You are on page 1of 3

Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara

penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Konsep Asas Perniagaan

(m/s 5 peta minda)

(a) Barang dan Perkhidmatan


Barang ialah sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal.
Perkhidmatan ialah aktiviti yang memberikan faedah kepada
pengguna dan peniaga.

(b) Memuaskan Keperluan dan Kehendak Pengguna


Keperluan ialah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan.
Kehendak pula ialah keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa.

(c) Pertukaran Nilai


Pertukaran nilai merupakan aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli
memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan kepada produk
yang diperoleh.

(d) Keuntungan Perniagaan


Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat.
Rumus: Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos

(e) Penjual dan Pembeli


Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan.
Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan atau menghendaki barang atau perkhidmatan
tersebut.

(f) Kontrak Perniagaan


Kontrak ialah perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu.

1.0.2 Aktiviti Perniagaan

(a) Aktiviti Berasaskan Barang


Aktiviti berasaskan barang melibatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk
menghasilkan barang fizikal.
Contoh: meja dan kerusi

(b) Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan


Aktiviti berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barangtidak nyata yang dapat
memberikan keselesaan, kepuasan dan kecekapan kepada pengguna.
Contoh: Perkhidmatan ini melibatkan sektor awam dan sektor swasta.
1.1 Tujuan Perniagaan
Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau perkhidmatan oleh seseorang
peniaga atau organisasi kepada pembeli.

(Peta minda m/s 11)


Barang
Barang ialah item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang.
untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Perkhidmatan
aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan individu yang memberi manfaat
kepada orang lain.

Gabungan Barang dan Perkhidmatan


(a) Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)
 Organisasi bermotifkan untung terlibat secara langsung dalam aktiviti
pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan.
 objektif utama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan.

(i) Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan


 mengukur tahap prestasi dan menentukan hala tuju sesebuah
perniagaan.
 Keuntungan juga penting untuk mengembangkan perniagaan.
 Tahap keuntungan melambangkan imej perniagaan.

(b) Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)


 Organisasi bukan bermotifkan untung ialah organisasi yang memenuhi
keperluan awam.

(i) Matlamat Penubuhan Organisasi


 Bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam
kegiatan kemasyarakatan.
 membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan
perkhidmatan
 juga memastikan nasib setiap insan yang memerlukan bantuan terus
terbela untuk masa depan

(ii) Kaedah Perniagaan bagi Organisasi Bukan Bermotifkan Untung


 Secara Percuma
 Sesetengah barang dan perkhidmatan yang disediakan secara
percuma oleh organisasi bukan bermotifkan untung.
 Barang dan perkhidmatan ini selalunya disediakan oleh kerajaan
atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 Contoh: mercy
 Jualan Pada Harga Kos
 bermakna tiada sebarang keuntungan diperoleh oleh penjual.

 Jualan Pada Harga di Bawah Kos


 bermaksud harga yang dikenakan adalah lebih rendah
berbanding dengan kos sebenar

You might also like