You are on page 1of 1

PENGETUA / GURU BESAR

Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Kebangsaan


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Tuan / Puan,

SURAT SOKONGAN MEMOHON PENGECUALIAN DARIPADA MELIBATKAN DIRI DALAM


SEBARANG AKTIVITI SEKOLAH PADA HARI SABTU

Salam hormat dan salam sejahtera! Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya selaku Presiden, Mission Seventh-day Adventist Sarawak, ingin memaklumkan kepada pihak
Tuan bahawa Gereja Seventh-day Adventist merupakan sebuah gereja yang percaya akan kekudusan dan
kesucian hari Sabtu (Sabat) sebagai hari kebaktian dan ibadah. Ianya termaktub dalam doktrin serta ajaran
gereja. Oleh yang demikian, kami mendorong agar semua jemaat mengelakkan diri daripada melakukan
sebarang aktiviti sekular tetapi sebaliknya melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti-aktiviti kerohanian di
gereja.

3. Seperti yang telah diputuskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengenai kelas
gantian pada hari Sabtu yang dijadualkan sebanyak lima kali pada bulan Januari, Februari, Mac, April dan
Mei, ianya sudah pasti akan menjadi satu kekangan besar kepada umat Gereja Seventh-day Adventist untuk
menunaikan tanggungjawab rohani kami untuk menguduskan hari Sabtu mengikut kepercayaan kami.

4. Oleh yang demikian, saya ingin memohon dan menyokong permohonan kesemua pelajar dan guru
kami yang beragama Seventh-day Adventist agar pihak Tuan / Puan dapat memberikan PENGECUALIAN
kepada mereka daripada melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti sekolah pada hari Sabtu.

4. Segala bentuk tindakan lanjut daripada pihak Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih. Semoga Tuhan merahmati segala usaha kita dalam membentuk sahsiah dan peribadi tinggi
warganegara Malaysia, bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga kerohanian.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

…………………………………………
(PASTOR DENNEY ANAK NEBOR)
Presiden
Mission Seventh-day Adventist Sarawak

You might also like