You are on page 1of 7

[PKSR 2] 2016

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

BAHAGIAN A (20 markah)

Pilih satu jawapan yang paling tepat. (20 markah)

1. Apakah panduan atau rujukan utama sebelum memulakan kerja-kerja memasang kit model?
A. Buku teks C. Buku manual
B. Buku latihan D. Buku tulis

2. Alatan yang digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala Philips ialah
A. Pemutar skru rata C. Sepana hujung terbuka
B. Playar muncung tirus D. Pemutar skru Philips

3. Fungsi sepana hujung terbuka adalah untuk mengetatkan dan melonggarkan ____________.
A. bolt dan nat C. skru kepala belah
B. skru kepala Philips D. skru Allen

4. Berikut merupakan jenis sistem pergerakan kecuali ___________.


A. gear C. gegancu dan rantai
B. layar D. takal dan tali sawat

5. __________ merupakan komponen yang memacukan pergerakan kit model kereta lumba.
A. Motor C. Rod
B. Roda D. Suis

6. Apakah jenis komponen elektronik seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah?

A. LED C. Transistor
B. Perintang tetap D. Buzer

7. Komponen ini berfungsi untuk mengawal arus elektrik. Apakah jenis komponen elektronik ini?
A. Bateri C. Perintang boleh laras
B. Kapasitor D. Transistor

8. Antara penyataan berikut, yang manakah betul tentang biji benih yang baik?
i. Bernas
ii. Kecut
iii. Berbentuk normal
iv. Matang
A. i, ii, iii C. i, ii, iv
B. i, iii, iv D. ii, iii, iv

9. Sekiranya tiada dulang semaian yang sebenar, apakah benda terpakai yang boleh digunakan?
A. bekas telur plastik C. beg plastik
B. pinggan polisterin D. kotak

10. Yang manakah di antara berikut bukan jenis medium semaian?


A. Cocoa peat C. Medium campuran
B. Peat moss D. Batu bata

1
[PKSR 2] 2016
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

11. Alatan-alatan di bawah digunakan untuk menanam benih ke dalam bekas kecuali
A. pongkes C. cangkul
B. sudip tangan D. penyiram

12. Dapat melonggarkan medium agar dapat memudahkan air mengalir,


memudahkan akar menembusi medium dan membaiki pengudaraan dalam
medium.

Penyataan di atas merujuk kepada penjagaan tanaman. Apakah yang aktiviti tersebut?
A. Merumput C. Membaja
B. Menggembur D. Menyiram

13. Pilih kombinasi bahan yang boleh digunakan untuk menutup lubang pada pasu.
A. Batu kerikil, kad manila, jaring dawai.
B. Serpihan pasu, batu kerikil, serpihan tempurung kelapa.
C. Serpihan tempurung kelapa, tanah liat, batu kerikil.
D. Tanah liat, kad manila, jaring dawai.

14. Yang manakah di antara berikut adalah nisbah medium campuran bagi medium semaian?
A. 3:1:1 C. 2:2:1
B. 3:2:1 D. 2:1:1

15. Apakah tujuan biji benih halus digaul bersama pasir sungai?
A. Supaya biji benih lebih subur.
B. Untuk mengelakkan serangan serangga perosak.
C. Sebagai pemberat supaya biji benih tidak ditiup oleh angin.
D. Untuk membuang kulat pada kulit biji benih.

16. Apakah alatan seperti gambar di bawah?

A. Periuk C. Mangkuk pengadun


B. Sudip D. Kuali

17. Sanitasi makanan merujuk kepada penyataan di bawah kecuali _____________


A. Pakaian perlulah cantik.
B. Bahan masakan perlulah bersih dan segar.
C. Ruang masakan perlu bersih dan selamat.
D. Alatan memasak perlu bersih.

2
[PKSR 2] 2016
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

18. Pilihan menu yang sesuai untuk sarapan adalah ____________


i. Nasi lemak
ii. Roti sandwich
iii. Bihun goring
iv. Keropok ikan
A. i, ii, iii C. i, ii, iv
B. i, iii, iv D. ii, iii, iv

19. Antara penyataan di bawah, yang manakah bukan amalan selepas penyediaan makanan?
A. Mencuci alatan memasak sehingga bersih.
B. Membiarkan alatan memasak tanpa dicuci.
C. Membersih dan mengemas ruang memasak.
D. Menyusun semula alatan memasak.

20.
 Kismis
 Krim aising
 Coklat urai bewarna
 Potongan buah strawberi

Bahan-bahan di atas digunakan untuk ______________.


A. Tambahan perisa makanan C. Menghias makanan
B. Pembungkus makanan D. Mengelakkan makanan cepat basi.

BAHAGIAN B (40)

1. Tuliskan nama dan fungsi bagi alatan tangan serta fungsinya. (8 markah)

Pemutar skru rata Playar gabung

Ragum meja Tukul kuku kambing

Nama :__________________

Fungsi :____________________________________________

Nama :__________________

Fungsi :____________________________________________

3
[PKSR 2] 2016
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

Nama :__________________

Fungsi :____________________________________________

Nama :__________________

Fungsi :____________________________________________

2. Namakan komponen elektronik pada label yang ditunjukkan. (5 markah)

perintang kapasitor transistor suis LED

4
[PKSR 2] 2016
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

3. Senaraikan ciri biji benih yang tidak baik. (4 markah)

I. ___________________________

II. ___________________________

III. ___________________________

IV. ___________________________

4. Namakan 3 jenis medium semaian. (3 markah)

I. ___________________________

II. ___________________________

III. ___________________________

5. Tuliskan urutan langkah menyemai biji benih ke dalam bekas. (6 markah)

Langkah Urut
an

Membuat alur / lubang menyemai.

Mengisi medium.

Memilih bekas.

Menutup lubang saliran.

Menyemai biji benih.

Menyiram.

5
[PKSR 2] 2016
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

6. Padankan dengan jawapan yang betul. (4 markah)

Memaparkan maklumat tentang bahan


Makanan dan minuman kimia yang digunakan dan kesesuaian
bahan untuk kelompok pengguna.

Ubatan dan kosmetik Kandungan bahan, tarikh luput dan status


makanan itu sama ada halal

Barangan elektrik Simbol gelas pecah, dibalut dengan plastic


yang mempunyai gelembung udara.

Barangan kaca
Jumlah kuasa (watt) dan kelulusan SIRIM.

7. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. (10 markah)

gear manual positif bateri sudip tangan

kawalan cocoa peat menggembur memelihara kutleri

a) Gigi ________________ mestilah bersentuhan antara gear yang lain supaya pergerakan
berlaku dengan sempurna.
b) Terdapat tanda _______________ (+) dan tanda negatif (-) pada bateri, oleh itu
pemasangan bateri pada pemegang bateri hendaklah betul.
c) Semasa memasang kit model, ________________ dijadikan rujukan utama.
d) Alat ________________ jauh digunakan untuk mengawal pergerakan kit model kereta
pada jarak jauh.
e) Sumber tenaga elektrik pada kebanyankan kit model selalunya diperolehi dari
______________.
f) Medium campuran, peat moss dan ______________ adalah contoh medium penanaman.
g) Aktiviti ______________ tanah adalah bertujuan untuk memberi pengudaraan dan
memudahkan air meresap ke dalam tanah.

6
[PKSR 2] 2016
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

h) _____________ digunakan untuk mengeluarkan anak pokok bersama gumpalan medium di


keliling akarnya.
i) Sudu teh, sudu makan, garfu dan pisau makan adalah tergolong dalam _______________.
j) Tujuan pembungkusan makanan adalah untuk ______________ kualiti makanan yang
dihantar, disimpan atau dipamerkan.

Hitamkan jawapan anda di sini.

1. A B C D 11. A B C D

2. A B C D 12. A B C D

3. A B C D 13. A B C D

4. A B C D 14. A B C D

5. A B C D 15. A B C D

6. A B C D 16. A B C D

7. A B C D 17. A B C D

8. A B C D 18. A B C D

9. A B C D 19. A B C D

10. A B C D 20. A B C D

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………. ……………………………………..
Zul Izuddin Bin A. Rahman En. Abdul Khalim Bin Abdul Razak
Guru RBT Tahun 5 Setiausaha Panitia RBT

You might also like