You are on page 1of 15

TUGASAN : PENULISAN ILMIAH

1.0 PENGENALAN

Ekonomi dalam kamus dewan ditakrifkan sebagai politik iaitu ilmu yang berkaitan
dengan asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan
serta masalah yang berkaitan. Sistem atau cara pengeluaran (pembahagian dan penggunaan)
harta atau barang-barang serta perkhidmatan keadaan kekayaan atau kebendaan urusan atau
hal-hal berkaitan rumahtangga kehematan iaitu cabang ekonomi yang berkaitan dengan asas-
asas ekonomi dari segi kebajikan. Dalam bahasa Arab, ekonomi diambil daripada iqtisad yang
berasal dari qasad yang membawa maksud kesederhanaan atau pertengahan. Imam Al’lz al
Salam menyatakan perkataan ini sebagai pertengahan antara kedekut dan membazir (Kamus
Dewan, 2005: halaman 1037).

Seterusnya, berdsarkan Adi Warman Karim (2003), ekonomi Muslim harus


dikembangkan dengan berlandaskan Al–Quran dan As-Sunnah. Setiap manusia dan kumpulan
masyarakat ingin kepada pencapaian matlamat kesejahteraan dan kebahagian di dalam
kehidupan ekonomi masing-masing. Secara umumnya ukuran kepada matlamat kesejahteraan
ekonomi tersebut dikaitkan dengan pencapaian kecekapan yang maksimum di dalam proses
membuat keputusan dan tindakan bagi penggunaan sumber-sumber ekonomi yang tersedia
dan terhad serta menjamin keadilan di dalam pengagihan. Hasil daripada pencapaian
kecekapan peruntukan sumber dan keadilan pengagihan tersebut akan dapat menjamin
pencapaian kebebasan ekonomi yang meluas kepada segolongan besar masyarakat dan
seterusnya membolehkan juga kesejahteraan hidup yang mantap dan berterusan. Menurut
ukuran Islam, pencapaian-pencapaian kejayaan sebenar kehidupan ekonomi tidak terbatas
kepada ukuran yang bersifat benda.

Disamping itu, menurut As Syahid Syed Mohamad Bagir As Sadr (2000), ekonomi Islam
merupakan mazhab (pemikiran dan ajaran) yang merujuk kepada Islam secara sepadu
berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga analisis dan tafsiran yang berpandukan kepada
pemikiran dan ajaran tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah perekonomian. Menurut
Muhamad Al-Mubarak (2002), ekonomi Islam ialah sekumpulan kaedah yang berhubung
dengan milik, amal, pengeluaran dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan
pengedaran yang berkaitan hak-hak kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

1
2.0 SISTEM EKONOMI ISLAM

Pada zaman sekarang, umat Islam perlu menyedari kelemahan dan kurang kemampuan
ekonomi semasa dalam menjamin pencapaian kesejahteraan kehidupan masyarakat suatu cara
penyusunan yang lebih sempurna perlu di lakukan. Sistem tersebut merupakan sistem ekonomi
Islam yang pada dasarnya perlu dibina berdasarkan kepada asas dan perinsip syariah
Islam. Menurut Mazni Othman (1994), masyarakat manusia sebenarnya sentiasa berusaha
untuk mencari formula yang terbaik untuk membantu mereka menyusun atau melakukan
organisasi kepada kehidupan ekonomi mereka bagi mencapai matlamat yang dimaksudkan.
Bagi menyusun ekonomi kehidupan, sistem ekonomi Islam perlu dipelajari sbelum
melaksanakannya.

2.1 BAITULMAL

Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam
istilah moden, ia dikenali sebagai ‘Perbendaharaan Negara’. Menurut Osman Ahamad (1994),
baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan
segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang emas atau
perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam. Sekaligus, ia
juga berfungsi untuk menubuhkan bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan
harta umat Islam secara terkumpul.

Institusi kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud
sejak zaman Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi. Tetapi Baitulmal dalam erti
kata yang sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan negara yang masih belum berkembang
dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber,
iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai.
Menurut Mazni Othman (1994), pendapatan negara pada ketika ini tidak disimpan lama, ia akan
terus diagih-agihakan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak
yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan. Faktor inilah yang menyebabkan fungsi
Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.

2
2.1.1 ZAKAT

Menurut kamus dewan, zakat dari segi bahasa berasal daripada kata dasar zaka iaitu
penambahan atau penyucian. Dalam al-Quran, zakat disebut sebanyak 58 kali. Zakat juga
mempunyai makna lain sebagai syahadah, zakat, kebaikan, zakat fitrah, suci, halal dan
sadaqah. Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam dan wajib mengeluarkan zakat
apabila cukup syaratnya. Amil dilantik untuk melaksanakan urusan pemungutan dan
pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisabnya. Zakat
pula terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda. Zakat akan diagihkan
kepada lapan golongan asnaf iaitu orang fakir, hamba yg hendak memerdekakan diri, orang
miskin, orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, musafir dan amil (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2005).

Menurut Sarimah Hanim Aman Shah (2006), zakat harta yang diwajibkan zakat terdiri
daripada harta yang penting dalam berbagai-bagai sektor ekonomi seperti tanaman, emas dan
perak, perniagaan, pendapatan, simpanan dan saham. Zakat fitrah pula dikenali sebagai
sadaqah al-fitr, diwajibkan setahun sekali ke atas orang Islam yang hidup sepanjang bulan
Ramadhan sehingga hari pertama syawal. Ia bertujuan untuk menyucikan diri dan hati, dan
mengembirakan hati fakir miskin pada Hari Raya. Zakat ini dikeluarkan sebanyak segantang
daripada barang-barang yang mengeyangkan seperti gandum dan beras.

Seterusnya, antara peranan dan kepentingan zakat ialah mendatangkan kesyukuran


dan penyuburan pahala, menyucikan jiwa daripada kekotoran dan dosa, memperoleh
keberkatan, dapat mendamaikan dan mewujudkan kedamaian, dapat menyemaikan semangat
bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain, dan dapat mengikis sifat
tamak dalam pemilikan harta. Menurut Osman Ahamad (1994), dengan pengeluaran zakat
berdasarkan syarat yang dikenakan, maka ini membuktikan ketaatan kepada Allah. Pada
zaman Khalifah Abu Bakar, beliau bertindak tegas dengan memerangi orang yang enggan
membayar zakat seperti yang dilakukan oleh penduduk di Yaman, Yamamah dan Oman. Beliau
amat tegas menyatakan bahawa solat adalah tiang agama manakala zakat pula sebagai
jambatannya. Kutipan zakat semakin bertambah pada zaman Khalifah Umar al-Khatab ekoran
berlakunya peluasan kuasa terutama di Parsi.

3
2.1.2 KHARAJ

Menurut Muhammad Abdul Mannan (1992), kharaj adalah sejenis cukai yang dikenakan
ke atas tanah-tanah yang dimiliki. Kaedah pembayaran kharaj yang pernah diamalkan dalam
sejarah Islam adalah antaranya ialah dibayar mengikut keluasan tanah yang dimiliki,
berdasarkan hasil pertanian yang diperoleh, bergantung kepada keadaan dan kawasan, serta
bayaran yang dikenakan setahun sekali danada yang diwajibkan setiap kali hasil pertanian
dituai. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, tanah-tanah yang dikuasai dikembalikan kepada
tuannya dgn syarat membayar cukai.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pula, tanah-tanah yang dikuasai melalui
peperangan akan diagihkan kepada anggota tentera yg terlibat. Kharaj akan dikenakan kepada
tanah yg ditakluki terutama di Iraq. Tanah ini tidak akan dikenakan cukai sekiranya tuannya
memeluk Islam. Menurut Ahmad Fauzi Morad (1997), kharaj juga dikenakan ke atas tanah lain
seperti tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya bukan orang
Islam, tanah yang diusahakan oleh golongan dhimmi dengan kebenaran pemerintah Islam,
tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam dan tempat tinggal golongan dhimmi yg diubah
menjadi kawasan pertanian.

Disamping itu, menurut Ahmad Fauzi Morad dan Ahmad Tarmizi Talib (1997), kharaj
dapat dibahagi kepada 2 jenis iaitu kharaj wazifah/masahah dan kharaj muqasamah. Kharaj
wazifah/masahah dikenakan bergantung kepada keluasan tanah atau jumlah pokok yang
ditanam. Contoh di Iraq, setiap jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham. Cukai ini
dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil yang diperolehi. Kharaj
muqasamah pula cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil yang diperolehi daripada
tanaman. Cukai ini dikenakan kepada setiap hasil yang diperolehi berdasarkan banyak perkara
untuk mengelakkan penganiayaan kepada petani. Kadar kharaj tidak membebankan dan
bergantung kepada kemampuan seseorang. Kadar maksimum ialah ½ daripada keseluruhan
hasil dan dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil yang diusahakan.

Kadar kharaj juga ditentukan berdasarkan kualiti tanah, disirami air hujan atau
penyiraman, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi kawasan tanaman dengan bandar.
Kharaj tidak akan dikenakan jika tanaman penduduk musnah akibat bencana alam. Sekiranya
pemilik tanah tidak berkemampuan untuk mengerjakan tanah tersebut, kerajaan akan
menyerahkan kepada orang lain. Kharaj akan dikenakan kepada pemilik tanah yang
berkemampuan mengerjakan tanah tersebut tetapi tidak mengerjakannya. Sekiranya tanah

4
tersebut dipajak atau disewa, kharaj akan dikenakan ke atas pemilik tanah dan bukannya ke
atas pemajak. Kharaj juga dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan
pertanian. Pengutipan kharaj dijalankan secara adil. Sekiranya kharaj tidak dibayar disebabkan
masalah kewangan, pembayarannya boleh ditangguhkan sehingga mampu. Jika pemiliknya
enggan membayar kharaj sedangkan mampu, kerajaan boleh mengambil tindakan undang-
undang atau tanahnya boleh dijual (Ahmad Fauzi Morad, Ahmad Tarmizi Talib, 1997).

2.1.3 JIZYAH

Menurut Diazuli dalam buku Fiqih Siyasahnya (2003), jizyah dinyatakan sebagai cukai
negara yang diwajibkan ke atas orang ahlul kitab setiap satu tahun sekali sebagai balasan
membela dan melindungi mereka. Jizyah pula merupakan cukai politik yang dikenakan
terhadap orang-orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan
keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah hanya dikenakan kepada mereka yang sihat
fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi
atau pendeta. Jizyah terbahagi kepada 2 kategori iaitu jizyah dengan kadar ditetapkan
berdasarkan persetujuan bersama dan jizyah dengan kadar ditetapkan oleh kerajaan Islam.
Jizyah boleh dibayar dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali. Mereka
yang enggan membayar jizyah dianggap tidak setia kepada negara Islam dan boleh dikenakan
hukuman berat. Jizyah akan dikenakan pada setiap awal tahun, paling minima kadarnya ialah 1
dinar. Bagi sesetengah mazhab seperti Mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah antara 12
hingga 48 dirham bergantung kepada status seseorang individu.

Menurut Djazuli (2003), pembayaran jizyah tidak akan dikenakan sekiranya orang kafir
dhimmi telah memeluk Islam atau pemerintah Islam gagal memberi jaminan keselamatan
nyawa dan harta benda. Amalan jizyah telah diteruskan pada zaman Khalifah Abu Bakar
terutama ketika ekspedisi sebelum menyerang Byzantine dan Parsi. Mereka ditawarkan 3
pilihan sama ada menerima Islam, berperang ataupun membayar jizyah. Kadar jizyah yang
dipersetujuai ialah sebanyak 19 ribu dirham setahun dan dibayar kepada kerajaan Islam
Madinah.

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, sumber pendapatan dari jizyah semakin
meningkat kesan daripada berlakunya peluasan kuasa ke atas Iraq, Syam, Mesir, penduduk
Qibti, penduduk Adzerbaijan dan termasuklah pemimpin Baitulmuqaddis bersetuju untuk
membayar jizyah. Jizyah akan dikutip oleh gabenor-gabenor wilayah yang dilantik dan
dipertanggungjawabkan ke atas wilayah masing-masing. Pada zaman Khalifah Uthman pula,

5
jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang ditakluki seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan
setelah termenteraianya perjanjian damai. Pada zaman Khalifah Ali, jizyah juga diamalkan
seperti sepucuk surat yg dihantar kepada al-Asytar al-Nakhaii supaya menerima perjanjian
damai yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi untuk membayar jizyah (Djazuli, 2003).

2.1.4 GHANIMAH DAN AL FAI

Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada di antara pasukan yang
berperang dijalan Allah, lalu mereka selamat dan memperoleh harta rampasan
perang (ghanimah) kecuali disegerakan dua pertiga pahalanya. Dan tidak ada di antara
pasukan yang gagal, takut, dan menderita kekelahan kecuali disempurnakan pahala mereka."
Secara harfiah, ghanimah berarti sesuatu yang diperoleh seseorang melalui suatu usaha.
Menurut istilah, ghanimah berarti harta yang diambil dari musuh Islam dengan cara perang.
Bentuk-bentuk harta rampasan yang diambil tersebut boleh berupa harta bergerak, harta tidak
bergerak, dan tawanan perang (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

Dilihat dari sejarah perang, kebiasaan ini telah dikenal sejak zaman sebelum Islam.
Hasil peperangan yang diperoleh ini mereka bahagikan kepada pasukan yang mengikuti perang
tersebut, dengan bahagian terbesar untuk pemimpin. Menurut Abu Yusuf (2007), harta
rampasan disebut ghanimah jika diperoleh dengan cara melakukan tindakan-tindakan
ketenteraan seperti menembak atau mengepung.

Seterusnya, Ibnu Abbas dan Mujahid berpendapat bahwa Al Fai itu adalah ghanimah. Al
Fai yang telah dirampas/dikuasai oleh seorang Imam adalah harta yang diperoleh kaum
muslimin dari musuh dalam peperangan tanpa melalui peperangan, kerana ditinggal lari oleh
pemiliknya. Oleh sebab itu, al fai dan ghanimah itu sama, iaitu sesuatu yang dikuasai kaum
muslim dari harta orang kafir melalui peperangan di medan perang (Abu Yusuf, 2007),

6
3.0 PENILAIAN KRITIS AMALAN SISTEM EKONOMI ISLAM DI MALAYSIA

Institusi baitulmal sememangnya telah lama wujud di Malaysia tetapi konsep dan
pelaksanaannya tidak sama seperti yang pernah diamalkan pada zaman awal pemerintahan
Islam. Ia hanyalah merupakan kumpulan harta amanah majlis atau Jabatan Agama Islam
Negeri dan baitulmal itu hanya sebahagian daripada perbendaharaan negeri yang terpisah atau
diasingkan dan bukannya sebagai Perbendaharaan Negara dalam konteks negara Islam.
Menurut Hailani Muji Tahir (2007), Baitulmal merupakan institusi harta dan kewangan induk
dalam negara Islam. Harta yang terkumpul dalam khazanah baitulmal adalah harta negara yang
dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan kerajaan Islam.
Kedudukan harta dan sumber hasil baitulmal itu amat terbatas dan dengan itu kesan daripada
tindakan yang dilaksanakan oleh baitulmal kepada ekonomi tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut Mahamad (2009), Baitulmal merupakan perbendaharaan negara yang


memainkan peranan penting dalam membangunkan di pelbagai bidang termasuk sosio-
ekonomi masyarakat Islam. Baitulmal mengandungi suatu konsep dan pengertian harta yang
amat luas yang berdasarkan kepada iman dan takwa dengan penuh yakin bahawa hanya Allah
sahajalah Pencipta. Pentadbir dan Penguasa alam ini, manakala khalifah pula sebagai
pemegang amanah bagi menguruskan harta yang terkumpul dalam khazanah baitulmal. Pada
hakikatnya, skop baitulmal mencakupi peranan yang lebih luas jika dibandingkan dengan kosep
perbendaharaan negara hari ini yang bukan sahaja berperanan sebagai institusi
perbendaharaan negara melalui dasar dan kepentingannya kepada pemerintah, malah
bertindak sebagai bank pusat yang berperanan kepada sistem kewangan negara.

Di Malaysia, pengurusan zakat merupakan tanggungjawab setiap negeri dan ia dipantau


oleh ketua agama Islam negeri masing-masing. Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar
(Allahyarham) kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Dr.
Mohd Yusof Noo, (2001) telah mencadangkan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi
yang mengurus zakat secara korporat. Beberapa negeri juga telah menswastakan institusi
zakat dengan tujuan menambah baik keberkesanan pihak pengurusan zakat. Negeri-negeri ini
termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan
Negeri Sembilan.
Ini adalah hasil kesedaran bahawa sistem memungut zakat pada masa tersebut
mengandungi beberapa kelemahan. Kelemahan yang ada ialah sistem pentadbiran zakat yang

7
tidak begitu teratur serta tiada penerangan yang terperinci berkenaan dengan cara pengiraan
zakat harta di mana tumpuan hanya diberi kepada zakat fitrah serta kekurangan kemudahan
pembayaran untuk pembayar. Setelah kajian komprehensif dijalankan, maka sebuah agensi
yang dinamakan Pusat Pungutan Zakat telah ditubuhkan dan bermula beroperasi iaitu melayan
masyarakat pembayar zakat pada 27hb Disember 1990 dengan menggunakan sistem komputer.
Penggunaan komputer untuk urusan memungut zakat adalah satu peristiwa bersejarah kerana
belum dilakukan baik di Malaysia atau di negara lain. Institusi zakat juga menempuh sejarah
kerana buat kali pertamanya konsep amil yang memungut zakat secara bertindak berseorangan
diganti dengan konsep amil yang bersatu di bawah satu syarikat dengan masing-masing
menggabung kepakaran bukan sahaja sebagai amil tetapi kepakaran perakaunan, komputer,
pentadbiran, pemasaran, kesetiausahaan, pendek kata satu kumpulan yang padu (Mahamad,
2009).

Menurut Gani A. M (2006), Malaysia juga masih menggunakan kharaj iaitu sewa tanah
dalam ekonomi negara. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan
pembahagian kuasa pemerintahan kita dapat melihat bahawa konsep pentadbiran cukai tanah
dalam Undang-undang Sivil khususnya seperti yang diamalkan di negara ini amat berbeza
dengan pentadbiran al-Kharaj dalam undang-undang Islam. Pentadbiran cukai tanah di
Malaysia diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sedangkan al-Kharaj menurut
undang-undang Islam terletak di bawah kawalan dan pentadbiran kerajaan Persekutuan.
Perlembagan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa cukai dari tanah, lombong dan hutan
merupakan salah satu dari sumber-sumber hasil yang dipungut oleh kerajaan Negeri. Melalui
peruntukan di bawah seksyen 14 Kanun Tanah Negara 1965, Pihak Berkuasa Negeri-negeri di
Malaysia telah membuat peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah Am mengenai cukai tanah
serta kadarnya yang berbeza-beza.

Secara keseluruhanya, Peraturan-peraturan Tanah Negeri-Negeri itu telah menentapkan


kadar cukai tanah tahunan terhadap tanah-tanah yang diberi milik di dalam negeri masing-
masing. Dalam kes ini mereka berpandukan kepada sama ada keluasan tanah (ekar, hektar
atau kaki persegi) , penggunaan tanah (pertanian, bangunan atau perindustrian), atau jenis
tanah dan kedudukan tanah (Bandar, pekan atau desa). Kadar-kadar tersebut adalah berbeza-
beza berdasarkan perbezaan jenis tanah atau penggunaannya. Contohnya, kadar cukai bagi
tanah bandar adalah lebih mahal berbanding kadar untuk tanah pekan dan desa. Begitu juga
kadar cukai untuk tanah-tanah yang digunakan bagi tujuan perdagangan, perusahaan dan

8
pengunaan secara komersial lebih tinggi nilainya berbanding tanah-tanah yang digunakan
sebagai tanah pertanian atau kediaman.

Selain itu, terdapat isu saham juga merupakan isu yang selalu dibincangkan dalam
ekonomi Islam di Malaysia. Kegiatan pelaburan adalah dituntut dalam Islam asalkan ia tidak
bercangah dengan prinsip-prinsip Islam. Islam sentiasa mengalakkan supaya wang yang
beredar di dalam sistem ekonomi bagi tujuan yang produktif. Terdapat nas yang mengalakkan
umat Islam supaya tidak mengunakan harta sesama mereka, terutama secara salah, dan kita
digalakkan supaya beringat dalam perniagaan. Ini dijelaskan dalam Surah An Nisaa’ (4:29)
yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta-harta kamu sesama kamu
dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama
suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesunguhnya
Allah sentiasa mengasihi kamu.”

Ayat ini boleh dilihat dalam konteks pelaburan saham sebagai perkongsian pemilikan ke atas
sebuah syarikat bagi tujuan perniagaan.

Terdapat juga ramai orang yang tidak jelas tentang konsep Takaful di Malaysia. Menurut
Zainal Abidin (2003), takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan
Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Insurans merupakan pampasan kewangan
apabila berlaku sesuatu malapetaka. Akta takaful 1984 mentakrifkan takaful (insurans Islam)
sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang
menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-perserta yang sama-sama
bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud tersebut. Insurans menurut Islam haruslah
bebas dari unsur-unsur seperti gharar maysir dan riba. Objektif takaful adalah Untuk
merealisasikan ikatan kasih sayang, persaudaraan Islam dan kesatuan dalam masyarakat dan
menjaga masyarakat daripada kesan-kesan buruk akibat musibah dan malapetaka yang
menimpa.

Takaful turut berfungsi untuk mewujudkan ketenangan jiwa dan kebahagian di dunia
kepada ahli masyarakat yang ditimpa kesusahan. Ciri-ciri sistem takaful mestilah berasaskan
konsep al-takaful dan mempuyai ciri-ciri pemegang amanah saling berkerjasama atara satu
sama lain bagi mengadakan manfaat bersama dan akan membayar sumbangan bagi
membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan.

9
4.0 CADANGAN MENJADIKAN SISTEM EKONOMI ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP
LENGKAP

Malaysia kini di ambang perkembangan yang amat pesat iaitu dengan melalui satu krisis
ekonomi yang begitu gawat sekali gus telah mendewasakan kita sebagai rakyat jelata. Kita
telah memperoleh banyak ganjaran dan tiada yang sehebat realitI yang berlaku di depan mata.
Kita juga sedar bahawa tiada jalan singkat kepada kejayaan sesebuah negara atau jawapan
mudah kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara. Kita telah memulakan langkah
yang pertama dalam tahun 1983. iaitu dengan pengetahuan dan asas yang kini sudah kukuh,
perbankkan dan kewangan Islam bukan sahaja akan mucul sebagai salah satu daripada
komponen penting dalam sistem kewangan tetapi juga akan memainkan peranan penting dalam
sistem pembangunan negara.

Menurut Mazni Othman (1994), baitulmal adalah pusat perbendaharaan negara Islam
yang tunggal. Sebagai negara yang membangun, kita perlu tahu apa yang berkaitan dengan
baitulmal yang dikenakan kepada masyrakat. Disamping itu, baitulmal juga banyak manfaat dan
faedahnya jika kita membuat pembayaran kepada baitulmal. Umat Islam seharusnya tahu
baitulmal adalah institusi yang amat kukuh pada zaman Rasulullah SAW. Jika boleh, pada
zaman moden dengan teknologi yang membangun, kita perlulah mempertengahankan apa
yang baitulmal buat dan bersama-sama membantu baitulmal naik ke peringkat antarabangsa.
Sebagai umat Islam, kita perlulah membayar apa yang yang telah ditetapkan dalam syariah
Islam. Islam tidak membebankan umat tetapi untuk menyenangkan umatnya. Kita perlulah
menyokong dan membantu negara Islam sendiri supaya masa depan generasi akan datang
akan kenal apa itu baitulmal dan skop kerjanya. Saranan saya kita perlu membuat apa yang
dah ditetapkan dalam syariah Islam.

Menurut Farihal (2012), pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dalam sistem


kewangan harus dijalankan secara berperingkat, iaitu setiap langkah hanya diambil setelah
kajian teliti disempurnakan dengan mengambil kira faktor-faktor berkaitan, khususnya
pertimbangan daya maju. Dalam memperkembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia
adalah penting institusi-institusi di pinggir sistem perbankkan dan sistem pasaran modal juga
beroperasi atas lunas-lunas Islam. Ini menunjukkan satu perkembangan terhadap pelaksanaan
sistem kewangan Islam di Malaysia. Keadaan ini boleh menjadi lebih mantap apabila
masyarakat bukan Islam lebih menyakini sistem kewangan Islam dibandingkan dengan sistem
konvensional.

10
Malaysia perlu melakukan beberapa fasa dalam pengurusan sistem kewangan.
Berdasarkan pengalaman Malaysia, fasa pertama pembinaan sistem kewangan Islam (SKI)
bermula dengan penubuhan Tabung Haji sebagai institusi kewangan bukan bank Islam pertama
di Malaysia. Fasa kedua pula bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan
penawaran produk-produk kewangan Islam di perbankan konvensional yang dikenali sebagai
Skim Perbankan Tanpa Faedah (yang kini dikenali sebagai Skim Perbankan Islam). Fasa ini
menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang menawarkan SPI selari dengan perbankan
konvensional. Manakala fasa ketiga pembinaan SKI memfokuskan kepada usaha
memperkukuhkan institusi kewangan domestik dan menjadikan Malaysia sebagai pusat
kewangan Islam antarabangsa di samping membuka pasaran kewangan Islam negara kepada
institusi-institusi kewangan luar negara. Selari dengan objektif pemerintah, seminar ini
dianjurkan bagi mengenalpasti kekukuhan serta perkembangan sistem ekonomi dan kewangan
Islam di Malaysia khususnya dari segi dasar-dasar yang telah dilaksanakan dan digariskan.
Langkah-langkah ini dapat menarik lebih ramai orang untuk mejadikan ekonomi Islam sebagai
satu cara hidup yang lengkap (Farihal, 2012).

Sistem ekonomi Islam tidak sama dengan sistem-sistem ekonomi yang lain. Ia berbeza
dengan sistem ekonomi yang lain. Ia bukan dari hasil ciptaan akal manusia seperti sistem
kapitalis dan komunis. Ia adalah berpandukan wahyu dari Allah SWT. Sistem ciptaan akal
manusia ini hanya mengambil kira perkara-perkara lahiriah semata-mata tanpa menitikberatkan
soal hati, roh dan jiwa manusia. Hasilnya, matlamat lahiriah itu sendiri tidak tercapai dan
manusia menderita dan tersiksa kerananya. Berlaku penindasan, tekanan dan ketidakadilan.
Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ekonomi Islam pula.sangat
berbeza. Memandangkan Malaysia ini adalah negara Islam jadi amat wajiblah negara ini
mengamalkan sistem ekonomi Islam, bukannya sistem ekonomi campuran di mana
campurtangan pemimpin kerajaan memperkayakan kroni dan suku-sakatnya dan bukannya
rakyat biasa. Para pemimpin perlu memainkan peranan sebagai kepala dan penggerak kepada
kemajuan negara dalam menjadikan Malaysia negara yang maju dalam sistem ekonomi.

Malaysia juga perlu meninggalkan ekonomi campuran dan bertukar kepada ekonomi
Islam. Sistem ekonomi campuran adalah suatu sistem di mana pihak persendirian dan kerajaan
bersama-sama membuat keputusan kepada masalah-masalah asas ekonomi. Walaupun
terdapat campur tangan kerajaan, masyarakat masih mempunyai kebebasan yang cukup luas

11
bagi menentukan kegiatan-kegiatan ekonomi yang hendak dijalankan. Dalam ekonomi
campuran, soal apa, berapa dan bagaimana barangan dikeluarkan sebahagian besar masih
diserahkan kepada mekanisme pasar. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi
campuran adalah Malaysia dan Singapura. Campur tangan kerajaan dalam sesuatu ekonomi
disebabkan beberapa kelemahan mekanisme pasar tertentu. Oleh sebab itu, tujuan campur
tangan kerajaan adalah untuk menjamin dan menjaga perkembangan ekonomi yang stabil,
menjamin pengagihan pendapatan yang lebih merata dan menghindarkan penindasan yang
tidak adil. Campur tangan kerajaan juga adalah bagi menyediakan barangan-barangan awam
secara cekap bagi meninggikan kebajikan sosial dan kemakmuran masyarakat. Ia juga adalah
bagi mengawasi kesan-kesan luar yang merugikan masyarakat serta bagi mengawasi kuasa-
kuasa monopoli (Sarimah Hanim Aman Shah, 2006).

Kesatuan dan kerjasama dalam pelbagai aspek antara negara-negara Islam akan
mengutuhkan kesatuan ummah dalam aspek ekonomi dan sebagainya, yang akhirnya akan
mewujudkan sebuah negara yang tidak bergantung kepada negara luar bukan Islam dan
beransur-ansur membina kekuatan diri dan kuasa. Anjuran ini telah dinyatakan oleh al-Qur’an
dengan maksudnya:

“Dan bersedialah untuk menentang mereka (musuh yang meceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia,
untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh
yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya....”

12
PENUTUP

Jika kita memperkatakan tentang Islam, segalanya ada di sana. Ia adalah terlalu
sempurna kerana ia mencakupi segala bidang dan meliputi alam sebelum manusia dijadikan
sehingga manusia menemui Khaliqnya di akhirat nanti. Kesempurnaan itu perlu disedari dan
dalam bidang ekonomi Islam, Islam ada garis panduan yang begitu sempurna untuk
diaplikasikan dan diamalkan. Islam menggariskan bahawa kita datang ke dunia ini tidak lain
tidak bukan untuk beribadat kepada Allah, mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk
menemui Allah nanti. Justeru itu, segala apa yang kita lakukan adalah akan dihisab sebagai
ibadah selagi niat kita tidak menyimpang daripada Lillahi Taala.

Dalam ekonomi Islam, konsep tauhid telah memandu manusia untuk menjaga dua
dimensi hubungan iaitu Hablum minallah dan Hablum minannas. Konsep Muamalah dalam
Islam adalah berdasarkan tanggungjawab untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah dengan
tidak menyebabkan kesengsaraan orang lain dalam hubungan perniagaan bahkan ia lebih
kepada ‘win-win situation’ iaitu kemenangan bagi pihak majikan dan pekerja malah juga
hubungan daripada pihak pelanggan dan peniaga. Majikan yang sebenarnya takut kepada Allah
sudah tentu tidak mahu dipersoalkan akan tanggungjawabnya sewaktu di dunia kerana
mengabaikan kebajikan pekerja dan pekerja yang menyedari konsep tauhid sudah pasti akan
bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah.

Islam adalah kesejahteraan dan keselamatan. Mereka yang berada di bawah panji-panji
Islam akan melihat bahawa ekonomi Islam tidak membenarkan perkara yang haram di sisi
syariah dan tidak menindas bahkan lebih kepada mementingkan perlindungan masyarakat dan
kepentingan kesejahteraan dan keseimbangan ekonomi. Sistem ekonomi Kapitalis telah
menonjolkan banyak kelemahan dan perlu berubah. Sistem ekonomi Islam yang lebih baik perlu
diamalkan dalam semua sektor ekonomi dan prisipnya perlu diamalkan dalam setiap urusan
supaya masyarakat yang harmoni, penyayang dan berdedikasi akan dapat dicapai. Sudah tentu
untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Akhir kata, untuk menjayakan sesebuah
syarikat bahkan sebuah negara sekalipun, segala usaha untuk memajukan ekonomi Islam
adalah satu jihad dan setiap langkah memenuhi jihad itu sudah pasti akan mendapat ganjaran
yang setimpal.

13
RUJUKAN

Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim (1998). Petunjuk Amalan Ekonomi Islam. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Ahmad Fauzi Morad, Ahmad Tarmizi Talib (1997). Tamadun Islam. Universiti Putra Malaysia,
Serdang.

Ghani, A. M. (2006). Dinamisme Kewangan Islam Di Malaysia. University Of Malaya.

Hassan, N. M. (2002). Ekonomi Islam Dan Pelaksanaan Di Malaysia. Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mahamad, Nor hayati & Farihal (2012). Peranan utama dan bagaiman baitulmal patut
berperanan dalam sistem ekonomi medon sekarang Proseding IDMAC, Universiti
Sains Malaysia.

Nor Mohamed Yakcop (1996). Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Osman Ahamad, Mazni Othman (1994). Doktrin Ekonomi Islam Jilid IV. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Sarimah Hanim Aman Shah (2006). Ekonomi dari Perspektif Islam. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Usman el-Qurtuby (2013). Al-Quran Al-Karim (Al Haramain). Karya Bestari Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Jaafar. (2003). Pengendalian Baitulmal di Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur:
Institut Kefahaman Islam Malaysia.

14
LAMPIRAN

Gambar di atas menunjukkan beberapa buah buku rujukan yang telah saya gunakan
untuk menyerpurnakan tugasan ini.

15

You might also like