You are on page 1of 2

Aliah Bte Mohd Rubai,

No 3, Jalan Putra 2,
Bandar Putra, 85000 Segamat,
Johor.

Ketua Pengarah,
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan MARA,
50609 Kuala Lumpur.
(U.p: Bahagian Penganjuran Pengajaran) 13 SEPTEMBER 2018.
Tuan,
Permohonan Bayaran Balik (Claim) Tuntutan Tiket Penerbangan Tamat Pengajian 2018

Dengan segala hormatnya, saya Aliah Bte Mohd Rubai pelajar jurusan pergigian Fakulti
Pergigian Universiti Manipal, India memohon tuntutan bayaran tiket penerbangan tamat
pengajian sebagaimana yang telah dibenarkan untuk berbuat demikian.

2. Untuk maklumat pihak tuan, saya telah berjaya menamatkan pengajian Fasa 1 (2
tahun) di Manipal dan selepas ini saya akan menyambung pengajian saya dalam Fasa 2 (3
tahun) di Melaka-Manipal Medical College, Melaka.

3. Disertakan salinan tiket penerbangan pulang ke Malaysia sebagai bukti pembelian


bersama-sama butiran berkaitan :

3.1 Nombor MARA : 33039118765


3.2 Nombor kad pengenalan : 900909-01-0000
3.3 Institusi : Melaka-Manipal Medical College (MMMC),
Fakulti Pergigian
3.4 Nama syarikat penerbangan : Malaysia Airlines, Indigo Airlines
3.5 Amaun Tiket Penerbangan : Rs 13,240.00 (Malaysia Airlines), Rs 6281.00 (Indigo)
3.6 Jumlah Tuntutan : Rs 19,521*
3.7 Cara Bayaran : Kredit ke dalam akaun bank
3.8 Nombor Akaun Bank : 12345
3.9 Nama Pemegang Akaun : Aliah Bte Mohd Rubai
3.10 Nama Bank : MAYBANK Bank

Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

______________________________________
Aliah bte Mohd Rubai
Fakulti Pergigian, Manipal University.
E-mel : aliah00@gmail.com
Telefon : 013-2345678

* Nilai mata wang sebagaimana kadar pertukaran pada tarikh 5 Jun 2018.
MAKLUMAT BANK UNTUK URUSAN
Nama :
Alamat :
Telefon :
E-mel :
Nama Bank :
Nombor Akaun Bank :
Nama Pemegang Akaun :

You might also like