi r.a.

 Teknik penyamaran yang dilakukan oleh Nu`aim bin Mas`ud, yang


asalnya dari pihak Gatfan telah memeluk Islam, setelah mendapat
restu daripada Rasulullah SAW. Dia bertindak mengucar-ngacirkan
ikatan tentera bersekutu dengan merungkaikan keyakinan mereka
antara satu sama lain. Antaranya, dia berjumpa dengan Bani
Quraizah, Arab Quraisy dan Bani Gatfan sendiri. Setiap kumpulan
mencurigai antara satu sama lain dan saling menuduh yang
akhirnya kekuatan pasukan tentera bersekutu semakin terungkai.

Peristiwa  Ketika orang Islam bergotong-royong menggali parit, cuaca dan


penting iklim Madinah sudah mula masuk musim sejuk dan keperluan
makanan orang Islam amat sedikit. Walau bagaimanapun,
kehangatan iman orang Islam menyebabkan mereka meneruskan
menggali parit sehingga selesai.

 Penglibatan secara aktif Nabi Muhammad SAW bersama-sama


orang Islam menggali parit. Ini membuahkan semangat dalam
sanubari orang Islam sehingga mereka melafazkan bait-bait yang
merdu dan penuh bermakna:

‫ﳓﻦ اﻟﺬﻳﻦ ﻳﻌﻮا ﷴا ﻋﻠﻰ اﻹﺳﻼم ﻣﺎ ﺑﻘﻴﻨﺎ أﺑﺪا‬


Maksudnya:
„Kamilah orang-orang yang mengikat janji setia dengan Nabi
Muhammad. Di atas ajaran Islam kami tetap hidup selama-
lamanya secara muktamad.‰

Baginda SAW pula menjawab:

‫اﻟﻠﻬﻢ إﻧﻪ ﻻ ﺧﲑ إﻻ ﺧﲑ اﻵﺧﺮة ﻓﺒﺎرك ﰲ اﻷﻧﺼﺎر‬


‫واﳌﻬﺎﺟﺮة‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

Peristiwa Maksudnya:
penting „Ya Allah Tuhan kami, sesungguhnya tiada kebaikan melainkan
kebaikan yang dilakukan untuk akhirat, maka kurniakan keberkatan
kepada golongan Ansar dan Muhajirin.‰

 Tentera Madinah atau orang Islam dikepung selama 24 malam.


 Peperangan tidak meletus kecuali terdapat lemparan beberapa anak
panah.
 Kemenangan akhirnya berpihak kepada tentera Madinah:
 Peranan Nu`aim bin Mas`ud al-Gatfani.
 Tempoh lama pengepungan melemahkan semangat kesatuan
tentera bersekutu, lebih-lebih lagi matlamat mereka sebenarnya
tidak sama walaupun mereka membentuk kesatuan. Ini kerana
pihak Quraisy lebih menumpukan untuk membalas dendam
terhadap orang Islam demi membebaskan jalur perniagaan
mereka dan menegakkan kepercayaan penyembahan berhala.
Manakala pihak yang lain mahu cepat menawan Madinah.

 Bantuan Allah SWT kepada tentera Madinah dengan mengirimkan


angin kencang dalam suasana musim sejuk.

Pasca  Firman Allah SWT:


peperangan
ª!$# ’s∀x.uρ 4 #Zöyz (#θä9$uΖtƒ óΟs9 öΝÎγÏàø‹tóÎ/ (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# ª!$# ¨Šu‘uρ

∩⊄∈∪ #Y“ƒÍ•ã
t $‡ƒÈθs% ª!$# šχ%x.uρ 4 tΑ$tFÉ)ø9$# t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$#
Maksudnya:
„Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang
yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka
geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat
sebarang keuntungan dan Allah selamatkan orang-orang yang
beriman daripada bencana menghadapi peperangan itu. Dan
(ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa‰.
(Surah al-Ahzab, 33:25)
 Doa Nabi Muhammad SAW yang dimakbulkan oleh Allah SWT:

‫"ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻣﻨﺰﻝ ﺍﻟﻜﺘﺎﺏ ﺳﺮﻳﻊ ﺍﳊﺴﺎﺏ ﺍﻫﺰﻡ ﺍﻷﺣﺰﺍﺏ ﺍﻟﻠﻬﻢ‬


"‫ﺃﻫﺰﻣﻬﻢ ﻭﺯﻟﺰﳍﻢ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  101

Maksudnya:
„Ya Allah! Yang menurunkan kitab dan yang cepat menghitung,
musnahkanlah pasukan Ahzab, Ya Allah, musnahkanlah mereka dan
goncangkanlah mereka.‰

 Kata-kata Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan kegagalan


tentera bersekutu untuk memerangi Madinah:

"‫"ﺍﻵﻥ ﻧﻐﺰﻭﻫﻢ ﻭﻻﻳﻐﺰﻭﻧﺎ ﳓﻦ ﻧﺴﲑ ﺇﻟﻴﻬﻢ‬


Maksudnya:
„Sekarang kamilah yang akan memerangi kamu, dan bukan kamu
yang memerangi kami. Dan kami pasti akan memerangi kamu.‰

AKTIVITI 6.5

1. Kaitkan slogan „kepimpinan melalui teladan‰ dengan beberapa


peristiwa yang berlaku semasa peperangan Khandaq.

2. Bagaimanakah orang Islam boleh mengambil iktibar daripada


peperangan Khandaq dalam konteks konflik di Palestin sekarang?

6.6 PEMBINAAN NEGARA ISLAM MADINAH


DAN HUBUNGANNYA DALAM KONTEKS
PENDIDIKAN SEMASA
Ilmu merupakan perkara penting yang perlu diberikan penekanan dalam aspek
pembangunan ummah. Program-program ilmiah atau majlis ilmu perlulah
dilakukan secara berterusan bagi mengukuhkan peradaban manusia sekali gus
kestabilan sosial seperti mana yang telah Rasulullah SAW lakukan di Madinah. Di
samping itu, pedagogi yang pelbagai perlu digunakan mengikut kesesuaian
pelajar agar ilmu yang dikongsi sampai kepada golongan sasaran dengan baik
seperti mana yang telah diamalkan Rasulullah SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM

Semangat permuafakatan melalui proses permesyuaratan yang ditonjolkan Nabi


Muhammad SAW dan para sahabat juga adalah untuk mengajar kita bagaimana
konflik perlu ditangani dengan baik. Selain itu, hubungan dengan Allah SWT
adalah suatu hubungan yang tidak boleh dipandang ringan, walaupun ketika
berada dalam situasi genting dan gawat seperti dalam peperangan. Demikian juga
kepada pendidik, hubungannya dengan Allah SWT perlu dijaga terutamanya
ketika berhadapan dengan cabaran dalam usaha mendidik.

Nabi Muhammad SAW juga telah menampilkan imej kepemimpinan Baginda


melalui teladan yang menerapkan nilai-nilai keadilan dan persamaan. Sifat dan
keadaan ini perlu ada pada diri seorang pendidik kerana pendidik adalah „the
book that students read‰.

 Pendidikan amat penting bagi membina tamadun dan insan.

 Peperangan melawan orang kafir bukan merupakan matlamat dalam Islam


melainkan ia adalah wasilah untuk mengembangkan dakwah Islamiah.

 Syura dan musyawarah amat penting dalam memutuskan sesuatu yang


penting dalam kehidupan terutama yang melibatkan pentadbiran dan
pengurusan sesebuah negara.

 Pemimpin perlu menampilkan imej dan citra kepimpinan melalui teladan.

 Sikap dan sifat orang Yahudi dan munafik secara jelas dinyatakan dalam
al-Quran.

 Kesatuan dan persefahaman yang bukan dilandaskan kepada ajaran Islam


tidak akan mendatangkan hasil yang baik.

Musyawarah Syura
Pendidikan insan Tentera bersekutu
Pensyariatan peperangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MADINAH IBU NEGARA ISLAM  103

`Ali Muhammad al-Sallabi. (2007). Ghazawat al-rasul salla allah `alayh wa sallam
durus wa `ibar wa fawaÊid. Kaherah, Mesir: MuÊassasah IqraÊ.

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti

Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi. (1982). Al-Sirah al-nabawiyyah. Ed. ke 4.


Jeddah: Dar al-Syuruq.

Akram DhiyaÊ Al-`Umari. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah al-sahihah. Ed. ke 3.


Riyadh: Maktabah al-`Abikan.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2009). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press Malaya.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi
A. al-Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. (2010). Al-Rahiq al-makhtum. Ed. ke 21.


Kaherah, Mesir: Dar al-WafaÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Islam dan
Yahudi di
7 Madinah
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti punca dan sebab orang Yahudi memusuhi Islam;
2. Menerangkan punca dan sebab Nabi Muhammad SAW memerangi
orang Yahudi di Madinah;
3. Menjelaskan sikap degil orang Yahudi terhadap orang Islam; dan

4. Menjelaskan kaitan Islam dan Yahudi dalam konteks pendidikan


semasa.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan berkaitan orang Yahudi di Madinah dan
kegiatan mereka yang menzahirkan permusuhan dengan Islam. Kita juga akan
membicarakan episod kedegilan mereka yang menyebabkan mereka diusir dan
disingkir dari bumi Madinah.

7.1 PERMUSUHAN YAHUDI KEPADA ISLAM


Dalam topik sebelum ini, kita pernah membincangkan bagaimana Nabi
Muhammad SAW menyusun semula masyarakat Madinah dengan menggubal
perlembagaan atau Piagam Madinah. Melalui perlembagaan tersebut, seluruh
penduduk Madinah terikat dengan peraturan tertentu, termasuklah orang Yahudi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH  105

Menurut Akram DiyaÊ al-`Umari (1998), orang Yahudi tidak mempunyai iltizam
dengan perjanjian yang dimeterai bersama Rasulullah SAW melalui piagam
tersebut. Mereka cepat meleraikan ikatan yang mereka lakukan dengan Rasulullah
SAW dengan menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam dan Rasulullah
SAW. Ini menyebabkan mereka diusir dari bumi Madinah sebagaimana yang akan
dibincangkan selepas ini.

AKTIVITI 7.1

1. Bincangkan peranan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam


menangani konflik di bumi Palestin.

2. Apakah kaitan antara Yahudi dan fahaman gerakan Zionisme?

7.2 PENGUSIRAN YAHUDI DARI MADINAH


Pengusiran orang Yahudi dari bumi Madinah adalah melalui beberapa peringkat
mengikut kabilah tertentu. Pengusiran ini berpunca daripada keingkaran mereka
beriltizam dengan perjanjian yang dimeterai bersama Rasulullah SAW
sebagaimana yang termaktub di dalam Piagam Madinah. Dalam subtopik ini, kita
akan membicarakan beberapa pengusiran orang Yahudi seperti pengusiran Bani
QainuqaÊ dan Bani al-Nadhir.

7.2.1 Pengusiran Bani Qainuqa’


Menurut Akram DiyaÊ al-`Umari (1998), para sejarawan bersepakat mengatakan
bahawa pengusiran itu berlaku selepas peperangan Badar. Ia terjadi pada hari
Sabtu pertengahan bulan Syawal tahun ke-2 Hijrah.

Terdapat beberapa sebab dan punca ia berlaku. Sejarah mencatatkan bahawa ia


terjadi apabila Bani QainuqaÊ menzahirkan secara terang-terangan kemarahan dan
kedengkian mereka terhadap kemenangan tentera Madinah pimpinan Rasulullah
SAW dalam perang Badar. Ini menjelaskan kepada kita bagaimana mereka
menyatakan ketidakpuasan hati mereka apabila mereka meluahkannya dalam
satu majlis yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW di Pasar Bani QainuqaÊ dengan
sabdanya, „Wahai orang-orang Yahudi, sebaiknya kamu semua memeluk agama
Islam sebelum apa yang menimpa orang Quraisy itu juga menimpa kalian.‰
Mendengar nasihat Rasulullah SAW itu, mereka lantas menjawab „Wahai
Muhammad! Jangan terpedaya dengan kemenangan kamu berperang dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH

orang Quraisy, kerana mereka adalah bangsa yang tidak berpengalaman dan tidak
mengetahui teknik serta kaedah berperang. Sesungguhnya, jika kamu berani
berperang dengan kami, kamu akan mengetahui betapa hebatnya bangsa kami
ini.‰

Menurut Akram DhiyaÊ al-`Umari (1998), pengusiran mereka bukanlah


semata-mata kerana mereka enggan memeluk agama Islam, tetapi lebih kepada
semangat permusuhan mereka yang jelas kepada Islam dan Rasulullah SAW.
Selepas itu, turunlah firman Allah SWT:

ߊ$yγÏϑø9$# }§ø♥Î/uρ 4 zΟ¨Ζyγy_ 4’n<Î) šχρç|³ósè?uρ šχθç7n=øóçGy™ (#ρãxx. š⎥⎪Ï%©#Ïj9 ≅è%

«!$# È≅‹Î6y™ †Îû ã≅ÏG≈s)è? ×πy∞Ïù ( $tGs)tGø9$# È⎦÷⎫tGt⁄Ïù ’Îû ×πtƒ#u™ öΝä3s9 tβ$Ÿ2 ô‰s% ∩⊇⊄∪

⎯tΒ ⎯ÍνÎóÇuΖÎ/ ߉Îiƒxσムª!$#uρ 4 È⎦÷⎫èy ø9$# š”ù&u‘ óΟÎγøŠn=÷WÏiΒ ΝßγtΡ÷ρttƒ ×οtÏù%Ÿ2 3“t÷zé&uρ

∩⊇⊂∪ Ì≈|Áö/F{$# _Í<'ρT[{ Zοuö9Ïès9 šÏ9≡sŒ ’Îû χÎ) 3 â™!$t±o„

Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: ÂKamu akan
dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam
neraka jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan.Ê
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua
pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam)
berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu
lagi daripada golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang
Islam dengan pandangan mata biasa ă dua kali ramainya berbanding dengan
mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya,
dengan memberikan pertolongan-Nya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat
satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikir (yang celik
mata hatinya).‰
(Surah Ali `Imran 3:12−13)

Sebab lain yang menyebabkan mereka diusir dari Madinah ialah kesan daripada
penganiayaan yang dilakukan oleh salah seorang Yahudi Bani QainuqaÊ terhadap
seorang wanita Islam. Peristiwa itu terjadi di pasar Bani QainuqaÊ apabila seorang
Yahudi secara diam-diam mengikat hujung baju seorang wanita Islam sehingga
tersingkap dan menyebabkannya jatuh tersungkur. Kejadian ini disaksikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH  107

seorang lelaki Muslim yang lalu di tempat kejadian. Dia berusaha membela wanita
Islam tersebut tetapi beliau telah terkorban di tangan orang-orang Yahudi.

Peristiwa itu membangkitkan kemarahan orang Islam dan mereka berazam


menuntut bela. Semenjak dari hari itulah, sering terjadi pemberontakan dan
perkelahian antara orang Islam dengan orang Yahudi Bani QainuqaÊ.

Rentetan daripada sikap permusuhan yang terang-terangan dan berpanjangan


yang dizahirkan oleh orang Yahudi, Rasulullah SAW mengambil keputusan
mengepung penempatan mereka selama 15 malam. Hasilnya, mereka menyerah
diri dan menawarkan kepunyaan mereka seperti harta benda, isteri dan anak-anak
mereka kepada orang Islam dengan harapan supaya mereka masih mempunyai
tempat di hati orang Islam dan Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, Rasulullah
SAW tidak terpengaruh dengan tawaran mereka.

Dalam pada itu, ketua orang munafik, iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul, secara
tegas meminta Rasulullah SAW menerima tawaran yang diberikan. Sekali lagi
Baginda SAW enggan menerima tawaran tersebut. Justeru, Rasulullah SAW
mengarahkan mereka supaya meninggalkan bumi Madinah sambil melantik
`Ubadah bin Samit sebagai penyelaras tugas penting tersebut.

7.2.2 Pengusiran Bani al-Nadhir


Menurut para sejarawan, pengusiran Bani al-Nadhir pula disebabkan tiga perkara,
iaitu:

(a) Bani al-Nadhir merancang untuk membunuh Rasulullah SAW selepas


peperangan Badar. Orang Quraisy yang tewas dalam peperangan tersebut
telah menghasut mereka untuk melakukan tindakan tersebut;

(b) Bani al-Nadhir berpeluang membunuh Rasulullah SAW ketika Baginda SAW
mendatangi mereka untuk meminta bantuan bagi menebus kematian dua
orang daripada Bani Kilab yang dibunuh oleh Al-Damari; dan

(c) Bani al-Nadhir memujuk orang Quraisy untuk memerangi Rasulullah SAW
dan mencela orang Islam di hadapan mereka.

Tindakan Bani al-Nadhir sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini


menyebabkan Nabi Muhammad SAW mengambil keputusan untuk mengusir
mereka dari bumi Madinah pada tahun ke-4 Hijrah. Mereka diberi masa 10 hari.
Amaran diberikan kepada mereka sekiranya masih berada di dalam Madinah
selepas tempoh tersebut, mereka akan dibunuh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH

Bani al-Nadhir bersama orang munafik tetap berkeras bahawa mereka tidak akan
keluar dari Madinah. Malah, mereka bersedia untuk berperang dengan tentera
Muslimin. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka dikepung selama 15
hari. Akhirnya, mereka bersetuju untuk keluar dari perkampungan mereka setelah
mereka merosakkan segala harta benda mereka supaya orang Islam tidak dapat
mengambil sebarang faedah daripada apa yang ditinggalkan.

Cuba kita perhatikan ayat-ayat al-Quran yang berikut yang boleh memberikan kita
penjelasan tentang peristiwa tersebut. Firman Allah SWT:

$tΒ 4 Îô³ptø:$# ÉΑ¨ρL{ öΝÏδÌ≈tƒÏŠ ⎯ÏΒ É=≈tGÅ3ø9$# È≅÷δr& ô⎯ÏΒ (#ρã


x x. t⎦⎪Ï%©!$# ylt÷zr& ü“Ï%©!$# uθèδ

ô⎯ÏΒ ª!$# ãΝßγ9s?r'sù «!$# z⎯ÏiΒ ΝåκçΞθÝÁãm óΟßγçGyèÏΡ$¨Β Οßγ¯Ρr& (#þθ‘Ζsßρu ( (#θã_ãøƒ†
s βr& óΟçF⊥oΨsß

öΝÍκ‰Ï‰÷ƒr'Î/ ΝåκsEθã‹ç/ tβθç/Ìøƒä† 4 |=ôã”9$# ãΝÍκÍ5θè=è% ’Îû t∃x‹s%uρ ( (#θç7Å¡tGøt†


s óΟs9 ß]ø‹ym

ÞΟÎγøŠn=tæ ª!$# |=tGx. βr& Iωöθs9uρ ∩⊄∪ Ì≈|Áö/F{$# ’Í<'ρé'¯≈tƒ (#ρçÉ9tFôã$$ùs t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# “ω÷ƒr&uρ

öΝåκ¨Ξr'Î/ y7Ï9≡sŒ ∩⊂∪ Í‘$¨Ζ9$# Ü>#x‹tã Íοt ÅzFψ$# ’Îû öΝçλm;uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû öΝåκu5¤‹yès9 u™Iξy∨ø9$#

∩⊆∪ É>$s)Ïèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βÎ*sù ©!$# Ée−!$±


t ç„ ⎯tΒuρ ( …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# (#θ—%!$x©

Maksudnya:
„Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir antara ahli Kitab - dari
kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak
memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa
mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang
kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat
menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (daripada azab) Allah.
Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas
dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati
mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan
mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang
mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah
pelajaran (daripada peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta
celik mata hatinya. Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH  109

(yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyeksa mereka


di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.
(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah)
Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah,
maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya.‰

(Surah al-Hasyr, 59:2−4)

Menurut Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri (2010), peristiwa yang bersejarah ini


berlaku pada bulan Rabiulawal tahun ke-4 Hijrah. Peristiwa ini dirakamkan oleh
Allah SWT dalam surah al-Hasyr. Ada pendapat yang mengatakan bahawa surah
al-Hasyr juga dikenali sebagai surah al-Nadhir.

Pengusiran tersebut tidak berakhir di situ sahaja. Ini kerana, menurut Mahdi
Rizqullah Ahmad (2005), setelah kejadian tersebut, para pembesar Bani al-Nadhir
tidak berhenti menghasut bangsa dan kabilah lain untuk memusuhi orang Islam.
Kita boleh perhatikan dalam topik sebelum ini, merekalah antara pihak yang
terlibat menyemarakkan dan menghasut kabilah serta kumpulan lain untuk
memerangi Rasulullah SAW sehingga meletusnya peperangan Khandaq.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Apakah faktor-faktor pengusiran Bani QainuqaÊ dari Madinah?

2. Apakah faktor pengusiran Bani al-Nadhir dari Madinah?

AKTIVITI 7.2

1. Bagaimanakah umat Islam mampu mengatasi kekuatan bangsa


Yahudi dalam era globalisasi terutamanya dalam sektor ekonomi?
Bincangkan.

2. Bagaimanakah umat Islam boleh memanfaatkan hasil bumi untuk


membantu perjuangan umat Islam di Palestin? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH

7.3 PEPERANGAN DENGAN YAHUDI


Dalam subtopik ini, kita akan melihat dan membincangkan pengusiran orang
Yahudi Bani Quraizah dan orang Yahudi Khaibar.

7.3.1 Perang Bani Quraizah


Peperangan ini terjadi sejurus selepas peperangan Khandaq, iaitu pada akhir bulan
Zulkaedah atau awal bulan Zulhijjah tahun ke-5 Hijrah. Safiyyu al-Rahman
Al-Mubarakfuri (2010) mencatatkan bahawa pada hari kepulangan Rasulullah
SAW ke Madinah, setelah tentera Madinah berjaya mengalahkan tentera bersekutu
dalam peperangan Khandaq, malaikat Jibrail a.s. datang menemui Baginda SAW
pada waktu zuhur.

Pada ketika itu, Rasulullah SAW sedang membersihkan diri di rumah Ummu
Salamah. Malaikat Jibrail a.s. bertanya kepada Baginda SAW „Apakah engkau
telah meletakkan senjata wahai Rasulullah?‰ Nabi Muhammad SAW menjawab
„Ya!‰. Malaikat Jibrail a.s. berkata „Sedangkan malaikat belum lagi
meletakkannya, kerana sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kamu mara ke
Bani Quraizah.‰ Lantas Nabi Muhammad SAW mengarahkan supaya dilaungkan
kepada orang ramai „Sesiapa yang mendengar dan taat, maka dia tidak perlu solat
Asar kecuali di Bani Quraizah.‰

Sementara itu, Akram DiyaÊ al-`Umari (1998) dan Mahdi Rizqullah Ahmad (2005)
menyatakan bahawa peperangan ini berlaku kerana pihak Bani Quraizah telah
membatalkan perjanjian damai yang telah mereka persetujui dalam Piagam
Madinah. Pembatalan ini adalah kerana mereka terpengaruh dan bersetuju
dengan hasutan Huyay bin Akhtab al-Nadari. Pembatalan itu berlaku ketika orang
Islam berhadapan dengan saat genting dan getir dalam peperangan Khandaq.

Justeru itulah, Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW memerangi mereka


sejurus selepas peperangan Khandaq dan setelah Baginda SAW meletakkan
senjata. Disebabkan itu Nabi Muhammad SAW segera menyahut perintah Allah
SWT dan meminta tentera Madinah supaya segera pergi ke perkampungan Bani
Quraizah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH  111

Dalam peperangan ini, penyertaan tentera Muslimin adalah seramai 3,000 orang
dan 36 tentera berkuda. Mereka mengepung perkampungan Bani Quraizah selama
25 malam. Akhirnya, orang Yahudi akur dan menyerah diri kepada tentera
Muslimin. Rasulullah SAW memutuskan hukuman kepada mereka berdasarkan
pandangan Sa`ad bin Mu`adh, iaitu (rujuk Rajah 7.1):

Rajah 7.1: Kesan daripada peperangan Bani Quraizah

7.3.2 Perang Khaibar


Menurut Akram DiyaÊ al-`Umari (1998), Khaibar adalah perkampungan pertanian
yang terletak di sebelah utara Madinah yang jauhnya lebih kurang 165 kilometer.
Perkampungan ini terkenal dengan kesuburannya yang menghasilkan banyak
hasil kurma. Selain pertanian, penduduknya menjalankan perniagaan dan
pertukangan.

Orang Yahudi Bani Khaibar tidak menyatakan penentangan terhadap Rasulullah


SAW sehinggalah mereka menerima kedatangan beberapa ketua orang Yahudi
Bani al-Nadhir yang diusir oleh Baginda SAW sebelum ini. Antara ketua orang
Yahudi Bani al-Nadhir yang menghasut mereka ialah Sallam bin Abi al-Huqaiq,
Kinanah bin al-Rabi` bin Abi al-Huqaiq dan Huyai bin Akhtab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH

Sehubungan dengan itu, menurut Ab. Aziz Mohd. Zain (2012), bahaya orang
Yahudi Khaibar terhadap orang Islam Madinah begitu jelas kerana mereka mula
berada dalam satu pakatan Yahudi secara menyeluruh yang boleh menggugat
kekuatan orang Islam. Ini ditambah pula dengan sifat hasad dengki yang
membawa permusuhan yang mendalam terhadap agama Islam. Orang Yahudi
Khaibar menyangka bahawa mereka sangat kuat dan mampu memerangi dan
mengalahkan Madinah. Di samping itu, ada dalam kalangan mereka yang
berhasrat untuk membalas dendam terhadap orang Islam kerana dianggap
mengusir mereka dari Madinah.

Perang ini berlaku pada bulan Muharam tahun ke-7 Hijrah. Mahdi Rizqullah
Ahmad (2005) mencatatkan bahawa pasukan tentera Muslimin mara ke
perkampungan Khaibar dengan penuh keimanan sekalipun mereka mengetahui
bahawa pihak musuh mempunyai benteng yang kukuh. Oleh sebab itulah mereka
dapat menembusi setiap benteng dan kubu orang Yahudi Bani Khaibar. Benteng
dan kubu yang terakhir yang dapat ditembusi adalah hasil pimpinan Sayidina `Ali
bin Abi Talib r.a. Namun sebelum itu, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada
Sayidina `Ali bin Abi Talib r.a. supaya menyeru orang Yahudi Khaibar kepada
Islam sebelum menyerang mereka.

Perang Khaibar berakhir dengan kemenangan kepada pihak orang Islam. Seramai
93 orang Yahudi terkorban dalam perang tersebut. Manakala kaum wanita dan
kanak-kanak dijadikan tawanan. Di pihak tentera Muslimin hanya sekitar 15 ke 20
orang dianggarkan mati syahid. Sementara itu, harta rampasan daripada
peperangan Khaibar diagihkan mengikut ketetapan yang berikut:

(a) Harta tidak alih seperti kebun dan ladang dipajak kepada orang Yahudi
untuk diusahakan dan hasilnya diserahkan kepada orang Islam. Harga
pembiayaan pengurusan ladang dan kebun ditanggung oleh orang Yahudi;
dan

(b) Harta alih seperti emas, perak, pedang dan panah diserahkan kepada
Rasulullah SAW.

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Apakah kesan-kesan perang Bani Quraizah?

2. Apakah kesan-kesan perang Khaibar?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH  113

AKTIVITI 7.3

1. Pada pandangan anda, bagaimanakah umat Islam boleh


memperkasakan perpaduan sesama negara umat Islam dalam isu
Palestin?

2. Bincangkan peranan negara-negara teluk di rantau Arab bagi


membantu perjuangan orang Islam di Palestin.

7.4 ISLAM DAN YAHUDI DALAM KONTEKS


PENDIDIKAN SEMASA
Ketegasan dan keberanian perlu ada dalam diri umat Islam bagi berhadapan
dengan para musuh demi mempertahankan keagungan ajaran Islam. Umat Islam
tidak boleh membiarkan kehidupan mereka terus ditindas dan dizalimi kuasa
Zionis Yahudi. Dalam konteks pendidikan, sikap berani dan tegas sangat penting
kepada pendidik dan pelajar. Ini bagi melahirkan para pendidik yang konsisten
dalam melaksanakan tugas mendidik sekali gus dapat melahirkan pelajar yang
berdisiplin dalam menuntut ilmu.

Umat Islam perlu menyiapkan diri dengan ilmu, kekuatan ketenteraan dan
kecanggihan peralatan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan serangan
musuh-musuh Islam. Disebabkan itu dalam konteks pendidikan hari ini,
penguasaan ilmu sains dan teknologi merupakan suatu keperluan. Para pendidik
dan pelajar perlu menguasai sains dan teknologi agar ilmu dan kepakaran yang
dimiliki dapat dimanfaatkan untuk kegunaan dan kebaikan umat Islam.

Umat Islam juga perlu hidup secara berjemaah dan mentaati pemerintah selagi
mana ia tidak bertentangan dengan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Dalam konteks pendidikan, para pendidik perlu bersatu dan bekerjasama dalam
usaha melahirkan para pelajar yang bermutu. Tambahan pula, dewasa ini, para
pendidik perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan bantuan
dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Selain itu, dalam proses pendidikan,
penerapan hidup secara berjemaah atau usaha ke arah kesepaduan perlu
diterapkan dalam silibus pendidikan. Contohnya, para pelajar diterapkan dengan
solat secara berjemaah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH

 Pendakwah dan pendidik perlu menjelaskan kepada masyarakat Islam tentang


sejarah kedegilan bangsa Yahudi.

 Pendidik dan pendakwah perlu menggembleng potensi insan tertentu yang


boleh membantu perjuangan mereka dalam medan dakwah dan pendidikan.

 Pendakwah dan pendidik perlu bijak membaca persekitaran dan realiti semasa
yang melatari kehidupan mereka.

 Umat Islam memerlukan kekuatan secara bersama-sama dalam pelbagai sektor


seperti ekonomi untuk mewujudkan persaingan dengan bangsa Yahudi dalam
era globalisasi.

 Sistem pengkaderan yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan


kelangsungan dan kesinambungan perjuangan dapat direalisasikan.

Harta rampasan perang Pengusiran Yahudi


Kedegilan Yahudi Permusuhan Yahudi

`Ali Muhammad al-Sallabi. (2007). Ghazawat al-rasul salla allah `alayh wa sallam
durus wa `ibar wa fawaÊid. Kaherah, Mesir: MuÊassasah IqraÊ.

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi. (1982). Al-Sirah al-nabawiyyah. Ed. ke 4 .


Jeddah, Arab Saudi: Dar al-Syuruq.

Ahmad Farid. (2010). Wafaqat tarbawiyyah ma`a al-sirah al-nabawiyyah.


Al-Mansurah, Mesir: Maktabah al-Sahabah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 ISLAM DAN YAHUDI DI MADINAH  115

Akram DhiyaÊ al-`Umari. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah al-sahihah. Ed. ke 3.


Riyadh, Arab Saudi: Maktabah al-`Abikan.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2005). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi A.
Al-Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali . Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. (2010). Al-Rahiq al-makhtum. Ed. ke 21.


Kaherah, Mesir: Dar al-WafaÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Islam
Berkembang di
8 Semenanjung
Tanah Arab
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti perancangan Nabi Muhammad SAW dalam
memastikan kelangsungan dakwah berjalan lancar;
2. Menjelaskan isi Perjanjian Hudaibiyah;
3. Menjelaskan kesan Perjanjian Hudaibiyah terhadap kelangsungan
dakwah Islamiah;
4. Mengenal pasti metodologi dakwah Rasulullah SAW dalam konteks
dakwah yang bersifat universal; dan
5. Menjelaskan kaitan Islam ke Semenanjung Arab dengan pendidikan
semasa.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan satu tajuk yang amat penting dalam
siri kesinambungan penyebaran dan penyampaian mesej dakwah ke seluruh alam.
Ia dimulakan dengan peristiwa perjanjian antara Nabi Muhammad SAW dengan
orang Quraisy yang dikenali sebagai BaiÊtul Hudaybiyyah atau Perjanjian
Hudaibiyah. Antara kesan terbesar perjanjian tersebut yang memihak kepada
orang Islam ialah Rasulullah SAW menggunakan ruang dan peluang berdakwah
kepada manusia dengan seluas-luasnya bagi merealisasikan konsep rahmah li
al-`alamin. Ini termasuklah berdakwah kepada pembesar dan ketua kerajaan di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB  117

luar Semenanjung Tanah Arab dengan mengutuskan surat dan utusan kepada
mereka.

Begitu juga dalam topik ini, kita akan membincangkan antara kejayaan besar hasil
daripada Perjanjian Hudaibiah iaitu Rasulullah SAW berjaya memasuki kota
Mekah demi membebaskan kota suci itu daripada anasir-anasir jahiliah.

8.1 BAI’TUL HUDAYBIYYAH


Apabila kita membincangkan BaiÊtul Hudaybiyyah, kita sebenarnya
membicarakan tajuk yang penting berkenaan dengan pengembangan dan
penyebaran dakwah Islamiah di luar kota Madinah.

Tahukah anda Hudaibiyah ialah sebuah telaga? Tempat itu dinamakan sempena
nama telaga tersebut. Ia terletak lebih kurang sembilan batu dari kota Mekah.
Peristiwa penting ini bermula apabila Nabi Muhammad SAW telah bermimpi
memasuki Mekah dan mengerjakan tawaf di Kaabah. Walau bagaimanapun,
Baginda SAW tidak dapat menentukan masanya yang tepat. Lalu Baginda SAW
memberitahu para sahabat tentang khabar gembira daripada mimpinya. Mereka
sangat gembira mendengar berita tersebut kerana mereka sangat rindu dan teruja
untuk bertawaf. Lebih-lebih lagi orang Muhajirin yang menyatakan kerinduan
mereka untuk kembali ke Mekah kerana ia adalah tempat tumpah darah mereka.

Justeru, pada tahun ke-6 Hijrah, Nabi Muhammad SAW keluar dari Madinah ke
Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah. Bersama-sama dengan Baginda SAW
adalah seramai 1,500 orang Islam yang terdiri daripada orang Muhajirin dan
Ansar. Nabi Muhammad SAW berihram umrah di Zulhalifah dengan matlamat
bahawa kedatangan orang Islam ke Mekah adalah untuk mengerjakan umrah dan
bukannya untuk melancarkan peperangan. Tambahan pula, orang Islam tidak
membawa kelengkapan perang kecuali senjata yang biasa dibawa oleh musafir
dalam perjalanan mereka.

Kedatangan orang Islam dihalang oleh orang Quraisy sehingga membawa kepada
beberapa rundingan. Nabi Muhammad SAW mengutus `Uthman bin `Affan r.a.
mewakili Baginda SAW dan orang Islam bagi menyatakan tujuan kedatangan
mereka ke Mekah. Pihak Quraisy telah menahan `Uthman bin `Affan r.a.
Kemudian, sampai berita kepada Rasulullah SAW yang `Uthman bin `Affan telah
dibunuh oleh orang Quraisy. Ini menyebabkan orang Islam mengikat janji setia
atau baiah untuk mempertahankan Islam dan membela di atas kematiannya. Janji
setia dilakukan di bawah pohon ridwan dan perjanjian ini juga dikenali sebagai
Bai`ah al-Ridwan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

Apabila orang Quraisy mengetahui yang orang Islam mengikat janji setia, mereka
mengutuskan Suhail bin `Amru untuk berunding dengan Rasulullah SAW.
Akhirnya Baginda SAW bersetuju untuk berunding dengan Quraisy dengan
butiran seperti yang berikut:

(a) Nabi Muhammad SAW tidak boleh memasuki kota Mekah pada tahun itu.
Baginda SAW hanya boleh memasuki Mekah pada tahun berikutnya, dengan
syarat tidak lebih daripada tiga hari dan hanya membawa senjata untuk
bermusafir sahaja;

(b) Genjatan senjata antara kedua pihak selama 10 tahun;

(c) Sesiapa yang suka untuk berada di pihak Nabi Muhammad SAW dan
membuat ikat setia serta jaminan perlindungan dengannya, dia boleh
berbuat demikian. Begitu juga sesiapa yang suka berada di pihak Quraisy
dan membuat ikat setia serta jaminan perlindungan dengannya, dia boleh
berbuat demikian; dan

(d) Sesiapa yang datang dari Quraisy mendatangi Nabi Muhammad SAW tanpa
izin walinya, dia hendaklah dihantar pulang kepada Quraisy. Sebaliknya,
sesiapa dalam kalangan masyarakat Nabi Muhammad SAW mendatangi
Quraisy, dia tidak perlu dihantar pulang.

Nabi Muhammad SAW meminta bantuan Sayidina `Ali bin Abi Talib r.a. untuk
merekod isi perjanjian tersebut. Mari kita ikuti detik bersejarah ini yang
menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam mengendalikan dan
menguruskan rekod perjanjian yang dipersetujui antara Baginda SAW dan orang
Quraisy. Ini kerana ketika dalam proses tersebut, timbul beberapa perkara yang
disifatkan sebagai ketidakfahaman para sahabat pada peringkat awal di sebalik
tindakan yang diambil oleh Rasulullah SAW:

(a) Apabila Nabi Muhammad SAW meminta Sayidina `Ali bin Abi Talib r.a.
menulis kalimah suci „Bismillah al-Rahman al-Rahim‰, Suhail
membantahnya dengan berkata bahawa dia tidak mengenali siapakah Tuhan
yang bersifat „al-Rahman‰ dan „al-Rahim‰. Beliau mencadangkan agar
ditulis kalimah „Bismikallahumma‰. Nabi Muhammad SAW akur dengan
bantahan dan cadangan tersebut;

(b) Nabi Muhammad SAW meminta Sayidina `Ali bin Abi Talib r.a. menulis
bahawa perjanjian damai itu adalah antara Muhammad Rasulullah SAW dan
Suhail bin `Amru. Sekali lagi, Suhail membantah bahawa beliau tidak
mengiktiraf Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah SAW. Lantas, beliau
mencadangkan agar ditukar kepada Muhammad bin Abdullah. Nabi
Muhammad SAW akur dengan cadangan tersebut; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB  119

(c) Ketika perjanjian tersebut ditulis, tiba-tiba datang anak kepada Suhail iaitu
Abu Jandal kepada Rasulullah SAW dalam keadaan terikat dengan ikatan
besi. Oleh sebab Rasulullah SAW setia pada perjanjian yang dipersetujui,
maka Baginda SAW terpaksa menyerahkan semula Abu Jandal kepada pihak
Quraisy Mekah.

Sementara itu, setelah perjanjian tersebut ditulis dengan persetujuan kedua-dua


belah pihak, terdapat beberapa peristiwa seolah-olah menunjukkan tanda
bantahan terhadap tindakan yang diambil oleh Rasulullah SAW. Mari kita ikuti
kejadian tersebut yang menunjukkan kebijaksanaan Baginda SAW menguruskan
konflik yang timbul pada ketika itu seperti yang berikut:

(a) Nabi Muhammad SAW memerintahkan orang Islam yang ikut serta agar
bertahallul. Ini bagi membatalkan niat masing-masing melalui
penyembelihan binatang dan bercukur. Arahan yang dikeluarkan oleh Nabi
Muhammad SAW adalah sebanyak tiga kali, namun tiada siapa yang berbuat
demikian. Kemudian, Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan isteri
Baginda SAW, iaitu Ummu Salamah dan menceritakan apa yang terjadi.
Dengan tenang, beliau mencadangkan agar Baginda SAW sendiri yang
melakukannya terlebih dahulu sebelum meminta orang lain melakukannya.
Maka, Baginda SAW pun melakukan sebagaimana yang disarankan oleh
isterinya. Apabila mereka menyaksikan sendiri perbuatan Rasulullah SAW,
mereka pun menuruti apa yang disaksikan; dan

(b) Sayidina `Umar bin al-Khattab r.a. merupakan seorang sahabat kanan
Rasulullah SAW yang menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada
Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. terhadap perjanjian
tersebut. Beliau melihat bahawa perjanjian itu seolah-olah tidak memihak
kepada orang Islam. Akhirnya, beliau akur dengan penerangan Rasulullah
SAW dan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan memahaminya. Oleh sebab
beliau merasa menyesal di atas sikap dan tindakannya itu, beliau melakukan
banyak amalan baik bagi menampung dan menebus sikap yang tidak
sepatutnya beliau lakukan terhadap Rasulullah SAW dalam perkara
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zain (2012), perjanjian ini mempunyai unsur-unsur
strategi jangka panjang iaitu seseorang pemimpin kadang-kadang terpaksa
merahsiakannya demi mencapai kejayaan pada masa hadapan. Perjanjian
tersebut memperlihatkan kemenangan di pihak orang Islam dalam beberapa
keadaan, iaitu:

(i) Orang Quraisy memberi pengiktirafan terhadap orang Islam secara


saksama. Malah, menurut Mahdi Rizqullah Ahmad (2005), ia
merupakan pengakuan orang Musyrikin Mekah terhadap kekuatan
orang Islam yang selama ini dinafikan oleh mereka. Ini juga meletakkan
orang Islam pada kedudukan yang sepatutnya mereka peroleh
semenjak Islam berkembang dan bermula di Mekah;

(ii) Ini membuka ruang dan peluang untuk berdakwah dalam ufuk yang
lebih luas, bukan sahaja dalam persekitaran Mekah dan Madinah,
tetapi melebar ke seluruh dan di luar sempadan Semenanjung Tanah
Arab;

(iii) Orang Musyrikin Mekah memberi pengiktirafan kedatangan orang


Islam ke Mekah untuk melakukan umrah. Dengan kata lain, orang
Islam mendapat hak menziarah Mekah dan Kaabah tanpa dihalang
serta diganggu oleh mereka; dan

(iv) Orang Islam mendapat kekuatan daripada perjanjian tersebut apabila


turunnya wahyu daripada Allah SWT seperti yang berikut:

⎯ÏΒ tΠ£‰s)s? $tΒ ª!$# y79s tÏøóu‹Ïj9 ∩⊇∪ $YΖÎ7•Β $[s÷Gsù y7s9 $oΨóstFsù $¯ΡÎ)

$WÛ≡uÅÀ y7tƒÏ‰öκu‰uρ y7ø‹=n tã …çμtFyϑ÷èÏΡ ¢ΟÏFãƒuρ t¨zr's? $tΒuρ šÎ7/ΡsŒ

∩⊄∪ $Vϑ‹É)tFó¡•Β
Maksudnya:
„Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai
Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, kemenangan
yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang
telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya
kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam
mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).‰
(Surah al-Fath, 48:1−2)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB  121

SEMAK KENDIRI 8.1

Terangkan isi kandungan Perjanjian Hudaibiah.

AKTIVITI 8.1

1. Bincangkan konsep kepimpinan melalui teladan dalam konteks


pendidikan dan politik.

2. Analisis isi-isi Perjanjian Hudaibiyah dalam konteks dakwah dan


tarbiah. Kaitkan analisis anda dalam konteks perkembangan dakwah
dan pendidikan masa kini khususnya di Malaysia.

8.2 PENGHANTARAN UTUSAN DAN SURAT


KE LUAR MADINAH
Dalam tajuk sebelum ini, kita telah membincangkan bagaimana Perjanjian
Hudaibiyah telah membuka pintu kepada orang Islam untuk menyampaikan agama
Islam dalam kerangka yang lebih luas. Salah satu peluang yang dimanfaatkan oleh
Nabi Muhammad SAW ialah mengutus utusan dan perutusan dalam bentuk surat
kepada raja dan ketua negara di luar Semenanjung Tanah Arab.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri (2010) mencatatkan bahawa pada akhir tahun


ke-6 Hijrah, Nabi Muhammad SAW memperluaskan daerah dan medan
dakwahnya dengan menulis surat kepada raja dan ketua negara untuk menyeru
mereka kepada agama Islam. Nabi Muhammad SAW menerima cadangan
daripada para sahabatnya agar menggunakan cop rasmi yang tertera kalimah
Muhammad Rasul dan Allah dalam tiga baris yang diperbuat daripada perak. Ini
kerana, Baginda SAW diberitahu bahawa surat yang akan diutuskan
bersama-sama dengan utusan tidak akan diterima tanpa ada cop rasmi Baginda
SAW. Pembawa atau utusan surat ditentukan mengikut kriteria tertentu serta
berkemampuan bertutur dalam bahasa pihak yang diutuskan.

Jadual 8.1 yang berikut adalah senarai pembawa surat yang dipilih dan dilantik
oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang dicatatkan oleh Muhammad Sa`id
Ramadan al-Buti (2000) dan Mahdi Rizqullah Ahmad (2005).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

Jadual 8.1: Senarai Pembawa Surat yang Dipilih dan Dilantik oleh Rasulullah SAW

Utusan Pihak yang Diutuskan


Amru bin `Umaiyah al-Dhamari Raja Najasyi di Habsyah
Duhaiyah bin Khalifah al-Kalbi Maharaja Hercules di Rom
`Abdullah bin Huzaifah al-Shami Maharaja Kisra di Parsi
Al-Harith bin `Umair al-Azdi Raja Sharhabil bin `Amru al-Gassani di Busra
(kerajaan yang berada di bawah naungan Rom)
Haudah bin `Ali al-Hanafi Ketua kerajaan Yamamah
Hatib bin Abi Balta`ah Raja Muqauqis Juraij bin Mina di Mesir
Abu AlaÊ al-Hadrami Raja Munzir bin Sawi al-Abadi di Bahrain
`Amru bin al-`As Putera Jaifar dan Abdu, putera Raja al-Gulandi al-
Uzdi di Oman
SyujaÊ bin Wahab Raja Harith bin Abi Syimr al-Gassani di Gassan

Sumber: Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000); Mahdi Rizqullah Ahmad (2005)

Sekarang, mari kita perhatikan contoh surat yang dikirim oleh Rasulullah SAW
kepada Raja Rom:

‫ ﺳﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﻣﻦ ﺍﺗﺒﻊ‬.‫ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﲪﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﻣﻦ ﳏﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺇﱃ ﻫﺮﻗﻞ ﻋﻈﻴﻢ ﺍﻟﺮﻭﻡ‬
‫ ﺃﺳﻠﻢ ﺗﺴﻠﻢ ﻳﺆﺗﻚ ﺍﷲ ﺃﺟﺮﻙ ﻣﺮﺗﲔ ﻓﺈﻥ‬.‫ ﻓﺈﱐ ﺃﺩﻋﻮﻙ ﺑﺪﻋﺎﻳﺔ ﺍﻹﺳﻼﻡ‬.‫ ﺃﻣﺎ ﺑﻌﺪ‬.‫ﺍﳍﺪﻯ‬
‫ﺗﻮﻟﻴﺖ ﻓﺈﻥ ﻋﻠﻴﻚ ﺇﰒ ﺍﻷﺭﻳﺴﻴﲔ ﻭ }ﻳﺎ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻜﺘﺎﺏ ﺗﻌﺎﻟﻮﺍ ﺇﱃ ﻛﻠﻤﺔ ﺳﻮﺍﺀ ﺑﻴﻨﻨﺎ ﻭﺑﻴﻨﻜﻢ‬
.{‫ﺃﻥ ﻻ ﻧﻌﺒﺪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﺇﱃ ﻗﻮﻟﻪ ﺍﺷﻬﺪﻭﺍ ﺑﺄﻧﺎ ﻣﺴﻠﻤﻮﻥ‬
Maksudnya:
„Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari
Muhammad Rasulullah kepada Hercules, Ketua Kerajaan Rom yang mulia.
Selamat sejahteralah bagi sesiapa yang mengikut petunjuk Allah. Ada pun
selepasnya, sesungguhnya saya menyeru kamu dengan seruan Islam. Masuklah
kamu ke dalam agama Islam, nanti kamu akan selamat sejahtera. Masuklah ke
dalam agama Islam, nanti Allah akan mengurniakan kepada kamu dua kali pahala.
Namun jika kamu menolak, kamu akan menanggung dosa orang-orang yang
berada di bawah kamu. „Wahai ahli kitab! Marilah kita kembali kepada kalimah
yang sama antara kita bersama, iaitu kita tidak menyembah kecuali kepada Allah,
sehingga bersaksilah bahawa sesungguhnya kita adalah golongan yang berserah
kepada Allah.‰
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB  123

Surat dan utusan Nabi Muhammad SAW itu telah mendapat pelbagai respons
daripada ketua-ketua negara tersebut sebagaimana yang dicatatkan oleh
Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000) dan Mahdi Rizqullah Ahmad (2005)
seperti dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2: Respons daripada Raja dan Ketua Kerajaan Mengenai Surat dan Utusan
Nabi Muhammad SAW

Raja dan Ketua Kerajaan Respons


Raja Najasyi di Habsyah Beriman. Mengirimkan persalinan berupa pakaian sutera
kepada Rasulullah SAW.

Raja Kisra di Parsi Mengoyakkan surat Rasulullah SAW. Baginda SAW berdoa
agar kerajaan Kisra dikoyakkan (dibinasakan oleh Allah
SWT).

Raja Hercules di Rom Menerima baik utusan dan surat Rasulullah SAW.
Mengadakan dialog dengan Abu Sufyan untuk menyelidiki
latar belakang Nabi Muhammad SAW dan agama yang
dibawanya. Menyatakan bahawa dia tidak akan
meninggalkan agamanya kerana takutkan penentangan
daripada rakyatnya. Dia kekal dalam agamanya walaupun
berbohong kepada utusan Nabi Muhammad SAW dan dia
juga mengirimkan beberapa hadiah berupa wang dinar
kepada Rasulullah SAW.

Raja Harith bin Abi Raja Harith pengsan apabila membaca surat Rasulullah
Syimr di Gassan SAW. Beliau menolak untuk memeluk agama Islam.
Dengan penuh emosi beliau mahu menyerang Madinah.

Raja Muqauqis di Mesir Beliau menyambut baik utusan Rasulullah SAW yang
membawa surat Baginda SAW. Namun, beliau menolak
dengan baik untuk memeluk agama Islam. Beliau
mengirimkan sejumlah hadiah kepada Rasulullah SAW dan
seorang hamba yang bernama Mariyah al-Qibtiyyah dan
adiknya yang bernama Sirin.

Raja Sharhabil bin Beliau menangkap atau menahan, mengikat dan


Amru al-Gassani di membunuh utusan Rasulullah SAW.
Busra

Sumber: Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000); Mahdi Rizqullah Ahmad (2005)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000), pengutusan surat ke luar


Semenanjung Tanah Arab ini merupakan babak penting dalam marhalah baharu
bagi penyebaran dakwah. Marhalah ini merupakan penyempurnaan tugas
dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW dalam konteks menjadikan hukum
syarak sebagai peraturan dan undang-undang yang wajib dilaksanakan sehingga
ke hari kiamat. Ia juga merupakan sebahagian daripada tahap penyempurnaan
jihad dalam Islam.

AKTIVITI 8.2

1. Analisis surat Rasulullah SAW kepada Raja Hercules dalam konteks


aplikasi dialog harmoni antara agama masa kini.

2. Bagaimanakah Islam boleh disebarkan dalam konteks dunia moden


masa kini?

3. Bagaimanakah orang Islam boleh bersikap proaktif terhadap isu


Islamofobia yang disebarkan oleh orang bukan Islam di Barat?

8.3 PEMBUKAAN KOTA MEKAH


Ketika kita membincangkan subtopik BaiÊtul Hudaybiyyah , kita telah mengetahui
antara kandungan perjanjian ini ialah mana-mana pihak dibenarkan untuk
mengadakan perjanjian perlindungan sama ada dengan pihak Rasulullah SAW
atau dengan pihak Quraisy. Sehubungan itu, Bani Bakar bersetuju untuk berada
bersama orang Quraisy. Bani Khuza`ah pula bersetuju untuk bersama dengan
Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, pada tahun ke-8 Hijrah, Bani Bakar telah
menceroboh Bani Khuza`ah. Pada waktu yang sama, pihak Quraisy telah
membantu Bani Bakar dengan membekalkan senjata dan harta kepada mereka.
Keadaan ini menyebabkan Rasulullah SAW sangat marah kerana Quraisy dan
pihak yang bersama dengan mereka telah mengkhianati Perjanjian Hudaibiyah.

Lantas, pada bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah SAW mempersiapkan
kira-kira 10,000 orang tentera Islam untuk memerangi Quraisy di Mekah.
Sehubungan itu, Baginda SAW meminta agar dirahsiakan perancangan untuk
memerangi orang Quraisy. Walau bagaimanapun, Hatib bin Abi Balta`ah cuba
membocorkan rahsia tersebut melalui surat yang dihantar melalui seorang wanita.
Namun, ia tidak berjaya apabila pembocoran tersebut berjaya dihalang sebelum ia
sampai ke pengetahuan orang Quraisy di Mekah. Selain tindakan memerangi orang
Quraisy kerana disebabkan mereka mengkhianati Perjanjian Hudaibiyah,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB  125

Rasulullah SAW turut memendam rasa rindu untuk membebaskan Mekah


daripada kongkongan jahiliah dan membangunkannya dengan agama Islam.

Dalam peristiwa pembukaan Mekah ini, terdapat beberapa orang yang amat
berpengaruh dalam kalangan orang Quraisy telah memeluk agama Islam, iaitu
(rujuk Jadual 8.3):

Jadual 8.3: Orang Quraisy yang Amat Berpengaruh yang Telah Memeluk Agama Islam

Orang Berpengaruh Butiran


Al-`Abbas bin `Abd Beliau ialah bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Beliau
al-Muttalib banyak berjasa kepada perjuangan Rasulullah SAW dalam
menyebarkan mesej dakwah.
Abu Sufian Seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat Quraisy. Beliau sukakan kemasyhuran atau
kemegahan. Justeru, Rasulullah SAW menggunakan
kecenderungannya itu untuk mencetuskan keharmonian
dalam kalangan penduduk Mekah apabila Baginda SAW
berjaya menakluki Mekah dengan kata-katanya yang
bermaksud, „Sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufian
maka dia mendapat keamanan, sesiapa yang meletakkan
senjatanya dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang
menutup pintunya maka dia mendapat keamanan‰.
Abu Sufian bin al-Harith Saudara susuan Nabi Muhammad SAW.
Abdullah bin Abi Saudara kepada Ummu Salamah (isteri Rasulullah SAW).
Umayyah bin Pada peringkat merupakan seorang yang memusuhi Islam,
al-Mughirah kemudian beliau memeluk Islam dengan Nabi
Muhammad SAW. Abu Sufian juga terlibat dengan
pembukaan kota Mekah dan perang Hunain. Beliau syahid
ketika perang TaÊif.

Seterusnya adalah tindakan dan perancangan Nabi Muhammad SAW ketika


memasuki Mekah:

(a) Rasulullah SAW membahagikan tentera Muslimin kepada beberapa


kumpulan, iaitu:
(i) Kumpulan yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid;
(ii) Kumpulan yang diketuai oleh al-Zubair;
(iii) Kumpulan yang diketuai oleh Abu `Ubaidah; dan
(iv) Kumpulan yang diketuai oleh Sa`d bin `Ubadah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

(b) Memasuki Mekah melalui pintu-pintu yang berbeza.

(c) Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah dengan penuh khusyuk dan
tawaduk. Baginda SAW memakai serban berwarna hitam tanpa mengenakan
pakaian ihram.

(d) Mengambil hati Abu Sufian untuk mencetuskan keamanan.

(e) Mengisytiharkan agar tidak memerangi penduduk Mekah kecuali mereka


yang memulakan peperangan.

(f) Mengisytiharkan keamanan kepada penduduk Mekah kecuali enam orang


yang halal dibunuh yang terdiri daripada empat orang lelaki iaitu `Ikrimah
bin Abi Jahal, `Abdullah bin Khattal, Muqis bin Sababah dan `Abdullah bin
Sa`d bin Abi Sarah; dan dua orang wanita iaitu Hindun binti Utbah dan
Ummu Saad.

(g) Berhala-berhala yang berada di sekeliling Kaabah dirosakkan.

(h) Nabi Muhammad SAW menyerahkan kunci Kaabah kepada `Uthman bin
Talhah.

Setelah keadaan Mekah kembali tenang, Rasulullah SAW menerima baiah


penduduk Mekah yang memeluk agama Islam. Baiah ini dilakukan atas dasar
mengikat janji setia kepada Allah SWT dan Rasul-Nya mengikut kemampuan
mereka. Dalam catatan Mustafa al-Siba`ie (1998), proses baiah itu berlaku di
pekarangan Bukit Safa.

Menurut Muhammad al-Ghazali (1997), pada hari penduduk Mekah memeluk


agama Islam, ada dalam kalangan mereka itu yang masih ragu-ragu tentang
keislaman mereka. Mereka masih berusaha mempertahankan kejahilan mereka
dengan mempercayai berhala dan bersumpah dengan menyembelih binatang
korban untuk berhala. Walau bagaimanapun, dalam pengamatan Muhammad al-
Ghazali (1997) lagi, mereka tidak terus tenggelam dalam nostalgia jahiliah mereka
tanpa diberikan rawatan dan penyembuhan. Ini kerana, selama mana negara
melindungi dan mempertahankan mereka, lama-kelamaan, perkara yang bersifat
tahayul akan lenyap dengan sendirinya.

Dalam konteks keperibadian seorang pendakwah, menurut Mustafa al-Siba`ie


(1998), pembukaan kota Mekah memperlihatkan bagaimana Nabi Muhammad
SAW yang merupakan seorang pendakwah ulung tidak menunjukkan rasa benci
Baginda SAW kepada orang yang pernah menentang dirinya dan menghalang
tugas dakwahnya. Malah, Baginda SAW bersikap terbuka kepada keamanan dan
kemaafan serta tidak mengambil sebarang tindakan kekerasan kepada mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB  127

Tindakan Rasulullah SAW membebaskan kota Mekah daripada kekotoran jahiliah


juga bukan bermaksud bahawa Baginda SAW mahu menjadi raja atau digelar
sebagai sang penakluk, tetapi yang lebih diharapkan oleh Baginda SAW ialah agar
penduduk Mekah diberikan hidayah dan dibukakan al-Qalb serta minda mereka
oleh Allah SWT. Sebab itulah Baginda SAW masuk ke kota Mekah dengan rasa
tawaduk (merendah diri) dan bersyukur kepada Allah SWT serta bukannya
bersikap seperti mana-mana sang penakluk.

Sementara itu, menurut `Ali Muhammad al-Sallabi (2007), peristiwa pembukaan


kota Mekah mempunyai kesan dari sudut keagamaan, politik dan
kemasyarakatan. Dalam konteks kemasyarakatan, ia memperlihatkan sifat
perikemanusiaan Nabi Muhammad SAW sesama manusia dan keprihatinan
Baginda SAW untuk mengembalikan kepercayaan penduduk Mekah terhadap
fitrah diri atau jiwa mereka. Di samping itu, Baginda SAW tidak membiarkan
penduduk Mekah dalam kepompong kejahilan. Baginda SAW memerintahkan
Mu`adh bin Jabal r.a. tinggal di Mekah untuk mengajarkan mereka ajaran agama
termasuklah cara-cara mendirikan solat.

Dalam konteks politik pula, Nabi Muhammad SAW melantik `Itab bin Asid
sebagai „amir‰ Mekah yang diamanahkan untuk menjalankan urusan berdasarkan
Kitab Allah SWT, membantu orang yang susah dan orang yang dizalimi.
Sementara dalam konteks keagamaan pula, peristiwa tersebut memperlihatkan
bagaimana Mekah tunduk secara keseluruhannya dengan kekuasaan Islam dan
mereka meyakini bahawa agama Islam hanya agama yang diredai oleh Allah SWT.

SEMAK KENDIRI 8.2

Apakah tindakan-tindakan awal Rasulullah SAW ketika memasuki kota


Mekah?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

AKTIVITI 8.3

1. Bincangkan kerelevanan dan kepentingan pemikiran strategik


kepada pendakwah.

2. Dengan melihat suasana perhimpunan terbesar umat Islam pada


musim haji, bincangkan bagaimana kekuatan umat Islam boleh
digembelingkan sepenuhnya dari sudut kemasyarakatan, politik dan
ekonomi.

8.4 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG


ARAB DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN
MASA KINI
Konsep kepimpinan melalui teladan merupakan suatu amalan yang terbaik ketika
menangani konflik atau krisis kepercayaan. Tambahan pula, seorang pemimpin
yang terbaik adalah pemimpin yang bersedia mendengar pandangan daripada
seseorang terutama ketika menghadapi sesuatu konflik.

Dalam konteks pendidikan masa kini, guru memainkan peranan penting dalam
mempraktikkan kepimpinan melalui teladan kepada para pelajar. Ini kerana, guru
merupakan contoh ikutan yang terdekat sewaktu di sekolah. Para pendidik
seharusnya memberi ruang dan bersedia mendengar masalah serta pandangan
daripada para pelajar yang berhadapan dengan pelbagai konflik. Segala konflik
dan permasalahan pelajar dapat diselesaikan dengan baik dan berhikmah.

Dalam konteks komunikasi pendidikan, kita dapati bahawa arahan lisan


kadang-kadang sukar difahami berbanding arahan yang berbentuk bukan lisan.
Malah, dikatakan bahawa „lisan al-hal afsah min lisan al-maqal‰, iaitu komunikasi
dalam bentuk bukan lisan (atau dalam bentuk bahasa keadaan) lebih berkesan
daripada komunikasi dalam bentuk lisan.

Apabila kita meneliti secara mendalam beberapa peristiwa dalam sirah, Rasulullah
SAW telah berusaha menunjukkan sikap dan tindakan yang begitu positif untuk
difahami oleh masyarakat Islam seperti bersikap sabar, bijaksana dan bertoleransi
tinggi. Ini menunjukkan betapa tingginya semangat tolak ansur dan diplomasi
Rasulullah SAW dalam beberapa perkara, demi mencapai matlamat jangka
panjang yang tidak dapat dijangkau oleh orang Islam pada ketika itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB  129

Perjanjian Hudaibiyah membuktikan bahawa niat yang baik akan menghasilkan


natijah yang baik (Muhammad al-Ghazali, 1997). Orang Islam mula menyaksikan
kemenangan berada di pihak mereka, walaupun pada mulanya mereka agar gusar
dan tidak faham dengan tindakan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW
menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk menyampaikan mesej
Islam ke seluruh pelosok dunia bagi memastikan kesejahteraan ummah.

Dalam konteks pendidikan, walaupun para pelajar sukar memahami tujuan dan
arahan guru, mereka seharusnya patuh dalam melaksanakan tugasan yang diberi
kerana ia penting untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. Bagi pihak
pendidik pula, mereka seharusnya tidak berputus asa dan terus berusaha
memberikan pendidikan yang terbaik kerana niat yang baik pasti akan
menghasilkan natijah yang baik.

 Pendakwah dan pendidik perlu memiliki pemikiran strategik dalam gerak


kerja mereka.

 Pendidik dan pendakwah perlu menggembleng potensi insan tertentu yang


boleh membantu perjuangan mereka dalam medan dakwah dan pendidikan.

 Pendakwah dan pendidik perlu bijak membaca persekitaran dan realiti semasa
yang melatari kehidupan mereka.

 Pendakwah dan pemimpin perlu berjiwa besar dalam konteks melebarkan


kemaafan terhadap sesama manusia.

 Dakwah Islamiah adalah dakwah yang bersifat universal dan bukannya hanya
terhad kepada orang Arab di bumi Arab sahaja.

 Pendakwah dan pendidik perlu menggunakan metodologi yang pelbagai


sesuai dengan sasaran dakwah selagi ia tidak bertentangan dengan hukum
syarak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 8 ISLAM BERKEMBANG DI SEMENANJUNG TANAH ARAB

Dakwah universal Persekitaran dan realiti semasa


Kemaafan Potensi insan
Perjanjian Hudaibiyah

`Ali Muhammad al-Sallabi. (2007). Ghazawat al-rasul salla allah `alayh wa sallam
durus wa `ibar wa fawaÊid. Kaherah, Mesir: Mu`assasah IqraÊ.

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur,
Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi. (1982). Al-Sirah al-nabawiyyah Ed. ke 4.


Jeddah: Dar al-Syuruq.

Akram DhiyaÊ al-`Umari. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah al-sahihah. Ed. ke 3.


Riyadh: Maktabah al-`Abikan.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2005). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indoensia: Qisthi Press.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal,. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi A.
Al-Faruqi. Oak Brook, IL : American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa al-Siba`ie,. (1998). Al-sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. (2010). Al-Rahiq al-makhtum. Ed. ke 21.


Kaherah, Mesir: Dar al-WafaÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Usaha
Memperkukuhkan
9 Negara Islam

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan gerak kerja Nabi Muhammad SAW selepas pembukaan
kota Mekah;
2. Mengenal pasti kualiti pengikut Nabi Muhammad SAW selepas
pembukaan kota Mekah;
3. Menerangkan perancangan orang munafik untuk memecahbelahkan
kesatuan umat Islam; dan
4. Menjelaskan usaha memperkukuh negara Islam dan kaitannya
dengan pendidikan masa kini.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan usaha-usaha atau gerak kerja yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas pembukaan kota Mekah dan ujian
ke atas penduduk Islam yang semakin besar bilangannya. Ia dizahirkan melalui
perang Hunain dan perang Tabuk. Topik ini juga memperlihatkan sifat sebenar
orang munafik yang berpura-pura menzahirkan keislaman tetapi dari sudut
lahiriahnya mereka amat membenci Islam dan perkembangannya. Ini menyebabkan
mereka membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba dengan tujuan
memecahbelahkan orang Islam dan mengelirukan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM

9.1 PERANG HUNAIN


Dalam topik sebelum ini, kita telah melihat kejayaan Rasulullah SAW memasuki
dan membersihkan kota Mekah daripada anasir jahiliah sekali gus bertambah
penduduk Mekah yang memeluk agama Islam. Ini digambarkan melalui surah
al-Nasr, ayat 1 hingga 3 yang membuktikan bahawa itulah kesan daripada
pembukaan kota Mekah yang juga rentetan daripada kejayaan Perjanjian
Hudaibiyah. Firman Allah SWT:

«!$# Ç⎯ƒÏŠ ’Îû šχθè=ä{ô‰tƒ }¨$¨Ψ9$# |M÷ƒr&u‘uρ ∩⊇∪ ßx÷Gxø9$#uρ «!$# ãóÁtΡ u™!$y_ #sŒÎ)

∩⊂∪ $R/#§θs? tβ%Ÿ2 …çμ¯ΡÎ) 4 çνöÏøóGt ó™$#uρ y7În/u‘ ωôϑpt¿2 ôxÎm7|¡sù ∩⊄∪ %[`#uθøùr&

Maksudnya:
„Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai
Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah),  Dan engkau melihat manusia
masuk dalam agama Allah beramai-ramai,  Maka ucapkanlah tasbih dengan
memuji Tuhan kamu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat
menerima taubat.‰
(Surah an-Nasr, 110:1−3)

Selepas pembukaan kota Mekah, orang Islam termasuk mereka yang baru
memeluk agama Islam telah diuji dengan arahan Rasulullah SAW untuk
berhadapan dengan kabilah Hawazin dan Thaqif. Pertempuran yang berlaku di
lembah Hunain itu melibatkan 10,000 orang Islam yang terdiri daripada mereka
yang keluar dalam misi pembukaan kota Mekah dan 2,000 orang Islam yang terdiri
daripada penduduk Mekah yang baru memeluk agama Islam.

Menurut Mahdi Rizqullah Ahmad (2005), bilangan ini adalah jumlah yang terbesar
dalam sejarah pasukan tentera Muslimin. Maka, tidak hairan apabila sebahagian
tentera Muslimin yang merasa ujub dengan jumlah yang ramai dan menyangka
dengan kekuatan ini mereka tidak dapat dikalahkan dalam peperangan tersebut.
Peperangan yang dikenali sebagai perang Hunain itu berlaku pada bulan Syawal
tahun ke-8 Hijrah, iaitu sejurus selepas pembukaan kota Mekah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM  133

Dalam catatan Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000), peperangan ini berpunca
dari tanggapan pembesar-pembesar kabilah Hawazin dan Thaqif bahawa Nabi
Muhammad SAW akan menuju kepada mereka pula selepas urusan pembukaan
kota Mekah selesai. Oleh itu, mereka mempersiapkan tentera perang yang
berjumlah seramai antara 20,000 hingga 30,000 orang bagi menghadapi tentera
Rasulullah SAW.

Pertempuran berlaku di Hunain, iaitu berdekatan dengan TaÊif. Dalam


peperangan tersebut, tersebar satu berita bahawa Nabi Muhammad SAW telah
terbunuh. Ini menyebabkan barisan ketenteraan orang Islam menjadi lemah dan
agak kucar-kacir. Ini menyebabkan sebahagian daripada mereka berundur dari
medan perang.

Namun, akhirnya barisan ketenteraan orang Islam dapat disusun semula dan
kemenangan berada di pihak mereka. Hasil peperangan tersebut, tentera orang
Islam memperoleh harta ghanimah yang banyak. Pembahagian harta tersebut
diberi keutamaan kepada orang Islam yang baru memeluk agama Islam.

Penjelasan berkaitan perang Hunain dapat dirujuk sebagaimana firman Allah


SWT:

öΝà6÷Gt6yfôã&r øŒÎ)   A⎦÷⎫Ζu ãm tΠöθtƒuρ   ;οuÏWŸ2 z⎯ÏÛ#uθtΒ ’Îû ª!$# ãΝà2u|ÇtΡ ô‰s)s9

$yϑÎ/ Ù⇓ö‘F{$# ãΝà6ø‹=n tæ ôMs%$|Êuρ $\↔ø‹©


x öΝà6Ζtã Ç⎯øóè? öΝn=sù öΝà6è?uøYx.

⎯Ï&Î!θß™u‘ 4’n?tã …çμtGt⊥‹Å3y™ ª!$# tΑt“Ρr& §ΝèO ∩⊄∈∪ š⎥⎪ÌÎ/ô‰•Β ΝçGøŠ©9uρ §ΝèO ôMt6ãmu‘

4 (#ρãxx. š⎥⎪Ï%©!$# z>¤‹tãuρ $yδ÷ρts? óΟ©9 #YŠθãΖã_ tΑt“Ρr&uρ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# ’n?tãuρ

∩⊄∉∪ t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# â™!#t“y_ šÏ9≡sŒuρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM

Maksudnya:
„Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak
medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah
dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak
mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun; dan (semasa kamu merasa) bumi
yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur
melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada
Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera
yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan
kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi
orang-orang yang kafir‰.
(Surah at-Taubah, 9:25−26)

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zain (2012), perang Hunain adalah suatu bentuk tarbiah
kepada orang Islam yang pada mulanya merasa kuat dengan jumlah mereka yang
ramai, tetapi hampir-hampir dikalahkan oleh musuh mereka. Ini kerana, kekuatan
tentera Islam yang sebenarnya bukanlah dikira daripada sudut kuantiti tetapi
kualiti mereka. Ini tidak dinafikan kerana selepas pembukaan kota Mekah, tentera
orang Islam terdiri daripada mereka yang sudah lama memeluk agama Islam yang
mempunyai kualiti perhambaan tersendiri dan juga mereka yang baru memeluk
agama Islam. Oleh itu, terdapat percampuran niat dan matlamat dalam
berhadapan dengan musuh di medan perang.

AKTIVITI 9.1

1. Mengapakah aspek kualiti lebih penting berbanding aspek


kuantiti? Bincangkannya dalam konteks dakwah Islamiah dan
pendidikan.

2. Bincangkan kesan negatif apabila seseorang pemimpin


mempercayai khabar angin dan surat layang terhadap
kepimpinannya dan pengikutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM  135

9.2 PERANG TABUK


Setelah membincangkan perihal ujian orang Islam dalam perang Hunain,
seterusnya kita akan beralih membincangkan peristiwa yang berlaku semasa
perang Tabuk pula. Peperangan ini dilihat sebagai medan ujian jihad orang Islam
antara memenuhi tuntutan agama dengan memenuhi tuntutan fizikal manusia.
Peperangan ini juga dikenali sebagai perang susah atau al-`usrah. Kesusahan atau
kesulitan ini, menurut Mahdi Rizqullah Ahmad (2005), adalah antaranya
disebabkan keadaan tentera Muslimin yang mengalami kesulitan dari sudut
logistik. Ia juga dikenali sebagai Ghazwah al-`Usrah atau perang susah kerana,
menurut Akram Diya` al-`Umari (1998), pada ketika itu orang Islam sedang
mengalami kegawatan ekonomi. Ini menyulitkan mereka untuk menyediakan
kelengkapan peperangan dengan sempurna.

Peperangan ini berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah. Ia berlaku disebabkan
oleh berita yang sampai kepada Rasulullah SAW bahawa orang Rom, yang
diketuai oleh Raja Hercules, sedang memperlengkapkan angkatan bersenjata yang
besar untuk memerangi Baginda SAW dan orang Islam. Ini kerana, Raja Hercules
mahu menghapuskan kuasa baharu yang berada di Tanah Arab.

Oleh itu, Nabi Muhammad SAW perlu mempersiapkan tentera Muslimin dengan
pelbagai persiapan dari sudut kelengkapan persenjataan, fizikal, rohani (iman),
minda dan emosi. Ini dilakukan kerana beberapa sebab, antaranya ialah:

(a) Orang Islam perlu mengharungi jarak yang begitu jauh untuk berhadapan
dengan kuasa besar Rom;

(b) Cuaca pada ketika itu amat panas;

(c) Ketibaan musim menuai atau memungut buah-buah tamar; dan

(d) Berlaku kegawatan ekonomi iaitu pendapatan berkurangan dan permintaan


terhadap barangan meningkat tetapi bekalan pula berkurangan.

Sehubungan itu, Nabi Muhammad SAW meminta orang Islam berjihad dengan
harta dan jiwa bagi merealisasikan misi kejayaan peperangan berkenaan. Maka,
ramai sahabat termasuklah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., Sayidina `Umar bin
al-Khattab r.a., Sayidina `Uthman bin `Affan r.a. dan `Abd al-Rahman bin `Auf r.a.
menginfakkan harta mereka untuk perjuangan suci jihad fi sabilillah. Berdasarkan
kekuatan yang ada, Nabi Muhammad SAW keluar ke medan perang di Tabuk
bersama 30,000 orang tentera dan 10,000 ekor kuda. Mereka berada di situ selama
20 malam tanpa apa-apa pertarungan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM

Menurut Ab. Aziz Mohd. Zain (2012), terdapat empat golongan orang yang tidak
ikut serta dalam peperangan Tabuk, iaitu (rujuk Rajah 9.1):

Rajah 9.1: Orang yang tidak menyertai perang Tabuk

Sejarah telah merakamkan kisah tiga orang Islam yang tidak mempunyai
keuzuran dari segi syarak tidak menyertai peperangan yang menuntut
pengorbanan yang begitu tinggi daripada orang Islam Madinah. Mereka ialah
Ka`ab bin Malik, Mirarah bin al-RabiÊ dan Hilal bin Umaiyah. Mereka terleka
dengan kesenangan dunia berbanding kesusahan serta kepayahan menempuh
peperangan yang disifatkan sebagai perang susah (al-`Usrah) pada ketika itu.
Timbul rasa menyesal dalam sanubari mereka apabila mereka mendapati
Rasulullah SAW dan tentera orang Islam kembali dari medan perang.

Akibatnya, mereka dipulaukan oleh Rasulullah SAW, orang Islam dan isteri
mereka sendiri. Keadaan tersebut berlarutan sehingga malam yang ke-50.
Akhirnya, taubat mereka diterima oleh Allah SWT dan ia disambut kegembiraan
daripada seluruh orang Islam.

SEMAK KENDIRI 9.1

Terangkan secara ringkas mengenai perang Hunain dan perang Tabuk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM  137

AKTIVITI 9.2

1. Mengapakah perang Tabuk dikenali sebagai „perang susah‰?

2. Bincangkan sikap orang Islam terhadap orang Islam yang tidak ikut
serta dalam perang Tabuk.

3. Pada pandangan anda, bagaimanakah kita boleh memupuk generasi


muda agar berminat untuk membantu agama Islam walaupun
dalam keadaan kegawatan ekonomi?

9.3 MASJID DHIRAR


Menurut catatan Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000), di Madinah terdapat
seorang lelaki daripada kabilah Khazraj yang bernama Abu `Amir al-Rahib. Dia
telah memeluk agama Nasrani sejak zaman jahiliah lagi. Dia mempunyai
kedudukan yang tinggi dalam kalangan kabilahnya.

Ketika Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, Baginda SAW telah mendapat
ramai pengikut dan agama Islam mendapat sanjungan yang tinggi. Ini
menyebabkan Abu `Amir menzahirkan permusuhan kepada Rasulullah SAW.
Kemudian, beliau lari dan pergi menemui orang kafir Quraisy di Mekah. Beliau
menghasut mereka supaya menentang dan memerangi Rasulullah SAW.

Apabila dia menyaksikan agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW semakin
berkembang pesat, dia pergi pula ke Rom untuk menemui Raja Hercules dengan
tujuan meminta bantuan baginda memerangi Rasulullah SAW. Raja Hercules
berjanji akan memberikan bantuan yang diminta. Abu `Amir diberi perlindungan
dan tempat tinggal. Kemudian, dia mengutus sepucuk surat kepada satu
kumpulannya dalam kalangan kaum munafik Madinah dan menyatakan tentang
apa yang dijanjikan oleh Raja Hercules. Dia menyuruh mereka menyediakan
tempat perlindungan untuk utusan-utusan yang datang membawa surat-suratnya
dan ia juga akan dijadikan tempat mengintip apabila mereka datang kelak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM

Sehubungan itu, para pengikutnya yang terdiri daripada orang munafik mula
membina sebuah masjid berhampiran dengan Masjid Quba. Pembinaannya
dimulakan sebelum Nabi Muhammad SAW berangkat ke Tabuk. Mereka
menemui Rasulullah SAW dan meminta supaya Baginda SAW datang bersolat di
dalam masjid mereka. Ini dilakukan supaya ia boleh dijadikan hujah bahawa
masjid tersebut mendapat pengiktirafan Baginda SAW. Mereka juga mengatakan
bahawa masjid itu dibina untuk memberi kemudahan dan kegunaan orang-orang
tua, lemah dan sakit untuk beribadat di waktu malam pada musim sejuk.

Menurut Muhammad al-Ghazali (1997), pembinaan masjid tersebut adalah salah


satu tipu muslihat orang munafik untuk merancang kejahatan terhadap Islam
dengan berselindung di sebalik konsep jemaah melalui ibadat solat. Malah,
menurut Akram Dhiya al-`Umari (1998), pembinaan masjid itu sebenarnya
bertujuan untuk memecahbelahkan umat Islam yang selama ini bersatu di bawah
bumbung Masjid al-Nabawi di Madinah. Allah SWT telah melindungi Rasulullah
SAW daripada bersolat di dalam masjid tersebut. Baginda SAW berkata: „Kami
sekarang hendak bertolak (ke Tabuk). Insya-Allah bila kami pulang nanti
bolehlah.‰

Ketika Rasulullah SAW berangkat pulang dari Tabuk ke Madinah, hanya sehari
atau separuh hari sahaja lagi akan sampai ke Madinah, datang malaikat Jibrail a.s.
membawa berita tentang masjid yang dibina oleh orang munafik, iaitu Masjid
Dhirar dan tujuan pembinaannya. Masjid itu dibina adalah dasar kekufuran dan
bertujuan memecahbelahkan barisan jemaah orang Islam.

Justeru, Nabi Muhammad SAW mengutus dua orang sahabatnya supaya segera
membakar dan meruntuhkan Masjid Dhirar yang dibina oleh orang munafik itu.
Apabila mereka melihat dua orang sahabat Nabi Muhammad SAW menghampiri
masjid, golongan munafik yang sedang berkumpul di situ bertempiaran lari dalam
keadaan ketakutan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM  139

Perbincangan berkaitan Masjid Dhirar dapat difahami melalui penjelasan dalam


firman Allah SWT yang berikut:

#YŠ$|¹ö‘Î)uρ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# š⎥÷⎫t/ $K)ƒÌøs?uρ #\øà2uρ #Y‘#uÅÑ #Y‰Éfó¡tΒ (#ρä‹sƒªB$# š⎥⎪Ï%©!$#uρ

߉pκô¶tƒ ª!$#uρ ( 4©o_ó¡ßsø9$# ωÎ) !$tΡ÷Šu‘r& ÷βÎ) £⎯àÎ=ósuŠs9uρ 4 ã≅ö6s% ⎯ÏΒ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# šUu‘%tn ô⎯yϑÏj9

BΘöθtƒ ÉΑ¨ρr& ô⎯ÏΒ 3“uθø)−G9$# ’n?tã }§Åc™é& î‰Éfó¡yϑ©9 4 #Y‰t/r& Ïμ‹Ïù óΟà)s? Ÿω ∩⊇⊃∠∪ šχθç/É‹≈s3s9 öΝåκ¨ΞÎ)

∩⊇⊃∇∪ š⎥⎪ÌÎdγ©Üßϑø9$# =Ïtä† ª!$#uρ 4 (#ρã£γsÜtGtƒ βr& šχθ™7Ïtä† ×Α%y`Í‘ Ïμ‹Ïù 4 Ïμ‹Ïù tΠθà)s? βr& ‘,ymr&

Maksudnya:
„Dan (antara orang-orang munafik juga ialah) orang yang membina masjid dengan
tujuan membahayakan (keselamatan orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran
(mereka sendiri) serta memecahbelahkan perpaduan orang yang beriman, dan
juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan
Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara),
mereka akan bersumpah dengan berkata: ÂTidaklah yang kami kehendaki (dengan
mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.Ê Padahal Allah
menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. Jangan engkau
sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba
yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa
dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang di tempatnya. Di
dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat)
membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang
membersihkan diri mereka (zahir dan batin). ‰

(Surah at-Taubah, 9:107−108)

Menurut Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000), pembinaan masjid oleh


golongan munafik itu adalah kemuncak kepada penipuan yang mereka lakukan
terhadap Rasulullah SAW dan orang Islam. Ia bukan sekadar menzahirkan sifat
kemunafikan, tetapi merupakan lambang kepada pengkhianatan dan pencerobohan
yang hebat untuk menghadapi orang Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM

SEMAK KENDIRI 9.2

Apakah tujuan pembinaan Masjid Dhirar?

AKTIVITI 9.3
1. Bincangkan fungsi masjid dalam konteks kesatuan umat Islam.

2. Apakah fungsi masjid sebagai pusat dakwah yang boleh menarik


orang bukan Islam mengenali dan memahami agama Islam?

3. Bincangkan ciri-ciri orang munafik dan pendekatan yang terbaik


untuk berhadapan dengan golongan ini.

9.4 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA


ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENDIDIKAN MASA KINI
Berdasarkan perbincangan sebelum ini, dapat difahami bahawa kekuatan sesuatu
perkara bukan sekadar bergantung kepada kualiti semata-mata tetapi juga kuantiti.
Begitu juga dalam konteks pendidikan masa kini, para pendidik mahupun ibu bapa
tidak seharusnya menilai para pelajar hanya kepada kuantiti A yang diperoleh tetapi
turut menekankan kualiti jati diri dan akhlak golongan pelajar.

Amalan syura dan ketaatan kepada pemimpin yang ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW dan para sahabat seharusnya dicontohi oleh para pendidik masa kini. Dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pendidik, ibu bapa dan pelajar
seharusnya menggunakan pendekatan perbincangan terlebih dahulu. Ini penting
agar tidak tersalah dalam membuat keputusan atau hukuman tanpa menganiaya
mana-mana pihak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM  141

Para pendidik dan pelajar juga harus mengenali dan menyedari pihak musuh Islam
yang sentiasa berusaha menggagalkan misi pendidikan masa kini. Para pendidik
dan pelajar seharusnya berhati-hati dan bijaksana dalam menghadapi pelbagai
situasi dan cabaran agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir musuh Islam yang
sememangnya berhasrat untuk menggagalkan umat Islam. Para pendidik dan
pelajar seharusnya mempunyai kekuatan dan keberanian di samping bersedia
dengan ilmu dan kepakaran bagi menghadapi pelbagai bentuk serangan saraf
daripada pihak musuh Islam seperti penggunaan media sosial yang melampau dan
rancangan program yang tidak bermoral.

 Pendakwah perlu melatih kader dakwah yang berkualiti.

 Aspek kualiti lebih penting daripada aspek kuantiti.

 Kuantiti banyak yang diadunkan dengan kualiti baik adalah sangat


membanggakan.

 Pendakwah perlu berwaspada dengan muslihat pihak-pihak tertentu yang


mencemburui perkembangan dakwah Islamiah.

 Kekuatan orang Islam dibuktikan melalui ketahanan terhadap ujian yang


sedang dihadapi.

Ketahanan Perang Hunain


Masjid Dhirar Perang Tabuk
Orang munafik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 9 USAHA MEMPERKUKUHKAN NEGARA ISLAM

`Ali Muhammad al-Sallabi. (2007). Ghazawat al-rasul salla allah `alayh wa sallam
durus wa `ibar wa fawaÊid. Kaherah, Mesir: MuÊassasah IqraÊ.

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala
Lumpur, Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.

Akram DhiyaÊ al-`Umari. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah al-sahihah. Ed. ke 3.


Riyadh: Maktabah al-ÂAsikin.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2005). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi
A. Al-Faruqi. Oak Brook, IL : American Trust Publications.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. (2010). Al-Rahiq al-makhtum. Ed. ke 21.


Kaherah, Mesir: Dar al-WafaÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Peringkat
Akhir
10 Dakwah di
Madinah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan langkah dan pendekatan Rasulullah SAW menerangkan
ajaran agama Islam melalui ibadat haji;
2. Mengenal pasti prinsip-prinsip umum amanat terakhir Rasulullah
SAW;
3. Menerangkan kesan dakwah Rasulullah SAW;
4. Menjelaskan detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah SAW
sebelum wafat; dan
5. Menjelaskan peringkat akhir dakwah di Madinah dan kaitannya
dengan pendidikan semasa.

 PENGENALAN
Dalam topik akhir ini, kita akan melihat beberapa perkara berkaitan kesan
daripada penyebaran dan penerimaan dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah
SAW. Ini termasuklah respons positif orang-orang yang berada di luar Madinah
terhadap dakwah Rasulullah SAW. Hal ini dikukuhkan lagi dengan tindakan
Rasulullah SAW menghantar utusan ke luar kota Madinah khususnya di Yaman
untuk mengajarkan agama Islam di sana. Kita juga akan melihat bagaimana orang
Islam menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW apabila mereka menyahut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

seruan dan jemputan Nabi Muhammad SAW mengerjakan fardu haji di Mekah.
Di situlah Nabi Muhammad SAW mengajarkan secara langsung dan praktikal
bagaimana melaksanakan ibadat tersebut. Di situ juga, Nabi Muhammad SAW
menyampaikan amanat terakhirnya yang mengandungi prinsip-prinsip umum
ajaran Islam.

Pada akhir perbincangan ini, kita melihat detik-detik terakhir seorang kekasih dan
utusan Allah SWT sebelum Baginda SAW wafat. Ini termasuklah penerimaan para
sahabat terhadap kewafatan Rasulullah SAW sekali gus menunjukkan rasa cinta
dan kasih mereka kepada Baginda SAW. Ini juga menunjukkan kepada kita
bahawa kemunculan generasi sahabat yang memikul amanah sebagai pengganti
Rasulullah SAW atau khalifah merupakan satu generasi yang amat mulia dan
terhormat. Mereka mempunyai kelebihan tertentu hingga meletakkan mereka
begitu mulia sehingga diperakui oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan oleh
Rasulullah SAW sendiri.

10.1 HAJI WIDA’


Sekarang, mari kita lihat fasa-fasa terakhir kehidupan Rasulullah SAW sebagai
utusan Allah SWT. Mengikut Safiyyu al-Rahman Al-Mubarakfuri (2010), dalam
membincangkan tajuk Hijjah al-Wada` (haji perpisahan), fasa-fasa ini terzahir
melalui tanda-tanda yang berikut:

(a) Kerja dakwah dan penyebaran risalah Islam yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW sudah sempurna;

(b) Pembinaan masyarakat baharu yang berasaskan paksi ketuhanan


(al-uluhiyyah) kerana Allah SWT dan menafikan segala yang lain daripada
Allah SWT serta paksi risalah kenabian sudah sempurna; dan

(c) Semasa Mu`adh bin Jabal r.a. diutus ke Yaman pada tahun ke-10 Hijrah,
Rasulullah SAW telah membayangkan kepadanya bahawa Baginda SAW
akan wafat dalam waktu yang terdekat, „Wahai Mu`adh! Sesungguhnya,
kemungkinan besar, engkau tidak akan berjumpa dengan aku lagi selepas
tahun ini, dan barang kali (selepas tahun itu), apabila engkau ke Madinah
engkau hanya akan melalui (mendapati) masjid aku ini dan makam
persemadianku sahaja (engkau dapati aku sudah wafat dan dimakamkan di
masjid ini). ‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  145

Kita mulakan dengan peristiwa yang amat penting dalam fasa ini, iaitu Rasulullah
SAW mengerjakan ibadat haji. Menurut Ab. Aziz Mohd. Zain (2012), haji ini
dikenali dengan pelbagai nama, antaranya (rujuk Jadual 10.1):

Jadual 10.1: Nama Lain bagi Haji WidaÊ

Nama Penerangan
Hijjah al-WadaÊ Haji perpisahan kerana Rasulullah SAW mengucapkan selamat
tinggal padanya.
Hijjah al-Islam Ia disebut sedemikian kerana selepas hijrah, inilah sahaja ibadat haji
yang Rasulullah SAW kerjakan.
Hijjah al-Balagh Ia dipanggil sedemikian kerana Rasulullah SAW menerangkan dan
menyampaikan kepada orang ramai sesuatu yang telah
disyariatkan oleh Allah SWT di dalam haji, sama ada perkataan atau
amalan perbuatan.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000) mencatatkan bahawa selama sembilan


tahun Rasulullah SAW tinggal di Madinah, Baginda SAW belum pernah
mengerjakan ibadat haji. Pada tahun ke-10 Hijrah, Rasulullah SAW
mengumumkan yang Baginda SAW akan berangkat ke Mekah menunaikan ibadat
haji. Sehubungan dengan itu, ramai orang Islam yang datang ke Madinah dengan
tujuan hendak menunaikan haji beramai-ramai bersama Baginda SAW. Mereka
juga mahu mengerjakan haji mengikut cara dan kaedah yang dilakukan oleh
Baginda SAW.

Nabi Muhammad SAW keluar dari Madinah menuju ke Mekah pada 25 haribulan
Zulkaedah. Yang berikut adalah antara tatacara yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW dalam rangka pemergiannya ke Mekah bagi menunaikan haji:

1. Baginda SAW sampai di Dhu al-Hulaifah, sekarang dikenali sebagai Bir `Ali
(tempat miqat ă niat dan ihram haji dan umrah untuk orang yang datang dari
Madinah) dan mengerjakan solat asar dua rakaat serta bermalam di situ.

2. Baginda SAW mandi sunat ihram sebelum mengerjakan solat zuhur.

3. Sebelum mengenakan pakaian ihram, Baginda SAW memakai bau-bauan


yang harum seperti kasturi di badannya.

4. Baginda SAW mengerjakan solat zuhur dua rakaat.

5. Baginda SAW berniat ihram haji dan umrah serentak.

6. Baginda SAW membawa bersama binatang untuk sembelihan dam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

7. Baginda SAW menaiki unta dan mula bertalbiah dengan ungkapan:

‫ إن اﳊﻤﺪ واﻟﻨﻌﻤﺔ‬، ‫ ﻟﺒﻴﻚ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻚ ﻟﺒﻴﻚ‬، ‫ﻟﺒﻴﻚ اﻟﻠﻬﻢ ﻟﺒﻴﻚ‬


‫ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻚ‬، ‫ﻟﻚ واﳌﻠﻚ‬
Maksudnya:
„Saya datang kepada Engkau ya Allah! Datang menyahut seruan Engkau.
Saya datang kepada Engkau ya Allah! Datang menyahut seruan Engkau,
tanpa syirik. Sesungguhnya pujian dan nikmat itu bagi Engkau dan di bawah
kerajaan Engkau, tanpa syirik terhadap Engkau.‰

8. Baginda SAW dan rombongan sampai di Dhi Tawa (satu kawasan yang
terletak berhampiran dengan Mekah) dan bermalam di situ.

9. Baginda SAW kemudian bergerak masuk ke Mekah selepas solat subuh pada
hari Ahad setelah berada dalam perjalanan selama lapan malam.

10. Baginda SAW tawaf di Kaabah dan sai di antara Safa dan Marwah tanpa
bertahallul kerana Baginda SAW mengerjakan haji qiran.

11. Baginda SAW pergi ke al-Hujun dan tinggal di situ tanpa kembali untuk
tawaf selain daripada tawaf haji.

12. Pada hari Tarwiah, iaitu pada hari Khamis 8 Zulhijjah, Rasulullah SAW dan
rombongannya menuju ke Mina.

13. Di Mina, Baginda SAW mengerjakan solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan
subuh.

14. Setelah beberapa waktu sehingga matahari naik, Nabi Muhammad SAW dan
rombongan bergerak ke `Arafah dan sampai ke tengah-tengah lembah di
`Arafah.

15. Baginda SAW menyampaikan khutbah di `Arafah.

16. Selesai berkhutbah, Bilal bin Rabah r.a. mengumandangkan seruan azan dan
iqamat.

17. Rasulullah SAW dan rombongan mengerjakan solat zuhur dan asar secara
jamak takdim.

18. Baginda SAW menaiki unta dan berhenti di tepi Bukit Rahmah dan
mengadap ke arah kiblat sambil berdoa. Sepanjang waktu itu, Baginda SAW
tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT sehingga jatuh matahari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  147

19. Pada waktu malam, Rasulullah SAW dan rombongannya bergerak ke


Muzdalifah. Di situ Baginda SAW dan rombongannya mengerjakan solat
maghrib dan isyak secara jamak.

20. Baginda SAW dan rombongannya bermalam di Muzdalifah sehingga


menjelang subuh.

21. Selepas solat subuh, Rasulullah SAW dan rombongannya bergerak pula ke
Masy`ar al-Haram berhampiran Mina.

22. Di Masy`ar al-Haram, Rasulullah SAW menghadap kiblat sambil bertalbiah,


berdoa dan bertakbir.

23. Kemudian, Baginda SAW bergerak ke Mina. Sebelum menjelang tengah hari,
Baginda SAW menuju ke al-Jamrah al-Kubra untuk melontar dengan tujuh
anak batu.

24. Selepas melontar, Rasulullah SAW pergi ke tempat sembelihan untuk


menyembelih 63 ekor binatang sembelihan al-Hady.

25. Kemudian, Baginda SAW menaiki unta dan menuju ke Mekah untuk
mengerjakan tawaf ifadah. Selepas itu Baginda SAW mengerjakan solat
zuhur di Mekah.

26. Selepas solat, Rasulullah SAW minum air zam zam.

27. Pada hari-hari Tasyrik, iaitu hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijah, Nabi Muhammad
SAW berada di Mina untuk menyempurnakan melontar di Jamrah.

28. Pada hari ke-13 Zulhijah, Nabi Muhammad SAW pun menyelesaikan haji
Baginda.

29. Selepas itu, Rasulullah SAW dan rombongannya menuju ke Mekah untuk
mengerjakan tawaf wadaÊ (tawaf selamat tinggal).

30. Kemudian, Baginda SAW berehat sebentar sebelum pulang ke Madinah.

Begitulah Nabi Muhammad SAW mengerjakan ibadat haji dengan menunjuk cara
kepada orang Islam bagaimana mengerjakannya dengan betul. Inilah yang
disabdakan oleh Baginda SAW:

"‫"ﺧﺬﻭﺍ ﻋﲏ ﻣﻨﺎﺳﻜﻜﻢ‬
Maksudnya:
„Ambillah daripada aku ibadat haji kamu.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


‫‪148  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH‬‬

‫‪Ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW mengajar ibadat haji dengan‬‬
‫‪menunjukkan cara haji dilaksanakan. Ada beberapa perkara penting sepanjang‬‬
‫‪Nabi Muhammad SAW mengerjakan haji. Cuba kita hayati perkara-perkara‬‬
‫‪tersebut.‬‬

‫‪(a) Pertama: Khutbah yang Disampaikan oleh Baginda SAW‬‬

‫ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ ‪ ،‬ﺍﲰﻌﻮﺍ ﻗﻮﱄ ‪ ،‬ﻓﺈﱏ ﻻ ﺃﺩﺭﻱ ﻟﻌﻠﻰ ﻻ ﺃﻟﻘﺎﻛﻢ ﺑﻌﺪ ﻋﺎﻣﻲ ﻫﺬﺍ ﻬﺑﺬﺍ ﺍﳌﻮﻗﻒ‬
‫ﺃﺑﺪﺍ‪ .‬ﺇﻥ ﺩﻣﺎﺀﻛﻢ ﻭﺃﻣﻮﺍﻟﻜﻢ ﺣﺮﺍﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻛﺤﺮﻣﺔ ﻳﻮﻣﻜﻢ ﻫﺬﺍ ‪ ،‬ﰲ ﺷﻬﺮﻛﻢ ﻫﺬﺍ ‪ ،‬ﰲ‬
‫ﺑﻠﺪﻛﻢ ﻫﺬﺍ‪ .‬ﺃﻻ ﻛﻞ ﺷﻰﺀ ﻣﻦ ﺃﻣﺮ ﺍﳉﺎﻫﻠﻴﺔ ﲢﺖ ﻗﺪﻣﻲ ﻣﻮﺿﻮﻉ ﻭﺩﻣﺎﺀ ﺍﳉﺎﻫﻠﻴﺔ‬
‫ﻣﻮﺿﻮﻋﺔ ‪ ،‬ﻭﺇﻥ ﺃﻭﻝ ﺩﻡ ﺃﺿﻊ ﻣﻦ ﺩﻣﺎﺋﻨﺎ ﺩﻡ ﺍﺑﻦ ﺭﺑﻴﻌﺔ ﺑﻦ ﺍﳊﺎﺭﺙ – ﻭﻛﺎﻥ ﻣﺴﺘﺮﺿﻌﺎ‬
‫ﰲ ﺑﲏ ﺳﻌﺪ ﻓﻘﺘﻠﻪ ﻫﺬﻳﻞ – ﻭﺭﺑﺎ ﺍﳉﺎﻫﻠﻴﺔ ﻣﻮﺿﻮﻉ ‪ ،‬ﻭﺃﻭﻝ ﺭﺑﺎ ﺃﺿﻊ ﻣﻦ ﺭﺑﺎﻧﺎ ﺭﺑﺎ ﻋﺒﺎﺱ‬
‫ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﳌﻄﻠﺐ ‪ ،‬ﻓﺈﻧﻪ ﻣﻮﺿﻮﻉ ﻛﻠﻪ‪.‬‬
‫ﻓﺎﺗﻘﻮﺍ ﺍﷲ ﰲ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ‪ ،‬ﻓﺈﻧﻜﻢ ﺃﺧﺬﲤﻮﻫﻦ ﺑﺄﻣﺎﻧﺔ ﺍﷲ ﻭﺍﺳﺘﺤﻠﻠﺘﻢ ﻓﺮﻭﺟﻬﻦ ﺑﻜﻠﻤﺔ ﺍﷲ ‪،‬‬
‫ﻭﻟﻜﻢ ﻋﻠﻴﻬﻦ ﺃﻻ ﻳﻮﻃﺌﻦ ﻓﺮﺷﻜﻢ ﺃﺣﺪﺍ ﺗﻜﺮﻫﻮﻧﻪ ‪ ،‬ﻓﺈﻥ ﻓﻌﻠﻦ ﺫﻟﻚ ﻓﺎﺿﺮﺑﻮﻫﻦ ﺿﺮﺑﺎ‬
‫ﻏﲑ ﻣﱪﺡ ‪ ،‬ﻭﳍﻦ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺭﺯﻗﻬﻦ ﻭﻛﺴﻮﻬﺗﻦ ﺑﺎﳌﻌﺮﻭﻑ‪.‬‬
‫ﻗﺪ ﺗﺮﻛﺖ ﻓﻴﻜﻢ ﻣﺎ ﻟﻦ ﺗﻀﻠﻮﺍ ﺑﻌﺪﻩ ﺇﻥ ﺍﻋﺘﺼﻤﺘﻢ ﺑﻪ ‪ ،‬ﻛﺘﺎﺏ ﺍﷲ‪.‬‬
‫ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ ‪ ،‬ﺇﻧﻪ ﻻ ﻧﱯ ﺑﻌﺪﻱ ﻭﻻ ﺃﻣﺔ ﺑﻌﺪﻛﻢ ‪ ،‬ﺃﻻ ﻓﺎﻋﺒﺪﻭﺍ ﺭﺑﻜﻢ ﻭﺻﻠﻮﺍ ﲬﺴﻜﻢ‬
‫ﻭﺻﻮﻣﻮﺍ ﺷﻬﺮﻛﻢ ﻭﺃﺩﻭﺍ ﺯﻛﺎﺓ ﺃﻣﻮﺍﻟﻜﻢ ‪ ،‬ﻃﻴﺒﺔ ﻬﺑﺎ ﺃﻧﻔﺴﻜﻢ ﻭﲢﺠﻮﻥ ﺑﻴﺖ ﺭﺑﻜﻢ ﻭﺃﻃﻴﻌﻮﺍ‬
‫ﺃﻭﻻﺕ ﺃﻣﺮﻛﻢ ﺗﺪﺧﻠﻮﺍ ﺟﻨﺔ ﺭﺑﻜﻢ‪.‬‬
‫ﻭﺃﻧﺘﻢ ﺗﺴﺄﻟﻮﻥ ﻋﲏ ‪ ،‬ﻓﻤﺎ ﺃﻧﺘﻢ ﻗﺎﺋﻠﻮﻥ؟ ﻗﺎﻟﻮﺍ ‪ :‬ﻧﺸﻬﺪ ﺃﻧﻚ ﻗﺪ ﺑﻠﻐﺖ ﻭﺃﺩﻳﺖ ﻭﻧﺼﺤﺖ‪.‬‬
‫ﻓﻘﺎﻝ ﺑﺄﺻﺒﻌﻪ ﺍﻟﺴﺒﺎﺑﺔ ﻳﺮﻓﻌﻬﺎ ﺇﱃ ﺍﻟﺴﻤﺎﺀ ﻭﻳﻨﻜﺘﻬﺎ ﺇﱃ ﺍﻟﻨﺎﺱ‪ :‬ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﺷﻬﺪ ‪ .‬ﺛﻼﺙ ﻣﺮﺍﺕ‪.‬‬
‫‪Maksudnya:‬‬
‫‪„Wahai manusia! Dengarkanlah kata-kata ku ini. Sesungguhnya aku tidak tahu barang‬‬
‫‪kali aku tidak dapat bertemu dengan kalian lagi selepas tahun ini dengan mawfiq ini‬‬
‫‪selama-lamanya.‬‬

‫)‪Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM‬‬


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  149

Sesungguhnya darah kamu dan harta benda kamu tertegah (haram) bagi kamu,
seperti tertegahnya pada hari kamu ini. Ingatlah! Semua sesuatu daripada urusan
jahiliah yang ada sampai sekarang adalah tidak dikehendaki dan ditolak. Urusan
darah ala jahiliah tidak dikehendaki dan ditolak. Sesungguhnya darah yang mula-
mula, yang termasuk dalam urusan kita ialah darah Ibn Rabi`ah bin al-Harith yang
disusui dalam kalangan Bani Sa`ad, maka dia dibunuh oleh Hudhayl. Riba ala jahiliah
ditolak dan tidak dikehendaki. Riba yang mula-mula yang menjadi riba bagi kita ialah
riba Abbas bin Abdul Muttalib, yang ia ditolak. Semuanya itu adalah tidak
dikehendaki dan tertolak.

Bertakwalah kamu pada Allah terhadap perempuan-perempuan dalam kalangan


isteri kamu. Kamu mengambil mereka dengan amanah keamanan Allah dan kamu
menjadi halal untuk berhubung jenis bersama mereka dengan kalimah Allah. Maka,
mereka hendaklah menjaga diri daripada sesiapa sahaja yang tidak disukai oleh
suami mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian, maka pukullah mereka dengan
pukulan yang tidak mudarat. Namun, ke atas kamu rezeki mereka dan pakaian
mereka, dengan sebaiknya.

Sesungguhnya aku tinggalkan kamu akan sesuatu yang tidak menyesatkan kamu
selepas ini selama-lamanya, jika kamu berpegang kepadanya, iaitu Kitab Allah dan
sunahku.

Wahai manusia! Sesungguhnya tiada Nabi selepas aku, tiada umat selepas kamu,
ketahuilah sembahlah Tuhan kamu, kerjakanlah solat kamu lima waktu, berpuasalah
kamu di bulan kamu (Ramadan), dan tunaikanlah zakat harta kamu, itu memberi
kebaikan kepada diri kamu, dan kamu kerjakan haji di Rumah Tuhan kamu, dan
taatilah arahan ketua kamu, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga Tuhan kamu.

Jika kamu ditanya tentang aku, apa yang kamu akan katakan? Mereka menjawab:
Kami bersaksi sesungguhnya engkau (hai Muhammad!) telah menyampaikan agama
ini dan telah menunaikan amanah ini dan telah menasihatkan umat ini.

Maka Baginda pun menunjuk ke arah langit dengan jari telunjuk Baginda dan juga
kepada orang ramai, lalu berkata: Ya Allah! Saksikanlah. Ya Allah! Saksikanlah,
(sebanyak tiga kali). ‰

Menurut Mustafa al-Siba`ie (1998), khutbah yang disampaikan oleh


Rasulullah SAW itu mengandungi beberapa prinsip umum agama Islam.
Justeru, dalam pengamatan Mahdi Rizqullah Ahmad (2005), prinsip-prinsip
tersebut adalah seperti yang berikut:

(i) Pengumuman tentang hak-hak asasi seorang Muslim dari sudut jiwa,
darah, harta dan kehormatan seseorang;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

(ii) Pemberitahuan tentang pengharaman kezaliman, riba dan tradisi


jahiliah yang membahayakan;

(iii) Pengumuman tentang hak-hak asasi kaum perempuan dan kedudukan


orang perempuan; dan

(iv) Wasiat tentang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunah


Rasulullah SAW.

(b) Kedua: Turun Wahyu, Iaitu Surah al-Ma`idah, Ayat 3

ُ َ َ ُۡۡ َ َّ ۡ َ َّ ُ ٓ َ َ ۡ ُ ۡ َ َ ُ َّ َ ُ َ ۡ َ ۡ ُ ُ ۡ َ َ ۡ َ ّ ُ
‫ِنيرِ وما أهِل ل ِغيِ ٱ ِ بِهِۦ وٱلمنخن ِقة‬ ِ ‫ح ِرمت عليكم ٱلميتة وٱلم ولم ٱل‬
َ َ َ ُ َ َ ۡ ُ ۡ َّ َ َ َّ ُ ُ َّ َ َ َ ٓ َ َ ُ َ َّ َ ُ َ ّ َ َ ُ ۡ َ ُ َ ُ ۡ َ ۡ َ
‫وٱلموقوذة وٱلمتدِية وٱل ِطيحة وما أكل ٱلسبع إ ِ ما ذكيتم وما ذبِح‬
ْ ُ َ َ َ َّ َ َ َ ۡ َ ۡ ٌ ۡ ۡ ُ ٰ َ ٰ َ ۡ َ ۡ ْ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ ُ ُّ
‫ب وأن تستقسِموا ب ِٱلزل ِ ۚم ذل ِكم ف ِسق ۗ ٱلوم يئِس ٱلِين كفروا مِن‬ ِ ‫ٱلص‬
ُ‫ك ۡم َو َأ ۡت َم ۡمت‬ ُ َ ۡ ُ َ ُ ۡ َ ۡ َ ََۡۡ َ ۡ
‫دِين ِك ۡم ف تش ۡوه ۡم َوٱخش ۡو ِ ۚن ٱلوم أكملت لكم دِين‬
ُ َ َۡ ََ ُ
َ ۡ ‫م َم َصة َغ‬ َۡ ۡ َ َ ۡ ُ َ ُ ُ ََ
‫ي‬ ٍ ‫يت لك ُم ٱ ِل ۡسل ٰ َم د ِٗينا ۚ ف َم ِن ٱض ُط َّر ِف‬ ‫ض‬ ۡ
ِ ‫عل ۡيك ۡم ن ِع َم ِت َو َر‬
ٞ ‫ َّرح‬ٞ‫ُم َت َجان ِف ِّلثۡم فَإ َّن ٱ َّ َ َغ ُفور‬
‫ِيم‬ ِ ٖ ِ ٖ

Maksudnya:
‰Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang
ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan
(diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga)
mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah
fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu,
sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari
ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu
nikmat-Ku, dan telah Aku reda Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa
terpaksa melakukannya kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.‰

(Surah al-Ma`idah, 5:3)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  151

Menurut Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri (2010), ketika ayat tersebut turun,


Sayidina `Umar al-Khattab r.a. menangis. Nabi Muhammad SAW bertanya kepada
beliau: ‰Apa yang engkau tangiskan?‰ Jawab Sayidina `Umar al-Khattab r.a.,
„Selepas puncak dilalui, nescaya lembah akan ditemui.‰ Jawab Rasulullah SAW:
„Engkau benar (wahai `Umar!).‰ Menurut Muhammad al-Ghazali (1997), Sayidina
`Umar bin al-Khattab r.a. merasa seolah-olah mengetahui bahawa Rasulullah SAW
tidak lama lagi akan meninggalkan umatnya buat selama-lamanya pergi menuju
di sisi Allah SWT.

Sementara itu, Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti (2000) menyebutkan bahawa


melalui khutbah yang disampaikan itu, Rasulullah SAW membayangkan bahawa
tanggungjawab dakwah yang diamanahkan kepada Baginda SAW sudah pun
disempurnakannya. Ini kerana, agama Islam sudah tersebar luas, kesesatan
jahiliah dan syirik telah dimusnahkan serta hukum-hakam syarak telah
disampaikan kepada manusia. Ini dikuatkan lagi dengan turunnya surah
al-MaÊidah, ayat 3.

SEMAK KENDIRI 10.1

Terangkan secara ringkas bagaimana ibadat haji dilakukan oleh


Rasulullah SAW.

AKTIVITI 10.1

1. Analisis khutbah terakhir Rasulullah SAW dari sudut hak asasi


manusia.

2. Kaitkan cara Rasulullah SAW mengajarkan ibadat haji dengan


kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

10.2 UTUSAN LUAR NEGARA


Dalam tajuk ini, kita akan melihat dan membincangkannya dalam dua keadaan,
iaitu:

(a) Nabi Muhammad SAW menerima utusan-utusan daripada pelbagai suku


dan kabilah untuk memeluk agama Islam; dan

(b) Nabi Muhammad SAW mengutuskan beberapa orang sahabat ke luar negara
bagi mengembangkan agama Islam.

Dalam konteks dan keadaan pertama, kita dapati bahawa ahli-ahli sejarah
mengatakan ia berlaku pada tahun ke-9 Hijrah. Ia juga dikenali sebagai tahun
perutusan atau sanah al-wufud atau `am al-wufud. Ia dinamakan sedemikian
kerana pada tahun itu banyak utusan daripada pelbagai kabilah dan suku yang
menemui Nabi Muhammad SAW untuk menyatakan keislaman mereka.

Mahdi Rizqullah Ahmad (2005) menyenaraikan sejumlah 96 delegasi yang datang


dari luar Madinah menemui Rasulullah SAW untuk menzahirkan keislaman
mereka. Ini membuktikan tentang kejayaan dakwah Islamiah yang disampaikan
oleh Rasulullah SAW dan sahabat Baginda. Antara delegasi yang disenaraikan
ialah:

(a) Kabilah Muzainah;

(b) Bani Tamim;

(c) Abdul Qais;

(d) Najran;

(e) Bani Amir;

(f) Raja-raja Himyar;

(g) Duta dari Hadramaut; dan

(h) Khaulan Yaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  153

Dalam konteks yang kedua pula, Nabi Muhammad SAW mengutus beberapa
orang sahabat ke luar negara, iaitu (rujuk Rajah 10.1):

Rajah 10.1: Utusan Rasulullah SAW ke luar negara

AKTIVITI 10.2

1. Bincangkan aspek dasar luar Rasulullah SAW dan kaitkan dengan


hubungan luar dua hala pada zaman sekarang.

2. Nyatakan pesanan Rasulullah SAW kepada duta-dutanya yang


diutuskan ke luar negara.

10.3 KEWAFATAN RASULULLAH SAW


Detik kewafatan Rasulullah SAW merupakan detik yang paling menyayat hati
sanubari orang Islam. Justeru, dalam tajuk ini kita akan melihat tiga perkara
penting, iaitu:

(a) Saat Nabi Muhammad SAW sakit;


(b) Saat sebelum kewafatan Baginda SAW; dan
(c) Selepas kewafatan Baginda SAW.

Akram DhiyaÊ al-`Umari (1998) mencatatkan bahawa Nabi Muhammad SAW


menzahirkan rasa sakitnya selepas kepulangannya dari mengerjakan haji
perpisahan. Baginda SAW mengadu sakit ketika berada di rumah isterinya, iaitu
Maimunah r.a. Punca Nabi Muhammad SAW menanggung kesakitan itu adalah
akibat kesan daging kambing beracun yang dikunyah oleh Baginda SAW selepas
peperangan Khaibar pada tahun ke-7 Hijrah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi (1982) mencatatkan bahawa kesan racun
itu merebak sedikit demi sedikit kerana Baginda SAW hanya mengunyah daging
tersebut. Maknanya, jika Nabi Muhammad SAW sendiri yang menelan daging
tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh salah seorang tentera Muslimin,
tentulah kesan racun itu merebak dengan cepat.

Abu al-Hasan `Ali Al-Husayni Nadawi (1982) mencatatkan lagi bahawa terdapat
beberapa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW menjelang kewafatannya,
antaranya ialah:

(a) Nabi Muhammad SAW pergi ke Uhud dan menyembahyangkan jenazah


orang Islam yang terbunuh dalam perang Uhud serta berdoa. Ini
menunjukkan bahawa seolah-olah Baginda SAW mahu mengucapkan
selamat berpisah; dan

(b) Nabi Muhammad SAW juga pergi ke perkuburan Baqi` di Madinah pada
waktu tengah malam dan memohon keampunan untuk penghuninya.

Ketika Nabi Muhammad SAW sakit kuat itulah Baginda meminta izin para
isterinya untuk tinggal di rumah Sayidatina `Aisyah r.a. Mereka mengizinkan
berbuat sedemikian. Terdapat beberapa peristiwa pada saat menjelang kewafatan
Baginda SAW, sebagaimana yang dicatatkan oleh Safiyyu al-Rahman
al-Mubarakfuri (2010) dan Akram Dhiya al-`Umari (1998), iaitu:

(a) Lima hari sebelum hari kewafatannya, Rasulullah SAW menghadapi sakit
yang kuat;

(b) Selepas sakitnya berkurangan, Baginda SAW masuk ke dalam masjid dan
mengerjakan solat zuhur;

(c) Empat hari sebelum hari kewafatannya, sakit Baginda SAW datang lagi;

(d) Nabi Muhammad SAW pernah memanggil anaknya Fatimah az-Zahra r.a.
dan membisikkan sesuatu lalu Fatimah az-Zahra r.a. menangis. Kemudian,
dibisikkan lagi lalu Fatimah az-Zahra r.a. tersenyum dan ketawa. Selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW, Fatimah az-Zahra r.a. memberitahu apa
yang dibisikkan oleh Rasulullah SAW sehingga beliau menangis dan ketawa.
Beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW memberitahu bahawa Baginda
SAW akan meninggal dunia. Itu yang membuatkan Fatimah az-Zahra r.a.
menangis. Kemudian, apabila diberitahu bahawa beliau antara yang terawal
yang akan mengiringi Nabi Muhammad SAW ke alam barzakh, beliau lantas
ketawa tanda gembira. Inilah antara tanda kenabian Rasulullah SAW;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  155

(e) Baginda SAW masih sempat mengerjakan solat sehingga waktu maghrib;

(f) Pada waktu isyak, Nabi Muhammad SAW tidak mampu keluar mengerjakan
solat secara berjemaah;

(g) Solat diimamkan oleh Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Dalam pada itu,
Sayidatina `Aisyah r.a. berpandangan bahawa ayahnya itu adalah seorang
lelaki yang suaranya tidak nyaring dan banyak menangis apabila membaca
ayat-ayat al-Quran;

(h) Sehari dua sebelum kewafatannya, ketika sakitnya berkurangan, Baginda


SAW keluar secara berpapah dengan bantuan Al-`Abbas dan Sayidina `Ali
bin Abi Talib r.a. untuk solat zuhur serta menyampaikan amanat sambil
memuji Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan memberitahu kelebihannya.
Baginda SAW juga menunjukkan bagaimana seorang hamba Allah SWT
yang diberi pilihan di dunia dan di akhirat, maka hamba tersebut memilih
akhirat. Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. cepat menangkap dan memahami
kata-kata Rasulullah SAW itu. Beliau memahami bahawa hamba yang
dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW itu ialah diri Baginda SAW.
Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. menangis. Orang ramai merasa hairan
dengan sikap Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. di kala mereka tidak
memahami maksud kata-kata Nabi Muhammad SAW;

(i) Sehari sebelum kewafatannya, Rasulullah SAW membebaskan hamba


sahayanya dan melakukan infak sebanyak enam atau tujuh dinar yang masih
berbaki pada Baginda SAW;

(j) Baginda SAW juga memberikan senjata-senjatanya kepada orang Islam dan
baju besinya yang masih tergadai di tangan orang Yahudi dengan pinjaman
30 gantang barli;

(k) Pada hari terakhir kewafatannya, Rasulullah SAW tidak keluar bersolat
subuh dengan orang ramai secara berjemaah. Apa yang terdaya dilakukan
oleh Rasulullah SAW ialah hanya menjenguk dari rumahnya dengan
menyingkap tirai bilik Sayidatina `Aisyah r.a. untuk melihat mereka. Pada
ketika itu, orang ramai sedang berada dalam saf atau barisan solat. Nabi
Muhammad SAW tersenyum dan ketawa kecil seolah-olah mahu
meninggalkan mereka buat kali terakhir. Mereka begitu gembira kalau-kalau
Nabi Muhammad SAW boleh keluar bersolat bersama. Sayidina Abu Bakar
as-Siddiq r.a. melambat-lambatkan pergerakan dan menyangka yang
Rasulullah SAW akan keluar mengerjakan solat berjemaah. Baginda SAW
menunjukkan dengan isyarat tangan agar mereka menyempurnakan solat
mereka. Kemudian Baginda SAW masuk ke dalam bilik dan melabuhkan
tirai bilik;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

(l) Fatimah az-Zahra r.a. mendapatkan Rasulullah SAW sambil meluahkan


kebimbangannya terhadap ayahandanya itu dengan kata-katanya,
„Ayahandaku dilanda kesedihan yang amat sangat pada hari ini.‰ Lantas,
Rasulullah SAW menjawab bahawa selepas hari itu kebimbangannya akan
hilang;

(m) Usamah bin Zaid r.a. masuk mendapatkan Rasulullah SAW, namun pada
ketika itu Baginda SAW tidak mampu berkata-kata lantaran sangat sakit;

(n) Pada saat hujung nafasnya, Baginda SAW bersandar di dada Sayidatina
`Aisyah r.a. dan mendapatkan kayu siwak daripada adiknya
`Abd al-Rahman bin Abu Bakar r.a.;

(o) Setelah dibantu bersiwak dalam keadaan sakit tenat, Rasulullah SAW
menyentuh air yang terdapat di dalam bekas di sisi Baginda SAW dengan
tangan dan kemudiannya menyapu di muka sambil menyebut „Tiada Tuhan
melainkan Allah, sesungguhnya pada kematian itu terdapat kedahsyatan
sakarat al-maut‰; dan

(p) Kemudian diangkat berdiri tangan Rasulullah SAW dan menyebutkan


bersama orang yang Allah SWT beri nikmat terhadap mereka dan
„Allahumma fi al-rafiq al-aÊla‰ sehinggalah diambil roh Baginda SAW, lalu
condonglah tangan Baginda SAW ke bawah.

Begitulah pengakhiran insan teragung yang menjadi utusan dan kekasih Allah
SWT menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ia terjadi pada lewat waktu duha
hari Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah. Rasulullah SAW meninggal dunia
ketika berusia 63 tahun 4 hari.

Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. masuk mendapatkan jenazah Rasulullah SAW
dan menyingkap kain yang menutup wajahnya. Beliau mencium jenazah Baginda
SAW sambil menangis. Kemudian beliau berkata, „Sesungguhnya kematian yang
ditentukan Allah SWT ke atas engkau, maka sesungguhnya engkau telah
mengalaminya. Kemudian kematian tidak akan mengenai engkau lagi selepas ini
selama-lamanya.‰

Selepas itu, beliau keluar mendapatkan orang ramai dan memberitahu khabar
sedih tentang kewafatan Nabi Muhammad SAW. Ada dalam kalangan mereka
yang percaya dan ada pula yang sebaliknya. Antara sahabat yang tidak
mempercayai kewafatan Nabi Muhammad SAW ialah Sayidina `Umar bin
al-Khattab r.a. Beliau didapati bercakap-cakap dengan orang ramai sambil
menafikan kewafatan Rasulullah SAW. Menurut beliau, Rasulullah SAW tidak
wafat dan hanya pergi menemui Allah SWT buat sementara waktu sebelum
kembali semula.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  157

Kemudian Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. menyuruh Sayidina `Umar bin
al-Khattab r.a. diam. Sayidina `Umar bin al-Khattab r.a. enggan diam. Kemudian
orang ramai menemui Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan beliau mengucapkan
„Wahai kamu semua! Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya
Baginda telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya dia hidup
dan tidak mati selama-lamanya.‰

Selepas itu, beliau membacakan ayat al-Quran sebagaimana yang berikut:

#’n?tã ÷Λä⎢ö6n=s)Ρ$# Ÿ≅ÏFè% ÷ρr& |N$¨Β ⎦'⎪Î*sùr& 4 ã≅ß™”9$# Ï&Î#ö7s% ⎯ÏΒ ôM=n yz ô‰s% ×Αθß™u‘ ωÎ) ϑptèΧ $tΒuρ

ª!$# “Ì“ôfu‹y™uρ 3 $\↔ø‹©


x ©!$# §ÛØtƒ ⎯n=sù Ïμø‹t6É)tã 4’n?tã ó=Î=s)Ζtƒ ⎯tΒuρ 4 öΝä3Î6≈s)ôãr&

∩⊇⊆⊆∪ t⎦⎪ÌÅ6≈¤±9$#
Maksudnya:
„Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudah pun didahului
oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia
pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi
kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan
mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan (sebaliknya) Allah akan
memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam
yang tidak ada bandingannya itu).‰
(Surah Ali `Imran, 3:144)

Apabila mendengar ayat al-Quran tersebut, orang ramai terdiam. Manakala


Sayidina `Umar bin al-Khattab r.a. terduduk dan rebah di atas tanah, kerana kedua
kakinya tidak dapat menanggung tubuhnya. Beliau merasakan seolah-olah tidak
pernah mendengar ayat al-Quran yang dibacakan oleh Sayidina Abu Bakar
as-Siddiq r.a. melainkan pada saat itu. Pada saat itu, barulah dia menyedari
bahawa Rasulullah SAW telah wafat.

Mustafa al-Siba`ie (1998), ketika menyorot peristiwa kewafatan Nabi Muhammad


SAW, mendapati bahawa para sahabat merasakan suatu kedahsyatan apabila
mendengar berita tentang kewafatan Nabi Muhammad SAW. Mereka seolah-olah
tidak mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW boleh dijemput ajal dan wafat.
Sedangkan kematian adalah pengakhiran kepada makhluk yang bernyawa. Ini
tidak lain melainkan sayang dan kasihnya mereka kepada Rasulullah SAW yang
sukar digambarkan dan dimengerti. Begitulah juga mereka yang pernah
kehilangan orang yang disayangi seperti anak atau ibu bapa, agak sukar menerima
hakikat kehilangan mereka sehingga kadang-kadang berhari-hari lamanya. Inikan
pula para sahabat yang sudah lama bersama Rasulullah SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

SEMAK KENDIRI 10.2

Ceritakan secara ringkas detik-detik kewafatan Rasulullah SAW.

AKTIVITI 10.3
1. Bagaimanakah kita boleh memupuk rasa cinta kita kepada
Rasulullah SAW?

2. Anda diminta mengandaikan suatu keadaan di mana Rasulullah


SAW masih ada bersama kita sekarang ini. Sila kemukakan perasaan
anda terhadap situasi tersebut.

10.4 SAHABAT DAN SISTEM KHALIFAH


Setelah kita meneliti sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW, mari kita lihat pula
kehidupan para sahabat Baginda SAW. Mereka telah mendapat didikan secara
langsung daripada Rasulullah SAW sendiri. Mereka merupakan kesinambungan
generasi selepas Rasulullah SAW yang dididik oleh Baginda untuk mendirikan
dan mengisi kelangsungan negara Islam yang diasaskan oleh Baginda SAW.

Para sahabat adalah orang yang mulia di sisi Islam. Ini terbukti apabila kita
meneliti ayat al-Quran dalam surah al-Fath, ayat 29 yang menunjukkan betapa
mereka ini dimuliakan oleh Allah SWT sehingga hal keadaan mereka dicatatkan
dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

ٗ َّ ُ ٗ َّ ُ ۡ ُ ٰ َ َ ۡ ُ َ ۡ َ ُ ٓ َ َ ُ َّ ُ ۡ َ َ ُ ٓ َّ َ ٓ ُ َ َ َ َّ َ َّ ُ ُ َّ ٞ َّ َ ُّ
‫ممد رسول ٱ ِۚ وٱلِين معهۥ أ ِشداء ٱلكفارِ رحاء بينهمۖ تر هم ركعا سجدا‬
ۡ‫جودِ َذٰل َِك َم َثلُ ُهم‬ُ ‫لس‬ُّ ‫اه ۡم ف ُو ُجوهِهم ّم ِۡن َأثَر ٱ‬ ُ َ ۖ‫َ ۡ َ ُ َ َ ۡ ٗ ّ َ َّ َ ۡ َ ٰ ٗا‬
‫يبتغون فض مِن ٱ ِ ورِضون ِسيم‬
ۚ ِ ِ ِ
ٰ‫َاز َر ُهۥ فَٱ ۡس َت ۡغلَ َظ فَٱ ۡس َت َوى‬
َ ٔ‫طَهُۥ َف‬ۡٔ ‫ف ٱ َّل ۡو َر ٰةِۚ َو َم َثلُ ُه ۡم ف ٱ ۡلنيل َك َز ۡر ٍع أَ ۡخ َر َج َش‬
ِ ِ ِ ِ ِ
ْ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ َ َ َّ ُ ۡ ُ َ َ ُ ‫َ َ ٰ ُسوقِهِۦ ُي ۡعج‬
‫ب ٱ ُّلز َّراع ِلَغِيظ ب ِ ِهم ٱلكفار ۗ وعد ٱ ٱلِين ءامنوا وع ِملوا‬ ِ
َ
َ ‫ت م ِۡن ُهم َّم ۡغفِ َر ٗة َوأ ۡج ًرا َع ِظ‬ َ َّ
‫يمۢا‬ ِ ٰ‫ٱلصٰلِح‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  159

Maksudnya:
„Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama
dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi
Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri
(umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan
mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang
soleh) terdapat di muka mereka ă daripada kesan sujud (dan ibadat mereka yang
ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut dalam kitab Taurat; dan sifat
mereka dalam kitab Injil pula ialah (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok
tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu
menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal)
batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang
menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan
pengikut-pengikutnya berkembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana
ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan
hasad dengki ă dengan berkembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah
telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan
mereka, keampunan dan pahala yang besar.‰
(Surah al-Fath, 48:29)

Menurut Akram DhiyaÊ al-`Umari (1998), generasi sahabat menyambung tugas


Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah
kenabian serta menjaga kesucian al-Quran dan sunah. Generasi sahabat juga
merupakan satu generasi yang paling mulia berbanding generasi-generasi yang
lain. Ini dapat kita fahami melalui sabda Nabi Muhammad SAW:

"... ‫ ﰒ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻳﻠﻮﻬﻧﻢ ﰒ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻳﻠﻮﻬﻧﻢ‬، ‫"ﺧﲑ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻗﺮﱐ‬


Maksudnya:
„Sebaik-baik manusia adalah mereka yang berada dalam generasiku (sahabat),
kemudian mereka yang selepas mereka (tabiin) kemudian mereka yang selepas
mereka (tabit tabiin).‰
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelebihan yang ada pada generasi sahabat menjadikan mereka ikutan yang
tertinggi bagi kaum Muslimin pada setiap masa dan tempat. Mereka sentiasa
dijadikan rujukan dan ikutan dari segi amalan kebajikan dan siri perjalanan hidup
mereka. Ini termasuklah ketika berperang, ibadat, mujahadat dan muamalat yang
menjadi ikutan sepanjang zaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

Antara kelebihan yang mereka miliki ialah:

(a) Ada dalam kalangan para sahabat yang dijamin oleh Rasulullah SAW
sebagai penghuni syurga seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., Sayidina
`Umar bin al-Khattab r.a., Sayidina `Uthman bin `Affan r.a., Sayidina `Ali bin
Abi Talib r.a., Talhah, al-Zubair bin al-`Awwam, Sa`ad bin Malik,
`Abd al-Rahman bin `Auf dan Sa`id bin Zaid r.a.;

(b) Mereka menyaksikan dan terlibat secara langsung dengan penurunan


wahyu di mana arahan wahyu ada kaitan dengan mereka;

(c) Mereka adalah golongan yang begitu taat melaksanakan tuntutan wahyu
Ilahi; dan

(d) Mereka adalah golongan yang gigih menyampaikan dakwah kepada sasaran
dakwah.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, pemerintahan Islam perlu diteruskan.


Oleh itu, umat Islam merasakan perlu dilantik pengganti Nabi Muhammad SAW
bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan dan kedaulatan Islam. Menurut
Rusydi Hamka dan Iqbal Emsyarip Saimima (1980), tugas Nabi Muhammad SAW
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu menyampaikan kewajipan sebagai seorang
pesuruh Allah SWT dan bertindak sebagai ketua pemerintah umat Islam.

Kewajipan pertama sudah disempurnakan apabila Baginda SAW wafat.


Kewajipan kedua, menurut pertimbangan umat Islam pada ketika itu ialah
peranan pemerintah perlu diteruskan oleh orang lain. Hal ini kerana sesuatu umat
tidak dapat menyusun perpaduan dan kesatuannya jika mereka tidak dipimpin
oleh seorang ketua. Sebab itulah mereka memerlukan pengganti atau khalifah
selepas kewafatan Rasulullah SAW. Selepas zaman Rasulullah SAW, sistem
khilafah adalah seperti yang berikut, iaitu:

(a) Khalifah ar-Rasyidin yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq
r.a., Sayidina `Umar bin al-Khattab r.a., Sayidina `Uthman bin `Affan r.a., dan
Sayidina `Ali bin Abi Talib r.a.;

(b) Khalifah Bani Umaiyah;

(c) Khalifah Bani Abbasiyah; dan

(d) Terakhir adalah Khalifah Uthmaniyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  161

AKTIVITI 10.4

Bincangkan:

(a) Sejauh mana generasi muda sekarang mengenali generasi para


sahabat Rasulullah SAW?

(b) Bagaimanakah memupuk minat dan perasaan generasi muda


supaya menjadikan generasi sahabat sebagai idola mereka?

(c) Punca-punca kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniyah.

10.5 PERINGKAT AKHIR DAKWAH MADINAH


DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENDIDIKAN MASA KINI
Para pendidik perlu mencontohi cara Rasulullah SAW mengajar dan
menyampaikan ilmu kepada masyarakat atau golongan sasaran. Kesungguhan
Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu ibadat haji secara praktikal
sewajarnya menjadi contoh kepada pendidik dan pendakwah masa kini untuk
turun padang menyampaikan ilmu. Pedagogi yang pelbagai perlu digunakan
dalam konteks pendidikan masa kini yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai
cabaran. Metodologi pengajaran dan pembelajaran pasti berbeza mengikut
persekitaran pelajar; contohnya antara pelajar bandar dengan luar bandar.

Metode penyampaian secara lisan kadang-kadang kurang berkesan berbanding


dengan metode yang disampaikan melalui program dan aktiviti yang berbentuk
praktikal. Metode ini dikenali sebagai daÊwah bi al-hal (dakwah dengan perbuatan
nyata) dan daÊwah bi tanmiyah al-mujtamaÊ (dakwah dengan pembangunan
sosial). Justeru, metode lisan al-hal afsah wa abyan min lisan al-maqal, yang
bermaksud, penyampaian ilmu melalui pendekatan al-Hal (tunjuk cara dan amali
atau praktikal) lebih jelas, lebih meyakinkan, lebih memberi faham dan sangat baik
untuk diamalkan dalam pedagogi pendidikan mengikut kesesuaian persekitaran
para pelajar.

Pesanan Rasulullah SAW dalam khutbah terakhir Baginda SAW agar umatnya
berpegang teguh pada al-Quran dan sunah ,seharusnya dijadikan panduan dalam
menentukan hala tuju pendidikan masa kini, khususnya dalam subjek Pendidikan
Islam. Pelbagai cabaran dalam era globalisasi kini menuntut agar para pelajar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH

mempunyai jati diri dan pegangan Islam yang kukuh agar tidak mudah
dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif. Pendidikan berkaitan al-Quran dan sunah
sewajarnya difahami dan dikuasai dengan baik oleh para pelajar agar mereka
dapat mempraktikkan dalam kehidupan harian sebagai Muslim sejati.

Hubungan diplomatik yang dijalinkan Rasulullah SAW telah membuktikan


bahawa hubungan baik antara pelbagai pihak yang berlainan bangsa dan agama
merupakan aspek penting dalam mencapai kesejahteraan ummah. Dalam konteks
pendidikan semasa pula, kerjasama ini juga dilihat penting untuk masyarakat
Malaysia sama-sama berusaha menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
pelajar daripada berbilang agama dan bangsa. Falsafah Dasar Pendidikan
Kebangsaan Malaysia yang menekankan empat aspek utama iaitu jasmani, emosi,
rohani dan intelektual (JERI) perlu direalisasikan demi mencapai kecemerlangan
ummah dalam konteks masyarakat majmuk.

 Pendekatan dakwah dan pendidikan yang berbentuk praktikal secara tunjuk


cara adalah cara yang lebih berkesan berbanding dengan pendekatan secara
lisan semata-mata.

 Pendidik dan pendakwah perlu mempamerkan kecintaan terhadap Rasulullah


SAW dari sudut percakapan dan perbuatan.

 Bagi seorang Muslim, penyebaran agama Islam tidak terhad di dalam wilayah
kelahirannya semata-mata.

 Kewafatan Rasulullah SAW merupakan detik suram bagi umat Islam pada
ketika itu.

 Kekuatan orang Islam dibuktikan melalui ketahanan terhadap ujian yang


sedang dihadapi.

Haji perpisahan Lisan al-Hal


Kewafatan Lisan al-Maqal
Khalifah Sahabat
Khutbah perpisahan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERINGKAT AKHIR DAKWAH DI MADINAH  163

Ab. Aziz Mohd. Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah Nabi SAW. Kuala
Lumpur, Malaysia: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.

Abu al-Hasan `Ali al-Husayni al-Nadawi. (1982). Al-Sirah al-nabawiyyah. Ed. ke 4.


Jeddah: Dar al-Syuruq.

Mahdi Rizqullah Ahmad. (2009). Biografi Rasulullah: Sebuah studi analitis


berdasarkan sumber-sumber yang otentik. Terj. Yessi Basyarudin. Jakarta,
Indonesia: Qisthi Press.

Muhammad al-Ghazali. (1997). Fiqus sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad Tohir.
Klang, Malaysia: Klang Book Store.

Muhammad Husayn Haykal. (1976). The life of Muhammad. Terj. Ismail Ragi A.
Al-Faruqi. Oak Brook, IL: American Trust Publication.

Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti. (2000). Fiqh al-Sirah. Jil. 1. Terj. Mohd. Darus
Senawi Ali. Shah Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa al-Siba`ie. (1998). Al-Sirah al-nabawiyyah durus wa `ibar. Kaherah, Mesir:


Dar al-Salam.

Rusydi Hamka, & Iqbal Emsyarip Saimima. (1980). Kebangkitan Islam dalam
pembahasan. Jakarta, Indonesia: Yayasan Nurul Islam.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. (2010). Al-Rahiq al-makhtum. Ed. ke 21. Mesir:


Dar al-WafaÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like