You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

AHLI JAWATANKUASA KELAB AKADEMI SKUASY PUTRAJAYA


Tarikh : 20 NOVEMBER 2013 (RABU)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Pengerusi : Encik Syaharin Siva bin Hj. Salim Selvaraj
Kehadiran (Bilangan) : 25 orang
Nama Yang Hadir : 1. Encik Wan Aqmal Amer bin Wan Abdul Rahim
2. Encik Kamarul Azizi bin Muhamed
3. Encik Yuhanas Faizal bin Hashim
4. Encik Muhamad Hafiz bin Abu Seman
5. Encik Khairul Hafizee bin Haslan
6. Encik Mohd Khairi bin Dato’ Ariffin
7. Encik Mohd Nidzam bin Shafei
8. Encik Wan Rithaudeen bin Wan Jaafar
9. Encik Azrul Hafez bin Azizan
10. Encik Mohd Khairi bin Hamid
11. Encik Norizan bin Naaim
12. Encik Muhammad Farhan bin Zakaria
13. Encik Hariss Fatimi bin Ariffin
14. Puan Ruwaida Hilwani binti Abdul Latif
15. Puan Nor Hidaya binti Rahmat
16. Cik Siti Norfadhillah binti Sabbar
17. Puan Anita binti Mustafa
18. Puan Noraziah binti Mohammad Said
19. Puan Rohani binti Haji Ahmad
20. Puan Hazie Farah Liza binti Abdul Halim
Nama Yang Tidak Hadir :-
Turut Hadir ( Jika ada ) : 1. Encik Sulaiman bin Rizlan (Ketua Unit Sukan JPWPP)
2. Encik Safwan Safarini bin Suhaimi (Peg. Teknikal Sukan
JPWPP)
3. Encik Mohd Naim bin Bahari (Pen. Pengarah
Ko-kurikulum JPWPP)
4. Puan Hajjah Norihan binti Karim(Pengerusi JK Penaja
SRAP)

1
1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran wakil Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
Putrajaya (JPWPP), ahli-ahli dan mengucapkan terima kasih kerana dapat sama-
sama menjayakan mesyuarat Jawatankuasa Kelab Akademi Skuasy Putrajaya.
Tindakan : Makluman

1.2. Pengerusi menyatakan rasa bersyukur kerana beliau diberi peluang untuk menerajui
Kelab Akademi Skuasy Putrajaya (KSAP) oleh Pengerusi Penaja Persatuan Skuasy
Putrajaya. Beliau berharap dengan tertubuhnya kelab ini akan dapat membantu
proses penubuhan Persatuan Skuasy Putrajaya (SRAP) bagi penyertaan untuk segala
pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi memberi peluang
kepada atlet menunjukkan kemampuan dan memperolehi kejayaan.
Tindakan : Makluman

1.3 Beliau juga berharap dengan tertubuhnya kelab skuasy ini akan dapat meluluskan
penubuhan SRAP agar pemain dapat mengikuti dan menjalankan aktiviti sukan ini
dengan lebih baik dan berkesan
Tindakan : Makluman

2 RESOLUSI PENUBUHAN PERSATUAN :


2.1 Encik Syaharin bin Siva Hj. Salim Selvaraj menjelaskan betapa perlunya Persatuan
Skuasy Putrajaya (SRAP) ditubuhkan. Ini kerana buat masa kini Putrajaya terpaksa
bernaung di bawah SRAFT (KL). Oleh yang demikian, penyertaan pemain dari
Putrajaya adalah terbatas kerana terpaksa berkongsi dengan SRAFT (KL). Ini akan
membataskan pembangunan pemain di Putrajaya. Setelah dirujuk dengan
Pesuruhjaya Sukan Malaysia, SRAP boleh didaftarkan sebagai sebuah persatuan
negeri dan secara automatik Putrajaya boleh menghantar pemain mengikut kuota
negeri tanpa perlu berkongsi dengan SRAFT (KL). Akan tetapi, sebelum
tertubuhnya SRAP, mesti ada sekurang-kurangnya 4 kelab yang bernaung di bawah
SRAP.
Tindakan : Makluman

2.2 Oleh itu, ahli-ahli bersepakat untuk menubuhkan kelab yang bernaung di bawah
SRAP sebagaimana yang termaktub di dalam resolusi penubuhan persatuan oleh
Pesuruhjaya Sukan Kebangsaan untuk menguruskan aktiviti persatuan.
2
Tindakan : Makluman

2.3 Mesyuarat ahli jawatankuasa Kelab Akademi Skuasy Putrajaya (KSAP) telah
dilaksanakan bagi menyokong penubuhan SRAP. Ahli mesyuarat telah bersepakat
menamakan Kelab Akademi Skuasy Putrajaya (KSAP). Dengan adanya kelab ini
maka aktiviti dapat diselaraskan secara efektif dan berkesan.
Tindakan : Makluman

2.4 Pengerusi membuka kepada ahli mesyuarat agar mencadangkan penubuhan Kelab
Akademi Skuasy Putrajaya (KSAP). Berikut adalah nama pencadang dan
penyokong:
Pencadang : Encik Mohd Sulaiman bin Rizlan
Penyokong : Cik Siti Norfadhillah binti Sabbar
Tindakan : Makluman

3. PENETAPAN ALAMAT PENUBUHAN :


3.1 Pengerusi berbincang bersama-sama ahli mesyuarat berkaitan dengan alamat
pertubuhan kelab yang baru.
Tindakan : Makluman

3.2 Encik Azrul Hafez bin Azizan telah mencadangkan agar alamat kelab menggunakan
alamat SRAP. Berikut adalah alamat tersebut :
3.2.1 d/a SK Putrajaya Presint 11 (2)
No. 1, Jalan P11C, Presint 11, 62300 Putrajaya.
Telefon : 03-88903457
Faxsimili : 03-88903460
E-mail : callmefizi_d3@yahoo.com

3.2.2 Pencadang : Encik Azrul Hafez bin Azizan


Penyokong : Puan Nor Sahlawati binti Ismail
Tindakan : Makluman

4. PERLANTIKAN JAWATANKUASA :
4.1 Pengerusi meneruskan agenda mesyuarat dengan perlantikan ahli jawatankuasa
Akademi Skuasy Putrajaya (KSAP). Beliau membacakan senarai ahli jawatankuasa
yang diperlukan dalam penubuhan kelab ini. Antara jawatankuasa yang perlu
dilantik adalah Pengerusi. Setiausaha, Bendahari dan 4 orang ahli jawatankuasa.
Tindakan : Makluman

4.2 Pengerusi meneruskan agenda dengan membuka kepada ahli untuk melantik ahli
jawatankuasa:
4.2.1 Pengerusi : Encik Syaharin Siva Haji Salim Selvaraj
Pencadang : Encik Wan Rithaudeen bin Wan Jaafar
Penyokong : Encik Sulaiman bin Rizlan.
Keputusan : Sebulat suara

4.2.2 Setiausaha : Encik Muhammad Farhan bin Zakaria

3
Pencadang : Encik Azrul Hafez bin Azizan
Penyokong : Encik Khairul Hafizee bin Haslan
Keputusan : Sebulat suara.

4.2.3 Bendahari : Encik Khairul Hafizee bin Haslan


Pencadang : Encik Mohd Khairi bin Dato' Ariffin
Penyokong : Puan Ruwaida Hilwani binti Abdul Latif
Keputusan : Sebulat suara

4.2.4 4 orang Ahli Jawatankuasa:


4.2.4.1 Encik Wan Aqmql Amer bin Wan Mohd Rahim
4.2.4.2 Encik Hariss Fatimi bin Ariffin
4.2.4.3 Puan Hazie Farah Liza binti Abdul Halim
4.2.4.4 Puan Nor Hidaya binti Rahmat
Pencadang : Puan Hjh. Norihan binti Karim
Penyokong : Encik Wan Rithaudeen bin Wan Jaafar
Keputusan : Sebulat suara
Tindakan : Makluman

5. MENYEMAK DAN MELULUSKAN PERLEMBAGAAN :


5.1 Pengerusi membacakan perlembagaan dan membuat perubahan dengan menambah
dan menolak perlembagaan yang sedia ada kepada ahli mesyuarat mengikut
kepentingan dan keperluan persatuan. Beberapa fasal yang terdapat dalam
perlembagaan telah diubah dan dikemaskini serta dilengkapkan mengikut
persetujuan ahli mesyuarat. Berikut adalah perubahan fasal yang telah dipersetujui
oleh ahli mesyuarat :
5.1.1 Nama Persatuan : Kelab Akademi Skuasy Putrajaya
Singkatan : KASP
Logo persatuan dan maksudnya

5..1.2 Alamat dan Tempat Urusan :


d/a SK Putrajaya Presint 11 (2)
No.1, Jalan P11C, Presint 11, 62300 Putrajaya
Telefon : 03-88903457
Faxsimili : 03-88903460
Email : montellica08@gmail.com

6. HAL-HAL LAIN
6.1 Encik Syaharin Siva bin Haji Salim Selvaraj
Beliau berharap ahli jawatankuasa yang dilantik dapat menunjukkan komitmen
terhadap tugas yang diamanahkan untuk kebaikan bersama.

4
6.2 Puan Hjh. Norihan binti Karim
Beliau berharap dengan tertubuhnya Kelab Akademi Skuasy Putrajaya (KASP) akan
dapat mempercepatkan kelulusan SRAP oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 6.30 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. ………………………………
(MUHAMMAD FARHAN BIN ZAKARIA) (SYAHARIN SIVA HAJI SALIM SELVARAJ)
Setiausaha, Pengerusi,
Kelab Akademi Skuasy Putrajaya Kelab Akademi Skuasy Putrajaya

You might also like