You are on page 1of 32

MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

TARGET
SKOR A SPM 2016

BAHASA MELAYU

1
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

BAHASA MELAYU SPM – KERTAS 1

Bahagian A

( 30 markah )
Masa dicadangkan : 45 minit

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada pembangunan sukan di Malaysia.


Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah meningkatkan pembangunan sukan
di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pembangunan Sukan di Malaysia

Anugerah sukan

Anugerah sukan Kemudahan dan peralatan sukan

Sekolah sukan

2
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Bahagian B

[ Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]


[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi
350 patah perkataan.

1. Kenaikan harga barangan keperluan harian mendatangkan kesulitan kepada


sebahagian masyarakat kita. Anda perlu mengambil langkah yang bijak untuk
mengatasi masalah tersebut.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk mengatasi keadaan tersebut.

2. Program hiburan yang melampau menyebabkan remaja hari ini terlibat dalam gejala
sosial. Oleh itu ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting untuk
menangani masalah tersebut.

Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh ibu bapa
dan ahli keluarga untuk membendung program hiburan yang melampau daripada
mempengaruhi kehidupan remaja kini.

3. Kesedaran dan komitmen masyarakat amat dituntut dalam usaha mengurangkan


kadar jenayah yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Bincangkan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat jika usaha


membanteras jenayah di negara ini tidak ditangani dengan segera.

4. Pemanasan global ialah isu yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa kerana isu
ini mendatangkan kesan-kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan
manusia. Anda ingin menulis rencana tentang kesan-kesan negatif pemanasan
global.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

5. Peribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit


dahulu bersenang-senang kemudian” bermaksud bersusah payah terlebih dahulu
untuk kesenangan pada hari kemudian.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

3
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

KEHENDAK TUGASAN :

BAHAGIAN A :

1. Calon diharapkan dapat menghuraikan isi tentang langkah-langkah meningkatkan


pembangunan sukan di Malaysia.

2. Calon hendaklah menghuraikan isi-isi yang diberi berdasarkan gambar dan


memberikan contoh bagi setiap huraian isi. Jika huraian umum tanpa contoh,
markah tidak boleh cemerlang.

3. Sekiranya calon menambah isi lain daripada isi yang diberikan, karangan diterima
dan boleh cemerlang.

4. Jika calon tidak menghuraikan isi-isi yang diberikan tetapi memberikan isi lain,
karangan tidak boleh cemerlang. Markah maksimum – kurang memuaskan.

KEHENDAK TUGASAN :

BAHAGIAN B :

Soalan 1:

1. Calon hendaklah menerangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani


kenaikan harga barangan. Sebagai contoh, berjimat cermat semasa berbelanja,
merancang perbelanjaan, menabung, membeli barangan jenama tempatan,
mengamalkan kitar semula.

2. Dalam karangan, calon perlu menggunakan kata ganti nama “saya” atau “kita”
untuk menghuraikan isi. Jika calon tidak menggunakan kata ganti nama
tersebut, markah tidak boleh cemerlang.

3. Calon hendaklah menyatakan contoh kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat


kesan kenaikan harga barang, seperti kos perbelanjaan hidup meningkat, kuasa
membeli yang semakin rendah, nilai wang semakin kecil. Jika calon hanya
menghuraikan secara umum sahaja – markah tidak boleh cemerlang.

4
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Soalan 2:

1. Calon diharap dapat menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu
bapa dan ahli keluarga yang lain untuk membendung program hiburan yang
melampau daripada mempengaruhi remaja.

2. Sebagai contoh, memberikan didikan agama, memantau aktiviti anak-anak,


mengehadkan masa anak-anak melayari Internet, menjadi suri teladan, mengisi
masa lapang dengan berfaedah bersama anak-anak, mengambil berat masalah
anak-anak dan membantu menyelesaikannya.

3. Sekiranya calon hanya menghuraikan peranan ibu bapa sahaja, markah


maksimum – baik.

Soalan 3:

1. Calon mestilah menghuraikan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat


jika masalah jenayah tidak ditangani dengan segera. Sebagai contoh, masyarakat
akan dibelenggu rasa takut dan tidak selamat, masyarakat akan hilang
kepercayaan terhadap anggota keselamatan, masyarakat akan menyalahkan
pemimpin, terdapat segelintir masyarakat akan mengambil kesempatan untuk
menimbulkan suasana huru-hara.

2. Jika calon tidak mengaitkan dengan masyarakat dalam menghuraikan isi,


markah tidak boleh cemerlang. Markah maksimum – memuaskan sahaja.

Soalan 4:

1. Calon diharap dapat menghuraikan kesan-kesan pemanasan global kepada


masyarakat antarabangsa. Sebagai contoh, kekurangan bekalan sumber air,
menjejaskan kegiatan pertanian, menjejaskan kesihatan penduduk dunia, kos
untuk memadamkan api di kawasan yang terbakar akan memerlukan
perbelanjaan yang tinggi.

2. Sekiranya calon hanya menerangkan kesan di Malaysia sahaja, tanpa


mengaitkan dengan negara-negara lain – markah tidak boleh cemerlang
hanya baik bawah sahaja.

3. Karangan ini berformat rencana, jika tiada tajuk – tolak 1 markah. Jika tiada nama
penulis – tolak 1 markah. Maksimum tolak 2 markah untuk format.

5
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Soalan 5:

1. Calon diharap dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa yang diberi;
“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian” bermaksud bersusah payah terlebih dahulu
untuk kesenangan pada hari kemudian.

2. Jika calon hanya menghuraikan tentang peribahasa tersebut secara umum


sahaja, tidak menulis cerita – karangan kurang memuaskan.

3. Karangan ini berformat cerpen, mesti ada tajuk cerpen dan nama penulis. Jika
tiada tajuk – tolak 1 markah, jika tiada nama penulis – tolak 1 markah. Maksimum
tolak 2 markah format.

PANDUAN PENSKORAN

BAHAGIAN A
Cemerlang
26 – 30 markah
a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan.
b. Huraian jelas dan matang.
c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kosa kata dan ayat serta
penggunaan tanda baca yang betul.
d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan penggunaan ungkapan yang
menarik.

Kepujian
20 - 25 markah
a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan.
b. Huraian jelas.
c. Bahasa gramatis dari segi kosa kata dan ayat.
d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Memuaskan
15 – 19 markah
a. Isi masih berkaitan dengan tema bahan rangsangan.
b. Huraian masih jelas.
c. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
d. Unsur bahasa masih bervariasi.

6
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Kurang memuaskan
10 – 14 markah
a. Isi kurang berkaitan dengan tema bahan
rangsangan.
b. Kurang kepelbagaian jenis ayat.
c. Penggunaan kosa kata yang terhad/tidak tepat.
d. Unsur bahasa kurang bervariasi.
Pencapaian minimum
01 – 09 markah
a. Penguasaan kemahiran menulis lemah.
b. Tidak memahami tema bahan rangsangan.

BAHAGIAN B
CEMERLANG
80 - 100

Isi - menepati kehendak soalan. Huraian sangat jelas. Contoh sesuai.


Bahasa - lancar, terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan bahasa,
wacana lengkap, kosa kata sangat luas dan tepat.
Pengolahan - sangat menarik/istimewa dan berkesan.
Penggunaan tanda baca dan ejaan betul.

BAIK ATAS
66 – 79

Isi - menepati kehendak soalan. Huraian jelas.Contoh sesuai.


Bahasa - lancar, terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan bahasa,
wacana lengkap, kosa kata luas dan tepat.
Pengolahan - sangat menarik dan berkesan.
Penggunaan tanda baca dan ejaan betul.

BAIK BAWAH
51 – 65

Isi - masih menepati kehendak soalan. Huraian masih jelas. Contoh masih sesuai.
Bahasa - masih lancar, masih terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat keindahan
bahasa, wacana masih lengkap, kosa kata masih luas dan tepat.
Pengolahan - masih menarik.
Penggunaan tanda baca dan ejaan masih betul.

7
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

MEMUASKAN
36 – 50

Isi - masih menepati kehendak soalan. Huraian kurang jelas. Contoh kurang sesuai.
Bahasa - kurang lancar , kurang terdapat kepelbagaian jenis ayat, kurang terdapat
keindahan bahasa, wacana kurang lengkap, kosa kata umum dan terhad.
Pengolahan - kurang menarik.
Penggunaan tanda baca dan ejaan masih betul.

KURANG MEMUASKAN
21 – 35

Isi - masih menepati kehendak soalan/bercampur aduk. Huraian tidak jelas/tidak


berkembang. Contoh tidak sesuai.
Bahasa - tidak lancar, tidak terdapat kepelbagaian jenis ayat, wacana tidak lengkap,
kosa kata lemah dan terhad. Ayat masih boleh difahami.
Pengolahan - tidak menarik.
Kesalahan tanda baca dan ejaan ketara.

TIDAK MEMUASKAN
01 - 20

Isi - bercampur aduk dan huraian tidak jelas/kabur.


Bahasa - sukar difahami.
Pengolahan – lemah.
Penggunaan tanda baca lemah.

8
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

BAHASA MELAYU SPM – KERTAS 2

SOALAN 1 - RUMUSAN

A. PENGENALAN

a. Soalan rumusan terkandung dalam Kertas Bahasa Melayu – Kertas 2. Soalan


rumusan merupakan Soalan 1 daripada 4 soalan yang diajukan dalam kertas ini.
b. Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.

B. STRATEGI MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

a. Murid digalakkan supaya membaca arahan soalan dengan teliti. Hal ini peting
untuk mengetahui kehendak soalan.
b. Murid diingatkan bahawa bagi setiap soalan mempunyai dua kata kunci atau
arahan atau tugasan iaitu :
i) Arahan pertama meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi
tersurat.
ii) Arahan kedua meminta pelajar mencari dan mengenal pasti isi-isi
tersirat.
c. Murid boleh mengenal pasti isi-isi tersurat dengan menggunakan teknik SQ5R.
d. Setelah itu, murid boleh menandai atau menggarisi isi-isi yang dikenal pasti
sebagai isi-isi tersurat seperti arahan atau kata kunci pertama di dalam petikan.
e. Murid digalakkan menulis rumusan menggunakan teknik ataupun panduan yang
diberi agar dapat membantu pelajar untuk melonjakkan diri untuk memperoleh
markah cemerlang.

C. PANDUAN MENULIS RUMUSAN


Rumusan terdiri daripada empat bahagian iaitu :
(i) Pendahuluan
(ii) Isi-isi tersurat
(iii) Isi-isi tersirat
(iv) Penutup(Kesimpulan)

(i) Bahagian Pendahuluan

Dalam bahagian pendahuluan, terdapat format cadangan yang perlu dipatuhi oleh murid-
murid. Antaranya:
(a) Menulis pendahuluan dalam sebaris ayat sahaja.
(b) Pendahuluan yang ditulis mestilah membincangkan tema petikan yang diberi
secara keseluruhan.
(c) Murid dilarang menyalin bulat-bulat arahan atau kata kunci pertama yang
terdapat di dalam soalan.
(d) Murid digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan menggunakan
perkataan lain tetapi bersinonim(sama maksud) dengan kata atau frasa
tersebut.
(e) Murid boleh mengenal pasti arahan yang mempunyai maksud yang sama
seperti yang terdapat dalam jadual di bawah:

9
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Arahan 1 Arahan 2 Arahan 3 Arahan 4 Arahan 5


faktor-faktor langkah-langkah masalah faedah-faedah akibat

punca-punca usaha-usaha kekangan Kebaikan kesan-kesan negatif


sebab-sebab cara-cara penghalang Keperluan keburukan
potensi tindakan-tindakan halangan Tanggungjawab implikasi
cadangan-cadangan karenah Peranan impak
saranan-saranan birokrasi Kepentingan natijah
Harapan
Kesan positif

(ii) Menulis Isi-isi Tersurat

(a) Murid-murid boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam
petikan sepertimana arahan atau kata kunci pertama dalam soalan.
(b) Murid diingatkan bahawa di dalam petikan, kelazimannya terdapat 8 - 10 isi.
(c) Bukan semua isi tersurat harus ditulis oleh murid semula. Namun, murid
hanya disarankan agar menulis maksima enam isi tersurat sahaja.
(d) Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau menggarisi ataupun
mewarnai isi dengan menggunakan pen berwarna.
(e) Murid digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib
dengan menggunakan ayat yang gramatis, lengkap dan menepati skema
jawapan yang disenaraikan.
(f) Murid digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata
hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, oleh itu,
sehubungan dengan itu, dalam pada itu dan sebagainya.
(g) Hal ini dikenal pasti dapat membantu murid untuk boleh menjimatkan bilangan
patah perkataan yang ditulis.
(h) Murid boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun
menyalin sebahagian ayat di dalam petikan tetapi murid dilarang menyalin
bulat-bulat daripada petikan.
(i) Murid hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata
kunci dalam soalan.

(iii) Menulis Isi Tersirat

(a) Murid digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata kunci
kedua dalam soalan.
(b) Isi tersirat merupakan isi yang tidak terdapat di dalam petikan.
(c) Sekiranya murid menulis isi tersirat berdasarkan petikan, tiada markah untuk
isi tersirat tersebut.
(d) Murid boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi sekurang-
kurangnya dua isi tersirat.
(e) Murid digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri dengan
syarat ayat tersebut hendaklah gramatis dan lengkap.
(f) Murid boleh menggabungkan isi-isi tersirat dengan menggunakan kata
hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan
itu, oleh yang demikian dan sebagainya.

10
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(iii) Penutup(Kesimpulan)
(a) Murid disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan dalam
rumusan.
(b) Murid disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua
bahagian iaitu :
i. Ayat cadangan
ii. Ayat harapan
(c) Ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan kesan, akibat atau implikasi
kepada tema (kata kunci soalan) dalam petikan.
(d) Ayat harapan dengan menggunakan kata hubung supaya/agar sebagai
pelengkap kepada ayat penutup tersebut.
(e) Keseluruhannya, terdapat empat unsur yang perlu ada dalam kesimpulan
iaitu:
i. Tema petikan
ii. Unsur 1 – Ayat yang berbentuk Cadangan
iii. Unsur 2 – Ayat yang berbentuk Harapan
iv. Kata Hubung – supaya/agar

D PEMARKAHAN DALAM RUMUSAN


(a) Bahagian ini memperuntukkan 30 markah. 20 markah untuk Isi dan
10 markah untuk Bahasa.
(b) Pendahuluan diperuntukkan 2 markah, isi tersurat atau isi tersirat setiap satu
antaranya memperuntukkan 2 markah dan kesimpulan, 2 markah.
(c) Pelajar harus mengemukakan 10 isi, enam isi tersurat dan dua isi tersurat untuk
mendapat markah penuh bahagian isi iaitu 20 markah.
(d) Aspek bahasa, markah diperuntukkan 10 markah. Pemberian markah bergantung
kepada jumlah markah isi yang diperoleh.
(e) Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda
baca, dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.
(f) Aspek bahasa seperti penggunaan istilah dan kosa kata yang tepat, susunan frasa
dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul, kesinambungan ayat untuk
memperlihatkan pertautan idea atau wacana yang sesuai dan idea yang mengikut
urutan dan sebagainya.
(g) Bilangan perkataan yang dibenarkan hanyalah 120 patah perkataan. Isi atau
kesimpulan yang ditulis selepas itu tidak akan dinilai.

E. FORMAT PEMARKAHAN RUMUSAN


PERINGKAT
MARKAH BAIK SEDERHANA LEMAH
18 – 20 12 – 14 1–7
ISI 15 – 17 8 – 11
9 – 10 6–7 1–4
BAHASA 7–9 4–6
a. Kesinambungan a. Kesinambungan Pada keseluruhannya
isi baik. isi masih baik. dalam serba kekurangan/
b. Struktur ayat/ b. Struktur ayat/ tidak memuaskan
HURAIAN tatabahasa baik. tatabahasa masih
BAHASA c. Kosa kata luas. memuaskan.
d. Tanda baca/ c. Kosa kata masih
Ejaan betul memuaskan.
d. Tanda baca/ejaan
juga memuaskan

11
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

F. PEMERENGGANAN DALAM RUMUSAN

(a) Murid bebas menulis rumusan sama ada menulisnya dalam satu, dua, tiga ataupun
empat perenggan.
(b) Tidak ada satu format khusus tentang bilangan pemerengganan dan hal ini tidak
menjejaskan markah murid. Sewajarnya murid mampu mengemukakan rumusan
dalam persembahan yang sangat tepat dan berkesan.
(c) Murid digalakkan supaya menulis rumusan dalam empat perenggan seperti cadangan
berikut:
i. Pemerengganan 1 - Pendahuluan
ii. Pemerengganan 2 - Isi-isi Tersurat
iii. Pemerengganan 3 - Isi-isi Tersirat
iv. Pemerengganan 4 - Penutup(Kesimpulan)

G. PANDUAN MENGIRA PERKATAAN DALAM RUMUSAN

(a) Murid digalakkan supaya mengingati panduan mengira perkataan dalam rumusan,
perkataan yang dikira sebagai satu perkataan seperti berikut:
i. Nama Khas, tarikh, gelaran
ii. Angka yang ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan.

H. ASPEK KELEMAHAN MURID DALAM PENULISAN RUMUSAN

(a) Murid dikenal pasti menyalin semula arahan atau kata kunci soalan (tugasan
pertama) tanpa menukarkannya dengan perkataan lain yang bermaksud
sama(sinonim).
(b) Murid tidak menulis pendahuluan dalam rumusan menyebabkan murid kehilangan 2
markah.
(c) Semasa menulis isi tersurat, didapati murid menulis isi yang tidak tepat dengan
arahan atau kata kunci pertama di dalam petikan.
(d) Murid menulis isi tersurat yang sama berulang-ulang.
(e) Murid bukannya menulis isi (fakta) tetapi menjadikan contoh ataupun huraian sebagai
isi tersurat.
(f) Semasa menulis isi tersirat, didapati murid menulis isi yang tidak tepat dengan tema
atau kata kunci kedua di dalam petikan.
(g) Murid menyalin isi daripada petikan untuk dijadikan isi tersirat.
(h) Murid menyenaraikan isi tersirat dengan membina ayat tidak jelas, ayat tergantung
dan tidak gramatis
(i) Murid tidak menulis kedua-dua bahagian yang dikehendaki dalam kesimpulan (ayat
cadangan dan ayat harapan).
(j) Murid menulis kesimpulan dengan menyalin ayat bulat-bulat daripada petikan.
(k) Murid menulis rumusan dengan menggunakan ayat yang tidak gramatis, ayat
tergantung, ayat tidak lengkap dan sebagainya.
(l) Murid menulis rumusan melebihi 120 patah perkataan.

12
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

SOALAN 2 - PEMAHAMAN KOMSAS

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

(a) PENGENALAN

1. Soalan ini dikemukakan sebagai Soalan 2(b), 2(c) dan 2(d) dalam Kertas
2(1103/2)

2. Soalan 2(b) merupakan soalan pemahaman teks yang diambil daripada cerpen
ataupun drama yang dipetik daripada Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
(Tingkatan 4) atau Antologi Sejadah Rindu (Tingkatan 5).

3. Soalan 2(c) merupakan soalan pemahaman teks yang diambil daripada prosa
tradisional yang dipetik daripada Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Tingkatan
4) atau Antologi Sejadah Rindu (Tingkatan 5).

4. Soalan 2(d) merupakan soalan pemahaman puisi yang dipetik daripada Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Tingkatan 4) atau Antologi Sejadah Rindu (Tingkatan
5).

(b) TEKNIK MENJAWAB SOALAN

(i) Pemahaman Prosa Moden

1. Murid disarankan membaca petikan lebih daripada sekali untuk


memahaminya.
2. Satu petikan prosa moden akan dikemukakan sama ada petikan cerpen
ataupun petikan drama dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istambul
(Tingkatan 4) atau Antologi Sejadah Rindu (Tingkatan 5).
3. Ada tiga pecahan soalan iaitu:
i. Soalan tentang maksud rangkai kata yang berkaitan dengan petikan.
ii. Soalan KBAT yang menguji kemahiran pelajar berfikir. Lazimnya,
tugasan akan menanyakan murid tentang pendapat yang berkaitan
dengan petikan cepern ataupun drama.
iii. Soalan tentang aspek-aspek komsas seperti tema dan persoalan,
watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
4. Bagi soalan rangkai kata, pastikan kedudukan rangkai kata yang ditanya
dalam soalan. Maksud rangkai kata hendaklah bersesuaian dengan konteks
ayat dalam petikan.
5. Gunakan arahan soalan sebagai awalan jawapan agar ayat yang dibina lebih
gramatis dan digalakkan menggunakan ayat sendiri.

13
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(ii) Pemahaman Prosa Tradisional

1. Murid disarankan membaca petikan lebih daripada sekali untuk memahami


kehendak tugasannya.
2. Hanya satu petikan akan dikemukakan sama ada diambil daripada prosa
tradisional Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Tingkatan 4) atau Antologi
Sejadah Rindu (Tingkatan 5).
3. Ada tiga pecahan soalan iaitu:
i. Soalan tentang rangkai kata berkaitan dengan petikan.
ii. Soalan yang berkaitan dengan kandungan petikan. Jawapan yang
harus diberi oleh murid mestilah yang terdapat di dalam petikan.
iii. Soalan KBAT yang menguji kemahiran pelajar berfikir. Murid diminta
untuk memberi pendapat sendiri tetapi isi mesti relevan dengan petikan
yang ditanya.
4. Elakkan daripada melakukan kesalahan bahasa kerana markah akan ditolak
bagi setiap markah bahasa yang dilakukan.
5. Gunakan arahan soalan sebagai awalan jawapan agar ayat yang dibina lebih
gramatis dan digalakkan menggunakan ayat sendiri yang menggunakan
bahasa Melayu moden.

(iii) Pemahaman Puisi

1. Murid disarankan membaca petikan lebih daripada sekali untuk


memahaminya.
2. Satu petikan puisi akan dikemukakan sama ada petikan puisi moden (sajak)
ataupun puisi tradisional yang dipetik daripada Antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul (Tingkatan 4) atau Antologi Sejadah Rindu (Tingkatan 5).
3. Ada tiga pecahan soalan iaitu:
i. Soalan tentang maksud rangkai kata atau berkaitan dengan kandungan
petikan.
ii. Soalan KBAT(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang menguji kemahiran
murid berfikir semasa menjawab tugasan. Lazimnya, tugasan/soalan
akan menanyakan murid tentang tema atau kandungan petikan tetapi
murid perlu memberi jawapan sendiri.
iii. Soalan tentang aspek-aspek komsas seperti tema dan persoalan,
watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
4. Bagi soalan rangkai kata, pastikan kedudukan rangkai kata yang ditanya
dalam soalan. Maksud rangkai kata hendaklah bersesuaian dengan konteks
ayat dalam petikan.
5. Gunakan arahan soalan sebagai awalan jawapan agar ayat yang dibina lebih
gramatis dan digalakkan menggunakan ayat sendiri.

14
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

SOALAN 3 - PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(A) PENGENALAN

Bahagian ini mengandungi enam pecahan seperti berikut:

(i) 3 (a) Membina ayat – 6 markah


(ii) 3 (b) Menganalisis ayat atau mencerakinkan ayat atau menukarkan ayat cakap
ajuk /cakap pindah atau menyambungkan ayat atau menukarkan ayat
aktif/ayat pasif – 6 markah
(iii) 3 (c) Mengesan kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan – 6 markah
(iv) 3 (d) Mengesan kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa
– 6 markah
(v) 3 (e ) Peribahasa – 6 markah

(B) PANDUAN DAN CARA MEMBINA AYAT

SOALAN 3(a) Membina ayat

(i) Kelemahan murid dalam bahagian membina ayat ialah murid-murid gagal membina ayat
seperti yang dikehendaki tugasan dan menepati skema pemarkahan. Hal ini demikian
kerana terdapat murid yang melanggar peraturan tatabahasa yang ditetapkan.

(ii) Kelemahan murid boleh diperbaiki dengan memahami beberapa panduan, antaranya:
1. Ayat yang dibina hendaklah matang dan sesuai dengan tahap pelajar.
2. Lengkap strukturnya (subjek dan predikat) dan tidak tergantung.
3. Jangan gunakan perkataan yang diuji sebagai kata nama khas atau peribahasa.
4. Jangan membina ayat yang tidak logik, tidak relevan atau tidak menunjukkan
pemahaman tentang makna perkataan yang diuji.
5. Murid hanya boleh memberikan makna perkataan tetapi hendaklah dalam binaan
ayat yang lengkap.
6. Jangan bina ayat yang kelihatan seperti satu ayat tetapi sebenarnya terdiri daripada
dua atau lebih ayat.
7. Jangan tambah/buang/ubah imbuhan pada perkataan yang diuji. Namun, murid
harus akur dengan arahan soalan terkini kerana pada tahun 2012, soalan bahagian
ini membenarkan murid menambah imbuhan.
8. Jika menggunakan ayat cakap ajuk, pastikan peraturan menulis ayat itu dipatuhi
dengan menggunakan tanda baca yang betul.
9. Jika tidak yakin ayat yang dibina itu tepat, calon boleh membina 2 ayat bagi
perkataan yang diuji.
10. Markah akan dipotong bagi kesalahan ejaan dan tatabahasa.
11. Murid digalakkan membina ayat dalam lingkungan 8 – 10 patah perkataan.

15
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Kesimpulannya:

(i) Ayat yang dibina perlulah mematuhi kehendak soalan, misalnya tidak menambah atau
menukar imbuhan.
(ii) Ayat yang dibina perlulah dapat menunjukkan pengetahuan pelajar tentang makna
kata.
(iii) Selain itu ayat itu hendaklah gramatis dan setara dengan kebolehan dan kematangan
calon SPM atau pelajar tingkatan lima, bukannya ayat yang terlalu mudah dan ringkas.

(C) PANDUAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN 3(b)

(a) Menganalisis ayat atau mencerakinkan ayat

Kemahiran menganalisis ayat menjadi salah satu kemahiran bahasa yang menjadi
komponen penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Analisis
ayat perlu dikuasai oleh pelajar untuk membolehkan mereka menggunakan ayat-ayat
bahasa Melayu dengan betul, di samping dapat menjawab soalan-soalan berkaitan
tatabahasa dengan mudah dalam peperiksaaan.

(i) JENIS-JENIS AYAT

Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah, dan ayat seru. Ayat-ayat ini dikategorikan demikian berdasarkan
tujuan sesuatu ayat diucapkan atau ditulis.
a) Ayat penyata ialah ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara atau
ayat yang digunakan untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu. Ayat jenis ini
akan diakhiri dengan tanda noktah dalam penulisan.
b) Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
orang lain. Ayat ini diakhiri dengan tanda tanya (tanda soal) dalam penulisan.
c) Ayat perintah pula digunakan untuk menyuruh, melarang, meminta pertolongan, dan
mempelawa orang lain. Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat
larangan, ayat permintaan, dan ayat silaan. Semua ayat ini diakhiri dengan tanda
noktah dalam penulisan.
d) Ayat yang digunakan untuk menyatakan perasaan dikenali sebagai ayat seru dan
ayat ini diakhiri dengan tanda seru.

(ii) BINAAN/ SUSUNAN AYAT – Subjek dan Predikat

Ayat terbina daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, subjek diikuti
dengan predikat, tetapi dalam ayat susunan songsang, predikat mendahului subjek.
Lazimnya, bahagian subjek terdiri daripada kata nama, kata gantinama atau frasa nama.
Selain itu, terdapat segolongan kata adjektif dan kata kerja yang berfungsi sebagai kata
nama atau frasa nama dan boleh menjadi subjek ayat.

16
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(iii) KEDUDUKAN FRASA NAMA, FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT

Kata nama atau frasa nama juga boleh berfungsi sebagai objek dan sebagai
pelengkap dalam ayat. Kata nama atau frasa nama menjadi objek apabila wujud selepas
kata kerja transitif aktif dan menjadi pelengkap apabila wujud selepas kata kerja tak transitif.

(iv) GOLONGAN KATA DALAM AYAT


Lazimnya ayat terbentuk daripada banyak perkataan yang terdiri daripada beberapa
golongan kata seperti:
1. kata nama,
2. kata kerja,
3. kata adjektif,
4. kata tugas.

(b) Menukarkan ayat cakap ajuk / cakap pindah


(i) Cakap ajuk ialah ayat atau petikan yang berbentuk perbualan atau dialog.
Cakap pindah pula ialah ayat atau petikan biasa yang berbentuk laporan.
(ii) Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah bermaksud menukarkan suatu
teks berbentuk perbualan atau dialog kepada suatu teks yang berbentuk
laporan biasa.
(iii) Menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk bermaksud menukarkan suatu
teks yang berbentuk laporan kepada suatu teks berbentuk perbualan atau
dialog.

(c) Menyambungkan ayat


(i) Ayat-ayat yang dikemukakan berkemungkinan dalam bentuk petikan atau ayat
tunggal yang digabungkan menjadi ayat majmuk.
(iii) Ayat majmuk ini boleh digabungkan menjadi ayat majmuk campuran.
(iv) Bahagian ayat yang mempunyai perkataan yang sama boleh digugurkan.
(vi) Murid boleh menggunakan kata hubung yang sesuai seperti dan, dengan,
yang, bahawa, untuk, sebab, kerana dan sebagainya.
(vii) Murid boleh menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk
menghubungkan ayat dengan ayat dalam perenggan ataupun antara
perenggan.

(d) Memisahkan ayat


(i) Tugasan atau soalan yang dikemukakan berkemungkinan dalam bentuk
petikan atau terdiri daripada tiga ayat yang berbeza.
(ii) Sekiranya soalan dalam bentuk petikan, murid diminta memisahkan ayat
kepada enam ayat tunggal.
(iii) Sekiranya soalan dalam bentuk tiga ayat yang berbeza, murid diminta
memisahkan setiap ayat kepada dua ayat tunggal.
(iv) Ayat-ayat yang telah dipisahkan akan menjadi ayat tunggal atau ayat dasar.
(vi) Murid perlu mematuhi pola ayat dasar bahasa Melayu(subjek+predikat).

17
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(e) Menukarkan ayat aktif/ayat pasif

(i) Murid harus menguasai proses penukaran ayat aktif kepada ayat pasif atau
sebaliknya.

(f) Menganalisis ayat

(i) Murid diuji tentang untuk mengenal pasti pola ayat dasar iaitu:
(a) Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
(b) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
(c) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
(d) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

(D) PANDUAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN 3(c)

(a) Mengesan kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan

(i) Soalan ini memerlukan murid mengenal pasti dan membetulkan kesalahan
ejaan dan imbuhan yang terdapat dalam ayat-ayat yang diberi.
(ii) Lazimnya ada tiga ayat yang dikemukakan dan dalam setiap ayat terdapat
enam kesalahan, dua kesalahan dalam setiap ayat. Umumnya, ada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan.
(iii) Murid perlu mengenal pasti perkataan yang mempunyai kesalahan ejaan dan
imbuhan untuk diperbetul kesalahannya. Untuk itu, murid perlu mengetahui
ejaan perkataan yang betul dan penggunaan imbuhan yang sesuai bagi
perkataan tertentu.

(E) PANDUAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN 3(d)

(a) Mengesan kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan


bahasa
(i) Soalan yang dikemukakan boleh berbentuk petikan atau tiga pecahan ayat.
(ii) Setiap pecahan mempunyai satu kesalahan penggunaan kata dan satu
kesalahan bahasa.
(iii) Kesalahan penggunaan kata dan kesalahan bahasa yang dibetulkan dan
menepati skema akan memperoleh 1 markah.
(iv) Kesalahan kata melibatkan penggunaan kata yang tepat untuk menyatakan
sesuatu perkara. Kesalahan istilah pula melibatkan bidang yang lebih khusus.
Kata atau istilah yang salah hendaklah digantikan dengan kata atau istilah
yang lebih tepat penggunaannya dalam ayat.
(vi) Kesalahan bahasa meliputi aspek frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa
sendi nama, frasa kerja transitif, frasa kerja pasif, hukum D-M dan sebagainya.

18
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(F) PANDUAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN 3(e)

(a) PERIBAHASA DAN PERUMPAMAAN MELAYU - MAKSUD DAN PENGGUNAAN


asa Aspek pengetahuan tentang peribahasa dan penggunaan peribahasa Melayu
terdapat dalam soalan 3(e). Sebenarnya masih ramai pengguna bahasa Melayu,
terutamanya para pelajar yang keliru dengan konsep peribahasa. Dalam peribahasa
terkandung pepatah, bidalan, perbilangan, perumpamaan, kata-kata hikmat dan simpulan
bahasa.
Perumpamaan
Simpulan Bahasa Bidalan

PERIBAHASA
Pepatah
Perbilangan
Pengertian umum:
Kata-kata Hikmat
(a) Bidalan : ”Cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah melekat di mulut orang
ramai dari beberapa zaman, walaupun dicakapkan dengan lurus sahaja atau dengan
kias yakni diumpamakan kepada perkara lain.” Contohnya, alah bisa, tegal biasa.
(b) Perumpamaan: ”Bidalan yang menyebutkan maksudnya dengan diumpamakan atau
dikiaskan kepada lain perkara sahaja dan tidaklah dinamakan perumpamaan jika
perkataannya tidak mengiaskan atau mengumpamakan seperti itu.
(c) Perbilangan : ”Cakap-cakap bidalan yang telah jadi seperti undang-undang seperti
“hidup dikandung adat, mati dikandung tanah...”
(d) Pepatah : Pepatah dan bidalan tidak mempunyai perbezaan yang besar. Bezanya
pepatah mementingkan pengajaran dan pendidikan. Contohnya, “Malu bertanya
sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut.”
(e) Simpulan Bahasa : Rangkaian perkataan yang telah tetap terbentuk dalam susunan
khas dan dipakai dengan erti yang khas seperti buah tangan, kaki bangku, tangkai
jering dan lain-lain.”

(b) PANDUAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN PERIBAHASA


(i) Aspek peribahasa yang akan diuji dalam SPM terdiri daripada pelbagai bentuk
soalan.
(ii) Antaranya, menghendaki murid menyatakan:
(a) mengemukakan maksud peribahasa atau
(b) menyatakan peribahasa berdasarkan situasi atau petikan,
(c ) menyatakan peribahasa berdasarkan ayat.
(c) membina ayat dengan menggunakan peribahasa yang dikemukakan,
(d) mengisi tempat kosong dengan simpulan bahasa atau peribahasa yang
sesuai.
(iii) Pelajar hendaklah membaca arahan soalan dengan jelas supaya tidak
melakukan kesilapan ketika menjawab soalan.
(iv) Pelajar harus mengusai makna peribahasa dengan baik untuk memberi
jawapan dengan tepat.

19
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

SOALAN 4 - KAJIAN NOVEL

(a) PANDUAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN KAJIAN NOVEL

1. Dua jenis soalan dikemukakan iaitu Soalan 4(a) dan Soalan 4(b). Markah yang
diperuntukkan 15 markah.

2. Soalan 4(a) menanyakan pendapat (KBAT) murid-murid tentang aspek-aspek


komsas yang terdapat dalam novel yang dikaji.

3. Soalan 4(b) meminta murid menyatakan aspek-aspek komsas berdasarkan


dua buah novel yang dikaji.

4. Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis dengan memberi contoh dan
huraian yang tepat dan relevan dan dalam bentuk pemerengganan yang
lengkap.

20
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya
berhemat dalam penggunaan air. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Air merupakan sumber yang penting untuk kelestarian dan kelangsungan kehidupan.
Air diperoleh secara semula jadi daripada pelbagai sumber dan sungai merupakan sumber
air yang utama di negara ini. Negara kita mempunyai lebih daripada 150 batang sungai
yang menjadi sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun, Malaysia terdedah kepada
risiko kekurangan bekalan air jika sumber air tersebut tidak dijaga dan diurus dengan baik.
Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air sangat perlu diberikan perhatian bagi
menjamin bekalan air yang mencukupi.
Peningkatan permintaan air oleh pengguna akibat pertambahan bilangan penduduk
menyebabkan berlakunya penyusutan bekalan air. Krisis air juga berlaku disebabkan oleh
sikap pengguna yang sering menggunakan air secara berlebihan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa secara purata setiap rakyat Malaysia menggunakan 380 liter air
sehari, iaitu melebihi keperluan biasa yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) sebanyak 50 liter sehari. Keadaan ini berlaku kerana sikap sebahagian
rakyat Malaysia yang tidak menghargai air sehingga melakukan pembaziran. Sumber
bekalan air negara juga terjejas disebabkan oleh pembangunan yang tidak terancang. Hal
ini demikian kerana aktiviti pembalakan dan perancangan bandar tidak diurus dengan baik.
Sehubungan dengan itu, semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif
untuk menangani isu pembalakan dan pembangunan yang tidak terancang ini.
Malaysia juga pernah dilanda beberapa krisis air kesan daripada perubahan iklim,
misalnya fenomena El Nino yang telah menyebabkan berlakunya kemarau panjang. Pada
masa itu, kerajaan terpaksa mencatu bekalan air akibat sumber air yang semakin susut.
Selain itu, pelepasan sisa toksid daripada aktiviti industri ke sungai-sungai telah
menyebabkan air tercemar. Hal ini telah menimbulkan kesulitan kepada penduduk di negara
ini, terutamanya bagi penduduk yang menjadikan sungai sebagai sumber air. Di samping
itu, kewujudan tapak pelupusan sampah berhampiran sungai yang menghasilkan air licik
telah mencemarkan air sehingga menyebabkan berkurangnya sumber bekalan air bersih.
Keadaan yang berlaku ini menunjukkan kualiti air sungai semakin merosot.
Selain faktor-faktor di atas, masalah kecurian air juga menjadi salah satu sebab
berlakunya krisis air. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan yang mendesak bagi
mewujudkan satu dasar yang menyeluruh untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan
urus tadbir sumber air yang baik dan bersepadu. Sesunggunya, masa depan dan nasib
sumber air negara terletak di tangan kerajaan dan rakyat.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Air Semakin Kurang’
oleh Haliza Abdul Rahman,
Dewan Kosmik, Mei 2013

21
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

JAWAPAN RUMUSAN CONTOH


(Perenggan 1) Pendahuluan ( 2 markah )

Cara 1
Petikan membincangkan .........................................................................................................
...................................................................................................................................................
(menukarkan tugasan 1 + keterangan tugasan 1 + latar)

Cara 2
Petikan membincangkan .........................................................................................................
...................................................................................................................................................
(menukarkan tugasan 1 dan + latar + keterangan tugasan 1)

Cara 3
Petikan membincangkan .........................................................................................................
...................................................................................................................................................
(menukarkan tugasan 1 + keterangan tugasan 1 + menukarkan tugasan 2 + keterangan
tugasan 2)

Cara 4
Rumusan membincangkan ......................................................................................................
...................................................................................................................................................
(Rumusan + menukarkan tugasan 1 + keterangan tugasan 1 + mengekalkan tugasan 2 +
keterangan tugasan 2)

22
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(Perenggan 2) - Isi-isi Tersurat

Sebab-sebab / Faktor-faktor,

…………………………………………………………..……………..………………….……………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
……........................................................................................................................................
...................................................................................................................................................

(Perenggan 3) - Isi-isi Tersirat

Cara-caranya / Langkah-langkahnya,

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

(Perenggan 4) - Penutup

Kesimpulannya,

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

23
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) - Petikan Umum


... .
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
.

(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kesulitan. [ 2 markah ]

Rangkai kata menimbulkan kesulitan bermaksud____________________________

(ii) Dalam petikan terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah kekurangan air
bersih.
Apakah langkah-langkah tersebut. [ 3 markah ]

Beberapa langkah untuk mengatasi masalah bekalan air bersih ialah _____________

____________________________________________________________________

Selain itu, ___________________________________________________________

____________________________________________________________________

(iii) Negara kita telah beberapa kali menghadapi krisis bekalan air. KBAT
Huraikan pendapat anda tentang cara yang berkesan bagi menangani krisis
tersebut? [ 4 markah ]

Pada pendapat saya, cara yang berkesan bagi menangani krisis bekalan air di
negara kita ialah ______________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Seterusnya,__________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

24
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DOKTOR: (Sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum.


Saya Doktor Razi. Maafkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ialah “sahabat” saya.
Saya datang ni nak bawa dia balik ke tempat rehatnya. (Beralih kepada AZMIR) Encik Azmir,
apa khabar sekarang? Sudah tiga hari Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita
sediakan. Rakan-rakan yang lain amat bimbang akan Encik Azmir. Mari kita pulang, ya?

AZMIR: (Kelihatan takut dan tiba-tiba menjadi semacam orang bodoh). Saya tidak mahu
pulang. (Sambil menggelengkan kepala). Saya rasa bahagia berehat di sini.

DOKTOR: Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu berehat sikit sahaja. Selepas itu, Encik
Azmir boleh keluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita balik bubuh ubat dulu, OK?

(Para pembantu memegang tangan AZMIR untuk dibawa pergi. Dia meronta-ronta tidak
mahu pergi.)

AZMIR: Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di tempat yang
tidak ada kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan cakap saya. Cakap saya
semuanya betul. Mereka ini penipu. Cakap mereka manis, tapi dalam hati mereka jahat.

(ARIF dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada AZMIR)

Dipetik daripada ‘Bukan Gila’ oleh Sharif Shaary


dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Azmir kelihatan ketakutan dan meronta-
ronta? [2 markah]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk
menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah?
KBAT [3 markah]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

25
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(iii) Jelaskan satu perwatakan Azmir yang terdapat dalam petikan drama di atas dan
satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan cerpen itu. [4 markah]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu
Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah
bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah
perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu
pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam
terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun
datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan
tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang
Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam. “Terlalu banyak
kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang
sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang dipipiskan Lada’


dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud disuruhnya tambati puntung api. [ 2 markah ]


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

26
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(ii) Nyatakan cara-cara Tun Umar melaksanakan suruhan Bendahara Paduka Raja
untuk suluh perahu siam itu? [ 3 markah ]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara Paduka Raja menyuruh segala pohon
kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api itu dibakar? KBAT [ 3 markah ]
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Soalan 2(d) – Sajak


Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BEBERAPA PETUA HIDUP GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang Ketiga)
Sifat-sifat yang Baik
Jikalau kamu bersifat budiman, Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Dipandang sebagai bunga di taman,
Apabila terpelihara kuping,
Jikalau kamu bersifat bersifat dermawan Khabar yang jahat tiadalah damping.
Segala orang dapat kautawan
Apabila terpelihara lidah,
Jikalau kamu bersifat pemurah, Nescaya dapat daripadanya faedah.
Segala manusia datang menyerah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Perbuatan yang Baik
Barang siapa berbuat jasa, Apabila perut terlalu penuh,
Mulia namanya setiap masa, Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Menolong sesama wajib dan perlu, Anggota tengah hendaklah ingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Hendaklah peliharakan kaki,
ZA’BA Daripada berjalan yang membawa rugi.
Antologi Sejadah Rindu
Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd. Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)
dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

27
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(i) Nyatakan dua sifat baik yang ditunjukkan dalam kedua-dua gurindam ini.
[ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah bentuk sumbangan yang wajar diberikan
kepada insan yang telah membuat jasa kepada agama, bangsa dan negara?
KBAT
[3 markah ]

(iii) Selain persoalan melakukan sifat-sifat baik dan perbuatan yang baik, jelaskan
dua persoalan lain yang terdapat dalam kedua-dua puisi tersebut.
[ 4 markah ]

28
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) memperluas
(ii) memperlebar
(iii) memperhebat
(iv) mempercantik
(v) memperkukuh
(vi) memperkemas

( b ) Nyatakan jenis-jenis ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut ialah ayat suruhan,
ayat silaan, ayat permintaan, ayat larangan atau ayat seruan.

i) “Usahlah kamu rosakkan sarang burung yang ada di pokok ketapang itu,”kata
Rohayu kepada anaknya.
__________________________________________________________

ii) Silalah makan biskut nestum ini kerana kuih ini sangat manis dan digemari
oleh kanak-kanak.
__________________________________________________________

iii) Kasihan, paras air di Sungai Kelantan kian meningkat kerana hujan lebat sejak
tiga hari yang lalu!
__________________________________________________________

iv) “Kalau kamu ada masa lapang pada cuti sekolah nanti, jemputlah datang
ke rumah saya di Pahang,” jemput Najwa kepada Amira.
__________________________________________________________

v) “Letakkan buku itu di atas meja,” suruh Ali kepada Murad.


__________________________________________________________

vi) “Duduk diam-diam di situ sehingga emak datang,” arah emak kepada
adik.
__________________________________________________________
[ 6 markah ]

29
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Pelaksanaan projek memperlebarkan jalan raya merupakan usaha pihak kerajaan
untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan luar Bandar.
(ii) Mesyuarat ahli jawatankuasa sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang
berbincang aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.
(iii) Pihak swasta turut bertanggungjawab untuk melaksanakan projek
membangunkan di tempat-tempat rekreasi yang terdapat di negara kita.

[ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah
diketatkan lagi.
(ii) Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak
mereka kepada guru semata-mata.
(iii) Penceramah terkenal yang dijemput khas itu telah membacakan ceramahnya
dengan begitu berkesan sekali hingga ramai murid-murid menitiskan air mata.

[ 6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Sengaja mencari susah atau bahaya.


(ii) Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki.
(iii) Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan akhirnya akan berjaya juga.

[ 6 markah ]

30
MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU SPM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BM SPM 2016

Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Di sebalik Dinara karya Dayang Noor


(ii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
(iii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Md Nizar Parman

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
Jelaskan sebab-sebab anda memilih peristiwa tersebut. KBAT
[ 7 markah ]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[ 8 markah ]

KERTAS MODUL TAMAT

31

You might also like