You are on page 1of 3

1.

Merujuk kepada mata pelajaran opsyen anda, bandingbezakan di antara


penyelidikan kurikulum dan penilaian kurikulum yang dilaksanakan
dalam bilik darjah.

Penyelidikan kurikulum dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah
pendidikan bertujuan untuk memahami, menerang, menjangka atau mengawal fenomena
pendidikan. Terdapat beberapa definisi penyelidikan antaranya, menurut Manheim (1997),
penyelidikan merupakan penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas
mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu
pengetahuan sejagat.

Penyelidikan adalah satu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan
menginterpretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru
atau amalan penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru yang digunapakai semula
(Wolf, 1975). Definisi-definisi ini dapat disimpulkan bahawa penyelidikan adalah sebagai satu aktiviti
yang sistematik bagi mencari jawapan atau makna kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan
berdasarkan sesuatu masalah yang telah dikenal pasti.

Tujuan penyelidikan di dalam pendidikan adalah untuk:

1) Memerihalkan fenomena yang berlaku di sekeliling kita dalam bentuk suatu aktiviti, situasi
atau peristiwa tertentu. Contohnya, situasi perlaksanaan kurikulum baru dalam pendidikan.
2) Untuk meramalkan fenomena yang berlaku pada masa hadapan berdasarkan situasi masa kini.
Contoh, keputusan pelajar di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat
diramal berdasarkan keputusan pelajar di dalam ujian percubaan UPSR.
3) Untuk menambah baik pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Contohnya, guru
menjalankan kajian tindakan untuk mengenal pasti punca utama mengapa ramai murid gagal
di dalam peperiksaan matematilk.

Berdasarkan huraian di atas, merujuk kepada mata pelajaran opsyen saya iaitu Matematik Sekolah
Rendah, penyelidikan yang sesuai dilaksanakan adalah berbentuk kajian tindakan. Masalah utama
saya di sekolah ialah murid yang mempunyai tahap kognitif sederhana dan lemah agak sukar
memahami pengajaran saya. Saya perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran agar murid saya
dapat memahami pengajaran saya sepenuhnya. Di dalam ujian mahupun peperiksaan, didapati
peratusan pelajar yang memperoleh A dan lulus di dalam mata pelajaran Matematik adalah rendah
iaitu kira-kira 20 30 peratus sahaja. Hal ini amat-amat membimbangkan kami selaku guru
Matematik.

Justeru, kajian tindakan sesuai dilaksanakan bagi mengenal pasti punca utama masalah ini
berlaku. Kajian ini mempunyai kaedah yang sistematik iaitu:

1) Mengenal pasti masalah kajian


2) Menetapkan objektif kajian
3) Membentuk soalan kajian
4) Menghasilkan hipotesis kajian
5) Melakukan tinjauan literature
6) Merancang kaedah kajian
7) Mereka bentuk kajian
8) Menentukan prosedur persampelan
9) Membina instrument kajian
10) Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian
11) Menentukan prosedur pengumpulan data
12) Mengumpul data
13) Menganalisis data
14) Membincangkan hasil kajian
15) Melaporkan kajian

Melalui kajian ini, masalah dapat diselesaikan dengan lebih baik dan berkesan.

Manakala, penilaian kurikulum dalam pendidikan merupakan satu proses untuk memperolehi
maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak
kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasildaripada
pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, merujuk kepada mata pelajaran opsyen
saya iaitu Matematik sekolah rendah, Nazrin yang mendapat markah sebanyak 90% dalam ujian
Matematik mungkin dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah
markah sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan
cemerlang, baik,sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah
sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat
yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif.

Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk
kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan
dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam
kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan,
mungkin tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan
tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin telah menunjukkan kemajuan
yang amat baik atau cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.

Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan
berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Penilaian Formatif banyak dilaksanakan semasa
PdP seperti memberi kuiz atau ujian rengkas kepada pelajar. Manakala penilaian Sumatif pula ialah
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun yang dilaksanakan di sekolah. Saya juga
akan melakukan penilaian Autentik kepada pelajar melalui projek-projek yang sesuai untuk mereka.
Sebagai contoh, pelajar diminta membuat binaan berdasarkan polyion-poligon yang diberi. Melalui
aktiviti ini, guru akan menilai pelajar sepanjang projek dijalankan. Antara aspek yang akan dinilai ialah
keupayaan pelajar menyelesaikan masalah, kemahiran pelajar menjana idea, kreativiti pelajar dan
sebagainya.

Oleh yang demikaian, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan
membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan
susulan. Melalui aktiviti penyelidikan dan penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi
secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

You might also like