You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESSIHATAN KALI KETIGA 2011


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI TASIK CHERAS, KUALA LUMPUR

Tarikh : 2 Ogos 2011


Masa :2.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Guru SMKST

Kehadiran :

1. Cik Nurul Hidayah Bt Aziz


2. Cik Siti Firdaus Bt. Ahamad
3. Pn. Fara Dhila Bt. Omran
4. Cik Yuhaslinda Bt. Mohamad Yusof
5. Cik Norhayati Bt.
6. Cik Norhidayah Bt. Abdullah

Tidak hadir :

1. En. Syamsul Ilham B. Azamuddin (Bersebab)


2. En. Abing Bin Sabang (Bersebab)

Turut Serta: Pn. Rohana Bt. Mahammad (GKMP Kemanusiaan)

Bil Perkara Tindakan


1.0 Ucapan alu-aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru- Makluman
guru PJK dalam mesyuarat panitia kali ketiga 2011.

1.2 Pengerusi turut memaklumkan ahli panitia baru PJK iaitu Cik
Norhayati yang akan menggantikan Encik Firdan dan mengajar PJK
tingkatan tiga dan lima.

2.0 Ucapan GKMP

2.1 Pn.Rohana mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru- Makluman
guru PJK dalam mesyuarat kali ketiga 2011.

2.2 Semakan Buku


2.2.1 Berdasarkan semakan buku kali kedua, semua guru menghantar buku
untuk semakan.

2.2.2 Pn. Rohana memaklumkan supaya guru menambah nota dan latihan
pelajar supaya lebih banyak.
2.2.3 Guru diminta seimbangkan Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan
Jasmani.

2.3 Stor Sukan


Barang-barang dalam stor sukan tidak perlu diubah dan perlu disusun
mengikut kedudukan sekarang.

2.4 Pemakaian Baju PJK (Pelajar) Makluman


2.4.1 Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah
sepanjang bulan Ramadhan.

2.4.2 Pada setiap hari Isnin dan Jumaat pelajar dan guru dikehendaki
memakai pakaian sekolah yang formal. Selepas perhimpunan rasmi
pelajar dan guru boleh menukar pakaian PJK.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali kedua bagi 2011 Makluman
untuk disemak dan disahkan.

3.2 Keputusan: Minit Mesyuarat kali kedua disahkan oleh Pn. Fara Dhila
Bt. Omran dan disokong oleh Cik Nurul Hidayah Bt. Aziz.

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Ujian Segak


Ujian Segak akan dilaksanakan selepas bulan Ramadhan. Makluman
Cikgu Syamsul bertanggungjawab memberi “In-house Training”
kepada guru-guru PJK.

4.2 Persembahan Sempena Hari Guru


Panitia PJK berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan
persembahan ini.

4.3 Gotong-Royong
Gotong royong membersih dan mengemaskan stor sukan akan Makluman
diadakan selepas hari raya.
Cik Norhayati dan Encik Syamsul bertanggungjawab mengetuai
gotong royong ini.

4.4 Kehilangan Bola


4.4.1 Bilangan bola dalam stor sukan akan dikira dan dicatatkan dalam
buku log untuk mengelakkan kehilangan bola.

4.4.2 Guru PJK bertanggungjawab mengambil dan membawa keluar bola Makluman
daripada stor sukan. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam stor
dan mengambil bola.
5.0 Perkara yang dibincangkan

5.1 Post Mortem Makluman


Rujuk Lampiran.

5.2 Minggu Bidang Kemanusiaan


5.2.1 Minggu Bidang Kemanusiaan akan diadakan pada 15 Ogos hingga Makluman
19 Ogos 2011.

5.2.2 Antara aktiviti yang diadakan ialah Ceramah Kesihatan dan


penceramah dijemput daripada luar. Ceramah ini akan diuruskan oleh
Cik Nurul Hidayah, Cik Norhidayah dan Encik Abing. Pelajar yang
terlibat ialah pelajar tingkatan dua.

5.2.3 Aktiviti permainan susun kata diuruskan oleh Cik Norhayati dan Pn.
Fara Dhila.

5.2.4 Kuiz PJK diuruskan oleh Cik Yuhaslinda dan Cik Siti Firdaus. Kuiz
ini terdiri daripada lima soalan mudah yang berbentuk umum.

6.0 Hal-hal lain

6.1 Semua guru PJK dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual baru Makluman
kepada Ketua Panitia.

6.2 Guru bertanggungjawab menjaga dan membawa keluar barang-


barang permainan daripada stor sukan.

6.3 Pn. Zuruwati memaklumkan Pn. Pengetua telah mengingatkan semua


guru PJK untuk berpakaian rasmi pada setiap hari Isnin dan Jumaat
termasuk pelajar semasa perhimpunan rasmi.

6.4 GKMP akan memaklumkan kepada semua guru berkaitan guru relief
semasa matapelajaran PJK tidak dibenarkan membawa pelajar ke
padang.

6.5 Guru-guru PJK tidak boleh membenarkan pelajar membeli air di


mesin peruncitan semasa waktu PJK.

6.6 Pelajar lelaki dilarang bermain futsal atau bola sepak di Dataran
Cemerlang.
7.0 Penangguhan Mesyuarat

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. Makluman

Disediakan oleh:
................................
(CIK NORHIDAYAH BT ABDULLAH)
SETIAUSAHA PANITIA PJK
SMK SERI TASIK KUALA LUMPUR

You might also like