Minit Mesyuarat

You might also like

You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

PROGRAM ‘MISSION TO VIETNAM’/2018


UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

TARIKH : 4.APRIL.2018
MASA : 4.30-5-30 p.m
TEMPAT : BILIK KULIAH GA10
PENYELARAS PROGRAM
1. MADAM AIRIS NGUYEN
KEHADIRAN
1. RAUDHATUSH SHAMILA BINTI MOHD DAHLAN (Setiausha)
2. NUR ANIS TASNIM BINTI AZMAN
3. SITI KHADIJAH BINTI HASSAN
4. NABIHAH BINTI MOHAMED NASIR KHAN
5. IQLIMA BINTI IBRAHIM
6. SARAH AQILAH BINTI MAZUKI

1. ALU-ALUAN PENYELARAS
Penyelaras memberi salam dan berterima kasih kepada semua ahli yang hadir pada
petang tersebut. Perjumpaan ini bertujuan untuk berkenalan dengan semua ahli dan
membincangkan mengenai program ‘mission to vietnam’. Seterusnya, perlantikan jawatan ahli
dan menjelaskan skop kerja mereka. Selain itu, penyelaras membincangkan bahawa setiap ahli
jawatankuasa yang terlibat mencari dana dalam program ini.
2. PERKARA
2.1 Pengenalan diri
2.1.1 Semua ahli termasuk penyelaras program memperkenalkan diri antara satu
sama lain.
2.2 Pengenalan Program ‘Mission to Vietnam’
2.2.1 Penyelaras menjelaskan tujuan program ‘Mission to Vietnam’ yang akan
dijalankan kepada semua ahli jawatankuasa. Program ini memberi peluang
kepada semua mahasiswa untuk melibatkan diri .
2.2.2 Penyelaras turut mengatakan program ini akan dilaksanakan pada 2
september -–9 september 2018 bertempat di Vietnam.

2.3 Perlantikan jawatan dan penjelasan skop kerja


2.3.1 Penyelaras melantik ahli jawatankuasa dalam kalangan mahasiswa yang
terlibat untuk memberi peluang kepada mereka dalam mengatur program. Selain
itu, penyelaras memberi penjelasan tentang tanggungjawab dan peranan ahli-ahli
yang terlibat untuk memastikan program berjalan dengan lancar.
2.3.2 Semua ahli jawatankuasa diberi tugas untuk mencari idea mengenai aktiviti
yang akan dilakukan sepanjang berada di Vietnam.
2.4 Membincangkan mengenai dana untuk program ‘Mission to Vietnam
2.4.1 Penyelaras memberitahu kepada semua ahli untuk mencari dana untuk
program ini. Semua ahli perlu mencari alternatif cara untuk mengumpulkan dana

TINDAKAN : SEMUA AHLI

Penyelaras mengharapkan semua ahli dapat memberi kerjasama dalam


menjayakan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang
hadir.

DISEDIAKAN OLEH :

(RAUDHATUSH SHAMILA BINTI MOHD DAHLAN )


SETIAUSAHA PROGRAM ‘MISSION TO VIETNAM’
5 APRIL 2018

You might also like