You are on page 1of 5

Karangan Hari Perayaan

Pada_____________(tarikh)________yang lalu sekolah saya, SJKC ______________

telah mengadakan Hari _______________________. Majlis ini merupakan aktiviti


tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tujuan majlis ini adalah untuk
mencungkil bakat dan mengeratkan silaturahin warga sekolah.

Pada pukul 8.15 pagi, ibu bapa/guru-guru telah memenuhi padang/dewan.


Mereka duduk di tempat yang disediakan. Murid-murid tidak sabar menanti majlis
dimulakan.

Kira-kira pukul 8.40 pagi, majlis dimulakan. Acara dimulakan dengan ucapan
perasmian oleh Guru Besar/Yang Dipertua PIBG. Dalam ucapannya, beliau telah
melahirkan rasa bangga kerana majlis yang begitu meriah dapat diadakan. Selepas
ucapan itu selesai, murid-murid bertepuk tangan.

Pada pukul 9.15 pagi, majlis dimulakan dengan acara


____________________________________. Murid-murid telah menunjukkan
komitmen yang tinggi untuk menjuarai pertandingan yang dijalankan. Ibu bapa dan
guru-guru memberi tepukan gemuruh ketika peserta menunjukkan bakat yang
terpendam.

Pada pukul 10.30 pagi, acara ditangguhkan untuk murid-murid menjamu selera.
Ketika itu diadakan _____________________________________. Acara bersambung
semula pada pukul 10.50 pagi dengan aktiviti
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________.
Majlis berakhir pada pukul 12.45 tengah hari. Sebelum acara berakhir, telah
diadakan _____________________________. Keseluruhan majlis berjalan lancar dan
murid-murid berasa seronok menyaksikan majlis yang begitu meriah.

Hari Sukan

Pada 11 Ogos 2017 yang lalu, sekolah saya, SJKC Yoke Hua Air Mawang telah
mengadakan Hari Sukan. Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Tujuan majlis ini adalah untuk mencungkil bakat dan mengeratkan
silaturahim warga sekolah.

Pada pukul 8.00 pagi, ibu bapa telah memenuhi padang. Mereka duduk di tempat
yang disediakan. Murid-murid tidak sabar menanti hari sukan dimulakan.

Kira-kira pukul 8.30 pagi, majlis dimulakan. majlis dimulakan dengan perbarisan
lintas hormat. Para peserta yang mengambil bahagian memberikan tabik hormat di
depan tetamu khas. Seterusnya ialah ucapan perasmian oleh Guru Besar. Dalam
ucapannya, beliau telah melahirkan rasa bangga kerana majlis yang begitu meriah
dapat diadakan. Selepas ucapan itu selesai, murid-murid bertepuk tangan.

Pada pukul 9:00 pagi, acara sukan telah dimulakan. Murid-murid telah
menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjuarai pertandingan yang dijalankan.
Ibu bapa dan guru-guru memberi tepukan gemuruh ketika peserta menunjukkan bakat
yang terpendam.
Pada pukul 11.30 pagi, acara ditangguhkan untuk murid-murid menjamu selera.
Acara bersambung semula dengan persembahan Wushu daripada murid-murid tahap
dua. Penonton berasa terhibur terhadap persembahan mereka yang menaruk dan
kemas.

Kira-kira pukul 4:50 petang, semua atlet berkumpul di tengah padang. Sebelum
acara berakhir, telah diadakan majlis penyampaian hadiah. Vincent Lim telah
diumumkan sebagai olahragawan manakala Vanessa Tam telah diumumkan sebagai
olahragawati. Keseluruhan majlis berjalan lancar dan murid-murid berasa seronok
menyertai hari sukan yang begitu meriah.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1903, di Alor Setarm Kedah. Bapanya ialah Sultan
Abdul Hamid Halim Shah.

Beliau mendapat pendidikan awal dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Walaupun daripada keturunan diraja, beliau meminati kerja-kerja yang mendekatkan
dirinya dengan masyarakat. Sebab itulah beliau cergas dalam kegiatan politik, iaitu
UMNO.

Setelah Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Tunku Abdul
Rahman mengambil alih jawatan tersebut. Ketika beliau memimpin, terlihat akan
keikhlasan dirinya yang mahu negara mengecapi kemerdekaan. Sikapnya itu
menyebabkan beliau amat dihormati dan disanjung oleh segenap lapisan masyarakat.

Tunku Abdul Rahman telah berusaha membawa Tanah Melayu ke arah


kemerdekaan. Selepas menandatangani perjanjian di London, Tanah Melayu akhirnya
merdeka pada 31 Ogos 1957. Selepas merdeka, beliau dilantik sebagai Perdana
Menteri yang pertama.Beliau menjadi Perdana Menteri sehingga tahun 1970.

Jasa beliau tetap dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai Bapa Kemerdekaan
Malaysia. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Kita sebagai rakyat Malaysia mesti berusaha berbakti kepada negara.

You might also like