You are on page 1of 4

PK07- Pengurusan Mesyuarat

PK 07/03

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 1 /2018

Tarikh : 27 Disember 2017


Masa : 2.30 petang – 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Polis Kem
Pengerusi : En. Mohamad Mohidi Bin Sibli
Kehadiran : Rujuk Senarai Kehadiran

1. UCAPAN PENGERUSI (EN MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI)


1.1 Guru Besar mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada guru-guru kerana
dapat hadir dalam mesyuarat kali pertama untuk sesi 2018.
Tindakan : Makluman
1.2 Beliau juga berterima kasih terhadap kejayaan dan kerjasama guru-guru dalam
menjayakan pelbagai aktiviti Kokurikulum pada tahun 2017.
Tindakan : Makluman
1.3 Beliau juga menekankan bahawa Kokurikulum adalah satu elemen yang sangat penting
dalam kemenjadian murid-murid. Ianya juga berkait rapat dengan salah satu cabang untuk
membentuk kerjaya dan profesionalisme murid-murid.
Tindakan : Makluman
1.4 Murid-murid dan guru-guru perlu terlibat secara aktif dalam setiap program
Kokurikulum yang telah direncanakan oleh pihak sekolah dan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum.
Tindakan : Semua Guru

1.5 Sasaran pada tahun 2018, sekurang-kurangnya mencapai satu johan untuk pertandingan
yang disertai sama ada dalam bidang sukan dan permainan mahupun Ko-Akademik.
Tindakan : Semua Guru
PK07- Pengurusan Mesyuarat

1.6 Beliau sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru atas komitmen
yang ditunjukkan pada tahun 2017 dan diharap komitmen tersebut akan berterusan serta
menjadikan SK Polis Kem lebih berdaya saing dalam komponen Kokurikulum.
Tindakan : Makluman

2. UNIT KOKURIKULUM 2018 (EN. AZHAR BIN MOHAMED)


2.1 Kokurikulum adalah dasar dalam Kementerian Pelajaran Malaysia dan dalam
pelaksanaan sekolah. Sedikit penerangan tentang pelaksanaan prosedur kokurikulum.
Tindakan : Makluman
2.2 Untuk tahun 2018, terdapat sedikit perubahan pada struktur organisasi kokurikulum.
Kelab Seni Visual dan Kelab Dikir telah digugurkan.
Tindakan : Makluman

2.3 Penilaian aktiviti kokurikulum akan dinilai secara online iaitu 3 bulan sekali. Ianya
dimulakan dengan PAJSK tahun 2016.
Tindakan : Makluman

2.4 Buku pelaporan aktiviti Kokurikulum untuk tahun 2018 akan dibekalkan kepada guru-
guru penyelaras Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan Permainan.
Tindakan : Guru Penyelaras

2.5 Dalam aspek Kokurikulum, peruntukan dan dana yang diberikan oleh KPM adalah besar
dan yang paling banyak. Ini adalah untuk pelbagai aktiviti seperti sukan, perkhemahan,
pertandingan ko-akademik dan lain-lain lagi.
Tindakan : Semua Guru
PK07- Pengurusan Mesyuarat

2.6 Aktiviti dan Perjumpaan Kokurikulum 2018


2.6.1 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Kehadiran murid
dalam aktiviti ini perlu direkodkan.
2.6.2 Pada tahun 2017, terdapat 17 kelab dan persatuan. Namun, pada tahun 2018, dua
kelab akan digugurkan iaitu Kelab Seni Visual dan Kelab Dikir.
2.6.3 Perjumpaan Kokurikulum yang pertama pada tahun 2018 adalah pada 2hb
Januari 2018. Agenda perjumpaan adalah Mesyuarat Pelantikan Jawatankuasa Unit
Beruniform 2018.
2.6.4 Guru-guru diminta memakai pakaian unit beruniform pada hari Rabu dan
perhimpunan Kokurikulum setiap minggu ketiga.
Tindakan : Semua Guru

2.7 Pelaksanaan 1M1S 2018


2.7.1 Pelaksanaan 1M1S akan dilaksanakan setiap hari Selasa pada jam 7.15 pagi -8.15
pagi. Murid-murid akan memakai baju Karektor Johor yang digabungkan dengan baju 1M1S.
2.7.2 Untuk 1M1S, semua guru perlu terlibat, tetapi untuk guru sesi petang hanya sekali
perjumpaan dalam sebulan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Tindakan : Semua Guru

2.8 Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah akan diadakan pada 13hb Januari 2018
Ianya diadakan awal kerana Pertandingan Merentas Desa peringkat Daerah akan diadakan
pada 1 Februari 2018.
Tindakan : Makluman

2.9 Penganjuran kursus kepimpinan bagi jawatankuasa tertinggi setiap unit beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan dan permainan, bergabung dengan unit HEM (Pengawas
dan Perpustakawan Sekolah) akan dijalankan pada 27 Januari 2018 (Sabtu) dan ini
merupakan aktiviti pertama yang bakal dilaksanakan.

Tindakan : Makluman
PK07- Pengurusan Mesyuarat

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… …..……………………………………

(Mohd Shukri Bin Rosli) (En. Azhar Bin Mohamed)


Pencatat Minit GPK Kokurikulum SK Polis Kem
Tarikh: 27 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

Disahkan oleh,

……………………………………..
(En Mohamad Mohidi Bin Sibli)
Guru Besar SK Polis Kem

You might also like