You are on page 1of 2

Assalamualaikum w.b.t.

Bagi menyemarakkan lagi gerakan revolusi anti rasuah dan matlamat membanteras gejala rasuah di
UTHM, SPRM UTHM telah menganjurkan Pertandingan Merekacipta Poster bertemakan "GENERASI
BERINTEGRITI TANPA RASUAH ". Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:

TEMA DAN KANDUNGAN

Tema pertandingan ialah "GENERASI BERINTEGRITI TANPA RASUAH ". Poster hendaklah
mengandungi maklumat berkaitan gejala rasuah. Skop penilaian poster akan dibuat berdasarkan
aspek:

 Illustrasi / Grafik
 Maklumat
 Kreativiti Persembahan dan Layout

KELAYAKAN

1. Penyertaan dibuka kepada semua warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sahaja.

2. Peserta hanya boleh menghantar satu karya sahaja.

MEDIA

1. Peserta dikehendaki untuk menghasilkan karya dalam bentuk digital (softcopy) sahaja.

2. Peserta boleh menggunakan mana-mana perisian komputer KECUALI perisian online atau
template poster online di internet.

3. Peserta perlu menghantar poster dalam ketiga-tiga format JPEG, PDF, PSD kepada kami, iaitu
melalui email di azmansyafri@gmail.com ATAU dalam bentuk pendrive jika bermasalah.

4. Karya yang dihasilkan hendaklah bersaiz A3 (420MM x 297MM), dalam orientasi menegak
(PORTRAIT) dan menggunakan resolusi 150dpi keatas.

5. TARIKH TAMAT PENGHANTARAN POSTER : 19 APRIL 2018 Sebelum Jam 11:30 MALAM

ETIKA

1. Karya yang dihasilkan mestilah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja dan boleh difahami
oleh ahli masyarakat secara umum.

2. Karya yang dihasilkan untuk pertandingan ini hendaklah karya asli peserta dan tidak pernah
diterbitkan.

3. Fail digital hasil karya yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini perlu dinamakan dengan
nama penuh peserta, kad pengenalan dan nombor matrik.
PENGUMUMAN PEMENANG

1.Keputusan juri adalah muktamad.

2.Kami akan memanggil peserta yang layak pada untuk membentangkan hasil karya mereka
pada hari 21 APRIL 2018 (SABTU) di DTMI UTHM. Para pemenang sehingga tempat ketiga akan
diumumkan selepas perbentangan itu.

HAK MENGGUNA

Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak SPRM UTHM. Hasil karya setiap
peserta akan diterbitkan di Facebook UTHM.

Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar
untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang
lain.

PENAFIAN

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan
kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.

Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak
akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya
tiruan.

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil
karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.

Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi
bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga
dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak
penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa,
sekiranya difikirkan patut dan perlu.

You might also like