You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KHAS BIL 2/2017

Tarikh : 23 Februari 2017

Masa : 1.10 petang – 2.30 petang

Tempat : Bilik Pendidikan Khas

Pengerusi : Pn. Hajah Hasnah Bt Yussoff


Pengetua SMK Kota Masai

Kehadiran(Bilangan) : 14/14

1. Pn. Jamilah Bt Ali


2. Pn. Roslaili Bt Abdullah
3. Pn. Ayuzana Bt Ismail
4. Pn. Noraini Bt Jamaludin
5. Pn. Hamizah Khasmuni
6. Pn. Wan Fathin Nabihah Bt Wan Mohd Nawi
7. Pn. Nor Huda Bt Mohd Johan
8. Cik Nur Syafiqah Bt Muhamad Sarif
9. Pn. Norshazwani Bt Saburruddin
10. Pn. Norhayunie Bt Mohmad Jan
11. Cik Normasturina Bt Berahim
12. Pn. Rosmaini Bt Zakaria
13. Pn. Nora Bt Ibrahim
14. Cik Nuradibah Bt Ya’akob

Turut Hadir (Jika ada) :


1. Pn. Hajah Hasnah Bt Yussoff (Pengetua)
2. Pn. Zarina Bt Sanadi (GPK Pentadbiran)
3. En. Abdul Aziz Bin Maryani (GPK HEM)
4. Pn. Ngu Swee Chin (GPK Kokurikulum)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Puan pengetua selaku
pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan
kedatangan semua yang hadir.

1.2 Selaku pengetua baru yang akan menerajui SMK Kota Masai , puan pengetua
mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang telah dicapai oleh Unit
Pendidikan Khas sepanjang program ini diwujudkan. Kerjasama dan komitmen
tinggi yang ditunjukkan oleh guru-guru harus dipertingkatkan dalam melahirkan
lebih ramai murid yang berpotensi dan cemerlang dalam bidang yang diceburi
seterusnya kpi kemenjadian murid dapat dicapai.

1.3 Beliau juga meminta semua guru memainkan peranan penting dalam membina
sahsiah dan jati diri murid, mengurangkan masalah ponteng seterusnya
mencapai kpi kehadiran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru sebagai
mentor dan role model kepada semua murid.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat bilangan 1/2017. Cik Nuradibah Bt


Ya’akob mencadangkan pengesahan minit dan disokong oleh Pn. Ayuzana
Ismail.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. KPI Kehadiran

Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kelas supaya lebih proaktif dalam
menangani masalah ketidakhadiran murid dengan menggunakan semua saluran
yang ada. Ucapan tahniah dan syabas kepada kelas-kelas yang telah mencapai
kpi yang disasarkan sepanjang tahun 2016.
Tindakan : Makluman

3.2. Buku Rekod Mengajar.

Pengerusi membentangkan dapatan daripada pemantauan dan semakan puan


pengetua ke atas buku rekod semua guru pendidikan khas. Secara
keseluruhannya, puan pengetua berpuas hati dengan pengurusan buku rekod
guru-guru. Walau bagaimanapun, masih terdapat guru yang menerima
teguran, guru-guru berkenaan perlu mengambil tindakan segera supaya
penulisan buku rekod yang lebih baik.
Tindakan: PK P. Khas

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. Program Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Program Kerjayaku Gemilang.

Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Program


Kerjayaku Gemilang akan. diadakan serentak pada 17 April 2017. Penyelaras
program tersebut boleh mengemukakan kertas kerja untuk dibuat semakan

Tindakan: Penyelaras Program


4.2. Rancangan Pengajaran Tahunan 2017

Pengerusi mengingatkan kepada semua guru supaya menyusun dan


melengkapkan fail pengajaran masing-masing dengan huraian dan sukatan
pelajaran beserta rancangan pengajaran tahunan. Mana-mana guru yang
belum melengkapkan fail masing-masing berhubung terus dengan penyelaras
untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.
Tindakan: Penyelaras P. Khas
4.3 Buku Rekod Mengajar

Buku persediaan mengajar hendaklah ditulis dan dikemaskinikan setiap masa


berdasarkan tema atau tajuk yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan
dihantar pada setiap hari khamis setiap minggu kepada pemantau yang telah
ditetapkan berdasarkan jadual yang telah diedarkan. Pengerusi juga
mengingatkan semua guru bahawa satu pemantauan buku rekod mengajar oleh
puan pengetua pada satu masa dan tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Sehubungan itu, semua guru diingatkan agar sentiasa bersedia pada bila-bila
masa sahaja.

Tindakan: PK P. Khas
4.4 Program Keceriaan Kelas

Semua guru diharap dapat menggembleng tenaga dan idea dalam menceriakan
kelas supaya lebih menarik dan kondusif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) dengan memanfaatkan sepenuhnya ruang yang sedia
ada.
Tindakan: Penyelaras Keceriaan
4.5 Buku Laporan Bertugas

Semua guru bertugas mingguan perlu melengkapkan buku laporan bertugas


mingguan dengan lengkap. Buku tersebut hendaklah disemak oleh pengerusi
pada setiap minggu. Semua laporan program dan aktiviti, masalah disiplin dan
tindakan yang diambil dan dijalankan sepanjang minggu tersebut dilaporkan
dalam buku tersebut.
Tindakan: Makluman

4.6 KPI Kehadiran 2017

Semua guru kelas dikehendaki sentiasa memantau kehadiran murid ke sekolah


pada setiap hari dan mengambil tindakan segera ke atas masalah
ketidakhadiran murid supaya tidak berlarutan. Mereka juga diingatkan untuk
memastikan kehadiran murid masing-masing mencapai kpi kehadiran
disasarkan. Sebarang permasalahan hendaklah dirujuk kepada pengerusi untuk
tindakan selanjutnya.
Tindakan: Makluman
4.7 Masalah Disiplin

Masalah pelanggaran disiplin perlu ditangani segera oleh jawatankuasa disiplin.


Semua salah laku murid hendaklah direkodkan dalam kad disiplin dan
dilaporkan dalan Buku Laporan Bertugas Mingguan. Surat akuan dan laporan
disiplin secara bertulis perlu disediakan jika perlu. Semua guru adalah guru
disiplin.
Tindakan: Penyelaras Disiplin

HAL-HAL LAIN

5.1. Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PBPPP).

Pengerusi meminta semua guru supaya akur dan bersedia dengan sebarang
perubahan besar dalam penilaian prestasi guru. Semua guru diingatkan untuk
menyediakan fail dan mengumpul evidens untuk semua tugasan yang diterima.
Guru-guru yang akan dinilai unyuk kenaikan gred juga diingatkan untuk
menunjukkan prestasi cemerlang bagi memudahkan laluan urusan kenaiakn
pangkat. Pencerapan kali akan dijalankan dan semua guru diminta bersedia
untuk penilaian PdPc Standard 4 SKPMg2. Borang penilaian kendiri guru juga
perlu dikemukan oleh semua guru untuk Penilaian PBPPP kali pertama.
Tindakan: makluman

5.2 Program Jejak Gemilang Seni Warisan Johor

Pengerusi meminta Cik Nuradibah Ya’akob selaku penyelaras program


membentang kertas cadangan program serta jawatankuasa yang terlibat dalam
program tersebut.
Tindakan: Penyelaras Program

5.3 Pemilihan Peserta Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah dan
daerah.
Pengerusi juga meminta Cik Nur Syafiqah selaku penyelaras Kejohanan
Balapan dan Padang membentangkan kertas cadangan program pembangunan
sukan dan pemilihan atlet bagi program tersebut. Pengerusi juga mengingatkan
semua guru turut membantu bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk
mengekalkan kedudukan sekolah sebagai Johan Keseluruhan peringkat Daerah
Pasir Gudang.
Tindakan: Penyelaras Program

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengingatkan semua guru agar peka terhadap pelbagai perubahan yang
telah dipersetujui dalam mesyuarat.

6.2 Mesyuarat guru ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan bacaan tasbih kifarah
dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ...............................
(ROSLAILI BINTI ABDULLAH)
Setiausaha

Tarikh : 28 Februari 2017

You might also like