You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1 /(2018)

Tarikh : 4 Januari 2018

Masa : 1.20 Tengah hari

Tempat : Bilik Matematik

Pengerusi : Puan Shadaton Zarah Binti Abdullah

Kehadiran(Bilangan) : 6 orang

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli panitia Matematik.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal
yang berkaitan dengan Perancangan Panitia Matematik Sesi 2018.

2.0 : UCAPAN GPK 1

2.1. GPK 1 mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia Matematik di SKTMR.


2.2. GPK 1 mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli panitia kerana kejayaan pelajar dalam
peperiksaan 2017, khasnya Matematik pada UPSR.
2.3. GPK 1 mengharapkan semua ahli Panitia dapat merancang aktiviti tahun ini dan
memastikan keputusan Matematik dapat di pertingkatkan.

3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE 3 SESI 2017

3.1 Pn. Rabunah mencadangkan supaya minit mesyuarat disahkan


2.2 Disokong oleh En. Rosli Bin Abu

4.0 AGENDA YANG DIBINCANGKAN.

4.1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana memberi ruang untuk
mengadakan perbincangan untuk aktiviti panitia 2018.
4.1.2 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),
Rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2, 3, 4,
5 dan 6 format KSSR .
4.1.3 Pengerusi meminta guru matematik supaya memberikan jadual waktu peribadi bagi
tujuan rekod dalam fail panitia.
4.1.4 Pengerusi mencadangkan supaya pelan strategik dikaji semula dan dikemaskini
mengikut perancangan panitia matematik bagi tahun 2018.
4.1.5 Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang giliran membuat soalan ujian
bulanan dan peperiksaan setengah tahun.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1.6 Aktiviti program pagi untuk subjek matematik akan diadakan pada setiap hari rabu
selama 10 minit. Guru terlibat dikehendaki mematuhi waktu aktiviti ( Bijak Sifir )yang
ditetapkan iaitu pada pukul 7.10 – 7.20 pagi.
4.1.7 Bacaan Sifir setiap waktu sebelum sesi Pdpc Matematik perlu dijalankan sebagai set
Induksi. Pengerusi memohon dipelbagaikan kaedah penyoalan supaya murid seronok.
Penggunaan kad akan dijadikan rekod sifir murid.
4.1.8 Pengerusi juga menjelaskan penggunaan TMK dalam Pdpc digalakkan bagi menarik
minat murid. Maka panitia Matematik bercadang untuk mengadakan sebuah bengkel
TMK untuk meningkatkan tahap penguasaan TMK dalam kalangan guru Matematik.
4.1.9 Pengerusi meminta ahli panitia berusaha mendapatkan LCD untuk bilik matematik agar
bilik matematik dijadikan aktif sepanjang masa.
4.1.10 Pengerusi memohon supaya Kelab Matematik mengadakan aktiviti yang menyokong
kepada Panitia Matematik. Sudut Kelab Matematik akan diwujudkan bersebelahan
Papan Kenyataan Panitia Matematik.
4.1.11 Pengerusi juga membincangkan aktiviti yang akan diadakan sempena bulan
Matematik. Semua ahli panitia matematik bersetuju untuk mengadakan Explorer
Matematik ( Stesen game ) sempena bulan matematik.
4.1.12 Penyelaras LINUS memaklumkan bahawa guru perlu buat catatan setiap kali Pdpc
pada RPH untuk aktiviti bagi murid LINUS. Saringan untuk Tahun 1 dan 2 memerlukan
murid menjawab dengan betul bagi semua soalan untuk membolehkan mereka
memasuki arus perdana.

5.0 HAL – HAL LAIN

5.1 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi motivasi kepada murid supaya belajar
Matematik kerana subjek ini penting untuk masa depan murid itu sendiri.
5.2 Guru-guru hendaklah sentiasa memantau hasil kerja latihan murid.
5.3 Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan
disediakan untuk tujuan Pdpc.

6.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen semua guru dalam
menjalankan tugas. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 tengah hari.

Disediakan oleh:

..................................................
(STEVEN A/L ABRAHAM ),
Setiausaha Panitia Matematik
SK Taman Megah Ria.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like