You are on page 1of 14

SMK ST TERESA, KUCHING KERJA KURSUS SEJARAH 21/2

NAMA CALON: OCTAVIA TEO SIEW FOONG NO. KAD PENGENALAN: 961105-13-5458 NO. ANGKA GILIRAN: SK231K031 TAJUK: INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN(GEREJA ST. JOSEPH) NAMA GURU PENILAI: PN. MAGDALLENE OGAHKU SIRING

Tandatangan calon ..

Tandatangan penilai

TAJUK KAJIAN INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN (GEREJA ST.JOSEPH)

SENARAI KANDUNGAN
Bil. .1 2. 3. 4 5. 6. 7. 8. 9. Perkara Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan Muka surat 2 3 4 5 6 7 13 14 21

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya dalam menjayakan kerja kursus Sejarah ini. Pertama, kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Magdallene. Walaupun sungguh sibuk dengan kerjanya, beliau telah meluangkan masanya untuk menerangkan cara untuk melaksanakan projek ini. Seterusnya, kepada pengetua sekolah, Puan Mary John. Terima kasih kepada puan kerana membenarkan kajian ini dijalankan. Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa saya, Encik Teo Jin Ghee dan Puan Sng Mee Siong, kerana membantu saya dalam menjayakan kajian ini. Mereka telah menolong saya mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kajian saya. Akhir sekali, kepada rakan-rakan saya iaitu Nathiya, Sharifah, Kong Tse Yee, Atikah, Nur Alisha dan Carlene. Mereka sudi berkongsi maklumat dan bahan-bahan kajian. Saya amat berterima kasih kepada mereka.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian saya tentang gereja St. Joseph, Kuching adalah untuk merekod fakta yang sahih tentang sejarah penubuhan institut tersebut. Selain itu, kajian saya juga bertujuan untuk mengetahui dan mengenali dengan lebih mendalam tentang peranan dan fungsi institut pentadbiran tersebut di negeri Sarawak. Objektif lain kajian saya adalah untuk mengetahui pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh gereja St. Joseph, Kuching kepada masyarakat di Kuching khasnya dan masyarakat Sarawak amnya.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menyiapkan dokumentasi tentang gereja St. Joseph. Antara kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah kaedah teknologi maklumat. Saya telah melayari internet di laman web dan http://www.rc.net/malaysia/kuching/archdiocese/stJosephC.html tentang gereja St. Joseph, Kuching. Kaedah kedua yang telah saya gunakan ialah penyelidikkan perpustakaan. Saya telah berkunjung ke perpustakaan Parish untuk meminjam buku yang bertajuk Kuching in Pictures untuk mendapatkan maklumat. Kaedah ketiga yang telah saya gunakan ialah analisis dokumen. Saya telah merujuk ke pelbagai sumber kemudian membuat analisis dokumen tentang gereja St. Joseph, Kuching. Kaedah keempat ialah lawatan ke tempat kajian. Saya telah melawat ke gereja St. Joseph untuk melihat notis-notis yang dilekatkan pada papan notis serta melihat keunikan gereja tersebut.

http://www.rc.net/malaysia/kuching/archdiocese/index.html untuk mendapatkan maklumat

HASIL KAJIAN
1. Institusi Pentadbiran Tempatan Nama rasmi/Nama ringkas/Nama lain Lokasi Nama rasmi institusi tersebut ialah St. Joseph Cathedral, Kuching. Institusi ini lebih dikenali sebagai gereja St. Joseph. Institusi ini terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000, Kuching, Sarawak. Visi Visi gereja St. Joseph adalah semua umat gereja dan paderi bekerjasama mengerjakan ibadat Tuhan. Misi Misi institusi ini pula adalah untuk membina sebuah komuniti yang penyayang, adil dan aman dalam kalangan umat gereja. Matlamat Matlamat gereja st. Joseph adalah untuk menggalakkan sifat bekerjasama di antara umat serta penyelarasan di antara organisasi-organisasi Paroki melalui usaha bersama untuk membantu gereja di peringkat paroki dari segi organisasi, kemurniaan dan memajukan kemuliaan insan menerusi kerja-kerja sosial dan kebajikan. Objektif Objektif gereja St. Joseph, Kuching adalah untuk membantu Paderi Majlis Paroki menganjurkan atau menyelaras aktiviti keagamaan dan sambutan perayaan yang utama di peringkat paroki.

Carta organisasi dan senarai pentadbir

Paderi Rev. Father Nicholas Ng

Penolong Paderi Paroki Rev. Father Albert Jacobse Rev. Father Edward Segie

Kakitangan Pejabat

Pengurus Paroki En. William Ha

Pegawai Kewangan En. Thomas Ng

Penolong Pegawai Pengurusan Cik Irene Siaw

Kerani Am Cik Angela Toni

Kakitangan Am

Tukang Masak Pn. Margaret Bidim

Tukang Cuci Pn. Cecelia Raed

Penjaga Pusat Paroki Cik Cecelia Pinai

Kakitangan Penyeleggaraan

2. Latar belakang Sejarah Penubuhan Majlis Paroki Kuching telah dimulakan oleh Rev. Fr. Harry Van Erp sebelum tahun 1976 apabila beliau menubuhkan satu jawatankuasa di mana ahli ahlinya diperoleh daripada umat untuk memberi bantuan kepada beliau dalam menjalankan tugasnya sebagai paderi paroki. Tradisi perlantikan ahli ahli oleh paderi paroki ke Majlis Paroki masih kekal tetapi terdapat beberapa pindaan Perlembagaan mengenai perlantikan ahli ahli perlembagaan tersebut. Majlis Paroki pertama telah ditubuhkan secara rasmi selepas Majlis Vatican II. Suatu Persidangan Uskup telah diadakan selepas Persidangan Uskup tempatan pada bulan Ogos 1977. Dalam persidangan tersebut, satu rangka peraturan telah disediakan. Peraturan peraturan tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam Perlembangaan untuk Majlis Majlis Paroki. Di bawah perlembagaan ini, ahli ahli dewan yang awal bagi Gereja St Joseph, Kuching ini dilantik bagi memegang jawatan pada 13 Ogos 1978. Sejak itu, Majlis Paroki ini kerap mengadakan mesyuarat. Katedral lama dibina pada tahun 1891 namun telah dirobohkan pada tahun 1969 setelah katedral baru dibina. Bishop Charles Reitever berjaya menyiapkan pembinaan katedral baru tersebut pada 19 Mac 1969. Undang-undang Tubuh/Undang-undang kecil/Garis panduan penubuhan Dengan mengambil ingatan bahawa agama Islam ialah agama rasmi negara Malaysia, agama bukan Islam boleh diamalkan dengan aman dan damai berdasarkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat adalah seperti berikut: 1. Rumah ibadat yang hendak dibina hendaklah dibina di atas tanahyang dimiliki dengan syarat tapak tersebut terletak di kawasan yang majority penduduk beragama bukan Islam mengikut keperluan penganut agama mereka. 2. Semua permohonan bagi membina rumah ibadat bukan Islam hendaklah ditujukan kepada Majlis Agama Islam Negeri untuk mendapatkan pandangan dan apa sahaja keputusan yang berkaitan.

3. Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) yang dikehendaki meluluskan pembinaan rumah ibadat bukan Islam terlebih dahulu perlu mendapatkan pandanga atau persetujuan Jawatankuasa Kemajuan Kampung tempat rumah ibadat tersebut hendak didirikan. 4. Permohonan orang bukan Islam untuk membina rumah ibadat di kawasan majority orang Islam tidak dibenarkan walaupun di atas tanah kepunyaan mereka. 5. PBT hendaklah memastikan jarak antara sesebuah rumah ibadat dengan sebuah lagi yang lain tidak kurang daripada 1 kilometer. Jarak minima ini hendaklah dikenakan kepada semua runah ibadat sama ada rumah ibadat Islam atau sebaliknya. Perincian peranan/Tanggungjawab bidang tugas pentadbir Majlis Paroki bertanggungjawab untuk melantik Jawatankuasa tetap untuk mengendalikan katedral dan kawasannya, kelengkapan, pakaian pakaian upacara dan menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk umat katolik supaya mereka dapat menyertai sebarang kerja perasulan, sosial dan kebajikan Gereja Katolik dengan lebih giat. Majlis Paroki juga bertindak sebagai penyelaras untuk beberapa perasulan awam dan organisasi organisasi paroki awam dan disokong serta diberi khidmat daripada persatuan persatuan dan institusi institusi keagamaan. Ia bertindak sebagai penasihat kepada beberapa organisasi awam dan bekerjasama secara rapat dengan mereka. Cara pelantikan pentadbir tempatan Mengadakan mesyuarat Mengeluarkan risalah tentang latar belakang calon yang bertanding

Pengundian diadakan di gereja

Mengedarkan risalah tersebut kepada umum

Pengumuman calon yang 3. Peranan dipilih

Majlis pelantikan

Pendidikan Gereja St. Joseph mempunyai peranan dalam aspek pendidikan. Gereja mengadakan sekolah hari minggu(Sunday School) untuk masyarakat pelbagai dewasa dengan tujuan memberi pendidikan keagamaan kepada mereka yang datang menuntut. Institusi ini juga berperanan untuk membantu mereka yang ingin menganut Kristian Katolik. Keagamaan Selain itu, gereja St. Joseph juga memainkan peranan dalam aspek keagamaan. Institusi ini menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan unutk pelbagai peringkat usia. Contohnya, melalui Pertubuhan Belia Empowered Ministry, golongan belia dapat melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan melalui pelbagai cara. Perayaan Seterusnya, dari segi perayaan, gereja St. Joseph berperanan untuk mengadakan pelbagai sambutan perayaan mengikut kalendar Katolik. Contohnya, parti pra Krismas diadakan untuk kanak-kanak setiap tahun. Kebajikan Gereja St. Joseph juga memainkan peranan dalam aspek kebajikan seperti membantu golongan yang kurang bernasib baik iaitu melalui pertubuhan St. Vincent d Paul. Institusi ini turut mengadakan kutipan derma hadiah melalui program Love in a box setiap musim perayaan untuk diagihkan kepada kanak-kanak miskin.

4. Perkembangan

Pembangunan prasarana Gereja St. Joseph telah berkembang dari aspek pembangunan prasarana. Contohnya, pihak gereja membuka kedai Religious Gift Shop yang menjual pelbagai bahan yang bercorak keagamaan seperti VCD, majalah, risalah dan sebagainya. Pihak gereja juga membina Parlour sebagai kemudahan untuk menempatkan orang yang meninggal dengan kadar sewa yang berpatutan. Keistimewaan/Kelebihan/Keunikan Selain itu, gereja St. Joseph mempunyai reka bentuk yang berbeza daripada seni bina tradisional rumah sembahyang umat Kristian. Reka bentuk gereja tersebut amatlah unik dan luar biasa. Kemajuan yang dicapai Seterusnya, kemajuan yang tercapai oleh institusi ini ialah terlaksananya cita-cita Ketua Uskup dalam membentuk Seminar Utama bagi Malaysia Timur untuk menyediakan dan melatih bakal calon untuk jabatan paderi. Dengan itu, ia dapat memenuhi keperluan gereja tempatan. Pengiktirafan/Penghargaan Gereja St. Joseph juga diiktiraf sebagai Gereja Paroki bagi Paroki St. Joseph selain daripada menjadi Ibu Gereja. Paroki ini akhirnya telah menjadi Vicariate Kuching yang kemudiannya dinaikkan ke taraf Keuskupan Agung sebagai tanda pengakuan terhadap perkembangan gereja sejak dahulu lagi.

RUMUSAN

Setelah menjalankan kajian tentang gereja St. Joseph, Kuching, saya telah memperoleh pelbagai nilai dan unsure patriotisme yang amat bermakna. Saya berasa anat bersyukur kerana bangga kemajuan yang telah dicapai oleh institut tersebut sejak penubuhannya pada tahun 1891 hal ini demikian kerana Rev. Father Haideggar telah melaksanakan peranannya dengam begitu berkesan terutamanya dalam usaha mengadakan pelbagai program yang menarik bagi golongan remaja seperti saya. Saya juga berasa amat bangga kerana gereja St. Joseph, Kuching sentiasa mengadakan pelbagai program keagamaan bagi semua peringkat umur dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nilai keagamaan dalam usaha melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan memiliki jati diri yang tinggi sekali gus menjayakan matlamat negara untuk melahirkan bangsa yang bertamadun dan dihormati oleh negara lain. Saya juga berasa kagum dengan gereja St. Joseph, Kuching yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Sarawak, khasnya dan negara Malaysia amnya. Hal ini demikian kerana institut tersebut telah mengadakan pelbagai program bercorak kerohanian dan kebajikan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui program seperti Love in a box dan Jualan Amal dan gotong-royong membaiki rumah mereka yang usang terutamanya penduduk di kawasan pedalaman. Usaha seumpama ini mampu merapatkan jurang perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan di negara kita.

RUJUKAN

1. Buku ilmiah: Ho Ah Chon, 27 April 1992, Kuching in Pictures 1841-1991, Lot 1125, Section 66, Jalan Kemajuan Kawasan Perindustrian Pending, 93450 Kuching, See Hua Daily News Bhd. 2. Internet: St. Josephs Cathedral, Kuching: (a) (b) http://www.rc.net/malaysia/kuching/archdiocese/stJosephC.html http://www.rc.net/malaysia/kuching/archdiocese/index.html

3. Melawat tempat kajian: Gereja St Joseph, Kuching, P.O Box 18, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak. 4. Radio: Siaran Radio Katolik(Bahasa Inggeris), 13 Mac 2011, 9.15 malam, Rangkaian 91.9 5. Sumber-sumber lain: Risalah Pengumuman Gereja(13 Mac 2011) Hari Minggu Pra-Paska Pertama.

You might also like